Cari Blog Ini

Khamis, April 28, 2005

Semalam ahsan blanje makan pizza hut. Hehe. Tak sia-sia die lepak bilik aku dari petang sampai malam tak balik-balik layan dvd siri 'taken' (kol 2.30 am baru die balik, tu pun bukan balik sbenonye, die gi nengok bola. Ehem.. chelsea dan liverpool seri 0-0 kat stamford bridge yeh? Kite tengok kat anfield nanti sape bakal ke final! Hoho), dapat gak aku merasa pizza. Malam tu juan kluo dengan awek die gi wangsa maju, dielah yang belikan. Time kaseh ahsan, time kaseh. Aku dah lame tak makan pizza. Hehe.

Adeh. Workshop nye assignment tak siap lagi tak wat ape pun lagi. Bile ntah nak start. Macam banyak je benda yang nak kene wat dalam assignment tu. Esok kene anta dah. "Aku rase lecturer salah cakap la, bukan anta esok ni, ni mesti kene anta minggu depan..." yakin jek firs cakap. Heh. Abes ko tanak buat ke? Hoho! Buat wo.. Banyak kene buat ni, org. chart, layout, tah pape lagi ntah. Electronics plak lom ade buku teks, rase cam janggal jek, tak bleh nak refer mane-mane sebab tak paham sangat mase lecture. Nak tanye lecturer mase kat kelas segan. Huh.

Rabu, April 27, 2005

Almost Famous

"Nampak kurus.."

"Hehe.. time kaseh"

Itulah kate-kate keramat yang paling aku tunggu-tunggu dari mulut orang yang dah lame aku tak jumpatak jumpe aku. Hehe. Jumpe ajis kat library, dulu aku duduk bilik die mase jadik committee taaruf week kat matric. Bilik die cantik, banyak decoration and pastu aku ciplak dienye decoration letak kat bilik aku mase final sem matric. Hehe.

First days short sem ni terasa macam diri ini begitu terkenal jek. Hehe. Mane-mane pergi mesti ade orang tegur. Nak gi kelas setiap sepuluh langkah mesti aku berenti. Ramai siot jumpe dak matric yang baru masuk. Dah le lame tak jumpe. Terase macam meriah sikit sem ni walopun sem ni orang tak ramai.

Ooo.. ko kate ko bosan farouq dok gombak nih? Huh. Aku dulu mule-mule masuk rase macam nak mati jek. Hoho! Keje banyak gile seh! Keluar bilik dari pagi, balik bilik malam, kelas penuh. Pastu malam bukan boleh tido kol 10 pun, kene wat keje menimbun2. Pening kepale pk nak setel problem lagi. Kol 3 baru bleh lelap. Tapi kan, sem ni memang terase macam tak banyak keje ah. (Tatau la mungkin awal lagi kan..) Best la ko masuk gombak mase short sem, tak terkejut sangat. Tapi tadi aku dah dapat assignment dah. Assignment workshop. Suh buat ape tah aku pun tak sure. Yang aku paham kene wat macam introduction booklet pasal workshop, macam cite pasal org. chart, do's and don't's, siap kene lukes workshop ground floor layout lagi plus dengan jenis-jenis machines yang ade beserta dengan no siri machines tuh.

Pergi pwtc? Aku ingat tadi aku nak gi gak, lepas workshop. Balik-balik bilik nengok din tengah layan game, aku pun layan same kejap, tak sedar hari dah hujan. Tanye ahsan (semalam die ajak aku gi pwtc), die kate 'hujan..'. Huh. Terpakse lah aku tido. Hehe. Bile ntah nak gi, esok kelas petang. Luse kelas pagi kejap, pastu sambung balik ptg. Huh.

Nengok.. femes siot aku. anep budak bilik aku kat matric dulu tepon aku baru jap tadi. "Sombong siot ko!" die kate. Ar blah la ko nep, nak buku teks baru nak carik aku! Haha!

Weh farouq, nak gi pwtc tak? Nak gi ajak ah weh!

Boring siot

Boring siot. tu laaa kata-kata aku hampir setiap hari sejak aku duduk sini. Kelas tiap-tiap hari pukul 11 sampai 1. Petang jee tak tau ape bende nak buat. Td kelas komputer. Lecturer ajar balik apa yg telah blajar kat matrik dulu. Ish... Byk mende dah lupa. Bru sebulan tinggalkan mende tu. Dah tak igt. Kene revise balik. tapi takde bahan. Semua rujukan tinggal kat rumah. Nanti ade masa nak balik rumah ambil semua buku.

Baru jee tadi jumpa kak hanani. Dulu dia treasurer Engenius. Dia bg aku notes and exam questions. Lepas jumpa terus pegi cc. Igt nak masuk balik website engine. Tp tak dapat lg. macam mana nak print notes. Ish.. Next week, lecturer dah sound ada quiz. Cepat betul. Buku tak bukak2 lg.

"Wei, ko kat ner?"

"Aku kat pwtc"

"Wat per?"

"Ade book fair"

Hampeh. Abg aku farid gi pwtc. Bukan nak ajak aku pun. Ni kalau tak ajak aku ni mesti pergi dgn teman dia la tu. Tak lain tak bukan kak izzah.. Hehehehe. Siot ko. nak dating pun takkan kat sana. Takpe2. Nasib baik dia tak bawak kereta sekali. Lepas call dia, aku terus ambil kereta. Pergi pusing satu round uia ni.

Isnin, April 25, 2005

What Did I Do?

Bercuti sebulan. Bercuti di rumah. Bercuti dengan TV. Bercuti makan dan tidur. Bercuti dengan angan-angan. Bercuti dengan handphone. Bercuti dengan Satria. Heh.

Sebulan cuti. Nak balik UIA semula rasa sedih jugak walaupun aku sedar duduk rumah selama sebulan tu cukup membosankan. Sedih. Nak tinggalkan rumah. Nak tinggalkan Ayah. Kenapa yeh bosan? Aku takde astro. Bace blog fizah dengan blog nore semua cerita kisah-kisah cuti mereka bersama astro. Isk..isk. Aku jua takde fixed line phone kat rumah, apatah lagi connection internet. Apa-apa aje lah yang boleh aku buat?

TV. Hari-hari aku nengok. Yang paling aku tak miss, Buletin Utama. Mun pun cakap, 'pas ni balik uia ko boleh masuk editorial board, byk sgt tau brite2'. Heh. Keluar berita pasal student aerospace engineering UIA buat controlled aeroplane. Atau nama glamour, 'unmanned aircraft vehicle' or UAV (or something like that). Abang cakap "Katebang control ni bukan ade jual ke? Dah lama commercialized dah pun..". Aku iakan je walopun di suatu sudut hati berputik kebanggaan melihat student UIA created things sampai keluar tv. Mesti gempaq kalo dah keluar tv. Tapi kenapa buat benda yang orang lain dah buat jauh lebih awal? Kenapa? Kenapa UIA aku nengok takde workshop yang besar-besar, macam dekat UTM, UPM yang ade berbelas-belas workshop besar yang boleh muat satu light aircraft setiap satu, yang telah berjaya mencipta peralatan aerospace jauh lebih canggih dari UAV? Yang aku tau UIA ade 2 je workshop. Kenape yeh? Nengok berita Pak lah pergi sane sini. Pergi NZ. Pergi Aussie. Pergi Indon. Pergi China. Semuanya, dalam mase sebulan aku cuti. Best siot jalan-jalan. Lama aku tak jalan-jalan. Kat KL pun dah lama tak jalan-jalan.

No 2 paling tak pernah miss, Wanita Hari Ini (WHI). Banyak isu yang seronok didengar diutarakan dalam talk show ni. Very useful tips and benefits we can obtain. Dua kali keluar watak UIA dalam WHI sepanjang sebulan aku cuti. Melati, world's best oralist dalam pertandingan moot antarabangsa di Washington baru-baru ini jadi pengacara jemputan WHI. Aku dengar Melati ade jugak bagi talk mase taaruf week intake sem 3 04/05 baru-baru ni. UIA dapat tempat kedua dalam moot tu. Ayah cakap "Hah, ape lagi zi, masuk lah kelab debate UIA. Untung-untung boleh pegi wakil mesia..". Hehe. Nengok la, kalo rajin nak ajak zuhdi ke masuk Debate and Public Speaking Club (DPSC). Die ade ajak aku sem lepas, tapi sebab aku tak nak masuk, die pun tak jadik masuk. Masuk DPSC ni kurang-kurang boleh berlatih speaking fluently, bagus gak.. Watak no 2, Wan ape tah name die. Mase tu topik die, 'anak cemerlang'. Juga seorang ahli DPSC, semangat sungguh cerita macam mana die blaja. Heh. Masing-masing ade cara masing-masing yang sesuai dengan masing-masing.

Yang lain, aku nengok banyak lagi rancangan suri rumah, 'ape-ape aje' - asek bincang topik war between sexes, macam 'siapa lagi materialistik - laki/wanita', 'siapa lagi romantik - laki/wanita'. Lepas tu nengok rancangan decoration rumah, just beli-beli dekat yard sale, then bleh decorate rumah ape tah. Heh. nengok 'Sephia'. Dulu mase cuti short sem sebulan dapat nengok separuh je, dah naik final sem matric dah tak ikot pun cerita. Mujurlah ada ulangan, layan jugak. Nengok senario. Nengok puteri. Wah..puteri. Comel siot. Aku suke gile sitcom ni. Memang Aziz M Osman teliti dalam buat kerja dia. Nengok la hasilnya. Sitcom puteri begitu sinis menyampaikan mesej moral dalam lawak yang bersahaja, lagi-lagi Badul. Haha! Klaka siot. Dah le Nora Danish tu comel, suara pun cute and lembut jek. Cair siot. Tak sabar aku nak tunggu second season dia bila tah nak keluar.

DVD tak dilupa. Berpuluh-puluh (jejak ratusan jugak agaknye) duet aku abes beli DVD. Tak sedar, main beli jek, "Nak ni moi.. Nak tu.. Pastu, nak ni plak.. Aaa.. Yang tu nak gak" semua aku angkut. Banyak sampai tak ternengok mase cuti. Siap terlupe lak tu nak bawak gi UIA nengok kat bilik. Huh.

Kalau dah takde kerja sangat, TV tiada rancangan menarik, malas nak nengok DVD, ape lagi yang aku buat selain berangan? Banyak benda aku berangan sepanjang cuti ni. Nengok Pak Lah pergi merata dunia, aku pun tumpang berangan ikot beliau pergi merata dunia gak. Jeles aku nengok Pak Lah. Huh. Tapi beliau ade sebut name UIA mase beliau dekat Sydney. "Kalau die orang (Australians) nak belajar Islam, die orang boleh pegi International Islamic University, UIA," Bangga gile melampau aku. Hoho! Mun selalu cerita die pegi sana-sini jalan-jalan New Zealand, aku pun tumpang gembira and tumpang berangan gi jalan-jalan kat sana gak. Berangan pergi jalan-jalan nengok tempat orang. Sekali lagi, aku jeles. Heh. Nengok konsert Siti dekat London dekat TV1, aku pun berangan pegi masuk dalam Royal Albert Hall jerit-jerit, sorak-sorak nengok Siti nyanyi. Nengok dekat TV, ramai students datang London dari seluruh UK, tunggu-tunggu dekat depan Royal Albert Hall, nak masuk sebelum konsert start. Nengok dieorang tunggu pun aku jeles. Aku nak tunggu cam tu gak depan dewan London tu! Aaaa... teruknye aku, tu pun nak jeles!

Dah hujung-hujung cuti, berangan pasal result plak. Kepala otak tak abes-abes nak jangka berapa aku akan dapat. Kalau ni A, kalau tu A-, dapat ni. Kalau tu A-, kalau ni B+, dapat tu. Bila result keluar, hari tu jugak aku pergi CC dekat Pesta. Bengang aku, server slow gile, agaknye sebab semua students nak cek hari tu jugak. Mintak tolong ramai orang semakkan result aku. Malam tu mun jugak yang beritahu result aku dulu. Tenkiu banyak-banyak! Dah le bukan budak UIA, malu aku mintak tolong ko pulak. Hehe. Alhamdulillah, puas hati dengan result aku. Lebih kurang macam yang berkira-kira dalam kepala mase cuti ni. Heh. Terima kasih kepada lecturers, tutors, classmates, coursemates, tak lupa pada yang telah memberi sumber, kak eeda and bro razep, thanks for the textbooks and notes! Thanks to sis huda too for all her drawing tools that I had borrowed.

Terima kasih jugak fizah yang beritahu aku memalam buta hari tu yang Kuliyyah of Engineering ade bukak lagi 2 section untuk subjek Workshop Technology. Penting tu. Terus aku sebarkan pada yang ade internet kat rumah. Aku mintak tolong firs buat malam tu jugak. Sebarkan berita firs tolong registerkan Workshop pada semua geng. Semua mintak tolong firs, hehe, tenkiu! Tenkiu! Penting tu Workshop. Semua orang nak register Workshop hari tu, sampai geng-geng aku semua tak dapat tempat lagi. Terima kasih jugak sab yang beritahu pasal Workshop jugak.

First day kat main campus

Lega giler lepas taaruf week. Tapi minggu ni ade program lg. Jati Diri. rasa mcm lagi teruk dari matrik. Kalau kat matrik ade leadtrain je. Tp kat maincamp ni mcm2 ada. Last day taaruf mahallah. Kene jadi baiah leader. Nasib baik among brothers je. Aku igt lepas ni tak nak join dah apa2 program. Jaga pointer dulu. Dulu hampir2 kantoi gak masa first sem kat matrik. Kali ni aku nak tanam azam yg kukuh. hehe poyo giler aa..

Masuk kelas pertama aku pagi td. Mula2 masuk. Bau kambing laa kelas tue. dah le aircond takde. Panas lak tu. Sambil tunggu lecturer masuk, budak2 masuk dulu. Ramai aku knal rupenye. Bebudak bola sepak. Pastu ex-roomate aku Syed. laa... muhaimin ade. Nazir..Zain.. Mcm reunion group 38 lak. pastu sisters. Sorang pon aku tak kenal. Time tu lak dah start blaja. Semua nyer basics. baru pukul 12. Lecturer dah bg balik. Best betul. Petang tu balik bilik terus tidur. Bangun je main futsal. Td pegi santap nasi lemak. Lepas tu jalan2 dgn kereta abg aku. Hantar barang pegi bilik jimin. Laptop baru siot. Napong siap main battle field. Pegi makan lg. Huhuhuh. Gemuk aaa aku. Ini laa kehidupan ari pertama aku. Harap esok lebih baik dari ari ni. :)
::Pengumuman::

Sila ambil perhatian, ketika ini ade seorang lagi penulis selain azamkukuh, nama penanya adalah farouq, seorang bekas sebilik di matrikulasi dan kini sama-sama menuntut di kampus utama, gombak. Please take note that every posting may not has been written by azamkukuh. Sila rujuk note kaki pada posting untuk mengetahui siapa penulis posting tersebut. Terima kasih



Baru balik dari tengok bola kat cafe siddiq. Cam bangang jek nengok MU main =P. Tak nengok sangat pun actually, leka berbual dengan new intakes - dak-dak bilik lame kat matric, dak-dak jiran bilik, dak-dak same course, macam-macam cite! Ngantuk! Nak balik tido! Nanti ah cite.

p/s - farouq, ko bilik mane oii!? Aku bilik faroq C4.3. Datang ah. Yang lelain pun, sile la ye, nak notes ke, nak text books ke, hehe. Drawing tools seme dein dah angkut dah. Hoho!

Selasa, April 19, 2005

Mari ke Rumah Din

Mule-mule berangan nak ajak ramai-ramai gi keje kawin umah din ari ahad ari tu, boleh la buat macam mini reunion ke, lame tak jumpe. Memang ajak ramai-ramai pun, tapi last-last mohsin sorang jek yang bleh ikot. Yang lain masing-masing ade hal. Tapi jumpe ramai jugak la kat sane, dak-dak batu pahat, ade la 7, 8 orang kot yang ade, ustat, daud, ijoy, wak jer, jimik, lokman, zul. Seme dah beso-beso dah, dah masuk u. Hehe. Jumpe ramai cikgu skolah gak kat sane (mak din dulu pengetua smka maahad muar), jumpe cikgu asiah(math form 2), ust naseh(syariah islamiah form 4, 5), cikgu tazzudin(x pnah ajo aku), cikgu mastura(x penah aja gak, tp tutor forum remaja), cikgu rasyidah(cikgu bio form 4, 5). Lame seh tak jumpe dieorang. Malin ngan mak die pun ade gak. lame seh tak jumpe die, last aku jumpe die mase tengah isik minyak kat petronas jalan sulaiman, die keje cashier mase tu. Ade aku cite dalam blog ni, :: Tuesday, April 01, 2003 ::. Tak sempat bebual pun dengan die, dah nak balik. Ade kat MMU agaknye die tu.

Result keluar hari ni. Pukul 4.30 kluar kat internet. Server nak masuk web uia slow, tak bleh masuk langsung dari tadi! Suspen btol nunggu nak nengok result. Hoho! Nak balik uia bile pun tak pasti. Bile bleh start cek in mahallah? Bile? Nak balik ari sabtu, macam awal sangat. kang balik ari ahad, balik pagi ke, sampai tengahari orang dah ramai plak nanti. Firs dah bising2 (bising bunyik tone msg enset aku) tanye bile nak balik. Tepon ar weih! Rumah aku dah takde line internet, dah takde line tepon. Heh.

Hari ni gak, registration day uia gombak intake baru untuk sesion sem 1 05/06. Budak-budak bilik aku kat matric dulu dapat kujumpe kembali di sane nanti! Heh heh heh! Nak beli buku-buku teks ke, drawing tools ke, jangan sesegan, datang le jumpe aku, or simply give me a call. Ahehehehe...

Ahad, April 17, 2005

"Sabun.....ade"

"Berus.....ade"

"Hanger.....ade"

"Kasut.....ade"

fuhhh...letih aaa pegi beli brg td..Ramai betul org. Hari ni ahad. Nak membayar kat counter chasier panjang giler. Lepas beli brg tadi terus pegi KFC seberang jalan makan curry crunch. Nasib baik tak ramai sgt. Sedap gak makan curry crunch. Crunchnyerr melampau2. Dah makan beli burger utk adik bongsuku fadhli. Dia mesti tengah asyik main game Red Alert. Isk3. aku pun dh naik boring dgn game tu. Balik sekolah je terus terkam game. Tu laa punca dia pakai spek mata. Power sampai dua ratus lebih. Ambik ko. Baru darjah 3 dah kene power camtu. Esok sekolah menengah entah2 jadi power rangers pasal power sgt spek dia. Hahaha.(Aku gelak sebelah dia jek...)

Esok kene gi matrik nak amik result. Huhuhu. Malas dah rasanyer nak menjejaki dunia matrik lagi. Takpelaa. Nak check result punyer pasal. Lg pun nak pegi midvalley jap nak ushar2 seluar and tshirt. Kalau ader berkenan boleh beli..Pastue plan nak tengok wayang. Tatau lg citer aper. Esok baru tengok.

Rabu, April 13, 2005

Aaa.. kat cc. Penat aku carik cc kat muo. Lame seh tak gi cc kat muo. Last pegi mase kat wetex, mase tu carik bahan untuk biologi mase form 4. Gelap siot cc nih. Bising lak tu. Da macam kat arked game jek. Bebudak ni main game cs siap dengan woofer skali sorang satu. Pasang volume paling kuat lak tu. Huh. Tensen. Len kali kene datang pagi ni, mase bebudak ni kat skolah. Heh. Server pun tak best skang ni. Nak upload gambo pun payah. Satu gambo pun tak kluo. Dah ler usb port tak bleh detect usb aku. Buat penat aku jek type berjele-jele kononnye nak posting kat cc. Malas aku nak type balik kat sinih. Bising siot! Aaaa! Bengang btol aku.

Ooo.. korang dah nak masuk gombak ye rakan-rakan matric ku? Heheh. Bile? Aku dengo 19 hb ni yeh? Bersedielah untuk ditaarufweekkan. Bersedielah untuk menghadapi satu hidop yang baru. (dalam posting yang aku da type bejele-jele kat umah tadi aku ade cite pasal gombak, rugi ah tak dapat post skang!).

Tunjuk ni sket cukup ah, gamti posting aku yang tak dapat detect tu..
Some honest testimonials about uia.. hehe


*****************: mcm ne uia
*****************: best tak?
azamkukuh: ntah..
azamkukuh: rase macam matric lg best
azamkukuh: hoho
*****************: betul..
*****************: matrik lagi best
azamkukuh: a ah ek
azamkukuh: apsal ar?
*****************: ntah
*****************: maybe lecturer ramai lagi melayu
*****************: tapi makanan kat ukc lagi best!
azamkukuh: wahahaaha


azamkukuh: ko gi kelas pakai bj kurung?
******: yep
******: skrg musim saman2 aaa
******: play safe,pakai baju kurung
azamkukuh: a ah do
azamkukuh: ko tau aku kene saman ari tu?
azamkukuh: bengan btol aku
******: lgpon aku selalu bgn lambat,malas nak iron baju
******: tu yg pki baju kurung
******: haha,aku bace dlm blog ko
******: sbb ko balik lambat kan?
azamkukuh: a ah
azamkukuh: lmbt seminit due jek


azamkukuh: huh
azamkukuh: da a bilik kene pindah randah
azamkukuh: tensen btol aku
******: tu aa psl
******: aku sem 3 malas nk bwk baju bebyk
******: lepas sem 3 ni,kene pindah bilik lg ke aa?
azamkukuh: ntah
azamkukuh: ye kot
azamkukuh: die yg tak pindah sem1 naik sem 2 jek
******: lecehnyeeee
azamkukuh: tu ah


Dah reda sket bising. Budak-budak tu dah ramai balik. Tibe mase untuk aku berkuasa! Pasang volume woofer kuat-kuat, kasik dengo lagu 'best friend' nih bergeme-geme. Wahahaha! Huh. Nak balik. Nanti kalo rajin aku datang lagi cc nih...

Another picture taken mase anto padil ari tu. Saje nak mewarne-warnikan blog aku yang gelap ini.. hehe.


Gambo ni bernilai lime puloh inggit (walopun die kecik. hehe, server lembab, malas aku nak nunggu die jadik beso) sbb balik-balik dari klia jek kiteorang kene saman 50 sorang satu. Tapi ari tu 1 april din yang nak gi uia amek barang-barang die yang banyak tinggal kat sane lagi ajak aku gi uia nak appeal ngan bayo saman tu. Appeal kat 'pondok' pak guard yang cantik tu, dapat kurang, kene bayo spuloh inggit jek, pastu bayo kat finance department. Ustat classmate aku mase form 5 dulu (skang amek medic kat ukm) ikot skali. Pas gi uia gi midveli, ustat belanje nengok wayang cite Hitch. Hehe. Arigatou ustat!

*pic amek dari toyy's fotopage. Bleh ke orang len view fotopage ko toyy? Ah lantak ah.. nak promote gak.. hehe. Tenkiu.
wuahhh...setelah sekian lama x blogging.bagaikan baru dari tido masa nak start tulis nie..mesti jimin marah. hehehe. sorilaaa. pasnie aku akan cuba berjinak2 dlm dunia blog ni.

tinggal lg 6 hari lg nak jadi part of the Gombak campus. result matrik dah keluar. Senang je check sekarang ni. Pakai sms lg. kalo takde kredit online je. Canggihlaa sekarang ni. Kalau dulu kene tunggu bukak matrik. First day kene beratur kat AMF tu. Dahla sesak. Terigt masa first sem dulu meja staff yg bagi slip patah. Sekarang nie barulaa ade kemajuan. Tengok website matrik pon dah baru. Sesapa nak check result intake dgn check result pegilaa website ni- http//:www.iiu.edu.my/matric-

Alhamdulillah. Takde yang sangkut. cuma ade 2 subjects memang x puas hati. igt nak recheck balik. Tengok dululah. Maybe next week turun matrik. Boleh recheck sekali. My brother farid beriya-iya suruh recheck. Tp bayar. Satu subjek tak silap RM30. Uishh.. 2 subjek dah RM60. Kalau takde perubahan burn laa duit tu. Macam rugi jee. Baik top up je. Hehehe.

Borang tak siap isi lagi. Dah 2 minggu dapat. Kene cari penjamin dua orang. Nak masuk universiti pun kene ader penjamin. Macam buat loan je. By Friday ni kene siapkan. Nanti kene kemas barang lg. Huhuhu. Malasnyerr....