Cari Blog Ini

Selasa, Oktober 26, 2004

Monologue : Isk.. PC kene virus. Tak bleh on. Ni bleh on, tapi ade problem, banyak problem, nak bukak blog pun kan main payah tadi. Bukak Yahoo Mail plak bleh, tapi bile click on compose, reply tu sume takde response. Hampeh! E-mail dayah plak blom balas lagi, dah 2 minggu dah die anta.. Badan tak sehat.. Tak senang duduk.


Aduh.. rasa macam dok UK plak. Sejuk seh. Hujan turun hari-hari (hari-hari aku pakai sweater), lame plak tu. Selseme teruk. Demam pun ye gak. Tapi dah kebah. Bila dah hujan hari-hari, sejuk, ape lagi? Tido ar puas-puas sampai lebam. Pening kepala pulak sebab tido banyak. But seriously, i'm not feeling well these 3,4 days. Terawih dah dua malam tak pegi, Quran dah 3 ari tinggal. Mandi dah bape hari tak mandi. Dah bape malam buka puasa sikit je, selera kurang (tapi bagus gak.. turun 2 kg, hehe).

Tambah ngan masalah pc plak, kene virus nde tah. Kekadang aku godek-godek bleh plak on (ni la kesempatan yang bleh digunekan nak blogging). Tah amende aku godek tatau ar. Bilik lagi, dulu sebelum cuti ingat nak kemas bilik, nak change position skali. Sempat kemas baju sket ngan kertas-kertas zaman spm je, pastu terbengkalai, demam - takde mood nak buat. Naseb baik sempat gak basuh + kemas kete + enjin kete sebelum musim tengkujuh nih. Abang serahkan kete ari tu bulat-bulat, bonet besepah, badan kotor. On the way balik muar plak ujan lebat, kotor enjin dibuatnya.

Teringat lagu Raihan adaptation from a hadith, 'Demi Masa'. '..Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara.. Sihat sebelum sakit..'. Kalo dah sakit, seme benda buat tak jadik. Even makan pun rasa macam taknak jek. Yang jadik tido jek ar. Tu pun dah melampau-lampau jadi sampai pening kepala. Rasa lemah betol badan. Pening mencucuk-cucuk kepala. Demam yang sentiasa di-recycle (da baik, demam balik, da baik, demam balik) dek kerana selseme teruk tak ilang-ilang lagi. Kenape tiba-tiba je kene teruk macam ni? Aku tak tahan ke ngan cuaca sejuk sekarang? Takde la sejuk sangat. Aku dah jumpa cuaca lagi sejuk daripada ni dulu. Demam jugak. Tapi tak teruk macam ni.

Bukannye demam, but not feeling well. Tak lain tak bukan pasal tido la ni. PC kene virus, hari hujan malas nak kuar, hidung selsema malas nak kmas bilik berhabuk yang akan membuatkan selsema bertambah, tambah lagi takde mood, TV cite bosan, kalo ade pun ayah suh tutup pasal takut kene sambar kilat. Ape lagi yang bleh aku buat? TIDO. TIDO. TIDO. 12 jam mmg comfirm. Lebih tu bonus ar, hoho! Tido luar kat ruang tamu dengan harapan ayah bleh kejut kalo dah pukul 10 ke, tapi ayah saje je, dulu masa cuti sekolah kurang-kurang kene marah ngan ayah kalo tido banyak. Actually bangun kol 10 tu, tapi badan rase sejuk-sejuk panas, so i told myself, "Patut aku teruskan tido ni..".

Dapat offer letter dari Main Campus tengahari tadi. Register 23/11 ni, hari selasa.

Isk.. Sejuk seh tak pakai sweater. Bukak sweater tadi, tensen aku da 3 ari da pakai sweater. Tak tahan, kene pakai jugak. Kipas angin kat rumah pun da 3 ari tak on. OOwh.. tak tahan ar. Banyak lagi nak membebel. Tapi rasa nak baring (ala.. kang baring rasa nak bangun plak.. memang tak senang duduk btol!).

Ya Allah.. Kurniakanlah kepadaku kesihatan mudah-mudahan dapat kuberibadah dengan sempurna kepada-Mu sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, amin...

Tiada ulasan: