Angah call semalam. Discuss pasal laptop yang aku nak beli. Tokey kedai siap datang umah angah mase aku call, bleh runding-runding ape spec yang aku nak. Kalo takde ape-ape hal, insyaAllah by this thursday, da bleh dapat. Weekend ni kene ah turun shah alam amek laptop tuh. Wan plak ajak aku kluar gi ape name tah kat-kat gombak nih, gi bli 'barang-barang hiasan bilik'. Heheh. Bagus gak, bleh die bawak round-round gombak ni.
Semalam dah start 1st flight jemaah haji malaysia ke tanah suci. Awal pagi tadi 2nd flight, KT2 fly. Flight yang awal-awal macam ni terus landing kat madinah. Dulu aku naik flight 13, KT13, turun madinah gak.
Trivia Haji 1
Terdapat kira-kira 100 penerbangan jemaah haji malaysia ke tanah suci, dengan kira-kira 400 penumpang setiap penerbangan yang biasanya membawa 280-300 penumpang dalam penerbangan komersil. Menaiki kapal terbang dari dua buah syarikat, MAS dan Saudi Arabian Airlines (SAA) yang biasanya menyewa kapal dari syarikat penerbangan lain bagi menampung jumlah penerbangan yang banyak. (Aku dulu mase pergi naik kapal terbang ada trademark SAA, tapi pramugari sume orang puteh. Kapal tu rupenye kapal terbang iceland, the atlanta air. Sama mase aku balik malaysia, naik SAA tapi kapal terbang qatar arilines). Hanya kapal terbang SAA dibenarkan mendarat di madinah. Tapi tahun ini, beberapa penerbangan MAS melakukan percubaan mendarat di lapangan terbang antarabangsa haji madinah tu.
Dulu mendarat di madinah, aku disambut dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang' oleh pegawai airport. Blur-blur lagi mase tu. Kenyang pun ye gak, due kali makan, ade nasik puteh lauk ayam ngan sayur kacang panjang dalam kapal terbang mat salleh tu. (Pramugari pakai tudong seh!) Sampai mase isya' waktu tempatan. Imegresen setel kejap je, very smooth. Di bawa pergi hotel. Dekat je ngan masjid nabawi, just around 200 meters. Siap segalanya pukul 3 pagi. Dah nak subuh mase tu, terus pegi masjid. Aku demam. Demam terperanjat kot macam tak caye bleh sampai kat tanah suci tu. On the way pegi masjid subuh tu, nengok masjid nabawi begitu gah dan indah, tak terkata. Terkesima. Cari bab as-Salam masjid tu. Fuh! Besar sungguh masjid tu.
Masjid Nabawi boleh aku katakan masjid canggih. Masjid ni ada 12 payung gergasi merentangi kawasan seluas 1 court badminton setiap satu yang boleh bukak tutup, mengikut cuaca dan keadaan - akan dibuka selepas waktu dhuha dan ditutup sebelum waktu maghrib. Terdapat juga lebih 10 kubah yang juga boleh dibuka-tutup. Of course, fully air-conditioned, carpet lembut (or macam akmal kate dulu, carpet terbenam), tandas and big ablution area bawah tanah yang canggih. Berpuluh-puluh, maybe hundreds tong air zam-zam terdapat di hampir setiap tiang masjid. And best of all, the Raudhah. Ruangan kecil antara mihrab Rasulullah dan mimbar Baginda. Hanya sebesar court badminton, tapi siapa yang ingin melepaskan peluang berada di salah satu taman syurga? Raudhah terletak di dewan sembahyang lelaki, oleh itu, setiap hari, selepas waktu zuhur, akan diadakan sesi untuk jemaah wanita di Raudhah. Kawasan itu akan ditutup dengan tirai untuk jemaah wanita beribadah.
Cerita sekitar masjid. Suhu terendah yang aku catat mase tu (mar 1998) adalah 18 degrees, sama macam suhu puncak cameron highlands. Jemaah yang pergi tahun ni pasti akan mengalami suhu yang lebih rendah, mungkin sekitar 5 - 10 degrees. Keadaan amat sesak ketika nak keluar masjid. Begitu juga jalan-jalan raya sekitar masjid, mmg penuh dengan manusia. Kedai-kedai sekitar masjid tak lepaskan peluang musim haji. Contohnya kedai emas, semuanya dibuka seawal 5 pagi - ketika jemaah pulang dr menunaikan solat suboh. Tak kurang hebat kedai makan yang menghidangkan juadah yang biasa di kedai mamak di negara kita. Kedai-kedai pakaian, kedai-kedai jam, gerai-gerai alat mainan, kedai 2 riyal. Kawasan kedai ini saling tak tumpah seperti kawasan jalan masjid india.
Tak dilupakan peniaga-peniaga jalanan. When talk about jalanan, its really jalanan. Mereka berniaga dengan hanya memikul barang jualan di dalam sehelai kain besar dan membentangkannya di atas jalan raya. Bukan seorang, tapi berpuluh yang menjual di atas jalan raya. Mata mereka melingas bukan mencari pelanggan, tetapi mencari jika ada pihak penguasa. Biasanya, mereka menjual songkok, tudong, alat permainan dan sebagainya dengan harga yang cukup murah. Cuma yang menjadi masalah adalah masalah bahasa, ketika hendak tawar menawar. Ada jugak peniaga yang berlenggang, seperti peniaga jam tangan yang tiba-tiba akan approach kita and offer kite jam tangan berjenama. Jangan tertipu, harga yang mereka tawarkan cukup tinggi. Kadang-kadang, harga 500 riyal boleh turun sehingga 50 riyal kalau kita pandai menawar.
Suasana ini semua kalau kat uia ni boleh la nengok dekat nes cafe sebelah library and cafe as-Siddiq.
Isk. Terbawak-bawak lak cite. Banyak lagi nak kongsi cerita. In the next posting...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan