KL - Jakarta - Bandung
Hari Satu
20 November 2006
KL
Beberapa jam lagi sebelum berkumpul di Study Room Sisters E1 aku masih lagi tak duduk diam dalam bilik, memikirkan apa lagi barangan yang boleh kubawa. Jam telah menunjukkan pukul 2.30 pagi. 6 jam sebelum berkumpul d Study Room untuk briefing. Beg masih lagi ternganga luas menanti untuk dipenuhkan. Banyak lagi barang yang belum diisi. Kerisauan untuk terbang ke Indonesia diselang-selikan dengan bersinan dek selsemaku yang dirasakan semakin teruk. Badan pula semakin panas. Aduh.. macam mana nak jalan-jalan nanti kat sana?
8.00 pagi.
Pelbagai perasaan bercampur aduk. Pelbagai bayangan silih berganti melintasi pemikiranku sepanjang perjalanan ke Study Room bersama Juan. Bertemu dengan Mai di ATM Bank Islam. 'Siapa da ade dekat sana?' soalan yang sama yang aku tanya pada dia dalam sms seminit sebelum itu, juga pada fizah, juga pada kak ecah. Menunjukkan betapa risaunya aku masa itu. Tak tahu apa yang aku risaukan sangat.
9.00 pagi.
Selesai memberikan taklimat pada peserta program ke Indonesia ini. Segala apa yang telah aku dengari dari Kak Nida travel agent, semuanya aku luahkan pula pada peserta sebentar tadi. Walaupun aku sendiri tak tahu bagaimana keadaannya nanti di Indonesia, tapi aku sedaya mungkin menerangkan semana tahu. Muka para peserta? Entahlah. Mungkin mereka juga seperti aku, perasaan bercampur aduk, risau, seronok, takut, semua ada. Kena pulak bila Tim bagi nasihat 'Hati-hati yeh, kat sane org banyak pukau nak amek duet kite, die tgk kite je kite buleh kene jugak, so jgn pandang org lame=lame' menambahkan lagi kerisauan aku. 13 orang di bawah tanggungjawab kami berlima, aku, Tim, Kak Ecah, Fizah, Mai sebagai committee, termasuk 9 anak dara orang. Membawa mereka ke dunia yang aku sendiri tak pasti merupakan suatu.. suatu.. suatu yang tak pasti jugak. Isk.
10.00 pagi.
Bertolak ke LCCT (Low Cost Carrier Terminal di Sepang). Suasana di dalam bas UIAM itu begitu bingit. Mungkin pelbagai cerita yang ingin diluahkan pada rakan masing, tentang pengalaman menjelajah negara lain. Mungkin juga bercerita bagaimana untuk shopping secara effective di Indonesia nanti. Apa pun, yang pasti, aku hanya menyepi, memandang ke luar tingkap bas, memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini.
11.30 pagi.
Kami dapat tahu flight kami delay (seperti biasa bagi yang menaiki pesawat Air Asia). Sepatutnya terbang jam 1.40 petang, tapi diubahmasa kepada 2.30 petang. Punyai masa yang agak banyak, kami mengambil kesempatan untuk melayan perut. 'McD aje lah senang..'
2.30 petang.
Boarding the plane. Pengalaman pertama aku boarding dengan berjalan kaki sendiri ke kapal terbang. Seronok ambil video. Seronok berlari-lari untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Boeing 737-700.
2.40 petang.
Klastofobia. Pernah dulu aku berasa sesak nafas berada dalam pesawat Boeing 737-700 seperti aku sedang naiki ini semasa dalam perjalanan dari Miri ke KL. Sungguh tak selesa aku berada dalam pesawat itu selama 2 jam setengah, terasa sangat sempit. "Sungguh.. saya balik Penang 45 minit pun da tak tahan, tak tahu lah macam mana 2 jam nih" keluh Salwa. Kali ini, masih lagi kurasakan kesempitan itu. Tapi semuanya hilang apabila pesawat mula bergerak dan terbang! Leka aku dan Juan melihat luar. Beruntung juga rasanya dapat duduk yang dapat view sayap. Segala pergerakan sayap telah kufahami. Jika dulu aku tak tahu apa-apa bila tengok sayap kapal terbang, kini, aku dah faham. Airfoil, flap, fluid flow through a wing, lift forces, Kutta-Jukowski theorem, semuanya aku dapat lihat depan mata aku. Aku senyum dalam hati. 'Kapal ni takde bende kat ujung sayap tu, ape name die?' Juan tanya. 'Winglet,' aku sekali lagi tersenyum dalam hati, 'die takde sebab ni kapal terbang lame, winglet ni ade pade kapal-kapal baru je..' aku ulang balik kata-kata Dr Waqar yang aku dengar masa belajar Intro to Flight dulu. Selepas dihidangi dengan persembahan kakak pramugari yang menerangkan aspek keselamatan, mata kekal tertumpu kepada sayap sehingga pesawat terbang kira-kira 2.50 petang.
3.40 petang.
Juan teruja nengok ke luar tingkap. Kelihatan tompok-tompok awan kecil bak cebisan kapas-kapas yang dibiar beterbangan di udara. Di bawahnya terdapat daratan entah milik negara mana kutak tahu. Dapat dilihat pantai. Hutan menghijau. Laut membiru. Indah. Subhanallah.
