Cari Blog Ini

Ahad, Disember 18, 2005

Lame eh tak post? Lame eh? Lame? Laaaammeeeee...
Malas.
Keje banyak.
Kusut.
Kalut.
Takde mood.
Laptop rosak.
HD rosak.
Tu antara reasons kenape tak post la.. hehe.. nanti ade rezeki insyaAllah tak lame lagi ade la tuh.. hee..
UIA dah ade wireles.. dah ade.. dah ade.. heee

Sabtu, Oktober 29, 2005

Bergembiralah di Aidilfitri Tanpa Melupakan-Nya




Selamat berhari raya.
Aiman dan rakan-rakan, jangan lupa janji manis mu untuk beraya di Muar minggu kedua raya nanti.
Acap, nak datang muo nanti kontek le aiman dulu, plan betul-betul.
Usen, datang muo oii!! Nak gi raye umah ******* kene gi raye umah aku dulu! Haha!
Geng-geng rombongan, turun muo tak raye nih? Klo turun jemput le datang umah..
Mun, selamat jalan dan selamat sampai.
Selamat solat aidilfitri semua.
Selamat melantak ketupat, control berat badan anda. Haha.
Selamat semua.
InsyaAllah.
=)

Khamis, Oktober 27, 2005

Esok Dah Tak Buka Ngan Korang dah...

Sedih aku dengo arif kate macam tu.
Dah abes exam aku hari ni (arif habis hari sabtu).
Gembira.
Sedih.
Risau.
Penat.
Letih.
Semua rasa ada.
Exam mase bulan puasa.
Seronok juga.
Pergi ke library 'seawal' pagi.
Berkampung di situ sampai waktu buka.
Buka bersama arif, firs, husen, acap, semua bukan budak bilik aku.
Sepanjang final nih, bilik aku kosong.
Semua ada hala tujuan masing-masing.
Lemek, din ke bilik aiman.
Juan dengan nadiah.
Aku pula dah macam budak bilik arif.
Selama ni tak pernah-pernah rapat dengan arif (kenal dia sejak di matrik).
Tapi kesempatan Ramadhan dan final exam nih memberi peluang aku cucuk-cucuk perut dia.
Belajar bermain bongo dari dia.
Hari-hari berbuka dengan dia.
Berbuka dengan budak bilik dia yang lain.
Inilah Ramadhan.
Selepas berbuka berjemaah Maghrib bersama.
Berterawih di Masjid 'bersama'.
Berkampung semula di library selewat orang terakhir yang keluar dari library tatkala library ditutup.
Balik ke kolej tidak terus ke bilik aku.
Tapi berkampung pula di bilik firs.
Berbincang itu dan ini.
Membuat itu dan ini.
Tak kurang juga mengumpat mengata.
Astaghfirullah.
Ada juga kadang-kadang petet datang melawat.
Juga aiman dan laptopnya.
Sama-sama berusaha untuk menjadikan final exam mudah dijawab.
Pukul 2, pukul 3 pagi adalah awal.
Pukul 4 telah mula mengantuk.
Pukul 5 sahur bersama - pengecualian diri aku yang jarang turun sahur.
Pukul 6 mula tertidur.
Pukul 7 kelam kabut membelek nota apa yang patut.
Pukul 8 kelam kabut siapkan diri.
Pukul 8.30 berlari anak sambil nota erat dalam genggaman.
Bincang apa yang terlintas sambil ke exam hall.
Pukul 12 puas dan lega.
Habis satu paper, paper seterusnya.. esok? Lusa?
3 hari paper berturut-turut.
Diselit satu, dua hari gap antara paper.
"Tiada masa untuk bernafas" ungkapan firs.
Betapa setiap saat perlu dipermanfaatkan.
Betapa setiap saat akan datang (sem hadapan) perlu tidak dirugikan.
Betapa janji-sumpah acap untuk seperti ini sem hadapan - study setiap hari - pergi library setiap hari - membuat latihan setiap hari.
Kerana sem hadapan kita bakal meningkat usia.
Kerana sem hadapan kita telah pun masuk 2nd year.
Kerana sem hadapan kita bakal major dalam bidang masing-masing.
Aku aerospace.
Acap biotech.
Firs mechatronics.
Husen biotech.
Sediakanlah diri kalian dengan semangat.
Sediakanlah diri kalian dengan matlamat.
Sediakanlah diri kalian dengan PERLAKSANAAN.
Ramadhan yang bakal berakhir jadikanlah sebagai landasan.
Untuk menjadi lebih baik.
Lebih cemerlang.
Lebih gemilang.
"Belajar rajin-rajin juga"
Balas dayana tadi di comp lab E3 selepas paper dynamics.
"Sem depan 4 flat" kataku.
Usahakanlah!
Bergeraklah ke arah matlamat!
Usah manis bicara semata.
Ramadhan oh Ramadhan!
Aku yakin tahun ini Ramadhan bakal merubah diriku.
Menjadi lebih baik.
InsyaAllah.
Terima kasih Allah kerana menunjukkan jalan.
Terima kasih rakan-rakan.
Terima kasih mun.
Doakanlah kejayaan kita bersama dunia dan akhirat.

Selamat beribadah di hujung Ramadhan ini.
Selamat menyambut hari raya aidilfitri.
Bergembiralah tanpa melupakan-Nya.

Selasa, Oktober 11, 2005

Commitment vs Intention

As I finish my Zuhur prayer at E0 musolla, Dr Waqar Asrar was giving tazkirah. He cited a hadith, the first hadith in Kitab Matan Arba'in. I forgot the matan, but Dr Asrar told us about sincerity. No one knows whether we are fasting or not today, only God knows, he said. But for praying, we can show that we are praying. That is the difference. We have to be extra sincere to ourselves during fasting. He said also in his tazkirah, about intention. He said that the word 'intention' in that first hadith of 40 should not be misunderstood. We all know that intention is what coming from our heart, even a slight glimpse is called an intention. For example, someone is thinking to do something good, but he or she does not do anything to that thing. People said this is called intention. But Dr Asrar reminded us that intention has to come together with commitment. Without commitment, intention should not be called intention. For example, the person thinks about something to do, and the person then give efforts to do the things. There is a difference between "I intended to do this" and "I commited to do this". Moreover he said, when we were thinking some good deeds to do, we must immediately do it. Because if we start thinking about the good deeds we are going to do, then satan will come to block our way, we will stat thinking excuses and other things that stop us to do the good deeds.

The lesson is, to do good deeds, we have to do it immediately.

Khamis, Oktober 06, 2005

Are You Fasting Today?

"If you got bad for your first midterm, bad for your second midterm, bad for your quizes, what do you expect then? You want me to give you A? If you got 49, then I can push to 50. But if 20? How? You see, you are not responsoble students. You did not work hard. Final is just 2 weeks to go. You? You still want to sleep? Playing football? Watching tv? Go around KL? I have done my job. My job is just to show you the way. This is not like school. In school, you were given everything. This is university. Lecturer is just to show you the door. If you want to go, you get in. If you dont want to go, you get out. You have to work more. Work hard. Ok?"


"Lecture is only a departure point for you to go further. If you read only my notes, you'll get C. You have to read other books.. read more.."


'What Did I Do Today?'

Did I smile at my brother?
Was I kind to my sister?
Did I teach another something that I know?
Did I call on You, to guide my way?
Tell me what did I do today

Did I? Did I? Did I?
What did I do?
Its fasting month.
I should know what I should do
Its final in two weeks
I better know what I better do
Should I?
Yes I should
Will I?
Yes I will
Ramadhan, show me the way
I will follow, insyaAllah...

Ahad, September 18, 2005

5 Perkara Sebelum 5 Perkara

3 perkara telah datang kepada diriku. 3 perkara jua telah datang sebelum itu.

Sihat. Aku cukup bertenaga ketika cuti midterm 3 hingga 7 September lalu. Aku mampu memandu jauh setiap hari. Memandu ke Alor Gajah menghantar bob sepupuku yang bertunang. Berulang-alik ke rumah firs untuk beberapa hari. Membawa acap dan firs ke Melaka. Memandu balik ke UIA. Tetapi selepas itu, perkara lain datang kepadaku. Aku jatuh sakit. Aku tidak lagi sihat. Aku selsema. Aku demam. Aku menjadi lemah. Aku tidak lagi boleh melakukan perkara sesuka hati aku. Sehinggakan hendak selesaikan satu soalan Dynamics pun aku tak mampu. Rasa sungguh tidak selesa dengan keadaan aku seperti itu. Apa yang boleh aku lakukan sebagai persediaan menghadapi kertas Dynamics, hanyalah membelek dan membaca sekali lalu soalan-soalan dari buku teks dan penyelesaiannya. Hasilnya? Aku hanya mampu mengeluh dan kesal selepas menjawab kertas Dynamics tersebut - kesemua soalan yang telah keluar adalah soalan yang diceduk bulat-bulat dari buku teks. Aku ingat soalan itu. Tapi aku lupa penyelesaiannya. Kalaulah aku tidak demam... Mungkinkah aku boleh mengingati dan memahami dengan lebih baik?

Waktu senggang. Semasa cuti midterm 3 hingga 7 September lalu, aku tidak tahu hendak melakukan apa lagi kerana masa begitu pemurah untuk memberikan saat-saatnya kepadaku. Puas aku menonton anime berkeping-keping CD 'One Piece' versi 'the movie' yang kubeli di Kotaraya sebelum kupulang ke Muar. Puas sudah aku menonton kembali siri anime 'Naruto' yang telah kutonton berpuluh-puluh kali. Puas juga aku bermain boling di Mahkota Parade bersama firs dan acap. Puas kami berjalan-jalan bersama di Melaka. Puas jua ronggeng bermain 'Play Station 2' di rumah firs. Di manakah projek BM yang belum siap lagi? Masih kemas, tak terusik di dalam beg. Di manakah buku Dynamic untuk diulangkaji? Ada tertinggal ditinggalkan di bilik di UIA. Naik dari cuti, barulah aku sibuk hendak mengulankaji Dynamics. Barulah aku sibuk membaca balik bahan projek BM. Tambah pula dengan tugasan menyiapkan laporan makmal. Tambah pula dengan masa rehat yang aku perlukan kerana demam. Aku tidak mempunyai masa yang cukup. Kini, masa nampaknya begitu mencemburui aku, sedikit saat pun seolah-olah tidak mahu dipinjamkan kepadaku. Kalaulah aku tidak membuang masa berhibur ketika cuti... Mungkinkah aku boleh menjawab kertas Dynamics dengan lebih baik?

Kaya. Kaya dengan air. Memang selama ini, alhamdulillah, walaupun tinggal di bilik di tingkat 4, air di bilik air di sini masih kuat tekanannya, tekanannya seperti tekanan di tingkat 1. Apabila berlaku kemalangan lori dengan loji air di Gombak baru-baru ini, bukan sahaja di tingkat 4, bukan sahaja di tingkat 1, malah, seluruh UIA dan hampir seluruh Gombak ketiadaan air. 4 hari diperlukan oleh pihak JBA untuk membersihkan minyak yang tertumpah di dalam loji itu. 4 hari jua aku menjadi miskin. Miskin tanpa air. Tangki yang sepatutnya dihantar oleh pihak JBA pula lambat sampai ke kolej lelaki. Bagaimana? Tangki-tangki di seluruh UIA aku dengar kesemuanya tinggal tiada apa-apa. Bagaimana? Juan memilih untuk mengajak rakan-rakan ke rumah mak cik nya di Wangsa Maju. Tersipu-sipu aku mahu menumpang mandi di rumah orang. Tapi, aku tetap perlu bersihkan diri. Takkan 4 hari aku perlu ke rumah orang? Firs mendesak aku pulang ke Muar. Aku tidak mahu. Baru pulang ke Muar cuti midterm lalu. Tapi, aku memang lemah apabila didesak, aku cepat terpengaruh. Aku pulang ke Muar bersama firs dan din. Bersama kami, dua orang bukan Muar lemek dan usen bermalam di rumah firs. Jauh bukan aku bergerak untuk mencari air apabila ketiadaannya? 206 km nun ke selatan Gombak, di Muar, aku bersyukur dengan air yang melimpah ruah. Di Muar, siapa sangka aku akan menyiapkan kerja aku yang tertangguh sejak cuti midterm yang lalu? Siapa yang menyangka begitu, diingatkan, sangkaan anda tidak betul. Seperti cuti midterm yang lalu. Aku membuang masa. Kalaulah kejadian langgar itu tidak berlaku, dan bekalan air tidak terputus... Mungkinkah aku mampu menyiapkan kerja-kerjaku yang tertangguh?

Aku memang selalu lupa, atau boleh aku katakan lalai. Lalai dengan apa jua yang ada di depan aku kecuali yang berkaitan dengan akademik. Di depan laptop. Anime, game, semuanya boleh kulayan berjam-jam. Di depan gitar. Lagu yang sama tidak jemu aku mainkan berulang kali. Di depan katil. Lalai bersama bantal dan keempukan tilam berkurun-kurun lamanya pun aku boleh tahan. Di depan buku dynamics? Di depan soalan calculus? Paling lama aku boleh bertahan, setengah jam. Kenapa? Kenapa aku menjadi seperti ini? Kalau umur aku 13 tahun sekarang ini, pasti ayah dah membebel tak henti-henti memarahi aku yang menjadi begitu malas belajar. Kenapa aku begitu pasrah dengan kegagalan lalu? Kenapa aku menjadi lupa dan lalai setelah kegagalan itu? 3 perkara telah pergi (alhamdulillah telah kembali kepadaku) dariku dan telah datang 3 perkara lain ke diriku. Perlukah aku menanti sehingga datangnya lagi 2 perkara, baru aku memperbaiki diri aku?? Perlukah aku membiarkan 2 perkara yang masih aku miliki saat ini pergi meninggalkan aku, baru aku memperbaiki diri aku? Orang lain tidak boleh membantu. Mun cakap 'aku cuma boleh teman'. Benar katanya. Aku sendiri yang perlu bukan sahaja sedar, tapi bergerak dan maju ke hadapan. Bukankah 'Jom Ke Depan'? Aku masih dikurniakan masa oleh-Nya. Aku masih bernafas, selagi itu aku perlu bergerak ke hadapan. Yang lalu, jadikan..? Tauladan. Aku perlu berusaha!

Jumaat, Ogos 26, 2005

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Convest sudah berakhir. Merdekakah? Hehe. Merdeka daripada terkongkong dengan makanan-makanan yang mahal. Merdeka daripada terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh untuk hanya makan malam. Hehe.

Pergi closing ceremony convest hari rabu lepas. Second time attending convest closing ceremony. Sebelum ni mase dekat matric dulu ada datang gak gombak nengok closing ceremony, mase tu ade concert Hijjaz sekali. This year, no celebrity concert (except that waheeda and azhar sulaiman hosting this year's closing ceremony), but there was amazing performance by combined gamelan-caklempong team plus percussion by aswad, aquardion by pak cik (cayalah pak cik! hehe), some guitars, drums of course, keyboard, violins, gile gempaq! Tak pernah aku nengok alat muzik sebegini banyak dimainkan dalam satu-satu performance! Pentas CAC tu penuuhh.. Penuh dengan alat muzik dan pemain-pemainnya sahaja. Hoho. Datang dah lambat dah mase tu, pukul 10 baru kami nak masuk dewan. Balas dendam aku yang sebelum ni pergi closing ceremony tahun lepas, aku datang awal, tapi tak dapat duduk depan, walaupun seat depan banyak giler kosong mase tu. "Tempat depan ni untuk sisters sahaja.. Sila ke atas ye..". Mentang-mentang ade in team, unic, die kumpulkan pempuan jek kat depan. Aku yang datang awal gile pun kene dok belakang. Bengang betul aku. But this year, coming late at 10, still can have front seats.. heh heh. Puas hati nengok performance mantap. Banyak lagu derang nyanyi, lagu seroja mawi pun ade! Hoho! Lagu contemporary ade, lagu zapin ade. Aku dah teruja dah malam tu, rasa macam nak naik pentas menari zapin jek. Hehe. Performance macam malam tu aku rase lagi best dari nengok concert. Tak sia-sia acap ajak aku pergi nengok, meninggalkan assignment dynamics yang satu hapah tak buat lagi. Hehe. Memang best performance malam tuh! Lepas ni nak masuk kelab gamelan arh. Hehe.


Penuh ek satu pentas dengan gamelan & caklempong?

Malam sebelum malam closing, ade talk, "Intelectual Discourse With Dr Azzam Tamimi", buat dekat masjid. Talk on Palestinian issues.


Dr Azzam Tamimi, a Palestine-born, the Director of London-Based Islamic Political Thought Institute. Pernah menganjurkan one-million-people walk, as a Palestinian awareness campaign, to gain support, joined by almost 2 million people at trafalgar square, london.

Walaupun kita jauh dari Palestin, kita masih lagi boleh membantu mereka, memberi sokongan. Sebagai pelajar, antara yang kita boleh lakukan, mencari maklumat yang benar tentang palestin dan al-quds, dan sebarkannya kepada public, "enlighten to the public". Jadikan orang ramai tahu dan faham mengenai ape yang sedang berlaku di palestin. Contoh, awareness campaign, penulisan, komik, pakaian. Antara lain, "boycotting products", products dari company yang menyokong dan memberi sumbangan kepada israel..

Dah beli dah baju terpampang "FREE AL-QUDS" kat bahagian depan, "ISRAEL IS NOT REAL" dekat bahagian belakang. Tersenyum hamam nengok aku pakai baju tuh "Thank you for supporting us" die kate.

U*mmatic W*eek. Kalau pergi booths yang ada dekat riverside sempena UW nih, terasa macam pergi melancong ke seluruh dunia! Hehe. Ada berapa ek booth? Tak kira la plak. Tapi yang aku pergi, booth Australia, Brunei, China, Yemen, Thailand, Djibouti, Palestine, Singapore aaaannnd last but not least, Malaysia. Hehe. Yang lain-lain tu aku tak pegi sebab samada takde orang jaga, ataupun ramai sangat orang. Pergi booth China, die tuliskan nama aku dalam tulisan china.. FOC.




"Sister, can you read my name...?" aku tanye amoi jage booth kat situ.

"Aaaa..xeee...miin?" frowning.. macam susah nak bace je.. hehe.

"=) perfect!" just to make sure that he wrote MY name, not somebodyelse's. Hehe.

Brunei.
"Welcome! Welcome!.. Where are you from?"

"Malaysia.."

"No.. I mean.. which part, be specific.."

"Johor.."

"Ooowwh.. yes.. any enquiries.. questions on Brunei.. feel free to ask.."

Blur sikit. Tatau ape nak tanye pasal Brunei nih. Aku dengan firs mula-mula terdiam jugak, tatau nak tanye ape. Dah ler sisters jek semua yang jaga booth tuh. Lawa-lawa lak tu. Isk. Orang Brunei memang lawa-lawa ek. Stylish, glamour dieorang pakai. Macam mak datin muda. Isk..tak boleh cakap melayu ke?..

Brunei takde apa pun.. kecik jek bandar die. Bangunan pun, tak boleh dibina tinggi melebihi tinggi menara Masjid negeri die. Dekat Brunei kita boleh jumpa banyak adat, lebih daripada melayu Malaysia. Sister tu kasik nengok album kahwin sepupu dia dekat Brunei. Glamour gile. "Ni artis ke yang kahwin?" firs tanye. Sebelum nikah, ada majlis berbadak. Ada majlis.. ape lagi tah aku tak ingat dah. Brunei jugak ade banyak jenis kuih, mostly kuih-kuih manis. Kuih kipang, macam beras, salut dengan gula melaka, then kerutup ubi, jugak manis, banyak lagi kuih sister tu hidang kat kami. Ada permainan traditional, permainan pasang, macam main dam haji kapit. Ada Universiti Brunei, the only universiti in Brunei. Ada.. ape lagi. Haa.. any enquiries? Just ask me.. hehe. Orang Brunei, takde sebut 'e'. COntoh, bedak die sebut 'badak', kering die sebut 'karing' - 'karing leher' maksudnya dahaga. 'Tipu' maksud kat Brunei, kelakar. Heh. Cukup la tu..

Yemen. Member aku, feysal yang jaga booth. Dulu mase first sem die ade mintak tolong aku dengan presentation bahasa Melayu die. Die present pasal negara dia dalam bahasa Melayu. Dah puas dah dengo die explain pasal Yemen hari tuh. Cume dekat booth ni, boleh nengok model-model bangunan jek. Dekat yemen nih, banyak bangunan lame, bangunan buat daripada pasir. Bangunan pasir 13 tingkat yang feysal tunjuk kat aku model die, is used to be the highest building on the earth!

Thailand. Tak boleh cakap melayu, tapi faham bahasa melayu aku. Banyak kraftangan, gula-gula siam, kad ucapan siam jual, tapi aku tak beli. Hehe. Sister tu cakap student Thai yang ade dekat UIA ni mostly dari southern Thai. "Most of them can speak malay, MOST, not all of them" sister tu cakap. Hehe.

Australia. "How many Australians are here in IIUM?". She showed me 'ok' hand-sign. I gave her a wow-there-are-so-many-of-you-in-iium look. "There are only three of us, I just finished studying engineering here, another is in laws, another one studying economics..".

Palestine. Sameer yang jaga booth. Baru aku paham betul-betul pasal palestin. Sameer tunjuk peta negara dia. Seluruh kawasan sebelah barat is now occupied by israelis. Some part of the east too. Sameer duduk dekat Hebron, dekat kawasan east, dalam kawasan tentera israel selalu datang. Tanye die macam mane idup dekat tempat die tu, selamat ke? "My place is considered safe. Just, sometimes the jews will come and do this (pointing to the picture of jews army hitting a woman), but that only near my place, around the mosque". Dapat free satu car sticker "FREE PALESTINE".

Singapore. Melayu banyak duduk dekat mana? "Actually, kerajaan kasik kouta melayu dekat setiap kawasan. So, semua kawasan ada melayu duduk. Datang la Singapore, kita boleh datang Malaysia, you all mesti boleh datang Singapore jugak kan..?=)".

Malaysia. "Kalau foreigner datang booth Malaysia ni, mesti dieorang ingat orang Malaysia ni ganas-ganas" firs cakap. Takde benda yang derang display dekat booth Malaysia, kecuali keris. Keris, keris, and keris, and terselit satu, dua bilah parang silat. Heh. Letak le nasik lemak ke, roti canai ke, yong tau fu ke. Hoho!

Malam tadi pulak, buat kali terakhir pergi ke convest hill, makan malam. Huha-huha sikit. Beronggeng sikit. Rasa macam dah baes exam jek. Padahal ade 2 paper sebelum cuti nih. Isk. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Isnin, Ogos 22, 2005

Why Aerospace?
an email from a friend, forwarded by firs. She is now studying aerospace engineering at Sheffield, UK.
*koi = aku (kate ganti diri orang pahang..)



Antara faktor2 yg mempengaruhi : sponsor, pilihan career masa depan, galakan bapak, course structure, oeluang kerja ...

Sponsor
Memandangkan rezeki koi dpt scholarship MARA, ie MARA beri kebebasan utk pilih apa2 bidang engineering pon (except Civil), + koi x terikat utk bekerja dgn MARA/mana2 badan lepas grad nanti, jd awal2 lagi koi x restrict option kepada certain2 bidang yg mungkin 'rasa cam best' time tu.
Sbg cth yg lain, kalaula ditakdirkan sponsor koi bukannye MARA, mungkin boleh amek contoh Petronas ke, koi mungkin awal2 lagi dah restrict kan pilihan koi kepada bidang2 tertentu sebabnye kalau kena kerja dgn Petronas, mestila kena amek couse yg relevan ngan diorg, eg mechanical, chemical. Kalau amek yg lain lak nanti Petronas nak sumbat keje kat ne lak huhuhuhu.
Akceli, i didnt kept my options that wide, cuma koi x begitu consider bidang2 yg mmg sudah tentu menjadi pilihan student yg sponsor mereka Petronas/Telekom/Yayasan Tenaga Nasional/Proton/etc etc....Sebabnya, bidang2 mcm tu, diorg mmg dah kena amek, jadi yg bidang2 lain tu plak siapa lak nak blajo?



Pilihan Career Masa Depan
Akceli koi mmg rasa bidang engineering ni, x kira la engineering apa pon, mcm x sesoi r ngan pompuan... Tapi nak wat cemana, kalau nak wat medic lak koi mmg x mampu lagi x gheti. Yg course2 lain plak koi mcm x nampak jalannya mcm mana.
Skrg ni, kalau ikutkan gerak hati nanti koi nak jadik cekgu, insyaAllah, amin! Akceli ni berkait gak dgn faktor yg atas tadi tu yg mana koi x terikat utk bekerja dgn siapa2 bila dah habis belajar nanti, ie koi boleh apply kerja kat mana2 yg koi suka... dan buat masa ni koi fikirkan koi tamo prektis as an engineer, nak jadi cekgu instead... Dari segi lain, disebabkan koi x terikat dgn siapa2, jadi lagi cerahlah peluang utk sambung blajar lagi lepas habis degree.
Ok, skrg ni, koi dah dapat bayangkan yg koi kununnya nanti nak jadik cekgu, persoalannya, koi nak ajar dlm bidang apa nanti?
Apa yg koi fikir time dulu ialah, oleh sebb koi takde la ada giler2 enthusiasm/obsession ke arah mana2 bidang...Disebabkan yg koi x kesah, jd koi rasakan koi patut find out apa bidang yg kiranya masih blom establish lagi kat mesia ni...Nak find out utk jangka masa 10-20 thn ni demand dr segi keperluan tenaga cekgu kat dlm bidang apa... Kalau ikut logik, bidang tu mestilah bidang yg baru je nak berkembang kat Mesia ni... Kat situ koi dah mula me'narrow'kan pilihan2 koi... lepas dah discuss ngan mak bapak, cekgu2 dll, antara bidang2 nya ialah biomedical/aerospace/tissue engineering
Biomedical ngan tissue tu, bunyinya mcm ada kaitan ngan bio, so awal2 koi dah kensel!
So tinggallah aerospace...


Galakan mak bapak
Mak bapak mmg sgt2 menggalakkan koi amek bidang yg masih belum ramai org mesia amek. Kalau pd sesetgh pendapat mungkin langkah ni mcm kureng bijak sbb susah nak mendapat/mencari peluang kerja nanti. Tapi kalau difikir dr sudut lain plak, atas sebab 'kurang peluang' tu la, kena ada usaha ke arah meng'create'/menambah peluang tu...kalau x, sampai bebila pon peluang tu takkan wujud.
Bapak koi pon stuju sgt kalau koi amek bidang aerospace...Ni berkait ngan keadaan semasa baru2 ni yg Iraq kena serang ngan US, disbbkan keadaan 'negara2 Islam' kat belah asia timur sana smakin kurang kukuh dr segi pertahanan, so dia kata mmg sudah nampak yg Mesia as pengerusi OIC cuba nak kuatkan negara dr segi pertahanan kat sebelah sini plak. sbg cth, 2/3 thn dulu Mesia mula beli kapal selam sbg usaha meningkatkan pertahanan laut. Jd x mustahil dlm masa akan dtg ni kita cuba tingkat dan tingkatkan lagi kekuatan dr segi pertahanan udara lak...
(huhuhu, bunyik mcm semang semacam je kan...huhuhu)


Course Structure
Aerospace Engine ni, kalau kat uk ni akceli ialah perselisihan antara 5 department yg berlainan, yg disesuaikan menjurus ke arah hal2 berkaitan dgn aircraft (x kesah la sama ada commercial/military).
5 department yg bertuah itu adalah : Mechanical Engin, Electrical n Electronic Engin, Material Engin, Control Systems Engine, Computer Science
Pertama kali dgr, mmg rasa mcm "eh, bio beno? 5 department skaligus? umum sgt laa ape yg blajo nanti?"
Kebetulan dulu ada pernah jumpa sorg lecturer masa pergi British Edu Fair kat PWTC... so tanya la dia pasal ni, dia kata kalau nak kata apa yg belajar nanti terlalu general tak jugak, sbb kiranya skrg ni, bila dah masuk bidang ni, kita mmg dah konfem yg 'subject' yg kita akan deal with nanti mmg tidak boleh tidak ialah aircraft. Jadi dr sinilah kita boleh pecahkan kita nak kaji aircraft tu dr sudut apa, dr segi material ke, dr segi communication systems dia ke, dr segi bentuk dia ke etc etc. Utk degree, kita mmg perlu utk tahu ape cerita di sebalik aircraft tu dr suma segi... Dia kata lagi, bila nak sambung masters/phd nanti baru la boleh specialize dlm bahagian mana yg betul2 kita minat.
Kesimpulannya, bolehla dikatakan bidang ni mcm 'object oriented' course, ie 'aircraft-oriented course'....heh, ala2 mcm Java Programming la plak


Peluang Kerja
Walaupun kununnya nak jadik cekgu, tapi manalah tahu kan, kut2 dgn keadaan+corak pemikiran yg berubah2, tiba2 koi nak plak jadik engineer...kalau kat luar negara tu mmg la bnyk, eg BOEING, NASA, Rolls Royce etc etc... tp tu utk dlm mimpi boley la... realitinye nak keje kat mesia kan...
kat mesia mmg x bnyk, tp takdelah sampai takde... ada tu ada, cthnye ngan
Astronautic Technology Sdn Bhd http://www.atsb-malaysia.com.my/
BAKSA (Space Science Study DIvision) http://www.baksa.gov.my
TUDM
Sykt2 Commercial Airline cthnye MAS, Air Asia, Pelangi Air etc etc
MACRES(Mesia Centre for Remote Sensing) http://www.macres.gov.my/

akceli, bidang aerospace engine ni x terhad kepada aircraft saje... menurut lecturer koi, kalau tiba2 dah busan ngan aircraft, masih ada alternatif lain... sbb knowledge ni sebenarnya boleh extend lagi dan diaplikasikan kat objek2 lain yg bergerak dlm fluid gak, cthnye kapal yg gerak dlm air, keter yg jugak bergerak dlm udara...
Mmg bnyk aerospace engineer yg kerja mengkeghobek keter2 formula 1

dr segi uni kat mesia lak, stakat yg koi tau uni yg ada kat course ni kat sini UPM, UIA, USM, UKM baru nak mula... yglain2 koi x pasti.





" ........I only want to put things right as far as I can. My success is with Allah alone. I have put my trust in Him and I turn to Him." (Surah Hud: 88)
Kata2 seorang khulafa ar-rasyidin:"Tidak akan berasa gelisah seseorang itu jika dia tahu apa yang dicari"

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,pahahal ia amat baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu semua tidak mengetahui"(al-Baqarah:216)

- Ukhwah itu indah, jika bertemu dan berpisah kerana Allah

Sabtu, Ogos 20, 2005

What is al-Quds Day?

Al-Quds Day is a day for Muslims to remember our third holy Masjid, Masjidil-aqsa. This month is chosen because during the month of August, there were many violents done on the Masjid. The worse was when a Christian entered the Masjid and burnt down part of the Holy Masjid as for him to allege that the Masjid is on the location he wanted to build 'Heykal' - a place where Christians believe that Messiah will descend. The latest violation was in August 2000 when Sharon delibrately entered the Masjid with all his soldiers with their shoes on.

For us Muslims, especially those who live far from Palestine, we, at least, can help our brothers there from violation, by supporting them. Many ways can be done, for an instance, awareness campaign on Palestine and al-Quds. Those who are near IIUM and all IIUMees are invited to join R*emembrance O*f al-Q*uds. The activities organized are as the above poster.

Jumaat, Ogos 19, 2005

Menggelabah aku kat audi A. Lecturer yang nak briefing on majoring ni baru sorang jek datang, Madam Suriza. Lagi 3 yang patutnye datang untuk 1st session ni mane? Aduh. My greatest fear was almost confirmed - lecturer tak datang. Mampus aku. Kalo betul lecturer tak datang, mane aku nak carik speaker lain? Back up memang takde. Kelam kabut aku pergi oscent call bilik lecturer. Tak dapat. Ah... sudah. Cemane nih? Cemane nih? Betul ke laila dah confirm dengan derang? Dah pukul 9.15 nih. Madam Suriza sorang jek baru datang.

Mujur ade. Dieorang datang lambat. Risau giler aku. Kok nye betul-betul die orang tak datang, cemane? Ape aku nak buat? Program briefing mesti berjalan, audience dah menanti untuk dibrief pasal major. Hoho. Daripada semalam dah aku risau pikir benda tu. Alhamdulillah, lecturer yang patutnye datang, semua ade hari ni. Dr Raihan jek takde pasal die involve dengan rehearsel konvo, tapi takpe, dr raihan nak brief pasal minoring aje, so kalo ade ape-ape masalah nak minor, pergi lah sendiri consult dengan dr raihan yeh.. Heh.

Dekat luat audi ade buat booth. Semua majoring ade buat booth. Dah puas duduk dalam audi kene brief (student dah ade yang tuka fikiran dah nak major ape lepas briefing) pergi booth pulak. Kat booth plak semua jenis soklan keluar. "Susah tak mechatronics kak?", "Aerospace takde belajar pasal angkase ke bang? Blaja pasal aeronautik jek ke?", "Ramai tak yang amek material?", "Kalo amek automotif boleh keje kat mane kak?", "Bagus ke kalo saye amek manufacturing bang?", "Communication ni blaja ape?". Semua soklan ade. Aku keluar awal, tak dengar pun 2 brief terakhir, on communcation dengan biotech. Tak berminat pun. Hehe. Aku pulun abes tanye soklan dekat booth automotive, aerospace dengan mechatronics.

Ntahla. Mechatronics ade belajar circuit, electronics, programming, semua, tak suke ar. Isk. Kalo takde bende tu semua memang aku dah amek mechatronics arh. It will be my third choice. First and second choice? Uuuu.. Ape lagi. Majors dari mechanical department ah - aerospace and automotive. Dengar breifing pasal automotive tadi macam best jek. "The only automotive engineering major in malaysia that concentrates on both car engine mechanism and car design." dekat universiti lain takde belajar pasal design kereta ni lecturer tu kate. Briefing pasal aerospace die tunjuk sedutan buletin utama yang ade keluar pasal aerospace uia hari tu, projek buat katebang control nde tah. Ingat lagi abang aku kutuk, "Ape la.. bende ni pun nak keluar tv ke?". Ntah. Aku pun setuju. Katebang control ni boleh dapat kat kedai mainan, RM1000 - RM3000. Dah le projek tu gune enjin dari taiwan, bukan malaysia punya ke, uia punye ke. Bukan nak pertikaikan kebolehan, memang bagus ah die buat benda ni, one of the first steps to get forward in aerospace, tapi tak yah la keluar tv. Student dengan lecturer kat USM buat satelit, takde keluar tv pun? Tapi kan, tulah, kat uia ni, die punye aerospace mostly belajar pasal aeronautic jek - buat kapal terbang. Takde belajar pasal outerspace, takde belajar pasal satelit ke, bulan bintang ke, buat roket ke, space shuttle ke, semua pasal innerspace (ade ke innerspace? hehe). Kurang best lah. Kurang semangat aku nak amek aerospace. Sekarang ni tengah berbelah bahagi. Dah dengar briefing automotive cam best. Dengar kakak yang jage booth tu pun best, semangat gile die promote automotive, macam debator yang mantap mempertahankan isik die. Hehe. Aerospace pun die promote jugak. BOleh dikatekan 2, 3 semester yang pertama lepas majoring, student automotive dengan student aerospace belajar benda yang same. LEpas tu jek baru belajar ikot major, macam automotive - design kete, etc, aerospace - flight theories..

"Kite sebagai engineering students, sebenarnye kene tau pasal semuuaaa engineering field. Tak kesah, pasal automotive ke, electrical ke, material ke, semua kite kene tau. That's why kite kene selalu membace. Then bile kite dah kerje nanti, misalnye awak nanti grad dari automotive, belum tentu lagi awak akan kerja dalam bidang awak. Ntah-ntah awak kerja kat dalam bidang elctrical. MAcam adik dr faris, amek aerospace, tapi kerja dekat motorola. Memang kita ni, engineers boleh kerja kat semua bidang engineering. Kita kene mantap la.. " panjang lebar lagi kakak tu cerita. Kalo aku boleh tulis atas kertas, mau 2,3 helai kot. Banyak benda aku belajar dari kakak tu. Mostly pasal aerospace and automotive ar. Idop Kakak! Hehe.

Ape-ape pun, kalo nak amek mechanical-based majoring, fluid mechanics kene mantapp!!



Malam. Exam calculus II.

"Its very easy.. I just don't have enough time. The questions were very easy!" heni geleng-geleng kepale sambil nengok aku.

"It was very hard.. really. Don't have enough time and the questions are very hard..really" tersengih-sengih sambil geleng kepale sameer cakap kat aku.

Two different impressions. But in the end, both of them will get high marks. Tau dah. Tak yah nak kencing aku la sameer. Macam mase 1st sem ari tu.. ko cakap "My life is going to end.. i did very bad in calculus exam..". Eventually, bile result calculus I keluar, nengok-nengok highest mark - sameer, 99%. HUh. Lagi satu, heni - 90%.

MElayu mane? Harapkan firs sorang jek. Aku mane? AKu? Hehe. HAri tu sebelum exam calculus, mase management aku berangan.. diaa' yang duduk kat sebelah aku tegur aku, "What are you doing? Concentrate on the lecture! Or are you thinking about calculus?". "Oh.. yes..yes.. I will..". Diaa' pun power jugak. Aduh.. bangun azimin, bangun!

Tapikan.. exam tadi memang susah. Huh. Dah arh. Takmo citer ah!

Khamis, Ogos 18, 2005

Larilah, Lari, Lari

Sejuk. Seronok tidur pagi tadi. Bangun-bangun rasa sejuk segar. Nengok kat luar tingkap, nampak belum terang sangat lagi. "Baru pukul 8 ni agaknye..". Nengok jam kat handphone. "Astaghfirullah...". Dah pukul 10! Tepat pukul 10 pagi! TIlawah pukul 9? Burn. The very 1st class to be tuang this semester! Hoho! Padan la sedap je tidor, bukak-bukak tingkap tengah hujan, tak lebat, tak renyai. Sejuuukk..

Case study management baru je siap malam tadi. Tu pun aku lari balik bilik awal pukul 1.30 pagi tatkala firs tengah menjawab lagi sikit soklan die. Balik awal beri alasan kat firs ngan faried, nak buat dynamic lab report. Buat discussion bukan main lame. Dasat. Esok dah nak hantar. Sape suh buat malam tadi? Huh. Sampai pukul 3 pagi buat. Tu pun tak siap lagi. Tangguh pagi ni kononnya nak sambung buat.

Tapi bangun pukul 10, teringat ada kerja assignment dynamic due hari ni jugak! Aduh! Buat sampai pukul 11.15. 11.20 pergi bilik faried nengok ape cite case management, faried mintak tolong print. 11.30 pergi kelas management. 11.45, bro yusuf dah sampai kelas, firs perasan cover page case study kami tak ikot format yang bro yusuf bagi. Hoho! Cabut kejap..

Larian yang pertama.

Dalam hujan renyai-renyai tu aku dengan firs berlari-lari menuju ITD dengan harapan ade pc kosong dan boleh lah aku bukak Words and betulkan format cover page tuh. Selain dari cuba mengelak titik-titik hujan renyai itu, kami juga cuba mengelak orang-orang yang begitu ramai dan sesak. Sampai ITD, semua pc occupied. Mujur ade husen dekat dalam ITD tu. Pakse husen ketepi seketika. Heh Dah siap, teruskan larian kedua kembali ke kelas.

Larian yang kedua.

Laila SBC sms, nak jumpa dekat oscent nak cakap pasal speakers untuk majoring briefing esok. Farouq> pun nak jumpe, pasal MC breigine esok. Aduh. Nak jumpa pukul 1. Kelas habis pukul 1. Kelas pulak kat ENMS. Nak pegi oscent dekat ENGIN pulak? Ah. Jauhnye! Lari lagi. Kali ni lagi ramai yang perlu aku elak. Baru je minggu lepas aku gelak-gelak nengok fizah lari-lari dah lambat gi kelas, comel jek. Hehe. Tapi hari ni aku lak lari. Due kali lak tu. Jauh lak tu. Huh. Sampai oscent 1.07 (laju aku lari...). Amek nafas sebelum dapat cakap dengan laila dengan farouq dah 2 minit. Hoho!

Farouq tak sehat. Die tolak nak jadik MC esok. Back up MC takde. SUdah.. Sape aku nak suh jadik nih...

Laila bawak berita baik. Lecturers yang scheduled to deliver their briefing semua dah confirm kan, kecuali due orang. Bagus. Baru je aku mintak tolong tengahari semalam, dah setel 6 orang lecturer dah. Tu pun lagi due orang die tak dapat contact, takde kat bilik, tapi dah tinggal notes suh lecturer tu call aku.

Pukul 3.00

Tengah buat lab dynamic. Lemek datang lambat gile. Hampeh. Sambung buat lab report yang aku buat malam tadi. Tula. Sape suh buat lambat! Azimin.. azimin.. Huh. Tapi lemek hanye buat cover page jek. Calculation yang aku mintak tolong buat sikit die tak buat, die pegi buat dynamic assignment die belum siap. Lemek..lemek. Isk. Result lab pun die tak bawak. Bro tutor lab dah warning "Kali ni je saye kasik can.. lain kali takde lambat-lambat hantar laGI..".

Tengah-tengah buat experiment jugak tadi ade call. Nombor tak kenal. "Hello.. Bro zimin?". Foreigner mane pulak la tepon aku nih. Feysal ke nak mintak tolong aku buat Pspice? Suare dah macam suare feysal dah. Aku dah nak gurau-gurau dah dengan caller tuh, sebab aku ingatkan feysal. Mujur die kenalkan diri die. "I am Dr Maizirwan, from biotech deparment...". Aduh. Kelam kabut. Aku yang tengah pengang calculator nak mengire time dalam experiment tu kalut carik kertas yang laila kasik kat aku tengahri tadi pasal lecturer yang nak bagi briefing esok. Hilang. Mane tah aku letak. Layan jek ah. Hentam jek ah bitau bile die boleh bagi briefing. Biotech punye briefing dr maizirwan mintak lambat sikit, die ade hal. "Is 11.30 ok for you, sir?". Setel. Lagi satu lecturer belum confirm.

Masuk kelas dynamic lecture. Aku dah blur. Sape aku nak suh jadik MC esok ni? Pakse acap yang duduk sebelah aku dalam kelas. Mule-mule nak gurau dengan aku, kononnye die memang nak jadik, tapi tanak jadik sebenonye. Tapi akhirnye kene jadik jugak sebab kene pujuk dengan aku. Heh heh. Takpe cap.. experience..

Dah setel lagi satu bende. Tinggal lagi 1 jek. Briefing pasal majoring Manufacturing. Dekat kelas dynamic tu takde line. Dapat msg dari maxis, ade 5 miss call dari 0320564000. Aduh. Lecturer manu ke yang tepon? Nak call balik gune public.. (crdt dah abes!!! Aaaa..) dah tak dapat. Isk. Blur. Dekat dalam kelas dynamic tadi pun blur. Tak boleh concentrate. Pikir pasal lab report yang tak complete tadi. Pikir pasal speakers esok yang tak confirm lagi sorang. Pikir pasal MC. Koknye acap betul-betul gurau dengan aku, tak jadik nak jadik MC ke. Hoho! Pikir pasal aku pulak yang nak jadik MC untuk KOE open day sabtu ni. Malam ni ade rehearsel. BIle masenye aku nak study calculus? Esok malam dah nak exam. Esok pagi dah de briefing majoring sampai tengahari. Petang esok jek la ade mase. Dengan malam ni. Heh. Dah le tadi rehearsel KOE tunggu kat audi A kan main lame sampai pukul 10 akhirnye cancel. Huh. Study oii!!!!!
naruto
Which Naruto Character Are You?
Test by naruto - kun.com




Heh.. heh.. midterm exam dah dekat.. tapi busy keje banyak.. cemane ni azimin? boleh jadik macam rock lee ke? Yoshhh.. nice!!! (gaye gai-sensei, cekgu rock lee, buat thumbs up dengan tersengih with shinning teeth..) Heh.. heh..

Isnin, Ogos 15, 2005

Tohira Oh Tohira

This conversation between ajim and din took place in ajim's room, today.

"Din, semalam aku pergi main bowling dengan budak-budak STAFF, naik lrt. Aku jumpe jimin doh.. dengan awek die naik lrt.."

"Haa? Awek die? Sape awek die??"

"Ntah.. tinggi.. pakai spek.. puteh-puteh.."

"Huh.. tinggi? spek? puteh? Sape ar..? ... oowh.. Heh. Tu bukan awek die do. Tu dak sekolah aku.. Maryam! Derang baru balik dari KLIA anto member aku agaknye.."



Huh. Malu aku. Masuk-masuk dalam lrt tu jek tengok seat belah kiri, 'Eh..budak UIA..'. Nengok seat belah kanan, 'Eh, ajim pun ade..'. Budak-budak STAFF (kelab fasilitator) tengah nak gi main bowling same-same. Aduh.. aziah pun ade. Die siap tanye, "Sape nih?" pointing to yam, "awek eh? Baju pun same.. sepasang..". I was wearing red. Yam was wearing pink. "Eh, eh, bukan, bukan. Dak sekolah aku die ni, jangan salah paham ye semue.. kami dari KLIA, hantar member sekolah fly.. yeh? Bukan awek yeh?".

Emm.. actually we were from KLIA riding juan's car. But then juan and ahsan got some things to do at LOw Yat, so he dropped me and yam at Ampang Putra Stesen. Tu yang masuk-masuk lrt bersame dengan yam nak balik UIA. Heh.

KLIA? Hoho! My second time being there this year only! Last time sending padil. This time sending toyy! The day before that, I don't even think to send her at KLIA. Yela, nak naik ape? Car? Juan nak pegi ke? Mahal wo lagi pun minyak ngan tol. Commuter? Pukul berape aku nak bangun? Pukul 6 pagi? Hehe. Bertuah ar. And so.. the day before I can just read and reply toyy's sms telling her 'selamat jalan!'. The day before too, I kept telling my rummies 'toyy fly esok doh! toyy fly esok! Hoho!'. On that day, in the 'early' morning, after waken up by fizah's sms telling me that she and salmi were on their way to KLIA riding commuter, I kept telling my rummies, 'toyy fly hari ni oii! toyy fly tengahari nii!!'. Maybe (maybe) inspired by my yell, juan confidently said "Jom ar doh kite pergi anto. Selambe. Sempat lagi ni..". Are you kidding me? It was already 10 am and we were just open our eyes! Toyy's flight will be at 1.30 pm. Do we have enough time? I asked juan concerning juan's promise to bring ahsan's CPU to Low Yat to get repaired. "Sempat.. sempat.. kite bawak jek ahsan gi klia same, pastu baru kite pegi Low Yat. Boleh ak ahsan?". As usual, ahsan gave no response (no wonder sometimes people call him lembu.. haha!).

So there it went. What it? Haha! It is IT! That damn kancil to KLIA! "Ko ade duet tak jimin? AKu takde duet nih, ade sepuluh inggit jek nih..". "Ade.. ade.." confidently I answered him though I know that in my wallet there was a ten ringgit note together with a couple of one ringgit notes. And then I checked my pocket, fuuh.. ade lagi selai 5 inggit! My RM7 is for the toll fee. RM 10 is for the fuel. There goes all my money. Going to KLIA with zero ringgit. Who can ever imagine?? We could just cling on ahsan who does not have any relation to this journey to KLIA.

It was 11.30 am. Juan confidently did not take the exit to KLIA. "Ade lagi satu kat depan ni..takpe, exit gi KLIA ade banyak" he said. I agree because before this I saw many KLIA exits too. 20 minutes later, there was no exit to KLIA found, not even any exit. What we saw soon after that was a signboard telling us that Seremban is just 5 km ahead!

Another RM 7 was just being wasted for the toll fee. Ahsan!!! Duet!!

We were wasting 40 minutes on that stupid thought of there-are-many-exits-to-KLIA. It was already 12.10 pm. Aku dah pasrah. Tak dapat jumpe toyy ni.. Kalo flight pukol 1.30, mesti die kene cek in kol 12.30 ke, 12 ke. But then, Salmi smsed "Baru jumpe toy, die cek in pukul 1". Yey! Sempat lagi!! Sempat lagi!! Mou sukoshi! Sikit lagi!

We arrived at 12.30 pm. "Tingkat atas sekali kaunter c20 dkt dpn kedai choc mnm" salmi smsed. Haha! This is the best part! We have 30 minutes left, but then we were lost in the parking lot. "Cemane nak pegi terminal ni? Cemane nak lintas pegi seberang??". There is actually one bridge on each parking block that connects to the terminal and it only located on level 2 on each block. 12.40 pm. Just got inside the terminal. "Korang kat mane?" again salmi smsed, risau agaknye, kang tak dapat jumpe kang. Hehe. "Dah nak masuk dah ke toyy nih?" hoho.. 12.50 pm. In front of toyy. There were hairazi, jali, eda, yam, ecot, ezah, suzana, fizah and salmi.


1.20 pm

"Sori ye tak dapat layan sangat korang.. yeh? Belajar rajin-rajin.. Doakan aku selamat dekat sane.." toyy's last word to us guys right before she went down the escalator towards the imagration. Rilek eh ko toyy.. maintain jek. Yam lak yang nangis. Aku lak yang terkebil-kebil (kebil-kebil jeles..) Hehe. Dok borak dengan ayah ko jek. Hehe. Pak cik Karim kate flight ko delay. Ooo.. Padan la ko masuk lambat. Sempat la aku ngan juan yang sampai sesat-sesat ni nengok ko. Heh. Ganbate toji-chan! Usah kau membawak balik pacar-pacar jowo! Bawak lah balik apa yang patut ko bawak balik. Hehe. Jadik lah ko doktor 5 tahun lagi eh? Dr. Tahirah Abd Karim. Peh.. gempaq gile!

Cucuk duit kat ATM. Heh. Pokai! Pokai!

3.00 pm
Me and yam, who was with us riding kancil were dropped at Ampang Lrt Stesen. Hujan lebat. Alhamdulillah.. lame dah tak hujan. Jalan-jalan raya dekat Ampang ada yang air naik. Kereta tak boleh jalan. Boleh tahan lebat hujan. Rain that confirmed there will be no more haze! Alhamdulillah. Sebelum ni memang dah clear sikit. Lepas hujan ni memang clear habis!

4.45 pm
Alone. Yam pergi PJ jumpe adik die. Teman die tadi naik sampai KL Sentral. Arrived at the mahallah. By rapid kl bus I was riding. Lame tak naik rapid kl. Dekat KL Sentral tadi nengok kat Kaunter Putra ramai giler. Malas aku nak tunggu, nak berhimpit-himpit, nak nunggu shuttle kat terminal lagi. Aaah! Naik bas ah! Sejuukk naik bas tadi! Hujan dah teduh sikit, renyai-renyai. Segar betul kene hujan! Cuaca pun ok, nyaman. Sedap jek tarek nafas dalam-dalam. Sampai UIA dah boleh nampak kabus sejuk kat bukit! Yey! Nyaman nyeeee...

Selasa, Ogos 09, 2005

Mawi Dan Jerebu

Seminggu dua ni aku nengok front page paper (i usually do that, don't have time to read those pieces of papers, its enough for me to read front, and back pages of them) banyak muka mawi yang terpapar. Gile dasat mamat ni. Pengaruh kuat betul. Nyanyi.. (mulelah nak komen nih..) takde la sedap sangat. Muke.. boleh tahan lah. Tapi popular. Ade pernah aku bace statement prof universiti mane tah die kate, mawi ni bakat menggugat kepopularan siti nurhaliza. Heh. Kenape ar? Aku punye external HD tu baru 3 ari, dah penuh dengan video-video af3 dah. Hampir semua kot konsert ade dalam tu. Muk dengan zuhdi pinjam HD aku tu, nak transfer data dr laptop zuhdi nak format, tapi akhirnye penuh dengan af3 jek derang donlod kat cc bilal. Nengok dah semua konsert dalam HD tu. Gile dasat mawi nye pengaruh. Every week bukan setakat maintain nombor 1, tapi maintain over than 30% votes. Sebab die budak sekolah agama? Sebab die dulu jadik qari? Nash dengan razak ahmad pun qari jugak. Ade glamour macam nih? Mungkin dieorang lahir bukan pade zaman sms macam mawi rasai sekarang ni. So sms yang naikkan mawi? Or sebab muke die cool? Mate redup? Tomok Newboyz dulu pun remaje-remaje gile-gilekan sampai ade yang pengsan. Orang kate mata die yang redup tu lah yang memukau semua. Tapi tomok takde la macam ni. Agaknye kalo tomok masuk af3 boleh dapat undi sampai 30%? Dengan ade nye felix.. dengan adenye mawi? Mungkin tomok tak dilahirkan pada era sms ni. So? Pasal sms? Sms yang naikkan? Wah. Dasat sms. RM 12.9 juta untuk mawi - tajuk muke depan Metro Ahad. RM 12.9 juta nilai sms abes untuk undi mawi sepanjang 9 minggu die ade dalam af tu. Banyak tak?

Tapikan, mawi, untuk seminggu due ni, dah menguasai muka depan akhbar-akhbar. Kalau orang macam aku ni (yang bace muke depan jek selalu, tak bukak pun paper tuh, bace kat kiosk) memang tatau lah pasal cerita lain. Cerita yang dasat sekarang ni, jerebu (aku tau pun sebab aku sendiri yang experience). Aku perasan jerebu mase pergi pc fair hari sabtu hari tu. Lepas beli belah, pukul 4.30 duduk atas rumput kat taman klcc menunggu juan keluar dari KLConC, terperasan yang bangunan belakang KLCC termasuk KLCC sendiri aku tak clear. Even matahari pun aku boleh pandang direct mase tu, tak silau pun kene lindung jerebu. Isk. Jerebu ke Malaysia sekarang? Balik uia, semakin obvious jerebu menjelma. Bangun subuh selalu bukak tingkap (tingkap menghadap bukit) hirup dalam-dalam udara segar pagi sambil nengok hijau bukit depan bilik. Tapi sekarang da saket hidung nak hirup udara, saket mata nak pandang bukit. Bukit pun dah blur-blur. Baru hari ini, berita utama dekat tv adalah pasal jerebu. Baru hari ini muka depan paper cerita pasal jerebu. Sebelum ni berita jerebu kat belakang-belakang jek. "Aku nak carik berita pasal jerebu takde, yang aku jumpe semua pasal mawi dengan tunang die" acap ngomel kat aku petang tadi kat bridge between E0 dengan E1 tuh. Dari situ biasanya memang nampak jelas bukit depan bilik aku tu, tapi hari ni, bayang-bayang pun payah nak nampak.

"Selambe ah, esok aku pegi kelas aku pakai mask yang dapat mase buat patern making kat workshop last sem. Tapi korang pakai ah sekali, karang aku pakai sorang-sorang, orang kate ape plak.."

Ahad, Ogos 07, 2005

Semalam pergi P*C* F*air. Kali ni PIKOM buat dekat KL Con*vention C*entre, ade dekat sebelah taman KLCC. Pergi pagi, dengan kereta juan. Firs, petet ikot sekali. Besar KLConC ni. Die punye exhibit hall pun besar, jauh lagi besar dari pwtc punye. Pagi tu orang tak berapa ramai. Target nak beli :

  1. External hard disc, 40GB ~ RM 280
  2. Laptop cooler fan ~ RM 60
  3. PCMCIA ~ RM 150

Dasat banyak nak beli. Pagi tu nengok-nengok dulu. Nengok harga. Ceh. Tapi orang dah mula ramai. Semakin bertambah. Dalam kepala dah berangan-angan apa yang nak dibeli. Tengahari. Kami pergi makan dulu kat food court KLCC. Lepas solat di masjid as-syakirin, balik semula ke KLConC. Kali ni, pergi tak nengok-nengok lagi dah. Terus beli apa yang berangan nak beli tadi. Apa yang dibeli:




  1. External HD, Samsung, 40G + HD Casing = RM 270.00
  2. Rechargable MP3 Player + Voice recorder + FM radio = RM 187.50

Cukup RM 457.50, lagi RM2.50 jejak RM 460 - jumlah yang zuhdi pulang kat aku cash 3 ari sebelum tu. (sebelum ni die pinjam RM460 duet aku nak beli henset baru). MP3 player tu memang takde dalam list, terpengaruh ngan petet, die belikan untuk orang, aku tumpang sekali, tu yang ade 50 sen, beli due = RM 375.00. Petang ni juan nak pegi lagi, mungkin nak kirim die beli laptop cooler. Cukuplah. Banyak dah keluar duit..

Jumaat, Ogos 05, 2005

'Kredibiliti Bahasa Melayu Dalam Bidang Kejuruteraan'

Sampai dekat stesen lrt putra pukul 12.30. Amin, zuhdi, ghapur, aku semua dah haus, singgah minum dekat warong kerinchi. Teringat dulu mase dekat matric ada pernah buka puase sekali dekat warong ni, mase baru balik dari midveli. Isk. Lepas minum terus pergi masjid ar-rahman. Sampai-sampai jek hujan lebat turun. Solat Jumaat dekat situ, di masjid yang 40 tahun dulu, ayah solat jumaat tiap-tiap minggu selame due tahun sepanjang ayah belajar dekat maktab lembah pantai. Antik masjid ni. Tapi masjid ni ade di luar pagar um. Tatau lah, mungkin macam masjid di uia-pj, bukan masjid milik universiti..

Lepas solat perut dah berbunyik-bunyik. Terus jalan kaki pergi menghala ke kampus. Lama da tak masuk kampus um ni. Dulu masa dekat matrik selalu joging dengan nazri dalam kampus um ni. Cantik. Indah. Aku suka suasana kampus macam ni. Tatau lah nak describe macam mane suasana tu, tapi.. aku suke. Makan di P*erdana S*iswa. Terima kasih syue yang mencadangkan makan dekat situ. Lepas makan, pukul 3 terus pegi library.




Tunjuk surat approval yang ade sign librarian library uia (mintak pagi tadi sebelum pergi um). Masuk dalam library, tanye dekat kaunter pertanyaan "What topic are you searching for? Maybe you are looking books that are not from this main library. There are 17 branches of the library. If you are searching for engineering, may be you better go to the library at the f*aculty o*f e*ngineering..". Dasat um. Banyak gile library die ade. Tapi kami rase tak perlu ke foe, sebab topik kame adalah macam tajuk posting nih. Mungkin ape yang kami carik ni ade dalam main library nih. Nekad. Carik jek la ape yang ada kat sini...

Orang kat kaunter tadi ajar, macam mane nak carik buku kat semua branch library um. Kalo di uia, kami ade OPAC, sistem carik buku internal. Tapi di um, die ade sistem online internet yang boleh bantu kite carik buku yang boleh terdapat di mana-mana branch library um. Kita boleh search di Pendeta WebPac. Location, available ke tak, semua maklumat pasal buku yang berkaitan akan tertera.. (ceh! promote plak!).

Dalam library um ni nampak sempit. Library uia lagi besar rasenye. Tapi buku-buku kat library uia jarang-jarang, luas, lapang. Kat um ni sempit. Buku die banyaaakk. Sesak. Nak carik buku dekat rak tu pun aku dah pening nengok buku banyak sangat. Ape yang aku pernah nampak kat cite-cite klasik pasal library dekat movies aku nampak secare real depan mate aku ari ni. Banyak gile buku. Orang pun ramai, macam ramainye orang dekat library uia mase nak exam. Tapi buku die memang banyak. Lemas aku dok celah-celah rak buku tu. Aku menjadi jakun. Kaget. Aaargh! Tak boleh terima! Bilangan buku yang paling banyak pernah aku lihat seumo hidup aku. Kami cari di bahagian Bahasa dan Linguistik. Memang tak sia-sia kami datang dari jauh. Banyak maklumat yang kami dapat berkaitan dengan topik kami. Dah memang bidang linguistik pun ade di um. Banyak rujukan ade.

2 jam lebih bergelumang dengan buku-buku. Puas. Yang penting tapi banyak, kami fotokopi. Yang penting tapi sikit kami salin atas kertas. RM 5.45 digune untuk fotokopi (5 sen selai.. banyak ak? hoho!). Kakak yang fotostet tu pun nampak macam bengang je, die nak tutup pukul 5.30, tapi sbb fotostet bahan kami, pukul 5.45 baru selesai sejak pukul 5.15. Sister yang tunggu turn lepas kami nak fotostet hanya dapat perkataan "Tutup.. Tuuutup.." dari kakak fotostet tu. Hehe. Pukul 6 solat di PS. Teruskan perjalan ke stesen universiti. Pukul 8 sampai terminal putra gombak. Orang ramai tak ingat tunggu bas, teksi. Penat! Letih!

Tapi puas. Alhamdulillah, banyak bahan yang dapat dari library um tu. Rasa macam nak pindah um je.. best. Library best. PS (kalo kat uia macam di Central) besar, banyak facilities ade, ade kedai banyak, ade pusat snuker, ade pusat kebudayaan, ade open stage, ade banyak gile arh! Suasana pun aku suke! Tenang, hijau, banyak pokok, luas, lapang, meriah.. Aaaaargh! Bersyukur di mane kite berada azimin! Bersyukur!!

Ahad, Julai 24, 2005

Cak! Cak! Belacak!

Belacak oh belacak. Korang tau ape itu belacak? Belacak itu adelah sebahagian name kumpulan kami mase E*ngine T*aaruf D*ay start semalam abes ari ni dekat El-Azzhar Camp, Banting, diambil sempene name sejenis ikan darat yang hidup kat paya bakau yang banyak terdapat di camp itu. Name betul kumpulan kami, 'Belacak Bleach'. Korang tau ape itu bleach? Bleach bukanlah sejenis pencuci pakaian mahupun pencuci pinggan, tetapi diambil sempene name anime bertajuk yang same yang mengisahkan determination of the death god dalam cite itu. Heh. Pengaruh anime betul budak-budak ni. Isk232. Heh. Tapi akhirnye group ni dikenali sebagai Belacak jek sebab trade mark group ni is 'Cak! Cak! Belacak!' (clap ur hand twice, then imitate that belacak hoping by ur hand). Hehe.

Many things i experienced in this camp. Better still, its been a long time since i join this kinda camp, it gave me a feeling that money can't buy. Haha. Series, lame tak join bende2 cam ni. Walopun penat tapi enjoy. Tak sie-sie amin main suke ati die jek letak name aku kat list yang nak join ari tu. Mule-mule malas gak nak gi. Tapi.. dah de orang bayarkan.. pegi jek la. Hehe.

There were many activities, the ones that i had experineced long ago during school time..nostalgic..nostalgic..Hehe. But this time i experiece it with different people, different from those during school. Dasat nye ektiviti. Ade explorace, punye nak cepat nye, nak menang nye, selambe je aku terjah selut nak carik clue die dengan kasut aku tak bukak. Lepas da dapat clue, berlari dalam selut pasing kat zuhdi, sampai tercabut kasut aku termasuk dalam selut. Susah plak tu nak keluarkan. Brother paye tu kate 'kalo pakai kasut dalam paye ni.. ucaplah 'selamat tinggal kasutku''. Semangat donut betul aku. Mungkin kalo aku masuk explorace betul nye, dengan semangat tu, aku boleh menang, mungkin..mungkin. Hehe. Pastu kene carik ikan belacak 2 ekor or get 10 crabs kat celah-celah bakau tuh. Isk. Da jadik macam croc hunter plak, steve irwin. "Have a look at this! Gorgeous!". Heh. Payah siot nak carik ikan belacak. Group aku yang name 'Belacak' pun takde jumpe sekor. Seb baik die bagi option, either 2 belacak or 10 crabs. Dapatlah ketam spuloh ekor. Eventually, Belacak dapat no 2...

Malam tu lepas ektiviti dengan ENGINIUS, masuk paye. Tengah-tengah malam masuk paye. Seram gak. Tapi ramai-ramai masuk paye cam malam tadi, ade 117 orang masuk, mungkin akan menjadi seronok. Tapi brother paye tu ingatkan, kene series masuk dalam paye ni, malam-malam macam ni, tak boleh bising-bising, mulut kene jage. Last masuk paye mase form 4. Tapi siang-siang. 1st experience masuk paye malam-malam bute. Mencabar btol. Fokus. Fokus tu penting. Nak pijak kat mane, nak imbang badan, komunikasi antara teammates gelap-gelap macam tu. Lepas kuar paye brother paye pun ade kate bende ni nak uji sejauh mane kite fokus. Kuar paye, gi pantai plak, nengok pantai + laut luass.. brother paye tu aja pasang surut air, lampu-lampu kat luat ade merah, biru semua ade maksud - kapal tengah berlabuh ke, pukat tengah tunda ke, ajar pasal nengok bintang, macam mane nakhoda dulu-dulu belayar, banyak gak ilmu aku dapat malam tu. Jalan-jalan tepi pantai gelap-gelap tu, ramai-ramai 117 org, jumpe macam-macam binatang. Brother paye tu da jadik macam steve irwin, selambe je die tangkap ular, ape tah name die, bebise kate die, dalam mase 6 jam lepas kene patuk kite boleh mati. Iskkk... Da lepas jalan-jalan pantai, balik camp, die suh mandi kat sungai ade kat situ, bersihkan diri kat sungai dulu. Daa.. ramai-ramai berkubang dalam sungai kol 2 pagi. Sejuk seh.





"Semua buat muka poyo yeah..."

Padan la name camp ni taaruf day. Ramai lagi aku tak knal dak2 engine 1st year ni. Dalam group aku jek, ade separuh yang aku tak pernah kenal. Barisan belakang, kam, aznita, atiq, munis, baris bawah sikit, ummu aiman, linda, nadiah, basyirah, siti dengan jejake due orang nih.. membentuk Cak! Cak Belacak! Heh heh.


jeti



Merenung jauh di jeti paya.. heh heh..
"Malam tadi aku masuk dalam paya ni ek.."

Jalan2_040



Bertungkus-lumus membuat model straw...

Jalan2_041


Menang due woo adiah no 2!






Pagi tadi buat model gune straw. Cam ampeh jek. Seb baik ade nyanyi-nyanyi pastu. Dapat lagi prize no 2. Hehe. Penat-penat pun, tapi seronok la. Seronok sangat. Rase macam nak join je lagi. Lepas ni ade xpdc gunung senyum, dak ece buat. Tapi clash ngan ibadah camp ogos ni. Takpe.. next time yeah? Hoho!




*pictures are courtesy of nadiah

Jumaat, Julai 22, 2005

Zuhdi.. zuhdi... Ko boleh layan cc lagi eh. Kawan-kawan kedah ko semue gi liqa'. Isk-isk.

Sekarang ni tengah busy yeh semua. Ade jek program. Macam-macam. Yang jadik participant lain. Yang jadik committee lain jugak. Program yang free lain. Begitu juga dengan program yang kene bayo, lain. Heh. Duet aku juga banyak telah mengalir ke arah semua itu. Heh.

RM 10, 17 julai
konsert haluan tsunami dekat matrik pj. Firs jual tiket. Hmm.. aku beli la. Pergi satu kereta ngan din, juan, syahid. Tengah-tengah konsert tu (part mase safwan nyanyi), kami keluar pegi makan kat aroma cafe. Lame tak jumpe kakak-kakak cafe.. kentin b.. isk232. Lepas makan pegi jalan-jalan matrik. Lame tak jalan-jalan malam-malam cam tu kat matrik..science building..khadijah college..umar khatab college..padang..isk232. pastu sambung nengok konsert. Overall, best la, mirwana ngan saujana paling best!

RM 10, 21 julai
forum 'timba mencari perigi vs perigi mencari timba' kat cac. Fizah jual tiket. Hmm.. aku beli la(again!). Pergi satu kereta (ceh!) ngan juan, din, syahid (again!). Panelist ustazah siti nurbahyah, her husband, ustz wan akasyah, waheeda wassini, and the moderator, tv3's ally iskandar. Ade persembahan selingan oleh kumpulan zulfan from insaniah kedah, rast (sorang drpdnye budak klas dynamic aku.. heh) and superb performance by nowseeheart. Again, tengah-tengah program tu jugak, kami keluar dari dewan, amek angin kat luar, nengok-nengok ape ade jual kat booth kat foyer.. (mase tu kumpulan rast tengah nyanyi..). Overall, memang puas hati. Walaupun dah tau mostly tip-tip kawin + bahagia nengok kat tv, tapi seronok jugak ye dengo lagi tips tuh. Antaranye 9K yang perlu wanita cari pada lelaki yang ingin dikahwini, kemahuan, keterampilan, keimanan, kebersihan..tah ape lagi tah. 3F yang perlu ade pade isteri, food (pandai masak), fashion (pandai berhias untuk suami), fun (pandai menghiburkan suami). 4P yang perlu dielakkan, pandang (pandang jantina berlainan berlebihan), pegang, peluk, penzinaan. 3K yang perlu suami ambil perhatian pade isteri, kesihatan, kehormatan, ape tah lagi, rugi tak bawak pen ngan buku, banyak benda best bleh tulis. Hehe.

Cerita macam mane ustaz wan ngurat ustazah.. kat bilik guru.. ustaz gentlemanly tanye ustazah, "nur, nur, saye suke kat awak, awak suke saye tak?". Waah. dasat ustaz. Hehe. Ally plak memang no doubt berjaye hidupkan the mood, lawak selambe, lawak usek-usek waheeda. Banyak lagi.. banyak.. rugi firs ko tak gi.. hehe. Nowseeheart plak mmg superb. Tak pernah lagi nengok live nowseeheart. Suare sebijik macam dalam kaset. Isk232. Rugi tak bawak kamera, banyak gambo best bleh tangkap malam tu. Waheeda, ustazah, ally, seme ade depan mate aku jek mase sesi photograph kat foyer cac.. isk232. Rugi.. rugi..

RM 10, 23, 24 july
Engineering Taaruf Day dekat pantai morib, banting. Zuhdi dengan amin bubuh name aku kat list participant. Zuhdi siap bayarkan dulu untuk aku. Hmmm.. aku pegi la. Pasni ingatkan aku bayo utang 10 inggit tu. Heh. Ni baru balik breifing pasal that program. Esok gerak kol 12 pm. Banyak program best2 kat sane canceled, ganti dengan program yang macam tak best. Heh. Ntah la. Nengok la esok ape cite.

RM 30, 30, 31 july
Dean's List Retreat dekat Tanjung Bidara Beach Resort. Firs ajak. "Aku memang bulan july ni bulan berkelah, bape kali aku berkelah bulan ni..". Hmm.. ye, aku gi. Firs tarik diri. Hmm.. acap, aiman ade. Takpe lah. Aku gi gak. Hehe. Jangan slot best2 kensel macam engine taaruf day dah le...

Emm..

Petang tadi main kayak lagi. Dasat bersemangat waja aku. Turun-turun, tolong angkat kayak. Ramai turun ari ni. Most of them 1st time nak try. Hehe. Ade dalam 20 orang gak kot. Ahsan, nazri, firs, petet seme turun. Kayak ade 6. Gilir-gilir kayak. Aku turun due kali, just can't help with the feeling.. seroonookk sangat kayak!! Hoho! Dah pandai kayak tegak-tegak! Tadi mat, ex-rumet mase 1st sem pun turun kayak. Lumba dengan die! Waaah.. seronok betol.

Next week brother club kayak tu kate ade promotion, free kayak ari isnin, rabu, jumaat. Also, they will be opening memberships to those who are interested. RM 5 semester fee. Dah jadik ahli, boleh main kayak free. Hehe. Yey!

Selasa, Julai 19, 2005

Kayak Oh Kayak

Kayak? Heh.. heh.. Boleh ke azimin berkayak?

Firs memang dah bersemangat waja dah tadi nak berkayak. Selama ni nak kayak asek tak jadik-jadik jek. Terlupe bawak duet. Orang ramai. Dah lambat.

Kali ni memang dah nekad dah. Nak kayak jugak!! Hehe. Sampai-sampai dekat tasek, takde orang pun ade dekat situ. Dengan kayak-kayak skali pun takde. Sorang brother kat situ tanye kami, "Nak kayak ke? Kayak-kayak ni tengah repair. Dieorang tu gi amek kayak lain kat store room dekat stadium tu.. PErgilah tolong dieorang angkat sekali.."

Waah.. 1st time nak kayak. 1st time jugak pegang kayak. Isk232. Tolong budak-budak lain angkat kayak. 1st time angkat kayak. "Berat jugak ek? Larat ke nak angkat sorang-sorang? Tadi brother tu angkat sorang-sorang rilek jek..". Last-last angkat satu kayak berdue ngan firs.

Sampai kat tasek, kayak semua dah occupied. Firs turun dulu. Aku kena tunggu turn. Heh. "1st time ke? Emm.. Takpe, naik jek kayak ni... Sebenarnye kayak jenis ni untuk yang dah expert, kayak ni ringan, senang terbalik. Kalo tak pernah kayak awak kene pakai kayak yang tengah repiar tu, tapi dah takde kan, takpelah, yang penting, kayuh jangan kuat sangat, kayuh sikit-sikit jek.." brother yang suh aku gi tolong angkat kayak tu cakap. Smart brother ni, nampak macam staff, sementara tunggu turn aku, aku dengo die borak-borak ngan sister club kayak tu, asek cite pasal competition, pingat emas, SUKMA. Dasat.. dasat.. Tapi die cakap kayak ni untuk yang dah expert? Kayak ringan? Senang terbalik? Aaaa.. Ngerinyee.. Nengok bentuk kayak-kayak yang ade tu pun aku nengok lain. Bentuk lebih aerodynamic. Ceh. Tapi betul, nampak lebih tirus dari yang bese. Btol la kot untuk yang dah expert, ringan, tirus for speed. Aaaa.. cemane ni? BOleh ke aku kayaakk??

Sorang sister berhenti kayak, turun kat platform tepi tasek. "Ok borther, boleh kayak skarang.." broter staff tu cakap. Aduh... "Cemane ni brother? Saye 1st time kayak..?". "Masuk dalam kayak dulu... nanti saye tunjuk cemane.."

1st time duduk dalam kayak yang ade kat atas air. Isk.. Rase macam ade kat dunia lain. Rase macam terbang atas air. "Jangan gegar kiri kanan, nanti die terbalik.. control..control.. kasik belen..". Mase kayak tu gegar kiri kanan rase ngeri jugak. Karang terbalik, cemane? Berenang tak reti. Nak benafas dalam air tak reti. Tapi.. Menggelabah reti. Panic pun reti jugak. Isk..

"Pedal tu awak pegang luas sikit, pegang jauh antara tangan awak.."

"Haa.. cam tu.. pastu awak kayuh je pelan-pelan.. 1st timer macam awak ni prektis kayuh je, cube kayuh dulu.."

Selama ni aku ingatkan senang jek kayak ni. Heh. Mule-mule tu aku asek buat bulatan jek. Cemane nak jalan lurus ni? Isk.. Aku nengok firs macam dah seronok jek. Actually mule-mule tu aku blom rase seronok. Rase macam unsecure je dok dalam bekas plastik yang narrow, kat tengah-tengah tasek. Isk. Dah le aku fobia berenang. Plak tu dah le aku asek pusing tailing hujung kayak aku jek. Cemane nak lurus kan? Cemane???

"Tatau la nak cakap cemane nak lurus.. ko try jek kayuh kiri kanan.. nanti ko tau la cemane nak luruskan.." firs sebelum ni dah pernah kayak..

Cemane yeh? Kayuh kanan, kayak ke hadapan, tapi kadang-kadang jugak kayak ke kiri - ikot strength kayuhan and depth of the pedal below the water. Takde kuase aku nak pikir bende tu. Aku nak pikir sonok jek kayak!! Hentam jek kayuh! Kadang-kadang tu boleh la jugak kayak ke depan.. lurus.. Tapi da lepas 3, 4 kayuh, kayak da setat ke kiri, ke kanan. Hehe.

Aku orang paling last naik dari tasek. Seronok tak ingat. Rase macam tanak kluo dari kayak pun ade jugak. Hoho! Firs belanje fee, 50 sen.

"Lepas ni nak jadik ahli boleh? Jadik ahli tak payah bayar 50 sen lagi kan kalo nak main? Just baya fee ahli je kan?"

"Ha ah.. fee die skarang 5 inggit. Nak jadik ahli? BOleh, boleh.. waa.. seronok eh tadi kayak? Hehe.. bagus lah kalo nak jadik ahli.. Nanti bile-bile, esok ke, turun lah lagi.."

Waa.. Semangat gile! Hohoho! Jadik ahli Kelab Kayak!!
Murah dan Mahal tetapi Mahal

Went to the dynamic lab this morning and was told there is no lab for this week (as expected actually, but still nak pegi lab gak this morning, nak merasa moto kristar baru lemek hehe). So juan ajak satu bilik and firs breakfast at wangsa maju. "Nasik lemak" he said.

Ah. Payah ah nak cakap omputeh. Kalao tulis dalam english, tak bleh nak make it interesting ar.. (as if it IS interesting in malay.. hehe). Aku bengang nengok blog yang ade dalam list sebelah kiri blog ni seme in english.. aku nak gak english. Haha. Lame tak wat karangan english ar.. lame gile. English pun da 3 taun tak blajo. ISk.

Emm. Beli nasik lemak lauk telo goreng, rendang daging sikit. Harge RM3.50. With the same price, juan amek lauk telo goreng sahaja. Isk. Cemane ni? 3.50 with daging = 3.50 without daging? Hehe. Lantak ah. Rezeki aku kot. Hehe. Dapat lah murah.

Da abes makan, firs hasut aku, "Jom makan lagi 1..". Dasat ko. "Aku dah tak lapo, tapi kalao nak makan lagi bleh jugak," aku cakap. Hehe. Kali ni try lauk ayam kampung goreng plak. Lame tak makan ayam kampung. Isk232. "Saye nasik separuh.." aku hulur pinggan nasik separuh ngan ayam kampung tu kat cashier. "RM5.40" kate die. Errk.. Nasik separuh pun 5.40?? Firs amek lauk same cam aku, tapi nasik penuh. Tanye firs die kene bape inggit, "RM4.70". Errk.. Ko nasik penuh cemane bleh lagi murah dari aku? Dapat mahal lah plak. ISk.

Rezeki firs ke rezeki aku pada nasik daging rendang tadi kene baya balik? Hehehe.

Tapi ape-ape pun, sarapan aku pagi tadi adalah sarapan aku paling mahal, RM 9.90, masuk air teh tarik.

Sabtu, Julai 16, 2005

Juan bawak balik mi siput tadi, dari rumah atok die. Haha! Lame seh tak makan mi siput. Irresistible lak tu mi siput die. Da makan nak lagi. Dah makan nak lagi. Tapi kan, bile buat calculus nye assignment, dah buat nak berenti, dah buat nak berenti. Tak bleh ke, dah buat, nak buat lagi sampai abes ke, tak pun, dah buat, tanak benti ke. Ni tak. Bile dah buat sikit, mesti ade aral yang melintang. Kalo takde pun aral yang melintang, aku sendiri yang akan gi carik aral tu pastu lintangkan depan aku. Heh.

Mun mesti dah fed up nak suh aku study. Tiap-tiap kali suh aku study, aku gi nengok naruto. Aku gi nengok midori. Tak pun aku turun gi cafe, makan lame2, nengok tv kat cafe, borak2 ngan sesape yang aku knal kat cafe. Tapi buat calculus, tak mo plak buat lame2. Da buat soklan 1(a) dah berenti, baring atas katil, berangan2 20 minit, sambung balik buat soklan 1(b) 2 minit, pastu sambung baring balik 20 minit, and so forth...

Nak mintak maap dengan mun pasal tak ikot janji aku nak blaja btol2? Or be sorry to myself? Be sorry to which part of myself? Mintak maap pade perasaan malas aku sebab aku tak bleh menghalang perasaan malas tu? Mintak maap pade perasaan rajin sebab tak boleh mengangkat perasaan tu pade tahap tertinggi? Cantek nye aku bermadah. Huar huar huar..

Malam tadi meeting SBC. Lame, sampai kol 11 baru abes (tu yang takmo buat calculus ak? aral yang melintang.. hehe). Macam-macam bincang, mule-mule meeting dengan kak ju dengan seme SBC 12, 13, 14, cite pasal upcoming events n issues (including isu pasal implementing CACP.. kalo education kite ade CGPA kan? Ni co-curricular pun ade pointer gak, CACP name die. Akan di brief pada SBC14 yang lain insyaAllah tak lame lagi, 25 july ni maybe). Lepas meeting ngan kak ju meeting ngan other SBC14 members plak, discus pasal bile nak buat briefing CACP tu, buat skali dengan briefing pasal majoring untuk 042s and 043s, also briefing pasal SBC14 pade 051s yang baru masuk this sem.

Balik meeting, gi makan ngan aiman. Die tanye aku, "Sbc kite nih, ko agak nak buat website tak?". Idea yang sangat bagus aku cakap. Kalo buat kat tripod ke, yahoogroups ke, bagus jugak, kalo ade ape2 events ke news ke, bleh letak dalam website tu jek. Pastu bleh buat forum ke.. shout out ke.. "Bleh, bleh.." aku cakap. Maybe khair akan buat. Senang jek buat bende alah yahoogroups seme tu kan? Sambutan rasenye...boleh idop kot? Hoho. Em. By the way, ari tu aku ngan farid dah gi ITD tanye pasal wireless internet kat mahallah. Orang kat ITD tu jawab, "Emm..memang ITD da provide internet, cume mahallah jek yang blom configure lagi. Kite masih lagi bincang ngan pihak mahallah, mungkin dalam sebulan due ni adik boleh gune lah internet kat bilik. Mungkin kite akan kene kan bayaran, 20 inggit sebulan ke, tak pasti lagi. Ape-ape pun, kite akan umumkan". Em. Ade dengo jugak 20 inggit tu bayo pakai smart card yang tak lame lagi nak keluo. Dasat tak uia ade smart card? Hoho! Pasni nasuk library kene touch pakai smart card kat entrance, bayo fees pakai smart card, nak cucuk duet kat atm pun bleh pakai smart card uia. Dasat.. dasat. Hehe.

Em. Of all above, calculus tetap aku kene siapkan! Malam ni dah nak gi konsert haluan tsunami kat matrik pj. Esok dah nak kene gi REUNION sekolah. Aaa. Bile lagi nak buat calculus? Hari ini dan hari ini la. Tak pun petang ini. Tak pun sekarang ini. Walau ape pun aral melintang, takkan ku berputus ase dari perjuangan assignment calculus itu! That's my way of ninja! (background music - lagu mase naruto bersemangat nak menang) Ahaha! Ganbate!! Akiramenaide!!

Rabu, Julai 13, 2005

"Hello..I'm Azimin from International Islamic University Malaysia, IIUM. Is this ***** company?"

"Yes.. this is *****.."

"Emm.. We are going to organize 'Engineering Technology Exhibition' this January, next year. So.. emm.. we need some contribution or sponsorship from your kind company. To whom should I talk to, about this matter?"

"Emm. Ok, you can discus with the marketing department.."

"Hello, marketing department..."

"Hello..I'm Azimin from International Islamic University Malaysia, IIUM. We are going to organize 'Engineering Technology Exhibition' this January, next year. So.. emm.. we need some contribution or sponsorship from your kind company.."

"Emm. Ok, this what you can do. What was your name again?"

"Azimin"

"Ok, Azimin, you can send your proposal on your event to me, at this number ********, on my name, ******. Ok?"

"All right then, Thank you very much!"

Heh. Cam tu je mintak? Kak azwa cakap ari tu suh mintak name orang yang patut kontek ngan fax number die semalam. Cukup la kot? Hehe. Aku ingatkan sampai kene explain pasal event tu kat dieorang seme.. Tapi ade gak yang tak best bile ade companye yang cakap, "Sorry, the person in charge is having a meeting..".. or "our gm is on outstation.. you can call back later..". Kalo macam senior-senior kat OSCENT cakap, besenye kalo derang jawab cam tu, companye tu malas nak kasik sponsor. Kak azwa kate, call jek dieorang lagi, cube jek. Em.. esok plak sambung call company-company tuh. Hhmmm.. *sigh*. Bermulelah kembali tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang committee. Isk232...

Isnin, Julai 11, 2005

Quotes Of The First Day


"Manual? Heh. I don't trust manuals. I am an engineer, I do automatic. Manuals are 10 years ago,"

Dr Faris, dean of engineering, when zuhdi was asking for the manual forms at the office

"Heh. Die gak yang buat sistem add subjek manual ni.."

Zuhdi, 2 minutes after taking the manual forms

"Sorry, I can't help you. Its already packed. You know, you have taken UNGS2030 last semester, you should rest for a semester, then continue for UNGS2040 the next semester,"

Dr Abdi Omar Shuriye, UNGS2040 lecturer, when firs, zamani and me asking for his approval to join his UNGS2040 section

"Sorry (again sorry??). The classes have been exceeded 5 students each. Supposedly there should be only 45 students. But now all are having 50 students,"

A female staff, Office of the Economics Department, when Firs and me asking to join their 'Introduction to Economics For Engineering'

"Semue section dah penuh dik.."

A female staff, CELPAD, when Firs and me asking to join EAP class

"Apela korang. Pergi merata tempat kat universiti tapi tak dapat ape. Nengok aku, duduk kat itd jek, da dapat UNGS,"

Faried, berjaye menemukan 3 tempat untuk die, firs ngan aku untuk kelas UNGS2040 pukul 5 petang ni

Alhamdulillah. Ade jugak kelas kosong yang boleh aku masuk akhirnye. Hehe.

Sabtu, Julai 09, 2005

Nak nengok jadual aku sem ni yang baru je aku register tadi?


Printed by 0421737
Sat, 09 Jul 2005 12:29 INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
COURSE REGISTRATION CONFIRMATION SLIP
SESSION 2005/2006, 1

Matric No 0421737 Name MOHD AZIMIN BIN ELIAS
Program ENGIN Level 1


--------------------------------------------------------------------------------

Code Sect Sta-
tus Title Chr Day Time Venue


--------------------------------------------------------------------------------

ECE 1112 1 R OBJECT ORIENTED PROGRAMMING 3 M-W 11.30 - 12.50 PM ENG GAMMA SR 69 E2-1-2

LM 2017 7 R BAHASA MELAYU FOR ENGINEERING 1 M-W 3 - 3.50 PM HSC TR 10 1.43

MEC 1107 4 R DYNAMICS 2 THUR 3.30 - 5.30 PM ENG GAMMA SR 69 E2-1-2

MEC 1107L 1 R DYNAMICS (LAB) TUE 8.30 - 9.50 AM -

MGT 2010 7 R PRINCIPLES AND PRACTICE OF MANAGEMENT 3 T-TH 11.30 - 12.50 AM ECONS ABL LEVEL 1

MTH 1121 4 R ENGINEERING CALCULUS II 3 M-W 10 - 11.20 AM ENG GAMMA SR 68 E2-1-1

TQB 2000M 20 R TILAWAH AL-QURAN II .5 THUR 9 - 9.50 AM ADM TR 14 4.7


--------------------------------------------------------------------------------
12.5
--------------------------------------------------------------------------------




Sem 1, 2005/2006 starts - July 11, 2005
Add/Drop Period (undergraduate) 06 - 10 July 2005
Adjustment(undergraduate) 11 -15 July 2005

Student is required to print a new Confirmation Slip after every change
of course registration.

Khamis, Julai 07, 2005

Ehem. Lame aku tak online. Kat rumah takde internet. Kat rumah jua takde laptop. Laptop aku rosak. BIOS die rosak. "Abes la ko jimin, BIOS die built in dalam motherboard, kalo tuko motherboard, kene kluo ribu-ribu ringgit la ko. Abes la ko.." mule-mule aku tanye juan die jawab cam tu. Ribu-ribu? Baru aku ingat, kan ade warranty lagi. 3 tahun tu warranty. Tapi terpaksa hantar laptop gi shah alam sbb warranty dari kedai kawan angah kat sane. So, kirim pada abang.

Tanye angah baru jap tadi, die kate next week baru bleh siap. Ngaaa!! Lamenye sengsara aku tanpa nyawa ku itu. Isk. Tak pasti jugak samada HDD aku tu kene format ke tak. Kalo kene format, bertambah merana lah aku. Naruto complete dari siri 1 sampai 139 ade dlm HDD tu. Ngaa!!

Kelmarin pergi sekolah. Nak jumpe pengetue nak mintak die sahkan result yang aku nak anto jpa. Tapi die takde. Yang ade cekgu saleha, cekgu bm aku mase form 4. Tibe-tibe aku rindu lak kat die. Isk. "Ye saye tahu azimin.. saye tahu awak nak mintak saye sahkan sijil. Kalo awak takde nak sahkan ape-ape awak memang tak datang jenguk sekolah kan..?" hehe. Betul ape yang beliau cakapkan tu. Borak-borak kjap dengan beliau. Padan ar aku rase rindu, baru aku ingat yang aku memang takde jumpe die though aku da banyak kali gak gi skolah tapi tak jumpe die. Isk232. Cekgu saleha. Best cekgu nih. Cekgu bm yang paling best. Bersifat keibuan pada anak-anak mured die. Jugak mentor aku mase aku masuk forum. Waah. Rindunye. Die sorang jek cekgu bm yang yakin dengan team forum skolah boleh menang juara daerah. Jugak toyy yang masuk pertandingan pidato pade mase yang same. Cekgu lain gembire aku, paat, arul, che ar, aziah shaari masuk final pertandingan forum remaja tahun tu, tapi terdapat sifat terkilan di sebalik wajah gembire itu..

Cekgu saleha sorang jek yang tonton final forum tu. Joining the crowd to give support to the school's team. Adenye cekgu saleha, membuatkan kami begitu yakin berforum. Pujian dihambur dari semue penonton, yang paling memuji, cekgu saleha. Begitu yakin cekgu saleha mengatekan "Kite boleh menang!".

Namun pabila keputusan diumum, persoalan kenape cekgu2 bm yang lain terkilan, sudah terjawab. "Saye tau awak boleh buat, tapi saye dah agak ini seme akan berkesudahan seperti ini. Awak memang takkan menang..". Cekgu saleha yang begitu encouraging, begitu yakin, begitu menyokong, adalah orang yang paling kecewa dan terkilan.
"Kamu semua memang boleh forum, memang real kamu forum, lebih baik dari juara tu. Saye kecewa sangat. Tiap-tiap tahun jadik macam gini. Tiap-tiap tahun sekolah tu menang"

Juaranya adalah forumis dari sekolah sains.

Yang masih mempercayai kami, cekgu saleha. Yang masih lagi encourage kami, cekgu saleha. Waah. Rindu nye aku!

Borak-borak lagi ngan die. Tanye anak die skang kat mane (junior aku). Skang ade kat kolej mara banting, amek medic timur tengah. Dasat anak cekgu eh, aku cakap. Hehe. "Cite la kawan-kawan awak skang ade kat mane.. dieorang takde datang jenguk pun..". Isk232. Ko toyy kene gi skolah! Ke ko nak buat reunion kat skolah ke.. Ko tanak buat ke? Dah nak fly tak lame lagi ni.. (ko nanti naik katebang ke kapal laut jek? hehe). Buat nanti ajak le aku yek..

Emm. Dasat ko toyy.. superficial eh? Mane ko blajo tuh? Isk. Acap ko eh amek gambo tuh? Seme orang kutuk "sape yang tak reti amek gambo nih.. blur.." Haha. Mun, saje je tak letak gambo yang clear. Xmo reveal muke yang jelas, nanti jadik femes. Heh heh. Aziah, ko nak aku tuko lagu ke? lagu naruto nak? hehe. Ibn-azzis, hait, itulah orangnye aziah. ko knal ek dak skolah aku tu? Anonymus, macam aku ckp tadi, takmo reveal gambo muke yang jelas.. hehe. toyy, ye, ye, nenanti la aku letak gambo lain. Aku takde digicam..isk2. far8, aku ade save, aiman ade save, lemek ade save gambo tu.

Em. Selamat kembali ke UIA semua...

Rabu, Jun 29, 2005



Aku dan lemek di kala malam. Depan Research Centre Building, ngadap sungai UIA. Last day duduk uia sebelum esoknye aku balik muo sampai la sekarang nih.. heh.



Gambar orang tu tgh ramming the sand during foundry kat workshop. Heh. Die tak puas hati gambo tak bleh keluar kat blog die. Tatau lah kenape tak boleh ye. Kadang2 boleh, kadang2 tak boleh. Isk.

Baru lepas isik borang scholar JPA. Siap da seme, alhamdulillah.. Tunggu result je yang tatau bile keluar.

Ahad, Jun 19, 2005

Bengang nye aku..

Rabu, Jun 15, 2005

Seorang Welder dan Sekeping Workpiece?

Once upon a time, there lived a welder far, far away in the woods of gombak. Everyday he wakes up in the morning and all he will do is nothing til the end of the day. Though he IS a welder, but he never touches his workpiece. Though he IS a welder, he himself doesn't sure wether he is ready enough to weld his workpiece. He likes to weld workpieces actually, but he doesn't like to grind whenever he do wrong on his welding. Its cliche. Welder is to weld. Not to grind. Why must a welder has to grind? He just has to weld and weld and weld. A welder too has to grind? Ain't that right? It ain't right! So, thats why he never touches his workpiece UNTIL that day comes. When that day has come, he became a hardworker that he worked from am to pm. His whole life of the day was at the workshop. His meal was steels. His drinks was molten weld. His entertainment was grinding. His music was grinding, too...


Takde rupe welder lansung. Ape tah yang aku buat... Malu aku! Ahaha..


Heh.

Abes dah kisah welding. Dah hantar semalam. Takde lagi dah kisah a welder and his workpiece. Exam workshop pun dah lepas. Workshop pun dah tutup hari ni. Tutup! Tutup!!!

Bukak pula kesah, 'an engineer with his transistors'. Tapi dah tutup jugak since lab test hari ni canceled! Takde lab test! Yey! Pastu bukak pulak kesah 'a student with his notes' since exam electronics ari sabtu ni.

Once upon a time, there live a student in the blocks of colleges, far, far away in gombak. Everyday he wakes up in the morning and all he will do is.. is.. is..

Isk.

Lapar. Nak gi makan. Jom makan!

Selasa, Jun 14, 2005

Bile firs, ain, nak miscal nih? Takkan tak bro adanan blom ade lagi? Pergi mane la plak bro adanan ni. Isk.. Dah tatau nak buat ape lagi kat comp lab dah ni. Macam nak memakse aku je gi balik workshop, duduk diam-diam kat situ, tunggu bro adanan baik-baik. Aargh!

Sab baru je datang jenguk aku kat comp lab. Padan ar tadi call aku tanye aku kat mane. Die kasik aku surat utk aku dari dean's office. Ade invitation retreat amende tah kat melake. Invitation, tapi ade fees, 30 inggit. Heh. Tapi kuliyah ade sponsor 55 inggit. 2 hari 1 malam, 30th and 31st july ni. Ni mesti tido resort uia kat melake ni, mestinye ah. Tapi, of all of the above, die bleh letak name aku 'Nur Azimin Elias' pade invitation letter tu. "Aku terperasan name ayah ko, pastu nengok name nur azimin, aku pun amek kan ah, hehe," sab sengih-sengih jek. Aaargh! Tak pernah seh aku diperlakukan sebegini... Kenape Nur? Kenape??

Dahla, malas nak tunggu lagi. Balik je la workshop. Duduk diam-diam, tunggu sampai bro adanan balik. Isk.
Welding Oh Welding!

Semalam satu hari suntuk buat welding. Dari pukul 10 pagi sampai pukul 10.30 malam buat welding (actually, yang lame tu buat grinding). Rase macam nak mati pun ade jugak. Penat giler. Welding asek tak jadik, tu yang kene grind balik welding tu, pastu buat baru. Welding tak penat. In fact, welding ni menyeronokkan. Macam best jek main-main welding tu. Tapi bile weld pada workpiece, tapi tak jadik, time tu yang rase macam malas gile nak grind! Dah ler ramai orang (semua dah berebut nak welding, grinding, nak antar workpiece before due 15 hb nih). Nak tunggu turn pun aku malas.

Tapi akhirnye siap jugak malam tadi! Yey! Nyesal gak tak ikot cakap budak-budak tu. Senang je rupenye yeh buat welding butt-joint? Isk232... tak sampai seminit pun aku buat dah siap. Sekali je grind. Tak cantek lagi welding aku buat tu sebenonye, ade lubang sikit. Tapi dah malas nak grind balik, malas nak welding balik. Malas nak pikir lagi dah! Ni pegi workshop pun semate-mate nak anto workpiece welding dengan report foundry baru siap pagi tadi (patutnye kene anto rabu last week.. hoho!). Technician welding, bro adanan takde pulak aku nak anto workpiece ni. Isk.

Cukup la 1 hari badan aku bau besi. Isk.

Electronics nye paper hari sabtu ni. Tak study ape pun lagi. Esok ade lab test electronics. Lab manual tak usek ape-ape pun lagi. Dah la, petang ni rilek-rilek layan soundtrack naruto (rilek???? ... penat wo workshop semalam.. hehe), malam study ah lab manual. Esok lepas lab test study electronics plak. Ade lagi 3 hari esok! Kalau pulun electronics hari-hari, waaah... tinggi nye cite-cite dan impian. Takpe, takpe, yakin boleh pulun electronics! Ganbate desu ne!! Pulun!!!! Study!!!

Jumaat, Jun 10, 2005

In front of the library, on the way to the mosque this afternoon, juan tak masal tanye aku.

"Jimin, kenape dah lame tak datang perpustakaan?"

Aku terkaget, tapi lepas tu aku paham. So aku pun jawab.

"Tak boleh belajar la..."

"Haha!.. sebijik siot! muke ko ade macam model tu la, hidung die same macam hidung ko.."

"Haha, ko nak cakap yang muke aku ni standard model la ni eh? Hahaha"

"Ha ah, kalo ko pakai tudung mesti rupe ko sebijik cam die... *laugh out loud*"

Haha! Kalo sesape tak nengok iklan Sunsilk yang baru tu lagi.. yang 1st two line tu la quote dalam iklan tu.. (tp 'jimin' tu takde la.. hehe). Iklan tu buat kat uia, dekat library uia. Cerita pasal sorang student pempuan studying at the library and suddenly she realised that there's a boy student studying not far in front of her. Everyday she study in the library, that cute boy will be there at the same place. And then, she reads some book telling about pati limau purut, pastu die balik die pakai syampoo tu. PAstu on the next day she came, mamat tu dah takde kat tempat bese die study. Esok nye pun takde lagi, esok nye lagi pun takde. Last-last, rindu. Pastu satu hari mase nak keluar dari library die ternampak mamat tu, pastu buku terjatuh, pastu mamat tu tolong angkat, pastu jalan same-same. Pastu tu la yang quote yang kat atas ni, "Kenape dah lame tak datang perpustakaan?" awek tu tanye. "Tak boleh belajar la..." mamat tu jawab showing that he also all this time was watching her, not studying in the library. Haha! Background music die lagu 'istimewa'. Best gak la iklan sunsilk kali ni.

ISTIMEWA


Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindah mu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita
Kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa
Teristimewa


Awek model tu lawa, lawa gile, comel nampak die pakai tudung. "Ni mesti dak uia ni.. tapi kenape tak penah jumpe eh muke die kat uia ni?". Balik-balik aku yang jumpe amar. erk.. bape kali dah terjumpe amar bulan nih. Heh. Apparently she's an outsider, not from uia. Mule-mule memang nak jadikkan student uia yang jadi model. Aku kenal pun budak tu, ade dalam friendlist kat friendster. Student laws, batch aku... kot? Tapi mase nak shooting tu, sister sorang ni pegi tunaikan umrah, so derang pun amek orang luar... macam yang juan citer... hehe.

Hehe. Pagi tadi dah jawab 1 paper final dah! Yey! Tinggal lagi 1 paper jerp! Yey! Soklan workshop tadi ade 30 jek, 24 soklan objektif, 6 soklan subjektif. Keluar soklan banyak pasal 1 topik yang aku tak cover, grinding. Apparently bukan aku sorang tak bace grinding, dak-dak ni pun cakap tak bace. Takpe.. takpe.. "Aku tak suke la bincang pasal soklan exam lepas jawab paper. Dah lepas tu lepas la" petet power siot cakap. Heh. Ye la tu petet. 7 hari lagi nak jawab paper electronics plak. Ganbate!! Ganbate datte bayo semue!! Hehe..

p/s - bagus eh skang ni iklan syampoo pun da banyak amek model bertudung. Sunsilk dah due kali. Pantene sekali..
Fuuhhh...Letih2. Registration yg telah berlaku start pukul 9.00 pg td. Aku yg telah pun mengagak komputer akan penuh datang seawal pukul 745 am td bersama Din and Napong. Bila masuk jee GPCL takde orang. Bagus ni. Duduk kat komputer depan terus log on. Aku sedikit cuak coz dlm internet venue utk register kat software lab. Tapi aku datang kat GPCL nie. Sambil menghirup udara segar pagi kat luar lab, tetiba aku nampak Ben datang. "Eh, awal ko farouq". ben menyapa aku. "Tapi kat software lab dah ramai tunggu". Mak aih.. Kalau aku pegi sana td, konfem tak dapat. Aku segera masuk ke dalam lab. Sambil tunggu time register, aku semak dulu jadual. Tak sampai 10 minit lab dah penuh dengan sisters. "Weh kita tiga orang jee brothers". Din gtau aku. Memang betul. Sisters dah penuh. lebih kurang pukul 830, zainal, zu, yazid datang. Pergi ke tempat aku. Aku berasa lega sekali lagi. Kalau tak book awal2 memang aku rasa tak dapat komputer.

Pukul 9.00am. Aku cuba masuk web register. Tak dapat lagi. Relak2. Belum lagi nie. Tetiba jee aku dengar satu lab tu kecoh. "Dah boleh!!. Dah boleh!!". Aku dengar jee terus tekan no matrik dgn pin no. Cuak siot. Aku terus masukkan no course code and section no. Kecoh giler dalam lab. Nak masukkan subjek core kelima-Drawing, tak dapat. "Cannot be allocated". Eh. Apakejadah ini semua. Nak kata section penuh tak jugak. Vacancies byk lg. register subjek lain. Cuba lagi. hampeh tol. Aku bagi laluan pada member aku. Fariz dgn amir masa tu baru sampai.

Pukul 10 pg. Aku still cuba masukkan subjek drawing. Bengang betol. Dah lebih spoloh kali aku cuba. Ada sister sorang tu dia bgtau aku."Core course maksimum 4 je". Laaaa.. Buat lawak betul. Ada ke patut camtue. Dalam buku, subjek first year first sem lebih 4. Apahal tak leh wat lak. Siot. Aku drop electronik. Aku add drawing. "Weh, kita gi wat manual jee laaa add subjek lain. Mana tau boleh", cadang Napong. Aku gi E1 terus masuk opis. Dah ramai rupenyer yg nak add subjek lain. "Sapa yg ada prob dgn add subjek sila tulis nama dgn no matrik". Kakak staff tu jerit kat luar. Aku terus tulis nama dgn subjek yg tak dapat add tue. Lega rasanya. Balik mahallah, makan, pastu balik bilik. Ingat nak stadi EC utk kuiz malam nie. Tapi katil kat sebelah tue memanggil2 aku jee.. Yela2 aku datang. Aku membaringkan badan aku dan terus lelapkan mata. -----------------Letihnyerr register

Khamis, Jun 09, 2005

Atas permintaan ramai (heh heh.. poyo ak?) terpakse lah aku blogging gak sebelum exam nih (exam esok! paper workshop, bacer blog fizah kate die soklan objektif, ade 40. Heh. Baru je tadi borak-borak ngan tun kat workshop, "kalo soklan objektif, best giler ah, kasik 60 soklan dlm mase sejam nak jawab pun bleh!". Haha. Hampeh, tak study ape pun lagi. Bile tah nak study. Tak sentuh langsung pun nota workshop yang aku curik dari usen hari tu. Hehe. Aku tak bayo pun lagi duet notes wokrshop kat ko ek usen, nanti ingatkan aku ah!

Ekceli, once again, aku tgh cabut dari buat workshop ni. Hehe. Still buat milling lagi. Ingatkan tak nak pegi workshop hari ni, tapi pagi tadi juan cam semangat jek nak pegi, aku pun ikot ah die (earlier this morning at 7.30 din dah kejut aku ajak pegi workshop, tapi aku rase cam malas nak pegi, hehe). Sampai-sampai workshop, dah de sorang tgh tunggu turn nak gune milling machine yang nak aku pakai. Aiseh, jadik macam orang takde tujuan aku dalam workshop tu, kejap nengok orang buuat welding, kjap nengok metal forming (ramai plak wat welding hari ni, kalo tak tadi ingat nak buat gak, bile tah aku nak setat weld atas workpiece aku, dah la aku group yang first skali buat welding sem ni, tapi tak siap-siap lagi pun!). Last-last bosan, nunggu, aku suh lutfi miscall kalo die da siap gune machine tuh.

Dah setengah jam dah aku duduk sini.. tak miscal2 pun? Bile aku nak buat? And kalo dah buat, bile aku nak siap? Aduh, sikit jek lagi, semalam aku nak abeskan buat, brother demo tu suh stop "dah pukul 6.20" kate die. Ngaaa.. sikit bebeno jek lagi.

Tak sedap hati ah dok sini lame-lame, karang ade orang potong turn aku plak karang, aku gak yang merane tunggu lame. Nak study electronics lagi, petang ni ade quiz. Isk...