Cari Blog Ini

Sabtu, Februari 28, 2004

Pagi ni kuar result SPM 2003. Wahahaha.. berdebar-debar lah engkau wahai junior-juniorku.

Dulu masa aku nak amek result (25 ke 26 feb.. cam tu ar), satu hari sebelumnya aku tengah cat-cat rumah. Sesambil cat tu, berangan-berangan aku dapat result cemane, pastu berangan-berangan sambung study ke memane. Huhu.

Esoknya, bangun pagi-pagi lepas sembahyang subuh, doa-doa, aku tak bleh tido (Sesuatu yang agak ajaib bagi aku ketika cuti). Aku agak tertekan memikirkan resultku yang bakal diketahui tak lame lagi ketike itu. Ayah pulak seakan mahu meredakan tekanan aku dengan mengajak aku berbual-bual tentang perkara selain drpd SPM. Bual, bual gak, tapi SPM tetap menguasai pemikiran aku mase tu.

Lebih kurang pukul 10.30 pg aku bertolak dr rumah dengan Ayah. Sepanjang perjalanan aku amat gelisah, tak senang duduk. Kena pagi sebelum pegi tu, fazley dah kecoh-kecoh dah tau result die dr cikgu ooi (from his wife actually).

Sampai sekolah, aku gi usha tanye bebudak ni, result belum keluar lagi, so aku suruh ayah balik @ jenjalan dulu, nanti dapat result aku call die. Jumpe paat, cam biase, asek senyum jek. Heh. Die cakap fazley dah nangis dah, die dapat result yang tak menepati target die, yang jugak mengejutkan beberape pihak termasuk aku. Isk.. Makin bertambah risau aku.

Pukul 11 lebih, calon-calon dikehendaki masuk ke dalam Dewan Seminar untuk mendengar pengunguman. Memula puan pengetue buat ucapan, kate pencapaian baik. Pastu cikgu-cikgu lain lak buat ucapan. Ala.. seksanya nunggu. fazley lak cam bese, sebok nak usha-usha result pada tangan cikgu ape tah name die (die cekgu baru, masuk lepas aku kuar). Pastu cikgu tu umum result satu-satu start drpd terbaik sampai ke bape belas tah. Suspen seh (tak suspen sgt sbenonye, sebab fazley dengan ampehnye telah terlihat result aku dan kemudian memberitahu aku. Huh)

Alhamdulillah. Aku dapat result yang boleh dikatakan baik. Legalah gundah di hati ini. Beritahu ayah, abang, angah. Terdengar suara gembira mereka. Beritahu cikgu-cikgu result aku, berterima kasih kepada mereka, bincang-bincang dengan mereka ke mana arah tuju selepas ini. Berkongsi kegembiraan rakan-rakan lain yang dah lame gak tak jumpe. These are moments i nvr forget.

For all SPM 2003 candidates, especially candidates from SMKA Maahad Muar, wish you all will come out with flying colours.

Tiada ulasan: