Cari Blog Ini

Khamis, Mac 04, 2004

Semalam aku pening. Asek pening jek aku nih.. ade pape ke? Hahahah. Lepas main game malam semalam aku jatuh pening. Aku cube menghilangkan pening itu dengan menggoreng beberapa keping roti telur, dan memakan kesemua dengan berselera. Memang hilang, tapi lepas makan pening balik. Huh. Kemudian aku cuba pulak untuk tidur awal. Tapi memandangkan aku cuba untuk tidur awal depan tv, jadi usaha aku nampaknya gagal. Eventually aku nengok bola sampai abes kat ch 9. Sebenarnye banyak sangat tido yang buat aku pening.

Esoknya, seperti biasa bangun dah nak dekat tengahari. Seperti biasa gak aku akan terlepas cuaca redup di sebelah pagi, di mana aku sepatutnya sambung ngecat pagar. Aaargh!! Cat pagar mungkin gak buat aku pening. Pening pasal pikir 'bile la nak siap nih...'. Dah masuk 2 minggu dah, tak siap-siap lagi. Payah tol nak nunggu petang yang redup. Pukul 5 lebih baru redup, pastu pukul 6.30 dah kene berhenti, makan, sembahyang. Dah ler payah nak cat pagar tuh, permukaan tak rata, simen kasar. Aaargh! Memberi alasan kah aku? Tapi petang tadi aku tak dapat nak ngecat, hujan. For the 1st time untuk seberapa lama ni, hujan! Hawa panas selama ni berasa reda sikit. Alhamdulillah...

Semalam juan kontek, dia dah belikan tiket balik KL untuk aku, sekali dengan dia ngan kakak dia. Tenkiu. Dah nak balik UIA dah aku. Rasa cuti 3 minggu ni macam lama ada, macam kejap pun ada. Dan yang membuatkan aku pening juga, bila memikirkan result yang akan kuar 8 mac nanti. Cuak, cuak, cuak! Isk... Petang tadi suzie call aku. Dia baru 3 hari start cuti sebulan lebih. Boring dah kata dia. Hahah. Borak-borak. Dia ceritakan detik-detik sukar kat Gombak berbanding detik-detik berfoye kat PJ. Hehe. Selalu menyedarkan aku betapa penting nya asas kat matrik sebelum ke main campus nanti. Sedar tu, sedar la jugak. Tapi perlaksanaan tindakan? Huhu.

Walau bagaimanapun, cerita-cerita semasa jugak agak memeningkan aku, terutamanya kisah pembubaran parlimen dan kisah kempen pilihanraya yang akan diadakan tak lama lagi. Baca paper, cerita tu. Nengok TV ceritu jugak. Pegi pekan kat rumah aku pun sebok tengah kempen. Petang tadi nengok ada program pemeriksaan kesihatan percuma dan pertandingan bayi sihat. Dia buat kat warong. Banyak banner kaler hijau, dah paham dah. Orang ramai seh.

Ah pening. Nak tido arh!

Tiada ulasan: