Cari Blog Ini

Sabtu, Januari 31, 2004

Pagi kang gi shah alam. Macam tahun lepas, raya haji kat sana...

Rabu, Januari 28, 2004

Hujan turun semalam dua ni. Petang tadi pun hujan juga. Terbatal niatku nak ke pasar malam, lame dah tak pegi, setengah tahun ade kot? Hujan.. Mane best study. Tido ah best...

Mase nak sambungkan balik line telefon kat bilik ayah, dibukak sebab takut kene kilat, nengok ayah tertidur depan tv yang still on. Sian ayah. Dah dekat setahun dah dia duduk rumah sorang².. Aku? Belajarkah aku kat UIA tu? Dia nampak kurang puas hati dengan result aku semester lepas.

Ah aku ni! "Ko banyak sangat berangan zim.." fana penah cakap kat aku cam tu. Memang betul pun. Ah sudahlah..

Selasa, Januari 27, 2004

Try to study at 10.30 pm last night. Its really hard to concentrate. Try again after this. Have to study! Final is juuusst around the corner.

Isnin, Januari 26, 2004

Tengahari tadi ada kemalangan kat depan rumah. Lori sondol belakang van yg tengah nak pusing. Van tertolak dan terbabas langgar tembok jambatan rumah aku. Lebih kurang 15 sm lagi nak kena tembok pagar, kalo kena, innalillah...

Pemandu van, seorang mak cik dengan anak dan mak dia. Lori bawak barang? runcit. Cermin belakang van pecah, berterabur atas jalan raya depan umah aku. Van tersangkut atas tembok jambatan, silap? bleh terjatuh masuk dalam parit. Tiada kecederaan berlaku. Kejadian berlaku ketika dua? kenderaan dalam halaju yang rendah. Jadi tumpuan seketika rumah aku.

Lebih kurang dalam sejam, after some tensed negotiating, masing? tolak ansur, cincai kire ar, termasuk ayah cincai kire pokok bunge die tumbang dengan 2 bijik pasu pecah. Huhu! Kene panggil penunda, nak angkat van yg tesangkut pada tembok.

Aku yang tengah nak mandi tu tak jadik nak mandi. Huhu! Pas setel accident tadi, ajak ayah makan kat tanjung. Lame dah tak makan situ. Dulu selalu jumpa cikgu shidah makan ngan anak die kat situ. Kekadang jumpa pak din. Ah! Tiba? saja aku rindukan sekolah.

SMKA Maahad Muar. Sekolah yang agak cemerlang pencapaian akademiknya. Hampir setanding dengan SMS Muar. Kerap kali aku impikan sekolah ini mampu mejadi antara yang terbaik di Malaysia. Seingatnya, pencapaian terbaik adalah pada keputusan SPM 97, sekolah ini di ranking 57 seluruh Malaysia, yang ke 5 di Johor dan yang kedua di Muar. Guru? di sekolah ini amat dedikasi, paling takkan kulupa, cikgu shidah selaku guru peperiksaan. Ah! terlalu ramai lagi yang hendak disebut. Semuanya hebat? belaka. Cikgu, terima kasih yang tak terhingga.

Dengan kemudahan yang tidak sempurna di sekolah, pelajar pula mampu menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Tahniah layak diucapkan kepada anda. Berusahalah dengan lebih rajin, harumkan nama sekolah. Berusahalah dengan lebih gigih, cari kejayaan dunia dan akhirat. Berusahalah dengan lebih tekun, jangan hampakan ibu bapa. Jangan berasa puas dengan usaha yang ada. Tanamlah azam untuk belajar bersungguh-sungguh!
Paling lame chating smalam. Almost 5 hours, non-stop. Nak buang air pun ditahan-tahan. Seronok gak borak² ngan senior. Kat skola tak pnah bebual, in fact, aku tak pnah kenal pun die, die jek yang kenal aku (waahh!!). Banyak cerita pengalaman, banyak beri nasihat, banyak membuka mata aku, sampai subuh aku tak tido. Hahah! Terima kasih banyak².

Ahad, Januari 25, 2004

******: jgn mengalah dulu
******: berjuangla
azamkukuh: bagus siot ko
azamkukuh: ko seorang senior yg baik
azamkukuh: tenkiu
azamkukuh: tenkiu
azamkukuh: doakan la aku di sini..
azamkukuh: isk
******: ape guna senior
******: tu baru skit dugaan
******: aku kat sini dulu pun mcm ko
******: hampir hanyut juga
******: dan hampir tewas
******: tp alhamdulillah
******: x sia2 ke maaahad
******: aku bgn balik
******: study dahla susah
******: pastu culture shock
******: nasib baik ade kawan2 yg tolong
******: ko pun jage diri baik2 kt sane
-------
******: nak stop ke
******: aku hanye leh chat weekend jer
******: weekday takleh
******: sbb nanti x bc buku
azamkukuh: rajin siot..
azamkukuh: ajo aku sket cemane nak rajin bleh?
******: so,kalo ko nak chat ngan aku lg next weekla
azamkukuh: raye aji
azamkukuh: tak balik ke?
******: aku x tahu mcmn nak ajar orgla
azamkukuh: xmo kongsi ar eh?
******: its urself
azamkukuh: yela
azamkukuh: yela
******: bkn x nak kongsi
******: cum tanamkan azam utk bljo
******: aku cuma ksian ngan mak ayah aku
******: so aku x buat nmain2
******: diorg kuar duit dah banyak sgtla
******: aku pun malu la kalo tak berjaya dlm hidup
******: x smestinya ko ada keje etc
******: maknanya ko dah berjaya
******: actually ist everything
******: rohani luaran dan dalaman
******: asal jadi org berguna dan dpt balas jasa diorg
******: aku dah bahagia dah
******: panjang celoteh akukan
******: terpulng pd diri msing2la
Lame dah tak balik Muar.

Tengah hari kamis gi pudu, tuka tiket dr sabtu ke kamis. Dapat bas pukul 4.30 pm. Lepak? KL sat, supermarket seme tutup. Pekerja asing ramai giler, macam kat KLCC mase new year ari tuh, sesak.

Bas gerak kol 5, sampai kol 7.10. Paling laju pnah aku naik.

Petang jumaat, gi tanjung, jumpe member. Member datang lambat, so jalan sensorang kat taman. Lame tak jalan2 kat situh. Ramai orang. Terserempak member lame. Borak sket?. Jalan lagi, terserempak another one. Borak sket? lg. Lame tak merase angin selat melaka bertiup. Tengok org memancing. Bebudak main kat taman. Mak bapak, anak? yg da besa duduk? kat kerusi taman. Riuh rendah, tapi seronok. Famili riang ria.

Malam tadi makan kat gerai soto pt sakai ngan famili. Lame dah tak duduk semeja, makan? kat luar. Borak?.

Lame dah jugak tak study kat umah. Hehe. Final da dekat wo.. Study wo..!

Ahad, Januari 18, 2004

Alas... The Organic Chemistry book i have found, though finals are just 2 weeks from me. Huhu!

A friend, an engineering student at Yorkshire told me, "Just memorize, that's the key of my SUCCESS,"

Is it worth it to buy a revision book when finals are just around the corner? I just want to try to memorize. That do consider as an effort, don't it?

'Man jadda, wa jadda', no matter how or when.

Sabtu, Januari 17, 2004

Engineus Paper Stall yang aku kene kendalikan sepanjang minggu ni mendapat sambutan yang baik, lebih seperti yang aku jangkakan. Tak sangka banyak jugak dapat untung jual exam paper nih. Tapi suka duka nak handle stall ni bukan mudah seperti yang disangakakan. Sepanjang minggu ni aku tidur paling awal pukul 1.30 pagi, semuanya pasal nak selesaikan masalah? those exam papers. Tiap? hari ade jek problem sehinggakan aku terlupa tugasku sebagai treasurer dinner hari tu belum selesai lagi - buat report. Last? report tak dapat hantar sebelum due date, terpaksa hantar next week.

Lupa nak cakap terima kasih... Hehe. Terima kasih bebanyak ar kepada semua yang banyak tolong aku handle stall nih, bro razip, kak ana, kak mai yang memberikan tunjuk ajar. Paling banyak membantu, akram, dein, dayana, jaie, rizal, jangan ingat aku buli ko sume eh? Hehe. "Weih.. jom ar kita gi kfc, kita guna duit untung..." paling banyak tolong, paling banyak pok pek, *****. Hehe. Yela miss hareere :p, nanti aku gi tanye bro razip, ajak gi makan? ujong sem ke.. eh?

Thank you so much y'all.

Ahad, Januari 11, 2004

Annual Grand Dinner
-Engenius-
10.01.04
8 pm
AMF

Malas ar nak nulis pepanjang. Pnat lom abes lg.

What is important to state here that the committees of this dinner, lead by farouq had done quite wonderful job. Why do i say that? This is due to the lack of money, lack of time, lack of man, still they maturely manage to hold such a grand programme.

The main board, me, the treasurer, akram the secretary, dayana the asst director and especially the director, farouq would like to thank all the committees involved. Although there were some mistakes, misunderstandings and such errors, they all made us move forward to be more matured in handling grand programmes such this dinner.

Pnat, pening. duet dinner lom setel lagi nih.. seb baik ade byk gak ar sponsor. Tu pun blom comfirm lg bleh cover. Harap² cukop. Esok kene pikir pasal engenius paper stall lak. Huhu! "Kalo kite kene bayo buar mende² ni sume, dah kaye kite.." dayana kuat gak ngeluh. Tapi tak bleh lawan farouq. Hahah. Board, LOE, MMC, dinner, paper stall mmg cukop membuatkan aku hanye meniru tutorials and assignments instead of buat sendiri. Study? Amat kurang. Final tinggal lagi 3 weeks. Kene struggle pasnih...

Ahad, Januari 04, 2004

Zuhdi's group is announced as the 1st runner up for LOE. Also wins the Jury Award due to the quality of the invention is the same level as the main campus. Congratulations.

Pegi memanah tadi. My first time archering. Seronok gak. Rase cam nak main lagi jek...


Alea da sehat. Her wounds due to the operation almost 100% recovered. Masih blom bleh minum susu. Kesian. Muka comel die tu nampak letih, pucat, sedih. Aus acah2 pun die nangis instead of happy. Hope alea will completely recover and smile and laugh again soon... InsyaAllah.

Sabtu, Januari 03, 2004

Land Of Enginesia, Biosphyre, Medcy Tech : Which One Is The Coolest?


The last two days of Matric Mega Carnival, MMC are the days we all waiting for - Saturday and Sunday. The days where engineers, scientists and doctors compete to be the man of MMC.

At this time, the hottests are the Medcy Tech's booths. Something new, interesting, attracting exhibitions and exhibitors (hehe). I've visited most of the booths there (booths yg blom pegi ramai org, esok ar pegi), i learn about CPR, paramedic stuffs, homocide and suicide organs and bodies, babies, sperms, cancer etc. I've won some sweets at the Cancer booth, just throw 3 darts, and answer 3 questions on cancer. Nazri won a keychain there, huh, with some help from me... :p.

Biosphyre is also not bad because they provided many activities - all regarding to mathematics and physics. Again, i got to tell i won all the activities and got some lolly pops. Hehehehe! Battle ngan aku ar nazri oii!

Land Of Enginesia? "LOE dianaktirikan," zuhdi said calmly. Maybe, because all LOE booths are placed in a closed are at the AMF. For privacy? Nonsense. Projek bebudak ni plak, bese jek, tipikal. "Eh, ni projek aku dulu.." farid, senior from IIUM Gombak cakap. Hehe. Over all, LOE tahun ni kurang gempaq seperti yang dijangkakan. Anyways, group zuhdi gak yg menarik perhatian aku, The Spectacle For The Blinds. Bleh menang ar aku rase... We'll see tomorrow.

Jumaat, Januari 02, 2004

Join booth Ukhwah.Com petang tadi. Sempena dengan PC Fest kat AMF. Ramai gak ar yang usha² booth nih. Director Kang ngan Hanan pun turun. Gempaq gak ar booth Ukhwah.Com (ade ar gak PC.. ingat kan PC Fest ni banyak PC. Huhu!)

Khamis, Januari 01, 2004

The Long Last Journey Of 2003


"Discman aku ilang..." tenang jek zuhdi beritahu.

"Sial jek..." err.. tak bape tenang ar die beritahu.

"Sebelum suboh tadi ada orang masuk bilik,"

"Anep takde?"

"Ade, tapi die tak kunci bilik, die tatau yang kunci pintu bilik kite dah ok,"

13 ahli, seorang pun takde dalam bilik yang dibiarkan tak berkunci. 7 orang balik kampung, 5 orang pegi new year celebration, 1 orang tido kat bilik lain. Huhu

5.50 pm
31 Disember 2003
UKC

3 orang kluar duit kat atm. Masing² besedie untuk perjalanan 'jauh' yang terakhir tahun 2003. Masing² isik perut kat sini, menyedari perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk makan di destinasi nanti.

6.10 pm
31 Disember 2003
SS 17

Terpaksa menunggu bas sejauh sini, takut² terpaksa berebut nak naik bas nanti. Akhirnya memang terpakse berebut pun... huh. beridir sampai kat Bangsar LRT. Penat siot.

7.10 pm
31 Disember 2003
KL Sentral

Sejam perjalanan, suppose less than 1/2 jam bleh sampai, jammed. Solat Maghrib kat sinih. Pukol 8.10 tunggu Putra LRT pegi KLCC.

8.20 pm
31 Disember 2003
KLCC

Sendat, sardin dalam tin pun kalah. Ramai gile orang dalam LRT. Sampai kat KLCC pun ramai giler orang. Mule² solat Isya' kat Masjid, pastu dengo² forum. Banyak gak die perli pasal countdown kat situ. Hehe. "Tiang kat masjid lagi banyak dari orang dalam masjid yang dengo forum." Ustaz Zawawi, macam biase, memang best dengo die cakap.

9.00 pm
31 Disember 2003
KLCC Park

Nak nengok show kat stage. Orang da sesak dah. Malas aku. Kat atas rumput kat taman nih da mule dipenuhi dengan couple², tak kurang gak mamat² ngan minah² indon. Mase ni ah nak nengok keruntuhan akhlaq remaja dan belia MELAYU. Keterbukaan minda amat jelas. Ingat ni kat mane? Miami Beach? Perempuan dudok kat celah kelengkang laki, pastu laki peluk, raba², sebaliknya pun ada gak. Mostly perempuan² tu pakai tudong.

French kiss pun ade gak. Melambak². Macam rase ade kat negeri mat salleh plak. Seb baik pakai tudong, terase ar macam kat Malaysia sket. Couple² mat salleh ade gak, tapi tade nampk die org french kiss lak. Huhu!

10.30 pm
31 Disember 2003
KLCC park

Manusia makin ramai. Nak carik rumput kat taman nih pun susah, abes penuh sume dah kene duduk. Bebudak skin, punk mule datang, bising², mengganggu couple² yang tgh syok merendek. Harga air/lampu kelip² makin murah. Keadaan makin bingit. Konsert makin rancak, Siti buat persembahan lintas langsung dr Pangkor, Dayang Norfaizah nyanyi lagu niger, couple² makin rancak meraba, bebudak kecik makin ramai kat playground, sampah² masyarakat makin tak snonoh buat kaco - baling bunga api kat orang, ngurat² dak pempuan, buat bising tak memasal. Memang havoc giler ah.

12.00 am
1 Januari 2004
KLCC Park

"Mase ni yang best nengok couple, nengok fireworks ape barang," batak insisted. Memang btol. Pukol 12 nanti ape yang aku bace kat komik Lat - kampung boy skodeng mat salleh sambut new year, berlaku. Disebalik bunyik fireworks tuh ade bunyik² latar yang menggiurkan.

Fireworks. Puas hati nengok. 10 minit yang cantik dan indah. Ni kali kedua aku nengok fireworks - kali pertama kat Stadium Muar, balik umah lepas nengok kat muat tuh, terus demam, huhu!

1.00 am
1 Januari 2004
KLCC Park

Orang masih lagi ramai. Walaupun ramai balik tapi rase macam takde sape yang balik. Usha² kat laman Suria KLCC. Kat situ lagi havoc agaknye mase countdown tadi sebab ade jumpe botol arak besepah atas laman, isk2.

Kat Masjid plak, orang sume tak bleh masuk. Tindakan pihak Masjid memang bijak, die orang buat operasi membasuh masjid, so tak bleh masuk. Tandas Masjid pun tak bleh masuk. Kalo die bagi, alamatnya tak rupe masjid la. Macam masa malam merdeka taun lepas, couple² tak malu betul merendek kat dalam Masjid. Tak kasik masuk malam ni, die orang duduk² bepasang2 kat tepi² masjid, bepeluk². Ape la nak jadik...

Tindakan Masjid memang wajar. Tapi yang tak bestnya kat mane aku nak tido malam ni?? Kite berlima bingung seketike. Berjalan² tiada alah tuju. Lepak² tiada tujuan.

2.30 am
1 Januari 2004
Masjid Jamek, Kuala Lumpur

"Sedap betul kalo dapat tido skang nih..." Harapan tinggi nak tido kat Masjid Jamek. Tapi setinggi mane pun runtuh jua bila nengok pintu pagar Masjid dah beranai kunci. Adeh. Bingung! Bingung!

Lagi sklai, lepak² tade tujuan kat Stesen LRT Putra. Nak pegi Pudu, dein takut sangat kene pau. Batak lapo, asek nak lepak kat maple jek tapi tatau maple kat mane, nak carik dein takut yang amat sangat.

3.00 am
1 Januari 2004
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Satu lagi tempat dituju. Tatau ape yang berlaku kat situh. Nekad jek. Sesampai nengok orang ramai lagi. Polis Trafik pun tengah wat operasi banteras mat rempit. Sisters (mungkin senaseb ngan kiteorang, kene halau dari KLCC) pun ramai lepak kat simpang yang ada ramai polis tuh. Secure la sket. Ade gak trak polis satu, tangkap bebudak punk. Kutu² rayau pun besepah. Tak kurang jugak ngan couple (mane² pun die orang ade..) duduk betenggek kat tepi² jalan.

Takut gak mase lepak kat situ (memule lepak dekat² dataran, gelap sket, jauh dari polis bat operasi). Walaupun ade ramai polis tengah bat operasi, tapi kutu² ni kannye leh caye, sesuke ati die kang kene pau plak kite orang. Alhamdulillah sampai suboh takde pape jadik...

Ade satu gerai air ngan satu gerai yong tau fu kat depan Mahkamah, dekat² ngan sisters lepak, dekat ngan polis gak. Decided nak lepak kat sane. Layan yong tau fu. Pepagi bute ni sedap la plak layan. Lepas tu ramai customer die dtg, makin ramai kat area² situh.

Zuhdi ngan nazri da tak tahan ngantuk. Zuhdi tido atas bangku, nazri ngan aku layan mata kat arca SUKOM, betul² kat sebelah polis bat operasi. Ade gak nampak Omar Abdullah, wartawan 999. "Aduh... ni kalo ade kamera tangkap gamba kite nih, kantoi kite, kang die orang cakap kite remaje yang takde tujuan, tido kat dataran merdeka!" Zuhdi dengan mate lalok pun bleh pk sampai cam tuh.

5.15 am
1 Januari 2004
Masjid Jamek, Kuala Lumpur

Pintu pagar Masjid still berantai. Orang nak sembahyang Suboh blom datang. Frust. Dein cadang pegi usha Metrobus 12, mane tau kalo dah ade. Sume ikot (masing² pk nk tido..). Lalu CM, Bangkok Bank, nengok byk giler paper. Ooowh, rupenye kat sini pusat kumpul paper utk delivery.

Alhamdulillah. Ade 3 buah Bas 12 menunggu utk bergerak. Ramai orang plak tuh, siap ade yang berdiri, ni mesti seme celebr8 new year. Hehe. Sampai kolej pukol 6.10 am. Lepas solat suboh, terus tido sampai la pukol 1.30 pm baru bangun!


Selamat Tahun Baru 2004 Masihi.