Cari Blog Ini

Rabu, Mei 27, 2009

Indonesia?

Pernah beberapa kali aku mengikut Pak Deni, experto dari Bandung yang sudah 5 tahun bekerja kontrak di pejabat aku, ke merata tempat di kilang aku bekerja. Untuk makluman, di kilang itu terdapat lebih 80 orang experto dari Bandung yang kebanyakannya (aku rasa bukan setakat kebanyakannya, malah, semuanya) bekas pekerja di Indonesian Aerospace (IAe) di Bandung. Dan sambil itu, Pak Deni akan menerangkan fungsi-fungsi setiap bahagian yang aku dan dia lawati. Ada juga aku bertanya soalan-soalan teknikal yang sememangnya dapat dijawab dengan baik oleh Pak Deni yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang aeroangkasa ini.

Dan sudah biasa juga aku di'cop' sebagai orang Indonesia oleh rakyatnya di kilangku itu. Hehe. Mungkin muka aku mirip orang Jawa. Kerana dulu semasa berjalan-jalan dengan teman-teman di Jogjakarta, tour guide kami dengan yakin mengatakan aku adalah orang Jawa. Ya, memang betul aku ada darah Jawa. 'Pak Deni, yang ini dari Indonesia?' kata seorang experto di Assembly sambil merujuk kepada aku. Kadang-kadang Pak Deni bergurau dengan mengiakan yang aku dari Tanah Jawa.

Mungkin juga nama aku, sekiranya tidak disebut dengan betul, iaitu 'Ajimin' agak seperti kejawaan bunyinya. 'Azimin' kataku seraya bersalaman untuk berkenalan dengan seorang experto di Sheet Metal. Tersenyum dia sambil bertanya kepada Pak Deni 'Kok namanya kaya orang Jawa? Ajimin? Dari Indonesia ya?'. Huh.

Kenapa aku selalu dikaitkan dengan Indonesia sejak dari UIA lagi? Tapi bagus juga, alhamdulillah, terasa bahasa Indonesia aku semakin baik. Hehe.


Manohara Odelia Pinot


Terbaru anak sepupu aku, Adila mendaftar di UiTM Shah Alam hujung minggu lalu. Tahun Asasi Sains. Dapat biasiswa JPA ke luar negara sebelum ini katanya, tapi sepupu aku tak membenarkannya pergi. Bijak Adila ni. Masa dapat keputusan SPM baru ini dia duduk dalam bilik menangis tak mahu keluar bilik seharian, kerana dapat 1B, dan sembilan yang lainnya A. Huhu. Dulu masa aku masih di sekolah rendah, dan dia masih umur 4,5 tahun, dia suka datang peluk aku sambil senyum gembira 'Gewe! Gewe!' katanya. Aku masa itu manalah tahu apa itu 'gewe'. Aku terpinga-pinga aja lah. Sampailah sepupu aku, Abang Long menerangkan, 'Gewe tu bahase Kelantan, makwe maknenye'. Kak Long tersenyum aja. Dah besar dah Adila sekarang. Dah lagi tinggi dari aku, ikut macam emak dia. Hehe.

Kak Long, semasa aku menghantar mereka ke Subang Airport untuk mereka pulang ke Kota Bharu setelah menghantar Dila, bertanya kepada aku, 'Betul ke nanti Azi dengan orang Parit Bakar?'. Sebelum ini, Cik Zai dan Mak Ngah dalam nada bergurau mengatakan aku akan mencari orang kampung aku sebagai teman hidup. Dan aku juga bergurau mengiakannya. Hehe. Tapi untuk soalan Kak Long aku menidakkannya. 'Tak naklah orang Parit Bakar. Jauh sikit Kak Long, hehe'. 'Orang Kelantan, nak? Boleh kawan dengan Kak Long. Kak Long ada anak sedara. Comel orangnya, putih,'. 'Comel macam Manohara' sambung Abang Long. Oh? Comel? Putih? Manohara? Manohara siapa? Model remaja Indonesia yang menjadi isu besar antara perhubungan Malaysia-Indonesia ketika ini. Carilah beritanya. Macam Manohara ke? Isk. Sabar. Sabar. Orang jauh nun di selatan dunia sana, cepat-cepat la balik. Jangan tunggu lama-lama.

Sabtu, Mei 23, 2009

'Jangan lari, yeh?'

'Hi, good morning, Azimin,'

'Morning, Sugar,'

Tiap-tiap pagi mesti dapat sapaan dari receptionist SMEA, Mrs. Sugar. Hehe. Nama Suga something. Tak ingat. Panggil Sugar. Masuk pejabat, salam dengan semua staff lelaki. Senyum. Seronok sebenarnya kerja di SMEA ini, dari segi ukhuwahnya amat bagus (di pejabat aku, aku kurang pasti bagaimana di pejabat lain). Cuma kadang-kadang keadaan kelam kabut dan berserabut dalam pejabat (aku sendiri pun serabut, tak apa, dah biasa, hehe), kerja yang banyak, masalah yang tak jemu datang menjenguk.


Saat ini aku sedang ada kerja berkaitan dengan kapal terbang baru Airbus, A350 XWB (extra wide body), pesawat rival untuk Boeing 747-8 yang bakal keluar tak lama lagi. Masih dalam designing stage di pihak Airbus. Seronok juga dapat terlibat dalam perkara seperti ini.

Pernah sekali Ketua Jabatan aku datang dan berbincang dengan ketua seksyen aku. Bincang tentang penstrukturan semula SMEA dan bidang kerja seksyen aku. Aku pun kurang faham sebenarnya apa yang dibincangkan, tambah pula sedang menyemak emel. Apa yang aku dapat adalah di hujung perbincangannya, Puan Zu menoleh aku sekilas dan Faris sekilas seraya berkata, 'Jangan lari. yeh? Kesian Syidi nanti nak handle PPO seorang-seorang' kata Puan Zu sambil tergelak kecil.

Ada juga sekali itu, HOQ melewati pejabat ku semasa aku overtime bersama Syidi, dan singgah berbual. 'PPO is the heart of SMEA. But then, their engineers all are still new. PPO have seen a lot of engineers come and go.We should think of something to make them stay!'

Apakah benar keputusan kuiz yang aku jawab di Facebook yang mengatakan aku akan berada di SMEA untuk 10 tahun?? Hehe.

Khamis, Mei 14, 2009

'Thank God Its Friday'

Esok hari Jumaat. Semua orang suka hari Jumaat. Biasanya di tempat kerja, orang akan mula bercerita-cerita 'Apa ko nak buat weekend ni?'. Semua dah fikir nak cuti keesokannya, berehat di rumah setelah 5 hari bekerja bertungkus lumus (bertungkus lumus??). Waah. Seronoknya hari Jumaat. Pagi-pagi pergi kerja. Pukul 8 pagi di pejabat. Pukul 9.45 pagi rehat. Pukul 1 rehat. Solat Jumaat. Makan nasi kukus ayam rempah depan Masjid. Wah. 2.30 masuk kerja. Pukul 5.15, balik. Sampai rumah boleh rehat. Waah. Tu la kan, nikmat yang Allah beri masa hari Jumaat.

Sudah hampir berlabuh minggu keenam aku di SMEA. Banyak ilmu yang ditimba dari 6 minggu ini. Mungkin pemikiran kritikal belom ada lagi, seperti menyelesaikan masalah. Hanya menyaksikan perkara dan masalah (terutamanya masalah dokumentasi, dokumentasi rupanya sangat-sangat penting terutama untuk tracebility) diselesaikan depan aku (training la kononnya. Hu). Apa aku buat sebenarnya di SMEA?

Aku bekerja di Process Planning Office sebagai jurutera. Tugas aku merangkumi pelbagai bidang (atau boleh kata sub-bidang sebenarnya). Ya, aku mesti menunaikan tanggungjawab seorang jurutera proses yang merancang setiap proses bagi setiap komponen yang dikilangkan. Kadang-kadang, kata boss aku, Syidi, kami perlu jadi sebagai Procurement Executive. Sebab kena tahu bahan apa dan jenis apa yang diperlukan untuk proses. Kadang-kadang kena jadi Production Engineer untuk mengawalselia proses yang sedang dijalankan di line-line production. Kadang-kadang kena jadi Material Engineer untuk mengenalpasti surface treatment yang sesuai untuk komponen-komponen. Kadang-kadang juga kena ikut rentak dan gaya Quality Control Engineer bagi memastikan komponen berada dalam keadaan seperti yang dikehendaki pelanggan.

Banyak lagi yang perlu aku belajar, samada engineering knowledge seperti engineering materials, production, dan sebagainya, mahupun management knowledge seperti dokumentation, excell, mesyuarat-mesyuarat. Haih. Memang banyak gile lah dokumen. Pening kepala.

Apa-apa pun, orang-orang di pejabat aku memang best! Alhamdulillah...



Aku tersepit macam tersepit celah apa je.. Malu je. Haha. Bersama Col. Chee, ex-CEO dah dia.


Selasa, Mei 05, 2009

'Where We're Gonna Be When We Turn 25?'

Sebulan sudah berlalu aku di SMEA.
Kadang-kadang terasa begitu pantas masa berlalu.
Pejam, celik, pejam, celik.
Sihat, demam, sihat.
Kerja, rehat, tidur.
Apabila hari-hari di pejabat berlalu, apabila rutin di pejabat dilakukan hari-hari, apabila kadang-kadang terasa bosan melakukan rutin, aku mula terasa indahnya saat-saat ketika di UIA.
Suka duka terkenang kembali.
Gelak ketawa. Muram ketika kesusahan. Semuanya asam garam yang telah aku lalui.
Teringat masa tahun akhir dulu, tak sabar-sabar nak habis belajar, nak mula kerja.
Bila dah kerja, rindu masa-masa di universiti pula.
Wah, bestnye time-time belajar.
Bo Boleh rilek-rilek.
Kelas boleh taknak pergi (hehe).
Assignment boleh buat lewat-lewat, tak reti boleh tiru.
Boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan.
Rasa macam nak belajar lagi je.
Tapi ini jalan aku pilih.
Mencari pengalaman yang luas di industri.
Dan baru sebulan ini telah banyak yang aku dapat, alhamdulillah.
Tapi banyak lagi yang aku belum dapat.
UIA, inshaAllah aku akan ke sana lagi.
Dunia industri, tunggu aku mencedok ilmu di sana.


...
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
...