Cari Blog Ini

Sabtu, Julai 25, 2009

'When There is a Will, There is a Waii'

3 hari melayan karenah dua orang Mat Saleh dari Australia di tempat kerja aku menyedarkan aku betapa bahasa Inggeris aku dah berkarat. Hehe. Hari pertama aku hanya diam dan mengangguk-angguk sahaja tanda setuju pada semua yang mereka cakap. Sekali-sekala aku menyampuk seayat dua tapi tak memberikan kesan pun.

Tapi, aku kagum dengan mereka, di sebalik sikap suka berfoya-foya salah seorang dari mereka, mereke mengagumi kecanggihan pesawat yang ada ketika ini. Walaupun mereka sudah ada pengalaman 15-20 tahun dalam bidang pembuatan pesawat ini, mereka masih ada minat yang sangat mendalam dalam apa yang mereka buat.

'Have you seen A380? I have stood before it. Stood beside the engine as well. Humongous! Its just beautiful. Its like double storey A340. It is quite quiet also, you cant hear it flying. Oh, I just love aircafts, I love them,' pekat loghat Australia Jorge cerita pada aku semasa makan tengahari bersama. 'Do you know one A380 engine worth USD 15 million? One single engine. Its just awesome,'

Sambil-sambil itu berbincang pasal kerja. Banyak masalah. 'There will never be the last ones,' kata Mic berseloroh bila aku cakap kita sudah ada pada masalah yang terakhir. Tergelak besar. Masing-masing faham masing-masing sedang hadapi masalah tersendiri di tempat kerja sendiri. Tapi Mic tetap mampu sentiasa tersenyum di sebalik masalah yang dihadapinya sambil berkata,

'When there is a will, there is a waii. Come on! Let's start with our work!'.


pasca/skrip (p/s) - Kadang-kadang aku rasa aku tak cukup mengagumi teknologi yang manusia telah ada. Orang-orang barat nampaknya lebih mengagumi. Mungkin juga kerana mereka telah banyak menjumpai teknologi itu berbanding kita. Tapi, kita perlu berusaha untuk menyaingi mereka walaupun kita sudah ketinggalan jauh. Kita orang Islam harus menunjukkan kepada dunia yang kita juga mampu, malah lebih dari itu lagi.



Isnin, Julai 20, 2009

'Usaha, Biar Jaya'

Bergerak kami majulah bersama
Pelajar Agama Maahad Muar
Ke arah satu cita mulia
Untuk nusa, bangsa, agama

Berusaha kami bersama berbakti
Kebersihan, Keindahan dijaga
Berdisiplin, berlimu, beriman, beramal
Menaikkan maruah sekolah

Usaha, biar jaya
Mempunyai azam cita-cita
Walau aral melintang
Takkan kami berputusa asa

Bergerak kami majulah bersama
Pelajar Agama Maahad Muar
Ke arah satu cita mulia
Untuk nusa, bangsa, agama


Pastikan usaha itu diikuti dengan kejayaan. Pepatah pun mengatakan 'Usaha tangga kejayaan'.

Sabtu, Julai 18, 2009

'Strong Squad for Malaysia Match' - Sir Alex Ferguson



Aku pergi Bukit Jalil bukan nak tengok Man U lawan Malaysia, tapi aku nak tengok Malaysia lawan Man U. Walaupun aku tahu Malaysia tak akan menang perlawanan ini, tapi aku nak tengok sendiri macam mana Malaysia main dalam perlawanan antarabangsa. Apakah betul macam dikutuk semua orang sebelum ini. Malaysia negara Islam, harus tunjuk contoh kita mampu buat apa saja. Mesir dah pun kalahkan juara dunia Itali bulan lepas. Malaysia bila pula?

Sepak mula: 5.30 petang waktu Malaysia, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Faris ajak naik LRT. Mesti ramai orang. Gila. Kena gerak awal, lepas Zuhur dari rumah.

Rabu, Julai 15, 2009

'Engineering itu Sangat Luas'



Kadang-kadang terasa kerja aku seperti tak ada engineering nya. Di mana engineering nya dalam process planning? Apa aku buat cuma membaca drawing, menyusun prosesnya, dari sizing, machining, surface treatment sampailah kepada packaging. Banyak bermain dengan Microsoft Excell, dan juga berkejaran ke seluruh kilang memastikan semua kerja dibuat mengikut proses yang disusun.

Tapi bila difikirkan balik, disebalik kerja 'mudah' itu, sangat luas bidang engineering yang harus aku hargai. Kapal terbang, bukan hanya design bentuk semata-mata. Macam mana nak elak karat, macam mana nak kekalkan kekuatan, macam mana nak membentuk besi jadi bentuk-bentuk yang diperlukan dalam kapal terbang, macam mana nak pastikan semua komponen dalam kapal terbang itu bercantum, tidak mudah bercerai, macam mana satu-satu komponen itu direkayasa (design) supaya komponen itu boleh bercantum dengan komponen lain dengan tepat, macam mana 200,000 komponen boleh diassemble menjadi sebuah kapal terbang.

Semasa membuat projek tahun akhir aku, ada 14 komponen, tak termasuk 30 komponen kecil seperti skru. Untuk assembly, mengambil masa yang sangat lama dan banyak trial and error dilakukan. Ketepatan, keserasian amat penting untuk mencantumkan semua komponen itu. Dan di SME Aerospace lah, aku menghargai betapa tolerance dalam merakayasa dan menghasilkan sesuatu komponen itu sangat penting apabila menyaksikan beribu komponen boleh disatukan, hasil ketepatan dan kejituan tolerance.

Banyak, terlalu banyak. Luas sungguh ilmu Dia. Memang sangat benarlah kata-kata 'Ilmu yang kita ada berbanding ilmuNya, bagaikan setitis air di lautan'.

Selasa, Julai 14, 2009

'Be Busy body and You'll be Safe'


Bila diri dah sibuk, hati mula terkenang indahnya saat-saat yang dulunya tak rasa indah pun.
Kadang-kadang teringat ABC di Kafe HS UIA.
Sejak dia singgah makan ABC di situ, aku yang sebelum ini tak pernah pun makan ABC di situ setelah 3 tahun setengah di UIA, selalu order ABC di situ.
Kosong je ABCnya.
Tapi sedap gila.
Apatah lagi setelah seharian bertungkus lumus menyiapkan projek tahun akhir.
Apatah lagi ABC itu diperkenalkan oleh dia.
Ah, terkenang zaman di UIA dulu.

Sekarang aku perlu menyibuk.
Busy body.
Untuk selamat di pejabat mahupun di seluruh kilang.




Isnin, Julai 13, 2009

'Jalan Berliku Untuk ke Puncak'




Tiada siapa yang kata untuk berjaya itu mudah.
Kalau ada yang kata, dia belum merasa kejayaan yang sebenar agaknya.
Tiada siapa yang kata tak nak untuk berjaya.
Kalau ada yang kata, dia dah putus asa untuk ke arah kejayaan agaknya.

Kadang-kadang kita perlu untuk berhenti sejenak dan berfikir,
Adakah kita sudah cukup berusaha.
Kadang-kadang kita perlu duduk seketika dan merenung,
Adakah kita sudah menemukan jalan ke puncak.

Jika sudah, maka teruskan usaha.
Jika sudah, ambillah masa untuk menyusun langkah.

Lihat sekeliling,
Lihat orang lain,
Lihat alam,
Lihat diri sendiri.

Langkah pertama dengan kaki kanan,
Dan teruslah melangkah ke depan.
Ke belakang boleh, tapi pastikan kita lebih ke depan setelah ke belakang.
Dan ke depan.
Dan ke depan.
Jom ke depan.

Ahad, Julai 12, 2009

'Dekatilah Dia, pasti Dia kan menjawab keluhan kita'


Apabila hati gundah gelana, terasa diri sudah seakan terlalu jauh dari Dia.
Apabila hati tidak tenang, pasti ada sesuatu yang kurang.
Apabila hati tidak tenteram, terasa diri perlu lakukan sesuatu untuk kembali tenang.
Kerja, bebannya berbeza daripada bebannya belajar.
Kerja, tekanannya berbeza daripada tekanan belajar.
Masa seakan tidak cukup.
24 jam tidak cukup untuk sehari.
7 hari tidak cukup untuk seminggu.
Pantas masa berlalu.
Terkadang kita leka dan lalai.
Dengan tugasan kerja.
Dengan waktu yang kononnya digunakan untuk berehat setelah penat bekerja.
Terkadang terasa seperti semakin jauh dari Dia.
Terkadang terasa banyak amalan yang dulu diamalkan kini semakin ditinggalkan.
Terkadang terasa semakin banyak perkara yang tak berapa elok semakin menjadi-jadi.
Terkadang terasa seperti ingin bertanya kepada diri sendiri, ke manakah Azimin yang dulu?
Saat itu terdetik, mesti lakukan sesuatu.
Langkah sekali ke belakang, harus langkah 2 kali ke depan.
Kerja tidak boleh dijadikan alasan untuk jarang mengingati Dia.
Selalulah untuk mengingati Dia.
Selalulah untuk memenuhi suruhannya.
Selalulah untuk menjauhi larangannya.
Dekatilah Dia.
Dekatilah Dia.
Dekatilah Dia.


'.. mengharap keampunan dari Tuhannya,
Serta ketenangan mengharungi dunia yang fana ..'

'.. namun Tuhan masih cintakan dirinya,
Walaupun doasanya selautan dunia,
Mengapa perlu merasa berjauhan dari yang Esa,
Sedangkan Allah sentiasa merahmati hambaNya,
Yang sering terlupa, leka dan alpa terhadapNya ..'

'.. harapannya subur kembali,
Bukti Kasih Ilahi,
Syukur dia ditemukan,
Jalan kebahagiaan,
Mengukir ceria,
Membenam segala kecewa ..'

'Seorang Gadis' - NowSeeHeart