4.30 petang.
Aku kira aku sudah berada di ruang udara sekitar Jakarta. Kapal telah mula descending. Dapat dilihat di daratan beratus-ratus petak sawah padi yang amat luas terbentang. Semakin lama, semakin jelas kelihatan. Kereta sedang bergerak di jalanan. Atap rumah-rumah, kebanyakannya genting berwarna merah. Semakin rendah. Semakin aku tak percaya 'Aku sudah berada di Jakarta!'
Jakarta
4.30 petang (Waktu tempatan)
Lapangan terbang Soekarno-Hatta Jakarta kelihatan seperti kedai makan, katanya Juan. Aku mula menunjuk-nunjuk itu dan ini. Mula menunjukkan aku ini jakun. Segala yang aku tak pernah lihat aku tunjuk dan gelak-gelak dengan Juan. Embarkation form diisi beramai-ramai sejurus selepas turun dari tube airport. Sebahagaian keratan form itu dihantar kepada imegrasi (imegresen) dan sebahagian lagi disimpan dan bakal diserahkan semasa pulang ke KL nanti.
5.00 petang.
Beratur menunggu giliran untuk melepasi kaunter imigrasi. Kami merupakan yang terakhir untuk melepasi kaunter itu bagi keseluruhan penumpang pesawat yang kami naiki tadi. Semuanya tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas itu. Selepas mengambil beg masing-masing, semuanya blur. Apa nak buat nih? Apa? Dr Raihan and the gang tah ke mana sudah. Hilang jauh ke depan. Keluar selepas mengambil beg, orang ramai menanti. Ada yang menjulang sepanduk. Ada yang mendekati kami, 'Pak? Mahu teksi pak? Murah meriah pak'. Aku hanya tersenyum. Kepala kupanjang-panjangkan mencari siapa antara kami yang dihadapan. Mudah sahaja mengesan Dr Raihan yang tinggi itu. Nampaknya dia sudahpun bertemu dengan tourist guide kami. Aku mendekati mereka dan Dr Raihan memandangku seraya berkata, 'Azimin! Kira cukup ke tak'.
5.20 petang.
Aku merasakan itu tanggungjawabku yang paling utama - memastikan kami sentiasa cukup chorum. Huhu. Setelah menunggu mereka yang ke kamar kecil (tandas) selesai, Pak Adi (tourist guide kami) dengan pantas meminta kami meneruskan ke bas. Setelah memunggah semua beg, aku dan Juan adalah yang terakhir sekali menaiki bas. Sudah tidak banyak ruang kerana sebahagian beg diletakkan DI atas tempat duduk di dalam bas muatan 24 orang itu. Juan duduk di belakang sekali, manakala aku duduk di sebelah salah seorang pensyarah pengiring, Dr Wahyudi. Mas Adi (itu nama yang di prefer oleh Pak Adi kerana 'Mas' kelihatan lebih muda) pun mula menunaikan tugasnya sebaik sahaja bas kami bergerak. 'Sejam lagi Bapak W Bush akan tiba,' kata Mas Adi, 'Banyak jalan yang ditutup'. Bush hadir ke Jakarta bagi lawatan sambil kerja bertemu dengan Presiden Republik Indonesia, Subilo Bambang pada hari yang sama kami tiba. Ada beberapa tempat yang kami tidak dapat lawati pada hari ini kerana banyak jalan yang macet (sibuk) ditambah lagi dengan jalan yang ditutup kerana kehadiran Bush.
6.00 petang.
Aku sudah mula tak selesa di dalam bas. Tempat duduknya ngam-ngam punggungku. Keadaan di luar sesungguhnya macet banget. Trafik bergerak bak ulat berkaki seribu, sungguh lambat. Sesekali aku bertanya pada Dr Wahyudi yang merupakan anak jati Tanah Jawa tentang apa yang aku lihat di sekitar bandaraya Jakarta. Dengan badan yang kurang selesa yang rasa seperti hendak baring dan tidur itu, mataku pula melingas-lingas meneliti segala yang terhidang di luar tingkap bas. Suasana pada waktu ini sudah pun seperti pukul 8 malam, gelap. Aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku ketika itu. Seronok? Risau? Gembira? Penat? Takut? Entahlah... Aku hanya tahu, aku perlu menahan batuk dan selsemaku.
6.30 malam.
Sememangnya sudah gelap pekat seperti pukul 9 malam Malaysia. Kami tiba di Salero Jumbo, sebuah kedai makan nasi Padang di Central Jakarta. Masing-masing kelihatan masih lagi blur. Masing-masing juga tidak tahu apa yang perlu dipesan di restoran itu. Semuanya mengikut rakan. Aku memesan Salero 2 (pakej 2) - nasi, rendang daging dan beberapa lauk tipikal nasi Padang yang aku sendiri tak tahu apa lauknya. Di restoran-restoran di Indonesia, apabila pelanggan duduk, biasanya restoran akan menghidangkan teh. 'Teh gratis' kata Mas Adi. Gratis bermaksud percuma. Harganya memang percuma, cuma aku rasakan ada satu lagi yang 'percuma' dalam teh ini - rasa. Kalau aku tidak melihat warna teh ini yang coklat dan hanya terus meminumnya, pasti aku akan menyangka aku sedang minum air kosong. Kurang rasa teh, apatah lagi rasa manisnya, tak manis langsung. Payau. Apapun, teh ini tetap graaatisss!
Makanan yang dipesan pun tiba. Kelihatan lazat. Nasinya lembut, dagingnya keras tapi enak, ada sambel ijo (sambal hijau), ada sayur, itu untuk Salero 2 yang kupesan. Kak Ecah disebelahku yang memesan Salero 1 hanya ada telur rebus, dan tambahan sayur kangkung. Itupun telur rebus dia tak makan, aku yang makan. Salero 3, Dr Raihan pesan, sama sepertiku, bedanya daging digantikan dengan ayam. Salero 4, 5, 6, 7, 8 yang lain aku tak tahu. Dr wahyudi keluar sebelum makanannya sampai. Beberapa lama selepas dia keluar, dia kembali bersama starter pack Punya Indosat (sebuah syarikat telekomunikasi Indonesia) 'Beli di sana, kurang lebih 100 meter di sana' katanya apabila ditanye di mana beli. Selepas aku selesai makan, aku memandang Juan, memandang starter pack Dr Wahyudi atas meja, kemudian memandang Juan semula, seraya berkata, 'Jom!!'.
7.00 malam.
Aku dan Juan bergegas ke arah tempat Dr Wahyudi jelaskan tadi. 'Nanti ada kedai-kedai, jual-jual, kat situ lah saya beli' ujarnya Dr Wahyudi tadi. Melalui lorong yang agak gelap dengan kiri kanan lorong terdapat warong-warong makan. Ramai yang duduk makan di warong, tidak kurang juga yang duduk tercangkung entah menanti siapa di sekitar lorong itu. (Ngeri jugak..isk). Kelihatan beberapa orang segak beruniform polis mengawal pintu masuk parkir tidak jauh dihadapan kami. Dan di belakang parkir lot itulah kelihatan lot-lot kedai.
Kami terus ke kedai menjual alatan eletronik, saja ingin melihat harga dan membandingkan dengan harga di Malaysia. Ada yang lebih murah, ada juga yang lebih mahal. Contoh lebih mahal, mp3 player, sama sebiji macam yang aku baru beli, creative zen nano plus 512mb, harga di Indonesia 608 000 rupiah, sekitar RM240, kira-kira RM 40 ke RM 70 (ikut kedai mana beli) lebih mahal dibandingkan di Malaysia.
Sebelah kedai itu adalah wartel (di Indonesia, banyak kedai yang disingkatkan namanya, wartel adalah singkatan untuk warong telefon). Aku hanya pandang satu, Punya Indosat starter pack. Ada banyak lagi yang lain seperti Mentari (dan banyak lagi, aku tak ingat dah). Indosat sendiri mempunyai beberapa pakej, dan aku tetap memandang hanya satu, IM3 yang dibeli Dr Wahyudi tadi. 25 000 rupiah (kira-kira RM 10) untuk starter pack yang mempunyai nilai pulsa (kredit) sebanyak 10 000 rupiah (RM 4). Aku beli juga. 'AKu rase kite kene tipu lah..' berkali-kali Juan menyuarakan. Detik hatiku pula, 'Apa nak jadik, jadik la, kene tipu ke tak kene tipu ke, aku nak beli jugak'.
7.20 malam.
Kami kembali ke Salero Jumbo dengan jus alpukat yang kami pesan sebelum keluar tadi telah pun sedia di meja. Jus alpukat, katanya Dr Raihan, amat rugi jika tidak dicuba di Indonesia. 'Nanti orang tanye kite ade try jus alpukat tak kat Indonesia? Haaa.. nak jawab apa kalau kite tak try..?'. Jus alpukat adalah jus avogado. Satu perkara yang menarik di Indonesia ini, di mana-mana kedai makan, bila kita memesan apa-apa dengan nama 'jus' di hadapannya, maka kita akan dihidangkan dengan 'jus' yang sebenar, yang diblend tanpa air (macam iceblended la kalau di Malaysia) tapi jika kita memesan air buah tanpa menyebut 'jus' dihadapannya seperti 'air epal' maka kita akan dihidangkan dengan air kordial berperisa epal. Sama dengan jus alpukat ini, sungguh pekat. Sungguh enak, ditambah lagi dengan cecair coklat yang dicurah sedikit sebagai toping jus. Wah. Enak banget sih! Kemudian, masa untuk beredar! Bayar di kasir (cashier) - salero 2 + jus alpukat 22 000 rupiah (sekitar RM9)temasuk cukai 2000 rupiah. 'Wah.. muuuraah..' kata Dr Wahyudi. 'Ini kita makan ni di tengah-tengah Jakarta, Central Jakarta, macam makan di KLCC di Malaysia!'.
8.30 malam.
Setelah puas mengharungi kesesakan lalu lintas di Central Jakarta itu, kami tiba di perkarangan Monas (Monumen Nasional). Monas dibina oleh Pak Soeharto pada akhir 60an dan siap belasan tahun selepas itu menelan belanja 6.5 billion rupiah. Dibina sebagai kemegahan rakyat Indonesia, pria (lelaki) dan wanita, Monas kini adalah tumpuan ramai orang. 'Terutamanya yang muda-muda ramai membawa pacer-pacer (pakwe) dan cewek-cewek (makwe) masing-masing membincangkan masa depan mereka di sini..' begitu perli Mas Adi terhadap muda-mudi negaranya. Apabila turun dari bas, sememangnya suasana di situ seakan telah pernah ku rasai - di Dataran Merdeka, di KLCC Park - terdapat sungguh ramai couple. Tapi itu bukan tujuan kami untuk membuat tinjauan dan soal kaji selidik terhadap couple, tapi tujuan kami adalah untuk melihat kemegahan Indonesia di Monas.
Sememangnya Monas terpacak berdiri megah di tengah-tengah taman di situ. Kalau waktu siang, terdapat khidmat lift untuk ke puncak menara dan boleh melihat ke seluruh Jakarta yang amat besar. Tapi tiada khidmat itu di waktu malam sebegini. Sakan mengambil gambar.
9.30 malam.
Kami tiba di Wisma Malaysia, tempat penginapan kami sepanjang di Jakarta ini. Kusangkakan Wisma Malaysia ini adalah seperti sebuah kompleks dengan kelengkapan dewan, dan beberapa bilik tidur seperti hotel. Ye, memang ada dewan, tapi hanya dewan terbuka yang dikelilingi dorm-dorm. Terdapat beberapa buah tandas dan bilik air, sebuah dapur yang lengkap, sebuah ruang tamu dengan TV, sebuah surau, dan beberapa orang pelajar Malaysia yang tinggal di situ. Di kelilingi rumah-rumah mewah di Central Jakarta itu (macam kawasan Damansara Heights) Wisma Malaysia juga nampak mewah dari luar, tapi tidak di dalam. Bersesuaian dengan harga sewaan bilik sebanyak tak sampai 50sen satu malam, inilah dorm yang paling panas pernah aku duduk. Empat katil double-decker disumbat di dalam bilik sebesar kira-kira 14'x6' itu dengan hanya dua buah kipas dinding. Panasnya, hanya Tuhan yang tahu. Apapun, bak kata Dr Raihan, cukuplah untuk sekadar dibuat menumpang tidur. Kita bukannya ke sini nak bermewah-mewahan. He.
Setelah selesai segalanya, masing-masing telahpun enak tidur kukira, pukul 12 malam, aku masuk tidur. Sejam lepas itu, baru aku tidur (menahan panas, susah jugak nak tido..isk).
Hari Dua
21 November 2006
Jakarta
4.30 pagi.
4.30 pagi adalah sangat awal bagi aku untuk bangun. Di sini subuh habis pukul 5.30 pagi. Kugagahkan jua hati yang degil. Selepas solat, pukul 5 pagi aku sudah terpacak di dapur. Menanti arahan apa yang perlu dibuat. Aku tak tahu aku boleh buat apa (alasan.hehe). Kami perlu menyediakan 50 keping sandwich untuk santapan para peserta pagi ini. Kak Ecah sudah ada masa kutiba di dapur. Tak lama lepas itu tiba pula Tim dan kemudian Fizah. Sama-sama menggaul tuna dan menyapunya pada roti. Sambil itu beberapa orang masuk ke dapur menjenguk kami. Seronok membuat sandwich pagi itu.
7.00 pagi.
Mas Adi sudah bersedia di hadapan Wisma Malaysia dengan bas kami. Destinasi rasmi pertama kami di Indonesia - Universitas Indonesia, UI (sebut Uu,ee). Merupakan universiti ke-250 dalam senarai 520 universiti terbaik dunia, juga disebut-sebut sebagai universiti terbaik Indonesia, terletak di Depok, pinggir Jakarta Selatan. Kami tiba di Engineering Center milik UI kira-kira pukul 8.30 pagi, sejam awal dari yang dijangka pihak UI sendiri. Ini kerana Mas Adi amat bersedia untuk mengelak macet (kesesakan) lalu lintas dengan bertolak seawal 7 pagi (suasana 7 pagi Jakarta sama dengan suasananya 9 pagi di Malaysia. Walau bagaimanapun waktu office hour di Jakarta sama sahaja dengan kita di Malaysia, sekitar 8.30 pagi)
Walaupun dalam keadaan agak kelam kabut, kami disambut mesra oleh beberapa pegawai dan staff UI. Di bawa ke bilik mesyuarat, di situ kami ditaklimatkan tentang Engineering Center dan UI oleh Dr Esa Haruman. Dr Esa adalah pensyarah subjek-subjek Material Engineering di UIA. Aku sendiri, dan ramai antara kami pernah menjadi anak muridnya. Dari perbualan yang kudengar antara dia dan Dr Raihan, Dr Esa sedang dalam kontrak bersama UI selama 2 tahun sebelum kembali semula ke UIA.
Setelah dihidangkan dengan 'lecture' Dr Esa dan juga santapan sarapan ringan, kami dibawa ke sekitar Engineering Center, antaranya pusat pengumpulan data-data kejuruteraan dan teknologi, pusat kerjasama dengan universiti dari Jerman, dan macam-macam lagi. Bangga Dr Esa menerangkannya pada kami. Setelah itu, kami dibawa pula ke makmal-makmal yang ada di fakultas kejuruteraan di UI.
Kami dibawa ke makmal yang kebanyakannya berkisar jurusan Material Engineering (mungkin itu kepakaran Indonesia, kerana di UIA sendiri, kebanyakan pensyarah Material and Manufacturing Engineering rata-rata adalah dari Indonesia - Dr Esa, Dr Agus, Dr Il Sofyan, Dr Afzeri dan ramai lagi). Apa yang menarik perhatian kami adalah kebanyakan mesin yang mereka gunakan untuk eksperimen adalah hasil rekaan mereka sendiri. Sesuatu yang memerlukan research yang mendalam dan sangat lama, tapi masih lagi mampu dilakukan oleh mereka.
Makmal demi makmal, makmal demi makmal, banyak juga makmal yang kami lawati, sehingga aku sendiri sudah naik tepu melihat aparatus-aparatus yang ada dalam makmal. Setelah puas, kami ke pejabat dekan fakultas. Malangnya dekan mereka berada di luar negara ketika ini atas urusan kerja, jadi, diwakili oleh pegawainya. Dr Raihan memulakan tugasan rasminya - memperkenalkan Kulliyyah of Engineering UIAM, kemudian meluahkan hasrat mencari ruang untuk kerjasama pendidikan dan kajian pembangunan bersama UI.
Di dalam bilik mesyuarat itu, hanya satu yang menarik perhatianku. Mengendahkan segala apa yang diucapkan oleh Dr Raihan dan rakan sejawatnya dari UI, aku amat terpesona dengan minuman yang dihidangkan kepada kami. Kami dihidangkan dengan 'S-TEE' minuman dalam botol. Cuba teka minuman apa yang ada dalam botol itu? Teh 'O'. Sememangnya kami amat menanti-nantikan dan mengidam-ngidam air teh 'o' dan bonus bagi kami, teh 'o' sejuk. Alhamdulillah, enak tak terkata. Rasa tehnya sungguh lengkap dan padu. Cukup rasa manisnya. Cukup rasa tehnya. Memang amat sesuai dijadikan minuman botol seperti ini.
Setelah puas menikmati teh 'o' ais, kami dibawa ke sebuah cafetaria untuk menikmati pula makan tengahari. Difahamkan bahawa kafe ini adalah kafe khas untuk dosen (pensyarah), tiada orang yang boleh masuk kecuali dosen. Dan yang tambah menariknya, makanan di dalam kafe ini.. gratis! Tidak perlu dibayar. Kami makan nasi putih. Lauk daging. Tahu sambal. Bersama sup sayur. Terasa seakan selera Melayu Malaysia. Sedap! =)
Di sekitar kampus, dapat kami lihat kesibukan pelajar mereka ke sana dan ke mari, ada yang membuat group discussion die tepi-tepi bangunan, ada dengan aktiviti mereka sendiri, sungguh meriah universiti ini. Terasa iri juga, kenapa UIA tak semeriah ini. Di UIA, meriahnya meriah dengan bualan-bualan kosong di Econ Cafe, di NesCafe, di HS Cafe, di Edu Cafe (semua kat cafe je kalau ada meriah pun). Dr Raihan pesan pada kami, cuba lihat apa perbezaan pelajar di Indonesia dan di universiti kami. Entahlah, terasa macam nak belajar di UI ni. Kami dibawa pula menunaikan solat di Mesjid UI. Dalam perjalanan yang agak jauh itu kami melalui beberapa mercu tanda universiti. Mataku tidak berkelip melihat betapa luas dan besarnya universiti ini. Luas. Lebih luas berbanding UM. Mungkin sama luas seperti UUM. Bangunan Admin nya sahaja sudah tinggi mencanak setinggi 15 tingkat mungkin. Dewan Besarnya memang amat besar, dua hingga tiga kali lebih besar berbanding CAC die UIA. Punyai tasik yang indah berlatarbelakangkan Mesjid, Admin dan Dewan. Mesjid nya pula berkonsepkan 'terbuka' di mana jemaah boleh memasuki dewan solat masjid dari setiap sudut kecuali yang menghadap qiblat. Maksudnya - masjid ini tidak mempunyai dinding kecuali yang menghadap qiblat. Cantik masjid dia.. aku sudah mula nampak kekreatifan rakyat Indonesia..
2.00 petang
Kami sudah berada hampir satu jam di dalam kemacetan jalan raya di Jakarta, menuju ke kantor Pertamina.
2.30 petang
Masih lagi di dalam kesesakan.
3.00 petang
Kami menyedari kami telah melalui jalan yang sama beberapa kali. Rupanya pemandu bas sesat. Hanya setengah jam selepas itu baru kami tiba di kantor (pejabat) Pertamina...
3.30 petang
Pertamina adalah sebuah syarikat carigali minyak nasional Indonesia, seperti Petronas di Malaysia. Bezanya, Pertamina masih lagi baru dalam industri ini, dan sedang bergerak maju untuk menjadi syarikat carigali minyak gergasi Indonesia. Kami dibawa ke tingkat 13 Menara Pertamina bagi mengikuti beberapa sesi yang menerangkan tentang Pertamina. Kami dapat pengetahuan tentang kawasan minyak di Indonesia. Tidak seperti di Malaysia di mana kuasa melombong minyak terletak di tangan Petronas i.e. jika Shell melombong minyak, Shell perlu memberikan sebahagian share minyak kepada Petronas, di Indonesia, Pertamina perlu menguatkan diri bagi merebut peluang carigali minyak di Indonesia bersama syarikat minyak gergasi dunia seperti Chevron, Exxonmobil dan sebagainya.
Cukup dengan kisah minyak, kami dihidangkan dengan sekotak makanan. Sekotak makanan? Ya. Setiap seorang mendapat sebuah kotak kecil yang mengandungi 3, 4 keping kuih beranika jenis, dan juga sebekas air RO. Kuih mereka berlainan dengan kuih kita di Malaysia. Aku pun tak tahu apa nama kuih-kuih yang aku makan. Tapi yang aku tau, sedap makan selepas mengharungi macet selama hampir 2 jam sebelum ini.
5.30 petang
Bagi memberi gambaran awal tentang apa yang bakal kami hadapi pada hari terkahir nanti (membeli belah di sebuah pasaraya di Jakarta), Mas Adi membawa kami ke salah sebuah pasaraya terbesar di Jakarta - Jakarta World Trade Center di Mangga Dua, Jakarta Utara. Seperti dijangka, kami sekali lagi dipaksa duduk diam di dalam bas yang bergerak dengan sangat perlahan dek kemacetan yang amat dasat di Mangga Dua.
7.00 malam
Tiada apa sangat yang boleh dilihat dan di'windowshopping' kan di sini kerana kebanyakan lot-lot kedai di WTC ini sudah pun tutup. Kalau ada yang masih buka pun, mereka sedang berkemas untuk tutup. Sekali sekala sambil berjalan di sekitar dalam bangunan terserempak dengan rakan-rakan rombongan dari UIA. Sekali lagi bertemu. Dan bertemu. Dan bertemu. Seolah-olah kami sahaja yang berada di WTC ini.
'Tadi akak ngk beg? Murah ke kak? Ok ke harge-harge die?'
'Errmmm. Ok la kot.. dalam 30 ribu.. '
Aku tak tau apa yang boleh dibeli di sini. Terdapat gerai-gerai menjual beg - aneka beg. Kak Arfah kata murah harganya. Aku lihat harga di gerai-gerai kasut - kasut Nike, Adidas etc harganya lebih kurang sama dengan harga-harga kasut di Pertama Complex di KL. Entahlah. Aku sudah mula risau memikirkan aku tak tahu nak beli apa di Jakarta ini. Takkan aku tak nak beli apa-apa.. detik hatiku. Hu.
Terdapat food court di WTC ini katanya Mas Adi. Tapi aku tak menemuinya, tambahan pula aku belum berapa yakin untuk makan di tempat seperti food court itu. Jadi, A&W di pintu masuk WTC menjadi tempat menjamu selera. Di Malaysia sendiri aku tidak pernah makan di A&W, di Indonesia pula aku pertama kali merasa. Yang menariknya, setiap pakej makanan di A&W terdapat gratis (percuma) sepinggan nasi. Hehe. Inilah yang aku belajar dalam Intro to Marketing - product adaptation. Mungkin tak lama lagi A&W di Malaysia juga akan ada nasi, seperti di McD. Sos cili di A&W itu pula juga menarik. Kerana inilah sos yang paling pedas pernah aku rasa. 'Macam cili giling' Juan kata. Memang betul, appearance sos itu sendiri dah nampak macam pedas. Pedas, pedas, tapi sedap. Mungkin kah orang Jawa suka makan pedaS? Mungkin...
Selepas makan, yang perempuan-perempuan sebok bergambar di kasut dan bola gergasi di pintu masuk WTC bersama Dr Raihan dan rakan-rakan. Aku masih belum masuk lagi dengan mereka, lecturer-lecturer. Di bilik kami pun tidak bercakap. Aku sendiri tak tahu apa yang boleh dibualkan dengan Dr Raihan, Dr Wahyudi, Bro Syed Noh. Biarlah mereka sakan bergambar di kasut besar giler tuh. Aku duduk di kerusi A&W sambil melihat gelagat mereka, sambil sebok menilik telefon bimbit ku, berpuluh mesej masuk sekali gus, semuanya dari orang yang sama - menunjukkan ada orang yang wajib aku pujuk sekarang. Mujur aku baru mengisi ulang pulsa ku (topup kredit). Suka dapat mesej dari Malaysia.
9.15 malam
Kami telah tiba di Wisma Malaysia dengan penatnya. Setelah menunaikan solat di Wisma, aku dan Juan merisik-risik tentang apa yang boleh dilakukan pada waktu sebegini di Jakarta. Merisik kepada beberapa orang pelajar Malaysia yang melepak di ruang tv wisma. Kata mereka boleh saja kalau kami nak jalan-jalan di kedai-kedai tak jauh dari wisma, boleh la kalau nak nengok-nengok sendiri kota Jakarta waktu malam. Fana dan Kak Qaya terdengar risikan kami. 'Eeeiihh.. nak ikoooottt..'. Kami ajak juga beberapa yang lain, tapi semuanya sudah kepenatan dan malas nak keluar.
'Nak keluar? Baik-baik jalan' pesan Bro Syed Noh. Dengan direction yang diterangkan kepada kami oleh pelajar yang melepak tadi, kami berempat memulakan perjalanan ketidakpastian kami ke bandar di Jakarta Tengah. Sebenarnya tujuan sebenar ialah Juan. Dia nak cari dan mencuba makanan tepi jalan di Jakarta - makanan warong-warong. Awal-awal lagi sejurus selepas keluar dari wisma sudah terdapat sebuah warong betul-betul terletak di hujung corner simpang. Berhadapan dengan sebuah rumah sakit (hospital). Keadaannya memang amat 'warong'. Macam kedai kopi kecil yang daif di kampung-kampung di Malaysia.
'Uhh.. tak nak aku makan kedai nih.. buleh ke? Tanak ah!'
'Ala Juan.. ospital depan ni je.. try je.. ape-ape hal lintas je seberang jalan masuk ospital.. hehe'
Kami meneruskan perjalan dengan membelok ke kiri di simpang yang ada warong itu tadi. Kami melalui kawasan perumahan elit. Memang gah-gah rumah di kawasan yang kami lalui itu. Seperti rumah-rumah di kawasan SS 16 PJ di belakang matrik UIA. Terdapat juga beberapa gerai makan yang telahpun tutup. Gerai-gerai kecil seperti tadi yang berpagarkan rumah-rumah elit. Walaupun tutup, ada juga beberapa orang yang duduk-duduk di situ, borak-borak. Ada juga yang duduk mengcangkung 2,3 orang menanti entah siapa (macam semasa di Salero Jumbo semasa aku melalui sebuah lorong untuk ke kedai membeli starter pack, lorong itu dipenuhi dengan orang duduk-duduk, cangkung-cangkung tepi jalan). Mungkin ini budaya mereka? Duduk-duduk dan cangkung-cangkung di tepi jalan. Tapi mereka hanya duduk dan cangkung (tak seperti di Malaysia kalo mat-mat rempit duduk-duduk tepi jalan macam tu, kalo Fana ngan Kak Qaya lalu kompem derang kene ngurat kene pewit-pewit). Risau jugak aku bile kami lalu melewati orang orang yang duduk, cangkung tuh. Tapi alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Hanya apabila melewati mereka, aku melemparkan senyuman dan mereka balas dengan anggukan dan senyuman =) pasti, aku amat yakin, pasti mereka dapat kenal kami bukan orang Indonesia, tapi orang Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan pakaian Kak Qaya yang sangat lah Malaysia. Hehe.
Tiba di sebuah lagi simpang. Kami belok sekali lagi ke kiri seperti yang diberitahu oleh pelajar yang melepak di wisma. Kelihatan sinar-sinar lampu berwarna warni di hujung jalan. Sudah mula kedengaran bunyi riuh sebuah bandar. Di hujung jalan itu terdapat sebuah lagi simpang, dan kali ini kami mengambil jalan ke kanan pula. Melalui sebuah kawasan gelap (agak pelik ada kawasan yang gelap di tengah-tengah bandar yang terang benderang). Terdapat beberapa kereta mewah yang parkir di tepi-tepi kedai yang telahpun tutup. Beberapa orang Afrika sedang bersandar-sandar di kereta-kereta itu dan melihat kami apabila kami melalui mereka. Badan derang da la besar-besar. Isk. Kami pun jalan dengan laju...
Kami tiba lagi disebuah lagi simpang. Kali ini simpang yang bertraffic light. Inilah kawasan yang dikatakan oleh pelajar tadi - kawasan banyak kedai-kedai. Keadaannya di situ sungguh sebok. Dengan keadaan tepi jalan yang berhabuk - sedang construction buat pavement, dengan hiruk pikuk berpuluh-puluh warong tepi jalan, dengan manusia yang sangat ramai ke sana ke mari, dengan kenderaan yang laju-laju walaupun jalan raya sebok, inilah kota Jakarta di waktu malam.
Kami mengambil jalan ke kanan di simpang itu. Dengan niat di hati untuk berpatah balik ke simpang itu dan mencuba pula untuk jalan terus dari simpang itu. Keadaannya bagiku sangat tidak selesa. Kalau kat Malaysia ada macam ni (memang ada pun, kat area Gombak jalan menghala ke HKL, macam tu la keadaan kelam kabut, kotor dan menyakitkan mata melihat dan hidung bernafas) aku dah kutuk-kutuk dah (aku da kutuk da tadi early this day, masa on the way dari KL balik UIA naik bas metro 91 lalu jalan tu, dasat, besepah, kotor, lagi teruk dari Jakarta).
Jalan yang kami lalui tidak ubah seperti jalan-jalan di kawasan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Petaling, Jalan Pasar dan seumpamanya di KL. Banyak gedung-gedung jualan. Ah, terdapat sedikit perbezaan, di jalan yang kami lalui itu, seperti biasa di penuhi dengan gerai-gerai makan. Kalau di Jalan MAsjid India di KL, terdapat juga gerai-gerai makan, tapi di situ lebih kepada gerai seperti pasar malam - jual nugget, kentang goreng, etc, tapi di Jakarta itu, memang gerai makanan berat - nasi goreng, mi bakso etc. Bayangkan semua gerai-gerai di pasar malam tipikal di malaysia dipenuhi dengan gerai-gerai menjual nasi goreng, macam tu lah ibarat banyaknya gerai makan di sepanjang jalan itu.
Inilah yang Juan cari-cari selama ini. Makanan tepi jalan Indonesia. Juan seakan berada di syurga apabila berada di tengah-tengah lautan gerai makan di jalan itu. Namun perjalanan harus diteruskan terlebih dahulu - segala survey perlu dilakukan (macam lah kami tau mana satu yang sedap? haha). Terdapat juga beberapa gedung yang masih dibuka di waktu malam itu (kebanyakannya telahpun tutup) antaranya warnet (warong internet). 'Menarik yeh? Ko nak online kat situ?' Fana berminat. 'Boleh! BOleh!' jawapan tipikal aku. Kecil saja warongnya, macam kedai gunting rambut. Tapi kadar nya sama sahaja dengan di Malaysia - 5000 rupiah sejam (kira-kira RM2.00). Antara lain yang kami ingin cari adalah convenient shop seperti 7-eleven. Tiada yang kami temui kecuali satu, di hujung jalan itu. Convenient shop tersebut adalah milik sebuah hotel di situ aku kira, kerana letaknya di dalam kawasan hotel. Kenapa kami cari convenient shop? Saje nak nengok-nengok barangan di sebuah kedai Indonesia...
Tidak banyak yang kami temui di kedai tersebut, cuma sekadar sedikir barangan penjagaan diri dan sedikit minuman dan makanan ringan. Fana beli air kotak, aku cari juga S-TEE, tapi takde. Huhu.
Perjalanan diteruskan kembali ke simpang traffic light tadi. Kali ini, jalan tegak (ke lurus? same je kan, faham kan?) pula kami pilih. Keadaannya sama sahaja seperti jalan awal yang kami lalui tadi. Kalau kami jalan lagi kehadapan dan belok ke kiri dan ke kanan secara rawak, nescaya kami akan sesat. Siries.. sama je jalan dia, kedai-kedai tepi jalan sama, dengan lautan warong-warong epi jalan lagi, bentuk dia sama je.
Aku sudah mula tak selesa dengan keadaan sebegitu. Dari jauh aku dapat melihat Dunkin Donut. Yey! Jom! Jom! Kami merupakan pelanggan terakhir pada malam itu. Para pekerjanya sedang berkemas untuk menutup sebenarnya semasa kami tiba, tapi dengan muka yang ceria, salah seorang daripadanya membuka kan pintu untuk kami =) (sementara kami berada di dalam, mereka menutup pintu dan menurunkan pintu dari atas tu sebahagian. hehe). Aku memesan fresh oren. Fana dan Kak Qaya juga. Juan pun tak tahan nengok aku minum, lalu memesan lagi satu. Kami duduk dan minum sambil berborak dengan sorang kakak dan due orang abang pekerja di situ. Sambil menyedut air sikit-sikit sehingga habis, macam-macam yang kami borakkan. Borak tentang Siti Nurhaliza yang pasti, tentang Malaysia, tentang Indonesia, dan tiba topik paling utama (bagi kami) 'mana nasi goreng paling sedap dekat sini?'...
Setelah mengucapkan terima kasih dan masing-masing membalas senyuman sambil abang-abang tu cepat-cepat menutup gedung mereka, kami terus berpatah balik ke traffic light. Kami singgah sebentar di gerai yang dikatakan sedap oleh kakak Dunkin Donut tadi (hakikatnya kakak tu tak bg tau pun kdai mana sedap, cuma dia kata 'nasi goreng gila' tu sedap, dan hampir kesemua gerai di situ ade 'nasi goreng gila' dalam menu mereka, so, kami singgah je la mana-mana gerai yang nampak macam best. Hehe). Aku berkeras jangan beli sebenarnya. Atas nasihat dari pelbagai pihak, terutamanya dari travel agent yang menasihatkan jangan makan makanan gerai tepi jalan seperti itu. Bukan nak mengatakan yang negatif, cuma langkah berhati-hati sebab kita di Indonesia tu tak lame, cuma 4,5 hari, tambah pula kita pergi secara berkumpulan, ada jadual kita sendiri, takut ada yang perut tak sedap sakit ke mungkin sebab tak biasa dengan makanan di Indonesia, menyusahkan kumpulan dan rombongan. Kalau nak dibandingkan dengan pelajar Malaysia die sana, mereka semua berjalan atas kaki mereka sendiri, tidak terikat dengan mana-mana orang dan jadual, jadi memang mereka boleh sesuka hati mencuba makanan warong di sana. Aku malas nak argue dengan Juan, aku tau aku cakap macam mane pun die mesti nak cube jugak.
Nasi Goreng Gila dipesan. 3 minit kemudian, nasi pun siap. 14,000 rupiah harganya, kira-kira RM 6.00. 'Ko kene tipu ke Juan?'. 'Aku tatau la, tapi nengok macam sedap je..' Hehe.
Perjalanan langsung diteruskan untuk kembali ke wisma. Jam telah jelas menunjukkan malam semakin lewat. Namun bilangan orang dilihat semakin ramai, mungkin malam baru hendak bermula di jalan itu. Kami melalui traffic light. Fana mengadu dia ditegur oleh seorang yang sedang duduk-duduk di traffic light itu. 'Jalan je.. jalan je..'. Aku sendiri pun risau sebenarnya. Selepas itu, tiba pula di kawasan orang kulit hitam berkumpul tadi. CUma kali ini, keadaan menjadi semakin gelap, di tambah lagi dengan bilangan geng mereka yang semakin ramai. Kebanyakannya bersinglet mendedahkan tubuh sasa mereka. Kami menghampiri untuk berlalu di celah-celah mereka. Semua mata terasa seperti tertumpu ke arah kami. Kami berjalan dengan laju... Tiba-tiba...
Bersambung...