Cari Blog Ini
Rabu, April 16, 2003
"Tapi Farah, kalau dah dia tu sendiri dah pasif, nak ubat macam mana? Huh? Cuma berserah aja,"
Ya. Pesakit perlu bangun melawan penyakitnya. Bukan hanya berserah semata-mata. Begitu juga dengan pelajar. Perlu bangun melawan kegagalan. Berusaha sedaya mungkin, berdoa dan kemudian baru bertawakkal dan berserah. Itulah cabaran dunia pelajaran yang bakal AKU diami semula. Harap AKU dapat menempuhinya dengan sempurna. InsyaAllah.
Isnin, April 14, 2003
*****:yerp
*****: hmmmmm
*****: aku tgh tunggu email ayah aku actually
*****: tapi takde pon
*****: huh~
AzamKukuh: emel ayah ko?
AzamKukuh: ayah ko kat ne?
*****: baghdad
*****: ko tgk berita?
AzamKukuh: baghdad?
AzamKukuh: ayah ko sape?
AzamKukuh: yg kene culik tu ke?
*****: a'ah
AzamKukuh: uisshh
*****: sedih doh mase mule2 dapat cerite
AzamKukuh: ko tak pnah cite kat aku pun
*****: mak aku nak menggelabah gile
AzamKukuh: sape name ayah ko?
*****: ko tak tanyeeeeeeee
AzamKukuh: yg mane satu?
*****: anuar hashim
*****: nst
AzamKukuh: eeeee....
AzamKukuh: berani ek ayah ko gi
*****: hmmm....die mmg suke camni
*****: tatau ah
*****: tak sangke lak bende camni blaku
AzamKukuh: erm..
*****: cuak gile aku mule2
AzamKukuh: alhamdulillah la ayah ko slamat
AzamKukuh: mmg aar
*****: dah pikir bukan2
AzamKukuh: kalo aku pun
*****: ye la alhamdulilllah
*****: ko tgk berita ke
*****: yg rtm punye mmg full citer
AzamKukuh: oo ek
AzamKukuh: tak
AzamKukuh: die kene culik pun aku tatau bile
AzamKukuh: sesado dah selamat
*****: semalam
AzamKukuh: dah lame ke aar?
*****: semalam..
*****: n smalam gak la aku kuar seronok2 enjoy2....
*****: huh~ teruk tul aku ni
*****: sebab aku mmg taktau pape....
*****: baru siang td dpt brite
AzamKukuh: ooowh...®
*****: tu la....byk press dtg umah aku
*****: call..
AzamKukuh: erm..
AzamKukuh: ayah ko dah lame ke aar gi sane?
*****: 2 weeks ah aku rase
*****: or one week lebey
*****: tak ingat ah
AzamKukuh: ooowh...®
AzamKukuh: so camane mane skang?
AzamKukuh: ade die contact?
*****: kalo tak hari2 contact
*****: email...
*****: tp last 2 days takde
*****: rupenye........huh~
*****: tgk ah nightline tv3 skang
*****: tgk?
AzamKukuh: yela
AzamKukuh: yela
AzamKukuh: aku nengok la ni
AzamKukuh: sat
AzamKukuh: bapak ko cite ke camane die leh kene culik?
*****: die call tadi...
*****: tapi tak clear ah
*****: satellite phone
AzamKukuh: oowwh..
*****: mayb die tgh tekejut
AzamKukuh: ur father is brave.. but should watch his step
AzamKukuh: hahah
AzamKukuh: erm..
*****: tak bley cite pepanjg
AzamKukuh: ape die cite?
AzamKukuh: ape die cite?
*****: tu la.........tatau ah
*****: die kate,,,,sume ok
*****: diorg layan baik
*****: cume diorg salah anggap
AzamKukuh: ooowh...®
AzamKukuh: salah culik ke?
*****: bukan.......
*****: kete yg bapak aku naik, plat syria...
*****: diorg ingat yg naik tu puak fardain
*****: diorg kan berpuak2
*****: n bermusuh
*****: tu la pasalll
*****: terus tembak2 je
*****
10.04.03
Keadaan sesak. Penuh dengan lelaki lengkap berpakaian kemeja, perempuan lengkap berbaju kurung. Terselit jua amoi² yang pakai skirt, ati² yang kasual sahaja. Kelihatan seorang memakai baju kurung biru masuk ke dalam briefing room. Nampak menyendiri. Semasa hendak keluar, dia masih duduk. Dia mengangkat kening dan senyum tanda menegur. "1st batch interview ek?" Dia hanya mengangguk dan tersenyum. AZMIHANA. Sama² tuisyen masa sekolah rendah. Lama tak jumpa dia.
Temuramah dilalui dengan sempurna. Alhamdulillah. Agak lame jugak. Lebih kurang sejam menyatakan pendapat dan berbual. Seronok pulak rasanya. Dengan kehadiran best student MOZAC dalam group AKU, temuramah berlaku rancak. Dapat topic Tourism in Malaysia. Memang pengalaman interview Petronas memberikan keyakinan dan motivasi. Doa dan tawakkal.
Rabu, April 09, 2003
Perang mungkin berlanjutan selama 2 bulan. Tapi dari segi politik, sosial dan ekonomi mungkin mengambil masa lebih daripada 2 tahun untuk pulih. Dan kesan-kesan tersebut berlaku bukan sahaja di bumi Iraq, malah di seluruh dunia. Perang menyusahkan pentadbiran Iraq, menyusahkan rakyat Iraq, menyusahkan negara-negara jiran Iraq, menyusahkan tentera penceroboh sendiri, menyusahkan semua orang. Hentikan peperangan!!
Semoga Allah memberikan kemenangan kepada orang-orang mukmin.
Isnin, April 07, 2003
Hahah! Semalam buat pertama kali seumur hidup aku dah dekat 18 tahun, AKU buat terapi muka kat Ratu Ayu Solo, Bkt Gambir (maju gak tempat tu). Apa? Ingat tu semua untuk perempuan jek ke? Laki pun boleh gak... Lepas buat terapi tu sekali, kakak yang buat muka AKU kasik tah macam² mende untuk sapu², gosok², pada muka. Licin la jugak kulit muka AKU lepas tu. Parut ada lagi la sket².. tu yang kene sapu lagi tah apa² losyen kakak tu kasik.
Tengahari tadi pulak pegi survey KUTKM dekat Ayer Keroh, venue interview JPA hari Khamis nanti. Jauh gak. Lebih kurang sejam 15 minit daripada rumah. Lepas gi survey gi Tesco, shopping, beli towel dengan stokin. Boleh tahan aar murah, macam Tesco² lain. Kat Tesco FANA call, cakap dia dah lulus test kete. Hahah! Suke ko eh.
::Demikianlah sebahagian aktiviti yang dapat AKU lakukan setelah member² AKU semua masuk matrik... AKU tatau ape lagi aar nak buat?::
Ahad, April 06, 2003
16.03.03 (Ahad)
Sedang duduk-duduk di atas buaian di taman permainan TG EMAS, MUAR
10.00 pm
Seronok melihat kanak-kanak bermain girang dekat situ. Ada yang terkekek-kekek ketawa. Walaupun boleh dikatakan dah lewat malam, masih ramai lagi famili bersantai di situ. Ada yang baru datang. Tidak kurang juga remaja dan belia yang datang bersama pasangan masing-masing, tak tahu apa tujuan sebenar mereka. Sambil berpegangan tangan, sepasang remaja menghala ke medan selera berhadapan dengan taman ini.
"Eeee... best la kalau kita dah boleh bawak perempuan jalan-jalan macam mamat tu,"
"Apsal ko ni? Dah berangan awal-awal. Hahah! Rilek ler, kita budak lagi,"
"Budak ke? Kita dah abis sekolah... dah 18 dah taun ni. Dah besar apa,"
"Heh. Kenapa ko kata best buat macam mamat tu?"
"Ntah? Kalau boleh, semua benda best yang orang lain buat aku nak buat jugak. Sebab best la aku nak buat, aku nak cuba,"
"Apa lagi benda best yang ko nak cuba?"
"Erm... bawak perempuan jalan-jalan dengan kereta, lepak-lepak dengan member, keluar malam-malam, cuba pesyen-pesyen baju baru. Eeee, best ek? Dah macam orang dewasa,"
"Hahah! Kalau kat KL, biasa jek benda-benda tu,"
"Kenapa aar aku nak sangat buat macam dia orang tuh? Kenapa mesti aku nak tiru?"
"Tu la pasal. Ko kata ko dah besar. Tapi tidak sebenarnya. Sebab budak-budak umur macam kita ni suka tiru macam orang lain, suka nak cuba-cuba, curious. Macam ko, ko nak rasa buat macam mamat tu, best ke tak,"
"Ooo ek? Mungkin gak ek? Remaja kan memang macam gitu. Tapi best la..."
Seorang kanak-kanak terjatuh ketika berlari. Namun dia masih lagi ketawa. Ketawa keriangan bersama rakan-rakannya berebut-rebut buaian. Terpaksa beredar bagi memberi peluang kepada mereka. Puas berbual panjang dengan rakan di atas buaian. Tentang diri, tentang keluarga, tentang remaja, tentang masa depan. Terasa diri ini insaf sejenak pabila berbicara dengan serius sebentar tadi. Perg mendapatkan dua lagi rakan yang sedang duduk berbual juga di tebing sungai berhampiran. Lalu sama-sama duduk, meneruskan perbualan, kali ini, penuh dengan gurauan nakal..
DAIN kini di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
FAZLI dan HEKAL di Kolej Matrikulasi Johor
AKU? Menunggu untuk melanjutkan pelajaran ke UIAM ... insyaAllah...
Jumaat, April 04, 2003
Bilik Guru SMKA Maahad Muar
11.30 am
"You all nanti kalau dah masuk universiti, tak kira la mana-mana universiti pun, nanti jumpa macam-macam orang. Zaman zaya dulu, dalam bilik kuliah pun, kondom bersepah-sepah. Macam benda biase pulak jumpa kondom. They all bukan tak tahu hukum, dia tahu. Students perempuan memang ada pakai tudung. Tapi masa dia orang buat dia bukak la. Lepas buat pakai balik,"
"Isshh, kena jaga la iman kita nanti,"
"Yes, that's right. Anak murid saya ada sorang tu. Laki-laki. Muka die canntik sangat. Lawa. Ada sekali tu dia cerita kat saya, ada kawan laki dia ketuk-ketuk pintu bilik dia. Rupa-rupanya kawan dia tu baru lepas mandi, berkemban. Kawan dia tu masuk, nak peluk, nak cium anak murid saya nih. Bila dah nak kena cium, apa lagi, dia pun tendangg kawan dia tu. Nengok, macam-macam orang,"
"Saya pulak dulu dekat universiti pernah tau satu bilik dengan seorang kawan saya ni. Dia sekarang dah jadik pakar dah kat KL. Dulu, tiap-tiap kali masuk Subuh, dia kejut saya - 'Ain, bangun Ain, dah masuk Subuh,'. Saya pun bangun la. Saya biasa sembahyang dekat surau kan, lebih selsesa sikit la, tapi dia tak ikut walaupun dia yang kejut saya. Malam-malam pun, selalu dia keluar. Bila saya tanya, nak pegi mana? Dia jawab, keluar dengan kawan. Ada sekali tu saya ajak dia pegi surau, dia tak nak. Dia kata dia segan, tak reti sembahyang. Orang-orang yang kat surau tu pulak, bencikan dia, pulaukan dia. Saya pun tanya la dia apa yang dia selau buat malam-malam. Rupanya, dia keluar pegi pub, disco dengan ada satu Tan Sri tu, mabuk-mabuk. So, lepas tu sikit-sikit saya aja la dia sembahyang tu semua. Lama-lama dia boleh la sikit-sikit buat..."
"Kalau you all pegi oversea lagi la. Tak usah cerita. Kalau dengar cerita ada yang tidur dengan perempuan-perempuan Mat Saleh ni, memang selalu. Lagi pun tau la kan, bila musim-musim panas nih, dia orang bila jogging dia orang bukak baju dia orang. Dia orang letak baju dekat bahu jek. Memang dekat sana, kena pandai jaga diri, jaga Iman. Kalau boleh ikut kawan-kawan yang alim-alim sikit ni macam Hazri ni,"
"Apa-apa pun, you all jangan terkejut sangat dengan cultural shock nih, walaupun study dekat universiti dalam Malaysia. Sebab apa saya kata, sebab you all dah 5 tahun sekolah agama, so, you all ni dibela. Diajar jauhkan diri dari menda-menda yang tak baik ni. Jadi, lepas ni, awak akan jumpa satu dunia baru, dunia yang jauh berbeza dengan awak di SMKA ni. Iman kena kuat, diri kena jaga baik-baik, kawan kena pilih betul-betul, belajar sungguh-sungguh,"
::Sebahagian daripada cerita + nasihat seperti yang diceritakan oleh Guru Fizik Terhebat Maahad Muar kepada AKU, MUDNO dan CACING, di hadapan USTH AISHAH dan USTH ZALEHA::
Rabu, April 02, 2003
:::30/03/2003:::
hari ni hari ahad. Dak -dak maahad form 3 ade wat gathering kat Home Fast Food Muar. ini sume rancangan sape aku tak tau, yang penting mende ni dah dirancangkan dari mulut ke mulut. Ape pun aku akan datang bersama-sama ngan Zulfazdli dengan menunggang motosikal barunye yamaha LAGENDA
Sampai kat muar lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Ahahah janji pukul 11.00 tapi aku sampaii lewat sejam.
"Hey cepat laa.. Dah lambat sangat nih".Fazli tetiba bersuara ."Okey aar mulakan" ko jadi pengerusi " Hirzahida menjawab."eii ape pulak. Apasal aku........... dan dot dot dot.
Gathering abis lepas sume abis makan.Pastu Irazi ngan Jali ajak pergi umah Cikgu Rashidah. Apa lagi. Sume pergi termasuk Cacing walaupun dia hanya berlesen "L". Arul pulak bawa motor scooter 125. (heheh sama macam Malin punye)
Assalamualaikum..... Cikgu Shidah.....
--Eh... Masuk -masuk. (yang belum solat tu solat kat umah cikgu shidah) Kat umah cikgu shidah mengabiskan makaroni cikgu shidah(walaupun baru lepas makan kat Home) Pastu budak -budak ni berbual pasal KMJ( Kolej Matrikulasi Johor) . Sape yang dapat lagi . Itu sume diterangkan kat cikgu shidah. Aku pulak tanya pasal diri aku yang tak tentu hala masa tu sebab aku ade cadang gak nak masuk UIA. Setelah bertanya pendapat member -member dan cikgu shidah aku wat keputusan amik matriks.
Tak cukup ngan makan jambu batu , dak-dak ni masuk bilek Najib sambil belajar -belajar menggunakan Laptop cikgu Shidah yang dia dapat Free dari kerajaan (Hak Kerajaan) Pastu solat Asar kat sana dan kemudian balik kerumah masing -masing.
---------------------------------
Dur ... dur ... sreet..... posmen datang. "Eh.. surat dari Uniten" Waaaa aku dapat tawaran pergi sana. Alhamdulillah.
Aku belek -belek surat tu sambil membeca sume yang terkandung dalam surat tu. Isk -Isk datang lagi problem aku. Aku dah cakap nak amik matriks ngan member -member. Datang surat ni . aku dah serba salah. Walau apepun esok aku nak pergi jumpa Cikgu Nor'in. (cikgu fizik terhebat di maahad)
untuk bertanya pendapat dia.
Selasa, April 01, 2003
*****
16.03.03
Perkarangan Dewan Jubli Intan, Batu Pahat
Approximately 10 am
Ketika AKU bersiap nak menangkap gambar, "Aar... Cepat.. Cepat dok belakang die... Ok... Satu... Dua..." Tak pasal² abang RAIHAN yang penyanyi utama tuh nyampuk, "Lapan!!" Heh... Budget lawak la tuh. Hehehehheheheh! Tak sangka pulak aku boleh jumpa RAIHAN masa nak tinjau² education fair yang diadakan dekat sini. Dapat autograph... dapat ambil gambar...(bape banyak ambik.. hahah! jakun betul!) siap dapat bebual mesra lagi... orang tak seberapa ramai.. takde la berebut.
Yang pasal edu fair... banyak juga la gerai yang ada.. but mostly IPTS. Yang IPTA, UM dengan KUiTHO aje. Yang lelain tu, ade KYM, UNITEN, L&G TwinTech dan pelbagai lagi. Jumpa budak² BP kat sane. HAIRAZI, YUSRI, MUDNO. AKU pegi dengan sape? Macam biase la... FAZLI, DAIN, HEKAL. Malam tu tidur rumah DAIN. Kita orang dinner (ceh...) dekat SABAK AUR. Satu tempat dekat² dengan tapak pembinaan jambatan kedua MUAR. 4 orang punya makan.. agak² berape ringgit? RM71.00! Huhu!
*****
20.03.03
Petronas Kiosk, Jalan Sulaiman
Tah pukul bape tah
"20 inggit, pam 4," "Azimin! Heheh, bile mase lak ko pakai proton saga nih?" Eh, sape pulak la yang kenal aku nih. Lor... MALIN rupenye. Borak² kejap dengan die. Hari tu die baru masuk kerja. Saje nak mengisi masa sementare cuti kat MMU. Nampaknye memang die nak stay situ agaknye.. MALIN2... Geram betul aku nengok ko. Macam mane la ko bleh jadik puteh gebu macam cine? Hehe...
*****
24.03.03
Mahkota Parade
Approximately 2.00 pm
"Ko nak makan kat mane?" "Suke hati laa.. aku tak kisah.. ko yang nak belanja.. ikut ko la," Hahah! Masa balik dari KL, nengok PAK UDA balik haji, singgah Melaka. Pegi MP, teringat janji AKU nak belanje FANA.So, msg la die. Kebetulan die memang ade dekat area² banda, tengah jenjalan dengan sepupu die. 1st time woo kuar makan dengan pempuan... Sepupu die lak segan nak join. Dah tu berdue jek. Dah ler colour pakaian lebih kurang same.. sepasang. AKU pakai kemeje merah, FANA pakai baju kurung pink. Macam couple lak rasenye. Heheh. Makan kat KFC. Adela borak² dalam sejam. Pastu jalan dengan die pegi Reject Shop kat dalam MP tuh (tempat die janji nak jumpe balik dengan sepupu die). Pastu balik.. Hahah! 1st timer...
*****
27.03.03
Rumah
10.45 am
Telefon rumah berdering. AKU yang tengah dalam bilik air, baru nak mandi, terkocoh-kocoh mengenakan semule tuala dan terus berkejar mendapatkan telefon. "Zi, telefon," AYAH dah pun mengangkat dulu. "Hello, Azimin yer?" Kedengaran suara manis seorang wanita di hujung talian itu. "Adik dulu ade mohon petronas kan?" tanya wanita itu. Petronas?!
*****
28.03.03
PERMATA, Kajang
12.30 pm
"...About the reccomandation to ban cars entering the city to avoid traffic jams, I think I would say yes. I agree. There are some problems will occur, as our friend here said just now. He said, what if there is an emergency that need someone has to enter the city with their own vehicle, like to the hospital? That's right. But the government could transfer hospital to rural or suburban place..."
Aduh... kene interview dengan Petronas. Mencabar betul. Sebenarnya yang susah tu nak cakap Inggeris. Kene pulak masuk group dengan bebudak elit KL. Giler ah die orang... speaking macam Mat Saleh. Huhu! Tajuk yang AKU kene ringan jek.. pasal traffic jam. Start interview pukul 10 lebih. Tapi aku kene pukul 12.20. Sebelum tuh, pukul 8 ade briefing pasal ESU dengan UTP. Breakfast free, makan kuew tiau. Lunch kene beli. AKU pun tatau makan ape. Hi tea free, makan bee hoon dengan roti letak sosej.
Pegi sembahyang naik kete member, same group dengan aku. Patutnye ade bas yang bawak, tapi group kite orang abes pukul 1.15. Kelam kabut betul mase interview. Time sorang² cakap ok... tapi bile discussion, tak berape ok. Mase dah suntuk. Patutnye 40 minit. Interviewer tu pendekkan kepada 15 minit jek. Aiseh... susah betul nak nyampuk cakap. Nyampuk pun, nyampuk sikit². Kire macam aku ni pengerusi forum aar... tanye² sket.. ulas² sket.. hahah! Ntah la... doa dan tawakkal aje la...
*****
30.03.03
The Store, Muar
3.45 pm
"Aku amek kaler cam ko.. ko amek kaler cam aku nih? Hahah! Terbalik jek," Sibuk memilih dan membeli baju² dan keperluan matrik lain. Walaupun intent tanak masuk, aku pun menyebuk same² membeli baju kemeja. Heheh.
Sebelum tu tengah hari dalam pukul 12 ade gath bebudak form 3 Maahad Muar. Ramai gak aar yang ade. Ada la dalam 30 lebih yang datang. Makan nasik beriani, mi goreng, kuih sikit². Macam² cite aar kuar. CACING dalam dilema nak masuk matrik ke nak UIA. TAHIRA yang best student johor tu dah decide tanak masuk matrik. Die nak tunggu UIA/JPA. HAFIZA ISMAIL pun nak tunggu UIA/JPA. KHAIRIYAH pun same. HUDA pun. Dan ramai lagi pun. Hahah! Tapi kebanyakannya nak masuk matrik ar. HEKAL, DAIN, FAZLI sume nak masuk matrik. Yang pegi interview Petronas... HEKAL, MUDNO, AKU, AKHMAR. Harap² dapat. Hari tu orang Petronas cakap, kalo boleh die nak kuar kan result interview tu sebelum pendaftaran matriks. Doa and tawakkal aje la...
Demikianlah mengikut kronologi beberapa aktiviti dan kejadian yang berlaku sepanjang AKU tak tulis jurnel nih. Sebarang kesilapan harap dimaafkan. Sekian, terima kasih.
p/s: wei mudno! aku nak buat vote baru untuk Jom Undi tuh.. ko ade idea nak soal ape?
Sabtu, Mac 15, 2003
Ahaks,,,,, Kita makan untuk hidup. Betul tak ?.
---
Aku dengo citer keputusan kemasukan ke matrikulasi dah keluar, betul ker?Ntah ler dengo citer jer, Aku try gak cari laman web bahagian kemasukanm matrikulasi tapi tak jumpa-jumpa.Member satu sekolah rendah aku sibuk tanya aku laman web matrik, aku cakap aku tak tau. pastu dia sibuk suruh aku cari kat buku matrik. Ntah hilang kemana buku tu, kulitnye pun aku tak nampak. Last-last aku tak layan member aku tu, dia pun paham aar terus tak message aku. (kuikuikuikui)
Lepas sembahyang jumaat tadi tenghari aku begitu mengantuk . Lantas aku meletakkan buku didepan mata sebagai rukun untuk tidor dengan lebih lena.Buku yang diletakkan tu mestilah buku yang membosankan, barulah lena tidur aku.Bangun tido dah pukul 4.00 pm. Ini dah masa untuk amik adik aku dari sekolah agama. Aiseyman,,,,, Hujan pulak tu. (Its raining heavily) Apo Nak diKato,,,, pandu je keta tu. Bukannya kena hujan pun kat dalam keta. (Sreeeet..... Vrooommm,,,,,,,)Hujan sedikit reda , dan aku pun lega sebab boleh pecut kereta .Ouuhh sampai simpang (signal kiri) kemudian sambung pecut lagi.Tengah-tengah pecut kereta ade budak naik basikal satu hala ngan aku. Budak ni nampak macam nak kekanan.(eiii nak masuk lorong aku ker , takde lah,,,, kate hati kecil aku) 3 meter dekat dengan budak tu (Waaaaahhh) (Tinnnnnn) Hon aku berbunyi . Keadaan tak baik sebab budak tu tak sempat berhenti,, walau hon berbunyi, aku putarkan stering kekanan 180 darjah. (fuyoooooo) (Kena ni...) Roda basikal budak tu hampir mengenai bumper depan kereta aku. Memang nyaris . Masa nak terlanggar aku terpikirkan memang akan berlaga. Tapi nasib baik aku sempat mengelak. Budak tu pun tergamam melihat reaksi aku macam stuntman.Aku tak tau laa ape nak buat kalau aku terlanggar budak tu. Bukannya aku kenal pun budak tu. Terlanggar kang aku jugak dipersalahkan sebab memandu tak berhati-hati. Tapi aku psti budak tu masuk lorong aku tanpa menoleh kebelakang.Walaupun salah budak tu, mak bapak psti menuding jari kearah aku ,(pasti punya) . Tak masal -masal repot balai polis pastu masuk kes mahkamah. Pastu aku bingung mikirkan nak menang kat dalam court bukannya bingung memikirkan kemana tempat aku nak sambung pelajaran. Huh.
Esok hari sabtu . Ade pameran pendidikan dan peluang biasiswa kat Jubli Intan Batu Pahat.Aku tak pasti lagi pergi ke tak. Tapi Cacing ngan Daud kate diorang pergi. Waahh ade geng best skit . Tak le kehulu hilir sorang-sorang. Jimin kate dia pun tak tau nak pergi ke tidak sebab dia kena hadiri kenduri. Pameran tu sekadar pameran je. Bapak aku cakap peluang biasiswa tu cuma untuk kemahiran jer.(Ntah le btul ke tak yang pasti esok aku nak pergi).
[[..Moltress..]]
Khamis, Mac 13, 2003
Jumpe NIZAR dekat Masjid Al-Hikmah, Parit Kadhi mase ceramah pasal Hari Asyura lepas sembahyang Maghrib semalam. Rajin betul die pegi masjid kalo ade occassion2 cenggini. Hari tu jumpe die dekat Masjid Jamek Muar mase Awal Muharam.
Lepas solat Isya', ade jamuan makan bubur asyura. Lepak dengan NIZAR sambil makan. NIZAR pun ape lagi, keluar le macam cerita... "Ko buat ape aar sementare nunggu offer memane nih?" tanye NIZAR yang bersemangat ingin memberitahu ape yang die buat sekarang nih. "Aku sekarang ni tade membuang mase buat perkare yang tak best. Ko tau, aku sekarang ni tengah ngajo!"
Rupe²nye sekarang ni die jadik cikgu sementare dekat SK PARIT BUNGA. Ngajo budak² darjah 2 dengan 3. "Ko ngajo ape NIZAR?" aku yang masih lagi ketawa kehairanan pun bertanye. "Aku ajo bi.." HAH! NIZAR ajar subjek ENGLSIH! Hehehehehe.. die kate die gantikan sementare ade satu cikgu tu beranak selame 2 bulan. Hahahahahaha! Lawak.. lawak. "Kalo ngajo dak² kelas bangang tuh.. aku tak ajo bi pun.. ampeh btol. Nakal gile. Jenis macam BOB pun ade! Hahahahahha! Aku mule aar kuar cite ngarut² suem tuh. Cite ULTRAMAN laaa.. memacam aar. Suker giler dak² tuh. Tapi mase kelas dak² pandai.. senyap giler... hehehehehe.." NIZAR dengan bersemangat nye bercerita.
Errm.. walau ape pun yang dilakukan sementare nunggu offer memane nih.. paling penting mende tu berfaedah aar.. jadik cam NIZAR ke.. tak pun tolong parents ker.. jenjalan ker.. hehehehehe..
Selasa, Mac 11, 2003
Eiyahhh....
ni dah seminggu lebih SPM 2002 dikeluarkan. Kat umah ni tak abis -abis dengan mende yang same jer.
pagi--
bangun pagi sembahyang subuh..Pastu anto adik aku pergi sekolah.Balik anto adik aku pergi sekolah, duk umah le nak wat ape lagi.Kengkadang tu termenung fikirkan pasal kengkawan yang masuk U.Terfikir gak aku kat ner aku akan ditempatkan.huh. Samada matriks/Uniten / ntahler. Manusia merancang Allah menentukannya.Boring boring tu aku main game counter strike. huhu. Show beb. Lawan ngan komputer susah giler. Dahl le mouse aku sengal. Kengkadang tu dah banyak kali tarik pun tak gerak jugak.Isk isk . Tension. Ape lagi nak buat. Nengok kartun aar. boleh tahan aar macam budak-budak. Kartun yang aed macam "Bob the Builder", "Jellabies" dan macam-macam lagi.Terfikir gak aku kekretifan org putih buat kartun dalam bentuk 3D. Isk mancabar minda aku beb. Pelik betul aku . Apsal ler org putih tu boleh buat kartun 3D tu .Yang paling pelik apsal kartun tempatan tak dapat tandingi kartun luar negara aar. Nak kate teknologi kurang canggih tak mungkin aar.Mungkin pengalaman kot. Tapi nak dikatakan ialah kartunnya tak dapat dirasai keberkesanannya oleh penonton .
tengahari
Amik adik aku balik sekolah.Pastu aku tidor kejap dan anto adik aku lagi pergi sekolah agama.Nasib baik sekolahnya tak jauh. Tapi yang problemnya kat sini aku tak dapat jalan -jalan pergi muar kre melaka ker jbaru ker, Isk-nasib.
petang
ape lagi... Nengok tv aar dan main game komputer. Ade le skit skit buka program flash dan photoshop. tapi masih tak reti guna sepenuhnya.Nanti aar
malam
lepas makan nengok tv pastu layan komputer.
itu le rutin aku kat umah. Dari hari ke hari asyik itu jer
"Isk-isk, mana le posmen ni ." aku ternantikan posmen sebab dijangkakan borang Uniten akan sampai pada arini. "Ngantuk aar. Dum-dum tret-tret arrgh" kedengaran bunyi permainan yang adik aku main Counter Strike."mengganggu betul orang nak tido." tetiba" bang nak pergi sekolah ni. nak duit.tanya adik aku bernama Hazim."eh takkan abah tak bagi duit" aku tnya adik aku." takde pun"adik aku jawab. Terus aku capai dompet aku dan amik duit satu ringgit dan dihukurkan kepada dia."baru pukul 12.30 adik perempuan aku(yayah) balik pukul 1.00pm" aku sambung tido lagi. tetiba aku bangun 1.30pm Waaaa aku dah terlambat.Terus aku capai kunci kereta dan keluar sambil menutup pintu. Start kereta dan terus pecut ke sekolah"Vroommm". Nasib baik aar Sekolah tak jauh. Kalau tak nangis adik aku."Sreettt" Sampai sekolah adik aku sorang jer. Heheh kesian dia. Balik sekolah yayah terus bersalin pakaian nak pergi sekolah agama. Eh... aku ternampak sampul surat terlipat disebelah kereta."Aiseh,,,, Borang Uniten dah sampai, laa terlipat ,ape punya posmen mentang -mentang sampul surat ni beso dia lipat pulak. Nasib baik tak rosak isi dalamnya." aku buka sampul surat tu dan baca satu persatu. Hrmm boleh tahan juga yuran dia. RM 6000 beb. maklumle Swasta.Aku bercadang nak masuk Uniten kalau diterima .
moltress
Sabtu, Mac 08, 2003
Bermula dengan ajakan ayam DAIN untuk pergi lepak² kat rumah FAZLI, disertai dengan HEKAL. Tiba di rumah FAZLI, perut pulak terasa lapar. DAIN membebel "asek makan dekat BANDAR MUAR jek, makan tempat lain la pulak. Tepi² jalan ke.. on the way pegi BUKIT GAMBIR.. PAGOH.." Yla DAIN, suka hati la.. So, the journey began, dengan FAZLI tanpa kebenaran orang tuanya untuk keluar rumah, KAMI menyusuri jalan dalam dekat rumah FAZLI meninjau jika ada warong² tepi jalan yang boleh KAMI singgah. Heheh.. last² sampai SG RAMBAI. Tak jumpa jugak warong yang dihajati. Persis krew rakaman JALAN-JALAN CARI MAKAN, KAMI pun meneruskan perjalanan hingga ke BANDAR HILIR.
"Alang² dah sampai sini, jom aah kite gi MP" cadang FAZLI beria² yang dah 3 tahun tak pnah jejak MELAKA. Huhu! akhirnya KAMI lepak di food court kat MP, pekene nasik kandaq. Sedap jugak la, recommended. Boleh datang makan lagi kat situ di mase² hadapan. Sebelom tu jenguk² dekat ruang pameran MP, ade education fair dekat situh. Disertai oleh IPTS. IPTA satu pun tadak. Semasa di gerai pameran UNISEL, AKU dengan yakinnya telah memandang rendah terhadap reputasi universiti industri itu setelah ditanya akan pendapatKU tentang UNISEL oleh akak yang jage kat situh yang bersunggoh² ingin tahu kenape AKU tidak mahu melanjutkan pelajaran di situ. Mungkin kerana keceluparan mulutKU, akak itu dengan tenang menyatakan kepada FAZLI, "Katakan pada kawan awak tuh(AKU), jangan sombong sangat," Walau siapepun akak itu, AKU ingin memohon maaf secare terbuke..
Dalam pada itu, AKU teringatkan kat FANA yang dok kat² MP. AKU msg die dan beritahu aku berada di MP. Kebetulan die juga berada di MP. Dan setelah beberapa rundingan dijalankan melalui handset masing², pertemuan pun diadakan di hadapan KAMDAR. Yang bestnye ialah apabila melihat FANA tertinjau² mencari AKU semase masih lagi berhubung dengan AKU melalui handset. Heheh.. sorry main²kan ko FANA. Apepun FANA adalah chatterz aku yang kedua aku jumpa secara life.
Beginilah hukum dunia, MANUSIA hanya mampu merancang (DAIN bercadang untuk makan di BUKIT GAMBIR) dan hanya ALLAH yang menentukan (akhirnya KAMI makan di food court MP dan di KENNY ROGERS | AKU pulak berkesempatan jumpa FANA in the unexpected journey ke MELAKA)
Khamis, Mac 06, 2003
10.00 -- Pegi sekolah, nak mintak pengetua sahkan borang pengesahan pendapatan. Tapi dia ada mesyuarat, so mintak Pn Pauziah jek. Kat dalam bilik die jumpe HELMI dengan JUAN pun tengah bergelumag dengan kertas² borang OMR dan fotostet² sijil yang beraneka tah pape tah. Memang kecah betul kat dalam bilik guru kanan tuh. Lepas tu temankan JUAN amek sijil die yang belum amek lagi dekat office. Borak² kejap dengan HELMI.
11.00 -- Pegi rumah DAIN. budget nak sambung isi borang OMR yang belum selesai lagi isi. Sampai jek kat rumah die tengah bukak cite SOALNYA SIAPA. Aduh, tak jadik le keje aku.
12.00 -- Lepas jemput mak DAIN daripada sekolah, pegi makan pastu terus pegi post office. Orang tak berapa ramai. Lega sikit la. Kena lak datang satu geng 4 orang --> AKU, HEKAL, DAIN dengan FAZLI, peh.. buat post office macam tempat sendiri. Hahah! Kat situ sambung sempurnakan ape yang belum disempurnakan lagi. Kecah betul, semua orang nengok. Heheheheh! Apa² pun thanks kat korang semua sama² membantu nengok apa² yang silap pada application yang nak kite orang hantar. Termasuk la ada satu akak eh bukan, awek tu tolong gak semakkan. Heheh. Whoever you are, thank you. Walau bagaimanapun, envelope pos ekspress telah pun habis kat post office tuh. Isk, camane nih?
14.15 -- Huhu! Mak No menyelamatkan keadaan! Nasib baik la aunty AKU tu yang keje kat post office Pesta boleh tolong save kan envelope pos ekspress. Kita orang pun pegi sana, dan selesaikan segalanya kat sane. Alhamdulillah... selesai jugak akhirnya. Then, lepak kat rumah AKU. Adala dalam sejam, pastu die orang sume balik.
*harini jugak aku ade buat salah kat orang
-->dengan selambenye terbawak balik JUAN punye borang JPA. naseb baik die sempat teringat. heheh.
-->dengan kecahnye terputuskan HEKAL punye tali gantung² cellphone tuh. huhu.
-->dengan yakinnye aku mempercayai DAIN sampai die punye kete tercalo. isk.
isk.. i felt guilty, sorry y'all...
