Cari Blog Ini

Khamis, Februari 19, 2004

Adeh, pening kepala. Asek tidur jek. Semalam 10 jam lebih aku tidur. Apa yang best sangat ngan tidur ar? Ada apa dengan tidur?

Tadi makan siput sedut kat Tanjung. Lame dah tak makan siput sedut. Layan giler. Ingat dulu masa kecik-kecik selalu ikut ayah pegi pasar tani, nengok siput sedut, hidup lagi, panjat-panjat bekas besen, dengan lumpur-lumpur skali, eee... Aku selalu kene marah ngan ayah sebab main-main mende alah geli tu. Muahahaha.. Tapi aku suke gak makan.

Masa makan kat Tanjung tu ada ar jumpa junior-junior masa skolah dulu. Bukan jumpa die orang tengah makan, jumpa die orang tengah berniaga makan. Huhu. Bagus seh, tak dapat PKN pun ada gak aktiviti yang betul-betul berfaedah ek. Aku dulu masa muda-muda cam korang tah ape-ape tah aku buat. Huhu. Yang berfaedah sikit aku buat, cat-cat rumah... er.. bersih-bersih rumah.. cat-cat rumah.. er.. tu jek ar yang berfaedah kot? Muahahha..

Sekarang ni pun blur. Apa yang boleh aku buat cuti-cuti nih?

Tiada ulasan: