Cari Blog Ini

Isnin, Januari 31, 2005

"Weh juan, topek kem salam"

"Ko tak cakap kat aku do ko nak gi jumpe die.."

"Laa.. ko tido mase tu, aku da pesan kat din suh cakap kat ko. Din aku ajak tak nak pegi, die kate dah kuar smalam, malas nak kuar lagi"

"Die tak cakap pun. Tapi takpe aku bleh kuar dengan awek aku tadi.. wahahahaha"

Heh. Sampai skarang ni, aku blom rase lapar. Pelikkan aku tak rasa lapar. Aku! Tak lapo! Hoho! Dah 20 jam since last aku makan dengan topek kat Harzt. Gile-gile nye makan ah. Paling banyak aku makan dalam satu mase since makan steamboat kat d'nelayan dengan family enod last year.

Semalam keluar jumpe topek pergi dengan firs. Awal pagi lagi dah gerak. Pegi jalan-jalan pertama dengan sungei wang dulu sebelum jumpe topek kat times square. Ajak muk dengan zuhdi yang dari smalam mengomel 'nak kluar, nak kluar..'. Aku dah lapo gile mase mule-mule jumpe topek, tapi muk macam tau-tau, awal-awal die msg 'weh aku atas moto, nak jumpe kat mane ni? jgn mkn dulu aku smpi jap lg'. Heh.

Topek macam dulu gak, tak ubah-ubah, rase macam dari skolah rendah macam tu. Hoho! Muke pun tak brubah, same je dari dulu, badan pun macam tu jugak, tapi rase nye dah berisik sikit kot.. Heheh. Aku nak tergelak mule-mule topek ajak aku ngan lain-lain tu makan kat harzt, all you can eat, baya rm15.30, makan style buffet, unlimited, for 2 hours, kalo ade lebih atas pinggan tak abes, kene bayo lebih, hehe. Aku nak tergelak sebab ingat lagi dulu mase lower form aku suke kalo dapat duduk sebelah die kat kantin mase rehat. Almost all of the time sitting beside him aku akan dapat makanan die tak abes die kasik kat aku. Hoho! Boleh ke topek makan banyak ni? Cam tak caye je aku.

Tapi sangkaan aku meleset, aku tarik balik kenyataan aku nak tergelak tu, boleh tahan gak banyak die makan, kire berbaloi gak 15 inggit die hehe. Firs pun banyak makan, siap gi keluar gi tandas, pastu masuk balik sambung makan hoho! Aku, muk ngan zuhdi, tak payah nak citer, seperti bese, makan tak ingat banyak. Menu die plak banyak, ayam goreng, ayam panggang, fillet ayam, pedal goreng tepung, nasik puteh, mi, salad, terung, sup ayam, bubur nasik, kentang lenyek, kuih, fruits, ice cream and banyak banyak banyak lagi. Lama duduk dalam kedai tu, ade dekat sejam setengah gak la. Makan slow-slow, borak-borak ngan topek, die citer macam mane die blaja kat GMI tu, cite nak major ape seme-seme tu. Mene seme aku try kot? Ye, semua, maybe ade satu, due menu tak larat nak try dah. Berbaloi rm15.30.

Sebelum tu gi nengok-nengok kosmos. Akhirnye, sampai gak dak-dak bilik matric aku sampai kat situ. Impian sejak setahun lalu. Tak ramai orang pun, bukan tak ramai, sikit je orang, macam tak caye je. "Rugi kalo nak main skarang, nanti tak sempat nak main semue" Betul gak kate topek, banyak benda nak kene main dalam tu. Kalo plan nak main, kene datang pagi-pagi mase baru bukak, pastu main sampai lebamm. "Weh, sempat ni main satu, due, jom weh!". "Kemudian la main, kemudian" aku menepuk-nepuk blakang zuhdi "Nanti kite datang lain kali.. hehe"

Sampai bilik mase maghrib, lewat sebab pas gi times square buang mase tah ape-ape tah kat low yat, hoho! Lepas solat ingat nak nengok muvi, tapi mase tgh nengok ramai pulak orang datang bilik, ilang mood aku nak nengok. Terpakse lah sambung wat drawing. Mase nak start buat, teringat plak pensel seme tinggal kat bilik juan, terpakselah pergi amek. Akan terpakselah aku duduk kejap atas katil juan main gitar. Akan terpakselah aku memakse petet ajar lagu rela kupujuk kalo petet ade lepak bilik juan. Akan terpakselah aku main warcraft kat pc juan kalo muk ngan zuhdi lepak bilik juan gak.

Semenye telah berlaku. Zuhdi, muk, petet, memang aku dah agak, tengah lepak kat bilik juan. Terpakselah...

Sabtu, Januari 29, 2005

Keluar

Topek sms aku hari tu. Topek sms aku? Lame siot tak dengo cite. Ape tah mimpi die sms aku. Die ajak kleuar pegi times square(TS) esok. "Gsc baru bukak kat sane" kate die. Wa.. TS, boleh gak. Tapi nak keluar ngan sape? Aku ngan die je? Takkan die nak kluar ngan aku je? Ingat aku awek die? Hahaha. Ajak firs. Tatau die nak ikot tak nak. Kejap macam nak ikot. Kejap macam tanak.

TS ni memang dari mase short sem kat matric lagi budak bilik aku kat matric plan nak pegi. Ingat lagi, ahsan sanggup tunggu aku abes muet nak pegi TS same-same (ye ke?) hehe. Tetiba lak mase aku tengan nak start exam kol 9 tadi ahsan sms. "Wei tak kluar ke?". Haha. 'Aku nak exam do..'. Nak keluar ke?


Trivia Haji 6

Orang malaysia da start balik dari Mekah dah ni. Da beberapa flight sampai kat klia. Sambung cite, lepas wukuf kat Arafah and bermabit kat Muzdalifah, destinasi seterusnya adalah Mina. Di Mina, pada hari pertama atau pun Aiduladha, jemaah haji akan melakukan lontaran di jumrah Aqabah, jumrah yang paling hujung dari kawasan perkhemahan. Jumrah yang unik, dengan kawasan lontarannya adalah berbentuk semibulatan berbanding jumrah lain yang berbentuk bulatan. Di belakang jumrah ini dahulunya terdapat sebuah bukit. Kini, bukit itu telah ditarah, oleh itu membuat lontaran dari bahagian lurus semibulatan (diameter bulatan) is a false throw.

Selepas selesai menunaikan lontaran itu (jemaah haji malaysia digalakkan melontar pada waktu malam instead of waktu yang disunatkan - waktu dhuha, untuk mengelakkan kesesakan ketika melontar. Pada waktu inilah, sudah bertahun-tahun, ramai jemaah haji telah mati dipijak, atau sesak nafas), mereka bertahlul, maka terlepas lah jemaah dari tanggungan ihram...

3 hari berikutnya, lontaran ketiga-tiga jumrah akan menjadi rutin jemaah. Jemaah malaysia kebanyakannya akan melontar pada waktu malam. Terdapat ramai pegawai tabung haji berada di mana-mana menjulang jalur gemilang bagi memudahkan perjalanan jemaah malaysia. 3 hari ini juga memerlukan stamina kerana perjalanan dari perkhemahan hingga ke jumrah adalah jauh, melalui terowong muassim. Kira-kira 3 hingga 6 km haru dilalui setiap hari, tak lupa juga kesesakan ketika melontar.

Selesai 3 hari tersebut, maka tinggal 2 lagi perkara tinggal sebelum selesai menunaikan haji - tawaf dan saei. Pada jemaah malaysia yang tertakluk dengan jadual penerbangan yang suntuk, mereka perlu segera menunaikan tawaf dan saei. Kepada mereka yang masih meunggun penerbangan pulang yang lame lagi, mereka boleh berehat dahulu sementara menunggu keadaan di sekitar kaabah yang penuh dengan lautan manusia. Kesempatan itu, di ambil sekali lagi untuk berjalan, melihat dan membeli di sekitar kota Makkah...

Rabu, Januari 26, 2005

Seperti Itu


Kenapa...?
Kenapa ..?

Aku tak paham dengan hidup aku sendiri
Kenapa aku seperti ini?
Kenapa aku begitu senang seperti ini
Sedangkan hakikatnya aku tidak inginkan seperti ini?
Kenapa aku begitu gemar seperti ini?
Dari dulu lagi gemar seperti ini?
Bilakah akan habis gemarku terhadap seperti ini?

Perlukah aku teruskan seperti ini?
Apakah natijahnya jika aku teruskan seperti ini?
Natijahnya pada diri aku?
Natijahnya pada hidup aku?
Akan gembirakah aku di akhir nanti?
Akan sedihkah aku di akhir nanti?
Aku sendiri tidak pasti

Kenapa jua aku ingin menjadi seperti mereka?
Apakah aku tidak seperti mereka?
Ya, mereka lain, aku lain
Sedarlah, sesungguhnya mereka adalah sama
Sedarlah, yang membezakan hanyalah cara
Mereka di sana ikut cara di sana
Aku di sini ikut cara di sini

Ah..
Benarlah jua garapannya sebelum ini*
Aku keseorangan sendiri
Aku hakikatnya sepi
Barang bagaimana dapat kulupakan 'seperti ini'?
Sedang tiada yang tampil menolak jauh 'seperti ini'
Atau aku yang tidak sedari?
Mungkin jua aku yang tidak sedari

Ah...
'Seperti ini' itu dapat digugurkan
Seperti gugurnya daun-daun kekeringan
Bersama kisah-kisahnya
Bersama fiil-fiilnya
Terima kasih tidak terhingga kepada seorang teman
Kupasti dengan sentuhannya
Yang tidak jemu-jemu menemani aku

Dapat menjadikan aku Seperti Itu.


ITD, IIUM

*5 Disember 2004

Selasa, Januari 25, 2005

AOM, GTA3 And NFSU

"Weh, study weh"

"Lek lu, online jap. Balik karang main game jap. Lepas tu baru study"

"Hehehe..."

Dasat sungguh penangan game. Acap dah jadik antu Age of Mythology, hari-hari main AOM, dah lekat dah die ngan laptop. Aku pun dah rase macam nak lekat dengan GTA3. NFSU baru donlod, beli mase kluar jumpe eb ari tu. Dasat, dasat, dasat sunggu game-game ni, best gile! Betul-betul memakan masa aku! Hoho!

Esok sambung balik midterm exam, exam comp. Tadi study sket-sket comp. Study 'sket-sket' tu sbb campur aduk ngan main game. Isk. Selalu plan nak study, study tu memang study, tapi sket. Banyak buat benda lain plak. Isk. Berusehelah azimin! 'Baik buat ape yang dirancang'!.

Isnin, Januari 24, 2005

Muk ajak makan kat Uthman. Pergi la sat nengok, walaupun aku dah makan. Karang ternampak makanan terasa nak makan lagi pulak? Hehe. Takpe lah.

Muk dengan zuhdi tengah makan. "Aku nak gi cc lepas ni.." lepas abes berita ni boleh pegi sat cc, lame siot tak online.

Datang pulak lias. "Weh ari tu kluar jumpe eby? Die fly mane? Ala.. ko kire gantikan aku la ari tu, kita kan sekampung.. hehehe". Juan dengan lemek dengan petet pulak muncul kat cafe tu. Lame dah tak makan ramai-ramai. Maybe next time...

Rabu, Januari 19, 2005

A Day of Dialogue And Monologue


9.30 am

Nak pos ke hadiah tu?

Atau nak kasik die nanti?

Bile nak kasik die?

Bila agaknya fizah nak kluar dengan eby? Boleh ikot skali, kasik pada dia...

Ikot? Haha. Sebok jek aku ni...


10.00 am

'(In phone call) Bile ko nak klua dengan eby nih?'

"Hari ni la.. kol 2 karang... jom la ikot"

'Ikot? Isk.. segan a aku nak ikot'

10.40 am

"Aku dekat parit jawa, makan dengan mak ayah aku. Lepas ni aku pergi bando"

'Ko pegi bando tu ngan mak ayah ko, abes aku?'

"Yela, mak ayah aku pegi jalan bando, aku jalan la dengan ko nanti"

'Ye ke? Ar, boleh la'


11.45 am

'Beli tike dulu la, yah'

"Em. Belilah"


12.10 pm

"Pukul brape nak balik ni?"

'Tatau la... lambat kot nak balik'

"Ayah nak balik cepat"

'Em, kalo dah pukul 2 tak call gak, ayah balik la dulu'


12.20 pm

"Nak jalan dengan kawan? Ar, pergilah"

'Pergi dulu ye mak cik..'


12.30 pm

'Ko ingat ni..?'

"(Smilling)"

'Aku nak kasik die nih, nak pergi carik sampul dulu, kotak ke..'

"Ko nak carik kotak? Ni, ko pergi je kedai-kedai hadiah tu, mesti adenye"


12.35 pm

'Amoi ar, ade kotak kasik ini masuk tak moi?'

"Ade, ade, banyak design punye"

"Lu mau kasik amoi ka ati?"

'Amoi ma...'

"Ar, ni punya, lu pilih la, banyak kaler ade"

'Weh, nak pilih mane satu ni firs? Aku bukannye reti nak kasik pempuan cemane?'

"Aku bukannye kenal kawan ko tu cemane. Ha, ko beli je pink nih"

'Weh tak boleh do, pink jambu'

'Kasik biru la moi'

'Cemane biru ni ok ke?'

"Boleh la kot.."

"Mesti boleh punye ma.. nanti ikat dengan reben merah lo.."

'Reben?'

"Reben? Peh ko jimin.. cenggini ko ek.."

Isk amoi ni.. biar betul nak letak reben.. kotak tu pun dah cantek.. cemane nak kasik eb nanti?

"Ni boleh letak dalam punye, kalau ade space, boleh letak kertas lo.."

"(Watching that amoi tying the ribbon, helplessly) Peh, cenggini ko jimin ek, aku pun dah menggalakkan dah"

'(Speechless at first) Tak pe la, sejak aku knal die, aku dah janji dengan die nak kasik macam-macam, tapi satu pun aku tak pnah kasik, sampai skarang. Ni kire last la aku nak kasik die before die fly..'

"Okeyh, sulah siap"

"(Grinning) Peh jimin.. orang ingat ape dalam kotak ni, coklat mahal-mahal ke"

Cantik gile. Takkan nak kasik eb macam ni? Ni dah macam valentine's day present dah ni. Nak kasik eb macam ni ke? Nak kasik depan fizah? Nak kasik depan kawan-kawan die?

'Patut ade kad tak a?'

"(Nodding)"


12.50 pm

"Ko tau ke die takde ni"

'Takde, takde. Aku dah tanye dah die ari tu die cakap die takde ni.'

'Ari tu aku ingat nak pos dari gombak jek. Tak sempat pulak'

'Kesian lak aku nengok ko, tepakse ikot aku, time kasih la eh. Ko kalo tanak balik awal, boleh la jugak temankan aku jumpe die orang'

"(Nodding)"

'Ni nak tulis ape kat kad ni? Aduh, pen pun takde.. isk..'

"(Laughing) Dah, dah, pergi beli pen, pergi"


1.00 pm

"Weh, aku balik dulu ah"

'Ar ye lah, terima kasih la temankan aku kejap tadi'

"(Smilling) Good luck"

'(Smilling)'


1.30 pm

'Weh ko nak datang pukul bape ni?'

"Pukul 2 la"

'Ko datang awal sikit boleh? Aku nak balik. Lagipun aku segan nak jumpe skali ngan kawan-kawan skolah ko. Rasa macam nyebok jek'

"Ala, mane ade, tak ramai la, aku ngan fizah je"

'Ye ke? Fizah kate ramai?'

"Ye ke? Ntah, tatau la kalo die ajak ramai lagi. Kenape ko nak cepat sangat ni?"

'Aku nak balik! (Laughing) Takpe-takpe, nanti ko da sampai nanti ko miscal ah'


2.00 pm

"Kejap.. Kejap.."

'Ko dah sampai ke?'

"Aku on the way, tengah jalan kaki dari basten. Eby dah sampai eh?"

'Belum, die lambat lagi. Kat mcd eh?'

"Haa.."


2.05 pm

"Selamat tengahari, name saya rafidah,"

'Ha? Rafidah? Aaa.. Rafidah, saya nak makan sini.. ape yang terbaru ade kat sini?'

"Prosperity burger.."

'Oo eh? Ni air ape ni skali dengan burger ni?'

"*&(*^*$%^#("

'O eh? Boleh saya nak beli set lain tapi nak air prosperity burger nih?'

"Boleh.. tapi kene tambah duet la"

'Aaa... kasik.. mcdelu.. eh tanak.. kasik ayam goreng mcd ar.. regular'

"Okeyh.. RM 8.96"


2.05 pm

Eh, fizah dah sampai. Pakai baju putih. Sorang je die? Duduk meje jauh sikit ah. Heh heh heh

Cemane nak kasik kat eb ni ek. Die datang lambat plak. Sure kawan-kawan die datang dulu, baru die sampai

Nak kasik mase makan nanti? Ape plak kate kawan-kawan die nanti? Dah la aku akan menjadi bengang. Die pun mungkin jadi malu gak nanti


"Eeii! Ape la kau!"

'(Smilling)'

Em, fizah ade bawak beg.. die bawak hadiah jugak ke?

Ape kate kalo pos je... Nak pos ke?

Pos ke, by hand, pos ke by hand, pos ke by hand..

Datang dah kawan die... Nak duduk dengan dieorang ke ni? Isk..


"(In phone call) Duduk la sini..."

'Tak nak, segan'

"Nak segan ape.."

'Aku bukan budak skola ko pun..'

"Ape die? Tak denga.."

'Budak laki due orang tu tau ke aku sekali dengan ko?'

"Tak denga la"

'Heh.. Segan.. segan..'

Lambat pulak eby nih.. Mampukah aku nak jumpe eby? Aku kasik hadiah kat die? Sape aku nak kasik hadiah kat die? Perempuan kedua yang dapat hadiah dari aku.. Dulu kasik pen kat mak mase mother's day mase sekolah rendah... Mula-mula mak pakai gak pen tu, tapi akhirnya aku yang pakai pen tu.

Dulu, mase janji 1st time nak kasik hadiah kat eby, mase die pergi anugerah semsas, nak kasik keychain uia a kununnye. Dah beli, sampul pun dah cantek. Tak jadik kasik pun. Aku jugak yang pakai keychain tu akhirnya sampai la skarang


"(In phone call, again) Eby datang lambat sikit die kate"

'Haa..'

"Duduk la sini..."

'Tak nak, aku nak cakap ape je nanti ngan kawan-kawan ko? nanti aku dok diam je..'

"Tak denga la... ko dok sini je la!"

'Tak nak..'

"Bencila ko.."

'Heh'

'Yela, yela, nanti kejap lagi eby datang aku pegi kat ko'

"Ko ni.."

'Yela, aku pegi la kat ko ni..'

'(Smilling patheticly) Boleh duduk sini?'

"(Smilling of annoy) ... "

'Mane kawan-kawan ko pergi tadi?'

"Pergi 'cuci mata'"

Lapang rasa dada, ade jugak kawan nak bercakap. Keluar gak cerite-cerite kawan lama. Ni becakap ngan fizah ni kire ganti la telefon rumah dah takde.. heh heh. Aku tak bleh hidup tanpa bercakap. Hoho


2.50 pm

Eby... lame tak nengok die...

'Ko knal die?'

"Sape?"

"Eeih!"

"Sorry la lambat.."

Baju biru ye die pakai. Same plak ngan kotak nih


4.00 pm

Lama siot duduk sini. Tapi rase macam tak lame plak. Macam-macam kite cerita, tanya itu ini. Naseb baik kawan sekolah minah dueorang ni layan jugak la becakap. Eby.. dah agak dah, tak banyak becakap ngan die, cakap lebih kat fizah plak. Ape je aku nak tanye eby? Semue kisah die aku dah tau. Yang baru tau die pakai kontek lens, kasut die nampak baru, pakai stokin katun-katun. Heheh. But then, soklan-soklan aku tadi seme aku penah tanye. Tanye jek la lagi daripada dok diam..


4.10 pm

"Kite orang balik dulu lah"

'Ar, ye, ye, jumpe lagi'

"Kite pasni nak pergi mane?"

"Kau nak balik bile?"

'Korang balik, aku pun balik ah'

Nak naik ape balik ni ha? Bas lian hoe? Tunggu macam nak mampus pun belum tentu ade bas tuh.. Teksi? Cemane nih.. Payah betul takde kete.. Huh

"Kalau ade kete, boleh pergi tanjung ek"

"Ha ah ek, lame tak pergi tanjung"

Alahai... kenape lah kete kelabu tu tak de road tax skarang? Kenape sekarang? Nyesal gile tak mintak road tax kete kat abang sebelum balik ari tu. Ingatkan abang balik. Proton cuti lame ape.. Tak balik lak die. Kenape la skarang ni baru takde road tax? Kalau tak boleh la aku bawakkan... isk

'Ko lepas ni nak pergi mane'

"(Gazing at fizah) Pergi.... window shopping! Chey.."

Rasa macam tak nak balik jek. Dok rumah aku macam patung depan tv. Mulut pun bersuara masa malam, bual-bual dengan ayah, siang ayah selalu dengan pokok-pokok die. Ni merasa beborak lama ni rasa macam tak nak henti je..


4.30 pm

'Kate nak gi shopping?'

"Ar, jom arh"

"Ko? balik ke?"

'Ar, aku balik arh,'

"Jom.."

Laju je budak due orang tu pegi. Mane lak die orang ni? Nak kasik ke? Nak pos? Kasik? Segan siot..

'(In phone call)Weh, ko kat mane? laju je ko pegi. Aku nak kasik ko barang'

"Aku dah naik tingkat due ni. Barang? Ar yelah, jumpe kat bawah.."


'Ni barang aku nak kasik.. ambik lah'

"Ar? Ape ni? Takpe ke?"

Fuh.. seb baik die ambik

'Takpe, ambikla, aku kasik, hadiah'

"Betul ke ni? Takpe ke? Eh, susah-susah je"

'Takpe, bukakla dalam kapal terbang nanti, jage diri baik-baik, jumpe lagi 4 tahun'

"Thanx la ek.."

'Okeyh..'

Macam tu je kasik? Tak cakap ape lagi? Apsal aku tak cakap lagi? Apsal tak cite hadiah untuk ape? Takpe, sepatah kata firs, 'niat ko baikkan? takpela..'. (Sighing deeply inside in the heart..)

Selasa, Januari 18, 2005

...
Lama kutunggu untuk berkasih
Rindu kasih untuk berkasih
...

The first 4 days. Felt empty. Felt null. The life was very dull. There was nothing that i could do that i would feel living in gombak. It is true. Sometimes we do be thankful not. Always, maybe. When time is needed, we really demand for it. And we meant to demand. We have complained that time envy us, time do not wait for us, time is evil. But then, there will be time when we contrarily demand to have no time. There will be time when we complain, 'why is the time so long?'. There will be time when we found ourselves have plenty of time. We then demand for things to do for the time is too long for us to get through...


Late was the hour that i woke up everyday, and that is not i meant to be. What about the plan to tuning the sleeping time? What about the time that i spent in the sleepless night due to too much sleeping? It was wasted.

But then, there were some things that i would like to do. Not a good thing to do, and some will say 'buang mase je, baik dok rumah tolong kemas-kemas rumah ke, ape ke,'. Not a bad thing to do, and some will say ' boleh tengok dunia, jumpa-jumpa orang, boleh beli barang sikit'.

Tapi ayah macam tak kasik je. Isk2. Kereta aku pulak dah takde road tax. Road tax baru pada abang. Abang pulak gaya macam tak balik je raya haji ni. Isk. Kereta ayah? Bagai pungguk rindukan bulan. Rasa macam nak menjerit je. Tadi dah menjerit dah tengahari tadi masa ayah takda kat rumah. Hoho!



Trivia Haji 5

Jemaah haji malaysia telah mula berangkat ke Arafah secara berperingkat-peringkat hari ini. Dulu aku gerak masa lepas maghrib. "Hari ini masjid menjadi milik kita (muahahaha)", aku ingat lagi kata-kata rumet aku kat mekah, lecturer utm. Memang betul. Hari sebok dengan bas dan pickup truck itu sememangnya memberikan peluang untuk sesetengah jemaah haji yang belum bertolak untuk bersenggang di masjid yang sebelum ini penuh sesak.

Selepas solat maghrib memakai pakaian ihram, terus naik bas menuju ke arafah. Arafah tak jauh, sekadar kurang 10 kilometer dari kota Makkah. Tapi dek beratus-ratus bas menuju ke destinasi yang sama, perjalanan dirasakan sejauh 100 km! Dalam keadaan seperti itu, pelbagai perkara boleh berlaku. Yang biasa berlaku adalah tidak dapat mencari maktab(kawasan perkhemahan) masing-masing. Ada yang sampai berjam-jam nak mencari. Yang penting adalah mencari mengikut panduan bendera-bendera negara dan nombor pada sesebuah maktab.

Di Arafah, segalanya persis perkhemahan pengakap. Segalanya terhad, air, tandas, kawasan sendiri di dalam khemah. Di situlah aku mencatatkan suhu tertinggi, 42 degree celcius! Badan sentiasa berpeluh-peluh. Angin dari kipas-kipas di dalam khemah menampar-nampar badan yang sedia panas. Itulah dugaan Allah. Besar pahalanya kalau kita memperbanyakkan zikir dan talbiah sepanjang waktu wukuf di Arafah tu. Masa tidak patut dilepaskan begitu sahaja dengan berborak-borak dengan jemaah lain, atau berjalan sekitar kawasan perkhemahan. Lagipun, adalah langkah kurang bijak untuk keluar jauh dari khemah kediaman kerana lorong-lorong antara khemah adalah mengelirukan, mungkin sukar untuk mencari jalan kembali. Kebanyakan jemaah malaysia telahpun pergi melawat jabal Rahmah ketika mengikuit rombongan sebelum bergerak ke arafah lagi. Ketika waktu kemucak wukuf, keadaan di bukit Rahmah itu putih belaka dengan pakaian ihram jemaah, sunggu ramai yang berpusu ke bukit itu.

Selesai zikir di Arafah, jemaah bergerak ke Mina secara berperingkat bermula selepas maghrib. Jemaah singgah sebentar di Muzdalifah, di pertengahan jalan antara Arafah dan Mina. Di situ, jemaah mengutip ketulan batu-batu kecil untuk dibuat bekalan melontar pada keesokan hari di jumraat di Mina. Ini di panggil 'mabit' ataupun berhenti seketika pada waktu malam. Ada juga jemaah yang tidur di muzdalifah, mengikut sunnah Rasulullah.

Esok hari raya aidiladha. Esok juga hari melontar Jumratul Aqabah. Esok juga hari bertahallul. Esok jua hari melepaskan ihram.

Jumaat, Januari 14, 2005

Nodal analysis. Thevenin's and Norton's equivalent circuit. Maximum power. Semua aku dah cover gile-gile nye petang tadi. Pagi tadi dah jumpe tutor, jafar sadiq, mintak die tunjuk sikit-sikit soklan midterm. I entered the exam hall confidently, expecting to get good result on this paper.

But then, those topics that i covered thoroughly were the questions that i really don't have any idea how to do. I did not give the answers for 3 questions, on Thevenin's and Norton's equivalent circuit and Maximum power and nodal analysis. Just giving some pathetic works, hoping to get the method marks.

Kenape? Kenape? 'Wa makaru wa makarallah, wallahu khairu makirin'.

Esok balik. Road tax kete kat rumah dah mati. Muk ajak jalan-jalan muo ahad ni. Potong btol la road tax! Huh.

Rabu, Januari 12, 2005



Pasar Oh Malam!


Dulu dekat matric, first time pergi pasa malam, mase malam2, lepas maghrib. Lepas-lepas tu, pergi pasa malam petang2, dalam kol 6 ke. Ni kat gombak ni baru malam tadi sempat pergi pasa malam, setelah setengah sem diharungi. 1st time pergi kat sini malam-malam gak. Tu pun sempat pergi sebab halaqah kensel malam ni. So bebudak ni ajak pegi pasa malam. Jalan kaki pergi tadi. Jauh siot. Aku rase lepas ni memang susah ar nak ade muke aku kat pasa tu, melainkan ade orang ajak naik kete ke, moto ke, sebab takde pe sangat yang best. Kalo dekat matric dulu memang tak boleh miss pasa, every week pegi. Dah le dekat, memacam ade plak tu. Orang plak slalu ramai, sampai jammed tak boleh nak jalan kat tengah2 pasa tu. Kat gombak ni, bese-bese jek, kalo setakat nak pegi semata-mata nak beli nasik ayam ke, memang aku tak pergi ar.





Trivia Haji 4



Kaabah. Struktur rumah ibadah yang pertama di dunia. Pertama kali melihatnya aku terpaku. Indah. Melihatnya sahaja pun dapat pahala. Kalau aku solat fardhu di kawasan lapang di tengah-tengah masjid, pasti aku memandang Kaabah. Sungguh damai, menenangkan. Salah satu sebab aku merasa tak mahu meninggalkan kota makkah, untuk melihat Kaabah setiap hari.

Kaabah dari segi fizikal boleh dikatakan besar. Setinggi bangunan 3 tingkat, berbentuk kiub, dan terdapat haruman pada batu binaannya. Orang ade cerita, setiap bulan atau period2 tertentu, akan ade pihak berkuasa makkah hadir untuk 'memandikan' Kaabah dengan haruman-haruman. Kelambu Kaabah kadang-kadang di singkatkan ke atas, mungkin mengelak dari sebahagian jemaah haji yang taksub mengesat-ngesat muke pada kelambu Kaabah itu. Yang paling utama, Hajarul Aswad. Sayang aku tak berkesempatan mengucupnya.

Pada musim haji, terutama apabila tiba kemuncaknya, even pihak tabung haji tidak menggalakkan jemaah malaysia attemp mengucupnya. Jemaah haji berebut-rebut untuk sekurang-kurangnya menyentuh batu suci itu. Ada yang lemas. Pergaulan lelaki dan wanita sudah tidak terkawal. Selain Hajarul aswad, ada juga makam Ibrahim dan hijr Ismail. Dulu mase kecik-kecik aku ingatkan due-due tu memang betul makam dalam bahase kita (thomb), dah pegi nengok sendiri baru tau yang makam Ibrahim tu adalah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim. Yang Hijr Ismail tu.. tak pasti.. Tapi yang pasti, semasa tawaf, jangan sekali-kali masuk celah hijr Ismail sbb hijr Ismail adalah sebahagian daripada Kaabah.

Sebelum tunggu waktu kemuncak di arafah, jemaah haji biasanya takkan melepaskan peluang menunaikan umrah. Ada yang sampai mampu melakukan umrah 2 kali sehari, pagui selepas suboh, kemudian malam selepas maghrib. Secara purata, ibadah umrah boleh selesai ditunaikan selama kira-kira 2 jam. 2 jam setengah kalau termasuk miqat di luar tanah haram. Tempat miqat terdekat terletak 10 minit perjalanan dari tanah haram (5 riyal pergi balik menaiki van sewa seorang). Selepas miqat sebentar di situ, terus pulang ke masjid dan memulakan tawaf. Sejam sudah, saei pulak ditunaikan.

Aktiviti-aktiviti lain dilakukan para jemaah, seperti di madinah, window shopping dan jalan-jalan. Sampai ade yang sesat. Tapi dengan kemudahan tabung haji yang menyediakan pegawai di merata tempat sekitar kota suci ini, juga pengenalan diri jemaah malaysia, insyaAllah, boleh cari jalan pulang. Paling ramai dan mudah dilihat di kota ini adalah jemaah indonesia. Kebanyakannya masih muda remaja. Kebanyakannya newly weds. Juga terdapat indonesians yang memang dah bertapak lame di mekah. Ini dibuktikan dengan ade nya akhbar tabloid berbahasa indonesia di jual di mekah.

Paling utama, dan paling seronok, adalah menunaikan solat berjemaah di masjid. Rugi kalau kita tak pergi solat jemaah kat masjid. 100 000 kali ganda pahalanya solat di Masjidil Haram. So, most jemaah isik la masa yang ada dengan beriktikaf di masjid, sehinggalah tiba waktu kemuncak, di arafah nanti...

Ahad, Januari 09, 2005



Rindu Oh Jelous!



Rindu pada suasana bilik 116 kat matric mase 1st sem dulu. Sungguh bersepah tapi harmoni. Pemandangan masjid yang penuh keinsafan. Huru-hara budak bilik membuat someone pasti ketawa. 2 sem duduk situ rase tak puas. Macam-macam pengalaman dipelajari. Jelous pada orang yang duduk bilik tu skarang.

Rindu pada tugasan-tugasan semase sem 2 kat matric dulu. Treasurer grand dinner yang paling aku tak lupe, penuh rintangan tetapi memberikan pengalaman berharga. Jelous aku pada dein, farouq dan yang lain-lain dekat matric, ada masa nak join event besar-besar.

Rindu aku amat sangat pada miscal subuh. Dari awal sem 3 kat matric sampailah die fly, dayah miscal kejut aku suboh tiap-tiap pagi. Hampir 6 bulan suboh aku terjaga. Jelous? Nak jelous pada sape? Jelous la pada orang yang boleh bangun sendiri solat suboh berjemaah kat musolla. Isk.

Rindu pada public phone kolej mase kat matric dulu waktu-waktu aku telefon die. Mase sem 3 kat matric dulu tiap-tiap minggu call tanpa jemu. Walaupun aku nak tepuk tangan sebelah lagi tak kene-kene tapi aku seronok. Masuk gombak dah tak dapat nak carik masa telefon die. Sampai la die nak fly next month. Tempoh perbualan dengan die terlalu lama, macam-macam yang dikongsi bersama. Pasti aku kene menahan rindu untuk 4 tahun lagi. Jelous? Ye, jelous, amat jeles. Die dapat tempat at the best university in aussie. More important, die dapat fly.

Rindu pada suasana bilik 211 mase final sem kat matric dulu. Siap masuk calon bilik, to be specific (heh heh), compartment terceria hisbah imam muslim. Tidor sedap. Tiap-tiap petang, pukul 6, layan cd burn inteam 04 sambil nengok orang main bola kat padang dari tingkap bilik. Malam-malam speaking english ngan hosni, discuss pasal various issues yang best-best. Jelous aku kat budak yang duduk kat compartment aku skarang. Die ubahsuai keceriaan bilik menjadi lagi ceria. 3 kali pergi matric dah masuk gombak ni, 3 kali jugak aku merasa baring atas katil compartment budak tu.

Rindu aku pada perjalanan di matric. Belajar seronok. Pergi kelas seronok. Buat kerja, assignment seronok, nak dekat exam, discuss dengan member-member kat abc. Hujung minggu boleh keluar suke ati (mase 1st year ar..), foye-foye nengok wayang, sesat-sesat jalan keliling kl, shopping tak ingat dunie. Kadang-kadang pergi um jogging, rindu pula pada suasana pagi kat um mase jogging. Isk.


Rasa macam nak masuk matric balik jek...

"Sometimes you feel like you want to quit, especially when you are in the third year. Feels like you want to leave everything and go back and sleep."

Suvad Salman, tutor calculus.

Sabtu, Januari 08, 2005

Hujan. Rain. Al-Matr. Semuanya sama. Hari ini boleh dikatakan hujan sepanjang hari. Sejuk. Pagi tadi masa kelas EC i went out of da class a couple of time, tak tahan sejuk air-cond dalam kelas. Water cooler kat luar kelas tu dijadikan heater tangan aku yg macam nak beku. Bila kelas dah abes, still hujan lagi. Pergi kelas tadi naik basikal acap, sebab dah lambat dah. Pukul 10.25 baru siap nak pegi kelas kol 10.30. "Redah jek," mok kate, "takkan nak tunggu hujan berenti, sampai bile?". Betul gak. Hujan yang tak lebat macam ni susah nak berenti. Redah...

Basah lencun aku. Teringat masa sekolah agama petang dulu redah hujan balik rumah dari skolah naik basikal. Seluar putih baju putih dah jadik coklat redah lecak. Sampin pun dah rupe macam kain batik. Hehe. Nasib baik tadi takde lecak yang tak boleh dielak. Tapi memang boleh perah setengah baldi gak ar baju dengan seluar aku tu. Sampai bilik terus mandi takut demam. Acap demam dah 3 hari dah. Kesian dia takde mood nak buat keje. Aku pun 'terpakse' ah join tak buat keje. Hakhak!

Sampai petang hujan. Rasa sejuk macam dok kat uk jek. Hoho. Tido pun sedap. Tapi aku tak tido. Taktau kenape. Badan macam dah tune 1 hari tido 6 jam. Walopun tido 6 jam nampak macam sikit, tapi still suboh aku tak terjage. Damn how i miss suboh miscal dayah. Still dalam proses tuka tune tido. Target waktu tido : 12 malam sampai 6.30 pagi.

Exam midsem start isnin ni. Dulu kalau kat matric dah pikir nak balik je dah. Tapi kat sini cam takde mase nak pikir balik. Drawing. Lab reports. Assignment math. Pspice. Nak pikir pasal exam pun macam tak sempat. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menuntut ilmu di taman ilmu dan budi yang serba mencabar ini.

Ahad, Januari 02, 2005

'Jogging Hustle'


Bertuah betullah kalau aku pegi jogging pagi tadi...

Semalam bangun-bangun tido, blur. Apa nak buat hari ni? nak wat keje malas, hari ni cuti. Rasa macam nak kuar jek, lepas tensen keje banyak. Tapi nak kuar ngan sapa? Bebudak ni ramai balik. Nak kuar pegi mana sensorang ni? Acap rumet aku cakap dia nak pegi matric. Malas aku gi matric, kalau aku gi matric kompem aku tido sane. So msg amin tanya nak kuar tak. Forward msg tu kat nazri, member bilik kat matric yg still kat pj. Amin taknak kluar. Then nazri call aku ajak nengok kungfu hustle kat midveli. Layan!

Jumpe acap tengah makan kat cafe. Ajak die skali nengok wayang kat midveli sebelum gi matric. Dapat nengok wayang kol 3. Dapat seat depan skali belah tepi. "Mau sakit tengkuk dok sini. Pindah ah weh". 1st time nengok wayang dok tempat org. Terase macam jahat lak. Mase tengah sedap dok seat tengah-tengah tu ade sekumpulan orang tercarik-carik seat die. Depa nengok kami. 2 orang dok sebelah kami. Yang lain pergi carik seat lain. Isk. Buat bodo. Buat bodo.

Naseb baik kungfu huslte ni best. Mengabaikan aku sepanjang sejam setengah dari mengingati naseb pemilik seat yg aku duduk tu. Klako giler. Action pun banyak, nampak real. Best, best.

Lepas nengok wayang, jalan-jalan kjap kat midveli yang dah lame aku tak pegi tu. Masa dah nak balik dah pukul 7.30 pm. Nak balik gombak ke? Nazri dah cucuk cucuk aku suh tido matric pj. Aduh. Keje banyak ni. Aaaargh!



Nazri cadang kan gi jogging kat um pagi ni lepas suboh. Sume bersemangat, ahsan pun nak join. Aku pun semangat gak, lame dah tak jogging kat um, rindu dengan suasana redup, nyaman sambil usyar-usyar amoi yang jogging gak, hehe. So, sume plan tidor awal. Tapi plan je, kol 1 sume terbeliak lagi mate. Nazri bace novel yang aku beli kat midveli petang tu, Arjuna Hati. Napong bace kreko. Aku pun membace gak. Tak ngantuk lak kol 1 pagi tu. Masih lagi dalam proses tuka tune tido. Sebelum ni asek tido kol 4 je. Tengah nak tuka tido kol 12 lak.

Suboh, 6.30 pagi. Semua tengah baring atas katil. Aku pun malas sebenarnye nak gi jogging. Memikirkan malam ni mesti aku stay up lagi siapkan assignment yang bertimbun. Mana larat kalau nak jogging gi um (pergi balik kurang-kurang 45 minit, jauh wo..), kompem aku tido awal malam ni. Nazri yang nampak aku terjengah-jengah katil die dalam gelap tanya aku 'nak jogging ke tak?'. Jujur aku jawab, 'tak payah la'.


Dah. I'm back here in gombak. No time to loose. Tak boleh malas-malas. Kita selalu tak bersyukur dengan keadaan kita. Masa cuti kita kata bosan, tak tau nak buat apa dengan masa yang banyak terluang. Masa blaja kita kata sebok, penat, tak cukup dengan masa yang ada. Mun kata, kita gunakan jer lah masa yang ada. Ye, gunakan masa yang ada sebaik mungkin - tak boleh malas, tak boleh tangguh. Sekian.