Cari Blog Ini

Rabu, April 30, 2003



Hari ni berkesempatan lagi aku nak nulis kat jurnal nih. Ahaks, Aku skang kat PSZ (Perpustakaan Sulanah Zanariah) Beso beb. Biasa ar taraf Universiti , free pulak tu.
Dah 3 hari datang kuliah, semua conduct dalam english. Fuyooooo...... Kengkadang ape yang lecture ajar tu tak leh sesusah yang disangka, cuma kerana disebabkan ianya dalam english sebab itu lah Lambat pickup skit. Yang penting kat kuliah ni ko paham jer dan d0 many exercise. hahahha... Yang peliknya walaupun lecture diajar dalam english kenapa tak sume nak cuba applykan semasa berbual. bayangkan kalo masa berbual pun cakap dalam bahasa inggeris mesti boleh punya. hahahha , Aku ni cakap je tapi aku sendri tak wat. Contoh tredekat masa nulis jurnal nih.
Okl laaa nak b;la .

moltress
Kali ni Aku nak cerita ulas lagi pasal cerita kat tv. Hahah! Aku nak namakan 2 minggu ni sebagai, Minggu Jom Nengok TV.
Ni pasal siri Everybody Loves Raymond, ntv7.

Malam tadi siri dia lain sikit. Dalam siri tu, Raymond yang dalam percutian dengan famili dia tak habis² menunjukkan ketidakselesaan dia bercuti kat Itali. Bini dia marah betul. Sekali tu masa nak mengelak bertekak dengan bini dia, dia ajak mak dia gi jenjalan ,"Have a long walk and talk," Masa jenjalan tu, berbual panjang dengan mak dia, sesuatu yang jarang sekali dapat dilakukan. Berbual tentang masalah diri, famili. Pastu tu Raymond main tendang² bola sat dengan budak² jalanan. Pastu dia rasa pizza Italy kat warong. Then baru agaknya dia terfikir akan keseronokan dan kedamaian berada di Itali. Semua selepas have a long walk, have a long talk, with his Mom. Lepas tu dia rasa gembira, macam tanak tinggalkan tempat tu.

Kita jangan besar kepala dalam menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan. Kita tak boleh, terus serasi dengan sesuatu. Kita mesti laluinya dalam keadaan ansur. Kita perlu laluinya tanpa keserabutan yang merunsingkan kepala otak. Tanpa bebanan yang perlu difikirkan. Buat seketika. Barulah kita boleh menyesuaikan diri dengan sempurna, dengan gembira, dengan best.

Heh. Tu cuma tafsiran Aku jek pasal siri Raymond nih.

Selasa, April 29, 2003

Tengahari tadi pegi supermarket, The Store. Dah lama Aku tak gi jenjalan supermaket. Orang tak ramai, so best ar jalan, lega sikit. RM 100 duit Aku habis hari ni. Tah apa² tah Aku beli. Ahaks~

Balik singgah Honda Showroom. Nengok model baru, Honda City i-dsi. Nampak kecik. Lawa la jugak. Tapi yang aku jakun betul bila nengok stereng dia. Dekat stereng dia boleh control speed, kira macam gear la, digital. Macam kereta F1 tu. Peh, canggih siot.

Bosan sey.. tatau nak tulis ape lagi..

Isnin, April 28, 2003

Petang tadi Fadhil sms. Dia tanya kenapa tolak offer program tahun asas UTM. Kenapa nak tunggu jugak UIA. "utm nye program engine lg bagus dr uia" katanya. Dia suruh datang jugak esok, daftar.

Heh. Mana² sama jek study.

::Sorry Fadhil, Aku tak reply. Kredit dah nak habis.

Ahad, April 27, 2003

Hari ni aku kehilangan seorang kawan. Bukan kerana dia terkorban mahupun telah pergi ke mana-mana, tetapi kerana dia enggan bersubahat bersahabat denganku lagi. Kalau bahasa basahan, tanak kawan. Hahah! Kalau sekali imbas, macam budak² sekolah, ada silap, gaduh sikit cakap, "tanak kawan ngan ko.." Heh. Tapi bila difikirkan, apabila seseorang yang boleh membezakan antara baik dengan buruk dengan serius mengatakan, "aku tak nak kawan dengan ko, aku saket ati dengan ko" peh, parah ni. Nampak beno aku ni tak disenangi ketika berkawan.

Tapi, no one is perfect. Everybody makes mistakes. Tapi ini mengajarku, not everybody accepts people's mistakes. That's why we have to be very careful ketika bergaul dengan rakan. We have to know each other. We have understand each other. We have to know what are his/her likes and dislikes. Not just like, Hi! my name is Azam, nice to meet u Mud No. Bukan tu sahaja, kita juga perlu menjaga hati mereka, seperti mereka menjaga hati kita. Lepast tu baru namanya kawan. Tapi kadang² keserasian tu pun penting gak. Apa orang selalu kata, 'satu kepala'. Kalau tak satu kepala, tak boleh jalan. Hahah!

::Orang biasa dengar, x husband, x wife, x boyfirend. Pernah dengar ke x friend? atau x kawan? ... Watch X-Men 2! Hahah::
AIM 2003 malam tadi. Mesti ada cacat cela macam dulu jugak. Heh. Dah, cukop² apsal aku ni asek jadik pengulas/pengkritik jek sejak ari tu huh? Hahahahha! Erm.. tapi nengok penari latar masa persembahan Ruffedge (betol ke aku eja nih?) tu comel ar. Pastu tarian die plak lembut jek, senyum, peh, ayunya.

Waa.. sempat jugak ko nulis jurnal ek Mud No. Walaupun sebok jadik budak U. Heheh.


"Error Code"tut, tut,tut. Aku klik hanset aku banyak kali untuk cuba try PIN NUMBER. "SIM CARD BLOCKED" waaaaaaa, ape dah jadik nih. Aisehman, nyesal aku memandai mandai setting PIN NUMBER . "ENTER PUK2 CODE" ape ek puk2 number , forget aar. Maby this will use, "tut., tut,tut" Error . maby this time will use. "tut tut, tut " 3X aku wat camtu tetiba " SIM CARD REJECTED" Waaaaaaaaaa....................................................................... . Ape ni, ape aku nak buat nih. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................................................. . *&^*^%(^*^$^%*^%&*^&U^*&&^^#$%#%^$%@#!$%%$!%$!$#%!#$$% tension aku. Isk.... isk... abis sume message dalam tu. Nombor member pun ade kat dalam tu. Sume ilang. Macam ni punya gaya aku kena pergi centre dia kat JB. Tapi arini ari ahad. Sume kedai tutup. ISk,,, isk.... Nyesalnya aku. Nyesalnya aku.Nyesalnya aku.Nyesalnya aku.Nyesalnya aku.Nyesalnya aku.Nyesalnya aku.


Weiiii sume yang baca jurnal ni.... aku nak promote site kaunseling. Tapi aku rasa korang dah tau. Walau ape pun cuba klik site ni ---> www.daretofail.com

Sabtu, April 26, 2003



"Sana tu fakulti elektrik, sana pula fakulti sains"kate Azfar (member UTM budak perak ni) "yelah-yelah, jom jalan cepat kite survey tempat ni. Haaa..... tu bilek air, tu P08 dan P02, isk-isk penatnya, naik bukit turun bukit, naik tangga naik lif berenang je yang tade" aku kate.

sebelum hari kuliah bermula lebih baik aku survey semua tempat ni .Senang le nanti nak kemana -mana. Untuk hari ini hari sabtu aku dah berjalan ke pejabat bendahari untuk menyerahkan nombor akaun aku dan ke fakulti serta ke semua kedai yang terdapat di bangunan pentadbiran.

"tut.... tut " hanset berbunyi . ade mesage. Ohh padil dapat program tahun asas kat UTM gak. Isnin ni dia daftar.

Jumaat, April 25, 2003



Waaah dah maju jimin eh

Sudah berapa lama aku tidak membuka laman ini, sorry ah jimin. AKu terpaksa ponteng kejap sebab BZ psal matriks dan UTM.
Ahaks
Rajin betul ko nulis blog ko nih. Macam nak award jek. Hahaha. Apepun bagus arr ko teruskan perjuangan ko. (ape ngarut nih)Dah lama aku tak naip komputer so memang problem skit aar.
Baru tadi aku baca pasal anuar hasyim yang kena culik kat jurnal ni. Terkezut gak aku rupanya bapak kepada member jimin yang kena culik. Sape sangka mende tu nak terjadi pada kenalan terdekat kiter.


Aku budak Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)

Pada 5/4/2003 yang lepas aku telah mendaftar di Kolej Matrilkulasi Johor. Aku datang seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan waktu pendaftaran kerana almaklum pelajar yang akan mendaftar di kolej matrikulasi johor adalah seramai 2370 pelajar(estimate jer)
Kat sana aku jiumpa bebudak SMKA Maahad Muar ( Hairazi , Azali , Aizuddin,Raja, Izwanuddin,Helmi, Fazli, Syafaat,Salehuddin , Hirzahida Shuhaidah, dan rakan perempuan yang lain. Selain daripada mereka aku jumpa gak member cosmopint aku seperti Norhayu dan Akhmar. Ahaks
Orientasi kat sana orait gak. Biasa aar tekanan mental turut dikenakan oleh Ayah aji ( panggilan untuk warden disana) dan lain-lain warden. Disebabkan terlalu ramai maka aku tak beberapa mengenali bebudak lain yang ade kat sana . Satu blok je dah ade dalam 500 pelajar . hahaha. Kat sana biasa aar sama gak macam kat asrama lama aku . Ape yang membezakan nya hanya keadaan facilities yang serba lengkap dan terancang dan kebebasan menjalankan aktiviti. Setelah orientasi selesai mulalah waktu pembelajaran kat sana. Pensyarah kimia yang mengajar aku kat sana bernama En Sha'ri Azyze. Aku kenal nama dia sebelum aku masuk matriks kerana dia ayah kepada Nurul Nadiah Sha'ri Azyze yang belajar di SMKA MAAHAD MUAR (skang dia form 4) Pastu aku masuk kuliah fizik dan matematik. Entah camna ditakdirkan aku sekuliah ngan Aizuddin Muhsin . Dia sama cam aku aar dapat sains hayat pastu minta tuko sains fizikal. Pengalaman pertama kali masuk dewan kuliah memang mengkagumkan aku. Dengan keadaaan yang serba luas,sistem mikrofon yang berfungsi dengan baik dan air-cond yang menyejukkan kedaan didalm dewan kuliah. Pasal kuliah ni aku tak nak citer memanjang sebab aku cuma datang kuliah 2 hari jer kerana uruskan borang kemasukan ke UTM.

Aku sebagai pelajar UTM

Tanggal 19/4/2003 aku mendaftar sebagai pelajar UTM. Kat sini aku amik kejuruteraan elektrik dan elektronik. Selama 4 hari Minggu Haluan Siswa aku diperkenalkan dengan kampus UTM serta kehidupan sebagai Mahasiswa. Aku tak dapat mengikuti penutupan minggu haluan siswa kerana aku pergi temuduga JPA. hahhaha.
Masa kat temuduga JPA aku tak ready ape -ape . Ade sorang girl tu fluent cakap english . FUyooo. Aku terkelu buat 5 minit pertama. (padan muka md nur) . Ade le sesikit aku cakap pasal tourism in malaysia. Yang pasti idea aku memang skit giller.
Aku skang ni sedang dalam menyesuaikan diri di UTM . Sebab skang ni sume kena wat sendri bukan macam kat asrama boleh panggil junior atau boleh kena sebat ngan warden kalu wat salah. Lagipun kat sini tade sape nak pedulikan hal kitre samada nak pergi kuliah atau tak. Itu sume pada pendapat aku amat mencabar jiwa kelelakian aku yang inginkan kebebasan. Aku risau aku terleka hanyut dibawa arus kehidupan sehingga menyebabkan aku gagal. ( Ya Allah jauhkan aku dari kegagalan ) kalau gagal apelagi kalu tak kena kick. Aiseh wat malu muka jer. Kat sini memang lengkap sume ade maklumlah Universiti. hanya bergantung pada diri kiter jer samada nak gunakan kelengkapan itu sebagai pendorong kejayaan atau tak. bolehlah diugkapkan dengan pepatah "kalau nak, ambil tak nak, balik"
Kat sini aku bersama juga Aizuddin Muhsin , Jali, Fazli, Fatahiya,juga beberapa kenalan dari Kolej Matrikulasi Johor.
Ok laah skang nih dah masuk asar. Nak pergi solat jap. kat komputer ni tade mirc aar kalau ade tiap malam aku datang.

moltress

Khamis, April 24, 2003

Melakar Rindu

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

( 1 )
Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

( ulang 1 2X )

Punahlah jua kini akhirnya

Lagu tema siri Harlina (Jeslina Hashim)
Dicopy daripada www.liriklagu.com/liriklagu_jm/JeslinaHashim.html

Hari ni cerita Harlina dah habis. Ending yang seperti dijangkakan dari awal lagi. Tapi best gak nengok siri ni. Malangnya sekejap sangat dah habis. Boleh diolah lagi sepatutnya untuk menjadi lebih panjang. Ketabahan Harlina kurang teserlah sebab cerita ni pendek. Lepas tu Iqbal si suami tu pula begitu mudah terasa insaf dan memohon maaf. Heh. Jadi pengulas lagi aku hari ni. Hahah! Walau apapun, Harlina boleh la dianggap best.

::Nengok kecekalan Harlina mengingatkan jua kecekalan arwah Mak dahulu... al-Fatihah::

Isnin, April 21, 2003

Nengok The Core tadi. Best gak. Tapi seperti yang dijangkakan, jalan cerita dia lebih kurang sama macam Red Planet - seorang demi seorang mati, pastu tinggal hero dengan heroin dalam misi menyelamatkan dunia. Cuma bezanya, kena masuk dalam teras bumi instead of ke luar angkasa. Cerita ni juga ada fakta-fakta sains yang logik dan AKU rasa memang fakta betul tentang geofizik, bukan main-main punya fakta.

Johnny English lak AKU nengok kelmarin. Pun best jugak la. Tapi kalau mengharapkan filem yang sebiji macam James Bond, memang tak best. Tapi apa yang patut dijadikan contoh adalah betapa semangat patriotik Johnny English terus utuh bagi menyelamatkan England walaupun melakukan pelbagai kesilapan.

Heh. Jadi pengulas filem lak AKU hari ni.

Ahad, April 20, 2003

"Sometimes letting off something makes us go forward,"
Clark Kent & Lana Lang,
Smallville, TV3

Ada tak kebenaran dalam petikan ni? Sama ke macam subtema blog AKU nih - ...biarkan yang dahulu itu berlalu | kemudi apa yang akan berlaku... . Ataupun maksud dia macam ni - kadang-kadang melupakan perkara dahulu membuatkan diri kita maju kehadapan. Kalau macam tu, perlukah AKU melupakan usaha-usaha aku di sekolah rendah dulu? di sekolah menengah dulu? Perlukah AKU melupakan pengalaman-pengalaman aku dulu? Heh. Lupa lak. That's why the word sometimes is there. Tapi apa benda yang boleh dilupakan untuk bergerak maju? Apakah perkara-perkara yang sedih²? Atau perkara-perkara yang tak best aja?Apakah perkara-perkara yang perlu dilupakan untuk bergerak maju ni boleh lakukan jikalau kita tidak melupakannya? Apakah perkara itu boleh mengganggu kita bergerak maju?

Heh. Banyak beno soal. Sampai tak tau jawapan. Sebab jawapannya ada dalam diri masing-masing. Sebab masing-masing ada cara masing-masing. Tapi apakah seseorang itu mengetahui samada cara mereka itu sesuai dengan diri masing-masing? Atau apakah mereka rasa sesuai, tetapi orang lain pula yang mengatakannya tak sesuai. Tetapi apakah orang lain itu mengenali diri kita seperti kita mengenali diri ini sepanjang hidup sehingga mampu mengatakan cara kita tak sesuai? Apakah kita perlu mengikut diri kita dan experience keselesaan ataupun mengikut orang lain dan memberi keselesaan itu kepada mereka?

Tapi betul gak. That's why there will be always sometimes. Bergantung kepada keadaan. Tapi apakah kita tau bila kala keadaan yang memerlukan diri kita memilih samada mengikut diri sendiri atau orang lain untuk memilih cara yang sesuai yang dapat memberikan jawapan ikhlas dari hati tentang perkara pokok tadi? Argh! Apa ni?

Rabu, April 16, 2003

Nengok drama siri Harlina. Lakonan bagi watak Harlina serta Iqbal amat cemerlang, sungguh vivid. Terasa seperti benar² melihat keadaan yang nyata dan sebetulnya.

"Tapi Farah, kalau dah dia tu sendiri dah pasif, nak ubat macam mana? Huh? Cuma berserah aja,"

Ya. Pesakit perlu bangun melawan penyakitnya. Bukan hanya berserah semata-mata. Begitu juga dengan pelajar. Perlu bangun melawan kegagalan. Berusaha sedaya mungkin, berdoa dan kemudian baru bertawakkal dan berserah. Itulah cabaran dunia pelajaran yang bakal AKU diami semula. Harap AKU dapat menempuhinya dengan sempurna. InsyaAllah.

Isnin, April 14, 2003

AzamKukuh:allooo?
*****:yerp
*****: hmmmmm
*****: aku tgh tunggu email ayah aku actually
*****: tapi takde pon
*****: huh~
AzamKukuh: emel ayah ko?
AzamKukuh: ayah ko kat ne?
*****: baghdad
*****: ko tgk berita?
AzamKukuh: baghdad?
AzamKukuh: ayah ko sape?
AzamKukuh: yg kene culik tu ke?
*****: a'ah
AzamKukuh: uisshh
*****: sedih doh mase mule2 dapat cerite
AzamKukuh: ko tak pnah cite kat aku pun
*****: mak aku nak menggelabah gile
AzamKukuh: sape name ayah ko?
*****: ko tak tanyeeeeeeee
AzamKukuh: yg mane satu?
*****: anuar hashim
*****: nst
AzamKukuh: eeeee....
AzamKukuh: berani ek ayah ko gi
*****: hmmm....die mmg suke camni
*****: tatau ah
*****: tak sangke lak bende camni blaku
AzamKukuh: erm..
*****: cuak gile aku mule2
AzamKukuh: alhamdulillah la ayah ko slamat
AzamKukuh: mmg aar
*****: dah pikir bukan2
AzamKukuh: kalo aku pun
*****: ye la alhamdulilllah
*****: ko tgk berita ke
*****: yg rtm punye mmg full citer
AzamKukuh: oo ek
AzamKukuh: tak
AzamKukuh: die kene culik pun aku tatau bile
AzamKukuh: sesado dah selamat
*****: semalam
AzamKukuh: dah lame ke aar?
*****: semalam..
*****: n smalam gak la aku kuar seronok2 enjoy2....
*****: huh~ teruk tul aku ni
*****: sebab aku mmg taktau pape....
*****: baru siang td dpt brite
AzamKukuh: ooowh...®
*****: tu la....byk press dtg umah aku
*****: call..
AzamKukuh: erm..
AzamKukuh: ayah ko dah lame ke aar gi sane?
*****: 2 weeks ah aku rase
*****: or one week lebey
*****: tak ingat ah
AzamKukuh: ooowh...®
AzamKukuh: so camane mane skang?
AzamKukuh: ade die contact?
*****: kalo tak hari2 contact
*****: email...
*****: tp last 2 days takde
*****: rupenye........huh~
*****: tgk ah nightline tv3 skang
*****: tgk?
AzamKukuh: yela
AzamKukuh: yela
AzamKukuh: aku nengok la ni
AzamKukuh: sat
AzamKukuh: bapak ko cite ke camane die leh kene culik?
*****: die call tadi...
*****: tapi tak clear ah
*****: satellite phone
AzamKukuh: oowwh..
*****: mayb die tgh tekejut
AzamKukuh: ur father is brave.. but should watch his step
AzamKukuh: hahah
AzamKukuh: erm..
*****: tak bley cite pepanjg
AzamKukuh: ape die cite?
AzamKukuh: ape die cite?
*****: tu la.........tatau ah
*****: die kate,,,,sume ok
*****: diorg layan baik
*****: cume diorg salah anggap
AzamKukuh: ooowh...®
AzamKukuh: salah culik ke?
*****: bukan.......
*****: kete yg bapak aku naik, plat syria...
*****: diorg ingat yg naik tu puak fardain
*****: diorg kan berpuak2
*****: n bermusuh
*****: tu la pasalll
*****: terus tembak2 je

*****

10.04.03

Keadaan sesak. Penuh dengan lelaki lengkap berpakaian kemeja, perempuan lengkap berbaju kurung. Terselit jua amoi² yang pakai skirt, ati² yang kasual sahaja. Kelihatan seorang memakai baju kurung biru masuk ke dalam briefing room. Nampak menyendiri. Semasa hendak keluar, dia masih duduk. Dia mengangkat kening dan senyum tanda menegur. "1st batch interview ek?" Dia hanya mengangguk dan tersenyum. AZMIHANA. Sama² tuisyen masa sekolah rendah. Lama tak jumpa dia.

Temuramah dilalui dengan sempurna. Alhamdulillah. Agak lame jugak. Lebih kurang sejam menyatakan pendapat dan berbual. Seronok pulak rasanya. Dengan kehadiran best student MOZAC dalam group AKU, temuramah berlaku rancak. Dapat topic Tourism in Malaysia. Memang pengalaman interview Petronas memberikan keyakinan dan motivasi. Doa dan tawakkal.

Rabu, April 09, 2003

Perang di Iraq sudah masuk hari ke-21 hari ini. Dah 3 minggu. Semakin rancak dengan semalam, pihak penceroboh mendakwa Presiden Saddam Hussein telah terbunuh dalam serangan di istana. Tak tau la kenyataan itu benar atau propaganda semata-mata. Semalam terasa kasihan menonton visual kesengsaraan mangsa-mangsa perang di sebuah hospital di Baghdad yang diseludup keluar tanpa ditapis. Jelas kekejaman dan kerakusan tentera-tentera penceroboh.

Perang mungkin berlanjutan selama 2 bulan. Tapi dari segi politik, sosial dan ekonomi mungkin mengambil masa lebih daripada 2 tahun untuk pulih. Dan kesan-kesan tersebut berlaku bukan sahaja di bumi Iraq, malah di seluruh dunia. Perang menyusahkan pentadbiran Iraq, menyusahkan rakyat Iraq, menyusahkan negara-negara jiran Iraq, menyusahkan tentera penceroboh sendiri, menyusahkan semua orang. Hentikan peperangan!!

Semoga Allah memberikan kemenangan kepada orang-orang mukmin.



Isnin, April 07, 2003

Mukaku dibasahkan dengan suatu cecair menggunakan span. Kemudian mukaku diurut lembut. Di dahi, di sekeliling mata, pipiku, digentel-gentel. Seterusnya, entah apa-apa lagi cecair dan krim disapu ke mukaku yang agak berjeragat. Hampir semua kaedah terapi muka yang pernah kutonton dalam rancangan Nona diperlakukan ke atas mukaku. Termasuklah proses mengewap mukaku. Aduh, terasa panas. Tetapi, demi kulit licin bak kulit bayi, kutahan jua.

Hahah! Semalam buat pertama kali seumur hidup aku dah dekat 18 tahun, AKU buat terapi muka kat Ratu Ayu Solo, Bkt Gambir (maju gak tempat tu). Apa? Ingat tu semua untuk perempuan jek ke? Laki pun boleh gak... Lepas buat terapi tu sekali, kakak yang buat muka AKU kasik tah macam² mende untuk sapu², gosok², pada muka. Licin la jugak kulit muka AKU lepas tu. Parut ada lagi la sket².. tu yang kene sapu lagi tah apa² losyen kakak tu kasik.

Tengahari tadi pulak pegi survey KUTKM dekat Ayer Keroh, venue interview JPA hari Khamis nanti. Jauh gak. Lebih kurang sejam 15 minit daripada rumah. Lepas gi survey gi Tesco, shopping, beli towel dengan stokin. Boleh tahan aar murah, macam Tesco² lain. Kat Tesco FANA call, cakap dia dah lulus test kete. Hahah! Suke ko eh.

::Demikianlah sebahagian aktiviti yang dapat AKU lakukan setelah member² AKU semua masuk matrik... AKU tatau ape lagi aar nak buat?::

Ahad, April 06, 2003

Semalam hari pendaftaran matrikulasi KPM. Ramai kawan AKU masuk. Tinggal aku dan beberapa sahaja lagi yang nak nunggu UIAM. Waaa.. dah jadik budak kolej ek korang. Huhu! Kejap jek dah masuk kolej. Pastu masuk U. Pastu kerja. Hahah. Dah beso dah masing²...

16.03.03 (Ahad)
Sedang duduk-duduk di atas buaian di taman permainan TG EMAS, MUAR
10.00 pm

Seronok melihat kanak-kanak bermain girang dekat situ. Ada yang terkekek-kekek ketawa. Walaupun boleh dikatakan dah lewat malam, masih ramai lagi famili bersantai di situ. Ada yang baru datang. Tidak kurang juga remaja dan belia yang datang bersama pasangan masing-masing, tak tahu apa tujuan sebenar mereka. Sambil berpegangan tangan, sepasang remaja menghala ke medan selera berhadapan dengan taman ini.

"Eeee... best la kalau kita dah boleh bawak perempuan jalan-jalan macam mamat tu,"

"Apsal ko ni? Dah berangan awal-awal. Hahah! Rilek ler, kita budak lagi,"

"Budak ke? Kita dah abis sekolah... dah 18 dah taun ni. Dah besar apa,"

"Heh. Kenapa ko kata best buat macam mamat tu?"

"Ntah? Kalau boleh, semua benda best yang orang lain buat aku nak buat jugak. Sebab best la aku nak buat, aku nak cuba,"

"Apa lagi benda best yang ko nak cuba?"

"Erm... bawak perempuan jalan-jalan dengan kereta, lepak-lepak dengan member, keluar malam-malam, cuba pesyen-pesyen baju baru. Eeee, best ek? Dah macam orang dewasa,"

"Hahah! Kalau kat KL, biasa jek benda-benda tu,"

"Kenapa aar aku nak sangat buat macam dia orang tuh? Kenapa mesti aku nak tiru?"

"Tu la pasal. Ko kata ko dah besar. Tapi tidak sebenarnya. Sebab budak-budak umur macam kita ni suka tiru macam orang lain, suka nak cuba-cuba, curious. Macam ko, ko nak rasa buat macam mamat tu, best ke tak,"

"Ooo ek? Mungkin gak ek? Remaja kan memang macam gitu. Tapi best la..."

Seorang kanak-kanak terjatuh ketika berlari. Namun dia masih lagi ketawa. Ketawa keriangan bersama rakan-rakannya berebut-rebut buaian. Terpaksa beredar bagi memberi peluang kepada mereka. Puas berbual panjang dengan rakan di atas buaian. Tentang diri, tentang keluarga, tentang remaja, tentang masa depan. Terasa diri ini insaf sejenak pabila berbicara dengan serius sebentar tadi. Perg mendapatkan dua lagi rakan yang sedang duduk berbual juga di tebing sungai berhampiran. Lalu sama-sama duduk, meneruskan perbualan, kali ini, penuh dengan gurauan nakal..

DAIN kini di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
FAZLI dan HEKAL di Kolej Matrikulasi Johor
AKU? Menunggu untuk melanjutkan pelajaran ke UIAM ... insyaAllah...

Jumaat, April 04, 2003

03.04.03
Bilik Guru SMKA Maahad Muar
11.30 am

"You all nanti kalau dah masuk universiti, tak kira la mana-mana universiti pun, nanti jumpa macam-macam orang. Zaman zaya dulu, dalam bilik kuliah pun, kondom bersepah-sepah. Macam benda biase pulak jumpa kondom. They all bukan tak tahu hukum, dia tahu. Students perempuan memang ada pakai tudung. Tapi masa dia orang buat dia bukak la. Lepas buat pakai balik,"

"Isshh, kena jaga la iman kita nanti,"

"Yes, that's right. Anak murid saya ada sorang tu. Laki-laki. Muka die canntik sangat. Lawa. Ada sekali tu dia cerita kat saya, ada kawan laki dia ketuk-ketuk pintu bilik dia. Rupa-rupanya kawan dia tu baru lepas mandi, berkemban. Kawan dia tu masuk, nak peluk, nak cium anak murid saya nih. Bila dah nak kena cium, apa lagi, dia pun tendangg kawan dia tu. Nengok, macam-macam orang,"

"Saya pulak dulu dekat universiti pernah tau satu bilik dengan seorang kawan saya ni. Dia sekarang dah jadik pakar dah kat KL. Dulu, tiap-tiap kali masuk Subuh, dia kejut saya - 'Ain, bangun Ain, dah masuk Subuh,'. Saya pun bangun la. Saya biasa sembahyang dekat surau kan, lebih selsesa sikit la, tapi dia tak ikut walaupun dia yang kejut saya. Malam-malam pun, selalu dia keluar. Bila saya tanya, nak pegi mana? Dia jawab, keluar dengan kawan. Ada sekali tu saya ajak dia pegi surau, dia tak nak. Dia kata dia segan, tak reti sembahyang. Orang-orang yang kat surau tu pulak, bencikan dia, pulaukan dia. Saya pun tanya la dia apa yang dia selau buat malam-malam. Rupanya, dia keluar pegi pub, disco dengan ada satu Tan Sri tu, mabuk-mabuk. So, lepas tu sikit-sikit saya aja la dia sembahyang tu semua. Lama-lama dia boleh la sikit-sikit buat..."

"Kalau you all pegi oversea lagi la. Tak usah cerita. Kalau dengar cerita ada yang tidur dengan perempuan-perempuan Mat Saleh ni, memang selalu. Lagi pun tau la kan, bila musim-musim panas nih, dia orang bila jogging dia orang bukak baju dia orang. Dia orang letak baju dekat bahu jek. Memang dekat sana, kena pandai jaga diri, jaga Iman. Kalau boleh ikut kawan-kawan yang alim-alim sikit ni macam Hazri ni,"

"Apa-apa pun, you all jangan terkejut sangat dengan cultural shock nih, walaupun study dekat universiti dalam Malaysia. Sebab apa saya kata, sebab you all dah 5 tahun sekolah agama, so, you all ni dibela. Diajar jauhkan diri dari menda-menda yang tak baik ni. Jadi, lepas ni, awak akan jumpa satu dunia baru, dunia yang jauh berbeza dengan awak di SMKA ni. Iman kena kuat, diri kena jaga baik-baik, kawan kena pilih betul-betul, belajar sungguh-sungguh,"

::Sebahagian daripada cerita + nasihat seperti yang diceritakan oleh Guru Fizik Terhebat Maahad Muar kepada AKU, MUDNO dan CACING, di hadapan USTH AISHAH dan USTH ZALEHA::

Rabu, April 02, 2003

Ahakss,,, dah tinggal bebrapa hari lagi nak jadik budak kolej

:::30/03/2003:::


hari ni hari ahad. Dak -dak maahad form 3 ade wat gathering kat Home Fast Food Muar. ini sume rancangan sape aku tak tau, yang penting mende ni dah dirancangkan dari mulut ke mulut. Ape pun aku akan datang bersama-sama ngan Zulfazdli dengan menunggang motosikal barunye yamaha LAGENDA


Sampai kat muar lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Ahahah janji pukul 11.00 tapi aku sampaii lewat sejam.
"Hey cepat laa.. Dah lambat sangat nih".Fazli tetiba bersuara ."Okey aar mulakan" ko jadi pengerusi " Hirzahida menjawab."eii ape pulak. Apasal aku........... dan dot dot dot.

Gathering abis lepas sume abis makan.Pastu Irazi ngan Jali ajak pergi umah Cikgu Rashidah. Apa lagi. Sume pergi termasuk Cacing walaupun dia hanya berlesen "L". Arul pulak bawa motor scooter 125. (heheh sama macam Malin punye)

Assalamualaikum..... Cikgu Shidah.....

--Eh... Masuk -masuk. (yang belum solat tu solat kat umah cikgu shidah) Kat umah cikgu shidah mengabiskan makaroni cikgu shidah(walaupun baru lepas makan kat Home) Pastu budak -budak ni berbual pasal KMJ( Kolej Matrikulasi Johor) . Sape yang dapat lagi . Itu sume diterangkan kat cikgu shidah. Aku pulak tanya pasal diri aku yang tak tentu hala masa tu sebab aku ade cadang gak nak masuk UIA. Setelah bertanya pendapat member -member dan cikgu shidah aku wat keputusan amik matriks.


Tak cukup ngan makan jambu batu , dak-dak ni masuk bilek Najib sambil belajar -belajar menggunakan Laptop cikgu Shidah yang dia dapat Free dari kerajaan (Hak Kerajaan) Pastu solat Asar kat sana dan kemudian balik kerumah masing -masing.

---------------------------------

Dur ... dur ... sreet..... posmen datang. "Eh.. surat dari Uniten" Waaaa aku dapat tawaran pergi sana. Alhamdulillah.
Aku belek -belek surat tu sambil membeca sume yang terkandung dalam surat tu. Isk -Isk datang lagi problem aku. Aku dah cakap nak amik matriks ngan member -member. Datang surat ni . aku dah serba salah. Walau apepun esok aku nak pergi jumpa Cikgu Nor'in. (cikgu fizik terhebat di maahad)
untuk bertanya pendapat dia.


Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini

Selasa, April 01, 2003

Eh... eh... dah setengah bulan jurnel tak diupdatekan.. AKU busy .. MUDNO? Asal ko tak buat ape² weih?! Dalam masa 2,3 minggu ni memang sibuk betul AKU.. tak sempat nak online lame². Emel pun banyak yang tak sempat nak reply. Sorry...

*****

16.03.03
Perkarangan Dewan Jubli Intan, Batu Pahat
Approximately 10 am

Ketika AKU bersiap nak menangkap gambar, "Aar... Cepat.. Cepat dok belakang die... Ok... Satu... Dua..." Tak pasal² abang RAIHAN yang penyanyi utama tuh nyampuk, "Lapan!!" Heh... Budget lawak la tuh. Hehehehheheheh! Tak sangka pulak aku boleh jumpa RAIHAN masa nak tinjau² education fair yang diadakan dekat sini. Dapat autograph... dapat ambil gambar...(bape banyak ambik.. hahah! jakun betul!) siap dapat bebual mesra lagi... orang tak seberapa ramai.. takde la berebut.

Yang pasal edu fair... banyak juga la gerai yang ada.. but mostly IPTS. Yang IPTA, UM dengan KUiTHO aje. Yang lelain tu, ade KYM, UNITEN, L&G TwinTech dan pelbagai lagi. Jumpa budak² BP kat sane. HAIRAZI, YUSRI, MUDNO. AKU pegi dengan sape? Macam biase la... FAZLI, DAIN, HEKAL. Malam tu tidur rumah DAIN. Kita orang dinner (ceh...) dekat SABAK AUR. Satu tempat dekat² dengan tapak pembinaan jambatan kedua MUAR. 4 orang punya makan.. agak² berape ringgit? RM71.00! Huhu!

*****

20.03.03
Petronas Kiosk, Jalan Sulaiman
Tah pukul bape tah

"20 inggit, pam 4," "Azimin! Heheh, bile mase lak ko pakai proton saga nih?" Eh, sape pulak la yang kenal aku nih. Lor... MALIN rupenye. Borak² kejap dengan die. Hari tu die baru masuk kerja. Saje nak mengisi masa sementare cuti kat MMU. Nampaknye memang die nak stay situ agaknye.. MALIN2... Geram betul aku nengok ko. Macam mane la ko bleh jadik puteh gebu macam cine? Hehe...

*****

24.03.03
Mahkota Parade
Approximately 2.00 pm

"Ko nak makan kat mane?" "Suke hati laa.. aku tak kisah.. ko yang nak belanja.. ikut ko la," Hahah! Masa balik dari KL, nengok PAK UDA balik haji, singgah Melaka. Pegi MP, teringat janji AKU nak belanje FANA.So, msg la die. Kebetulan die memang ade dekat area² banda, tengah jenjalan dengan sepupu die. 1st time woo kuar makan dengan pempuan... Sepupu die lak segan nak join. Dah tu berdue jek. Dah ler colour pakaian lebih kurang same.. sepasang. AKU pakai kemeje merah, FANA pakai baju kurung pink. Macam couple lak rasenye. Heheh. Makan kat KFC. Adela borak² dalam sejam. Pastu jalan dengan die pegi Reject Shop kat dalam MP tuh (tempat die janji nak jumpe balik dengan sepupu die). Pastu balik.. Hahah! 1st timer...

*****

27.03.03
Rumah
10.45 am

Telefon rumah berdering. AKU yang tengah dalam bilik air, baru nak mandi, terkocoh-kocoh mengenakan semule tuala dan terus berkejar mendapatkan telefon. "Zi, telefon," AYAH dah pun mengangkat dulu. "Hello, Azimin yer?" Kedengaran suara manis seorang wanita di hujung talian itu. "Adik dulu ade mohon petronas kan?" tanya wanita itu. Petronas?!

*****

28.03.03
PERMATA, Kajang
12.30 pm

"...About the reccomandation to ban cars entering the city to avoid traffic jams, I think I would say yes. I agree. There are some problems will occur, as our friend here said just now. He said, what if there is an emergency that need someone has to enter the city with their own vehicle, like to the hospital? That's right. But the government could transfer hospital to rural or suburban place..."

Aduh... kene interview dengan Petronas. Mencabar betul. Sebenarnya yang susah tu nak cakap Inggeris. Kene pulak masuk group dengan bebudak elit KL. Giler ah die orang... speaking macam Mat Saleh. Huhu! Tajuk yang AKU kene ringan jek.. pasal traffic jam. Start interview pukul 10 lebih. Tapi aku kene pukul 12.20. Sebelum tuh, pukul 8 ade briefing pasal ESU dengan UTP. Breakfast free, makan kuew tiau. Lunch kene beli. AKU pun tatau makan ape. Hi tea free, makan bee hoon dengan roti letak sosej.

Pegi sembahyang naik kete member, same group dengan aku. Patutnye ade bas yang bawak, tapi group kite orang abes pukul 1.15. Kelam kabut betul mase interview. Time sorang² cakap ok... tapi bile discussion, tak berape ok. Mase dah suntuk. Patutnye 40 minit. Interviewer tu pendekkan kepada 15 minit jek. Aiseh... susah betul nak nyampuk cakap. Nyampuk pun, nyampuk sikit². Kire macam aku ni pengerusi forum aar... tanye² sket.. ulas² sket.. hahah! Ntah la... doa dan tawakkal aje la...

*****

30.03.03
The Store, Muar
3.45 pm

"Aku amek kaler cam ko.. ko amek kaler cam aku nih? Hahah! Terbalik jek," Sibuk memilih dan membeli baju² dan keperluan matrik lain. Walaupun intent tanak masuk, aku pun menyebuk same² membeli baju kemeja. Heheh.

Sebelum tu tengah hari dalam pukul 12 ade gath bebudak form 3 Maahad Muar. Ramai gak aar yang ade. Ada la dalam 30 lebih yang datang. Makan nasik beriani, mi goreng, kuih sikit². Macam² cite aar kuar. CACING dalam dilema nak masuk matrik ke nak UIA. TAHIRA yang best student johor tu dah decide tanak masuk matrik. Die nak tunggu UIA/JPA. HAFIZA ISMAIL pun nak tunggu UIA/JPA. KHAIRIYAH pun same. HUDA pun. Dan ramai lagi pun. Hahah! Tapi kebanyakannya nak masuk matrik ar. HEKAL, DAIN, FAZLI sume nak masuk matrik. Yang pegi interview Petronas... HEKAL, MUDNO, AKU, AKHMAR. Harap² dapat. Hari tu orang Petronas cakap, kalo boleh die nak kuar kan result interview tu sebelum pendaftaran matriks. Doa and tawakkal aje la...

Demikianlah mengikut kronologi beberapa aktiviti dan kejadian yang berlaku sepanjang AKU tak tulis jurnel nih. Sebarang kesilapan harap dimaafkan. Sekian, terima kasih.

p/s: wei mudno! aku nak buat vote baru untuk Jom Undi tuh.. ko ade idea nak soal ape?