Adeyh. Semalam lepas turun bas dari muar kat pudu rasa cam nak tumbang. Lepas macam nak beku dalam bas, terase cam rentung lak lalu celah-celah bas yang tgh jammed kat pudu. Balik bilik malam tu terus tido sampai subuh. Teruk gak demam aku malam tadi. Batuk ngan selseme lagi. Tadi gi klinik dapat ubat gargle, 1st time siot gune ubat kumur² tuh.
Dah lame dah actualy kene selseme ni. Mungkin sebab jerebu last week. Hidung aku sensitip...
Well, nak cerita pasal induction and taaruf week hari tu. Masa induction course in the first place, rasa macam tak best jek, dalam committee registration tu semua aku tak knal kecuali husen, azrul, sab ngan salmi (semua dak engine). Yang lelain aku nengok mostly dak bar ngan irk. Erk.. Boleh masuk ke aku ngan bebudak nih? Kami dipecahkan kepada groups, group registration venue (aku di sini!), group ept apt, garoup fardhu ain, dan group taaruf kit.
Mase 1st day sampai untuk induction course dah start wat keje - angkat bahan-bahan taaruf kit bawak dari STAD pegi Operation Room kat AX. Dekat jek, tapi disebabkan barang-barang yang berat macam nak mampus, rase macam jauh giler. Dari situlah bermulanya tugas kami sebagai registration committee.
Bermula hari itu, (tatau menau sangat ape tugas kami sebenarnye mase tu), kami bergelumang dengan beg taaruf yang puteh cantek. Bergelumang jugak dengan t-shirt taaruf ngan cap. Diteruskan pergelumangan dengan kertas-kertas edaran discpline and ibadah for 1st year students. Semuanya disumbat ke dalam beg taaruf yang puteh cantek itu. Sesambil gelumang, kami jugak mengira satu-satu beg taaruf. Tu semua kalo nak tau, kami mengambil masa 5 hari untuk siapkan 3985 beg taaruf sepenuhnya (barang-barang yang nak disumbat datang ansur-ansur, so kene wat satu-satu) Masalah toksah citer arh, banyak giler. Tak cukup lah, barang-barang rosak lah. Seb baik ade head com berkaliber... heh2
Dah sudah dengan beg, registration venue lak kene setel. Memang dalam bidang tugasan aku yang dalam group registration venue ini, banyak jugak keje kene setel. Meja, kerusi, susunan kusi meje tuh, labelling, ticketing numbers, macam-macam lagi. Pastu tolong bebudak group fardhu ain ngan ept apt susun kerusi meja untuk dak2 1st year exam. 3,4 hari pas mulenye induction course nih aku mula serasi ngan dak2 lain dalam committee regis nih. Rasa macam bond tu lain, lain daripada kawan...
End of the induction course. Datang pula registration day. Kat sini, segala tugas registration venue diperlihatkan kepada khalayak ramai. Cuak jugak aku malam sebelum tu. Rasa macam nak exam lak, risau. Tapi kene harung gak registration day tuh. Alhamdulillah, event tuh berjalan lancar, walaupun ade sedikit masalah, ala.. bese la.. masalah remeh2. 1st day of the event, aku jaga pre-registration counter, cek-cek borang dak 1st year. Kaunter pertama yang perlu new students pegi. Macam-macam jenis student aku jumpe. Yang diam, yang banyak cakap, yang muka cuak, yang muka poyo, yang baik, yang kuang ajo, yang cacat, seme aku jumpe.
2 jam pastu rasa boring giler. So bile dah reda sikit flow, aku tinggalkan counter, pegi jalan-jalan. Nampak dein, tolong die angkat barang 1st year. Peh... Masing-masing bawak beg berat gampang. Walaupun penat, tapi sonok gak bawak-bawak beg nih. Bawak abc, ukc, zc, semua aku bawak. Dapat la jugak nengok dunia, setelah 2 jam lebih asek nengok muke orang dan juga muka borang jek. 2nd day jaga kaunter nombor. Hari tu tak bape ramai kalo nak dibandingkan dengan 1st day yang ramai giler-giler. So tugas tak pnat sangat ar. Kena plak jaga kaunter tiket jek. Takde keje, so bantu sket-sket tugas welcoming yang dalam area kaunter nombor jek.
Tamat registration days, bermula pula taaruf week. (adeyh.. husen datang lak kat cc nih.. sebok jek.. hakhak!) Masa taaruf week nih, tugas committee registration tak abes lagi, iaitu apt ept ngan fardhu ain test. Sonok gak jaga dak2 nih exam. Pusing-pusing, round-round dalam exam venue. Hohoho.
Kalo masa takde exams, kami tolong committee d&i jaga 1st year. Tegak-tegakkan barisan ke, bawak they all gi respective venues ke. Sekali tu tolong committee PC gak, untuk xtvties kat smawp. For the opening and closing ceremonies.. sebelum ni dah cite pun kan.. Mase opening aku bawak tanglung! Hohoho.
Kesimpulannya, aku tak menyesal malahan aku gembira 90% (other 10% - tension + penat) jadik committee taaruf ni. Banyak Benda yang aku blaja mase join taaruf week ni. Di sini aku paham struktur committee sesuatu majlis besar (1st xperience join big event - b4 this jadik tresurer mase grand dinner dulu tatau mende.. hohoho). Di sini jugak aku belajar kerja sebagai satu team. Di sini jugak aku belajar kerjasama. Di sini jugak aku jumpa macam-macam jenis orang. Di sini jugak aku kenal 'puas hati lepas buat kerja'. Di sini jugak aku tahu sape-sape nak jumpa dekat STAD tuh kalo ade ape-ape sebab STAD masa induciton ngan taaruf week tu dah jadik macam rumah sendiri dah.
Di sini jugak, aku jumpa committee2 registration. Hehehe. Hubungan kami lebih daripada sebagai rakan sekerja. Masa round table speech after closing ceremony tu sorang-sorang dak regis mengaku bond between us is different than other committees. Ade committee lain cakap committee regis asabiyah, hehe. Tatau la. Tapi mungkin kami jalankan tugas sebagai sebuah team, semuanya dijalankan bersama. Angkat sama-sama. Kira sama-sama. Susun sama-sama. Jaga sama-sama. Even mengabeskan makanan VIP pun sama-sama.
Nak sebut satu-satu nama.. takut name sisters tak ingat (tak macam husen kenal satu-satu). So to all registration committees, sorry if there are mistakes and thank you so much for everything. 'Kalo jumpa, tegurlah'.
Tak sabo lak nak nengok gamba-gamba ari tuh, especially mase closing. Basuh filem pun belum... Hohoho.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan