Run Forrest! Run!
Berpeluh-peluh ni. Sedapnye bile duduk bawah air-cond kat cc ni. Berlari-lari aku nak pulang buku kat library tadi. Esok tutup, terpaksa ar pulang ari ni. Pukul 3.25 pm baru nak pulang, lagi 5 minit nak tutup. Tadi bangun tido pukul 2.15 pm. Hakhak! Bangun tido terase tangan sengal-sengal. Kaki rase macam nak krem jek. All because the long-11-hour of endurance during the 1st and 2nd day of ramadhan...
Start ngan ajakan farouq nak pegi ss14, die nak bli besdey present. Ajak juan sekali. Dekat pukul 6 sampai 14. Puas carik, bli lah album cantik giler yang mahal yang aku rekemen satu, ngan kad skali. Nak balik, taxis are not available. Tunggu lame giler. Nak hujan lak tu. Harapan nak gi pasar ramadhan macam takde jek, dah plan nak buka kat mc d je.
Akhirnya ada gak cab dalam pukul 6.45 pm sampai pasar. Hampeh. Sume abes. Licin. Cakap jek ape, seme abes. Kalo bleh ngan bekas-bekas skali nak diabeskan. Nak pegi makan kat warong berdekatan, pEnuh giler ngan dak-dak UIA. Terpaksa menahan ego (ego tanak makan kat dalam campus), pegi balik 14 pukul 7 pm tu. Azan mase dalam cab. Pasrah jek. Sampai 14 layan kedai mamak. Pun jumpe ramai sangat dak UIA.
Balik dah pukul 8. Cepat-cepat mandi, solat. Tak lame lepas abes solat, azan isya' pulak. Terus gi masjid solat terawih. Pukul 10 pm balik masjid singgah abc jap. Nazri ajak main badminton. Waa.. Pelawaan usah ditolak! Kuterima sahaja dengan hati yang terbuka. Heheh.
Bese la. Nak tunggu siap-siap, pukul 11.30 baru nak start main kat smawp. Napong, juan, zuhdi, mok, ahsan sume turun. Nizaar pun ade. Gilir-gilir main doubles. Main sampai lebam sampai pukul 1.30 am. Abes main, jalan-jalan keliling kampus. Sakan sungguh bergambo. Ingat nak pegi terus sahur, tapi awal lagi, balik bilik dulu. Pukul 3.30 am baru keluar sahur. Pegi ss17 dulu jalan kaki usyar kalo ade kedai makan yang bukak. Hampeh. Sebuah pun tak bukak. Teruskan perjalanan gi ss14. Jauh giler siot. Dah ler baru lepas main badminton, round-round campus lagi. Kena jalan kaki lagi 1/2 jam, pepagi bute, ramai-ramai, aku, anep, mok, zuhdi, ahsan, napong, nazri, juan, batak
Sampai ss14 pukul 4 lebih. Melantak sampai puas kat kedai mamak lagi. Sahur yang paling kenyang aku rasa. Pukul 4.45 am nak balik. Rasa macam nak tido jek. Takkan nak jalan kaki kot? Lagi 1/2 jam baru sampai. Aaaargh!! Ade bas putraline lalu, pastu berenti jauh dari kiteorg. Batak tetibe semangat giler lari kejo bas yang berenti tu. Sebijik macam Forrest Gump lari. Hakhak! Tengah-tengah die kejo bas tu, ngan-ngam je ade 2 cab datang. Kita yang tinggal berlapan tanpa batak dengan senang ati nye menahan 2 cab tersebut dan terus memecut. Hehe.
Nampak jelas pada air muka batak yang berpatah balik kehampaan kerana sesungguhnya bas itu berenti untuk sahur. Hakhak! Nasib baik bebudak yang naik cab lagi satu baik hati, patah balik amek batak. Zuhdi kata gelabat batak macam mr bean, lari laju-laju, aftering sumthing but ended with deep frustration! Hahahaha!
Balik bilik, tunggu azan, lepas azan tido. Waa.. bile tah nak study. Esok last paper. Pas asar kang gi bilik amin arh suh die ajar.
*Tadi cek emel, ade emel topik die 'salam dari liverpool'. Waaa.. dayah seh! Die cite pasal rumah, lecture, univ, liverpool seme. Panjang emel die. Msg aku ari tu die dapat gak. Kena rm 2 die kata for each sms. Hahah! Apsal aku cek seposen je ari tu? Maybe maxis tolak lagi rm1.90 kemudian kot, aku pun tak pasan. Gud lak dayah, take care and selamat berpuasa! =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan