Cari Blog Ini

Isnin, Jun 28, 2004

Adeyh. Semalam lepas turun bas dari muar kat pudu rasa cam nak tumbang. Lepas macam nak beku dalam bas, terase cam rentung lak lalu celah-celah bas yang tgh jammed kat pudu. Balik bilik malam tu terus tido sampai subuh. Teruk gak demam aku malam tadi. Batuk ngan selseme lagi. Tadi gi klinik dapat ubat gargle, 1st time siot gune ubat kumur² tuh.

Dah lame dah actualy kene selseme ni. Mungkin sebab jerebu last week. Hidung aku sensitip...

Well, nak cerita pasal induction and taaruf week hari tu. Masa induction course in the first place, rasa macam tak best jek, dalam committee registration tu semua aku tak knal kecuali husen, azrul, sab ngan salmi (semua dak engine). Yang lelain aku nengok mostly dak bar ngan irk. Erk.. Boleh masuk ke aku ngan bebudak nih? Kami dipecahkan kepada groups, group registration venue (aku di sini!), group ept apt, garoup fardhu ain, dan group taaruf kit.

Mase 1st day sampai untuk induction course dah start wat keje - angkat bahan-bahan taaruf kit bawak dari STAD pegi Operation Room kat AX. Dekat jek, tapi disebabkan barang-barang yang berat macam nak mampus, rase macam jauh giler. Dari situlah bermulanya tugas kami sebagai registration committee.

Bermula hari itu, (tatau menau sangat ape tugas kami sebenarnye mase tu), kami bergelumang dengan beg taaruf yang puteh cantek. Bergelumang jugak dengan t-shirt taaruf ngan cap. Diteruskan pergelumangan dengan kertas-kertas edaran discpline and ibadah for 1st year students. Semuanya disumbat ke dalam beg taaruf yang puteh cantek itu. Sesambil gelumang, kami jugak mengira satu-satu beg taaruf. Tu semua kalo nak tau, kami mengambil masa 5 hari untuk siapkan 3985 beg taaruf sepenuhnya (barang-barang yang nak disumbat datang ansur-ansur, so kene wat satu-satu) Masalah toksah citer arh, banyak giler. Tak cukup lah, barang-barang rosak lah. Seb baik ade head com berkaliber... heh2

Dah sudah dengan beg, registration venue lak kene setel. Memang dalam bidang tugasan aku yang dalam group registration venue ini, banyak jugak keje kene setel. Meja, kerusi, susunan kusi meje tuh, labelling, ticketing numbers, macam-macam lagi. Pastu tolong bebudak group fardhu ain ngan ept apt susun kerusi meja untuk dak2 1st year exam. 3,4 hari pas mulenye induction course nih aku mula serasi ngan dak2 lain dalam committee regis nih. Rasa macam bond tu lain, lain daripada kawan...

End of the induction course. Datang pula registration day. Kat sini, segala tugas registration venue diperlihatkan kepada khalayak ramai. Cuak jugak aku malam sebelum tu. Rasa macam nak exam lak, risau. Tapi kene harung gak registration day tuh. Alhamdulillah, event tuh berjalan lancar, walaupun ade sedikit masalah, ala.. bese la.. masalah remeh2. 1st day of the event, aku jaga pre-registration counter, cek-cek borang dak 1st year. Kaunter pertama yang perlu new students pegi. Macam-macam jenis student aku jumpe. Yang diam, yang banyak cakap, yang muka cuak, yang muka poyo, yang baik, yang kuang ajo, yang cacat, seme aku jumpe.

2 jam pastu rasa boring giler. So bile dah reda sikit flow, aku tinggalkan counter, pegi jalan-jalan. Nampak dein, tolong die angkat barang 1st year. Peh... Masing-masing bawak beg berat gampang. Walaupun penat, tapi sonok gak bawak-bawak beg nih. Bawak abc, ukc, zc, semua aku bawak. Dapat la jugak nengok dunia, setelah 2 jam lebih asek nengok muke orang dan juga muka borang jek. 2nd day jaga kaunter nombor. Hari tu tak bape ramai kalo nak dibandingkan dengan 1st day yang ramai giler-giler. So tugas tak pnat sangat ar. Kena plak jaga kaunter tiket jek. Takde keje, so bantu sket-sket tugas welcoming yang dalam area kaunter nombor jek.

Tamat registration days, bermula pula taaruf week. (adeyh.. husen datang lak kat cc nih.. sebok jek.. hakhak!) Masa taaruf week nih, tugas committee registration tak abes lagi, iaitu apt ept ngan fardhu ain test. Sonok gak jaga dak2 nih exam. Pusing-pusing, round-round dalam exam venue. Hohoho.

Kalo masa takde exams, kami tolong committee d&i jaga 1st year. Tegak-tegakkan barisan ke, bawak they all gi respective venues ke. Sekali tu tolong committee PC gak, untuk xtvties kat smawp. For the opening and closing ceremonies.. sebelum ni dah cite pun kan.. Mase opening aku bawak tanglung! Hohoho.

Kesimpulannya, aku tak menyesal malahan aku gembira 90% (other 10% - tension + penat) jadik committee taaruf ni. Banyak Benda yang aku blaja mase join taaruf week ni. Di sini aku paham struktur committee sesuatu majlis besar (1st xperience join big event - b4 this jadik tresurer mase grand dinner dulu tatau mende.. hohoho). Di sini jugak aku belajar kerja sebagai satu team. Di sini jugak aku belajar kerjasama. Di sini jugak aku jumpa macam-macam jenis orang. Di sini jugak aku kenal 'puas hati lepas buat kerja'. Di sini jugak aku tahu sape-sape nak jumpa dekat STAD tuh kalo ade ape-ape sebab STAD masa induciton ngan taaruf week tu dah jadik macam rumah sendiri dah.

Di sini jugak, aku jumpa committee2 registration. Hehehe. Hubungan kami lebih daripada sebagai rakan sekerja. Masa round table speech after closing ceremony tu sorang-sorang dak regis mengaku bond between us is different than other committees. Ade committee lain cakap committee regis asabiyah, hehe. Tatau la. Tapi mungkin kami jalankan tugas sebagai sebuah team, semuanya dijalankan bersama. Angkat sama-sama. Kira sama-sama. Susun sama-sama. Jaga sama-sama. Even mengabeskan makanan VIP pun sama-sama.

Nak sebut satu-satu nama.. takut name sisters tak ingat (tak macam husen kenal satu-satu). So to all registration committees, sorry if there are mistakes and thank you so much for everything. 'Kalo jumpa, tegurlah'.

Tak sabo lak nak nengok gamba-gamba ari tuh, especially mase closing. Basuh filem pun belum... Hohoho.

Isnin, Jun 21, 2004

The Lost And The Discover of The Wallet

8.30 am, 20 Jun
Bilik Sementara, UKC, UIAM

Kesian aku pada solehan, hilang enset 3310 dia. Tengah charging mase tu die kate. Maybe lepas subuh ada orang masuk bilik, kebas enset die yang tengah cahrging tuh. Tambah-tambah lak ngan muka die yang baik, lagi-lagi la aku kesian. Ajie da tak tahan geram die, abes seme benda die hempas, seolah-olah enset die lak yang hilang.

Setengah jam pas tu, aku yang tengah bersiap-siap nak gi plaza low yat, nak usyar laptop, carik aku nye wallet. Ah, sudah... takkan die kebas aku nye wallet gak? Malam tadi aku letak mane? Atas meja? Heh.. Kompem die kebas gak kalo selamba jek aku letak atas meja. Isk232. Cuai siot! Ajie lak betambah-tambah geram dia, terus die gi hempas-hempas pintu bilik depan, suspek utama ar kirenye.

Budak bilik depan takde. Bingung gak aku masa tu, tatau nak wat ape, banyak ar gak duet dalam wallet tu, kenyang ar sape-sape yang kebas, celaka btol dak yang kebas tu! Teringat insiden wallet nazri kene curik dulu, jumpe balik kat atas jamban, tanpa duet.

Masa tengah cuba-cuba carik kat atas jamban, fazly lak tiba-tiba call. Die yang tengah orientasi kat UM tu tanye, "Ko ada ilang dompet tak azimin?" Huh, cemane lak die bleh tau nih? "Knape ko leh tertinggal kat UM nih?" Hah? Tertinggal kat UM?

10 am, 20 Jun
Dewan Tunku Canselor, UM

Terkejut gak, wallet aku tu tanpa disangka boleh ada orang jumpa kat UM. Tempat yang aku takkan terpikir nak carik. Maybe budak celaka yang kebas tu campak aku nya wallet kat UM, pas die sapu duet dalam tuh. Without a moment of hesitation, terus aku gi tahan taxi, gi Dewan Tunku Canselor (DTC), UM, tempat fazli tengah orientasi.

Sampai kat UM, fazli cakap, die dengar annoucement kehilangan dompet masa die tengah masuk debate (salah satu acara orientasi mereka kat UM) kat DTC. Naik jugak la name aku kat UM... Jumpa amiriah kat UM tu, lama tak jumpa dia 2 taun dah, die pun perli-perli kehadiran wallet aku kat UM, ampeh, annoucement tu ade sebut nama aku... Aaargh! Malu gak

Tapi seme tu tak penting mase tu, yang penting wallet aku dah dijumpai, walaupun kat tempat yang aku tak jangka, alhamdulillah. Duet ngan matric card budak celaka tu kebas. Kad atm die try gak, tapi die tinggalkan dalam wallet tu, kene block. Mujur IC ngan lesen ade.

Tapi, plan nak gi usyar laptop kat Low Yat tetap berjalan. Nazri memang ikot gi UM, pastu dein nak ikot gak mase kat KL Sentral, tunggu dia kat situ. Pas gi Low Yat, pegi shopping goodies kat Mydin Jln Masjid India. Hohoho, macam banyak duit jek! Dah le baru lepas hilang duit.

Menyusahkan aku btol dak celaka tu. Sekarang ni aku dah takde duit, nak kuar duit pun dah tak bleh sebab kad dah kene block, terpaksalah keluar banda gi betulkan balik kad tuh.

Tapi aku dapat satu pengajaran penting. Kawan. Itulah baiknya ada seorang kawan yang murni hatinya. Peka terhadap rakan-rakannya. Kalo aku la dengar ade name member kene annouce pasal ilang ape-ape ke kat tempat jauh daripada mereka, 1st thing aku ingat, 'Uiks.. name budak tu same ngan name kawan aku seh.. mujur bukan kawan aku'. Tapi fazli yakin itu adalah aku. Lagi best kalo ade ramai kawan, merata-rata ade, boleh tolong kita di mana-mana. Bukan untuk mempergunakan die orang, tapi 'thats what i call friends' orang puteh kate.

Lagi satu lesson, hati-hati! Jaga barang sendiri baik-baik!!

Sabtu, Jun 19, 2004

Hakhak, wat pertama kalinya aku blogging kat cc fz atau sekarang dikenali sebagai cc ukc II. Dengo cite sebelum ni cc ni server die laju... tapi, ntah, mungkin petang kot skarang ni, tak laju sangat (same jek lebey kuang macam cc abc yuang ampeh itu.. hoho)

Pagi tadi berlangsung closing ceremony taaruf week 04/05. Sakan betul begamba tadi, sronok gak ramai-ramai amek gamba tuh.

"...this Taaruf Week 04/05 programme could be the best taaruf week programme ever..."

-Bro Abbas Hassan, The Dean-

"...you are all one of the best taaruf week committees..."

-Kak Saie-

Later-later ar aku cite pasal 2 weeks of glory + exhausted + happy + tensen + dan sebagainya ini. sekarang ni tengah pikir pasal nak pindah kolej. Untuk pengetahuan bebudak bilik lame aku, kite mungkin dapat bilik abc 211, yang mengadap dalam itu, hohoho. Later~

Rabu, Jun 16, 2004

Tadi telah berlangsung Opening Ceremony for Taaruf Week 04/05. Meriah ar gak, aku tadi jadik tukang bawak tanglung, seme committee regis pakat-pakat bawak tanglung, hohoho. Opening tu dapat pujian daripada all the VVIPs. Hakhak. Penat wo prektis wat gimik, terasa macam diri ni plak yg jadik dak 1st yr, kene taaruf.

Ada banyak lagi keje pas ni, sepatah kata manager taaruf, kita baru di permulaan. Tadi jaga budak pekse english ngan arab, best gak jaga, tapi dah lama-lama, ngantuk + boring dok dalam venue tuh. Esok ade fardhu ain test utk yang masih belum test lagi, tapi aku tak incharge (esok kene turun padang awal, jaga dak2 1st yr, tolong dakwah n ibadah coms, isk232, ngantuk maa!!). Ni tadi baru balik dari susun kerusi kat venue. Tengah lepak-lepak kat STAD, minum-minum, nengok euro 04, cek emel, hohoho, tapi pelik takde orang lak kat STAD malam ni, maybe ramai yang penat kot (aku tgh ngantuk giler ni, tapi dah alang-alang lalu depan STAD nak balik bilik, singgah ar, amek rase air-cond, hoho)

ISk232. Cukup ar sini dulu. Ngantuk dah ni. Sambung lain kali, wassalam

Isnin, Jun 14, 2004

Hohoho. Baru lepas angkat barang students baru. Ponteng sat, lepak kat office college, ala... bukan ada ramai orang pun daftar hari ni. Semalam dah penat giler, ramai siot. Tapi, penat-penat pun, seronok gak. Banyak post aku pegang mase registration day nih, jage counter, welcoming, welfare, jage tiket, opening nanti jadik tukang bawak tanglung, hehe, saja-saja carik pengalaman.

Masa induction course ngan preparation plak lagi la ganda-ganda nya penat. Tapi best, seronok, macam-macam benda baru aku blaja... nanti arh aku post, crite panjang-panjang.

Ahad, Jun 06, 2004

Guest what? (ges wat lagi..) abang nak fly gi uk esok. Isk. Gi uk lagi die. Hari tu gi china dah dua kali. Pastu ade sekali gi jepun. Peh, best keje cam die. Dia gi uk sok sminggu. "Apa nak kirim?" Hehehe.. banyak ke duit ko bang?

Alea dah boleh jalan sikit-sikit, kena papah. Comel siot die.

Rasa malas lak nak gi taaruf week induction course esok. Rasa cam nak dok rumah, chatting sampai mata lebam tiap-tiap pagi buta. Rasa cam nak dok depan tv, nengok cd muvi puas-puas. Rase cam nak nyapu abuk depan rumah abes-abesan (errk..).

2 minggu lagi la aku tak post kat blog nih.. Isk232. We'll see again in two weeks, blog!

Jumaat, Jun 04, 2004

Guest what? PC aku dah boleh gune internet explorer! Hohoho. Tah cemane tah tetiba boleh gune lak, setelah 4 bulan aku tanpa ie. Tak boleh nak ubah html, tak boleh nak access internet banking. Pastu nak format pc tak jadik-jadik, so selame ni gune netscape 7.0, ampeh, byk gak homepage yang tak boleh nak access. Fuh.. alhamdulillah, skang dah boleh.

Tapi knape la time aku nak abes cuti baru die nak boleh gune lak. Isk232. Niat aku nak ubah html weblog ni tak jadik-jadik sejak 4 bulan yang lalu. Aziah nye demand suh wat kan satu template untuk weblog die pun aku tak buat lagi, sekarang die dah buat sendiri dah pun, cantik and simple. Reti lagi ke aku pasal html ni? Dah setengah tahun tinggal mende ni.

Sakit perut kembali lagi. Rasa sebu, angin. Tadi masa dok sapu-sapu minyak pada perut, baru perasan. "Eh, beso jugak perut ni ek," Hohoho. Boleh tahan gak gemuk aku ni. Tak aku sangka aku boleh jadik selebar ini. Dulu kecik-kecik aku kurus, naik sekolah menengah, start dah... sampai la ni.

Maintain boleh, naik boleh, turun payah sikit. Ni pas ni jadik committee taaruf, boleh kot turun? Hohoho..

Rabu, Jun 02, 2004

Kecoh di dada-dada akhbar tabloid tentang isu kemasukan ke IPTA dalam 4,5 hari ini. Antaranya, kecoh dengan sentimen perkauman yang dikatakan masih lagi wujud dalam sistem meritokrasi yang masuk tahun kedua perlaksanaannya. Lebih hebat, isu kegagalan 128 pelajar cemerlang untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan.

Kenapa kegagalan 128 pelajar ni nak dijadikan isu? Dah puas penulis membaca rencana setiap hari di akhbar tentang perkara ini. Akhbar tabloid berkenaan mendakwa, pelajar-pelajar tersebut, yang cemerlang, apabila gagal untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, mereka juga gagal untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang lain berkaitan dengan perubatan seperti farmasi. Begitu hebatnya implikasi apabila gagal untuk menyertai mahalah perubatan!

Walau bagaimanapun, telah dijelaskan awal-awal sebelum ini oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Dr Hassan Said, bahawa terdapat 128 calon STPM/Matrikulasi sememangnya gagal dalam permohonan mereka dalam bidang perubatan, kerana terdapat pelajar yang lebih cemerlang dan layak berbanding mereka. Mengapa tidak sahaja akhbar tabloid berkenaan membangkitkan 33000 calon gagal untuk mendapatkan sebarang tawaran ke IPTA sebagai isu?

Keduanya, adalah isu berkaitan standard matrikulasi KPM. Dikatakan standard matrikulasi kurang berbanding STPM menyebabkan calon STPM mendapat saingan yang terlalu kuat daripada calon matrikulasi untuk ke IPTA. Kementerian mendakwa, standardnya sama. Selama ini pun calon matrikulasi diterima oleh universiti seluruh dunia, dakwa kementerian. Bagi penulis, semasa matrikulasi di bawah kendalian universiti, benar. Tetapi setelah kendalian diambil alih oleh kementerian, isu ini bermula.

Semasa matrik dikendalikan oleh universiti, silibus dan kualiti pelajaran dikawal oleh pensyarah universiti sendiri. Oleh itu, keputusan peperiksaan calon benar-benar berkualiti, walaupun tidak mendapat CGPA 4.00. Pada awal kendalian kementerian, keputusan calon matrik tidak begitu memuaskan (hakikatnya memuaskan dan layak untuk ke IPTA, hanya ibu bapa yang tidak senang dengan keputusan anak-anak mereka - tanggapan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mendapat terbaik [4.00], tetapi berapa calon sahaja yang dapat 4.00? lihat sahaja di konvokesyen IPTA, berapa ramaikah yang mendapat 1st class?).

Untuk memuaskan ibu bapa, dan desakan sebagai kerajaan yang menerajui negara, kementerian, pada pandangan penulis, telah sedikit sebanyak meringankan/memudahkan sistem peperiksaan. Hasilnya, memuaskan ibu bapa. Ramai yang mendapat 4.00. Kini, tidak hairan lagi apabila terdapat ramai pelajar mendapat 4.00. Implikasinya? Inilah yang terjadi ketika ini. Persaingan yang begitu sengit, sehinggakan pelajar yang cemerlang pun gagal untuk ke IPTA dalam bidang perubatan. Pelajar tersebut mungkin mendapat 4.00. Tetapi, itulah hakikat yang perlu mereka terima, terdapat ramai lagi yang mendapat 4.00.

Implikasi jangka panjang? Tidak mustahil, tidak lama lagi pihak universiti juga akan terpengaruh dengan pendidikan dan sistem peperiksaan di peringkat matrikulasi, seterusnya di peringkat universiti juga akan menjadi serupa di peringkat matrikulasi. Ini akan mengakibatkan pertambahan graduan yang menganggur. Tidak mustahil suatu hari nanti, jika perkara ini berterusan, graduan perubatan juga akan menjual kacang putih seperti yang biasan kelihatan di India.

Kenapa kita tidak mencontohi sistem kemasukan universiti di UK? Sistem A-level mereka begitu berkualiti dan begitu sukar (STPM dikatakan hampir setaraf dengan A-level) sehinggakan tidak ramai yang lulus dengan cemerlang. Tahapnya juga sentiasa dikawal - tidak terlalu mudah samada peperiksaan atau penandaanya. Oleh itu, calon yang diplih ke universiti mereka, benar-benar mempunyai asas pendidikan yang kuat, hasil lepasan A-level itu. Mereka mempunyai beratus-ratus universiti awam, tidak termasuk lagi universiti swasta. Tetapi, kadar pengangguran di sana masih lagi kurang. Ini semua bermula daripada peringkat akar, iaitu sebelum kemasukan ke universiti.

Akhir sekali, yang paling penting ada dalam diri pelajar adalah sikap dan usaha...