Cari Blog Ini

Jumaat, September 28, 2007

Hari Ini 16 Ramadhan

'..Marilah sama-sama kita memperbanyakkan ibadah di dalam fasa kedua, fasa ketiga bulan Ramadhan ini. Perbanyakkanlah membaca dan mengkaji al-Quran. Perbanyakkanlah usaha dan semangat dalam apa jua bidang, seperti kuatnya semangat para Muslimin ketika perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan..'

Pensyarah Jabatang Perbandingan Agama, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan
Khutbah Jumaat 28 September, 16 Ramadhan
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA


'I gave you projects, so that you can work harder in this month of Ramadhan..'

Prof. Dr. Waqar Asrar
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kulliyyah Kejuruteraan
UIA


Sudah cukupkah usahaku sepanjang 16 hari dalam bulan ini?

Khamis, September 27, 2007

The Powerful?

Kat Software Lab. Carik airfoil data NACA 0012 and 23012. Alhamdulillah jumpe 0012. Kak Iffah jumpe 23012 punye. Tapi tak de data yang exact, kena interpolate data yang ada. Pusing-pusing mata. Lepas tu Foo suh aku tanya Kak Iffah macam mana nak buat report lab NACA 4412, nak kira drag dia. Dengan tak malunya, tanya, 'kakak ade lagi tak lab report NACA 4412?'. Alhamdulillah, dengan bestnya Kak Iffah sanggup pergi lab lambat 20 minit nak buat project experimental aerodynamics. Sanggup dia ajar aku satu-satu. Terime kasih kak.

Kak Iffah ajar kira drag guna Excel. Ya Allah, banyak gila nombor. MashaAllah.. Dasat. Pernah Prof Waqar cakap, 'You should know how to use Excel. I dont know how to use it, its not that I am anti-Excel, but I have lo knowledge on it. But I know, it is a very powerful tool,'. Tapi memang dasat ah. Banyak benda rupanya Excel ni boleh buat. Jahilnye aku. Isk. Isk.




Ada second midterm Aerodynamics esok.. Hmmm.. Hmm.. Isk. Risau. Bantulah aku, kuatkan lah semangat ku, ya Allah.

Selasa, September 25, 2007

Semangat Perjuangan Harmoni
XPDC

Sememangnya aku rindukan
Kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu
Dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala
Mengatasi segala yang dijuang

Sebenarnya hidup disini
Arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba
Entah bilakah masanya
Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus diperjalanan

Manusia punya hakikat
Punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan Yang Maha Esa
Kejujuran pada diri sendiri
Untuk apa dipersembahkan kepada

Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada

Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-ronta

Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada

Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta




Kita dikurniakan dengan aqal, yang melebihi aqal ciptaan Maha Esa yang lain. Gunakanlah aqal dengan bijak. Selagi masih hidup, selagi itu aqal masih ada, selagi itu aqal digunakan dengan baik, selagi itu ada semangat untuk terus berjuang. InshaAllah.

Isnin, September 24, 2007

Tapi ari tu kat rumah Tim, nengok Buletin Utama. Tak tau pun ada jumpa mayat kanak-kanak dekat PJ 17 Sept hari tu. Dalam beritu tu cakap DNA da sah btol tu Nurin. Ayah dia tak nah ngaku mula-mula sebab muka dan fizikal lain (ada pakar kata berubah sebab kebuluran dan penderaan). Akhirnya kelmarin, masa da lepas mandi and kafankan mayat tu, baru ade rupa Nurin, then ayah dia mengaku tu Nurin. Kesian. Sangat-sangat kesian. Kejam betul orang yang buat tu. Mati pun sebab bakteria yang ada pada usus dia, sebab penjenayah tu tusuk terung dengan timun kat rektum Nurin. Kebulur lagi. Isk. Laknatullah alaihi. Laknat Allah atas orang yang buat sume tu kat Nurin.
Semangat Perjuangan Harmoni Azimin: Ke Mana Menghilang?

Weekend baru ni balik Muar. Konon nak bebuka kat rumah, tapi tak jugak, berbuka kat rumah Mak Piah (at least bebuka kat rumah jugak name die. Hehe). Ramai anak-anak dengan cucu-cucu dia ada. Da macam kenduri. Seronok. Da la makan sedap. He. Alhamdulillah.

Kak Ani sepupu aku ajak balik KL ikot dia. Selama ni sejak masuk Gombak 3 tahun dulu da banyak kali dia ajak balik dengan dia sebab dekat je kan Setiawangsa dengan UIA. Tapi biasanya aku da siap bli tiket bas balik KL. Kali ni aku tak sempat nak bli lagi dia da ajak. Hehe.

Tapi aku dengan Kak Ani tak serapat mana. Umur pun jauh berbeza, dua kali umur aku (tapi dia nampak muda, perangai pun cam orang muda jugak. Hehe). Aku dari awal pagi Ahad tu memikir-mikirkan apa yang nak diborakkan selama 3 jam dalam kereta nanti. Risau gak nanti senyap je kang Kak Ani ingat aku tak reti cakap plak. Cemane?

Alhamdulillah, rupa-rupanya banyak benda yang aku tanye and banyak benda yang aku belajar dari Kak Ani. Perjalanan yang sepatutnya tak sampai 3 jam aje, jadik 4 jam sebab banyak singgah. Puas la tanye macam-macam. Dari pengalaman dia belajar kat US dulu (dulu mase dia belajar architecture kat situ, Kak Ani kate course archie kat US Malaysia tak iktiraf pun. Dasat ek? Selambe je blajo kat tempat yang tak diiktiraf). 4 tahun diploma dia kat sana. Balik Malaysia sambung degree kat UTM lag 3 tahun. Laaaameeee.. Tapi takpe, skang da ade title 'AR' pada nama dia. Ahli PAM (Persatuan Arkitek Malaysia).

Dia architecture pure. Ada banyak yang lain - landscape arhitecture, interior design, urban planning, quantity survey (kata Kak Ani, QS ni tak banyak designing, derang lebih kepade cost estimating and management.. ooo, macam tu..). Macam-macam lagi la aku pun tak ingat. Dia kata jugak, kat tempat dia kerja ade 2,3 orang student UIA. Kata dia archie kat UIA blom iktiraf lagi. Tapi rasanya baru ni (dalam setahun lepas nih), da diiktiraf da rasanya.

Macam-macam lagi, tanye, kat tempat dia kerja ade engineer ke? Takde. Syarikat dia syarikat archie. Takde langsung engineer. Bese kalau client nak buat bangunan, derang akan hire macam-macam, archie firm, mechanical engineerng firm, structural enginerng firm, electrical firm, contractor. So sume firms and contractor ni kene duduk bincang cemane nak buat bangunan tuh.

'Kadang-kadang, ade projek Kak Ani tu, nak design aje da 2 tahun. Sebab bila arkitek wat design, kasik engineer, engineer cakap tak leh wat, bile kasik contractor, derang cakap material mahal. So, banyak kali meeting. Ade sekali tu projek Kak Ani sampai 8 tahun baru siap!'

Tengah-tengah drive tu pun smalam boleh ade contractor tepon dia. 'I cant remember la Mr Tan, I have to refer to the drawings. I think its around 25mm. But tomorow I'll let you know, ok?'. Huhu.

Lagi, borak pasal bangunan kat UIA. Tahun 1994 dulu, Kak Ani salah sorang arkitek yang buat bangunan kat kampus Gombak tuh. Tapi dia tak ingat dia buat bangunan ape. Boleh plak dia tak ingat ek, da bape banyak bangunan dia da buat agaknye... Ada banyak arkitek yang terlibat dia kata, beratus, termasuk ramai dari Timur Tengah. 'Da tu cemane klo ramai arkitek, bangunan kat dalam UIA tu boleh sepesen je sume?'. Kak Ani cakap ada coordinator yang monitor design oleh sume arkitek tu. Nak aja aku tanye, 'Kenape arkitek2 tu buat UIA ni kecik?'. Hehe. Tapi tak tanye. Kampus Gombak siap dalam tahun 1997.

'Azim nak kerja kat mana nanti? Azim aerospace kan?'

'A ah.. tah la.. kat Airod la kot, tempat-tempat yang macam tu..'

'Ooo.. a ah, Airod. Dulu mase kat Ani belajar kat US, ade 2 orang kawan amek aerospace. Yang sorang tu kerja kat Malaysia kejap, lepas tu kerja kat Australia. Sampai skarang ni dia kat Australia. Sorang lagi, Kamil name dia, balik-balik Malaysia terus kerja kat Airod, sampai la skang nih.'

Uish.. best borak ngan Kak Ani nih. Tak pernah aku cakap banyak macam ni ngan Kak Ani. da dekat 20 tahun tu die kerja. Banyak pengalaman. Dengan Abang pun aku tak banyak cakap pasal topik macam nih. Tanye sepatah, jawab sepatah. 'Da amek thermo?' Abang ade tanye 2 tahun lepas. 'Da', . 'Dynamics?'. 'Da.', Aku jawab senang je. Lepas tu Abang angguk-angguk. Lepas tu senyap, cerite benda lain plak. Huhu. Umur yang jauh beza tu salah satu faktor jugak tak banyak bercakap dengan Abang. Tapi Abang lagi la ade persamaan lebih kurang macam aku - aku dengan dia mechanical engineering. Cuma aku specialize lebih kepada aerospace. Cume ari tu aje aku ade sms dia, 'dulu final year project abang wat ape?'. Yang bestnya, dia jawab 'tak igt la, tp ade relate dengan turbine..'. Ape yang best? Sama lebih kurang dengan tajuk project aku - gas turbine. Banyak yang boleh ditanya pada Abang nih. Agak-agak nya, dia ada lagi ke simpan report project dia?

Hmm.. Tapi sekarang sangat-sangat takde semangat nak belajar. Lepas kelas Aero tadi, nak pergi AC Struct.. ya Allah... rasa malas betul. Isk. Kenapa rasa tak semangat? Em. Sebab sem ni banyak subjek teruk-teruk. Yang tak bagus nya, sume tu buatkan aku malas. Patutnya lagi semangat nak belajar. Tapi tak. Em. Em. Aku lebih semangat dengan benda yang jauh lagi dari sekarang - semangat dengan final year project, semangat dengan sem depan belajar CFD, semangat nak prektikel nanti. Benda yang dekat macam nak final exam lepas raya nih, aku tak de semangat. Rasa macam nak cepat abes je sem nih. 'Cepat la abes, cepat laaa.. tak nak pk lagi pasal sem niiihh!!!' cam tu rasanya. Hmm.. Astaghfirullah..

tahan la sikit. Boleh kan? memang la sakit. dalam masa nak tahan ni la yang tak best. tp cemane pun, kene tahan. tahan dari fikir benda nih. cari alternatif bagi tak fikir benda nih

Isk. Teruknya aku betindak dalam menghadapi ujian Dia.

Ya Allah, kuatkanlah semangatku, kurniakanlah aku pemikiran yang bijak dalam menghadapi ujian Mu.






Jumaat, September 21, 2007

Tentang Tekanan

Dalam Islam, kita selalu dengar yang Islam melarang kita membahayakan diri sendiri. Samada fizikal, mental. Contohnya macam hisap rokok. Ada beberapa khilaf kecil, tapi yang pasti, merokok membahayakan kesihatan. Jadi, jauhilah rokok, terutamanya di bulan Ramadhan ni la peluang nak berhenti, sikit2 berhenti.

Antara yang lain pula, tekanan. Tekanan pun boleh merosakkan diri. Antara akibat dia; kita boleh jadi sakit kepala, da tak boleh nak fikir apa. Kita boleh jadi tak nak makan sebab tertekan yang mungkin disebabkan oleh kerja yang menimbun2 atau exam result teruk sebagai pelajar. Semua pelajar melalui perkara ini. Terpulang kepada pelajar, bagaimana dia boleh mengatasinya, samada dengan baik, atau tidak. Sebagai pesanan, bersabarlah atas apa jua yang berlaku, dan jangan lupa berusaha sehabis baik, dan sentiasa minta Rahmat Dia dan berdoa untuk kejayaan. InshaAllah, setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan dan kegembiraan. Percayalah pada Rahmat Allah.


Nak balik Muor nih 5 minit lagi. Buka kat KL Sentral. Bas balik kol 8.30 malam.. jemput balik... =)


Khamis, September 20, 2007

Mari Berbuka di Rumah Tim

Ramai pergi rumah Tim nih. 3 kereta pergi. Da macam kenduri da. Takpe, rumah Tim besar, hehe. Katanya kalau sempat nak buat meeting terus. Meeting Astronomy Club: Whats our Next Agenda? Heh. Tak kesah la meeting ke tak. Yang penting dapat makan kat umah oranggg!! Yeyyy.. alhamdulillah... He.


Da masuk hari ke 8 Ramadhan. Adakah aku berubah menjadi lebih dekat dengan Dia? Menjadi lebih rajin belajar? Menjadi lelaki yang lebih baik? Azimin, renungkanlah.

Rabu, September 19, 2007

Ramadhan Tazkirah by Dr JSM Ali

Hari ni dapat balik midterm AC Structure. Ada sepuluh orang fail paper nih dari 23 orang dalam kelas. I am one of them (paling rendah kot dalam kelas.. isk). Tapi yang bestnya boleh pulak Dr Ali bagi nasihat kat dalam kelas. Selalu dia marah je kalau tak dapat jawab soalan dalam kelas.

'Failure is a good thing. For me, it is a good thing. It reminds us that we are not perfect. Sometimes if we pass, we are good at something, we have the feeling of 'we are very good' or 'we are good than him or her'. It is not good to have that feeling. A hadith mentions that if we have a feeling of takabbur (act of showing we are better than anyone else), even an atom of takabbur in our heart, then he or she will never go to Jannah. Thats what the hadith says. So if you fail, it actually reminds you, that you are not good at this or that. Makes you feel that you are weak. So dont feel shy if you dont know something. Go and see me, or anyone who is good or quite good in something that you dont know. Dont be shy if you dont know. Everyone is learning. Including me. '

'It is the same like Ramadhan. It is a test. It reminds you that you are weak. Thats the reason why Allah prescribed you to fast in Ramadhan. To remind you that you're weak. To remind you that Allah is strong. Just imagine if Allah takes your food for one whole day, nothing to eat for you, then its finished for you. So remember the hadith, that tells you to make use of 5 things before 5 things come. Make use of your health before sick comes to you. Make use of your youth before old comes. Make use of your wealth before you become poor. Make use of your free time, before Allah put you in a state where you dont have a time even to go to the toilet! And make use of your life time, before death comes to you.'


Dulu masa second year, aku dapat kosong (0, zero) untuk test Gas Dynamics. Rasa macam it is the end of the world dah. Down giler. Alhamdulillah lepas tu Allah beri aku peluang dan rezeki, score dalam final exam paper tu. Alhamdulillah aku pass. Kali ni aku dapat the second lowest mark ever I obtained in UIA after Gas Dynamics.

'Allah nak uji dalam bulan Ramadhan ni. Kuat sikit! Yang lepas tu, biar lah lepas, yang penting skang ni yang akan datang ni.. assignment, quiz and final kene score!'

Alhamdulillah Allah bagi peluang lagi sekali. Bagi peluang pada aku untuk sedar yang aku tak tau benda yang aku belajar dalam AC structure nih. Mudah-mudahan aku tak terlalu tersentak dengan result hari nih. Berusahalah! Berusahalah! Berusahalah! For there is always happiness after every hardship. Yang penting, usaha! InshaAllah...

Isnin, September 17, 2007

Golf Balls were Designed by an Aerospace Engineer

'Some students come to me and tell me that they dont know where to work after graduating from aerospace. So I tell them, golf balls were designed by aerospace engineer. Its true. The rough surface on the golf balls that can create early turbulence so that it can moves with low drag (friction) were proposed by an aerospace engineer because aerospace understands the air behavior. No people understands more about air than we, aerospace students. Then, car. Even automotive engineers need our help from aerospace to design their car, to have very low drag that can contribute to low fuel consumption. We (aerospace) deal with it. Train. The shape of the train designed by us. Everything that deals with the air, we can deal. No people understands more about air than aerospace engineer.'

Dr. Ashraf cakap kat kelas tadi. Sebelum ni dia ada cakap juga, tapi hari ni dia cite panjang lagi. Dia suka cite pasal benda-benda macam nih.


'Please go back to your structural mechanics and see what is happening..'

'Please go back to your MOM (mechanics of materials) and read it to refresh your understanding..'

'Please go back to your statics for the very basic principles..'

'What is neutral axis? Yaa? What is it?' *total silence* 'Please go back to your structural mechanics.. go back to your MOM.. to your statics.. this is (aircraft structure) the fourth course you learn about structure. You should know all of these simple things by now. I dont even have to repeat it for you.. so please go back and read!'.

Berbeza dengan kelas Dr Ali, selalunya kalau dia tanya soalan, mesti kelas senyap. Takde sorang pun jawab. Yang ada pun James yang jawab, tu pun suara slow. Kenape tak jawab? Sebab tak tau atau tak ingat. Kenape tak ingat? Sebab dulu belajar 3 subjek awal tu tak concentrate, so faham pada masa belajar je, da lepas tu, da lupe. Susahnya nak 'go back' nengok subjek-subjek tu balik. Isk. Nak go back kat sume subjek.. isk.

Nak kata takde mase, tak boleh, sebab mase ade je, contohnya sekarang ni, instead of menulis benda nih, baik aku bukak buku Hibbeler tu, baca pasal unsymetrical bending ke.. Hmm. So? Ape alasan? Malas. Kenape malas? Bila bukak buku Hibbeler tu, tak tau nak mula bace dari mane, nak bace dari awal banyak sangat (nak abeskan buku hibbeler tu pun kene 2 sem - MOM dengan structural mechanics). Bile da tatau nak bace ape, tutup buku, bukak video, denga lagu, tak pun baring, tidur. Hmm.

Ape nak buat?

Kena jugak buat. Baca. Tak tau, tanya orang. Orang tak tau, tanya lagi orang lain. Sedarlah, asas tu sangat penting.

'This is the basic thing. If you dont know this, 25 marks will be lost just like that'.

Usahalah Azimin!!! Usaha lagiiii!!!

Hmm..

Sama macam understanding of Islam. Pasal relation kita dengan Allah. Adakah segala apa yang kita buat tu, dapat membuatkan kita mengingati Dia? Mendekatkan diri dengan Dia? Kalau tanya soalan ni dekat orang yang asas tak kukuh, sure die jawab 'Ade kot.. kalau takde pun.. sikit-sikit buat la jugak..'. Asas kena ada. Cuba nak bina asas. Cuba nak bina asas untuk kawan-kawan lain jugak. Mudah-mudahan berjaya.

Diinspirasikan dari Sirah Nabawiyah, kat bilik skang da ada library kat common room. 'Ko buat library ke?' Mun tanye. 'Ha ah.. ko da ade kad library blom? Nak pinjam buku kene pakai kad. Hehehe..'. Pagi tadi ada orang pertama baca - Juan, sambil makan sahur dia. Mudah-mudahan sama-sama kumpul asas, dan dapat memahami konsep perbuatan yang dapat menjadikan kita mengingati pada Allah. InshaAllah...

Ahad, September 16, 2007

Bandung and Final Exam

Baru balik dari UPSI da nak masuk buka puasa tadi (15 Sept). Pergi derang punya Panggung Budaya, join bengkel Gamelan dengan student Fakulti Seni dan Muzik. Borak dengan ade sorang student die, 'Besar yeh UPSI nih..?'. Pastu die cakap 'Taaaakk.. UIA laagi besaar. 4 kali lagi besar!'. Yakin je die jawab. Rupe-rupenye die selalu datang UIA ziarah kawan dia kat situ. Tapi best ah UPSI (seperti bese puji U lain. Heh heh).

Tengah pening-pening lagi ni sebenarnye baru bangun tidur. Isk. Balik-balik td, dapat juadah bebuka, buka, solat.. baring.. terus tertidur sampai kol 12. Huhu. Kununnye nak g cafe bli air buah ke ape.. lalu cc ngk takde orang, singgah ah jap. Aaaa..

Hari tu (short sem lepas) mase aku tolong cek in kan 2 orang dak ITB yang datang UIA wat attachment, Dr Raihan ade cakap, 'Nanti kite nak buat jugak attachment pegi ITB pulak.. Contohnya anta awak ke, pegi sane sebulan, buat project macam derang (2 orang ITB tu) ni..'. Aku angguk-angguk je 'Ini agaknye setahun lagi la baru boleh ade gak nye..' aku akap dalam hati. Minggu ni, nengok ade notis 'International Attachment Program'. Aerospace nak hantar ke ITB, Bandung. Biotech ke UI, Jakarta. Material ke Tokyo. Sebulan setengah. Pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh UIA. Kecuali makan. Hehe. Isk. Best gile kalau dapat. Tapi... terpakse lupekan final exam sem nih. Lepas tu kene amek special exam sem depan. Isk. Da la sem nih susah-susah teruk-teruk sume..

Ntahlah.. g cafe dulu. Jemput minum..


Jumaat, September 14, 2007

Apa Yang Salah, Kekal Salah

Kadang-kadang kita rasa kita dah betul
tapi rupa-rupanya kita salah
Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat da cukup
tapi rupa-rupanya tak cukup lagi
Kadang-kadang kita rasa kita yakin dengan apa yang kita buat
tapi rupa-rupanya kita hanya memaksa diri kita jadi yakin

Kadang-kadang kita ada di bawah
tapi lepas itu kita boleh ada di atas
Kadang-kadang kita rasa sangat sedih dan susah
tapi ketahuilah, lepas semua tu akan ada kegembiraan
Kadang-kadang kita rasa macam dunia dah berakhir bagi kita
tapi sebenarnya, banyak lagi peluang yang terbuka

Kadang-kadang kita menyedari semua ini
tapi kita buat tak endah
Kadang-kadang kita tau apa kita nak buat untuk selesaikan masalah
tapi kita buat bodoh
Kadang-kadang kita nak sangat lari dari semua ini
tapi sebahagian dari diri sendiri sangat malas nak lari

Kalau macam tu,
Apa yang salah, kekal salah
Masalah kekal menjadi masalah

Sedarlah,
Masih ada banyak masa untuk perubahan
Masih ada banyak waktu untuk perbetulkan apa yang salah
Masih ada banyak peluang untuk berjaya
Apa yang diperlukan, hanyalah usaha dan semangat
Diiringi dengan doa dan tawakkal kepada Dia

Selamat meneruskan Ibadah di bulan Ramadhan
Teruskan usaha lebih gigih


Azimin Elias
14 September 2007
2 Ramadhan 1428
Gombak

Khamis, September 13, 2007

Dari Utusan Malaysia Online
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Hijrah akidah Yusuf Estes

Susunan: ZUARIDA MOHYINSHEIKH

Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.

Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.

Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.

Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.

Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya selidiki. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.

Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.

Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar temui ketenangan fikiran.

Persoalan seperti; “Mengapa kita diciptakan Tuhan?”, “Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?”, “Siapa Tuhan sebenarnya?” dan “Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?” sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah ‘misteri’ dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.

Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.

Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan “Prayer Tower” di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.

Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir.

Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis ‘Nabi Isa adalah Raja’. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.

Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, ‘menyelamatkannya’.

Ketuhanan

Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.

Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.

Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.

Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu. Ini satu yang baru bagi saya.

Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.

Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.

Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.

Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.

Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam.”

Universiti Ramadhan




Rabu, September 12, 2007

Development of Model Gas Turbine

Group members are:
Mohd. Azimin Elias
Abdul Hadi Ammar Ramzan
Muawwiz Khan

Supervised by Dr. Raed Kafafy; young yet very knowledgable. Alhamdulillah. Have to start doing research from now while struggling to excell (or at least pass with acceptable result.. isk) in various subjects... O Allah, I seek Your refuge from every kind of laziness...

Happy Ramadhan al-Mubarak.
'Mari Berpesta Ibadah' bak kate poster sape tah yang ada tampal kat sume tempat =) Mari!


Di saat kita mula menyambut ketibaan Ramadhan...


Hari ke- 24 kehilangan.
Mudah-mudahan dia sentiasa selamat dan dalam Lindungan Nya.




Sabtu, September 08, 2007

Of 'sejuk mata memandang' and 'waiyyaka'


Malam tadi g FESKUM. Festival Konvokesyen UM. Amin yang ajak. Saje nak compare dengan Convest UIA Amin kate. Heh. Bese la, seperti posting sebelum ni, grass next door will be aaaaaaaaaaaaaalllways greener. Hehe. Happening Feskum nih. Gerai banyak and rapat2. Macam pegi Uptown kat Danau Kota. Gerai makan die yang best, separuh dari gerai makan tu adalah milik student. So banyak la gerai2 anak-anak negeri.. gerai2 persatuan. Makan kat sebelah gerai PMI (persatuan mahasiswa Islam, gerai yang sangat sejuk mata memandang, isk isk, hehe). Hujan time nih. Tapi orang still berpusu-pusu datang tak henti-henti. Ade performance kat ampitheatre derang kat PS tu. Ade tarian Jawa mana tah. Tempat duduk yang banyak pun penuh. Kire boleh kata meriah la, dari Blok 1 PS tu sampai hujung bangunan Baktisiswa. Banyak gerai.

Petang semalam chat dengan sorang member chatting lama (senior, sister). Nak tunang da die esok (Ahad). Alhamdulillah, da sampai jodoh dia nak betunang. He. Kejap je ek. Dulu chat dengan dia, dia baru first year kat US. Pastu balik, keje dengan Petronas. Kerja da dekat setahun. Skang ni da tunang plak.. =) Yang nak cite nye, mase chat dengan dia semalam dia ada sebut jugak 'waiyyaka'. Ada apa dengan waiyyaka? Mula-mula dengar dari sorang kawan dari NZ. 'Waiyyaka?' wonder sendiri dalam hati.. teringat Ust Ahmad (Bapak Uyun. Uyun schoolmate aku yang da jugak bertunang) aja 'perkataan 'iyya' dalam al-Fatihah tu bermaksud 'kepada'.. ' die kata. Waiyyaka? 'Dan kepada kamu'.. Kenapa aku tak pernah dengar frasa ni? Darjah satu sekolah agama, sampai form 5 aku belajar bahasa Arab. Aku tak pernah dengar orang sebut macam tu.

Hanya bila berkawan dengan orang-orang yang study abroad macam ni baru aku di expose. Kenapa? Kawan yang nak bertunang esok ni jugak yang introduce aku pada Rashid Bikha mase die kat US. yang nyanyi lagu Al-Khaliq yang sedap tu. Kawan kat NZ tu yang bagi dengar lagu-lagu nasyid Melayu yang sendiri pun tak pernah dengar. Kawan belajar dekat Indonesia introduce pada aku kumpulan the Outlandish, nasheed rappers dari Denmark. Kawan belajar dekat UK yang introduce pada aku nasheed group 786, Myna. Alhamdulillah.. mereka semua at least are in the right way and know where are they going.

Kenapa pula kawan-kawan aku yang ade dekat Malaysia introduce kan pada aku Naruto? One Piece? Ajak aku nengok thousands kinds of J-Drama and KTV? Share macam-macam siri Jepun yang sangat kreatif buat cerita drama? Lagu-lagu YUI sume tu. Kenape kawan-kawan aku yang dekat Malaysia yang memperkenalkan aku pada My Chemical Romance, pada Sean King, pada lagu tah ape-ape yang takde mesej sume tuh? Do we know which way are we going? Or at least do we have a way to go?

Sebenanye baru balik dari makan kat Kubor. Sambil nengok Anugerah Era sikit kat tempat makan tu. Ada performance ala-ala nasyid dengan iringan percussion dengan suara latar by Mirwana. Akhbar nyanyi. Lagu tajuk 'Manusia Lupa'. Yang bestnye tengah-tengah nyanyi lagu tu, cheer people yang ditugaskan bersorak bila ada performance and ade orang menane (ada dalam 30 - 40 orang diri depan pentas) pun sama-sama terlompat-lompat bebas bercampur brother sister bersorak bersama lagu 'Manusia Lupa'. Hehe. Siapa yang lupa? Ntah lah.

Da ada dua orang tanye aku (panjang plak cite.. hehe) 'Da nengok Evan Almighty?'. Membuatkan aku nak berkata sesuatu. Semua orang mesti nak nengok kan bila kita tau cite tu ade kait dengan Noah and his ark. Ingatkan cite tu kene ban kat Malaysia. Tapi ada je. Da nengok cite tu, copy kat LAN. Tak best pun. Hehe. Biasa je. Tapi thats not the point. The point is, bila lagi kita nak buat cite kite? Kite selalu komplen, kondem orang kafir buat cite yang kadang-kadang ada kaitan dengan kisah dari al-Quran and Islam. Mereka dengan bebas buat cerita dan sebarkan pada dunia kisah-kisah yang hampir sama dengan kita dari view derang yang kadang-kadang obvious sangat menipu. Passion of the Christ. Da Vinci Code. Kingdom of Heaven. Bile lagi kite nak buat filem bermutu yang boleh promote nama baik kita as Muslims? Alhamdulillah ada yang amek initiative. Saladin, kisah Sallehuddin al-Ayyubi, developed by MSC, 3D animation. Pernah nengok trailer dia, boleh tahan la 3D dia, bermutu la jugak.Da keluar da denga cerita. Ada iklan dia dekat Astro Ria. Every Saturday and Sunday, 1.30 petang, Astro Ria. Saladin (patutnya MSC nak buat movie, tapi tak cukup budget, so setakat ni derang buat siri dulu). Banyakkan lah lagi usaha seperti ini!

Jumaat, September 07, 2007

FYP Oh FYP!

Da kene submit topic FYP (final year project) by Selasa nih. List yang di offer banyak. Sume menarik-narik perhatian. Cam power je.

Experimental Studies for Convective Heat Transfer of Nanofluidic flow problems

CFD Simulation for Convective Heat Transfer of Nanofluids for Thermal Management

Development of new wings for aircraft to reduce trailing vortex strength.

Design of a University Nanosatellite (UIASat)

Development of a software for stress analysis of an aircraft tail unit


Heh.. cam best je ek? Mesti susah-susah sume. Huhu. Setakat ni (setakat ni la..) Hadi dengan Muawwiz ajak join derang propose project baru. Proposed da pade Dr Raed. Die kate OK. Kite nengok dulu, dapat ke idak. I will stay my stand to join them, inshaAllah..


Pasal exam.. Hei.. ntah lah. Aerodynamic: Disasterous. Tapi alhamdulilah ade bleh la satu due soklan bleh jawab. Heh. Cemane nak amek CFD nih? Aero pun terumbang-ambing. Huhu. DS: Not bad. Tapi ade careless. Tak faham soalan betul-betul. Hmm.. Alhamdulillah bleh jawab dengan baik jgk. FDC pagi tadi: Another disasterous. Open book. Boleh bukak buku pun payah. First time exam open book (hari tu quiz open book pun tak leh jawab jugak. Isk). Susah ek exam open book? Isk. Isk. Mujur lah jugak Dr Ari ni baik sesangat. Die tunjuk kan kat aku tadi cara-cara yang ade tulis dalam buku. Alhamdulilah.. Mekaseh Sir.. Hehe.

Hmm..
Esok Amin ajak g UM, nengok pesta konvo derang. Tah ape hal tah Amin tetibe ajak aku. Tak penah2 ajak aku kuar. Tapi cam best jugak. Boleh kot g esok..

Banyak benda nak dibaca weekend nih. Pasal FYP, pasal EIT, pasal A/C Struct yg nak exam nih, pasal leisure pun nak bace jgk. Hehe.
Mode for the weekend: Reading.

Rabu, September 05, 2007

Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri

‘Johor Visit’

3 – 4 September 2007

Trip dak junior buat. Participant majoriti junior. Senior pun ramai. Yang satu batch Juan sorang je laki selain aku. Tu pun nasib baik die nak ikot ganti kan Mun yang ngade tak jadi pergi. Sisters satu batch pun tak ramai, 4 orang cam tu. Gerak malam, pukul 12.30 pagi Isnin.

Sampai UTM subuh, solat dekat Masjid UTM. Lama tak jejak kaki kat UTM, sangat lama. Dulu masa Abang belajar dekat situ, every month famili aku turun UTM nengok Abang (maklumlah, anak yang first sekali masuk U, hehe), selama 3 tahun. Kira aja lah berape puluh kali aku pergi. Sekarang lepas 12 tahun, aku datang lagi…

Lepas subuh tu, terus bersiap. Pergi breakfast kat Taman U. Lepas tu ke Danga Bay. Tempat yang tak penting, tak yah pergi pun takpe. Bukan ada ape pun kat situ pagi-pagi kol 10 tu (orang kata malam-malam baru happening, ramai orang, siang sume kedai tutup). Committee suh lepak situ sampai kol 11.30.

MMHE

Lepas tu menghala ke Pasir Gudang, lunch. Then ke MMHE (Malaysian Marine and Heavy Engineering). Besar tempat nih. MMHE ni buat tongkang; terima kontrak dari syarikat luar. Boleh gak repair tongkang. Boleh jugak buat pelantar minyak (pun terima kontrak dari syarikat macam Shell). Perimeter tempat die je da 5 km, termasuk tebing laut sepanjang 1.5 km. Segala-gala dalam tempat ni besar. Tongkang besar (besar 3 padang bola sepak). Kren besar. Mesin-mesin dia sume besar-besar. Gigantic la omputeh kate. Heh.

‘Besarnya tongkang2 derang ni buat… ni baru manusia buat, ciptaan manusia. Tu pun da rasa keciiikk sangat diri nih. Bayang aje lah kite kat bumi ni yang ada pada sistem suria; yang ada dalam galaksi; bersama-sama galaksi lain yang infiniti bilangan dia; lagi lagi lah sangat kecik rasanya. Subhanallah, agongnya ciptaan Dia…’.

Da puas nengok tongkang beso-beso, balik UTM semula, cek in bilik. Sampai UTM dalam pukul 7 malam cam tu. Cek in kat kolej kat hujung dunia dalam UTM nih; Kolej Tun Ghafar Baba (KTGB). Jauh gile. ‘Ni kalau takde transport sendiri ni, tak leh idop student yang kene duduk sini nih..’. Mau 40 minit agaknye nak jalan kaki nak ke kelas dari KTGB. Bilik dia selese (kolej baru la katekan..), macam bilik yang aku duduk mase kat USM dulu, Cuma USM besar sikit lagi.

Malam tu makan malam dekat umah Hazah, salah sorang committee trip ni. Rumah dia kat mane tah, tak ingat, tapi dalam 25 minit dari UTM. Da macam kenduri da (memang kenduri pun, 40 orang sume datang umah dia), makan macam-macam; nasik minyak, lontong, kuih bejenis-jenis. Alhamdulillah.. sedap.. =)

The Mini Re-union

Lepas tu sampai balik ke UTM pukul 11, sementara tu dari petang tadi aku da sebok sms kawan-kawan skola yang belajar dekat UTM ni. Mohsin Din (dulu kat skola je panggil Muhsin. He) dengan Matnor je yang reply. ‘Boleh ke lepak dengan ko da tengah malam ni? Klo tak leh, jumpe esok aje la, nanti aku cabut program derang..’ aku tanye Din kol 11 malam tu. ‘Ala bleh je lepak borak. Esok aku kelas full la. Jom la jumpa’.

Pukul 11.30 malam Din dengan Matnor sampai kat KTGB naik motor derang. ‘Jauh siot tempat ko duduk.. aku pun tak pernah sampai sini’. Hehe.

Borak-borak kejap sambil betenggek kat tepi jalan, lepas tu derang ajak aku dengan Juan g K9 (sebut kay nine), tempat makan happening kat UTM nih. ‘Jooommm..’ aku memang nak nengok pun tempat derang nih.

Tapi sebelum tu, pergi serbu bilik Hekal dengan Jali kat KP (Kolej Perdana). Nak surprise derang kononnya. Tapi derang takde kat bilik. Hekal sebok dengan PSM (projek sarjana muda). Jali pun. ‘Waa.. power siot korang.. sebok blajo sume ek..’. So lepak kejap kat bilik Matnor, atas bilik Hekal je. Bilik single, duk sensorang. Besar. Dua kali ganda lagi besar dari bilik aku. Ada LAN jugak macam kat mahallah UIA. Cuma derang da memang ready-made ade LAN, sambung dengan blok sisters sekali (hanya ada dekat KP). Suka la Matnor dapat chat ngan dak pempuan je =p haha!

Tengah lepak-lepak bilik tu gelak-gelak, Jali masuk. Aku lak yang kene surprise. Hehe. Derang ajak ke P19 plak, minum-minum. ‘Da pukul 1 pagi nih, bukak lagi ke café derang? Bukannye café kolej, P19 nih, tapi café fakulti.. dasat bukak sampai pagi..’ aku wonder dalam hati.

Happening giler kat P19 nih. Macam pergi kubur je (kubur – gelaran yang student UIA bg pada tempat makan kat blakang UIA. Selalu tiap-tiap malam penuh). Meja sume penuh. Besar plak tu tempat dia.

‘Waa.. campur-campur laki pempuan da nih.. cemane nih?’.

‘Oooh.. tu bese la kat sini.. ni baru P19.. klo aku bawak ko pegi K9 tadi lagi dasat..’.

‘Uuuu.. tak leh do.. ni pun aku da culture shock da.. huhuu..’.

Makan roti canai. Sedap. Sambil borak-borak berlima. Kawan-kawan lama. Seronok. Da tak pikir keliling da. Seronok sangat bercerita, compare-compare UIA dengan UTM, belajar cemane, environment cemane. Cite pasal kawan-kawan lain. Sampai kol 2 pagi lepak kat situ.

Cuma ada ralat sikit tak dapat jumpe Hekal. Sebok sangat die. ‘Nnt jap aku nak pegi bilik kawan aku..jgn pegi dulu, tgu aku!’ die sms bile aku ajak g P19. ‘Nnt la dulu, lepak bilik aku jap, nnt kite borak2, jap lg aku balik..’ die sms bile aku cakap aku nak balik bilik da. Sorry la Hekal, da kol 2 pagi la time tu. Esoknye program start kol 7. Penat lagi pun. Takpe, next time bleh jumpe lagi, inshaAllah.

Tour de UTM

Tidur nyenyak malam tu. Subuh tu, terus siap-siap bekumpul kat bustop KTGB. Bas UIA taknak pergi bawak pusing UTM. Alasan: Penat. Takpe lah.. nasib baik organizer trip dari UTM ni ade jalan penyelesaian – naik shuttle. Kalau tak, kene menapak ler. Jauh giler. Cume shuttle nih, time-bounded. Kene punctual. Alhamdulillah, sume on time pagi tu kol 7.30.

Mula-mula ke CEPP (Chemical Engineering Pilot Plant). Banyak research derang buat. Ada buat minyak wangi (wat sendiri, extract dari tumbuh-tumbuhan. Banyak distribute pada usahawan IKS), aroma therapy, supplementary food, minyak masak.. Uuuu.. Dasat. Company luar banyak datang consult, usahawan kecik-kecik datang amek kursus satu hari. Memang nampak establish giler ah derang.

Ada bawak balik kayu gaharu sikit (mintak kat abang lab tuh.. hehe) sebab mase dekat lab sebelum tu, ada abang lain cite 12 mm kayu gaharu harga dia RM800! Biar betul?! Tanye kat abang yang kasik tu, ‘betul ke harge die sampai 800?’.. ‘Saye tak tau plak.. tapi memang mahal la..’. Banyak bahan mentah derang ade, sume traditional macam misai kucing, serai wangi, ape tah lagi da tak ingat.

Then jalan kaki ke IVAT.

On the way tu, terjumpe accident. Depan mata je. Ya Allah.. Kereta yang tengah sangat laju, sondol motosikal. Aku nampak terpelanting orang kat moto tuh. ‘Astaghfirullah.. ape jadik nih?!’. Terperanjat aku nengok accident. Tercampak jauh sister tuh. Sume orang berlari pergi kat accident tu. Aku ingat sister yang tecampak tu teruk. Tapi ade sister lg satu da terbaring atas jalan. Menangis die. ‘Angkat die.. tolong angkat die..’ driver kete tu suh angkat. Muka die nampak rasa bersalah gile. Panggil sisters UIA yang mase tu tgh belari-lari lagi nak nengok. Suh derang angkat. Nampak macam takde ape je, cume takut ada internal injury pada sister tu.. harapnye takde.. Kesian.. Mase tu pukul 9.50 pagi.. sume orang berebut nak ke kelas agaknye… Sister yang tercampak tu ok je, takde ape kot. Memang takkan aku lupe lah nampak orang tercampak jauh sebab accident. Isk. Lesson: Jangan sekali-kali bawak kete laju dalam campus, or kat mana-mana pun tempat yang ade bonggol. bonggol tu dibuat ade reason: suh orang slow along the road, bukan time nak naik bonggol tu je slow then laju balik. Entahlah.. semoga cepat sembuh sister tu…

Sampai ke IVAT (Institut Voltan Arus Tinggi). Segala-gala bende yang deal dengan voltage lebih dari 1,000V, IVAT boleh handle. IVAT handle dasat-dasat punye volt.. sampai 100,000V pun boleh.. Current pun sampai 100A boleh (note that current of 0.4A sahaja da cukup untuk menghentikan denyutan jantung manusia). Lecturer yang bagi explaination kat situ siap ade buat demo. Waaa… bleh nengok kilat sabung menyabung ni macam Tesla Coil! Tapi rupenye kilat sekali je. Takde ape pun. Hehe. Padan la Din cakap ‘Takde ape pun.. nengok kilat je la yang best kat situ.. len takde ape..’. Tapi memang hebat sebenanye, SIRIM pun akan refer kat IVAT kalau ade ape-ape bekaitan dengan high voltage.

Lepas tu jalan ke AeroLab. Dekat luar da ade due model fighter. Tak tau dari jenis ape. Scale 1:1. Tak tau derang wat sendiri ke ape. Tapi ok la, at least ade kapal terbang boleh di refer.

Macam Dr. JSM Ali yang ajar aku Aircraft Structure, selalu cakap yang kita sepatutnya ada kapal terbang, tak kisah la jenis ape pun; untuk student experience sendiri ape yang da dipelajari dalam theory. At least student boleh nampak secara realiti dan fizikal.

Lepas tu kat bahagian atas sikit ade model Hercules (military air transportation) 1:1 jugak. Besar. Tapi tak g nengok pun, sbb tujuan utama nak pegi nengok wind tunnel dia.

Wind Tunnel. Alhamdulillah, UIA da ade wind tunnel sendiri (walaupun up to this date, calibration masih lagi dijalankan since awl tahun ni). Nengok UTM punya, nampak macam sama besar dengan UIA punya. Tapi kalau letak sebelah menyebelah, UTM lagi besar kot. Test section pun kalau refer dimensions die, rasenye same besar dengan UIA. Size dia lebih kurang boleh muat model Proton Savvy skala 1:4. Tapi for sure, maximum speed UTM is 80 m/s (288 km/j). UIA 50 m/s je (180 km/j). Subsonic je pun due-due. Sonic speed is when it reaches approximately 300 m/s (1080 km/j) where it is also called Mach No. 1. Yang lagi dasat, banyak company da pernah datang (dalam dan luar negara) UTM tumpang wat testing kat tunnel UTM. Antaranya Proton, yang pernah test Waja, Savvy dan terbaru Persona. KL Monorail pun pernah test suspension bridge die kat sini. Ada satu bridge kat Putrajaya pun pernah test kat sini. Banyak. Skang ni ade satu aerospace company UK based wat test. Bende yang die test tu ade dalam test section mase kiteorang visit, tapi die selubung dengan kain hitam ‘Confidential.. kami terpaksa tutup, sebab kapal terbang ni masih lagi belum produce, takut-takut design terlepas pada competitor. Kalau terlepas, kami boleh kena saman juta-juta pound sterling!’.

Kenapa banyak syarikat besar-besar test kat sini? Sebab wind tuneel UTM ni is registered under international based association, SATA (Subsonic Aerodynamic Testing Assoc.). Abang tu cakap (panggil abang je.. tah-tah die lecturer.. huhu) kalau da masuk SATA ni, kira da establish, company memang percaya. Bila agaknya UIA punya nak join SATA? UTM punya pun da lama.. since 2001. Da 6 tahun. Uuuu.. Initiator cum current Director pun Melayu. Dr. ape tah name die.

This is the ultimate wind tunnel in Malaysia. Ni pun da dasat, kagum tol aku nengok. Kalau baca buku Aerodynamics, Intro to Flight.. kat univ2 derang kat US, UK, siap ada supersonic (2 – 4 kali lagi laju dari laju bunyi) wind tunnel (kat Cranfield University ade 11 wind tunnel, hypersonic (5 kali ke atas lagi laju dari laju bunyi) pun ade), test section besar-besar yang kapal terbang betul pun boleh muat. Dasat ek.. InshaAllah.. satu hari nanti Malaysia pun mampu jugak..

Lepas tu jalan kaki ke Dewan Senat yang jauhnya lebih kurang 10 minit jalan kaki dari AeroLab tu. Merasa jugak la menapak kat celah-celah bangunan kampus UTM ni. Time ni tengahari, student baru abes kelas, so ramai orang ke hulur ke hilir. Kat Dewan Senat ade dialog dengan wakil IEM UTM (organizer trip dekat UTM which is takde sorang pun Melayu.. Melayu mane Melayu?!). Lepas tu lunch kat Dewan Jamuan. Lepas tu balik bilik, naik shuttle. Tunggu kat bustop macam student UTM yang lain. Hehe.

Sampai bilik kol 2.45, lepak-lepak, lelap kejap, solat, kol 3.30 kumpul kat bas. Kol 4.00 singgah klinik UTM jap, Hamam sakit perut, kat kol 5 baru gerak pulang ke UIA…

Alhamdulillah dapat nengok tempat kawan-kawan aku belajar. Best UTM nih.. Tempat besar, luas. Lab pun lengkap. Banyak research yang menang international award – mendedahkan student pada pengetahuan yang lebih luas. Café pun best-best. Banyak giler café, merata-rata ada jumpe café. Lepas tu yang best nye café mcm café betul plak tu, ade orang datang mintak order, lepas tu hantar ape kite order. Café UIA lebih kepada canteen-oriented. Lagi-lagi kat mahallah, malas nak cakap lah. Kena buat complaint nih, At least kite kene fit kan service dengan vision kite – nak temasuk dalam standard international.

Lepas tu kemudahan lain pun meluas, banyak benda ada; tasik yang luas, hutan rekreasi, ada zoo siap. Hehe. Memang luas lah. Nampak lah UTM ni banyak research yang derang buat dengan kemudahan, space yang ade. Research pun hebat-hebat plak tuh. Isk isk.

Nampak sume bende UTM lebih. UIA?

Betul la pepatah kata, the grass next door is always greener. Hujan batu di negeri sendiri jugak yang lebih baik. Hehe.



UTM

Ahad, September 02, 2007

=)

G utm malam nih. Kol 12 kumpul kat grand stair. Kol 10.30 da skang. Baru balik makan kat taman melati. Ape eh nak cite? Banyak benda nak cite terpikir mase kat umah weekend nih. Tapi da lupe. Bagus bende nye nak cakap. Hehe =p. Len kali ah. Hehe. Mudah-mudahan trip ke UTM akan memberi manfaat. Amin..

p/s - ampeh sume.. aku sms korang siang tadi cakap nak g tmpt korang kat utm. tak reply pun. penat aku tunggu reply. malam td baru ade org reply. Jumpe esok weh~ ade satu session ngan IEM, aku malas nak g. Bleh la jumpe kawan2 lame time tu. He.