Cari Blog Ini

Isnin, Jun 14, 2004

Hohoho. Baru lepas angkat barang students baru. Ponteng sat, lepak kat office college, ala... bukan ada ramai orang pun daftar hari ni. Semalam dah penat giler, ramai siot. Tapi, penat-penat pun, seronok gak. Banyak post aku pegang mase registration day nih, jage counter, welcoming, welfare, jage tiket, opening nanti jadik tukang bawak tanglung, hehe, saja-saja carik pengalaman.

Masa induction course ngan preparation plak lagi la ganda-ganda nya penat. Tapi best, seronok, macam-macam benda baru aku blaja... nanti arh aku post, crite panjang-panjang.

Ahad, Jun 06, 2004

Guest what? (ges wat lagi..) abang nak fly gi uk esok. Isk. Gi uk lagi die. Hari tu gi china dah dua kali. Pastu ade sekali gi jepun. Peh, best keje cam die. Dia gi uk sok sminggu. "Apa nak kirim?" Hehehe.. banyak ke duit ko bang?

Alea dah boleh jalan sikit-sikit, kena papah. Comel siot die.

Rasa malas lak nak gi taaruf week induction course esok. Rasa cam nak dok rumah, chatting sampai mata lebam tiap-tiap pagi buta. Rasa cam nak dok depan tv, nengok cd muvi puas-puas. Rase cam nak nyapu abuk depan rumah abes-abesan (errk..).

2 minggu lagi la aku tak post kat blog nih.. Isk232. We'll see again in two weeks, blog!

Jumaat, Jun 04, 2004

Guest what? PC aku dah boleh gune internet explorer! Hohoho. Tah cemane tah tetiba boleh gune lak, setelah 4 bulan aku tanpa ie. Tak boleh nak ubah html, tak boleh nak access internet banking. Pastu nak format pc tak jadik-jadik, so selame ni gune netscape 7.0, ampeh, byk gak homepage yang tak boleh nak access. Fuh.. alhamdulillah, skang dah boleh.

Tapi knape la time aku nak abes cuti baru die nak boleh gune lak. Isk232. Niat aku nak ubah html weblog ni tak jadik-jadik sejak 4 bulan yang lalu. Aziah nye demand suh wat kan satu template untuk weblog die pun aku tak buat lagi, sekarang die dah buat sendiri dah pun, cantik and simple. Reti lagi ke aku pasal html ni? Dah setengah tahun tinggal mende ni.

Sakit perut kembali lagi. Rasa sebu, angin. Tadi masa dok sapu-sapu minyak pada perut, baru perasan. "Eh, beso jugak perut ni ek," Hohoho. Boleh tahan gak gemuk aku ni. Tak aku sangka aku boleh jadik selebar ini. Dulu kecik-kecik aku kurus, naik sekolah menengah, start dah... sampai la ni.

Maintain boleh, naik boleh, turun payah sikit. Ni pas ni jadik committee taaruf, boleh kot turun? Hohoho..

Rabu, Jun 02, 2004

Kecoh di dada-dada akhbar tabloid tentang isu kemasukan ke IPTA dalam 4,5 hari ini. Antaranya, kecoh dengan sentimen perkauman yang dikatakan masih lagi wujud dalam sistem meritokrasi yang masuk tahun kedua perlaksanaannya. Lebih hebat, isu kegagalan 128 pelajar cemerlang untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan.

Kenapa kegagalan 128 pelajar ni nak dijadikan isu? Dah puas penulis membaca rencana setiap hari di akhbar tentang perkara ini. Akhbar tabloid berkenaan mendakwa, pelajar-pelajar tersebut, yang cemerlang, apabila gagal untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, mereka juga gagal untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang lain berkaitan dengan perubatan seperti farmasi. Begitu hebatnya implikasi apabila gagal untuk menyertai mahalah perubatan!

Walau bagaimanapun, telah dijelaskan awal-awal sebelum ini oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Dr Hassan Said, bahawa terdapat 128 calon STPM/Matrikulasi sememangnya gagal dalam permohonan mereka dalam bidang perubatan, kerana terdapat pelajar yang lebih cemerlang dan layak berbanding mereka. Mengapa tidak sahaja akhbar tabloid berkenaan membangkitkan 33000 calon gagal untuk mendapatkan sebarang tawaran ke IPTA sebagai isu?

Keduanya, adalah isu berkaitan standard matrikulasi KPM. Dikatakan standard matrikulasi kurang berbanding STPM menyebabkan calon STPM mendapat saingan yang terlalu kuat daripada calon matrikulasi untuk ke IPTA. Kementerian mendakwa, standardnya sama. Selama ini pun calon matrikulasi diterima oleh universiti seluruh dunia, dakwa kementerian. Bagi penulis, semasa matrikulasi di bawah kendalian universiti, benar. Tetapi setelah kendalian diambil alih oleh kementerian, isu ini bermula.

Semasa matrik dikendalikan oleh universiti, silibus dan kualiti pelajaran dikawal oleh pensyarah universiti sendiri. Oleh itu, keputusan peperiksaan calon benar-benar berkualiti, walaupun tidak mendapat CGPA 4.00. Pada awal kendalian kementerian, keputusan calon matrik tidak begitu memuaskan (hakikatnya memuaskan dan layak untuk ke IPTA, hanya ibu bapa yang tidak senang dengan keputusan anak-anak mereka - tanggapan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mendapat terbaik [4.00], tetapi berapa calon sahaja yang dapat 4.00? lihat sahaja di konvokesyen IPTA, berapa ramaikah yang mendapat 1st class?).

Untuk memuaskan ibu bapa, dan desakan sebagai kerajaan yang menerajui negara, kementerian, pada pandangan penulis, telah sedikit sebanyak meringankan/memudahkan sistem peperiksaan. Hasilnya, memuaskan ibu bapa. Ramai yang mendapat 4.00. Kini, tidak hairan lagi apabila terdapat ramai pelajar mendapat 4.00. Implikasinya? Inilah yang terjadi ketika ini. Persaingan yang begitu sengit, sehinggakan pelajar yang cemerlang pun gagal untuk ke IPTA dalam bidang perubatan. Pelajar tersebut mungkin mendapat 4.00. Tetapi, itulah hakikat yang perlu mereka terima, terdapat ramai lagi yang mendapat 4.00.

Implikasi jangka panjang? Tidak mustahil, tidak lama lagi pihak universiti juga akan terpengaruh dengan pendidikan dan sistem peperiksaan di peringkat matrikulasi, seterusnya di peringkat universiti juga akan menjadi serupa di peringkat matrikulasi. Ini akan mengakibatkan pertambahan graduan yang menganggur. Tidak mustahil suatu hari nanti, jika perkara ini berterusan, graduan perubatan juga akan menjual kacang putih seperti yang biasan kelihatan di India.

Kenapa kita tidak mencontohi sistem kemasukan universiti di UK? Sistem A-level mereka begitu berkualiti dan begitu sukar (STPM dikatakan hampir setaraf dengan A-level) sehinggakan tidak ramai yang lulus dengan cemerlang. Tahapnya juga sentiasa dikawal - tidak terlalu mudah samada peperiksaan atau penandaanya. Oleh itu, calon yang diplih ke universiti mereka, benar-benar mempunyai asas pendidikan yang kuat, hasil lepasan A-level itu. Mereka mempunyai beratus-ratus universiti awam, tidak termasuk lagi universiti swasta. Tetapi, kadar pengangguran di sana masih lagi kurang. Ini semua bermula daripada peringkat akar, iaitu sebelum kemasukan ke universiti.

Akhir sekali, yang paling penting ada dalam diri pelajar adalah sikap dan usaha...

Isnin, Mei 31, 2004

Ustat dapat wat medic kat ukm, eda, uyun, sue, akmal seme dapat ukm, rasenye amek coz related tu sc hayat ar. Hairazi dapat upm. Fazli macam die nak dari skola dulu, amek pendidikan kat um. Mohsin, tikah moh, hekal, stay utm, amek engineering.

Hebat siot bebudak ni, congratz ar seme. Blaja rajin-rajin...

Tadi pegi the store, saje jenjalan. Shopping ar sket-sket. Teringat dulu mase zaman skolah dulu, beli-beli test pad ke, stationary ke, pastu gi usyar cd movie. Isk232... Jumpe plak ustat td, ngan dein. Hebat ko ustat dpt wat medic. Stakat yang sampai ke pengetahuan aku, die sorang jek dr batch aku yg dapat wat coz medic original.

Sabtu, Mei 29, 2004

Geram aku nengok fariz. Comel siot. Tapi asek tido jek. Hakhak. Aus lak dah beso dah sekarang. Dah pandai sket-sket, tapi cakap still pelat lagi, hohoho.

Mok buat kecah msg aku ckp die dpt 4 flat sem 3 baru nih. Gempaq siot, tapi tak heran pun, die memang pandai, rupenye die kencing. Ampeh. Result aku? Macam bese.. bese-bese jek. Bile la result aku nak jadik gempaq luar bese? Balik-balik tu jek aku tanye diri aku tiap kali pas dapat result.

Insaflah azimin. "Salah satu penderhakaan yang sering dilakukan anak-anak tanpa disedari adalah mengabaikan amanah ibu bapa menuntut ilmu" aku pnah terbace quote kat msg dalam enset nazri. [memikirkan sem hadapan...]

Jumaat, Mei 28, 2004

Malam tadi dah selamat sampai rumah, alhamdulillah selamat sampai. Penat gak, kuar dari rumah puksu nain kat miri pukul 11 pg, sampai rumah kat muar pukul 11 malam.

kamek naik belon Aku bertolak naik katebang minggu lepas pukul 8.40 mlm ari khamis. Lambat sampai (lambat, tak lambat sangat, cume on time, sampai jek tempat nunggu, tak sempat nak duduk, dah suh boarding dah), makan lame sgt ngan cik lan kat bkt jelutong, kalut jugak nak carik terminal nak terbang, pastu dapat seat yang blakang skali.. kat ngan dapur, hohoho. First time naik katebang, sejak 6 tahun yang lalu. Dulu naik boeing, yang kali ni naik katebang kecik jek, tah ape model tah katebang mas nih, so memule masuk lemas gak (sbb dalam otak masih lg terbayang katebang boeing yang beso gile), risau lak aku. Tapi dah lelame tu ok ar. Macam dah direcognize internationally, service mas mmg bagus. Naik katebang die pun (walopun mule2 aku rase lemas) mmg selesa, seat die selese, penerbangan pun selese, steward die seme, makan die pun sedap, bagus ar. (nak letak gambo pramugari cun kat cni, tapi takde teknologi yg boleh membuat sedemikian.. isk232)

Sampai kat miri pukul 11 lebih kurang, muksu amek. Mase ni puksu ade lagi kat bangkok, ade shell international conference kat sane, hari ahad baru die balik.

Miri the oiltown, sarawak, malaysia, merupakan sebuah bandar yang agak besar, (dalam bayangan aku sebelum ni miri tu macam banda muar jek). Bandar die tersusun, tak sebok, tak huru-hara, bandar yang bersih. Banyak supermarket, banyak kedai cendermata, banyak taman rekreasi, seme bersepah kat sekitar bandar miri ni. Lebih separuh penduduk dia berbangsa cina, selebihnya adalah pelbagai kaum bumiputera.

Sepanjang duduk kat rumah puksu ni, bese la, makan mesti banyak. Hohoho. Mula-mula jumpa kuih dieorang, kuih ragin (adunan kelapa muda), kuih nyiarap (macam kuih apam). Then, pergi Luak Bay esplanade, pantai macam port dickson, kat situ terkenal dengan kepak ayam panggang (orang sane panggil sayap ayam). Lauk dengan nasik, ade lauk sayur midin (macam sayur pucuk paku, tapi lebih muda hijau die), ade gak lauk umai (daging - ikan ke, ayam ke, udang ke, masak ala-ala sushi). Pastu ade mee solok, sekali pandang macam indomee megi goreng mamak, hohoho. Makanan laut kat miri memang murah. So, memang puas ar makan seafood. Ketam, sotong, udang, ikan, seme sumbat masuk dalam perut banyak-banyak. Ade gak biskut (orang sane panggil bun) contohnye macam tebaloi, rase macam wafer. Pastu ade la plak gule-gule pepper, pedas ke tak pedas ke, seme ade. Satu mende spesel makan kat kedai makan sane, kiter akan disajikan dengan sup, tak kire kite makan ape pun, nasik ke, me ke, me solok ke, roti canai ke, sup mesti die kasik, hohoho.

Shopping sudah mesti. Banyak giler kedai cendermata kat sini, supermarket pun banyak. Mula-mula dulu pegi Miri Heritage, ade banyak jual barang cendermata. Pergi gerai member muksu kat situ, dapat la spesel price mau bli. Hehehe. Banyak jugak duet dihabiskan kat situ, mostly abes sbb bli baju ar, kasik ayah, aus, angah, memember (tunggu ar, sape cepat die dapat.. untuk dak bilik ade 2 lai jek baju, hohoho), bli keycahin, mak no bli beg (in fact mak no mmg shopping abes kat miri ni)

Places of interest plak pun memang banyak kat miri. Taman rekreasi jek ade bape banyak tah. Ada taman miri (taman permainan kanak-kanak, ade tower, leh nampak satu miri, ade jambatan gantung thrill, hehe), ade taman bunga, ade miri city fan (tempat buat pertunjukan - kat tempat lapang, ade air pancut cantik, banyak giler, ade mural timbul citer pasal miri), ade taman bulatan (tempat orang jogging, taman permainan kanak-kanak), dan seperti biase, taman-taman ni juga jadik pusak anak-anak muda merendek memalam bute. Supermarket ade banyak gak, ade miri², bintang plaza, imperial, boulevard, tapi emporium macam ni kat muar pun ader, cume mase aku pegi tu tengah ade offer sempene hari gawai dayak, tu yang mak no shopping abes.

Pastu puksu ade gak bawak pegi tempat kerja dia, kat lutong, lebih kurang 10 km dr miri, menghala ke brunei. Besar giler tempat tu, penuh ngan tong-tong sebesar setengah padang bola, seme terletak kat pesisir pantai. Spanjang 2 taun puksu kat sini ditugaskan untuk meruntuhkan semua tong minyak setengah padang bola tu, yang dibina mase taun 1914. Takde banyak sangat die kene runtuhkan, 20 ade agak nye. Bayangkan jek la, 2 taun nak runtuhkan tong-tong tuh. Payah btol agaknya, kene ade koordinasi yang betul, nak potong kiri dulu ke, nak potong atas dulu ke, nak ketuk tengah-tengah dulu ke, pastu tak mo rosakkan tanah, peh.. jakun siot.

Bulan 8 ni puksu balik port dickson dah. Anak-anak die pun dah besar dah. Dulu ingat lag kecik-kecik main ngan anak-anak die mase zaman aku skola rendah dulu, die org blom skolah, di kalangan spupu spupu sepermainan aku dulu, aku lah yang paling senior. Sekarang, fadli (form 2) dah beso dr aku dah badan die, sabrina (form 1) dah nak same beso ngan aku dah. Erin (6 tahun) plak asek picit-picit, pulas-pulas pipi aku, kate aku, 'comeyy nyee azji'. Heh, patut aku yang buat die. Aaargh.. comel cemane yang erin maksudkan itu? Gemok kah aku? Hakhakhak.. balik rumah, timbang naik 2 kg. Hohoho.

Balik semalam pulak, flight dr miri ditunda sebab ujan lebat, siap ngan petir. Patut pukul 1 fly, tp pukul 2.30 ptg baru terbang. Naik air asia plak. Makan die tak free, kene beli kat atas langit, hehe. Sebelum makanan dijual tu, katebang kene air pocket, besar nye langit. Gempaq siot gegar, seram gak aku, kene lak duduk kat sayap, nampak sayap begegar, ngeri seh. Sepanjang flight tu byk kali gak ar kene air pocket. Pening kepale aku, rase macam nak muntah, selera makan pun hilang, tak senang duduk aku. Tapi, alhamdulillah, pukul 4.40 ptg selamat mendarat kat klia. Lepas tunggu beg kat tuntutan bagasi, naik klia express pegi kl sentral. Selese seh naik train tuh, lagi selesa dr flight aku sbelum tuh, hohoho. Tepat 28 minit pastu, sampai kl sentral, pas sembahyang, tunggu teksi. Mase ni tengah hujan lebat giler, sesetengah tempat kl dah naik air. Ade la 1 teksi tu sanggup anto gi pudu ('kl kalo ujan lebat, comfirm ar jammed gile' abg pnah ckp cam tu). Sampai pudu pukul 7 lebih, dengan basah-basah tuh, dengan beg merendih lagi berat giler, dapat la tiket bas balik muar pukul 8. Pukul 10.30 malam tadi sampai muar.

Fuuh, penat.

Rabu, Mei 19, 2004

"Ayah takde nampak pun ko gosok baju ke seluar ke,"

Ah, kantol lak aku baru nak packing. "Gosok le seluar tu kalo tanak gosok baju," Aku iyer kan jek, tak payah gosok pun takpe, seluar kargo ngan dangry, kalo gosok, renyuk gak tak? Baju ngan sluar yang power-power pun sebenonye byk belum basuh, isk. Bawak baju yang tak power sangat jek arh gi sarawak.. hehe.

Packing tadi sambil chatting, pasni tak chat sminggu, hehe. Bagus gak, ade gak yang mengingatkan aku barang ape nak bawak.. berus gigi ke, hehe.
Baru siap packing. Tinggal tunggu mak no jek...
4 jam lagi aku nak berangkat ke shah alam, lepak umah cik zai dulu sebelum fly esok. Aku lom siap apa-apa lagi, mak no ngan ayah dah asek tanye, dah siap packing lom? Dah, aku kata, hakhak. Apa nak bawak ha? Hehe...

Dah ar, pegi packing jap ar. Hohoho. Tunggu la seminggu lagi, ape jek yang akan aku update?

Isnin, Mei 17, 2004

Wah, dah 2 minggu lebih tak posting apa-apa. Macam busy sangat aku nih. Hakhak. Nak blogging pun rase lain sebab blogger.com dah berubah wajah.. hohoho. Selama 2 minggu ni, banyak gak la mende terjadi, yang best n yang tak best. At this time, aku selsema, yang sedikit sebanyak membawa kepada permulaan demam, isk232. Lama gak selseme nih, sejak sebelum balik cuti lagi dah selsema - pagi masa speaking MUET start selsema.

Apa-apa pun malam tadi best gile nengok match thomas cup, china-denmark. Macam nengok cite suspen thriller plak, hakhak. Paling best nengok match jonassen-chon lai, peh.. best giler. Sepatah kata hasbullah awang, yang menghiburkan penonton adalah permainan yang kurang agresif tetapi mempunyai variasi pukulan dalam satu rally yang panjang. Tu la yang banyak ditayangkan dalam match jonassen-chon lai ni. Dalam takde pemain mesia nih, aku terase macam support denmark plak, tatau knape, ayah pun nampaknye cam tu, hakhak. Suke ayah nengok thomas cup, tengok plak ngan aku, ade ar gak teman die nak kutuk puji match tu. Rasa macam nengok thomas cup ni seakan boleh merapatkan hubungan anak-bapak... Ah.. jiwang ar plak aku nih. Hohoho

Pasal hari-hari terakhir sem kat kolej plak, aku rase cam dah nak dok sorang-sorang jek mase juan kate nak balik 1 ari sebelum aku speaking MUET. Yang lelain mase tu ramai dah balik kampung, yang ada pun mok ngan ahsan. Pastu ahsan seperti mahu memberi sokongan untuk speaking aku, pastu die kate nak stay, tunggu aku, hakhak, perasannye aku... mok balik saing aku. Dah siap beli tiket awal-awal masa 'hantar' juan balik kat pudu.

Malam sebelum MUET tu, ingat nak tido awal, sebab MUET start kol 7.30 pg, pastu alip yang sekali ngan aku speaking esok lak datang, bising-bising, huh. Dah lepas tu aku dah tak boleh tido la plak, kena plak malam tu layan cite hantu kat THR, dah le best, tema die malam tu hantu kat hospital, fuh.. seram gak, dah la kat kolej da tak ramai orang, hohoho. Dalam tak boleh tido tu, akhirnya tetido gak di kala azan subuh, isk232. Then, seda-seda aiman miscal, pukul 7.30 pg. Aiseh, sempat ke aku nih? Mandi memang tak sempat, so tak yah mandi arh... hakhak. Sampai kat bilik kuarintin kol 7.45, nasib baik belum start lagi. Walau apapun, aku nye turn pukul 9.30 pg, ampeh. Huh.

The test went on well, i got quite an easy topic, 'learning english in fun ways'. Heheh. Dah lepas speaking, lapang rasenye, dah ingat nak balik jek. Balik-balik bilik, dak 2 orang yang baik hati nak tunggu aku tu tengah kemas bilik. Actually this is my first time being the last person to leave the room, sebelum-sebelum ni kalo final sem memang bese abes awal.. isk232. Rase macam tanak balik gak.. hakhak. Rase risau pasal paper math ade gak.

Huh? Math? Aargh.. tatau la ape sebenanye aku buat. Pas paper tu, cek-cek balik banyak gak error termasuk error bangang yang aku buat. Paper yang paling payah ar setakat aku matric nih. Hakhak, risau-risau pun malam pas paper tu layan gak citer Buli, bajet bleh beri aku semangat ar padahal takde kait pun ngan math, hehe. Citer Buli memang best, memang tak boleh dinafikan, dari segi jalan citer, cara penyampaian sampai teknik camera pun bagi aku, ade standard la. Mesej pun ada, bagus mesej yang disampaikan, percaya kepada diri sendiri, atau self-confidence, jangan takut kepada masalah hidup, setel pepandai.

Isk.. Cemane la math ni. Rase macam tak cukup jek prektis, tapi sebenanye memang tak cukup pun, mane tak nye, buat 2,3 soklan, tak dapat, tinggal, borak-borak, main gitar due, tiga puluh minit. Pastu sambung balik 1,2 soklan, tak dapat solve lagi, sambung balik keje lagho tu. Hakhak. Tapi kalo tanye bab gitar, dah boleh jawab dah aku, hehe. Dengan kehadiran setiap hari petet lagi, ingat nak menghangatkan nak wat prektis math, tapi rupenye petet telah menghangatkan lagi semangat main gitar. Hakhak. Tapi rase, boleh tahan banyak gak wat math, mungkin lom cukup... 'jangan penah puas menuntut ilmu buat latihan math!', hehe. Terharu gak nengok komited judin study math, ulang alik, kluar masuk bilik aku ngan bilik dia, study sesame ngan dak-dak bilik aku.

Baru hari tu, masa tengah dok-dok study math, orang lain sume dah tido, die cite pasal kehidupan sesambil main gitar (otai gitar kalo da dapat gitar, abes ar.. sume lagu die main sedap). Penah die cakap masa tu, kalo dia tak masuk matric uia, atau mana-mana matric lain, sebaliknya dia masuk akademi-akademi seni, mungkin akan lahir 1 lagi p ramlee. Hohoho. Tu dia kata ar, sebab nya adalah persepsi dia terhadap seni (tak sangka seseni itu ko eh judin).

Memang betul, die gak pnah kate 'Aku tak nampak seni dalam lagu-lagu rock ar, cube ko nengok lagu jiwang, seni die banyak, setiap not die adalah unique antara satu sama lain. Ko nengok lagu-lagu lama, kenape boleh evergreen sampai sekarang? sebab seni, contoh ko nengok pantun pulau pandan jauh ke tengah tu, die punye suku kata semua sama bilangannya untuk setiap baris, itula seni. Ko nengok mak bapak ko gak, die orang kawin ada sebab lagu rock? Sebab jiwang.. yelah mungkin sebab lagu rock, tapi perasaan cinta? tetap ada kan? manusia dijadikan pun sebab cinta Allah. Memang dalam hidup, kita tak dapat lari daripada cinta. Itu la seni'.

'Lagi 1 hidup ni adalah kembara tau. Kita kena live the life to the fullest. Kita gunakan sebaik-baiknya usia yang kita ada. Sebab bile ko dah tua, ko tak mungkin boleh jadik muda semula, tak mungkin boleh buat macam orang-orang mude semua. Yang kedua, hidup ni macam roda. Memang kadang-kadang kita boleh ada kat atas, kadang-kadang jugak kita boleh ada kat bawah. Ko nengok, kadang-kadang kita boleh pandai, semua soklan dalam buku calculus anton-biven-davis tu kite boleh jawab, kite boleh berjaya, macam-macam lagi mende kite leh wat.. tu bile kite kat atas. Kekadang gak, zuhdi pun tak boleh jawab soklan mudah tutorial, kite tak boleh wat itu, ini.. tu bile kite kat bawah. Arr, lagi 1 yang penting dalam hidup ni, kita mesti percaya yang Allah itu maha Adil. Kita boleh nengok dari macam-macam sudut, memang tak boleh dinafikan Allah maha Adil. Kalo ko nak bandingkan kita ngan burung, memang tak sama, knape kita dijadikan bukan untuk terbang? jangan sekali-kali mempersoalkan itu, sebab Allah maha Adil. Dia cipta sesuatu, Dia berkehendak sesuatu, semuanya ada hikmah-Nya. Setiap perkara yang kita buat, setiap masa yang kita peruntukkan semuanya ada balasan dari Allah. Kita peruntukkan masa kita datang kelas, ikhlas nak tuntut ilmu, insyaAllah Allah akan kurniakan ilmu yang berguna'

Banyak lagi yang judin cakap malam tu (yang atas ni pun aku alter sket.. hehe), sesambil main gitar.. Tercengang jugak la aku dengar dia cakap. Yang ada malam tu dengar die cakap, aku, napong ngan zuhdi. Terinsap la jugak aku dengar die cakap malam tu...

Heh.. kat mane kite tadi? Owh, kemas bilik. Takde mende sangat kemas bilik pas speaking tu, sebab dah start kemas 2 ari awal. Bersih la kira nya masa kiteorg tinggalkan bilik tu, kepada bebudak bilik aku, jangan khuatir, insyaAllah takde kene denda ape-ape sem depan, hehe.

Baru kemas kuar kan barang dari beg pas sampai rumah, pasni kena packing balik, ari khamis ni nak berangkat ke Miri, visiting puksu nain. Dekat 2 minggu jugak la aku tak posting apa-apa agaknya pasni...

Sabtu, Mei 01, 2004

Siol. Buang duit aku jek kat cc kolej aku. RM 7.20 aku abes cam tu jek. Posting aku hilang begitu sahaje. Isk232. Last-last online kat cc kolej lain, cc ukc. Laju seh connection kat sini, cume pc die jek ah yang lembab.

Dalam the unpost posting tu, it was been stated all about OU and about the new outing system in the matric centre. Maybe this time i will just tell about the new outing system.

The new outing system is no THAT bad. It is appropiate to the students here, as students can go outing every saturdays, and can go back home twice a month on weekends. No baju batik like the rumours said. What is bad, maybe the curfew, it is from 8 am till just 7 pm.

Thats all i can say about it. I am tired of thinkin whatelse to write, i spent 2 hours to write a long post yesterday, but in vain. Isk232... Final exam is getting nearer. Today bangun pukul 10, mandi, wat latihan math sikit, pegi lunch, balik lunch, main uno stacko, pastu main uno card, main uno stacko balik, sampai petang. In the evening, took a walk around the field, bosan-bosan nengok org main bola, balik bilik enod bawak balik gitar lektrik, layan jap, pastu gi dinner kat UKC, pastu juan ajak gi cc UKC. Ampeh tol.

My final will start on 7 may, and will ended by MUET speaking test on 12 may. Hope i will strive and do my best. Amin...

Khamis, April 29, 2004

Got nothing to write here, though many things playing around in my mind right now. I'm just too tired maybe. After 7 hours of walking around One Utama (including 2 hours sitting, watching movie). It was my first time there, in fact it was the first time for 6 of us there. Malas siot nak tulis, lain kali arh cite. Isk232

Another thing that I will state here, that is, about the new outing system in MCIIUM. Got to tell about it, yesterday i went to the dialogue with bro. abbas. Bile aku nak tulis pun aku tatau.. Isk232

'Masa yang akan datang itu adalah suatu yang misteri, masa yang telah lalu itu takkan kembali dan tak usah dikesali'

Ahad, April 25, 2004

Correction, the name isk Fariz Naimi

Alhamdulillah, alas, I had sat the 3 papers of MUET. The test went on quite well. However it seemed difficult for me to answer the paper, especially the passages part. Blur siot. It took me the whole 2 hours to finish it. About writtings, u know, its been almost 2 years i don't write not even 1 essay, it took me quite a long time to find the momentum to write. I'm not sure whether i wrote well or not...

Actualy i just get back from shah alam, visiting my newly born niece. There was a fault information last time, i tought his name is fariq instead of fariz. Sorry fariz!! Hehe. Like alea last time, fariz looked cute like other 1-week babies. I visit him just for a while (actualy he was at his nenek's house, at paya jaras). Then i visit my pak uda at klang. A'a and his fiancee were there also. His fiancee reminded me of miss rosmala, my physics teacher. Hehe. They're getting married this august.

This morning, as usual, we went to giant ss 13. A laptop took my attention there at the Acer Shop at the hypermarket. The specifications are all good, appropriate with the price, 4788. It will be my target... soon. Hehehe. Tunggu harga turun ar beb.. usha kat Low Yat ka..

Farouq berminat nak tulis sama-sama ngan aku dalam blog nih. Tengah pending sekarang ni, kalau jadik, welkam farouq!!

Khamis, April 22, 2004

"S*al arh, s*al arh!" farouq used to say when something doesn't go like he want to. Same with me. Logged on at college's CC this evening when the f**kin pc in the cc went what it used to go. Hahah! Siot btol. I will never update my blog again at that cc if the pcs in it always go down.

MUET is just around the corner. Tomorrow is the due date of my math assignment, still 90% unfinished by now. Things are suppose to be getting hotter and hotter. Hotter? Heheheheh.. Y'all know what i mean. But what happened is vice versa. It feels like it still the early moment of the sem. Sleep. Chat. Sleep. Chat. Plays guitar. Study a little. Sleep again. Chat. Sleep.

Hope I will score in the MUET.
Ayah is coming to KL. I gotta visit kak fidza and her newly born cutie mutie baby. Maybe on Sunday. I am looking forward to this meeting!!

Ahad, April 18, 2004

Fariq Naimi is his name

I knew it! The name, consists of 2 words, 1st word starts with F and the other one starts with N! Dunno what that name means, not sure. What is sure, abang will always name his children with the F-N names. If he get a daughter, maybe he's gonna name her, Farah Nadia. Hehe.

"Seminggu tu lah waktu critical, ko kene study," advised abyy last night, I get to get ready for MUET this coming Saturday, she said. "Yela, yela nanti aku beli lah buku muet..". Then I chatted with pzah, she said the yellow one, the Longman book is good. I was lucky, there was just one book on MUET left at Sri Tanjung when i went there just now. Hohoho... Its quite thick maa.. also provided with cd. Dunno wether I can finish that book before time...

Sabtu, April 17, 2004

Congratulations, its a boy!

Just got back home from the town, had a dinner with ayah at the river side. I'm very full right now, se'eh what orang pahang says. Aargh! My hand is in pain! Its been a long time since I had played bowling. Dain ask me to go out with him and fazley to play bowling at the wut-da-hell-called bowling centre at Sg Abong. It was kinda hectic as there was a tournament held there that time. It took us quite a long time to obtain a lane. Decided to play 2 games as me, as the a long-timer-wtihout-bowling rose as the star today. A lot of eyes all focused to me! Hahah! 0, 0, 0 and 0, that was part of my score appeared at the score board. Total score : shamely 26. The worst in my experience in bowling!

As it came to the second game, i felt my handphone vibrated, it was too late though. 2 times 'Private number' called me. I wondered who it was. Then i received a message. It was abang! Surprised still, he said kak fidza had delivered a healthy baby boy! Alhamdulillah. As expected, it was earlier than due date, 2 weeks earlier. Dunno whats my brother gonna name him, but I'm sure he's gonna name him a name with 2 words, 1st word starts with F, 2nd one with N. Same like his eldest son, Firdaus Najmi. We'll see then, hehe. The good news had somehow flamed out my talent in bowling as I played quite well in the second game, hehe. But not good enough though, it was just 60.

I was supposed to be at the school's batch 2002 mega gath at eda's house right now. Or maybe i have come home from the gath. I heard its going to be a big gath. Heard everyone is going to attend. Heard they're going to have a barb-q. Have fun you guys! Hope to meet you all later.

Ahad, April 11, 2004

Semalam ada meeting Engenius, x-mainboard dari main campus dijemput sebagai tetamu (actually, dia orang yang nak datang..hehe). Farouq telah menggunakan kuasa presiden dia dengan mengarah aku untuk jadi prep and tech meeting tuh. Prep and tech berjalan lancar, tapi aku malas nak datang. Aku bukannya ada apa-apa dalam meeting tu, kalo aku datang pun jadik pemerhati jek (meeting semalam jugak sebagai majlis pelantikan baru sesi 04/05 di mana aku tak pegang apa-apa jawatan main board).

Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk ikot rumet aku gi midveli (asalnya nak gi one utama, tapi sebab midveli ada xhbtn euro 2004, destinasi diubah). So lepas setel preparation meeting, tengahari tu pun pegi midveli. Lama dah tak pegi jenjalan reramai. Best gak. Tapi kat xhbtn tu bukannye ade apa sangat, stall pun sikit jek, busan arh. Yang best pun cume game bola yang guna palang pusing-pusing tu. Try la jugak. Best wo. Berpeluh aku. Then cam biasa, pas puas jalan pusing-pusing, carefour adalah destinasi terakhir kat sana, shopping. Muk balik ikot memember die gi shah alam, pegi INTEC kot, aku pun tatau (siot ko nak lari dari bencana takde air kat kolej! - nasib baik air tangki kolej cukup...).

Hari ni gi KLCC. Bosan gak. Tatau nak gi mane kat KLCC ni. Farouq kata best baca buku kat Kinokinuya. Hehe, pegi KLCC pasal nak baca buku kat situ. Puas gile baca buku kat situ, pusing-pusing jap, masa dah nak balik, ternampak jam kat kedai Swatch lak. Berkenan la pulak. Memang selama ni dah rancang nak angkut 1 jam Swatch. Maka hari ni terjadilah rancangan itu...

Bosan betul. Tak study pun aku weekend nih. Tutor chem lab pun belum siap lagi. Riadhah pun dah lama tak buat. Petang-petang selalu hujan kat sinih. Padang lak tutup. So petang mesti tido. Tido. Tido. Tido. Tido. Cemane tah aku nak susut. Hahah!



Rabu, April 07, 2004

Banyak kali sebenarnya aku nak update blog nih, tapi everytime aku nak bukak jek blogger aku, mesti pc aku ter off sendiri. Ampeh tol cc kolej aku. IIUM Cyber jugak pilihan ku selepas ini, hehe, promote wo..

Baru lepas abes paper Chem Lab II. Supposed to e mudah giler tahap cipan. Paham-paham jek la, kalo dah supposed to be mudah. Tapi... tatau arh, ade ar 1, 2 soklan yang aku kantoi. Hahah! Paper Math 3 ari tu ok gak, tapi agak keliru sikit ar kat part MCQ tuh.

Walau apapun, aku masih lagi batuk, tapi dah kurang sikit. Lama gak aku batuk kali ni. Malas nak makan ubat. Akhir-akhir ni pun aku selalu tidur lambat. Macam-macam benda aku buat sebelum tidur. Studykah? Hahahah. Ada la sikit. Banyak borak-borak jek siot. Petet pulak selalu bertandang ke bilik aku, dengan niat nak study sama untuk mid sem ni. Malangnya kehadiran dia kat bilik aku menggamatkan lagi suasana huru-hara bilik di kala orang lain enak dibuai mimpi, hehe. Tambah pulak gitar ada kat bilik, huh.. abes ar. Tapi kehadiran petet itu tetap dimanfaatkan jua, ada ar study sesama sikit-sikit, bincang-bincang sikit.

Esok ada quiz Math. Busy betul minggu ni. Macam-macam mende kene buat, assignment lak kene hantar jumaat ni, nasib baik lecturer paham ade 2 paper mid sem minggu ni, prepare untuk mid sem lagi, belajar main gitar lagi, hehe. Ntah la, 2 minggu lagi dah start MUET. MUET weih!! Dah lama dah tak blaja English. Kene usha buku English pas ni...

Ahad, April 04, 2004

Dein ade kat sebelah aku, tengah dengar lagu jepun kat blog aku. "Bosan jek.." Wahahaha. Ampeh. Balik-balik bilik tadi, bace paper sat. Pastu layan game pokemon kat lap top ahsan. Tetibe tengah main laptop tak masal off sendiri. Ampeh lagi. Tatau nak wat ape, carik gitar enod, huh, budak bilik sebelah pinjam lak. Juan lak tido. Apek jenguk bilik aku jap, ingat nak suh zuhdi ajo ape-ape ke, leh aku tumpang skali, zuhdi tido lak. Isk. Bile kale nye aku nak cover math 3 yang masih banyak lagi belum dicover ini.. Isk232. Petet lak join aku skang nih. Isk232.
Uhuk.. uhuk. Ehem. Sekarang ni aku tak bape sehat. Batuk sikit, selseme sikit, demam sikit-sikit. Sepanjang minggu ni, siang panas, malam ujan. Mula-mula anep start batuk, pastu sorang-sorang rumet aku batuk-batuk termasuk la aku.

Minggu ni banyak wat keje, wat latihan (esok ade midsem paper math 3 woo.. mane leh tak wat prektis sikit). Tapi tido banyak jugak. Sampai pening-pening kepala.

Tadi rasa macam banyak sangat menda nak tulis. Tetiba blank ar pulak. Huh. nazri? ar nih ajak aku join mende tah, macam friendster, tapi islam nye, naseeb.com. Bese ar die, bukannye ape, nak carik 'kawan'. Heh.

Balik ni kene sambung wat prektis lagi. Banyak gak lom cover 4 tomrrow. Chaiyok Azimin!!

Ahad, Mac 28, 2004

Sekarang ni tengah bingit kat rumah aku. Ada 3,4 orang cine berkeliaran kat dalam rumah aku. Tensen tol aku. Cina-cina tu semua ayah suruh pasang alarm kat kliling rumah. Huh. Smalam mase demo, 1 kampung denga bunyik alarm.

Banyak benda yang ayah nak cite kat aku sepanjang aku takde kat rumah 3 minggu lalu. Macam-macam benda berlaku pada dia sepanjang 3 minggu ni. Hehe. Tapi yang paling die suke cite pasal election baru-baru ni. Aku layan ar gak sikit-sikit pasal tu, pasal kalo layan lebih-lebih aku bukannye reti sangat benda-benda nih. Angah lak bawak balik digicam die baru beli. Ingatkan die bawak balik sekali dengan wayar connect ke pc, boleh amek gambo aku masuk dalam blog ke, frenster ke. Die tak bawak ar plak, bosan jek..

Apsal ek aku balik rumah minggu ni? Macam no point jek balik. Sampai rumah malam sabtu ari tu, tido. Bangun esoknye kol 12 lebih, lepak-lepak, main game, sampai malam, chatting, tido balik, tadi bangun kol 12 lbih gak, dengo bising-bising bunyik alarm, pastu online nak update blog. Kerja 1 pun aku tak bawak balik. Adeyh. Esok nak kena hantar tutor chem lab. Tapi leh gak save duit, kalo stay kat pj mesti bebudak ni ajak kuar gak. Better still, next week tak yah ar aku nak balik, leh usah-usha buku, wat soklan prektis ke, coz next week ada midsem exam! Get ready man!
Lama dah tak blogging. Tiap kali nak blogging asek malas jek. Hari ni ade mood nak blogging, tapi bebudak ni ajak meeting engenius lak kat mIRC. Hampeh tol. Lain kali arh blogging.

Selasa, Mac 23, 2004

Tadi quiz math. Nengok zuhdi nye jawapan same cam aku. Best best. Wahahaha

Sabtu, Mac 20, 2004

Hari ni pulak blogging kat IIUM Cyber. Pun lama gak tak blogging dari sini. Takde orang sangat skarang ni kat IIUM Cyber. Ade 3,4 orang jek. Husen ade sebelah aku, cam biase ar, hardcore ukhwah.com. Huhu! Ajak aku gi gath amende tah (anjuran ukhwah.com). Nengok ar husen, kalo aku free aku ikot ar ko.

Bosan giler (setakat tengahari ni ar..) rumet ramai balik. Tutorials takde mood nak buat. Tido jek la aku...

Bosan doe...

Bile nak belajar?

Jumaat, Mac 19, 2004

Kat library. Lama dah tak blogging dari library. Bosan seh. Rumet ramai yang balik. Nak gi ngundi kot? Wahahaha. Ampeh. Aku tatau menau ape yang berlaku dalam arena pilihan raya skang nih. Yang aku nampak skang nih bendera, poster memang melambak-lambak. Petang tadi pegi jogging kat SS 16, nengok makin rancak kempen, siap ada khemah BN tak masal ada kat bahu jalan. Ntah ar, takde nak komen pape pasal election ni, tak berminat. Yang penting sesape menang pun, mesti kasik cuti 1 hari. Wahahaha...

Ingat nak balik Muar hari ni, ayah pulak yang discourage aku. "Jalan balik nanti sebok, banyak kete. Orang semua balik mengundi,". Memang betul pun, petang tadi aku suruh Napong usha tiket balik Muar ade ke tak, (petang tadi die pergi pudu, hantar ayah die balik penang), habis seh. Bila la aku nak balik agaknya, cuti mid sem nanti seminggu jek.. Huhu~

Dah nak masuk minggu ke-3 dah aku ade kat sem 3 ni. Kerja tak banyak sangat, tapi lectures sume express, laju. Catch up? Boleh, insyaAllah. Kat hostel plak aku dah mula menyesuaikan diri dengan keadaan bilik kami itu.. Wahahaha, sentiase bukak lampu, kalo tak gelap. Katil aku dah patah! Nak report, tapi asek buat-buat tak sempat jek nak report. Skang ni aku menyesarkan dein dari katil die, die tidur katil lain. Heh heh...

Kelmarin pulak ada meeting Engenius. Kecah-kecah semua tak nak jawatan yang diberi untuk sem depan, termasuk ar aku. Isk. Sampai ada ura-ura nak bubar. Macam-macam cara yang diusul cemane nak settle. Sampai sekarang belum settle lagi, meeting ditangguh ke meeting akan datang yang akan diberitahu tarikhnya.

Balik kah aku ke Muar sebelum final exam sem ini?

Ahad, Mac 14, 2004

Tiada apa yang menarik berlaku sepanjang first week sem 3 ni. Kelas tak packed sangat, tapi had to face such a fast-pace study. Minggu depan dah start quiz, tutorials, assignments. Math dah nak abes chapter 2 dah. Huhu. Bilik lak terpaksa dibukak lampu sepanjang masa. Kalo tak, akan jadik seperti waktu senja lah bilikku itu. Isk2..

Semalam pergi Mid Valley, lame dah tak pegi situ, rindukah? Hahahah.. Kat MVEC ade buat women's day ngan edu fair. Edu fair? Teringat dulu mase lepas2 SPM. Pastu kat situ ade wat show kapuera ape tah, yang Brazil nye silat tu. First time nengok, best ar gak. Kat MV, orang tak ramai sangat, orang ramai pun sbb nak nengok mende2 kat MVEC. Shopping2 sikit kat Carefour, lepak2 kat MPH, tu jek ar yang menarik aku buat minggu ni kot? Huhu~

Better get busy from now...

Selasa, Mac 09, 2004

Proses mengambil result dan pendaftaran semester isnin lalu, seperti biasa berjalan dengan tidak lancar. Semester lepas, selepas sedar betapa susahnya kalau keluar lambat nak amek result, ramai-ramai berazam nak kluar awal mase nak amek result. Tapi segala-galanya adalah azam semata-mata. Masing-masing sume kluar amek result pukul 9 lebih, sama macam sem lepas. Line beratur dah sampai ke luar dewan dah, macam sem lepas gak. Beratur-beratur, sambil bergilir pergi register sem kat central spine dengan roommates. Akhirnya sampai gak kat kaunter amek result dalam pukul 11 kot, awal lagi la daripada semester lepas. Menunjukkan betapa sistem pengurusan yang telah diperbaiki, walau ada sedikit kelemahan. Huhu.

Tapi malangnya nasib kami sebilik, result kami tak da pada tangan kaunter tu. Sebilik tak dapat result. Cek nama kat blacklisted students STAD pun tak da. "Takda.. takda.. ni mesti pasal bilik kotor nih.. Dah sorang budak bilik kite pun tak dapat result," sian zuhdi berpeluh-peluh dia nak setel nde nih. Memang betul, result kite orang pada ofis college. Tak masal kena denda RM 10. Bilik last sem kotor. Tapi nak amek, kena beratur lagi. Aku dah penat giler macam siot. Tambah pulak kita orang kena tukar bilik. Bilik baru pulak memang tak best. Bilik baru ni menghadap ke dalam, bukak-bukak tingkap jek terus nampak atap cafe mak wan. Heh. Suasana sentiasa macam waktu maghrib. Bilik dah ler berhabuk. Terpaksa sapu + mop bilik tu (sampai patah-patah mop mak cik cleaner dikerjakan.. muahahaha. Tapi kita org ganti kayu baru ma..) smalam seharian + dengan kemas-kemas loker sume-sume tuh. Penat siot. Anep plak ajak aku amek result + register bilik tengahari tuh, kire awal gak ar setel sume skali. Alhamdulillah...

Pagi tadi pukul 9 kelas dah start dah. Kelas math. Half of my classmates last sem still same kelas ngan aku, plus some of classmates zuhdi. Sekelas ngan zuhdi doe aku sem nih.. Huhu! Tadi ingat cekgu nak intro sikit-sikit jek, rupenya die ajar sampai abes subtopic, 3 jam wo. Balik kelas tadi tido, sampai pukul 4 tadi bangun, solat zuhur, pastu gi cc. Hehe. Petang karang nak gi pasar malam, lama giler tak layan nasik lemak nora. Huhu! Study? Nak start dah ke? Malam ni la... Huhu~

Sabtu, Mac 06, 2004

Tengah nengok cerekarama sambil blogging nih... best ar plak citer nih. Anyways, awal pagi tadi farouq tepon aku.

"Awal ko bangun?"

"Heh.. kasik sehat sikit badan.."

Sihat eh? Cam perli aku jek. Hahah. Farouq nak beritahu aku yang result dah kuar, boleh cek via sms. Peh. Canggih betul. Lepas dah beritau aku betapa kekecewaan menyelubungi dia walau result die ok ape, dia suh aku cek.

"Aar, ye lah, ye lah"

Aku yang mamai lagi terus menyambung tidur selepas itu.

*****

Cek result tu hanye boleh untuk 013 and 019 users. So mintak tolong juan, sekali lagi. (Isk.. leke tol nengok drama tu, lambat seh nak type..). Suspen gak nunggu. Cuak, cuak, cuak. Aaargh! Tak lama pas tu juan forwardkan kat aku result die... Pass, alhamdulillah, but, not too good. "Jadik la..." tu jek komen ayah. Huhu. Better push more and more and more and more effort after this. Tak leh leka-leka lagi lepas ni. Bukan azam semata-mata, insyaAllah aku akan cuba (cuba lagi.. ape nih?). Aarh.. sekurang-kurangnya aku mencuba! Cuba lagi Azimin! Usaha sehabis baik! Ganbate ne~

*****

Tengahari tadi jumpa cikgu rauhdah kat keje kawin rumah jiran aku.

"Macam familiar jek ek? Sape ni?"

"Saye Azimin, cikgu,"

"Aaar.. ye, ye, eeii, bulat eh ko sekarang!"

Isk, dah berape puluh orang yang dah lama tak jumpa aku cakap macam tu. Huhu! Cikgu raudhah tadi, macam biasa, glamour, berkarisma. Tadi jumpa dia, dia dah nak balik, siap kenalkan aku ngan suami dia. Hehe. Tak sempat nak borak lama ngan dia, tanya dah ada anak ke belum? Huhu. Dia kirim salam semua...

*****

Wah, dah nak abes dah cerekarama ni. Dah last-last cam tak best ar plak. Huhu~

Khamis, Mac 04, 2004

Semalam aku pening. Asek pening jek aku nih.. ade pape ke? Hahahah. Lepas main game malam semalam aku jatuh pening. Aku cube menghilangkan pening itu dengan menggoreng beberapa keping roti telur, dan memakan kesemua dengan berselera. Memang hilang, tapi lepas makan pening balik. Huh. Kemudian aku cuba pulak untuk tidur awal. Tapi memandangkan aku cuba untuk tidur awal depan tv, jadi usaha aku nampaknya gagal. Eventually aku nengok bola sampai abes kat ch 9. Sebenarnye banyak sangat tido yang buat aku pening.

Esoknya, seperti biasa bangun dah nak dekat tengahari. Seperti biasa gak aku akan terlepas cuaca redup di sebelah pagi, di mana aku sepatutnya sambung ngecat pagar. Aaargh!! Cat pagar mungkin gak buat aku pening. Pening pasal pikir 'bile la nak siap nih...'. Dah masuk 2 minggu dah, tak siap-siap lagi. Payah tol nak nunggu petang yang redup. Pukul 5 lebih baru redup, pastu pukul 6.30 dah kene berhenti, makan, sembahyang. Dah ler payah nak cat pagar tuh, permukaan tak rata, simen kasar. Aaargh! Memberi alasan kah aku? Tapi petang tadi aku tak dapat nak ngecat, hujan. For the 1st time untuk seberapa lama ni, hujan! Hawa panas selama ni berasa reda sikit. Alhamdulillah...

Semalam juan kontek, dia dah belikan tiket balik KL untuk aku, sekali dengan dia ngan kakak dia. Tenkiu. Dah nak balik UIA dah aku. Rasa cuti 3 minggu ni macam lama ada, macam kejap pun ada. Dan yang membuatkan aku pening juga, bila memikirkan result yang akan kuar 8 mac nanti. Cuak, cuak, cuak! Isk... Petang tadi suzie call aku. Dia baru 3 hari start cuti sebulan lebih. Boring dah kata dia. Hahah. Borak-borak. Dia ceritakan detik-detik sukar kat Gombak berbanding detik-detik berfoye kat PJ. Hehe. Selalu menyedarkan aku betapa penting nya asas kat matrik sebelum ke main campus nanti. Sedar tu, sedar la jugak. Tapi perlaksanaan tindakan? Huhu.

Walau bagaimanapun, cerita-cerita semasa jugak agak memeningkan aku, terutamanya kisah pembubaran parlimen dan kisah kempen pilihanraya yang akan diadakan tak lama lagi. Baca paper, cerita tu. Nengok TV ceritu jugak. Pegi pekan kat rumah aku pun sebok tengah kempen. Petang tadi nengok ada program pemeriksaan kesihatan percuma dan pertandingan bayi sihat. Dia buat kat warong. Banyak banner kaler hijau, dah paham dah. Orang ramai seh.

Ah pening. Nak tido arh!

Selasa, Mac 02, 2004

Hari ni 10 Muharam 1425 H. Semalam masa tengah ngecat ayah cerita, puasa pada hari ni bagus. "Esok puasa bagus nih..." kenyataan yang berbentuk mengajak. Huhu~

Memang banyak kelebihan puasa hari ni. Bukan puasa jer, malah banyak lagi amalan yang digalakkan pada hari ni. Antaranya :

1. Solat sunat Mutlak
2. Bersedekah
3. Mandi sunat
4. Menyapu kepala anak yatim ; Allah akan angkat darjat setiap helai rambut yang diusap
5. Meluaskan belanja isi rumah
6. Ziarah orang sakit
7. Ziarah orang alim
8. Kerat kuku
9. Bercelak
10. Zikir dan doa hari Asyura
dan sebagainya. Hari ni jugak la ade wat bubur asyura.

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang
berpuasa
pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan
siapa yangg bersedekah
pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar

dipetik dari laman web Mufti Brunei

Senarai amalan dipetik daripada hand out Lujnah Ta'mir, Masjid Jamek Muar.

Isnin, Mac 01, 2004

Pagi tadi bangun pukul 11 lebih, nengok ayah tgh ngecat pagar, sambung aku cat yang tak abes-abes since last week. Huhu! Hari nampak redup, so lepas bersihkan diri, join arh ayah. Sepanjang aku cat pagar sejak minggu lepas, walopun ade hari-hari yang aku rehat, aku susut 1 kg. Kalo gitu aku mau cat tetiap ari ar. Tapi aku malas. Asek tido jek. Isk...

Tengahari tadi makan kat Pt Jawa. Ayah tak ikot, puase. Mase nak balik, dah start enjin dah, nampak ustzh rohana ngan suami die. Lame tak jumpe die org. Beborak jap ngan die org. "Nengok kete ni td, saye igt ayah awak yang hon saye," ingat lagi ustzh rohana ngan kete yang slalu amek aku kat skola ni :).

Petang ni tatau ar, kalo redup mau sambung cat, bleh susut 1 kg lagi :P. Sempat ke tak sempat abes sbelum aku balik UIA smule tatau ar...

Ahad, Februari 29, 2004

Pagi tadi aku bangun awal. Sebelum pukul 8 pg lagi aku dah kene bangun. Mak no ajak gi Air Panas Sungai Gersik. Ajak bermandi manda kat situ. Dengan keadaan aku laloq tu, die leh suh aku driving lagi. Aduh, terpaksa aku membulatkan mata aku.

Sampai dalam pukul 8.40 pg. Orang dah ramai seh. Bukan main-main nye ramai, memang ramai gile. Tak sangke aku ramai cenggini. Last pegi sini mase aku skola rendah. Masa tu aku pegi takde orang langsung! Hahah! Sekarang ni kolam die dah cantik. Ade 2 tingkat lagi, satu yang original, satu lagi yang tak brape panas. Dah lame aku tak pegang air panas original dari bumi. Isk. Berasap seh kolam. Siap ade bubbles lagi, mendidih. Waah. Nengok ade yang berendam dalam kolam panas tu. "Eh, nanti dulu. Warming up dulu. Nak mampos terus jek berendam dalam kolam tuh?" mak no bising bile aku jakun nengok orang berendam dalam kolam tu, aku nak rendam gak.

Mula-mula amik segayung dari kolam utama (aku berendam dulu dalam kolam bawah, tak brape panas, ala, budak umo setahun pun boleh selambe jek mandi situ), peh panas siot. Kuang-kuang mau 70-80 C gak. Menggelitek aku kene simbah ngan mak no. Malu lak nengok awek-awek lain rilek jek rendam kaki dalam kolam panas. Tapi lame-lame sket, i get used to it. Basuh-basuh muka, rendam-rendam kaki. Pastu selambe jek aku try mandi. Aaaargh panas giler. Tahan! Tahan! "Bagus mandi air panas ni. Original nye air panas Tuhan bagi. Boleh melancarkan perjalanan darah, hilangkan parut-parut jerawat tu.."

Dalam ramai-ramai tu, bese ar, ade macam-macam ragam. 'Jinsei iro iro hito sore zore' (Dunia bermacam-macam, manusia pelbagai ragam). Ade sorang mak cik tu, (dah bleh panggil nenek) mandi berkemban kat tgh-tgh orang ramai tu. Aduh... Nasib baik tua. Tapi ada 2 orang awek tu pakai baju kurung, macam nak gi umah keje kawin. Die bukak kain die. Peh... ada seluar panjang dalam kain die. Pastu main kocak-kocak air kolam gune kaki. Wah. Ayu siot. Cenggitu ar baru sopan. Nak mandi, die amek air sebaldi, pastu pegi bilik air. Aku pun mandi pakai baju kat kolam tu. In fact almost all people there wore their shirts while bathing.

Lame ar gak lepak situ. 2 jam ade agaknye.

Tapi memang lega lepas mandi tu. Balik umah rase cam nak pegi lagi jek. Best-best. Berbaloi la gak cuti aku pas tak jadik pegi Pangkor ngan bebudak ni... :P

Sabtu, Februari 28, 2004

Keputusan SPM telah diumum. SMKA Maahad Muar mengekalkan kecermelangan (selain keseluruhan) dengan seorang calon mendapat A bagi kesemua 11 kertas. Farizah, pelajar terbaik Johor PMR 2001, yang juga bureaumate aku (biro kebersihan, badan pengawas), mengekalkan kecermelangan dengan mendapat 8 1A dan 3 2A. Hebat bebudak kebersihan nih.. Hehehe. Tahun aku pun partner aku dalam biro nih, fikri pun dapat result serupe ngan farizah. Result yang lelain, 4 orang dapat 10 A, dan ramai lagi yang dapat 9 A dan 8 A. Syabas, syabas.

Maklumat diterima daripada ref'at jaguh hoki skolah, yang dietemui di Tanjung bersama beberapa orang rakan meraikan kejayaan mereka (aku dah agak dah, mesti jumpe korang seme kat Tanjung, tu sebab aku gi sane tgh hari tadi). ref'at telah mendapat 8 A.
Pagi ni kuar result SPM 2003. Wahahaha.. berdebar-debar lah engkau wahai junior-juniorku.

Dulu masa aku nak amek result (25 ke 26 feb.. cam tu ar), satu hari sebelumnya aku tengah cat-cat rumah. Sesambil cat tu, berangan-berangan aku dapat result cemane, pastu berangan-berangan sambung study ke memane. Huhu.

Esoknya, bangun pagi-pagi lepas sembahyang subuh, doa-doa, aku tak bleh tido (Sesuatu yang agak ajaib bagi aku ketika cuti). Aku agak tertekan memikirkan resultku yang bakal diketahui tak lame lagi ketike itu. Ayah pulak seakan mahu meredakan tekanan aku dengan mengajak aku berbual-bual tentang perkara selain drpd SPM. Bual, bual gak, tapi SPM tetap menguasai pemikiran aku mase tu.

Lebih kurang pukul 10.30 pg aku bertolak dr rumah dengan Ayah. Sepanjang perjalanan aku amat gelisah, tak senang duduk. Kena pagi sebelum pegi tu, fazley dah kecoh-kecoh dah tau result die dr cikgu ooi (from his wife actually).

Sampai sekolah, aku gi usha tanye bebudak ni, result belum keluar lagi, so aku suruh ayah balik @ jenjalan dulu, nanti dapat result aku call die. Jumpe paat, cam biase, asek senyum jek. Heh. Die cakap fazley dah nangis dah, die dapat result yang tak menepati target die, yang jugak mengejutkan beberape pihak termasuk aku. Isk.. Makin bertambah risau aku.

Pukul 11 lebih, calon-calon dikehendaki masuk ke dalam Dewan Seminar untuk mendengar pengunguman. Memula puan pengetue buat ucapan, kate pencapaian baik. Pastu cikgu-cikgu lain lak buat ucapan. Ala.. seksanya nunggu. fazley lak cam bese, sebok nak usha-usha result pada tangan cikgu ape tah name die (die cekgu baru, masuk lepas aku kuar). Pastu cikgu tu umum result satu-satu start drpd terbaik sampai ke bape belas tah. Suspen seh (tak suspen sgt sbenonye, sebab fazley dengan ampehnye telah terlihat result aku dan kemudian memberitahu aku. Huh)

Alhamdulillah. Aku dapat result yang boleh dikatakan baik. Legalah gundah di hati ini. Beritahu ayah, abang, angah. Terdengar suara gembira mereka. Beritahu cikgu-cikgu result aku, berterima kasih kepada mereka, bincang-bincang dengan mereka ke mana arah tuju selepas ini. Berkongsi kegembiraan rakan-rakan lain yang dah lame gak tak jumpe. These are moments i nvr forget.

For all SPM 2003 candidates, especially candidates from SMKA Maahad Muar, wish you all will come out with flying colours.

Rabu, Februari 25, 2004

Baru cadang nak upgrade, PC aku dah buat hal melampau tahap cipan yang menyakitkan hati aku. Internet Explorer tak boleh bukak - Internet Explorer has encountered a serius problem and need to be closed. Unistall pastu intall balik IE pun tak boleh bukak jugak. Waaa.. Cemane nak cek emel nih. Cemane nak blogging nih. Dah ler PC selalu Tak memasal off sendiri. Apa hal la nih..

Tanye orang kat kedai dia kata kena format balik Window. Aduh... malas tol aku nak format tak reti aku nak format-format nih. Dah ler khazanah dalam PC ni banyak, mana nak simpan, USB pun takde.

Luckily firdaus leh tolong aku. Die kasik download Netscape 7.1, latest nye version. Best gak. Thanx ma fren. Kutuk-kutuk pun nak gak ko tolong aku eh. Wahahahaha. Tenkiu, tenkiu.

Ahad, Februari 22, 2004

Semalam layan sate untuk dinner, hari ni plak layan nugget. Huhu. Bape puluh ketul tah agaknye aku melantak. Petang tadi kakak-kakak ipar aku buat kuih buah melaka. Tak penah-penah buat. Sedap gak die orang buat.

Pastu petang sikit gi Tanjung, layan rojak petis. Pastu lepak-lepak kat taman yang penuh sesak cam kat KLCC mase new year. Heh.

Banyak betul aku makan weekend nih...

Sabtu, Februari 21, 2004

Hari ini, 6 tahun Hijrah yang lalu.
Kira-kira jam 9 malam.
Rumahku.

Kereta yang aku naiki menyusuri jalan masuk ke rumah. Keadaan rumah kelihatan meriah, seakan-akan suatu kenduri besar sedang berlangsung. Ramai saudara-maraku keluar dan terjenguk-jenguk kereta-kereta yang masuk ke perkarangan rumah. Ayah dah mula menangis. Muka Mak (Allahyarhamah) tersenyum berseri-seri. Kedua-dua berada dalam kereta berlainan denganku.

Keadaan menjadi semakin riuh ketika kami keluar daripada kereta yang kami naiki. Ayah sudah teresak-esak menangis. Kami berpelukan sesama saudara-mara. Sepupu-sepupu sebayaku menepuk-nepuk belakangku. "Wah, Haji eh skang?". Aku tersenyum.

Selamat Tahun Baru Hijrah.

Tadi lepas balik surau baca doa tahun baru, kita orang satu famili bakar sate. Tak pernah buat dan bakar sate sendiri sebelum ni. Guna tempat bakar bar-b-q. Bila arang, semua-semua dah ready, start ar bakar sate yang dari pagi tadi dah peram. Muahahaha. Orang tak pernah bakar sate. Dengan yang hangusnya, yang tak masaknya, semua ada. Tambah lagi dengan karenah aus.

Tapi seronok jugak bakar-bakar sate nih. Puas hati bakar sendiri. Makan pun suka hati nak macam mana pun. Nasi impit, timun. bawang pulak melambak-lambak, kuah kacang pun melimpah-limpah. Waah.. Tadi 76 cucuk sate dibakar. Termasuk 2 cucuk sate kerang dan berpuluh-puluh cucuk sate ayam dan lembu. Pukul 11 malam tadi baru setel semua. Penat dan mengah, tapi puas.

Khamis, Februari 19, 2004

Adeh, pening kepala. Asek tidur jek. Semalam 10 jam lebih aku tidur. Apa yang best sangat ngan tidur ar? Ada apa dengan tidur?

Tadi makan siput sedut kat Tanjung. Lame dah tak makan siput sedut. Layan giler. Ingat dulu masa kecik-kecik selalu ikut ayah pegi pasar tani, nengok siput sedut, hidup lagi, panjat-panjat bekas besen, dengan lumpur-lumpur skali, eee... Aku selalu kene marah ngan ayah sebab main-main mende alah geli tu. Muahahaha.. Tapi aku suke gak makan.

Masa makan kat Tanjung tu ada ar jumpa junior-junior masa skolah dulu. Bukan jumpa die orang tengah makan, jumpa die orang tengah berniaga makan. Huhu. Bagus seh, tak dapat PKN pun ada gak aktiviti yang betul-betul berfaedah ek. Aku dulu masa muda-muda cam korang tah ape-ape tah aku buat. Huhu. Yang berfaedah sikit aku buat, cat-cat rumah... er.. bersih-bersih rumah.. cat-cat rumah.. er.. tu jek ar yang berfaedah kot? Muahahha..

Sekarang ni pun blur. Apa yang boleh aku buat cuti-cuti nih?

Rabu, Februari 18, 2004

Semalam dah started the 1st day of the PKN. Wah.. nengok cam gempaq jek. Seronok join program macam tu. Terluang la jugak masa 3 bulan, tak macam aku mase mude-mude dulu, bosan giler terperap kat rumah. Lepas tu tak masal dapat duet RM 300. Dah le sume-sume free.

Nengok warta berita, respon daripada peserta seme baik-baik. Walopun ada yang menyusahkan, sebab timbulnya pelbagai masalah conthonya, peserta kene campak tah mana-mana negeri tah, kadang-kadang jauh, soal kelewatanlah dan memacam lagi, program ni, bagi aku ar, memang ar best giler. Makan free, sesedap plak tuh, dapat uniform ala-ala kadet bomba free, program sume best-best (cume ceramah jek kot bosan? huhu), dapat kawan baru, ramai lak tu, pastu die orang ada sediakan khidmat kaunseling untuk pilihan sambung belajar, and yang paling penting, pengalaman. Peh. Aku tengok pun ada ar jugak sekelumit rasa cemburu di hati ini, sekelumit jek ar. Apsal la mase aku dulu tade. Huhu.

Isnin, Februari 16, 2004

Tengahari tadi pegi Summit Batu Pahat. Ayah dapat hadiah mende tah, cabutan bertuah ar lebih kurang. Sampai² jek kedai tu, kami berdua disambut dengan mesra sekali dengan beberapa salesman kedai tu. Ayah dapat jam tangan free. Tak masal dapat. Thats what i call lucky draw.

Pastu, salesmen tu hulur 5 kad, aku amek dpt kad 'terima kasih'. Ayah amek dapat kad offer. Offer macam celaka lak tuh, dapat beli reverse-osmosis filter, set 30-pcs kitchenware, ngan electic health massage, all worth RM 6979.00, dengan hanya perlu bayar RM 2690.00 sahaja as a method of die org nye promotion. Tak masal dapat murah. Rezeki.. rezeki.

Belum ade program lagi nak buat ape cuti nih. Juan dah ajak gi becuti kat Pangkur. Ade ar 3,4 orang member dah comfirm nak ikot. Aku lak asek lupe jek nak kontek juan. Best ke ar Pangkor?

Ahad, Februari 15, 2004

Baru balik dari rumah Pak Hj Salleh, my neighnour. He just arrived from Mecca, ade ar dalam 2,3 ari baru sampai. Berseri2 muka dia. Heheh. Orang ramai dah ziarah dia, kurma, seme2 tuh dah nak abes. Huhu! Femes Hj Salleh.

Seronok dengar cerita kisah suka duka dia kat Mekah. Wah. Rindu aku pada Tanah Suci sudah lama belum terubat. Pejam celik, dah 6 tahun rupanya. Bila boleh pergi lagi? Ada rezeki, soon, insyaAllah.

Huh. Started to bore. Baru 2 hari duk rumah. Pe nak buat ar?

Sabtu, Februari 14, 2004

One week of final exam ended last wednesday. Huhu. Some papes being done confidently, some with almost zero confident. Now, i can just pray for the best. Amin...

This last seven days, although quite busy with exams, still there were many things came up, still kept busy with things other than exams. Hahah. One of them is my first time 'jump over the fence'. That was the time after we got back from 'celebrating' some of my roomates that had already finished their papers. That time i still got another 2 papers, huhu. I hurt a little bit on my chest due to the jump. Aargh..

We also celebrated the success of the bureau of education of Engenius at Pizza Hut. Everyone wanted at KFC but then akram refused. Hahah. "yela.. yela.. ikot ko la..". All members were there except 3 absent. "Peehh.. kenyang abes.."

Got into a little a lot of mess in the room as everybody was cleaning and packing. It became worst when the 'study area' , located everywhere in the room, was allready messed up the room. "tongkang pecah pun lagi kemas seh.."

After exams i stayed at angah's house at shah alam. Alea... shes getting cuter. I like to watch her when she lean her head onto something and make a 10 cent face. Hahah! So cute.

Now here i am, just arrived at home from shah alam. Such a long journey. "Cakap ar awal² yg bas gi muo tu ade jauh dr tmpt bas ekspress, ne la aku tau," Have to get help from ebby coz turun kat melake (dah ckp melayu dah.. dah start malas nak nulis ar nih.. Huh), bas shah alam - muar dah abes. Pulak tu bas non-stop melake-muar pun tade. Ampeh. Terpakse ar naik bas ska yang benti² tuh. Tambah dekat 2 jam dr perjalanan non-stop sh alam-muar. Penat dowh.. Sian aku. Huhu!

Rabu, Februari 04, 2004

Esok start final exam. Study macam sebulan lebih lagi nak final exam. Esok paper BTQ. Then Math. Pastu Physics. Last sekali chems. Pastu cuti. Pastu.. aargh... exam oii.. exam..

Sabtu, Januari 31, 2004

Pagi kang gi shah alam. Macam tahun lepas, raya haji kat sana...

Rabu, Januari 28, 2004

Hujan turun semalam dua ni. Petang tadi pun hujan juga. Terbatal niatku nak ke pasar malam, lame dah tak pegi, setengah tahun ade kot? Hujan.. Mane best study. Tido ah best...

Mase nak sambungkan balik line telefon kat bilik ayah, dibukak sebab takut kene kilat, nengok ayah tertidur depan tv yang still on. Sian ayah. Dah dekat setahun dah dia duduk rumah sorang².. Aku? Belajarkah aku kat UIA tu? Dia nampak kurang puas hati dengan result aku semester lepas.

Ah aku ni! "Ko banyak sangat berangan zim.." fana penah cakap kat aku cam tu. Memang betul pun. Ah sudahlah..

Selasa, Januari 27, 2004

Try to study at 10.30 pm last night. Its really hard to concentrate. Try again after this. Have to study! Final is juuusst around the corner.

Isnin, Januari 26, 2004

Tengahari tadi ada kemalangan kat depan rumah. Lori sondol belakang van yg tengah nak pusing. Van tertolak dan terbabas langgar tembok jambatan rumah aku. Lebih kurang 15 sm lagi nak kena tembok pagar, kalo kena, innalillah...

Pemandu van, seorang mak cik dengan anak dan mak dia. Lori bawak barang? runcit. Cermin belakang van pecah, berterabur atas jalan raya depan umah aku. Van tersangkut atas tembok jambatan, silap? bleh terjatuh masuk dalam parit. Tiada kecederaan berlaku. Kejadian berlaku ketika dua? kenderaan dalam halaju yang rendah. Jadi tumpuan seketika rumah aku.

Lebih kurang dalam sejam, after some tensed negotiating, masing? tolak ansur, cincai kire ar, termasuk ayah cincai kire pokok bunge die tumbang dengan 2 bijik pasu pecah. Huhu! Kene panggil penunda, nak angkat van yg tesangkut pada tembok.

Aku yang tengah nak mandi tu tak jadik nak mandi. Huhu! Pas setel accident tadi, ajak ayah makan kat tanjung. Lame dah tak makan situ. Dulu selalu jumpa cikgu shidah makan ngan anak die kat situ. Kekadang jumpa pak din. Ah! Tiba? saja aku rindukan sekolah.

SMKA Maahad Muar. Sekolah yang agak cemerlang pencapaian akademiknya. Hampir setanding dengan SMS Muar. Kerap kali aku impikan sekolah ini mampu mejadi antara yang terbaik di Malaysia. Seingatnya, pencapaian terbaik adalah pada keputusan SPM 97, sekolah ini di ranking 57 seluruh Malaysia, yang ke 5 di Johor dan yang kedua di Muar. Guru? di sekolah ini amat dedikasi, paling takkan kulupa, cikgu shidah selaku guru peperiksaan. Ah! terlalu ramai lagi yang hendak disebut. Semuanya hebat? belaka. Cikgu, terima kasih yang tak terhingga.

Dengan kemudahan yang tidak sempurna di sekolah, pelajar pula mampu menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Tahniah layak diucapkan kepada anda. Berusahalah dengan lebih rajin, harumkan nama sekolah. Berusahalah dengan lebih gigih, cari kejayaan dunia dan akhirat. Berusahalah dengan lebih tekun, jangan hampakan ibu bapa. Jangan berasa puas dengan usaha yang ada. Tanamlah azam untuk belajar bersungguh-sungguh!
Paling lame chating smalam. Almost 5 hours, non-stop. Nak buang air pun ditahan-tahan. Seronok gak borak² ngan senior. Kat skola tak pnah bebual, in fact, aku tak pnah kenal pun die, die jek yang kenal aku (waahh!!). Banyak cerita pengalaman, banyak beri nasihat, banyak membuka mata aku, sampai subuh aku tak tido. Hahah! Terima kasih banyak².

Ahad, Januari 25, 2004

******: jgn mengalah dulu
******: berjuangla
azamkukuh: bagus siot ko
azamkukuh: ko seorang senior yg baik
azamkukuh: tenkiu
azamkukuh: tenkiu
azamkukuh: doakan la aku di sini..
azamkukuh: isk
******: ape guna senior
******: tu baru skit dugaan
******: aku kat sini dulu pun mcm ko
******: hampir hanyut juga
******: dan hampir tewas
******: tp alhamdulillah
******: x sia2 ke maaahad
******: aku bgn balik
******: study dahla susah
******: pastu culture shock
******: nasib baik ade kawan2 yg tolong
******: ko pun jage diri baik2 kt sane
-------
******: nak stop ke
******: aku hanye leh chat weekend jer
******: weekday takleh
******: sbb nanti x bc buku
azamkukuh: rajin siot..
azamkukuh: ajo aku sket cemane nak rajin bleh?
******: so,kalo ko nak chat ngan aku lg next weekla
azamkukuh: raye aji
azamkukuh: tak balik ke?
******: aku x tahu mcmn nak ajar orgla
azamkukuh: xmo kongsi ar eh?
******: its urself
azamkukuh: yela
azamkukuh: yela
******: bkn x nak kongsi
******: cum tanamkan azam utk bljo
******: aku cuma ksian ngan mak ayah aku
******: so aku x buat nmain2
******: diorg kuar duit dah banyak sgtla
******: aku pun malu la kalo tak berjaya dlm hidup
******: x smestinya ko ada keje etc
******: maknanya ko dah berjaya
******: actually ist everything
******: rohani luaran dan dalaman
******: asal jadi org berguna dan dpt balas jasa diorg
******: aku dah bahagia dah
******: panjang celoteh akukan
******: terpulng pd diri msing2la
Lame dah tak balik Muar.

Tengah hari kamis gi pudu, tuka tiket dr sabtu ke kamis. Dapat bas pukul 4.30 pm. Lepak? KL sat, supermarket seme tutup. Pekerja asing ramai giler, macam kat KLCC mase new year ari tuh, sesak.

Bas gerak kol 5, sampai kol 7.10. Paling laju pnah aku naik.

Petang jumaat, gi tanjung, jumpe member. Member datang lambat, so jalan sensorang kat taman. Lame tak jalan2 kat situh. Ramai orang. Terserempak member lame. Borak sket?. Jalan lagi, terserempak another one. Borak sket? lg. Lame tak merase angin selat melaka bertiup. Tengok org memancing. Bebudak main kat taman. Mak bapak, anak? yg da besa duduk? kat kerusi taman. Riuh rendah, tapi seronok. Famili riang ria.

Malam tadi makan kat gerai soto pt sakai ngan famili. Lame dah tak duduk semeja, makan? kat luar. Borak?.

Lame dah jugak tak study kat umah. Hehe. Final da dekat wo.. Study wo..!

Ahad, Januari 18, 2004

Alas... The Organic Chemistry book i have found, though finals are just 2 weeks from me. Huhu!

A friend, an engineering student at Yorkshire told me, "Just memorize, that's the key of my SUCCESS,"

Is it worth it to buy a revision book when finals are just around the corner? I just want to try to memorize. That do consider as an effort, don't it?

'Man jadda, wa jadda', no matter how or when.

Sabtu, Januari 17, 2004

Engineus Paper Stall yang aku kene kendalikan sepanjang minggu ni mendapat sambutan yang baik, lebih seperti yang aku jangkakan. Tak sangka banyak jugak dapat untung jual exam paper nih. Tapi suka duka nak handle stall ni bukan mudah seperti yang disangakakan. Sepanjang minggu ni aku tidur paling awal pukul 1.30 pagi, semuanya pasal nak selesaikan masalah? those exam papers. Tiap? hari ade jek problem sehinggakan aku terlupa tugasku sebagai treasurer dinner hari tu belum selesai lagi - buat report. Last? report tak dapat hantar sebelum due date, terpaksa hantar next week.

Lupa nak cakap terima kasih... Hehe. Terima kasih bebanyak ar kepada semua yang banyak tolong aku handle stall nih, bro razip, kak ana, kak mai yang memberikan tunjuk ajar. Paling banyak membantu, akram, dein, dayana, jaie, rizal, jangan ingat aku buli ko sume eh? Hehe. "Weih.. jom ar kita gi kfc, kita guna duit untung..." paling banyak tolong, paling banyak pok pek, *****. Hehe. Yela miss hareere :p, nanti aku gi tanye bro razip, ajak gi makan? ujong sem ke.. eh?

Thank you so much y'all.

Ahad, Januari 11, 2004

Annual Grand Dinner
-Engenius-
10.01.04
8 pm
AMF

Malas ar nak nulis pepanjang. Pnat lom abes lg.

What is important to state here that the committees of this dinner, lead by farouq had done quite wonderful job. Why do i say that? This is due to the lack of money, lack of time, lack of man, still they maturely manage to hold such a grand programme.

The main board, me, the treasurer, akram the secretary, dayana the asst director and especially the director, farouq would like to thank all the committees involved. Although there were some mistakes, misunderstandings and such errors, they all made us move forward to be more matured in handling grand programmes such this dinner.

Pnat, pening. duet dinner lom setel lagi nih.. seb baik ade byk gak ar sponsor. Tu pun blom comfirm lg bleh cover. Harap² cukop. Esok kene pikir pasal engenius paper stall lak. Huhu! "Kalo kite kene bayo buar mende² ni sume, dah kaye kite.." dayana kuat gak ngeluh. Tapi tak bleh lawan farouq. Hahah. Board, LOE, MMC, dinner, paper stall mmg cukop membuatkan aku hanye meniru tutorials and assignments instead of buat sendiri. Study? Amat kurang. Final tinggal lagi 3 weeks. Kene struggle pasnih...

Ahad, Januari 04, 2004

Zuhdi's group is announced as the 1st runner up for LOE. Also wins the Jury Award due to the quality of the invention is the same level as the main campus. Congratulations.

Pegi memanah tadi. My first time archering. Seronok gak. Rase cam nak main lagi jek...


Alea da sehat. Her wounds due to the operation almost 100% recovered. Masih blom bleh minum susu. Kesian. Muka comel die tu nampak letih, pucat, sedih. Aus acah2 pun die nangis instead of happy. Hope alea will completely recover and smile and laugh again soon... InsyaAllah.

Sabtu, Januari 03, 2004

Land Of Enginesia, Biosphyre, Medcy Tech : Which One Is The Coolest?


The last two days of Matric Mega Carnival, MMC are the days we all waiting for - Saturday and Sunday. The days where engineers, scientists and doctors compete to be the man of MMC.

At this time, the hottests are the Medcy Tech's booths. Something new, interesting, attracting exhibitions and exhibitors (hehe). I've visited most of the booths there (booths yg blom pegi ramai org, esok ar pegi), i learn about CPR, paramedic stuffs, homocide and suicide organs and bodies, babies, sperms, cancer etc. I've won some sweets at the Cancer booth, just throw 3 darts, and answer 3 questions on cancer. Nazri won a keychain there, huh, with some help from me... :p.

Biosphyre is also not bad because they provided many activities - all regarding to mathematics and physics. Again, i got to tell i won all the activities and got some lolly pops. Hehehehe! Battle ngan aku ar nazri oii!

Land Of Enginesia? "LOE dianaktirikan," zuhdi said calmly. Maybe, because all LOE booths are placed in a closed are at the AMF. For privacy? Nonsense. Projek bebudak ni plak, bese jek, tipikal. "Eh, ni projek aku dulu.." farid, senior from IIUM Gombak cakap. Hehe. Over all, LOE tahun ni kurang gempaq seperti yang dijangkakan. Anyways, group zuhdi gak yg menarik perhatian aku, The Spectacle For The Blinds. Bleh menang ar aku rase... We'll see tomorrow.

Jumaat, Januari 02, 2004

Join booth Ukhwah.Com petang tadi. Sempena dengan PC Fest kat AMF. Ramai gak ar yang usha² booth nih. Director Kang ngan Hanan pun turun. Gempaq gak ar booth Ukhwah.Com (ade ar gak PC.. ingat kan PC Fest ni banyak PC. Huhu!)

Khamis, Januari 01, 2004

The Long Last Journey Of 2003


"Discman aku ilang..." tenang jek zuhdi beritahu.

"Sial jek..." err.. tak bape tenang ar die beritahu.

"Sebelum suboh tadi ada orang masuk bilik,"

"Anep takde?"

"Ade, tapi die tak kunci bilik, die tatau yang kunci pintu bilik kite dah ok,"

13 ahli, seorang pun takde dalam bilik yang dibiarkan tak berkunci. 7 orang balik kampung, 5 orang pegi new year celebration, 1 orang tido kat bilik lain. Huhu

5.50 pm
31 Disember 2003
UKC

3 orang kluar duit kat atm. Masing² besedie untuk perjalanan 'jauh' yang terakhir tahun 2003. Masing² isik perut kat sini, menyedari perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk makan di destinasi nanti.

6.10 pm
31 Disember 2003
SS 17

Terpaksa menunggu bas sejauh sini, takut² terpaksa berebut nak naik bas nanti. Akhirnya memang terpakse berebut pun... huh. beridir sampai kat Bangsar LRT. Penat siot.

7.10 pm
31 Disember 2003
KL Sentral

Sejam perjalanan, suppose less than 1/2 jam bleh sampai, jammed. Solat Maghrib kat sinih. Pukol 8.10 tunggu Putra LRT pegi KLCC.

8.20 pm
31 Disember 2003
KLCC

Sendat, sardin dalam tin pun kalah. Ramai gile orang dalam LRT. Sampai kat KLCC pun ramai giler orang. Mule² solat Isya' kat Masjid, pastu dengo² forum. Banyak gak die perli pasal countdown kat situ. Hehe. "Tiang kat masjid lagi banyak dari orang dalam masjid yang dengo forum." Ustaz Zawawi, macam biase, memang best dengo die cakap.

9.00 pm
31 Disember 2003
KLCC Park

Nak nengok show kat stage. Orang da sesak dah. Malas aku. Kat atas rumput kat taman nih da mule dipenuhi dengan couple², tak kurang gak mamat² ngan minah² indon. Mase ni ah nak nengok keruntuhan akhlaq remaja dan belia MELAYU. Keterbukaan minda amat jelas. Ingat ni kat mane? Miami Beach? Perempuan dudok kat celah kelengkang laki, pastu laki peluk, raba², sebaliknya pun ada gak. Mostly perempuan² tu pakai tudong.

French kiss pun ade gak. Melambak². Macam rase ade kat negeri mat salleh plak. Seb baik pakai tudong, terase ar macam kat Malaysia sket. Couple² mat salleh ade gak, tapi tade nampk die org french kiss lak. Huhu!

10.30 pm
31 Disember 2003
KLCC park

Manusia makin ramai. Nak carik rumput kat taman nih pun susah, abes penuh sume dah kene duduk. Bebudak skin, punk mule datang, bising², mengganggu couple² yang tgh syok merendek. Harga air/lampu kelip² makin murah. Keadaan makin bingit. Konsert makin rancak, Siti buat persembahan lintas langsung dr Pangkor, Dayang Norfaizah nyanyi lagu niger, couple² makin rancak meraba, bebudak kecik makin ramai kat playground, sampah² masyarakat makin tak snonoh buat kaco - baling bunga api kat orang, ngurat² dak pempuan, buat bising tak memasal. Memang havoc giler ah.

12.00 am
1 Januari 2004
KLCC Park

"Mase ni yang best nengok couple, nengok fireworks ape barang," batak insisted. Memang btol. Pukol 12 nanti ape yang aku bace kat komik Lat - kampung boy skodeng mat salleh sambut new year, berlaku. Disebalik bunyik fireworks tuh ade bunyik² latar yang menggiurkan.

Fireworks. Puas hati nengok. 10 minit yang cantik dan indah. Ni kali kedua aku nengok fireworks - kali pertama kat Stadium Muar, balik umah lepas nengok kat muat tuh, terus demam, huhu!

1.00 am
1 Januari 2004
KLCC Park

Orang masih lagi ramai. Walaupun ramai balik tapi rase macam takde sape yang balik. Usha² kat laman Suria KLCC. Kat situ lagi havoc agaknye mase countdown tadi sebab ade jumpe botol arak besepah atas laman, isk2.

Kat Masjid plak, orang sume tak bleh masuk. Tindakan pihak Masjid memang bijak, die orang buat operasi membasuh masjid, so tak bleh masuk. Tandas Masjid pun tak bleh masuk. Kalo die bagi, alamatnya tak rupe masjid la. Macam masa malam merdeka taun lepas, couple² tak malu betul merendek kat dalam Masjid. Tak kasik masuk malam ni, die orang duduk² bepasang2 kat tepi² masjid, bepeluk². Ape la nak jadik...

Tindakan Masjid memang wajar. Tapi yang tak bestnya kat mane aku nak tido malam ni?? Kite berlima bingung seketike. Berjalan² tiada alah tuju. Lepak² tiada tujuan.

2.30 am
1 Januari 2004
Masjid Jamek, Kuala Lumpur

"Sedap betul kalo dapat tido skang nih..." Harapan tinggi nak tido kat Masjid Jamek. Tapi setinggi mane pun runtuh jua bila nengok pintu pagar Masjid dah beranai kunci. Adeh. Bingung! Bingung!

Lagi sklai, lepak² tade tujuan kat Stesen LRT Putra. Nak pegi Pudu, dein takut sangat kene pau. Batak lapo, asek nak lepak kat maple jek tapi tatau maple kat mane, nak carik dein takut yang amat sangat.

3.00 am
1 Januari 2004
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Satu lagi tempat dituju. Tatau ape yang berlaku kat situh. Nekad jek. Sesampai nengok orang ramai lagi. Polis Trafik pun tengah wat operasi banteras mat rempit. Sisters (mungkin senaseb ngan kiteorang, kene halau dari KLCC) pun ramai lepak kat simpang yang ada ramai polis tuh. Secure la sket. Ade gak trak polis satu, tangkap bebudak punk. Kutu² rayau pun besepah. Tak kurang jugak ngan couple (mane² pun die orang ade..) duduk betenggek kat tepi² jalan.

Takut gak mase lepak kat situ (memule lepak dekat² dataran, gelap sket, jauh dari polis bat operasi). Walaupun ade ramai polis tengah bat operasi, tapi kutu² ni kannye leh caye, sesuke ati die kang kene pau plak kite orang. Alhamdulillah sampai suboh takde pape jadik...

Ade satu gerai air ngan satu gerai yong tau fu kat depan Mahkamah, dekat² ngan sisters lepak, dekat ngan polis gak. Decided nak lepak kat sane. Layan yong tau fu. Pepagi bute ni sedap la plak layan. Lepas tu ramai customer die dtg, makin ramai kat area² situh.

Zuhdi ngan nazri da tak tahan ngantuk. Zuhdi tido atas bangku, nazri ngan aku layan mata kat arca SUKOM, betul² kat sebelah polis bat operasi. Ade gak nampak Omar Abdullah, wartawan 999. "Aduh... ni kalo ade kamera tangkap gamba kite nih, kantoi kite, kang die orang cakap kite remaje yang takde tujuan, tido kat dataran merdeka!" Zuhdi dengan mate lalok pun bleh pk sampai cam tuh.

5.15 am
1 Januari 2004
Masjid Jamek, Kuala Lumpur

Pintu pagar Masjid still berantai. Orang nak sembahyang Suboh blom datang. Frust. Dein cadang pegi usha Metrobus 12, mane tau kalo dah ade. Sume ikot (masing² pk nk tido..). Lalu CM, Bangkok Bank, nengok byk giler paper. Ooowh, rupenye kat sini pusat kumpul paper utk delivery.

Alhamdulillah. Ade 3 buah Bas 12 menunggu utk bergerak. Ramai orang plak tuh, siap ade yang berdiri, ni mesti seme celebr8 new year. Hehe. Sampai kolej pukol 6.10 am. Lepas solat suboh, terus tido sampai la pukol 1.30 pm baru bangun!


Selamat Tahun Baru 2004 Masihi.

Isnin, Disember 29, 2003

Semalam lepas usha² stall Land Of Enginesia kat AD (ampeh² jek invention... yang best zabidi nye grup jek - blind man spectacle) dalam kol 10.30 Cik Lan datang ngan Mak Nor. Pak Ngah ngan Mak Ngah pun ade, ajak pegi Putrajaya jenjalan. Penuh macam sardin Ford Escape Cik Lan. Baru dalam 6 bulan aku tak pegi sane, memacam dah ade sepanjang julat mase tuh. Kejap jek dah banyak bangunan kat situh. Kene plak Cik Lan ada digi cam, aku ngan Pak Ngah plak suke bergambo, peh... byk gile gambo amek. Sampai kat uia pun mase Cik Zai anta aku balik, pun begambo sakan lg. Aku pun join same, kalo spupu aku syapiq ade anto gambo tu via email bleh letak kat blog...

Land Of Enginisia

Suatu yang gagal bagi group LOE aku. Hapah satu mende tak bat. Hampeh btol. Seb baik 10 markah bonus 4 math untuk yang bat invention tu sekadar nak tarik bebudak ni bat invention. Kalo tak sesie jek 10 markah tak dapat. Huh. Tapi group2 lain pun bat invention tah pape tah... macam kurang research/malas nak bat. Yang aku suke zabidi nye group ah, die org bat spek utk org bute, bleh detect halangan mase tgh jalan. "Peluru yang tgh speed 500m/s 6 meter kat depan pun, orang bute yang pakai spek ni bleh elak!" Huhu

Aku wish grup korang berjaya dapat no 1 mase final next week.

Rabu, Disember 24, 2003

Sabtu ari tu join JK (Jejak Kasih) Aidilfitri 1424 H Ukhwah.com kat Masjid Uia-Pj. First time ikot JK dieorang nih, Husen dr dulu asek ajak aku join. Takkan kenal sorang pun dalam lebey kuang 80 org yg join kecuali husen. Huhu~ Best gak.. dapat la kenalan sorang due (sebenanye jarang pun online kat ukhwah.com - tak macam bro n sis yg join nih, slalu gile join). Makan memang puas hati - nasik goreng ader, beehun ade nasik empet ader. Kenyang gak ar. Tapi tak join sampai abes sbb pg tu baru pas paper BTQ n malam tu tak tido, ngantuk giler.

Akhirnya ada gak gamba aku kat weblog nih.. Ni yang pertama...



Masa ni tengah sesi makan memakan. Banyak giler.. tp kene bayo.. :p

*****

Rabu, Disember 17, 2003

'Organic Chemistry: The Told Story'

Susulan daripada nak pinjam buku Organic Chemistry Aiman ;

Ghapur ajak aku pegi Mid Valley, usha buku yang aku nak pinjam dr Aiman malam aku balik dr library tuh (refer post Dec 15). Betol gak Ghapur ni kekadang, tak payah la asek nak pinjam orang jek, beli sendiri lagi bagus. Esoknya ajak Mok turun Mid Valley same...

Sesampai jek MV, lepas terserempak ngan hitz.fm ford cruiser yang takde mende sangat tuh, terus gi MPH. Usha² nengok takde buku tuh. Physical Chem ade ar. Aaargh!! Ghapur tak puas ati. Die nak gak buku tu ari tuh. So he and the companions proceed to KLCC. Kinokinuya rupenye takde jual buku bebudak skolah nih (buku yang nak dibeli tu buku STPM). Aaargh!! lagi. Times pun takde jual buku tuh. Aaargh!! jugak. Eventually kene gak jawab quiz org. chem tanpe buku itu. Mase bincang² lepas quiz, Aiman tunjuk buku org chem tu kat madam. Madam usha sket², pastu kate buku tu bleh tahan bagus.

Lepas kelas, still tak puas ati, tambah plak madam da rekemen buku tuh Ghapur dengan yakinnya suh aku usha SS 14. Aku yang malas pun suh Napong yang kebetulan nak kuar ngan awek die gi 14. Aaargh!! skali lagi.. buku tu tak dapat dijumpai.

*****

Malam tadi meeting pasal anual grand dinner utk raikan bebudak engine 2nd yr. Tak masal jek aku kene lantek jadik treasurer. 1st time seh pegang jawatan bendahari. Seb baik director kate keje senang jek. Meeting malam tu aku dok macam pemerhati jek, sket² jek aku bg usul. Lepas ni akan ade meeting every week sampai ar dinner tu nanti scheduled 15 jan 2004. Huh.. Akan adakah mase yang cukop utk kustudy?

Isnin, Disember 15, 2003

Sejam study kat library, buat assignment Math. Naseb baik faried ade same, bg tau esok ade quiz chem organic on alkenes and benzenes. Giler ah. Dah ler aku tatau sangat bab tuh. Pegi usha buku chem kat sinih. Seme abes, bebudak dah pinjam. Isk. Aku plak memang takde nota chem sendiri. Nak harapkan buke Ramsden fotostet aku tuh.. ampeh tol. Balik library ni nak pinjam buku aiman ah...

Mase tgh bat assignment Math td, tetibe org library bat annoucement. Dieorg bagi warning kat students yg study kat level 4. "Kelihatan banyak meja digunakan bersama lelaki dan perempuan, ini telah melanggar peraturan perpustakaan. Sila elakkan perkara ini berlaku sekarang sebelum pihak perpusatakaan mengambil tindakan," Giler ah.. tak pnah library bg warning cam nih, teruk sgt ke? Sebelom2 ni ade gak pnah aku nampak laki pempuan dok study same, takde pape pun. Tapi bile aku usha kat level 4 tuh.. memang patut ar library bg warning sbb dah ler bising giler.. separuh dr meje² kat situ laki pempuan kongsi.

Lantak korang ar.. Aku ingat pesan member aku... kita ingat diri kita sendiri dulu, jangan pikir pasal orang lain. Huhu~ Weekend nih ade 3 paper... telah ready kah aku?

Jumaat, Disember 12, 2003

Petang tadi hujan. Tak lebat, tak renyai. Biasa-biasa jek. Aku suka hujan macam gini, sejuk pastu ada suam-suam sikit. Terasa tenang, damai. Kereta kat jalan raya sebelah kolej pun tak sesak. Rasa rilek gile. Last merasa macam ni masa 2001 kat Seksyen 11 Shah Alam. Masa kat rumah Angah. Kena plak Seksyen 11 tu memang tak banyak kereta, peh.. speechless ar, I was just feel good that time. Macam tadi. Damai... best.


NowSeeHeart

Damai

Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah

Kicauan berburung rimba
Berterbangan bebas di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya sinaran sang mentari hari

( korus )
Oh... di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada
Derita, sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati

Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan tersirat air
Turut sama menghiasi
Keindahan ciptaan Ilahi

Lirik dipetik daripada lirik lagu

Rabu, Disember 10, 2003

Huh.. Tak puas ati...

Sabtu, Disember 06, 2003

Malam tadi selesai satu paper midsem, Math II. Susah ker? Ntah ar.. Cam ok.. Tapi tak ok sgt. Isk. Harap² result ok. 4 papers to go then. Next week, and another next week. Lepas paper math... macam bese ar.. bincang². Sesambil lepak kat Aika Cafe. Lepak² sampai kol 11.30, balik bilik lepas solat, tido.

Raye? Kalo rajin nak pegi raye umah enod tengahari nih kat Bangi. Tak abes lg raye eh? Huhu~

Raya + tutorial + assignment + midsem exam = sakan ???

Isnin, Disember 01, 2003

Kat library nih. Karang nak kuar jap gi berayer. Ade 2 open house nak gi. Bemalam kang umah Angah. Esok pagi balik smule UIA. Huhu! Makan banyak lagi aku ari nih.
Huhu

Sabtu, November 29, 2003

Hari ni makan banyak lagi (Asek cite makan jek aku due tige ari nih.. bese ar, raye ek?). Seperti biase (seperti biase lagi..) hari raye keempat ayah belik tulang. Abang masak sup. Layan giler. Bape ketul aku makan. Malam td lak melantak udang Laut Cina Selatan Puksu Nain bawak dr Sarawak. Beso seh udang. Jakun gak ar 1st time nengok. Naik lg skilo ari nih..

Khamis, November 27, 2003

Hari pun penat (huh.. hari2 pnat. pe ah aku nih). Hari ni raye 3 buah umah. Sume umah aku makan banyak. Umah Tok Lah makan nasik minyak. Umah Pak Ngah melantak makaroni ngan nasik putih. Umah Pak Bo plak layan mi bandung. Mengah giler seyy.. Naik lagi 2 kg ari nih.. Isk.
Seperti yang dijangka. Huru-hara, porak-peranda, hustle bustle, bingit bangat, sume ade berlaku kat umah aku tadi kol 8. Huhu! tapi sampai kol 10 dah setel dah. Makan (sume agree cakap aku) bihun goreng. Plus laksa johor. Seperti dijangka gak, sume abes. Licin. Ayah siap suh aku kasik duit raye kat bebudak nih (spupu2 and anak2 sedare). Mase yang bingit. Dah ler ramai giler. Sorang2 kasik duit lak tuh. Mule2 abang, then angah pastu aku. Ade tangkap gambo.. tapi takde scanner nak scan. Isk.

Dah lame tak cam gini (da setaun ar.. sejak raye taun lepas). Sronok. Tapi tak best sgt sbb besenye lunch makan kat open house Mak Ngah, tapi postponed esok lak. So, ari ni umah aku jek yg open. Pape pun, mmg best. Tambah plak hampir sume adik badik arwah Mak ade. Ade 7 buah kete tadi aku kire. Plus 2 buah kete lg dr sedare belah ayah. Macam keje kawin lak aku nengok. Huhu!

Selasa, November 25, 2003

"Ketupat dah bape siap?"

"20, Mak,"

"Ayam bape ekor?"

"5 ekor, Mak"

"Daging?"

"..."

"Daging?"

"Hati?"

"Limpa?"

"Korang tak beli?"

"Apa la nak jadik korang nih,"

-Apa nak jadi...-

"Bang! Usu nak ikot!"

"Usu tak boleh ikot, dok umah, jage Mak"

"Bang.. dalam sungai tu ada buaya bang!"

"Pak Mat, ade lagi tak daging kat pasar?"

"Ntah la, dah abis. Kalo ade pun nasib la,"

"Kak, daging ader?"

"Pasar tenggelam dik, lembu tinggal sekor jek,"

-Apa nak jadi...-

"Cik, daging ade lagi?"

"Daging takde. Tulang ade. Ni boleh buat sup nih,"

-Apa nak jadi...-

"Daging ade lagi?"

"Daging da abis dik... orang dah tempah sminggu dulu. Yang ni pun orang punya,"

-Melepas lah sudah... Carik la yang lain-

"Bang.. Kambing tak boleh bang?"

"Jangan carik pasal.. Mak pening kalo makan kambing,"

"Bang.. Bang.. tuh.."

"Mak, Mak menangis?"

"Tak, Su. Bawang nih,"

"Mak! Mak! Abang dah balik!"

-Apa nak jadi... Apa nak jadi... Sampai sekarang masih mencari...-

"Mak.. Mak.. Bangun Mak.. Daging, limpa, hati sume ade ni Mak,"

*****

Dialog (lebih kuang ar..) kat dalam iklan rayer Petronas. Best iklan nih. Iklan raye Petronas memang tiap² taun best. Citer pasal janda anak tujuh. Mak nye suruh bli daging, limpa, hati, sume² tuh. Anak² die carik tapi tak jumpe.. last² jumpe bai jual susu.. terus beli lembu die. Mak die pengsan nengok anak die bawak balik lembu sekor. Pastu pulak selit ngan lagu SM Salim 'Apa Nak Jadi'. Unik sey.Hehe. Mesej die - 'Syurga di bawah telapak kaki ibu' Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sekang ni tengah penat giler. Penat makan. Expected before, berat aku naik 2 kg dalam mase satu hari raye ni jek. Huhu! Tak banyak rayer umah sesedare mare taun nih. Maybe hujan kot? Ntah ar. Yang best nye taun nih adik badik sebelah Mak ramai yang ader mase 1st day nih. Puksu Nain pun balik lepas 2 taun raye kat Sarawak. Rindu aku kat ketawe beso die ngan anak² die. Hahah! Nengok ar nanti open house umah aku (maybe esok), huru-hara, porak-peranda, hustle bustle, bingit bangat seme ade... Aku pun jadik penat... Aaarrgh!
Malam rayer. Malam raye yang baru bagi aku. Sebab malam raye taun nih, adalah malam raye paling penat. Kenape? Sebab persiapan taun ni start lambat. Kalau taun² lepas besenye sminggu sbelom raye da start ngemas. Ni tak. Aku balik pun da tinggal due hari nak raya. Abang ngan angah pun gitu.

So all were begun this morning. Cam biase aku kene kontrak lap grill kat umah yang ade 8 kesemuenye. Dah 4 kali raye dah aku kene kontrak ngan ayah. Tensen gak. Huhu! Cerewet tol nak wat. Then, keje aku jugak, lap kusi², sofa² sume plus bersihkan sawang kat ceiling. Sesambil tu seperti bese gak aku anyam ar ketupat, 10, 20 bijik.

Taun ni gak aku leke keje kemas umah sampai lupe nak gi umah Mak No, bese tiap2 malam raye ade tahlil lepas isya'. Die da pesan dah petang tadi. Tapi aku lupe. Sume dalam umah lupe. Huhu!

Pape pun esok raye!!! Aku pakai baju kaler pink!

p/s : call ebby tadi.. (mase tgh wat jurnal nih) last skali die cakap i lap u.. huh? Apakah? Ampeh tol. Kakak die yang cakap tuh.. nyebok nyampuk orang tgh call. Memang aku dah perasan giler ar tadi... huhu

Ahad, November 23, 2003

Sebelum ni aku penah catat, perjalanan pulang ke muar paling cepat dari KL naik bas ekspres, 2 jam 18 minit. Bas Mayang Sari. Laju betul bas tuh.

Hari ni (semalam) aku catat pulak perjalanan paling lama, lebih kurang 4 jam. Bas Transnasional, 1st time balik muar naik bas Transnasional. Tak senang duduk aku dalam bas tuh. Lame giler. Cam Napong balik Penang lak rase.

Mule² jalan KL - Seremban agak jammed. Pastu smooth jek. Berenti sat kat Ayer Keroh. Lepas kuar kat tol Tangkak, masuk Sungai Mati, menghale ke Jambatan terus jammed. Teruk giler jammed. Tensen aku. Terkejut gak sebab besenye habis kuat jammed menghale ke Jambatan pun sampai Pt Bunga (+/- 2km dr jambatan) jek. Ni kat Sungai Mati (+/- 10 km dr jambatan). "Panjang giler siot jammed. Silap² buka pose dalam bas kite nih," Seb baik ade Cine balik ngan aku. Takde ar aku boring sangat.

Eventually, sampai gak aku kat bus stand lebih kuang kol 6.40 (bertolak dr pudu +/- 2.35 pm). Balik umah nengok umah dah lain. Dulu puteh. Skang oren. Giler ah! Ayah cat umah sensorang? "Tak abes lagi ayah cat nih. Sok bangun pagi², tolong sambung cat umah," Huhu!

*****

Iftar Room 116 Abu Bakr College [abc 116]
Date/Day : 19 November (26 Ramadhan) / Thursday
Venue : Taj Restaurant [Maple], SS 14, PJ

7 orang pegi. Aku, zabidi, ahsan, pok, nazri, juan, batak. Plus sorang jemputan dr bilik sebelah, muklis. Makan, purata RM 10 sorang. Nasik campur Mamak ader. Nan garlic ade. Tandoori ade. Layan siot. Pas makan, sembahyang kat masjid bulat. Pastu jalan² kat Jaya Supermarket. 3 orang balik kol 9, ujan lebat. Yang lelain kol 10.Giler ah. Malam tu Juan demam. Pok shopping baju raye. Aku tak bli ape². Da tak larat, makan sampai RM 12.

Khamis, November 20, 2003

ape nihh??

Isnin, November 17, 2003

Makin nak raye makin banyak lak keje. Isk. This last week before going back home, assingment, tutorial, quiz seme melambak. Dah le aku pemalas. Assginment BTQ, ade 2. patut due2 due esok. Seb baik madam suh anto esey lepas raye. Then Chemistry Physical, tah ape tah aku blajo aku pun tatau. homework die kaisk due minggu lepas pun lom wat lg. Ni dpt tutorial baru lak. Chemistry Organic? Nampak cam ok sket. Ok pun tak ok sgt. Dah ler kelas ari jumaat aku tuang. Esok lak dengo kate madam nak wat quiz. Rabu plak ade quiz math. Sekali ngan quiz physics. Huhu! Chem lab plak kene wat report nanti. Jumaat ni due tutorial Physics.

Bile nak raye nihhh!!! Tak sabo lak rase..

Sabtu, November 08, 2003

The Trip to Kuliyyah of Engineering
International Islamic University Malaysia
Gombak, Malaysia.

*First task as one of the committee members of Enginius*

7 am
ABC 116

"Jimin.. Jimin.. dah pukul 7 dowh.. Bangun!"

"Uieehh.. giler ah. Pukul 7? Sempat ke nih? Nak gather kol 7?"

"Sempat.. Sempat.. Jangan takut ah.. Janji Melayu. Pukul 7 takde orang lagi.."

7.20 am
Parking Lot beside Fatimah Az-Zahra College

Just a few has arrived. Ja'a was right. Janji Melayu. But for sure, Madam Asma', the Iraqi lecturer had been always punctual.

7.40 am
-same as above-

Had to push one of the bus (we were using 2 buses for the trip) as the engine was stubbornly hard to be started. Eventually approximately at 8 am we departured.

8.40 am
Kuliyyah of Engineering,
International Islamic University Malaysia

"Pehal lak ramai-ramai cleaner nih?"

"Ntah ek.. weh.. muda-muda dowh cleaner kat sinih, yang cun pun ade siot.."

"Uissh. Tu bukan cleaner ar. Tu ar wakil Enginius Main Camp. Die nye dressing workshop memang cam tu kot?"

"(smiling)Welcome to Kuliyyah of Engineering!"

9.15 am
Auditorium A
Kuliyyah of Engineering

We were given some briefings about the Kuliyyah. There were 4 Head of Departments cared to spend their times. The briefing went on well. And best of all, the Dean of the Kuliyyah, Dr Farris. He lightened the briefing session up as the last speaker. Huhu!

Some interesting facts about International Islamic University told in the briefing :

- Many of engineering graduates furthered their studies in universities in all over Malaysia, and all over the world as the accredetation received only in 1998. Best of all, a graduate was offered a place to study in Cambridge University.

- Many of the graduates are now working in various places in all over the world, Malaysia of course, Japan, Australia, Switzerland, The UK, and even at Silicon Valley, California, US.

- A dean in UTM has sent his son to furhter his studies in IIUM, instead of his faculty in UTM.

*These proved the recognition by various sides, world class universities, world class employees, and even world class personnel, instead of newly accredetation awarded programmes in the Kuliyyah*

11.00 am
Lab & Workshop Tour

-Such interesting places (impressed jakun actually, huhu!), can't be expressed by words (malas nak nulis pun ade sebenarnye.. Penat dowh..)-

1.00 pm
IIUM's Masjid

Break and Zuhur prayer.

2.00 pm
IIUM's Library

4 times bigger than the Matriculation's Library. Again, speechless. Met Suzie, my senior, there. As always, she is as she always be.. Hehe

"Rajin ko gi library eh?"

"Eh.. Bese ah aku,"

3.00 pm
Outside Admission and Record Building
IIUM

The closing ceremony dan sesi bergambar serta sesi duduk² sambil menunggu bas. Madam Asma' dah bising. More than an hour we all waited for the buses to go back to Matriculation Centre. Dah ler panas. Isk. Sampai kolej pukul 5 lebih, terus lepak, penat. Farouq siap tak pegi semayang terawih! Huhu!

*Want to share some pictures here, but lack of technology to upload them right now. Next time maybe*

Jumaat, November 07, 2003

The Matrix Revolution
GSC Mid Valley

"Tade.. pukul 3, 6, 9 ari ni seme sold out. Esok nye pun sold out,"

"Huh? Sabtu?"

"Sabtu pun aku rase sold out,"

"Aiseh.. Abes bile nak nengok nih?"

"Kite nengok Jumaat next week ar jom,"

"Alaa.. Baik nengok rabu nih,"

"Ne bleh dowh.. Hari rabu kelas aku penuh.. Lebam aku,"

"Pe ah ko.. Hari rabu kan cuti. Nuzul Quran,"

"Ha ah ek.. Tapi mahal dowh. Public holiday. 10 ringgit ma.."

"Habis nak nengok bile ni?"

"Ntah?"


The Book Fair
Al-Malik Faisal Hall,
MC IIUM

"Wah. Leh tahan gak Book Fair ni ek. Aku ingat tak ramai orang datang,"

"Ala.. Memule hari tuh tak ramai pun datang. Kosong jek,"

"Oowh eh? Ala.. Kurang² ramai gak orang datang hari nih,"

"Banyak ko beli buku?"

"Ha ah. Cam best jek. Tu pasal aku beli. Dr. Swee Ang punye novel, From Beirut To Juresalam. Best dowh,"

"Ye ke? Bleh aku pinjam? Ape lagi ko beli nih? Bape ringgit ko habis?"

"Banyak gak. Dekat 100 kot?"


Ahad, November 02, 2003

Dah 2 ari petang² ujan. Lebat. Tido best. Huhu! Dah 2 ari jugak la aku buka kat masjid. Heheh. Setakat ni puase ok ar.. (Heh.. ape yang tak ok? Hahah). Bulan² puase nih plak lecturer banyak kasik keje. Minggu ni banyak tol keje. Ni banyak lagi blom siap. Tah bile tah nak wat. Asek tangguh jek keje.

Knape ek suke tetangguh keje? Knape ek lebih suke dudok² tak wat pape? Knape ek lagi suke borak² kosong tah ape²? Knape ek lagi suke berangan? Dari wat keje yang tetangguh tuh?