Semoga kita semua akan dikurniakan ALLAH rezeki yang murah dengan mendapat offer mana-mana IPT dalam negara mahupun luar negara.
Semoga berjaya!
Selasa, Mac 04, 2003
"...walaupun dihalang oleh pembesar-pembesar kaum Quraisy Makkah, Raja Najasyi tetap menerima rombongan hijrah umat Islam ke Habsyah. Ketika menghadap Raja Najasyi, seorang sahabat Rasulullah membacakan potongan ayat suci Al-Quran. Setelah itu janggut Raja Najasyi dibasahi dengan air mata, dan menangis bukan kerana terharu dengan kesengsaraan umat Islam yang diseksa di Makkah, tetapi menangisi akan kebenaran dan keindahan ajaran yang dibawa Rasulullah, ISLAM..."
Petikan daripada syarahan Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu bersempena dengan sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Muar di Masjid Sultan Ibrahim, Muar, 8.00 pm, 03.03.03.
Tahniah kepada Ustaz Ahmad Bin Tunggal, guru pakar subjek Agama Islam di SMKA Maahad Muar yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Darah Muar dan juga peringkat Negeri Johor.
Selamat Menyambut Tahun Baru 1424 Hijrah
Bersama Menghayati Keindahan Islam
Sabtu, Mac 01, 2003
Jumaat, Februari 28, 2003
Al-hamdulliah,,,,, akhirnya berjaya juga aku melepasi tahap tertinggi dalam sekolah menengah iaitu SPM. Sebelum ini aku merasa begitu getir kerana almaklum peperiksaan inilah yang akan menentukan masa depan aku untuk menyambung plajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Walauapapun result aku takle sebaik/secemerlang dengan kawan aku yang lain. Congratulation lah kat kengkawan.Usaha dan tawakal Allah juga yang menentukan.
Ni aku nak citer skit masa aku amik result.
8.00 am -- Waktu ni aku kat umah sebab pagi ini aku ade test kereta ngan motor. masa ni aku agak cuak sebab aku terpaksa menghadapi 2 ujian penting dalam idup aku.Dan aku gak akan mengambil result SPM yang telah aku baja selama ini.
11.30 am -- hehehe lulus beb dua- dua. Aku tau ini hanyalah permulaan sebab result SPM aku belum tentu lagi.
1.30 pm -- aku pergi sekolah .
3.15 pm -- Aku nampak pikre dalam perjalanan balik kerumah.Dia naik keta bapak dia.Sampai je sekolah budak form 5 2002 dah tak kelihatan, tapi aku nampak waja JGL seperti aku mengenali sape punya waja itu. Aku terus naik ke pejabat amik result.Sampai sana masuk pintu pejabat dan aku jumpa kerani .Dia bagi aku result dan aku terus menatap kepingan slip result SPM. Al-Hamdulilah . Keputusan yang tak dijangka pun ade. Walau apepun aku bersyukur kehadrat ilahi atas rahmat yang telah diberikannya.
3.30 pm -- Aku turun dari pejabat dan aku lihat waja tadi itu seperti melambai-melambai aku.(Ouuhh Amin,, Zul . Ade lagi korang kat sini. Aku ingat aku sorang je .) borak -borak hahaha gelak, tahniah , (sambil dikerumuni bebudak form 2 &3 tahun 2003. ) Rupanya Eda ngan Chek Arr serta suzane pun ade.
4.00 pm -- Amin bawak Waja sampai melaka anto chek Arr (makwe ) ke rumah. Aku amik boang JPA dan aku balik umah sambil berangan nak kerja amik kos aper.
--moltress
adeh.. hahah.. penat btol ketawe kat warong blakang skolah tadi.. arol aah.. ngan raje.. siot aah korang.. bleh buat cite ngan teke teki lawak celake.. hahah!
asalnye tadi aku ngan mohsin gi skolah nak mintak sahkan fotostet sijil tu sume.. pastu jumpe raje, arol, udeng, ngan katik..
round2 skolah jap (budget nak gi jumpe pakdin.. die tade lak) pastu ajak le gi warong blakang.. maka start la cite2 dan teke teki yg bangang membuatkan sesiape sahaje akan ketawe tebahak2..
pastu plak dtg nye fikri kecah2 poyo cite die kuar paper ari nih.. (ye aarh.. ye aarh.. aku nak congrats aah kat ko nih..) abes.. begego warong tuh.. hahah!
ingat mase sekolah dulu.. kalo tade cekgu cenggitu le gamaknye yang diperlakukan di setiap kelas mase form 5 terutamenye.. porak perande kelas! dulu siap leh join kelas sebelah.. lagi2 lepas rehat.. selagi cekgu tak masuk.. selagi tu aah tak kuar2.. hahah!
Rabu, Februari 26, 2003
tadi jumpe member-member.. ade yang dapat result best2.. termasuk 2 org best student kat johor.. tahniah! cekgu2 pun nampak suke jek tadi.. heheh. bagus aah..
alhamdulillah dapat result baik gak aar.. result overall skool pun ok.. agak cemerlang.. tahniah kpd calon-calon spm 2002 smka maahad muar! tepuk! tepuk! ahaks~ semoge kejayaan ini akan berterusan lepas masuk ipt nanti.. insyaAllah..