Cari Blog Ini

Jumaat, Disember 31, 2004

Hari ini setahun yang lalu ramai budak bilik abc 116 kat matric dulu balik kampung. Bilik kosong petang tu. Yang ade aku, zuhdi, dein, nazri ngan batak. Waktu ini setahun yang lalu aku ngan budak bilik aku tu telah penat mengharungi ribuan manusia yang menuju ke satu destinasi. Saat ini setahun yang lalu kami sedang berada di tengah-tengah puluh ribuan manusia yang dah kepanasan di waktu malam yang dingin itu. Saat ini setahun yang lalu sesungguhnya aku tak tau apa yang aku buat dan tak tau apa nak buat.

KLCC Park, 31 december 2004, 11.30 pm.

Kuala lumpur. Ibu kota sebuah negara islam. Ibu kota negeri melayu. Melayu yang membanjiri klcc park malam ini. Melayu juga yang berfoya-foya malam ini di sini. Melayu lah yang berlagak seperti bukan melayu malam ini di sini. Di situ lah aku ngan bebudak ni duduk. Di atas lereng di tengah-tengah park, menghadap petronas towers, di bawah pohon rimbun, di tengah-tengah begitu banyak pucuk-pucuk yang dicita ulam mendatang. Heh. Ini lah yang aku nak nengok. Fireworks aku tak heran, kat muar dulu mase kecik-kecik sampai demam aku nengok. Sebelum ni aku hanya mendengar. Aku ingin melihat dengan mata kepala aku sendiri betapa hebatnya melayu. Ada orang kata, kalau kita benci kita harus tak nengok. Tapi aku nak nengok to comfirm kebencian aku. Jelas sudah. Tak mungkin aku kembali sekali lagi pada malam ini, di tahun-tahun hadapan, di sini.


Topek marah betul kat aku malam tu. Kata 'buat ape ko pegi klcc tu. ramai org aku cakap. baik join aku nengok inteam kat uia. tu la ko, aku datang tempat ko, ko lari plak'. Hehe. Sampai skang aku tak pnah jumpe die lagi. Lame tak jumpe die. Rindu gak. Raye pun tak pegi rumah. Da setahun dah.


Malam tu dein mendapat gelaran sebagai usikan budak-budak bilik yang kekal sehingga ke hari ini. Nak cakap ke gelaran tu? Hehe. Da setahun dah.


Tu sume malam tahun lepas pada tarikh hari ni. Tahun ni semua celebration new year dibatalkan sebagai menghormati mangsa kejadian tsunami. Baca blog fizah tadi, cerita pasal banyak kejadian gempa dan ribut yang berlaku pada tarikh 26 december di selruh dunia sejak awal abad ke 20. Note that that date is a day after Christmas. The day that the christians told as the day jesus is born. Everything is stated in the Quran, in surah Maryam, verse 88 to 91. Kalau rajin bukak la tafsir nengok. Sumber : azraai, matriculation centre, pj.



Trivia Haji 3


Perjalan ke makkah dari madinah yang mengambil masa 8 jam (macam dari muar pegi penang) terasa begitu lama. Cuaca yang terik. Perangai drever bas yang tak menentu. Pemandangan yang luas, sayup mata memandang merentasi padang pasir. Berhenti sekali dekat perhentian di tengah-tengah perjalanan. Makanan seperti dijangka dijual dengan begitu mahal. Sebab highway tu memang tak banyak kenderaan yang lalu. So yang singgah hanyalah jemaah haji, setahun sekali.

Sampai di kota makkah, terus di bawa ke depan hotel dengan bas yang aku naik dari madinah tu. Rezeki aku, hotel yang aku duduk betul-betul berdepan dengan Masjidil Haram. Seperti ketika melihat Masjid Nabawi, sekali lagi aku terpegun. Tak sangka boleh sampai ke sini. Tak sangka depan mata aku adalah rumah ibadah yang pertama di dunia! Tak sabar rasenya nak nengok Kaabah! Lepas check in, masuk bilik, tingkat 14. Satu tingkat lagi, jelas kelihatan Kaabah di depan mata. Tapi dari bilik aku hanya kelihatan bumbung Kaabah. Solat asar dibilik pada hari itu kerana busy dengan urusan beg dan check in. Hanya ketika hendak menunaikan solat maghrib dan tawaf selamat datang aku masuk buat pertama kali ke dalam masjid itu.

Orang tak ramai lagi pada masa awal musim haji ni. Lebih-lebih lagi dengan saiz masjid yang begitu besar, nampak macam takde orang, padahal kalo sola fardhu rasenye lebih 50000 orang. Hoho! Dari hotel, aku biasanya masuk melalui pintu nombor 80, diberi gelaran pintu al-fahd sempena dengan king fahd yang memerintah ketika pembinaan sebahagian masjid ketika 1989. Kawasan dewan solat masjid yang dibina di bawah pemerintahan king fahd is fully air-conditioned. Dibina pada harga 6800 juta riyal, reka bentuknya sama seperti bangunan masjid sebelum ini yang dibina sekitar pertengahan abad ke 20, cuma bezanya, fully air-conditioned. Sejuk wo. Hoho! 4 tingkat, bawah tanah, ground floor, tingkat 1 dan tingkat atas (open air). Dalam masjid ni terdapat 56 big escalators yang boleh mengangkut manusia seramai 15000 dalam satu-satu masa. Many doors, of course. Up to more than 100 doors, not including doors inside the mosque.

As in Masjid Nabawi, there are sooo many tong air zam zam. And so many Qurans copies. Kat dalam masjid ni, terutama ketika kemuncak musim haji, berdekatan dengan kawasan tangga turun ke telaga air zam-zam, beribu-ribu jemaah berpakaian serba hitan berada dekat-dekat situ. Mereka adalah jemaah haji iran. Memang kene pakai baju hitam kot? Tak tau lah. Tapi kalau lihat gambar Masjidil Haram yang ada jual kat kedai-kedai, pasti akan terlihat kumpulan besar jemaah yang pakai baju hitam berkumpul. Ramai giler. Tapi bile kat lua masjid, mereka tak kumpul, berterabur. Serupa dengan jemaah dari turkey. Mereka memakai uniform berwarna kelabu. Suka berjalan berkumpulan, selalu pergi kedai-kedai shopping. Tutur kata yang amat baik kalo ajak borak dengan dia walaupun susah nak paham. Kebanyakan jemaah mereka terdiri dari usia-usia emas.
Kesimpulannya, kat dalam ramai-ramai orang tu, memang banyak ragam kita dapat lihat. Inilah yang dikatakan waktu pertemuan umat islam sedunia membawa pelbagai budaya tapi dengansatu agama.

'Jinsei hiro hiro, ito sore zore'

Dunia pelbagai, manusia berbagai-bagai ragam.


Selamat tahun baru 2005.

Tiada ulasan: