Cari Blog Ini

Jumaat, Disember 31, 2004

Hari ini setahun yang lalu ramai budak bilik abc 116 kat matric dulu balik kampung. Bilik kosong petang tu. Yang ade aku, zuhdi, dein, nazri ngan batak. Waktu ini setahun yang lalu aku ngan budak bilik aku tu telah penat mengharungi ribuan manusia yang menuju ke satu destinasi. Saat ini setahun yang lalu kami sedang berada di tengah-tengah puluh ribuan manusia yang dah kepanasan di waktu malam yang dingin itu. Saat ini setahun yang lalu sesungguhnya aku tak tau apa yang aku buat dan tak tau apa nak buat.

KLCC Park, 31 december 2004, 11.30 pm.

Kuala lumpur. Ibu kota sebuah negara islam. Ibu kota negeri melayu. Melayu yang membanjiri klcc park malam ini. Melayu juga yang berfoya-foya malam ini di sini. Melayu lah yang berlagak seperti bukan melayu malam ini di sini. Di situ lah aku ngan bebudak ni duduk. Di atas lereng di tengah-tengah park, menghadap petronas towers, di bawah pohon rimbun, di tengah-tengah begitu banyak pucuk-pucuk yang dicita ulam mendatang. Heh. Ini lah yang aku nak nengok. Fireworks aku tak heran, kat muar dulu mase kecik-kecik sampai demam aku nengok. Sebelum ni aku hanya mendengar. Aku ingin melihat dengan mata kepala aku sendiri betapa hebatnya melayu. Ada orang kata, kalau kita benci kita harus tak nengok. Tapi aku nak nengok to comfirm kebencian aku. Jelas sudah. Tak mungkin aku kembali sekali lagi pada malam ini, di tahun-tahun hadapan, di sini.


Topek marah betul kat aku malam tu. Kata 'buat ape ko pegi klcc tu. ramai org aku cakap. baik join aku nengok inteam kat uia. tu la ko, aku datang tempat ko, ko lari plak'. Hehe. Sampai skang aku tak pnah jumpe die lagi. Lame tak jumpe die. Rindu gak. Raye pun tak pegi rumah. Da setahun dah.


Malam tu dein mendapat gelaran sebagai usikan budak-budak bilik yang kekal sehingga ke hari ini. Nak cakap ke gelaran tu? Hehe. Da setahun dah.


Tu sume malam tahun lepas pada tarikh hari ni. Tahun ni semua celebration new year dibatalkan sebagai menghormati mangsa kejadian tsunami. Baca blog fizah tadi, cerita pasal banyak kejadian gempa dan ribut yang berlaku pada tarikh 26 december di selruh dunia sejak awal abad ke 20. Note that that date is a day after Christmas. The day that the christians told as the day jesus is born. Everything is stated in the Quran, in surah Maryam, verse 88 to 91. Kalau rajin bukak la tafsir nengok. Sumber : azraai, matriculation centre, pj.



Trivia Haji 3


Perjalan ke makkah dari madinah yang mengambil masa 8 jam (macam dari muar pegi penang) terasa begitu lama. Cuaca yang terik. Perangai drever bas yang tak menentu. Pemandangan yang luas, sayup mata memandang merentasi padang pasir. Berhenti sekali dekat perhentian di tengah-tengah perjalanan. Makanan seperti dijangka dijual dengan begitu mahal. Sebab highway tu memang tak banyak kenderaan yang lalu. So yang singgah hanyalah jemaah haji, setahun sekali.

Sampai di kota makkah, terus di bawa ke depan hotel dengan bas yang aku naik dari madinah tu. Rezeki aku, hotel yang aku duduk betul-betul berdepan dengan Masjidil Haram. Seperti ketika melihat Masjid Nabawi, sekali lagi aku terpegun. Tak sangka boleh sampai ke sini. Tak sangka depan mata aku adalah rumah ibadah yang pertama di dunia! Tak sabar rasenya nak nengok Kaabah! Lepas check in, masuk bilik, tingkat 14. Satu tingkat lagi, jelas kelihatan Kaabah di depan mata. Tapi dari bilik aku hanya kelihatan bumbung Kaabah. Solat asar dibilik pada hari itu kerana busy dengan urusan beg dan check in. Hanya ketika hendak menunaikan solat maghrib dan tawaf selamat datang aku masuk buat pertama kali ke dalam masjid itu.

Orang tak ramai lagi pada masa awal musim haji ni. Lebih-lebih lagi dengan saiz masjid yang begitu besar, nampak macam takde orang, padahal kalo sola fardhu rasenye lebih 50000 orang. Hoho! Dari hotel, aku biasanya masuk melalui pintu nombor 80, diberi gelaran pintu al-fahd sempena dengan king fahd yang memerintah ketika pembinaan sebahagian masjid ketika 1989. Kawasan dewan solat masjid yang dibina di bawah pemerintahan king fahd is fully air-conditioned. Dibina pada harga 6800 juta riyal, reka bentuknya sama seperti bangunan masjid sebelum ini yang dibina sekitar pertengahan abad ke 20, cuma bezanya, fully air-conditioned. Sejuk wo. Hoho! 4 tingkat, bawah tanah, ground floor, tingkat 1 dan tingkat atas (open air). Dalam masjid ni terdapat 56 big escalators yang boleh mengangkut manusia seramai 15000 dalam satu-satu masa. Many doors, of course. Up to more than 100 doors, not including doors inside the mosque.

As in Masjid Nabawi, there are sooo many tong air zam zam. And so many Qurans copies. Kat dalam masjid ni, terutama ketika kemuncak musim haji, berdekatan dengan kawasan tangga turun ke telaga air zam-zam, beribu-ribu jemaah berpakaian serba hitan berada dekat-dekat situ. Mereka adalah jemaah haji iran. Memang kene pakai baju hitam kot? Tak tau lah. Tapi kalau lihat gambar Masjidil Haram yang ada jual kat kedai-kedai, pasti akan terlihat kumpulan besar jemaah yang pakai baju hitam berkumpul. Ramai giler. Tapi bile kat lua masjid, mereka tak kumpul, berterabur. Serupa dengan jemaah dari turkey. Mereka memakai uniform berwarna kelabu. Suka berjalan berkumpulan, selalu pergi kedai-kedai shopping. Tutur kata yang amat baik kalo ajak borak dengan dia walaupun susah nak paham. Kebanyakan jemaah mereka terdiri dari usia-usia emas.
Kesimpulannya, kat dalam ramai-ramai orang tu, memang banyak ragam kita dapat lihat. Inilah yang dikatakan waktu pertemuan umat islam sedunia membawa pelbagai budaya tapi dengansatu agama.

'Jinsei hiro hiro, ito sore zore'

Dunia pelbagai, manusia berbagai-bagai ragam.


Selamat tahun baru 2005.

Isnin, Disember 27, 2004

Huaargh! Akhirnya! Setelah Berpuluh kali mencuba tak kudapat-dapat. Susah betul nak masuk poting blogspot ni, tak tau kenape. Aku dah naik fed up dah nak blog. Dah ar ade orang komplen hasil tulisan aku tak best. Please, i would like to remind my kind readers,

THIS IS A PRIVATE JOURNAL SITE, EVERYTHING WRITTEN INSIDE IS WHATEVER THE WRITER FEELS LIKE TO WRITE, SHOULD THERE IS/ARE NOT SATISFYING OR SHOULD HARM YOU, EVERYTHING IS AT YOU RISK!

Dulu masa mula-mula blogging ada gak orang komen on my writting. Komen tak elok ar. Tapi ada kakak tu backing aku dia tulis dekat guestbook cakap 'jangan pedulikan orang yang komen tu, suke hati kita la nak tulis cemane pun' (ingat nak paste guestbook posting tu kat sini, server lembab lak, tak boleh bukak, tapi kalau nak carik gak, try ah bukak guestbook around march 2003, oleh cik nana. Dulu masa mula-mula blogging pernah mintak tunjuk ajar dari cik nana ni. Dalam blog dia pun pernah ada dinyatakan list kenapa everything is on reader's risk when reading someone's blog. Ingat nak paste gak, tapi blog dia macam dah takde, dah tak aktif lagi agaknya.)




Tsunami yang dahsyat berlaku semalam dekat pantai asia selatan. Dahsyat wo. Teringat cerita siam, taloompuk. Teringat cerita deep impact, ada ombak besar. Kalau aku ada kat tempat kejadian tu, tak tahulah cemane rasenye. Rase kagum nengok ombak besar, ade. Rase excited nak nengok dekat-dekat lagi ombak tu pun ade. Rase gerun takut tak sempat nak lari pun ade. Isk232. La hau la wala quwwata illa billah...





*Please once again notice that this is a private journal site. Please refer to the marque above, that states everything is in the readers' risk. Thank you!

Jumaat, Disember 17, 2004


Trivia Haji 2



Rutin harian, solat jemaah di masjid nabawi, yang mempunyai fadhilat 10000 kali ganda. Pergi masjid sejam awal daripada waktu. Contoh zohor pukul 12.30, pegi kol 11.20 ke, 11.30 ke. Ni semua untuk mengelak kesesakan samada semasa nak pegi masjid, mahupun semasa di dalam masjid. Dekat masjid, satu perkara yang tak boleh dilepaskan, minum air zam-zam. Di dalam masjid nabawi, ade banyak tong air zam-zam, hampir setiap tiang masjid ade tong. Dalam masjid jugak, selalu ada kereta pick-up kecik ke hulu ke hilir mengangkut tong-tong air zam-zam. Menggunakan cawan pakai buang, kita dapat minum seberapa banyak air zam-zam sejuk yang kita suka!

Madinah al-Munawarah, kota penuh cahaya. Bersesuaian dengan namanya, kota ini begitu indah dilimpahi lampu-lampu di waktu malam. Masjid Nabawi begitu gak disimbahi lampu. Di waktu siang, sebok dengan aktiviti-aktiviti jemaah beribadah, bermuamalah, melawat tempat-tempat penting sekitar madinah. Di hadapan masjid terdapat sebuah perkuburan lama, Perkuburan baqe'. Keluasan perkuburan ini amat besar. Kalau dekat muar perkuburan yang paling besar dekat bakri batu 6, perkuburan baqe' ni berkali ganda lagi besar. Mengambil masa setengah jam untuk menyusur separuh dari pada kawasannya. Dihadapan perkuburan ini terdapat sebuah perpustakaan, gerai-gerai, dan yang paling popular, pasar kurma. Terdapat beratus-ratus jenis kurma dijual di kedai ni. Harganya dikatakan yang termurah mengikut jenis. Dari 2 riyal sekilo, sehinggalah hampir 100 riyal sekilo.

Keadaan sekitar kota ini begitu bersih. Cuaca begitu nyaman, walaupun panas, tetapi kita tidak berpeluh. Tiada bau-bau yang tidak menyenangkan timbul. Ketika tahun 1998, terdapat berpuluh-puluh kedai menjual variasi barang di sekeliling masjid. Kawasan ini begitu sibuk dengan jemaah membeli belah. Kini Kedai-kedai tersebut telah diruntuhkan bagi memberi ruang pembinaan dataran sekitar masjid.

Ketika musim haji, para jemaah dapat menikmati pelbagai pakej melawat sekitar madinah yang dijalankan penduduk setempat. Bagi jemaah malaysia, mereka lebih istimewa kerana tabung haji juga menyediakan pakej melawat. Terdapat juga pelajar-pelajar kita di sana yang menganjurkan lawatan. Antara tempat yang dilawati termasuklah masjid qiblatain, masjid quba', pergunungan uhud dan sebagainya.

Bagi jemaah malaysia, biasanya mereka berada di madinah selama 8 atau 9 hari, bagi melengkapkan 40 solat fardhu berjemaah di masjid nabawi. Destinasi seterusnya, adalah kota Makkah al-Mukarramah di selatan.
Bangun-bangun pagi tadi, hidung tersumbat. Adui.. selseme a nih. Badan pun terase panas. Demam a nih. Ape je bleh aku wat tatkala aku demam? Pergi basuh baju kat siddiq tadi jumpe hadi. "When are we going to do the report?". Report? Lupe lak ari tu plan nak buat report hari ni dengan die. Huh. Pspice tak buat lagi. "Err.. i think we have to do it with the other group, zuhdi and sameer, you know we don't have complete result..".

Uuuh. Tak tau nak tulis ape lagi. Minggu ni ade Raudhah Festival kat matrik pj. Bunyik macam gempaq je. Nak pegi ke?


Rabu, Disember 15, 2004

:: Membaca al-Quran sungguh menenangkan hati. Bacaan isi kandungannya melegakan hati yang kusut. Sungguh damai...::


"What is this?"

"What happened?"

"Rosak?"

"I have no idea..."

Huh. Pasrah aku wat Electric circuit lab. Payah tak gak, tapi tah ape yang tak kene, mase 3rd part of the experiment, satu value pun multimeter aku tak bleh bace. Dah bekali-kali tukaq multimeter, wayar, seme2 tukaq pun takde value kluaq. Huh. Pasrah seperti pasrahnya aku bila nengok list interview proton pagi tadi, name aku takde. Ada 14 org je interview hari ni. Masa tunggu zuhdi interview, borak-borak ngan officer proton, die kate currently ade 7 jek student tajaan proton kat uia, 1 kat matrik pj. Peh! Kalo ade 7 je skang ni, interview kali ni mesti die nak paling banyak pun 4! Student yang hantar resume ade 50 org die kate. Other students yang hantar resume tapi tak dapat interview hari ni, die kate will be notified in the nearest future...

Satu group plak ngan hadi masa lab tadi, brother palestine, speaking english pun bleh tahan. Terkumat kamit gak aku nak jawab balik bile die speaking ngan aku. Hoho! Sameer kawan die block mate aku. Due-due tu berminat nak cakap melayu. Selalu tanye aku "What do the malays say '.......' ".

Keje banyak! Tapi singgah ITD yang canggih ni rasa macam tanak balik je. Hoho!

Selasa, Disember 14, 2004

:: Drawing. Ada apa dengan drawing? Drawing ada 'lines and circles'. Dalam drawing juga ada tekanan-tekanan hati dan perasaan ketika tersilap ukur dan sebagainya. Drawing juga mengambil sebahagian besar masa aku. Akan tetapi, drawing juga dapat memberikan kepuasan tatkala melihat hasil kita sebijik macam soklan suruh buat. Walau apapun, drawing memang memakan masa.::

Angah call semalam. Discuss pasal laptop yang aku nak beli. Tokey kedai siap datang umah angah mase aku call, bleh runding-runding ape spec yang aku nak. Kalo takde ape-ape hal, insyaAllah by this thursday, da bleh dapat. Weekend ni kene ah turun shah alam amek laptop tuh. Wan plak ajak aku kluar gi ape name tah kat-kat gombak nih, gi bli 'barang-barang hiasan bilik'. Heheh. Bagus gak, bleh die bawak round-round gombak ni.

Semalam dah start 1st flight jemaah haji malaysia ke tanah suci. Awal pagi tadi 2nd flight, KT2 fly. Flight yang awal-awal macam ni terus landing kat madinah. Dulu aku naik flight 13, KT13, turun madinah gak.



Trivia Haji 1



Terdapat kira-kira 100 penerbangan jemaah haji malaysia ke tanah suci, dengan kira-kira 400 penumpang setiap penerbangan yang biasanya membawa 280-300 penumpang dalam penerbangan komersil. Menaiki kapal terbang dari dua buah syarikat, MAS dan Saudi Arabian Airlines (SAA) yang biasanya menyewa kapal dari syarikat penerbangan lain bagi menampung jumlah penerbangan yang banyak. (Aku dulu mase pergi naik kapal terbang ada trademark SAA, tapi pramugari sume orang puteh. Kapal tu rupenye kapal terbang iceland, the atlanta air. Sama mase aku balik malaysia, naik SAA tapi kapal terbang qatar arilines). Hanya kapal terbang SAA dibenarkan mendarat di madinah. Tapi tahun ini, beberapa penerbangan MAS melakukan percubaan mendarat di lapangan terbang antarabangsa haji madinah tu.

Dulu mendarat di madinah, aku disambut dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang' oleh pegawai airport. Blur-blur lagi mase tu. Kenyang pun ye gak, due kali makan, ade nasik puteh lauk ayam ngan sayur kacang panjang dalam kapal terbang mat salleh tu. (Pramugari pakai tudong seh!) Sampai mase isya' waktu tempatan. Imegresen setel kejap je, very smooth. Di bawa pergi hotel. Dekat je ngan masjid nabawi, just around 200 meters. Siap segalanya pukul 3 pagi. Dah nak subuh mase tu, terus pegi masjid. Aku demam. Demam terperanjat kot macam tak caye bleh sampai kat tanah suci tu. On the way pegi masjid subuh tu, nengok masjid nabawi begitu gah dan indah, tak terkata. Terkesima. Cari bab as-Salam masjid tu. Fuh! Besar sungguh masjid tu.

Masjid Nabawi boleh aku katakan masjid canggih. Masjid ni ada 12 payung gergasi merentangi kawasan seluas 1 court badminton setiap satu yang boleh bukak tutup, mengikut cuaca dan keadaan - akan dibuka selepas waktu dhuha dan ditutup sebelum waktu maghrib. Terdapat juga lebih 10 kubah yang juga boleh dibuka-tutup. Of course, fully air-conditioned, carpet lembut (or macam akmal kate dulu, carpet terbenam), tandas and big ablution area bawah tanah yang canggih. Berpuluh-puluh, maybe hundreds tong air zam-zam terdapat di hampir setiap tiang masjid. And best of all, the Raudhah. Ruangan kecil antara mihrab Rasulullah dan mimbar Baginda. Hanya sebesar court badminton, tapi siapa yang ingin melepaskan peluang berada di salah satu taman syurga? Raudhah terletak di dewan sembahyang lelaki, oleh itu, setiap hari, selepas waktu zuhur, akan diadakan sesi untuk jemaah wanita di Raudhah. Kawasan itu akan ditutup dengan tirai untuk jemaah wanita beribadah.

Cerita sekitar masjid. Suhu terendah yang aku catat mase tu (mar 1998) adalah 18 degrees, sama macam suhu puncak cameron highlands. Jemaah yang pergi tahun ni pasti akan mengalami suhu yang lebih rendah, mungkin sekitar 5 - 10 degrees. Keadaan amat sesak ketika nak keluar masjid. Begitu juga jalan-jalan raya sekitar masjid, mmg penuh dengan manusia. Kedai-kedai sekitar masjid tak lepaskan peluang musim haji. Contohnya kedai emas, semuanya dibuka seawal 5 pagi - ketika jemaah pulang dr menunaikan solat suboh. Tak kurang hebat kedai makan yang menghidangkan juadah yang biasa di kedai mamak di negara kita. Kedai-kedai pakaian, kedai-kedai jam, gerai-gerai alat mainan, kedai 2 riyal. Kawasan kedai ini saling tak tumpah seperti kawasan jalan masjid india.

Tak dilupakan peniaga-peniaga jalanan. When talk about jalanan, its really jalanan. Mereka berniaga dengan hanya memikul barang jualan di dalam sehelai kain besar dan membentangkannya di atas jalan raya. Bukan seorang, tapi berpuluh yang menjual di atas jalan raya. Mata mereka melingas bukan mencari pelanggan, tetapi mencari jika ada pihak penguasa. Biasanya, mereka menjual songkok, tudong, alat permainan dan sebagainya dengan harga yang cukup murah. Cuma yang menjadi masalah adalah masalah bahasa, ketika hendak tawar menawar. Ada jugak peniaga yang berlenggang, seperti peniaga jam tangan yang tiba-tiba akan approach kita and offer kite jam tangan berjenama. Jangan tertipu, harga yang mereka tawarkan cukup tinggi. Kadang-kadang, harga 500 riyal boleh turun sehingga 50 riyal kalau kita pandai menawar.

Suasana ini semua kalau kat uia ni boleh la nengok dekat nes cafe sebelah library and cafe as-Siddiq.

Isk. Terbawak-bawak lak cite. Banyak lagi nak kongsi cerita. In the next posting...

Ahad, Disember 12, 2004

..Di bawah sekaki payung. Melihat dan mendengar rintik-rintik hujan di luar kawasan di bawah sekaki payung. Terasa sungguh selamat..


Huh! Semalam pegi PC fair kat PWTC. Balik daripada muar tengahari smalam, sampai pudu terus gi PWTC. Ramai giler siot orang. Jumpe zuhdi, mok, amin, acer ngan lemek kat sane. Jalan, nengok2, usyar2 barang ngan dieorang. Laptop, printer, woofer, seme murah-murah, seme ade pakej-pakej belian yang menggiurkan. Kalo aku bawak duet ribu-ribu hari tu, peh, memang aku borong abes ah. Tak tahan siot dok situ lame-lame. Rase macam nak jek pegi atm kuar duet. Hoho!

Pukol 7 baru sampai uia. Penat. Letih. Lepas isya' baring-baring jap. Kol 10.30 start wat drawing. Pukol 1.00, lemek datang bilik aku, nengok drawing aku. "Ni salah ni, soklan suh macam gini..". Datang-datang bilik aku cakap drawing aku salah. Siot ko lemek. Tapi memang betul salah pun. Huh. Dah kene buat balik. Lemek balik je malam tu aku terus tido. Ingat nak buat pagi ni. Letih jalan-jalan smalam tak abes lagi, bangun tido pun kol 11. Gi makan kat siddiq ngan muk. Pastu gi cc bilal ngan zuhdi nak wat resume. Pasni by hook or by crook kene gak abes kan drawing buat balik drawing. Notes tak buat lagi. Quizes next week ade 3, 4.

Minggu lepas aku balik lewat dari kelas. Sampai-sampai bilik wan dak final year law tu tanye aku, "Ko gi mane ar? Hari-hari balik lewat?". Ko nak tau aku gi mane? Heh. "Aku hari ni kelas sampai kol 6.30. Pastu aku gi makan. Pastu terus gi masjid sembahyang. Pastu baru ni la aku balik bilik un tuk hari ni..". "Oo ye ke? Padan la aku nengok kawan-kawan aku yang engine seme sebok je. memang btol eh sebok?"

Ahad, Disember 05, 2004

Baca blog noorulazila tadi. Baca posting "Lama Menghilang" , 21 November 2004, berkenaan rumah terbuka. Atau lebih spesifik diceritakan dalam posting tu, muamalah laki dan perempuan dalam sesebuah majlis rumah terbuka.

Baru semalam bebudak ni ajak pegi rumah terbuka ghapur kat rumah die. Dengar cerita, ramai sepupu ghapur yang cantik-cantik tu datang gak. Hehe. "Rugi wo ko tak pegi..".

Bacalah posting tu.. Pretty interesting. You can give comments on that particular posting, many have done it. Hehe.


Minggu study akan bermula semula esok dan aku tak pasti hala tuju aku ke mana. Yang pasti bilik aku masih belum lagi dikemas seperti sebuah bilik permanent. Buku-buku ada beberapa lagi aku belum ade. Drawing tools pun aku tak yakin dengan diri sendiri, nak beli atau tak. Notes yang aku salin cincai-cincai mase lectures last week, belum lagi aku salin comel-comel dalam buku. I don't know what am i doing!

Isk. Refresh! Refresh! And start this week knowing what you are doing!
Aku sering berjalan sendirian
Bertemankan angin malam
Senyum bersama rembulan dan bintang
Menari bersama dedaunan yang beralun
Ditiup bayu malam

Malam ini tidak seperti selalu
Aku tidak sendirian
Aku bertemankan senyum tawa
Yang sering kali aku idamkan
Yang aku tidak pasti
Adakah ia berkekalan?

Teman
Buat sekelian kalinya
Aku hadiahkan kuntuman
Penghargaan dan terima kasih
Atas senyum tawamu
Yang sering aku cari-cari
Dan tidak pasti
Adakah nikmat ini akan kembali?


_to_be_continued_(dont_even_know_when?)_



Jumaat, Disember 03, 2004

Dah lame tak turun matric. 2 minggu duduk main campus gombak, rase rindu plak kat matric pj. Dulu masa kat matric pj rase tak sabar-sabar lak nak gi main campus. Bese la, benda dah takde dengan kite, mestilah rindu. Hoho!

Lepas amek result petang tadi dengan mok, zuhdi seme pakat nak jumpe seme lecturer yang aja kite org mase matric dulu. Ramai lecturer takde dalam rooms dieorang and dengan malasnye kite orang assume lecturer-lecturer tu ade kelas sampai petang, so tak yah jumpe, hehe.

Dapat jumpe mdm mazlinah, lecturer yang menggantikan mdm noraniah yang pregnant mase tu yang sepatutnye aja aku. Mdm mazlinah cakap mdm noraniah lepas ni nak berenti jadik lecturer, nak ikot suami die, an engineer kerja dengan petronas kat kerteh. Mdm mazlinah sendiri plak tengah wat master kat IIUM gombak, using her own money, costing her about RM 500 per credit hour taken. Hoho!

Borak lame gak tadi dengan mdm mazlinah. Die banyak pesan suh score mase 1st sem kat main campus, kalo bleh biar 3 pointer. Sebab nanti bile dah naik sem-sem seterusnya, kalo jatuh gpa pun, cgpa jatuh sket-sket je, susah nak jatuh, so klo dapat 3 pointer mase 1st sem, maybe boleh maintain sampai final sem.

Mdm mazlinah pun ade cite student-student die macam farid alias (huh.. takde orang lain? slalu mmg die ah contoh student yang disebut-sebut lecturer kat matric, dr dulu), die cite mase farid mule-mule blaja comp ngan die kat matric, 1st 2 quizes die teruk. But then, die slalu consult dengan mdm, 'macam mane ni madam, computer saye teruk?' (aku rase teruk-teruk quiz die pun takde a sampai separuh.. mesti ntah-ntah 14/20, sumthing like that, macam adik die, farouq (batch aku) slalu ngadu markah sket, tp banyak sebenonye..). The point here is, ape-ape pun problem mmg kene settle awal-awal sem. Kalo bleh settle awal, lagi bagus. Consult dengan lecturer, kurang-kurang kite bleh tau ape kelemahan kite. Lecturer-lecturer kat main campus pun banyak pesan suh settle problem awal-awal kalo ade.

Bincang gak ngan mdm mazlinah, study life kat main campus mmg totally different. Tak sama macam matric. Kat sane yang penting kite sedar kite kene wat seme bende sendiri. Dulu mase kat matric tunggu suap dr lecturer je. Dah ar aku jenis malas-malas blajo.. Isk232...

Lepas tu pegi bilik sebelah bilik mdm mazlinah, jumpe mdm sharifah fazlon, lecturer physics 1 mase sem 1 dulu. Lame dah. Tak sangake die knal lagi aku. Siap cite die simpan lagi no tepon aku (aku pun tak simpan lagi no die.. isk2), hehe. Die cite die slalu pegi IIUM gombak, makan kat mane tah ngan suami die, sedap die kate. Hehe.

Esok nak kluar plak gi kl dengan memember lame kat matric. Jalan-jalan carik barang, shopping ape yang patut. Lame siot tak gi kl jenjalan!

Isnin, November 29, 2004

"Brother, you're going to re-taaruf next semester, you too, and you," sayyid was pointing at me and a couple of guys around me speaking in his sudanese english.

"Re-taaruf?"

"Yes, re-taaruf. You were sleeping during the talk so you're going to re-taaruf next semester,"

"Its simple, we're going to take your name and give it to the senate and you're going to re-taaruf next semester,"

My heart was thrumbling. Malas siot nak ngulang taaruf week lagi. Betol ke ni kene?

"We're going to re-taaruf just because we slept during the talk?!"

"Yes, because you were sleeping like this (mocking the way student used to sleep during talks - tersenggut-senggut)" laughter broke around the area...

Huh. Bleh die main-main time aku tengah ngantuk giler mase tuh. Dah ler tercipta sejarah 1st time aku tido mase tgh talk. Memang tak pernah tido sebelum ni dalam talks ke lectures ke, sejak skolah rendah lagi. Tapi hari tu memang aku tak tahan sungguh. Bleh kantoi lak ngan bro sayyid.

Everything seemed to be bored, dull in the taaruf week. Bese la, talks, sape suke? Talks da mmg kene dengo, tambah plak kene dok kat masjid, buat macam rumah sendiri, tak bleh balik bilik 2 hari. Tak mandi 2 hari. Tahan bau badan sendiri mahupun yang lain 2 hari. Tido 2 hari 5 jam jek. Kaki dah rase macam nak tercabut jalan banyak ulang alik gi venues. Beselah.. No matter how worse you face, u'll remember it, even remember it as sweet memories.

Some talks yang sronok didengar, MC comel-comel, comite-coimte discipline n ibadah from sudan yang sempoi (sronok borak ngan die org.. sampai leaps taaruf pun kalo jumpe tengah jalan borak gak sket-sket), sape bleh lupe quote 'two lines, two lines', 'please brother', 'brother! brohter!', 'please dont do like this, brother'? Hahah! Integration yang aku tak pernah jumpe sebelum ni, integration between malays, chinese, indians, africans dalam cultural night, syabas bebudak engine wat comedy best combining all races! Tak lupe aku ketawe giler-giler nye nengok show bebudak course lain, sampai menangis-nangis ketawe malam tu. Isk232.

Yang kurang bestnye, kolej. Aku dapat mahalah faroq. Mahalah yang kurang facilities. Aku pun tatau knape. Laundry takde, water cooler kurang, apetah lagi landscape mmg takde. Worse, cafe pun takde. Naseb baik mahalah ni sebelah mahalah siddiq yang cam best, ade landscape cantek, cafe ade byk gerai, ade washing machine, nak gi kuliyah pun lagi dekat.

Bilik yang aku dapat plak, tak dapat nak aku citekan cemane kotornye. Isk232. Siap ade komponen-komponen motorsikal bawah katil. Spare part besepah dalam compartment. Habuk, sawang, toksah citer. Saket gak arh nak mengemas balik bilik tuh. Mujur roomates ok, sebilik ngan acap brunei, wan welfare taaruf week, final year, ngan zaki dak 2rd year.

Classes? Baru pegi 2 kelas hari ni, the Islamic world view ngan programming. Frankly memang aku rase lain blaja kat sini kalo nak dibandingkan dengan kat matric, sini semenye sendiri. Kadang-kadang pikir, takut gak nak blajo, ngeri aku nengok name-name subjek, bleh ke aku bawak? Lebih mengerikan, stakat ni aku nampak kat sini lebih mementingkan course work, bukan final sem. Macam programming, final 20% je, yang lelain course work. Hohoho!

But as the dean of my kuliyah, dr ahmad fariz said, "Here, you have to CHALLENGE the professors, ask them questions and problems until they cried!". For me, what's behind the words is that we have to be advance, to understand things 1st before the lecturers even teach it. Macam pesan ustaz mazli, "Sebelum lecturer ajar, kite kene bace dulu apa yang lecturer nak ajar. Kalo semester depan dah tau nak amek subjek math, hujung semester ni dah mintak course outline dari senior, mase cuti sem kite study, semester baru kite dah ready. Bile kite dah sedie, mase lecturer ajar, kite dah paham, kite boleh tanye terus lecturer ape-ape kite tak paham. Lecturer sayangkan kita. Bila lecturer sayangkan kita, insyaAllah ilmu yang tuntut diberkati".
Baru aku tau UIAM ni beso. Selame ni aku pandang rendah, 'uia kecik je..'. Saket gak kaki tadi mencarik kelas-kelas semester nih. Jauh siot. Dah le dudok mahalah paling jauh. Kuliyyah pun yang paling jauh. Esok kelas kol 830 pagi. Selamba je aku dok cc kol 1 nih. Sebenonye gi cc saje nak cube-cube kalo-kalo dapat add course untuk sem ni lagi. Alhamdulillah, rezeki aku, dapat gak add subjek UNGS, tapi pagi, kol 830. Sebelum ni dah memang teliti, dengan kajian penuh berhati-hati untuk carik jadual yang paling free. Hari isnin ngan jumaat free, plan bleh balik muo ari kamis sampai ari isnin, hoho. Tapi takpe ar, nak dapat 15 crdt above nye pasal, amek ah gak UNGS tu. Pagi pun, pagi ah!

Ta'aruf week? Heh. Bese ah. As usual. As expected. As whatever. Nak cite gak. Tapi dah malam bute ni, esok klas kol 8. Next time...

Isnin, November 22, 2004

Fariz? Regis?

Tengah blogging dari cc kat seksyen 11 shah alam. Hari tu jumaat kelam kabut baru sebok nak kemas baju, dokumen seme. Aku kate kat ayah dah siap dah seme, kang kate blom.. hoho.

Semalam puas raye area-area klang valley, raye shah alam, klang, bkt damansara, setiawangsa, dari pagi sampai ke malam. Due malam ni tido umah angah. Dah puas dah melayan alea since malam raye ari tu. Tak reti dok diam budak tu! Melentik-lentik badan die. Kene jage die btol-btol, kalo tak..Ayah aku cakap macam Elastigirl dalam cite The Incredibles. Hahahaha! Lepak umah abang plak, tak jemu main ngan fariz. Waa.. i'm going to miss him. Lepas ni jumpe lg 2,3 bulan die dah beso, da tak same cam skang, kiut umo 6 @ 7 bulan lain drpd kiut umo setahun. Hehe. Bile die kene henjut-henjut mase dukong macam gambo bawah ni, die suke buat suare ikot rentak henjut. Hahah. Kiut giler!



Pagi raya dengan fariz and abang die yang degil, kedekut, ngengade, tapi best, aus.


Tadi nore sms aku die cakap, "i'm officially a uia student,hahaha". Hakhak. Waa.. terase seh bahang. Rase cam nak masuk ari ni gak jek. Rase cuak pun ade gak. Firs pun sms aku td kate cuak gak hoho. Ape la yang bakal berlaku nanti? Best ke? Seronok ke? Ape yang best? Ape yang seronok? Hahah.. baju-baju yang aku tinggalkan kat umah angah sejak cuti final sem ari tu pun ade dalam kotak lagi, blom kemas. Petang ni kemas-kemas ape yang patut, especialy kemas beg, dokumen pun tak susun abes lagi.

Okeh. Jumpe lagi (ntah bile). Nak balik umah angah, bekemas.

*Picture edited by nore.

Jumaat, November 19, 2004

Raye! Raye! Raye!

"Slamat aghi ghaye ashu!"

Comelnye anak buah aku yang sulong wish aku pagi raya, baru balik sembahyang raya. Dia ngan adik die ngan sepupu die dah cantek-cantek dah pakai baju raye. Comel-comel seme.

Ni la raye aku tahun ni. Aku expect hanya raya yang tipikal untuk aku. Expect takde lagi beraye + melantak ketupat kat umah tok sedare yang dekat ngan umah aku ni. Expect takde lg sronok-sronok ambek gambo ramai-ramai. Memang btol expectation aku, tapi tahun ni benda lain lak yang ganti.

Tahun ni beraya ngan 3 orang anak buah. Tahun lepas due org, tu pun sorang tu kecik lg, kene dukung. Tahun ni dah 2 yang dah beso sket, sorang lg baby 7 bulan cute gile, geram btol aku. Die orang arh yang menghangatkan suasana.

Kalo dulu mase aku kecik-kecik, arwah atok sebelah arwah mak ade lagi, aku ingat lagi, pagi raya lepas balik solat sunat terus pegi umah atok, bermaaf-maafan, main mercun ngan berpuluh-puluh sepupu (adik beradik arwah mak ade 12). Lepas tu ambik gambo ramai-ramai depan serambi umah atok. Ramai giler, macam gambo satu kuliah. Ingat lagi spupu-spupu aku yang baye aku berebut-rebut pot baiknye dalam gambo tuh, sampai yang bergaudh, merajuk pun ade, hahah. Lepas tu ramai-ramai tu serbu umah tok sedare aku yang dekat ngan umah aku tu. Havoc giler. Makan ketupat, yang paling best kari ngan serunding die arh. Memang tetiap tahun (sejak bile aku tatau) tok sedare aku tu akan buat ketupat byk giler, spesel untuk famili atok aku. Lepas tu pegi beraye umah-umah tok sedare yang lain plak. Hari tu je duit raye lebih rm50, excluding duit raye mak ayah. Pastu 2nd, 3rd raye, adik beradik mak gilir-gilir wat open house. Ikot tradisi umah aku rayer kedua malam. Best giler.

Tapi seme tu takde tahun ni. Ramai pakcik makcik tak balik. Atok dah lame takde. Mak pun dah takde.

Things changed. Tahun ni raye pun tak kurang sronok walopun tak macam dulu. Ade aus, alea ngan fariz. Ada digital camera. Hehe. Macam selebriti ambik gambo. Sakan sungguh. Dengan nakal aus, betapa tak reti duduk diam alea, comel fariz seme membuatkan aku rase sronok raye tahun ni.

Makan pun bleh tahan banyak jugak tahun ni though tahun ni tak serbu lagi umah tok sedare aku tu. 1st day raye je da naik sekilo setgh (tapi maintain sampai ari ni.. heh2). Banyak gak aku gi beraye umah sesedare tahun ni. Yang tak pnah pegi raye sebelum ni pun gi gak. Walopun tak dapat duit raye.. (hehe), rase sronok macam kecik-kecik dlu gak. Orang yang datang beraye umah aku tahun ni tak ramai macam dulu-dulu. Tapi ari tu raye kedua abang buat soto banyak gile. Sebuah, sebuah famili datang raye, sampai x cukup soto, tepakse tambah menu meehun sup plak.


Dah puas raye. Dah puas makan - series raye tahun ni banyak giler makan, bukan stakat banyak makan, jenis makan pun banyak, ketupat ngan lauk da mesti, masik minyak, sup lidah (best siot), soto, mee sup, sate, lakse, spagethhi, tom yam dan macam-macam lagi. Dah puas seme tibalah masenye memikirkan belajo balik. Hoho. Borang-borang document seme baru sekejap tadi siapkan. Lagi 4 hari nak regis. Rase tak sabo plak nak gi gombak. Cuak pun ade gak, tak dapat nak bayangkan hows life going to be there. Hoho. We'll see...

Rabu, November 03, 2004

:: dari cyber cafe kedai komputer, wetex parade, muar, dipersembahkan, azamkukuh.blogspot.com! ::

"Bang..!" ade budak plak angkat tangan kat aku kat cc ni.

"Cuti ke bang?"

Aku angkat tangan balik. "Ha ah, cuti dah.."

Aduh.. dak maahad muar rupenye. Dak pmr. Dah cuti dah die kate. Dak pmr cuti awal.

Hari tu gi skolah amek sijil spm yang da jadik jeruk kat skolah dah. Gi ngan fazli. Terpakse a ajak member. Bengang aku nak berhadapan dengan warga-warga maahad sorang-sorang. Lepak borak-borak ngan ustzh pauziah ngan umi, cikgu sharifah paan, guru kelas aku mase form 5. Waa.. rindu siot kat skolah. Makin buruk skolah aku nengok! Tapi bilik guru gak yang maintain.. siap dapat no 4 bilik guru cemerlang daerah lagi.. Hahah!

Lagi 10 ari nak raye. Surau pun tgh sebok nak buat majlis khatam. Seperti bese gak aku mule la sebok membersihkan rumah. Membersihkan in terms of everything, kusi meje, lantai, ruang tamu, dapur, tingkap, pintu. Naseb baik bilik dah setel. Sape lagi nak kmas ye ak? Dah masuk minggu busy dah. Jumpe lg blog!

Ingat nak usyar sket iium nye course registration. Lupe plak matric ngan pin no. Huh. Takde wat ape sangat gak aku online kat cc nih. Tah bape inggit kene nih. Hoho!Isk. Ramai plak kat cc nih. Dah a sempit! Ala.. kuang-kuang sini ade internet,laju jek, dr umah, ye ak? Kesempatan ni a nak cek-cek email. Heh. Nak gi bli kad raye ah.

Perbanyakkanlah ibadah di 10 ramadhan terakhir ini! Jumpe lg lepas raya! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!

Ahad, Oktober 31, 2004

Isk2. Semakin lembab komputer aku ni. Leceh btol!

Setelah sekian lama bilik aku dibiarkan besepah-sepah macam tongkang pecah, ditinggalkan setelah aku takde mood untuk kemas beberapa hari ni, program khidmat bilik diteruskan. Alaa.. sket je kemas. Pastu malas balik. Sempat a kmas buku-buku ari ni. Buku-buku lame zaman skolah menengah, skolah rendah, sekolah agama pun aku simpan lagi. Tah bile nak siap kmas tah, tatau arh.

Eeeih ari ni besdey ayah. Tak wish lg. Hehe. Last year mase besdey ayah aku kat pj, wish gune sms. Takkan la aku nak sms gak kat umah ni, hoho! Tapi ari ni ayah kate nak masak nasik lemak. Layan-layan! Lame tak makan nasik lemak familynye. Resipi arwah mak. Series lame gile tak makan. Last time agaknye mase kak fiza ngan abang masak kat umah, ade a 2 taun lalu kot? Isk.. Lapo siot. Ayah nak bako ikan. Aku goreng telur dadar ah. Layan siot. Aaaar.. Lapo! Lapo!

Khamis, Oktober 28, 2004

Alhamdulillah.. Demam da semakin baik. Tido da dikurangkan. Kepala da tak pening sangat. Tapi bengang jugak. Tatau knape hati ini gundah gulana. Rasa macam tak bersemangat je. Feel like something wrong is happening to me. Outside i look just typically me, i dun like to share whats goin on in my heart live with those people (just afraid they dun wanna hear - thats one of the purpose i'm writting.. to express to anybody who wants to read) Inside, i'm different. Rase macam nak menjerit je. Kadang-kadang bile dok sorang2 dalam bilik, berkerut-kerut dahi aku thinkin bout these things.

Sejak kecil dulu aku slalu pikir benda yang bila da beso ni aku rase tak patut aku pikir mase aku kecil dulu. It was more like berangan actually.. but it was too far to dream of. I was just like 8, 9 years old when i used to think what will happen to me when i'll be 35. Its not ambition. Its like a vision! Hah! Ngarut, ngarut. Arwah Mak dulu slalu tegur aku mase aku kecik, "Buat ape pikir-pikir benda cam tu?". Buat ape ar? I'm alone. Gap between my siblings and me is quite far, the nearest is 8 years old. Aku tak campur ngan jiran-jiran sebaya, cuma campur ngan dieorg kat skola agama petang je. What else can i do that time? So i was thinkin about everything, from current isues to personal family isues, from myself to my friends, u name it, everyhting. I used to talk to myself, go here and there around my house, talking alone.. until now. Mane tak gugur rambut aku! HaK!

Kenape saye macam itu? Can i just stop thinking and be myself? Mase da beso ni plak, i started thinking things when people give comment on me, i'm like that, i'm like this, they said. "Oh cum on.. give it up. Just know that u cannot accept pressure!"

Bismillahir Rahmanir Rahim
Allahumma laka soumtu
Wa ala rizkika aftaortu

Huh.. Nizar tetibe tercongok depan rumah aku, nak pulang usb aku die pau sebelum cuti ari tu. Kol 4.30 die datang, lepak kat beranda umah sampai la nak dekat bukak pose. Baru nak jiwang-jiwang kat blog. Kontra btol. Nizar datang porak rumah aku. Asek ketawe je! Haha! Tenkiu my fren. At least bersuara jugak aku dengan orang lain (Not talking alone..)

Selasa, Oktober 26, 2004

Ayah beri penjelasan baru jap tadi. Sepatutnya demam selsema macam aku ni makan ubat lebih kurang 5 jam sekali. Tapi memandangkan ni bulan puasa, aku tak bleh makan ubat dr pukul 5.30 am sampai kol 7.00 pm, that is approximately 12 hours. That's why la time demam ngan selsema baru nak baik, ubat takde, so virus-virus tu dapat memperkuatkan semula diri mereka. Bese kalo demam bese-bese aku bleh minum milo panas, pastu dok dalam selimut, biar berpeluh, insyaAllah baik demam. Tapi ni demam selsema. Isk232...
Monologue : Isk.. PC kene virus. Tak bleh on. Ni bleh on, tapi ade problem, banyak problem, nak bukak blog pun kan main payah tadi. Bukak Yahoo Mail plak bleh, tapi bile click on compose, reply tu sume takde response. Hampeh! E-mail dayah plak blom balas lagi, dah 2 minggu dah die anta.. Badan tak sehat.. Tak senang duduk.


Aduh.. rasa macam dok UK plak. Sejuk seh. Hujan turun hari-hari (hari-hari aku pakai sweater), lame plak tu. Selseme teruk. Demam pun ye gak. Tapi dah kebah. Bila dah hujan hari-hari, sejuk, ape lagi? Tido ar puas-puas sampai lebam. Pening kepala pulak sebab tido banyak. But seriously, i'm not feeling well these 3,4 days. Terawih dah dua malam tak pegi, Quran dah 3 ari tinggal. Mandi dah bape hari tak mandi. Dah bape malam buka puasa sikit je, selera kurang (tapi bagus gak.. turun 2 kg, hehe).

Tambah ngan masalah pc plak, kene virus nde tah. Kekadang aku godek-godek bleh plak on (ni la kesempatan yang bleh digunekan nak blogging). Tah amende aku godek tatau ar. Bilik lagi, dulu sebelum cuti ingat nak kemas bilik, nak change position skali. Sempat kemas baju sket ngan kertas-kertas zaman spm je, pastu terbengkalai, demam - takde mood nak buat. Naseb baik sempat gak basuh + kemas kete + enjin kete sebelum musim tengkujuh nih. Abang serahkan kete ari tu bulat-bulat, bonet besepah, badan kotor. On the way balik muar plak ujan lebat, kotor enjin dibuatnya.

Teringat lagu Raihan adaptation from a hadith, 'Demi Masa'. '..Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara.. Sihat sebelum sakit..'. Kalo dah sakit, seme benda buat tak jadik. Even makan pun rasa macam taknak jek. Yang jadik tido jek ar. Tu pun dah melampau-lampau jadi sampai pening kepala. Rasa lemah betol badan. Pening mencucuk-cucuk kepala. Demam yang sentiasa di-recycle (da baik, demam balik, da baik, demam balik) dek kerana selseme teruk tak ilang-ilang lagi. Kenape tiba-tiba je kene teruk macam ni? Aku tak tahan ke ngan cuaca sejuk sekarang? Takde la sejuk sangat. Aku dah jumpa cuaca lagi sejuk daripada ni dulu. Demam jugak. Tapi tak teruk macam ni.

Bukannye demam, but not feeling well. Tak lain tak bukan pasal tido la ni. PC kene virus, hari hujan malas nak kuar, hidung selsema malas nak kmas bilik berhabuk yang akan membuatkan selsema bertambah, tambah lagi takde mood, TV cite bosan, kalo ade pun ayah suh tutup pasal takut kene sambar kilat. Ape lagi yang bleh aku buat? TIDO. TIDO. TIDO. 12 jam mmg comfirm. Lebih tu bonus ar, hoho! Tido luar kat ruang tamu dengan harapan ayah bleh kejut kalo dah pukul 10 ke, tapi ayah saje je, dulu masa cuti sekolah kurang-kurang kene marah ngan ayah kalo tido banyak. Actually bangun kol 10 tu, tapi badan rase sejuk-sejuk panas, so i told myself, "Patut aku teruskan tido ni..".

Dapat offer letter dari Main Campus tengahari tadi. Register 23/11 ni, hari selasa.

Isk.. Sejuk seh tak pakai sweater. Bukak sweater tadi, tensen aku da 3 ari da pakai sweater. Tak tahan, kene pakai jugak. Kipas angin kat rumah pun da 3 ari tak on. OOwh.. tak tahan ar. Banyak lagi nak membebel. Tapi rasa nak baring (ala.. kang baring rasa nak bangun plak.. memang tak senang duduk btol!).

Ya Allah.. Kurniakanlah kepadaku kesihatan mudah-mudahan dapat kuberibadah dengan sempurna kepada-Mu sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, amin...

Sabtu, Oktober 16, 2004



Run Forrest! Run!



Berpeluh-peluh ni. Sedapnye bile duduk bawah air-cond kat cc ni. Berlari-lari aku nak pulang buku kat library tadi. Esok tutup, terpaksa ar pulang ari ni. Pukul 3.25 pm baru nak pulang, lagi 5 minit nak tutup. Tadi bangun tido pukul 2.15 pm. Hakhak! Bangun tido terase tangan sengal-sengal. Kaki rase macam nak krem jek. All because the long-11-hour of endurance during the 1st and 2nd day of ramadhan...

Start ngan ajakan farouq nak pegi ss14, die nak bli besdey present. Ajak juan sekali. Dekat pukul 6 sampai 14. Puas carik, bli lah album cantik giler yang mahal yang aku rekemen satu, ngan kad skali. Nak balik, taxis are not available. Tunggu lame giler. Nak hujan lak tu. Harapan nak gi pasar ramadhan macam takde jek, dah plan nak buka kat mc d je.

Akhirnya ada gak cab dalam pukul 6.45 pm sampai pasar. Hampeh. Sume abes. Licin. Cakap jek ape, seme abes. Kalo bleh ngan bekas-bekas skali nak diabeskan. Nak pegi makan kat warong berdekatan, pEnuh giler ngan dak-dak UIA. Terpaksa menahan ego (ego tanak makan kat dalam campus), pegi balik 14 pukul 7 pm tu. Azan mase dalam cab. Pasrah jek. Sampai 14 layan kedai mamak. Pun jumpe ramai sangat dak UIA.

Balik dah pukul 8. Cepat-cepat mandi, solat. Tak lame lepas abes solat, azan isya' pulak. Terus gi masjid solat terawih. Pukul 10 pm balik masjid singgah abc jap. Nazri ajak main badminton. Waa.. Pelawaan usah ditolak! Kuterima sahaja dengan hati yang terbuka. Heheh.

Bese la. Nak tunggu siap-siap, pukul 11.30 baru nak start main kat smawp. Napong, juan, zuhdi, mok, ahsan sume turun. Nizaar pun ade. Gilir-gilir main doubles. Main sampai lebam sampai pukul 1.30 am. Abes main, jalan-jalan keliling kampus. Sakan sungguh bergambo. Ingat nak pegi terus sahur, tapi awal lagi, balik bilik dulu. Pukul 3.30 am baru keluar sahur. Pegi ss17 dulu jalan kaki usyar kalo ade kedai makan yang bukak. Hampeh. Sebuah pun tak bukak. Teruskan perjalanan gi ss14. Jauh giler siot. Dah ler baru lepas main badminton, round-round campus lagi. Kena jalan kaki lagi 1/2 jam, pepagi bute, ramai-ramai, aku, anep, mok, zuhdi, ahsan, napong, nazri, juan, batak

Sampai ss14 pukul 4 lebih. Melantak sampai puas kat kedai mamak lagi. Sahur yang paling kenyang aku rasa. Pukul 4.45 am nak balik. Rasa macam nak tido jek. Takkan nak jalan kaki kot? Lagi 1/2 jam baru sampai. Aaaargh!! Ade bas putraline lalu, pastu berenti jauh dari kiteorg. Batak tetibe semangat giler lari kejo bas yang berenti tu. Sebijik macam Forrest Gump lari. Hakhak! Tengah-tengah die kejo bas tu, ngan-ngam je ade 2 cab datang. Kita yang tinggal berlapan tanpa batak dengan senang ati nye menahan 2 cab tersebut dan terus memecut. Hehe.

Nampak jelas pada air muka batak yang berpatah balik kehampaan kerana sesungguhnya bas itu berenti untuk sahur. Hakhak! Nasib baik bebudak yang naik cab lagi satu baik hati, patah balik amek batak. Zuhdi kata gelabat batak macam mr bean, lari laju-laju, aftering sumthing but ended with deep frustration! Hahahaha!

Balik bilik, tunggu azan, lepas azan tido. Waa.. bile tah nak study. Esok last paper. Pas asar kang gi bilik amin arh suh die ajar.

*Tadi cek emel, ade emel topik die 'salam dari liverpool'. Waaa.. dayah seh! Die cite pasal rumah, lecture, univ, liverpool seme. Panjang emel die. Msg aku ari tu die dapat gak. Kena rm 2 die kata for each sms. Hahah! Apsal aku cek seposen je ari tu? Maybe maxis tolak lagi rm1.90 kemudian kot, aku pun tak pasan. Gud lak dayah, take care and selamat berpuasa! =)

Rabu, Oktober 06, 2004

Tadi sebelum gi cc hosni tanye dein"Kenape dengan zimin tu? Masam jer.."

Huh. Aku masam ke? Muram ke? Ye kot.. Apsal ar? I slept too much! Isk232. Pagi tadi igt nak bangun awal, study, tapi kol 10 lebih gak aku bangun. Risau gak bile pk-pk balik aku banyak sangat tido. Tido dah melampau-lampau cukup. Study? Cukup ke? Siang tadi pun sempat study petang jer, sebab tengahari tu.. tido lagi!

Terpaksa lah aku study memalam bute sampai selewat yang mungkin. Because rite now, i am very sure, i wont get up in the morning for study purposes. Terpakse lah aku buat-buat tak ngantuk untuk beberapa malam sampai exams nanti. Aku ingat lagi mak enod pesan kiteorg sebelum nak balik uia mase lepak umah enod, 'kene struggle la ye, exams tak lame lagi kan? kalo bleh tak tido, tak yah tido, study'.

Tune on rtm 1 and ikim.fm every night to watch and listen to the beauty of the Quran on the International Tilawatil Quran. Sejuk hati dengar...

Ahad, Oktober 03, 2004

Semalam pagi-pagi kol 9 lebih kamal ngan husni bising-bising. Tau bising pasal ape? Bising-bising citer pasal Jews. Giler arh. Pepagi lagi dah citer berat. Terjaga aku tido, terus tak bleh tido balik, ampeh. Seperti bese kamal bertindak sebagai seorang yang amat lah open-minded. Hosni tenang je membidas satu demi satu pendapat open-minded kamal. Aku buat-buat tido jer.. malas aku nak layan walopun panas gak telinge ni dengo.

Bangun jugak aku bile dak due orang tu dah balik umah. Pas mandi terus gi abc, gi bilik haitham, die tido lak, so gi abc 211, wat math ngan zuhdi, lame giler sampai petang wat. Tensen gak asek ngadap numbers jek. Petang tu kuar jenjalan gi 9B, usyar-usyar baju murah, usyar jek arh, hehe. Malam tu kecah-kecah nak nengok epl tak bleh, heh. Kecoh seketike sekitar ukc. ABC takde cenel sport, UKC ade 3, due drpdnye ade epl match, tp yang pasang 1 yang takde epl match. Nak tuka tak bleh. Hakhak! Astro..astro..

Tengah chat ngan farah skang nih, live from Sheffield, heheh. Die kate die dok srumah ngan 2 org omputeh, sorang cine, tapi rumah die dekat jek ngan campus. Rumah die takde internet.. erk.. takde internet? Same cam uia jer.. heh2. Takpe2, bese je tu sme.. blajalah rajin2! Kelmarin dayah msg, wish besdey. Aku balas gak, tatau ar sampai ke msg aku tu.

Haitham ade kat cc ni rupenye. Balik ar oii! Balik! Wat tutor physic lak! Esok ade 2 quiz! Physcis ngan math! Study! Study! Final sminggu je lg!

Jumaat, Oktober 01, 2004

Peh.. abc dah ade astro siot. Kene pindah abc balik nih! Hakhak! Pasang astro ni sempena ape? 1st october.. Apakah? Hohoho

Today i've become 19. Last night i slept at 3 o'clock in the morning, studying and thinking about programming, programming and programming. Slept late on birthday? Is that a sign or something? Hahah! Anyway i've got many wishes last night after 12 (Pausing me a little bit of time, not to sit in front of the laptop typing those C language for hours, hehe, bleh la rest jap mata). Last year i've got a lot of birthday cards, this year i got a lot of whishes given via handphone. Hehe. Some sms me, some called me. Geng ghombongan wish gak, sebut 'happy birthday' ramai-ramai serentak gune henset fizah. Comelnye suare-suare mereka. Hakhak! Thanx everybody!

Many children makes wishes during their birthday when they are about to blow out the candles on their birthday cakes. So whats my wish? Do i have one? Heheh. Got no wishes, but maybe there's some advices to myself (Me advising me, is there any possibility that the advice will work? Hoho!). Blaja la rajin-rajin azimin! Berusahalah! Berusahalah! Berusahalah! Ingat lirik lagu sekolah ismail 2! 'AZAM KUKUH semat di dada, berusaha, terus berusaha'

Khamis, September 30, 2004

Petet rajin siot gi cc usyar frenster.. heheh. Adeh.. Batuk lak. Lepak library rai aku jadik tumpuan, seme org nengok aku tatkala aku terhegeh-hegeh menahan batuk. Seb baik mase tu dah nak balik. Ilham pun dah risau dok ngan aku. Hoho!

Study beb, study! Berusehelah lagi!!!!!

Ahad, September 26, 2004

Isk. cc ni pasang channel 9 ade video clip eagles lagu hotel california. Teberenti aku seketike melihat mereke goreng. Malam ari tu bebudak ni da macam buat gig kat abc 211, ade 4 bijik gitar, drum je takde. Bad malam tu goreng sebijik cam eagles. Aku join gak, tapi main rythm jek, hehe. Esoknye, quiz comp. Quiz yang sepatutnye hampir mudah sebab semalamnye saadi dah bitau bayangan-bayangan soklan menjadikan aku menjawabnye dengan penuh kecuaian. Baru tadi aku cek program aku jawab smalam kat pc, ampeh, banyak giler errors.

Semalam lepas quiz adalah null kalo dalam bahase computer sebut. Kosong. Macam takde pape jek dalam idop aku. Macam takde nak pekse jek. Macam suke-suke jek. Macam bosan jek. Lepas quiz main game kat pc dein. Lepas main game lepak abc 211, takde org, gi mane tah, yang ade dak bilik lain, petet yang amat setie pada gitar di 211.

Pakse die aja aku lagu mirai e. Tu sebab pasang lagu mirai e kat blog. Hehe. Lame dah aku denga lagu nih, lebih setaun lepas. Tu pun kat blog orang, blog ilham hanna, alamat blog die pun aku dah lupe. 1st time aku denga lagu nih, terus jatuh cinta. Sedap giler. Pastu sekarang dah menular ke seluruh abc 211. Seme suke lagu nih. Penah gak nengok translation die. Lagu pasal motivasi gak ar, pasal mase depan, pasal mase lalu seseorang.

Malam sebelum tu layan cd samurai x 1 cd. Cam bosan jek. Pagi tadi baru sambung cd 2. Baru layan. Sedap giler siot, walopun cite die lambat + sikit membosankan. Citer pasal sejarah hidop kenshin sebelum jumpe kaoru. Best2..

Oi.. Oi.. Ape nih? Main gitar? Main game? Nnengok cd? Bile kale nye nak study oii? Tadi ajak zuhdi gi ss 2, tak pnah gi ss 2, "Study la..", tenang je dak tu jawab. Hakhak! Smalam petang enod ajak gi 14 main snooker. Snooker? Hoho ari tu ade orang tego aku, "Ko nie.. main snooker plak, ape nak jadik. eh eh.." sebelum nak quiz comp. Syukur ade gak yang concern :) .

Dah ar, exam sminggu lagi. Berubah, patut lame dah berubah. Tapi takpe, berusehelah!



Kiroro - Mirai E :

hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai e

haha ga kureta
takusan no yasashisa
ai wo idaite ayume to kurikaeshita
ano toki wa mada osanakute
imi nado shiranai
sonna watashi no te wo nigiri
issho ni ayundekita

yume wa itsumo
sora takaku aru kara
todokanakute kowai ne
dakedo oitsuzukeru no

jibun no SUTOORII dakara koso
akirametakunai
fuan ni naru to te wo nigiri
issho ni ayundekita

sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
hanareta haha e sunao ni narezu

hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai e

sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
hanareta haha e sunao ni narezu

hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai e

hora ashimoto wo mitegoran
kore ga anata no ayumu michi
hora mae wo mitegoran
are ga anata no mirai e

mirai e mukatte
yukkuri to aruite yukoo



[Translation]

Look, watch your step
This is your path
Look, watch in front of you
That is your future

Mother gave me so much kindness
Holding on to love, I refrained as I walked
At that time I was still young and didn't know the meaning
She grabbed the innocent me tightly
and walked together

Since dream is always high up in the sky
I am afraid of not reaching it, however I continue to pursue it
Her own story, because of it, I don't want to give up
When I felt anxious, she grabbed me tightly
and walked together

That kind of kindness, sometimes I dislike
I cannot be docile to my separated mother

Look, watch your step
This is your path
Look, watch in front of you
That is your future

That kind of kindness, sometimes I dislike
I cannot be docile to my separated mother

Look, watch your step
This is your path
Look, watch in front of you
That is your future

Look, watch your step
This is your path
Look, watch in front of you
That is your future
Facing the future
Walk slowly toward it


Khamis, September 23, 2004

tracing
int atau main
array atau call
apa itu semua
ada apa dengan itu
kecelaruan atau kefahaman
kefahaman dalam kecelaruan
aku faham?
engkau faham?
semua ini dilakukan jua
kepalaku angguk tanda faham
tak lama angguk tiada langsung
kita teruskan jua
manusia mencari ilmu
ilmu memang berharga
ini semua ilmu?
ia berharga?
apa nilainya
apa natijahnya
kebingungan di kepala?
......

Mati mati aku ingatkan haitham pinjam testpad aku nak tulis ape yang madam dok lecture kat depan kelas. Sempat plak tu layan jiwang tulis sajak. Bile dah kantoi ngan aku, cpat-cpat berenti pastu kasik balik testpad kat aku. Hakhak! haitham2...

Tapi mmg btol celaru pun kepale. Sebelum lecture td dok ngadap pc kat lab 3 jam wat program yang paling susah aku pnah wat. Kalo nak diikotkan memang tak jadik. Mule-mule tu ade 16 error, tak bleh execute. Sket-sket petet ngan aku carik salah. Sampai bleh execute program. Da lepas tu ade runtime error lak, tak bleh nak masukkan input dlm program. Cek lagi.. Dah tau salah, bleh masukkan input, tapi salah kira plak program ni. Petet dah tersenggut-senggut dah ngantuk. Isk232.

Surrender ar, tanye madam. Madam rombak balik hampir separuh source code. Kejap je, 5 minit. "This should be here. This should be there. These should be like this. Then you can get the answer correct rite?" "I've tried this program, i can do it in 15 minutes, and i thought u all can do in less than 2 hours". Tah ape yang payah sangat nak wat program tu tatau ar.. Pasal array kot? Array yang bercelaru dalam kefahaman? Hohoho!

Isnin, September 20, 2004

Petet semangat seh usyar frenster. Hakhak! Baru balik hantar assignment math yang baru sahaje disiapkan tadi. Sampai terpaksa tuang kelas physics tadi nak siapkan! Sume pasal aku spend the weekend kat umah enod yang best kat bangi...

Lepas quiz ari tu bebudak ni ajak gi umah enod. Cam tanak pegi, sbb assignment tak siap lg, pastu plan nak study the whole weekend (eceh..). Tapi oleh kerana dulu during sem 2 mase bebudak ni pegi ramai-ramai aku tak gi.. (mase tu busy buat ENGENIUS board), bile lagi nak pegi kan? So pegi lah.. ikot enod, juan ngan farouq

Sampai bangi kol 430, tak terus ke rumah, tp gi kedai buat medal, farouq ngan enod nak amek tempahan medal basketball ngan buat colar dot ENGENIUS. Kol 6 lebih baru setel. Balik umah enod.. waah.. besa siot umah, corner lot, atas bukit, depan umah dr. fazdilah kamsah, no 4, jln 3/6l, bbb. Cantek giler umah.. layak masuk dalam magazine 'anjung seri', layak gak masuk antara rumah-rumah idaman aku, hohoho! Design die.. peh.. ala-ala umah dato' tan sri dlm drama-drama melayu, swimming pool je takde.

Lepas mandi, kol 8 lebih layan steamboat kat d'nelayan. Tenkiu pakcik belanje kami. Satu kepala RM 10, makan unlimited! Peh.. aku ape lg.. nilah peluang. Udang beso aku rase lebih 10 ekor aku makan. Lala lagi? Sup tulang lagi? Fishball, ketam ball dan mmcm lg? Kuih lapis yang sedap giler lg? Fuuh.. kenyang giler-giler nye.

Balik, tak ikot parent enod, bebudak ni ajak gi main snooker. Aduh.. "Aku bukannye gheti main dowh.." "Ala.. main jek.. aku ajo," semangat giler juan nak main. Enod ngan farouq main table lain, aku ngan juan main table lain. Dulu penah main skali kat ss 14, sebijik haram ball pun tak masuk. Huh! Tapi this time ade improvement ar.. Hoho! Bola merah ade ar 4,5 bijik, bola warne ade 2 bijik masuk! Lebih dari juan sebijik tu.. ! Ni yang membuatkan aku nak main lagi nih! (Tp seme tu dgn tunjuk aja budak lagi 2 org tu, die org abes 2 game ketike aku ngan juan terhegeh-hegeh lg nak abeskan 1st game, otai giler..)

Balik kol 1 lebih, penat, lepas mandi, solat, terus tido. Bangun esoknye kol 10 lebih. Memacam nde leh buat sementare nak tunggu enod bangun dan mandi, hehe. Gitar karen ade, siap ade distortion, giler best siot, bleh main lagu rock, cam real jek. Pastu piano lg, farouq aja satu lagu, pastu aku carik sendiri intro 'berhenti berharap', jumpe seh!

Tengahari, lepas setel beli hamper basketball, makan kat umah, mak enod masak, sedap giler. Sekali lagi aku berase kenyang melampau. Pastu gi jenjalan ngan juan, budak dueorg lagi tu main snooker lagi. Petang beli hamper lagi, pastu lepak-lepak, kire-kire duit, pas maghrib makan kopok sket, kol 8 lebih balik uia naik mercedes bapak enod bawak. Frankly i admit, 1st time naik merc, waaa...

Sampai kol 9 lebih, terus gi abc, ingat nak buat assign math, tp berborak-borak jugak akhirnye, sehinggelah kat kol 12 fizah call cakap dinner bbq kc mlm tu ade lebih, nak kasik aku, baru aku gi makan kat ukc ngan dein. Pas makan igt nak buat assignment, rupe-rupenye tido lebih baik utk aku mase tu, hoho! Bangun kol 10 lebih, mandi, siap pakai dress coat terus gi abc, phtostet, lame dowh.. sejam lebih baru siap!



Malam ni kol 11.30 dayah fly. Isk, terasa gak sedih. Dulu mase abang nak fly gi uk aku mase tu kecik lagi, tatau ape pun, tau suke jek abang aku nak fly. Die yang nangis peluk aku mase nak fly. Ni dayah plak.. terdetik gak kat hati rase sedih.. Pagi tadi die miscal subuh for the last time before fly. Isk232. I will miss her suboh misscall, i'm sure. Mudah-mudahan die dipermudahkan segala urusan, diberi petunjuk ketike kesulitan, dapat belajar rajin2, dpt keputusan yang cemerlang dan selamat pergi dan pulang, amin...

Khamis, September 16, 2004

"Lecturer tak dapat royalti ke kasik exam paper kat ENGENIUS utk dijual? Penat lecturer buat exam paper.."

Hehe. Lame tak jumpe lecturer mintak paper final last sems. Kalo jumpe lecturer yang cakap macam atas ni, sronok ar. Peramah, bleh buat gurau-gurau sket. Dulu mase 1 st year wat keje ni, kene jumpe lecturer yang aku blom cakap ape pun (aku baru jek introduce aku dr ENGENIUS) dah marah-marah. Maybe die menyampah agaknye ENGENIUS asek mintak jek.

Lepas jugak tanggungjawab aku pegang duit edu. Risau aku pegang duit banyak-banyak. Seme dah serah pade dak 1st year dah. Gune la korang utk exam paper stall. Hoho.

Weekend ari tu gi midveli main bowling. Lame giler dah tak main. Sengat dah hilang dah. Hehehe. Tak puas main 1 game, main 2 game, tak puas main 2 game, berenti, main lain kali ar, pokai ar duit! Seronok.. seronok. Rase macam tanak kuar jek dr cosmic bowl tu. (Seronok bukan ape.. seronok nak kejo points bebudak nih)

Ari selase ari tu gi donate blood. Donate blood? Waa.. 1st time siot donate. Dulu mase 1st sem 1st year aku gi gak. Dah tau tak layak aku gi gak.. mane tau leh lepas ke. Isik borang. Pastu mase cek darah kantoi ngan pegawai. Tak cukup umo. 2nd sem busy, tak sempat nak pegi. Sedar-sedar dah abes dah kempen tuh. Dapat gak akhirnye derme ari tu. Hampir satu kelas gi derme, cam rombongan lak.

Mule-mule masuk dewan donate tu bedebar-debar gak. Cek darah, darah aku tak brubah, still macam ari tu, B, hehehehe :p. Sampai nak tunggu turn tu dah cuak dah. Nengok bebudak kene cucuk kat tangan. Besa siot tiub die cucuk. Aku dah ar jenis yang agak takut nengok darah. Isk...

Sampai turn aku, aku tak nengok pun cemane die cucuk tangan aku. Sedar-sedar darah aku laju jek kluar. Takde ar sakit pun, sakit lagi mase sunat, hehe. Juan ngan din dok sebelah aku, sederet dak maahad muar derme. Hehe. Kejap jek. Less than 10 minutes dah menggelembung dah bag darah. Merah kepekatan darahku. Hehe. Laju darah aku kluar kalo nak dibandingkan ngan dak-dak nih. Sebab bedeba-deba ke? Hakhak. Lenguh gak rase pastu. Lenguh main boling tak abes lg, kene plak cucuk kat tangan yang same. Ngantuk. Letih.

Malam ni ade Solidarity Night kat AMF. Cam tak best jek. Sebab ape cam tak best? Sebab aku nengok orang yang nak pegi ramai, comite taaruf kuang-kuang 200 org pegi. Comite iptim lagi? Atlit iptim lagi? Wakil-wakil society lagi? Waa.. mau macam kerje kawin kat AMF malam ni (kene pakai baju batik dengo cite.. ilham dtg ketuk pintu bilik pg bute td nak pinjam baju batik aku.. hehe). Mentang-mentang name solidarity, seme org die nak jemput. Dulu aku da bajet makan kat table bulat di mane aku bleh puase satu hari, malam tu baru nak makan. Tapi kalo dah ramai cam tu.. Tatau lah. We'll see tonite.

Ahad, September 12, 2004

Lapo siot. Turun-turun kafe nengok penuh semacam. Ramai giler. amoi-amoi, aci-aci pun ramai. Pehal nih? Lupe plak ari ni ari ahad, ade student open university tumpang blaja kat sinih. Open university dah memang menghavockan suasana kat matric di hujung minggu since dulu-dulu lagi. Tapi.. recent 3 or 4 weekends were never be the same weekend... wahahhaa

Huh. Lately, students' society kat matric ni rajin sgt2 buat family day @ fun day. Tu yang macam kecoh jek matric every weekend. Bermule ngan dak medic last 4 weeks. Sume society nampak macam berlumbe-lumbe nak wat family day. Banyak aktiviti dieorg buat, futsal, netball, other sports xtvts, some stalls, xtvt riadhah, sukaneka pun ade. Gempaq jugak ar.. Apasal ENGENIUS tak buat? Hoho.

Tapi family day plak depan bilik aku, kat padang. Seawal lepas subuh dah kecoh-kecoh dah. Pastu kol 8 start ar radio dieorg, ngan dj lagi. Aduh.. Hilang selere aku nak tido di hujung minggu itu. Tapi bagus gak, takde ar aku terlajak sampai kol 1. Hoho.

Semalam igt nak study memandangkan tak balik kampung. Tapi.. zuhdi ajak gi makan nasik lemak kat luar AC. Pastu balik kolej layan cite The Exorcist. Hampeh cite, bosan giler. Pastu layan lagi muvi, cite Hard Ball plak. Cite ni mmg best. Ala-ala cite Remember The Titans. Citer pasal mamat yaNG suke bertaruh result basketball, hutang keliling pinggang. Carik income jadik coach baseball bebudak niger kecik. Mule-mule die cam malas-malas jek coach, tp bile dah lelame die coach team die, die insaf, tak betting lagi. Akhirnye team die jadik juara championship.

Tapi still kene study gak. Aku dah janji ngan diri sendiri! Study la sket dlm 45 minutes. Pagi tadi sambung sket. La ni nak kuar gi midveli main bowling. Lame siot tak main bowling! Hoho!

Sabtu, September 11, 2004

Bleh pospon lak quiz tadi. At first, postponed to 1015 am (supposedly started at 830 am), then postponed to next week. Aduh.. tau aku balik jek muo ngan dayah smalam.

Semalam dayah ajak jumpe, sebelum die fly next week, die nak blanje aku. Ajak jumpe kat Ampang Park (b4 that she settled her visa in a building nearby). 1st time pegi situ. Die blanje kat foodcourt. Pastu ikot die gi pudu die nak balik muo (tak dapat anto gi airport, anto gi pudu pun jadik ar.. hoho). Minggu depan die nak fly dah.. isk232. Go dayah go! Blajalah rajin-rajin. Jangan lupe doakan aku kat sinih...

So nak balik ke nih? Macam nak balik. Juan ngan fizah nak balik gak ari ni. Tatau arh. Cam tak best jek balik ari sabtu. 1 hari jek ade kat muo. Balik muo pun bukan wat ape pun, tido, nengok tv. Maybe its better for me just to stay here. Study lah azimin.. kalo tak srupe ko balik jek azimin oi!

p/s - smalam dayah bitau senior aku yang jugak batch die kat skolah dulu, hafiz (buyet) telah kembali ke rahmatullah kelmarin, beberapa lama selepas kemalangan di UM. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah...

Khamis, September 09, 2004

Lambat ar plak cc nih. Maybe ramai surfing internet. Tetibe lak ramai time-time cam nih. Bese kurang. Malas arh nak blogging. Lepak abc jap pas ni. Layan wave, pastu study math @ comp sket kot...

Rabu, September 08, 2004

huhuhuhu..letih siot.. keje tak habih2. DaHlaaa kene prepare induction course utk dak2 baru masuk engenius. pastu kene siapkan assigment FKM. Lecturer nyer ustaz Mohyudin. Tapi memang aku respect aaaaa die. blaja dalam kelas mmg best aaa.. siap leh gelak lagi. Tp die ade cakap maybe kene present assignment dalam AMF. ahh sudah. camner nie...pastue kata ada Mr Abbas lg. huhuh.. cuak gak nie. takpe2. amik mende nie sebagai pengalaman berharga. pastue skng nie aku tgh gilerr volleyball... dalam klas asek teringat nak tampar bola jee... kekadang tengok lecturer ajar muka die cam bolaa jee... seb baik tak aaa tampar die. kalo aku tampar mau aku kene blaja lagi 2 tahun kat sini. oh yee.. jimin dah last sem dah.. tapi aku still lagi kene duk satu sem lagi.. best aarr ko jimin. x yah lg merasa idup cam penjara kat sini. sudah aaarr ko. kuikuikui.. papepon buat laaa leklok last sem nie. jangan fail. aku x nak dah tengok muka ko kat sini satu sem lagi.key aa chow dulu guys ...(nak wat assgment fkm siot)

Isnin, September 06, 2004

Tadi mase tengah belek-belek buku ANSI C, tatau nak bace ape sesambil layan mix.fm, terdengar satu cikgu ni dedicate lagu R Kelly, 'I Believe I can Fly' untuk anak-anak murid die yang nak UPSR tak lame lagi. Wah, aku dengo pun jadik bersemangat gak macam aku ni anak murid die.. hoho

I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
I'm leaning on the everlasting arms

2-If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

1-I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar

I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
(Oh) I believe I can fly

See I was on the verge of breaking down
Sometimes the silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me
(repeat 2, 1)

Could I believe in it?
(rpt 2, 1...)

Pastu terlayan lak nasyid, terdengar lagu 'Gadis Itu', NowSeeHeart nyanyi. Tak bleh nak tampal lirik kat sini.. malas nak carik kat internet, tak jumpe. Tertarik ngan lirik die.. 'Mengapa perlu berasa jauh dari Allah, sedangkan Allah sentiasa mengingati kita'. Terasa insap gak dengo lagu nih...

Ahad, September 05, 2004



Penat? Penat...



Wah.. wah.. Baru jer malam sebelum tu aku kutuk2 interview tak best. Cam tetau jek esok malam nye aku kene jadik interviewer plak. Mule-mule aku tanak, aku suruh nik, pastu dah banyak kali kene suruh, terpakse ar... Nik plak da mmg kene jadik. "Cemane nih? Semalam aku kutuk. Malam ni bleh ke aku wat org tak kutuk? Isk232.."

Sekali ngan aku (Nik baru jek cucuk perut aku, die ade dlm cc gak rupenye, tak pasan aku) interview malam tu fizah, naily ngan syam. Aduh.. tak reti aku nak start. Syam suh aku start gak. Tah ar.. cam bese2 jek aku interview. Hohoho. Macam-macam jenis candidate ade. Yang pandai melampau cakap (dak debate tu.. bukan takat debate.. memacam lagi die masuk mase skolah dulu), yang segan-segan nak cakap ade gak. Yang pasti aku tak jumpe dak skolah aku (dak skola aku tp da pindah skola lain pastu ade ar.. aku tak knal, die pindah skola jasin, fizah suke arh ramai dak skola die). Modul interview plak gempaq siap ade discussion macam interview petronas. Yang pasti jugak.. aku mmg tak reti sgt nak interview-interview nih (aku pun kantoi dulu interview jpa ngan petronas), tapi takpe.. aku dah ade calon utk serap dlm edu.. bleh bitau rizal nanti.. heh2.

Ari sabtu semalam bebudak ni plan lepas quiz nak gi times square. Tapi aku dah agak dah, hangat-hangat taik ayam jek bebudak nih. Plan asal bilik 211 ngan 111 nak gi, last 211 gi kl, 111 gi midveli jek. 211 gi pertama ngan sogo, teman lemek bli kasut futsal (buat die main malam tu.. hoho!), aku pun tumpang skali bli raket badminton. Raket badminton? Jimin ke ni? Hahahah! Lame aku tak main badminton. Petang tu balik terus main kat bilik for the 1st time after almost 4 years tak main badminton!

Malam tu join nengok futsal melex nye. Support dak bilik lame. Seri satu kalah satu. Ni skang ni depa tengah lawan lagi satu match. Pasni nak turun nengok. Sesambil nengok futsal tu main2 voleyball kat sebelah, tak reti aku main, petet ngan sleman ajo. Best gak. Main sampai kol 12. Abes merah-merah tangan aku.

Pagi tadi plak main archery kat court basketball, adventure club wat. My second time. Satu tersasar. Target doraemon tengah2 tak kene langsung out of 8 arrows. Tak puas hati aku main lagi satu game. Takde tersasar. 2 kali kene muke doraemon tengah2 tu. (aschrof cakap kene target sbb ade awek committee dok sebelah) Puas hati. Sister-sister commmittee pun ok, layan ar gak (hehehe..), tak tense mase memanah (committee bros tah kemane tah, sorang pun takde). Petang ni nengok keadaan, mase nengok futsal nanti, maybe nak main archery lagi!

Penat. Letih giler badan... Tapi sronok.


Khamis, September 02, 2004



Anwar Ibrahim is Released?



Source BBC News

Anwar Ibrahim was sacked six years ago
The jailed former Deputy Prime Minister of Malaysia, Anwar Ibrahim, will be set free, after the country's highest court overturned his sodomy conviction.
The decision came six years to the day after his dramatic sacking by Malaysia's then Prime Minister, Dr Mahathir Mohammed.

He was imprisoned in 1999 and had lost earlier appeal against his conviction.

He is now expected to travel to Germany to receive treatment for a back injury he says he suffered when arrested.


The country's former police chief was responsible for a beating he received when first arrested in September 1998, Anwar says.

"He is free to go, there is no doubt it," said his lawyer Pawancheek Marican when the verdict was announced.

He is expected to leave custody later on Thursday.


Anwar was jailed in 1999 for corruption after a trial widely seen as politically motivated. It followed his disagreement with Mahathir Mohammad over how to run the country's economy.

In 2000, he received a further nine years for sodomy.

Anwar had already failed to reverse the first of those convictions.

Thursday's appeal to Malaysia's Federal Court - the country's highest - was the last legal opening for the former minister.

The court was reviewing an earlier rejection of Anwar's appeal - but decided to quash the original conviction by a vote of 2-1.

"We allow the sentence and conviction to be set aside. We find the High Court misdirected itself. He should have been acquitted," said Judge Abdul Hamid Mohamad, head of a three-judge panel.

The BBC's Jonathan Kent in Kuala Lumpur says Anwar's continued imprisonment had posed problems for the government of current Prime Minister Abdullah Badawi.

Although his star has waned since the days when thousands marched in protest at his treatment, many in Malaysia and abroad still regarded him as a political prisoner.



Courtesy of Geng Jurnal from a journal by walkthrulife







Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Akhirnya siap jugak aku kemas bilik aku. Ari tu janji nak kemas bilik lepas ari sabtu 2 minggu lepas. Hoho. Ari ni pun lepas ari sabtu gak! Busy btol aku ek? Kemas bilik pun payah. Heh. Tah ape tah aku buat.

Ari tu weekend merdeka sakan aku jalan, gi klang (kak lina suh aku jadik cameraman lagi mase a'a kawin, sronoknye bile keje sendiri ade orang suke.. hoho!), gi ampang (ziarah cik zai kat ampang puteri), gi ukm bangi (gi lepak umah abg jo, tak lame lagi die nak berenti jadik fellow), gi bukit jelutong (tak dpt aku lupe.. ramai gile, semue adek badek mak ade kat situ, bleh jadik family reunion), pastu sambut malam merdeka kat rumah angah, ade makan2, family reunion cikgu elias, hehe.

Final tak lame lagi, sebulan lebih sikit jek. Ayah slalu pesan blaja rajin-rajin. I always doubt of myself. Am i THAT ready? But still, aku tak pnah kesah pun pasal doubt tu. Hoho! Dayah pnah cakap, rase risau nak exam, tapi malas study, tu mmg masalah bese as a student. Heheh. Bese la ek? Heii.. jimin.. jimin..

Malam tadi rizal ajak tolong handle interview new ENGENIUS sub-coms. Frankly, bosan arh. Kalo aku kene interview malam tu kompem ngantuk. (tatau arh interview kat room lagi satu cemane..). Lain sangat mase aku kene interview last year. Tatau arh, mungkin gak yang kene interview ngan aku dulu banyak cakap. (ceh pasan..). Dulu yang interview aku ramai gile (malam tadi pun ramai.. tapi yang interview tu series sangat..) yang interview lagi ramai dr yang kene interview. Pastu plak kene tanye ngan saiful yang otai itu. 'Hu ha hu ha' ar gak malam tu. Hakhak! Tapi malam tadi tatau arh ape yang tak kene. Macam tak best jek. Maybe malam ni kot budak best2 sket.

Rabu, September 01, 2004

1st time siot abes physics lab awal.. hohoho. Bese mase 3 jam tu digunekan 'sebaik-baiknye'. Hehehe. Ala.. lembab ar plak pc nih..

Khamis, Ogos 26, 2004

Malaysia kalah dowh. Buat penat aku menjerit-jerit jek sokong josiah ng malam tadi. Dah gempaq giler arh die mase round 1. Commentator siap puji tuh. Mase final lak bukan rezeki die, kene himpit mase dah nak dekat finish line. Tapi sronok gak terjerit-jerit ramai-ramai malam tadi kat bilik amin. Maka pulanglah dengan tangan kosong sekali lagi. Isk232. Malaysia.. Malaysia..

Dayah msg aku suboh tadi. Die dpt gi university of liverpool. Bapak arh. Sempoi siot ko! Bangge aku ade gak dak maahad muar kat liverpool tu.. heheh. Gempaq seh. Jeles siot. Tapi takpe, leh ko blanje aku jersey2 epl. Heheheh. Skang die tengah busy setel visa, bekemas lg.. Cayuk arh dayah!

Pas ni nak gi burn cd nasyid. Sebenanye nak burn malam td kat bilik amin tapi die org tgh nak ngk tv kat pc tuh. Ampeh. Pastu? Bilik tak kmas lg. Janji nak kmas pas ari sabtu (ni lepas ari sabtu lg pe.. heheh) Malas gile nak kmas. Nak study? Esok ade quiz math. Baik main gitar ke borak2 ke. What is on my mind right now? I am flying! Berpijaklah di bumi yang nyata! Face your life!

Isnin, Ogos 23, 2004

Aduh.. Punye la besemangat nak blogging tadi. Tetiba dah ade depan pc ngantuk ar plak. Malam tadi tetido mase tengah buat assignment math yang nak kene anto tengahari tadi (baru nak buat? isk232...). Terjage pun pasal dayah miscal kejut suboh. Aduh.. assign tak siap lagi. Tepakse ar nih gi abc minta 'sumber' assignment...

Am i too tired? Tired ar gak kot pasal smalam gi convest kat main campus gombak. Thanx to fizah yang kesian ngk aku takde kawan nak gi agaknye telah ajakkan firs ikot aku gi convest. Last time gi convest mase closing ceremony, mase tu dah bersih dah, seme stalls and bazaars dah selesai, xtvt da takde, concert closing jek yg tinggal.

Not many interesting, really. Just some booths and stalls selling those kinds of kain, religous cds, cassetes and books and such things (yang special sket, ade funfair kat stall and bazaar tu.. tp mase aku gi tu tutup). Yang lelain ade ar xtvt nestle kat stadium, cambet, tapi aku tak gi pun, tak smpt. Yang lelain lagi smalam ade convention arab, ngan medic-pharm xhibition kat kaed.

Jumpe ewok dan rakan-rakan, bakal senior aku, isk. Jumpe dak-dak matric, ramai gak yang datang. Jumpe seperti bese, fizah and frens. Jumpe yusri. Jumpe.. eh.. Ape? Yusri? Yus ade dowh.. Lame gile tak jumpe die. Actually die yang call. Jumpe kat stalls and bazaars. Seperti dulu. Tak berubah die ni. Hoho. Die bawak aweks kawan-kawan ukm cwgn kl die (die amek coz ape tah, aku dah lupe die cakap ape, coz aku tak pnah dengo, tp cam gempaq jek). Borak-borak, cite memacam, (cite alia semestinye ade, sedih die kate alia nak gi indon tinggalkan die, hehe), pastu aku ksian ngk firs sorang-sorang tediam. Hehe. Die nak bli kaset inteam 04. Semangat giler. Sebelum tu jumpe sorang lagi member skola lame, afiqah. Classmate aku tu dulu mase form 1. Lame gile gak tak jumpe. Jumpe die kat terminal putra, nak balik die kate, tatau balik mane.

Jumpe abang firs kat kaed, die jadik comite medical check-up. Die blanje kite org buat medical check up. Wah.. tak pnah siot check semenjak check nak masuk matric ari tu. Mule-mule check BMI. Huh. Mine is on the border (25.04) between normal and overweight. "Ala.. kalo buang enset kat dalam kocek mase timbang tadi tu.. kire normal arh.." brother yang cek aku tu cakap. Hehe. Pastu check kandungan lemak. 22.7%. Normal gak, but approaching fat which is 25%. Check blood pressure. Normal tak normal sgt ar, 130/85. Pressure exam kot? Hoho! Pastu check darah. Tak pnah tau pun darah aku jenis ape. Darah aku jenis B+ rupenye. Check glukos plak, normal, 4.3. Check telinga lak, tak mende. Mate, kantoi 2 huruf tak nampak. Mase consultation plak, die kate normal and healthy, cume kene exercise lebih sikit. Hoho!

Tu jek ar yang menarek perhatian aku kat convest tu.. kot? Hehe. Yang lain takde mende sangat ari tu. Lain xtvt, lain hari. Maybe kalo aku dok main campus nanti tiap-tiap ari bleh gi, best kot. So, BMI pasni mesti less than 24, at least! Layan! Layan!

Eh banyak gak aku post. Ilang dah ngantuk?

Khamis, Ogos 19, 2004

Physics oo physics.. knape la soklan midsem ko mlm td payah semacam? Siap ade application aerospace engine, marine engine. Ape ni? Tak yakin aku jawab mlm tadi tau! Mcq ko pun susah gak. Aku jawab mcq ko pun banyak kene influence ngan polar jawapan midsem sebelum2 ni (aiman sempat kaji polar jawapan mcq soklan past midsems).

Math oo math.. sori la aku baru nak sentuh buku ko ari ni. Bukan aku geli nak pegang buku ko, tapi aku kene belai physics dulu sejak cuti midsem ari tu. Ermm.. Bleh ko curahkan seme-seme dalam buku ko kat aku? Kalo aku lapo nanti.. aku jawab arh soklan-soklan lazat dalam buku ko tu. Takpun kasik ko nye assignment ngan quiz yang aku buat ari tu. Nanti ari sabtu aku kuarkan ar seme-seme tu. Ok eh?

Bilik oo bilik.. sori sgt sebab tak sempat-sempat aku nak ngemas ko. Berhabuk gile ko. Besepah tok sah citer arh, macam tongkang pecah, lelagi dalam loker ko. Lepas ari sabtu nanti aku kemas ar ko eh? Mop2 lantai ko ke.. kemas2 loker ko ke..

Tido oo tido.. ko ni aktif sangat arh. bape lame ko nak aktif satu hari? Cukup2 la ek? Same gak ngan makan. Asek ko jek yang nak aktif. Kasik can ar library aktif.. padang ke.. masjid ke.. Aku kene control ar korang. Jangan mara eh? For your own good gak...

Isnin, Ogos 16, 2004

The Guy I was Talking To

He was standing alone at the edge of the canopy during that hot sunny day. It was the registration day of the matriculation centre session 03/04. It was quite a clumsy day for me. I feel like i'm nothing, everything i did were unright. So i approached that tall guy hoping that we can just talk for a while to at least forget all my clumsines. The conversation with him did not stop there. He is still the person i am talking to until now. He is farouq, the first person i met in the matriculation centre.

Now, he... he is.. he.. he.. hehehehe.. Hak hak! Aku dah kate dah aku takde mood nak tulis ape2!

Luse ade paper physics 3. Sabtu plak ade paper math 4. You should know wut to do azimin...
Huh.

Lame giler tak blogging. Mood pun belum ade sekarang nih...

Sabtu, Ogos 07, 2004

"Malu giler siot!"

Tak pernah siot datang selewat ini. Bese kene sound ngan mdm parveen sbb dtg lambat 10 @ 15 minit kelas die, "Why are u all late?", kami jawab dengan sengihan. Ni datang lambat 40 minit! Exam pulak tu! Nak jawab ape? Nasib baik tak kene tanye. Datang-datang venue nengok dak seme dah masuk. Seme dah start jawab, seme dah jauh dah jawab. Worse still, there were no more seats for us! Giler arh. Yang dapat duduk petet ngan zuhdi. The other 3? Diri terponge kat tengah-tengah dewan. Beratus-ratus mata dah memang kompem nengok muke-muke tebal these so-called otai ni. Dah 2,3 minit dok diri kat situ lecturer cakap,"U all wait outside first, we don't have enough paper for u,". Bengang siot! Duduk kat luar venue, lame gak, 5 minit lebih baru dapat masuk balik, jawab exam. Ade lagi 40 minit jek. Isk... Mujur boleh jawab gak soklan-soklan die.

Pengajaran penting dapat obviously dilihat di sini : Kalo tak pasti exam start kol bape, tanye orang lain yang tau! Ini begitu yakin exam start lambat, ni ar jadiknye! Malu ngan satu dewan. Malu ngan lecturer yang jage exam. Malu ngan mem. Mem nampak kami dtg lambat, siap tanye lagi kenape dok luar mase kami kene dok luar kejap tu. Kesian mem. We're very sorry, mem!

Dah, dah. Pasni make sure ar jgn datang lambat lagi... Heh, make sure? Hohoho!

Balik cuti ni tatau ar bleh online ke tak. Ari tu balik pc rosak, kene virus. Tatau arh kalo ayah dah betulkan, rasenye tak. So maybe tak blogging for the whole 1 week cuti kot. Farouq, tulis oi mase cuti nanti, jangan tak tulis! Poyo arh ko sejuk-sejuk plak kat fraser hill, huh.

Jumaat, Ogos 06, 2004

Farouq wrote:
Sejuk giler gi bukit Fraser ari tue. 4 ari 3 mlm. Seb baik Juan ada bg aku pinjam baju sejuk. Kalo tak mati kesejukan aku. Dah lee aktiviti group binding byk buat kat luar. Dgn suhu serendah 15 darjah celcius dan waktu lepas tgh mlm byk mengajar aku ttng nikmatnyer tempat sendiri. Terlupa lak. Program yg aku pergi bersama mainboard Engenius nie dinamakan Mc Lead atau dgn kata mudahnye kursus kempimpinan. Byk mende yg aku dapat blajar dari program nie. Antaranya macam mana nak plan program, manage event dgn leadership skills. Besides, aku kenal lebih ramai presiden masa tue. Dan baru2 nie Presiden utk MSCC telahpun dilantik. Balik je dari bukit, terus rasa macam nak demam. Berlarutan sampai ke khamis. Pergi klinik, igt dapat mc, sekali x dapt laa pulak. aduhh... takpelaa.. God knows the best. Aku kene start blaja dah kot. huhuh. byk pelajran tertinggal nie. Dah lee midterm lagi seminggu je. Stadi siot. PAper work utk induction course x buat lg. Surat complain about maintanance. Ari tue masa MC Lead aku dgn cam beraninyer( hakikatnya my hearts pumping macam nak meletup sbb nervous giler) gi laaa complain pasal maintanance yg dah mmg aku dendam bersemester lamanya. Kene pergi ke depan and bercakap kat mikrofon. Depan beratus org dan semua nya status presiden gak. Puas hati aku gak dapat komplen. Cuti nie aku nk blaja abis. stadi...stadi...stadi...

Ahad, Ogos 01, 2004

"Weh esok jage stall boleh?" farouq dah mule meminta (pintaan yang lebih kepada arahan veto), die suh jage stall untuk bebudak 1st year apply jadik subcoms ENGENIUS.

Penat tolong angkat + ngemas barang rumah angah tadi pun lom abes lagi (ngeluh kah aku?). Barang takde la banyak sangat, saje ngengade buat-buat penat. Hakhak. Ermm... Rase sedih gak nak tinggalkan rumah lame angah. Genap setaun setengah angah dok rumah kat ss 28 tu. Yang paling aku ingat ialah interview pertama aku kat PERMATA kajang. Aku teringat interview tu tiap kali aku gi rumah lama angah. Pertama sebab interview tu interview pertama dalam hidup aku, pastu masa interview tu macam-macam aku lihat, macam-macam pengajaran aku dapat.. hoho. Kedua sebab tie yang aku pakai mase interview tu masih lagi rapi terikat kat dalam guest room kat rumah lame angah sampai lah angah start pindah Jumaat ari tuh. Jiran sebelah rumah angah yang ramah pun aku tak lupe. Baik, suke senyum, dah anak tiga pun cantek lagi.. macam pelakon. Terkenang la jugak...

Rumah angah yang baru dekat seksen 11, dekat ngan bandar, semua jenis kedai ade berdekatan, tu yang best. Rumah pulak setingkat, tak payah nak turun naik tangge. Barang tak banyak, nampak lapang rumah angah. Eh lupe... besdey aleya jumaat ari tu. Hoho. Makin comel die, kene plak bile dah tumbuh gigi, tersembul gigi die yang baru jek 2 batang bile ketawe.. hahaha.. comel.. Aus pun dah besar.. dah layak dah dipanggil abang kpd fariz yang makin tembam gampang.. hehe ***Hari lahir arwah mak pula semalam. Dah besar dah cucu-cucu dia. Moga roh mak dicucuri rahmat. Al-fatihah...***

CC lagi 15 minit nak tutup pulak dah... Sebenanye tengah tensen lagi skang nih, tadi quiz comp banyak gak kantoi. Dah lepas jawab quiz mase bincang-bincang ngan member tu baru prasan buat silap sebelum tu. Nyesal giler kuar awal. Huh. "Alaa.. benda dah lepas, biar jek ar lepas.." zuhdi begitu yakin.. tau arh ko buat btol!

***Atuk dein telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Al-fatihah...***

Isnin, Julai 26, 2004

Untuk pengetahuan semua farouq adalah presiden Engineering Students' Society (ENGENIUS). Tu la pasal die sebok nak citer pasal engenius. Selalu komen aku nye blog, kurang citer pasal engenius die kate, heh.

Tetengah aku study tadidein tak masal ajak aku gi cc. Huh. Temankan die ar konon gi jumpe assistant die amek ape tah. Pegi cc, ape lagi, online arh! Bertambahlah duet aku kat tokey cc nih, baru jek kelmarin gi ngan farouq.

Nak citer ape ar? Takde mende yang best. Semalam satu hari aku tido, tatau nak buat ape... hohoho.

Sabtu, Julai 24, 2004

akum...huahaha finally aku dpt gak tulih kat blogspot nie.slalu asek failed jek..heheh..jimin aaa ajak aku join jadi blogger nie. well stakat nie aku xde pape nk tulih tp after dis aku akan tulih byk yg kbyknnya pasal engenius. bole kan jimin? hahaha dia dok kat kom1 kat iium cyber. .

Jumaat, Julai 23, 2004

1. Pergi tengitex (Engineering technology exhibiton sempena sambutan 10 tahun engine kat uia)kat main campus weekend ari tuh. Dah agak dah, pergi masa last day, dah takde ape sangat. Sama macam mase aku gi convest last year kat situ jugak, pegi masa last day, abes belaka. Yang ada masa tengitex ni pun auto show. Best la jugak kot... Nak nengok i-cube (macam loe, disertai oleh bebudak sekolah, invent macam2 ar..), dah siap tengah kemas dah, yang ada rangka gerai jek yang tinggal. Isk.

2. Result MUET dah kuar. 2 points jek lagi nak dapat band 5 (nak jugak sebut band 5 tu!). Ermm... I deserve to achieve band 4...

3. 2 quiz start minggu nih. Tiap kali sebelum quiz, lepak kat bilik lame, discuss 'a lot' with old roomates. Malam tadi tak tidur langsung. Study math ar kononnya. Sesambil menghiburkan diri bermain alat muzik itu... heheh. Tak ngantuk lak tu malam tadi. Kalo study lat-lat, takde wat mende lain melaikan study, mesti ngantuk!

4. Angah nak pindah tak lama lagi. Hari tu die dah book aku suh tolong die angkat kusi meja. Die tak kontek lagi, tah bile tah die nak pindah.

5. Aku perasan aku semakin melebar. Isk. "Ko dah makin gemok dah jimin.. gi la exercise sikit oi," farouq pun pasan aku melebar dan melebar! Hoho! Memang sem ni aku langsung tak jejak padang melainkan untuk lintas padang atau nengok matches kat padang. Makan dah control... Peluh jek tak banyak keluar. Kena pulak asek banyak tido jek musim-musim hujan nih... Aaaar

Sabtu, Julai 17, 2004

So there it goes. What it? What goes? Hahah. Dunno... Most of my blog friends are using english for their blogs. Why english? Dunno... Even now dein is speaking english with me sometimes, and of course consistently speaking with kamal and husni. And why is that? Dunno...Me too speaking english with both of them, my new roomates. Its kinda comfortable speaking english with 'em. Thanx both of you.
 
Still remember last time i used english in my blog for quite a time, one month perhaps (refer posts from April to June). Still remember how md nur very keen to speak english. Very keen to post blog in english (md nur, ko da setaun tak tulis blog eh. Where are you?). Why english? Dunno...
 
But somehow, sometimes i have to post blog in english. It is a matter of practice. I have left english for almost 2 years in those school days. I had never learn english in the matric. And suddenly i have to face EOP at the main campus. Can I ever do it? Last time when i was to sit for MUET, i kinda not confident (dunno what will i get for that exam, i wonder when will the result be annouced...). I forgot how to write a good essay. I forgot how to summarize. I forgot how to extract points.
 
It didn't stop there. I can't speak english well too. I became stutter when it comes to speak english with both my roomates especially. I have to take some time to arrange my words, to arrange my grammar.
 
I need to practice (kejap jek ni.. pas ni ilang ler semangat nak sepaking, hohoho). No! I just have to! If it is not daily, at least it will be a post for a month. We'll see...

Jumaat, Julai 16, 2004

"Waah.. ade sister bukak blog aku kat cc nih seh.. nak dok sebelah die arh"
 
Ceh. Salmi ngan akram rupenye. Naik segan gak aku die orang bace my blog (salmi ... jangan tak bace lagi plak pas ni.. hehe.). Isk....
 
Sejuk. Sejak 2,3 ari ni sejuk betul. Menggigil aku mandi pagi-pagi. Tidur pun sejuk (tapi tido sejuk-sejuk best gak.. sedap btol tido). So sejak 2,3 ari ni gak aku banyak tido. Kelas mdm kausar kol 8 ari tu pun aku datang kol 8.30. Naseb baik die tak tanye. Kelas bro sharudin sebelum tu kol 9 aku tak datang langsung.. bangun kol 9.30. Hohoho...
 
AGM? Heheh. Lame dah tak jadik mc. 2 tahun lebih dah... Dulu jadik mc pun mase weekly assembly kat skola. Pagi kol 7 datang skola ari isnin baru kene suh jadik mc. Bleh lagi kot, since mase tu slalu cakap depan orang. AGM ari tu tatau knape aku cuak semacam. Dah ler text dapat lambat (text siap 100% mase sejam sebelum event!). Nak buat sendiri tak reti. Nak goreng apetah lagi. Sebutan aku bape banyak salah ari tu. "Ala... budak-budak yang datang ni bukan paham arab pun.. buat syarat jek ade mc arab nih,". Hehe.
 
Apa-apa pun, sambutan AGM baru ni boleh dikatakan hangat jugak. 700 kerusi bros ang sis' nak dekat penuh. Yang lelain ok. Flash, manifesto, speeches. Gimmick jek yang tak jadik gimmick. Hehe. Tak kisah ar. Asalkan takde ape yang tak best terjadik. Syabas.. syabas semua.
 
Esok ade quiz comp II. Ingat nak tido kat abc malam nih. Rancangan nak discuss. Rancangan ar tapi. Semalam pun tido kat abc, wat assignment math. Tapi dekat kol 3 baru siap. Borak, main game. Hohoho. Man does not plan to fail, they just fail to plan. Plan dah ade - nak discuss. Its all up to me now...

Ahad, Julai 11, 2004

Sampai-sampai rumah jumaat ari tu nampak paper The Sun. Ni pehal lak ayah bli The Sun? Tak pnah-pnah bli. Before this slalu gak bace The Sun, sumenye sbb paper NST ngan Berita Harian kat library susah nak dpt, siap cop2 lg, aku malas nak nunggu, bace ar The Sun. Usha-usha front page, macam penah nengok mamat nih. Gamba abang siot! Nengok tarikh, dah lame, sbulan dah. Tatau lak aku abang ade kuar paper, front page lak tuh. Citer pasal gen 2. Ooowh... Usha cover story. Baru aku tau abang leading engineer for r&d gen 2 nih, tatau lak aku selame ni, bukan nak citer. Gempaq siot.. Ni yang bersemangat aku nih! Go azimin! Go azimin! Hakhak

Citer pasal kereta, ayah bitau abang nak tuka waja. Satria? Die nak tolak kat aku. Hohoho. Sebelum ni da berangan nak pakai saga baru tuh.. 35k. Downpayment? Hutang? Maintain? Minyak? Sangap gak woo nak pakai. Tapi satria.. abang nak tolak 25k, tolak kete proton saga arwah mak, 20k. Downpayment takde. Hutang Takde. Maintain, satria tu mantap gile abang jaga (developer gen 2 la kate kan.. hek). Minyak jek la. Hohoho. Aku pikir due kali jek aku dah kate 'Nak'. Tadi discuss panjang ngan abang ngan ayah (gune enset baru ayah.. 3100 seh - bleh loudspeaking tuh..hoho!), so memang dah setuju dah.

Aaaargh.. pasni ade AGM, ari selase nih. Huh. 1st time jadik com pc, pengalaman... Pening gak kepale memikirkan nye walopun aku sub com jek. Payah gak pc, payah pikir, keje tak banyak. Selalu meeting sampai lebih tengah malam. Kena jadik mc arab mase AGM tu, text tak buat lg. Uwaaa..

Assignment math due minggu ni.. Quiz comp weekend ni. Bermulelah pesta assign, tutorials ngan quizes utk sem nih. Activities society pun banyak gak. Busy kot sem nih.. tatau lah. We'll see. Kene belajar betol2 ni azimin. Tak bleh leka-leka. Go azimin! Go azimin!

Isnin, Julai 05, 2004

alaa.. dein marah seh aku nak on lelame. Die suh balik cepat, gi meeting agm sesame. Huh. Ingat nak upload gambar taaruf week ari tu, tak sempat kot. Later~

Khamis, Julai 01, 2004

Hohoho. Helmi layan c siot.. ader sebelah aku ni ha. Ghapur tengah sebok donlod lagu lah, notes lah. Aku? Heheh. Saje nyebok, takde keje.

Tadi tolong bebudak ni jaga stall depan post office, jual baju engitex, sempena engineering technology exhibition kat main campus. Penat gak niaga, sesambil promote engintex kat situ, dah le sorang-sorang.

Batuk tak ilang lagi, waa... isk232.

Isnin, Jun 28, 2004

Adeyh. Semalam lepas turun bas dari muar kat pudu rasa cam nak tumbang. Lepas macam nak beku dalam bas, terase cam rentung lak lalu celah-celah bas yang tgh jammed kat pudu. Balik bilik malam tu terus tido sampai subuh. Teruk gak demam aku malam tadi. Batuk ngan selseme lagi. Tadi gi klinik dapat ubat gargle, 1st time siot gune ubat kumur² tuh.

Dah lame dah actualy kene selseme ni. Mungkin sebab jerebu last week. Hidung aku sensitip...

Well, nak cerita pasal induction and taaruf week hari tu. Masa induction course in the first place, rasa macam tak best jek, dalam committee registration tu semua aku tak knal kecuali husen, azrul, sab ngan salmi (semua dak engine). Yang lelain aku nengok mostly dak bar ngan irk. Erk.. Boleh masuk ke aku ngan bebudak nih? Kami dipecahkan kepada groups, group registration venue (aku di sini!), group ept apt, garoup fardhu ain, dan group taaruf kit.

Mase 1st day sampai untuk induction course dah start wat keje - angkat bahan-bahan taaruf kit bawak dari STAD pegi Operation Room kat AX. Dekat jek, tapi disebabkan barang-barang yang berat macam nak mampus, rase macam jauh giler. Dari situlah bermulanya tugas kami sebagai registration committee.

Bermula hari itu, (tatau menau sangat ape tugas kami sebenarnye mase tu), kami bergelumang dengan beg taaruf yang puteh cantek. Bergelumang jugak dengan t-shirt taaruf ngan cap. Diteruskan pergelumangan dengan kertas-kertas edaran discpline and ibadah for 1st year students. Semuanya disumbat ke dalam beg taaruf yang puteh cantek itu. Sesambil gelumang, kami jugak mengira satu-satu beg taaruf. Tu semua kalo nak tau, kami mengambil masa 5 hari untuk siapkan 3985 beg taaruf sepenuhnya (barang-barang yang nak disumbat datang ansur-ansur, so kene wat satu-satu) Masalah toksah citer arh, banyak giler. Tak cukup lah, barang-barang rosak lah. Seb baik ade head com berkaliber... heh2

Dah sudah dengan beg, registration venue lak kene setel. Memang dalam bidang tugasan aku yang dalam group registration venue ini, banyak jugak keje kene setel. Meja, kerusi, susunan kusi meje tuh, labelling, ticketing numbers, macam-macam lagi. Pastu tolong bebudak group fardhu ain ngan ept apt susun kerusi meja untuk dak2 1st year exam. 3,4 hari pas mulenye induction course nih aku mula serasi ngan dak2 lain dalam committee regis nih. Rasa macam bond tu lain, lain daripada kawan...

End of the induction course. Datang pula registration day. Kat sini, segala tugas registration venue diperlihatkan kepada khalayak ramai. Cuak jugak aku malam sebelum tu. Rasa macam nak exam lak, risau. Tapi kene harung gak registration day tuh. Alhamdulillah, event tuh berjalan lancar, walaupun ade sedikit masalah, ala.. bese la.. masalah remeh2. 1st day of the event, aku jaga pre-registration counter, cek-cek borang dak 1st year. Kaunter pertama yang perlu new students pegi. Macam-macam jenis student aku jumpe. Yang diam, yang banyak cakap, yang muka cuak, yang muka poyo, yang baik, yang kuang ajo, yang cacat, seme aku jumpe.

2 jam pastu rasa boring giler. So bile dah reda sikit flow, aku tinggalkan counter, pegi jalan-jalan. Nampak dein, tolong die angkat barang 1st year. Peh... Masing-masing bawak beg berat gampang. Walaupun penat, tapi sonok gak bawak-bawak beg nih. Bawak abc, ukc, zc, semua aku bawak. Dapat la jugak nengok dunia, setelah 2 jam lebih asek nengok muke orang dan juga muka borang jek. 2nd day jaga kaunter nombor. Hari tu tak bape ramai kalo nak dibandingkan dengan 1st day yang ramai giler-giler. So tugas tak pnat sangat ar. Kena plak jaga kaunter tiket jek. Takde keje, so bantu sket-sket tugas welcoming yang dalam area kaunter nombor jek.

Tamat registration days, bermula pula taaruf week. (adeyh.. husen datang lak kat cc nih.. sebok jek.. hakhak!) Masa taaruf week nih, tugas committee registration tak abes lagi, iaitu apt ept ngan fardhu ain test. Sonok gak jaga dak2 nih exam. Pusing-pusing, round-round dalam exam venue. Hohoho.

Kalo masa takde exams, kami tolong committee d&i jaga 1st year. Tegak-tegakkan barisan ke, bawak they all gi respective venues ke. Sekali tu tolong committee PC gak, untuk xtvties kat smawp. For the opening and closing ceremonies.. sebelum ni dah cite pun kan.. Mase opening aku bawak tanglung! Hohoho.

Kesimpulannya, aku tak menyesal malahan aku gembira 90% (other 10% - tension + penat) jadik committee taaruf ni. Banyak Benda yang aku blaja mase join taaruf week ni. Di sini aku paham struktur committee sesuatu majlis besar (1st xperience join big event - b4 this jadik tresurer mase grand dinner dulu tatau mende.. hohoho). Di sini jugak aku belajar kerja sebagai satu team. Di sini jugak aku belajar kerjasama. Di sini jugak aku jumpa macam-macam jenis orang. Di sini jugak aku kenal 'puas hati lepas buat kerja'. Di sini jugak aku tahu sape-sape nak jumpa dekat STAD tuh kalo ade ape-ape sebab STAD masa induciton ngan taaruf week tu dah jadik macam rumah sendiri dah.

Di sini jugak, aku jumpa committee2 registration. Hehehe. Hubungan kami lebih daripada sebagai rakan sekerja. Masa round table speech after closing ceremony tu sorang-sorang dak regis mengaku bond between us is different than other committees. Ade committee lain cakap committee regis asabiyah, hehe. Tatau la. Tapi mungkin kami jalankan tugas sebagai sebuah team, semuanya dijalankan bersama. Angkat sama-sama. Kira sama-sama. Susun sama-sama. Jaga sama-sama. Even mengabeskan makanan VIP pun sama-sama.

Nak sebut satu-satu nama.. takut name sisters tak ingat (tak macam husen kenal satu-satu). So to all registration committees, sorry if there are mistakes and thank you so much for everything. 'Kalo jumpa, tegurlah'.

Tak sabo lak nak nengok gamba-gamba ari tuh, especially mase closing. Basuh filem pun belum... Hohoho.