"...dua pemuda berlalu di hadapan Rasulullah yang tercedera setelah diusir keluar daripada kota Taif. Maka dua pemuda itu memberikan bantuan dengan memberi Rasulullah suatu penawar. Sebelum memakannya, Rasulullah pun membaca kalimah Allah 'bismillahirrahmanirrahim'. Dua pemuda itu terpesona lalu bertanya kepada Baginda, "kalimah apakah yang dibacakan itu?" Setelah diterangkan betapa indahnya itu Islam, maka dua orang pemuda itu pun memeluk Islam. Demikianlah mengikut sesetengah riwayat yang menyatakan bahawa ADA yang memeluk ISLAM dalam pendakwahan Rasulullah di Taif walaupun di sana Baginda dicerca dan dibaling dengan batu..."
"...walaupun dihalang oleh pembesar-pembesar kaum Quraisy Makkah, Raja Najasyi tetap menerima rombongan hijrah umat Islam ke Habsyah. Ketika menghadap Raja Najasyi, seorang sahabat Rasulullah membacakan potongan ayat suci Al-Quran. Setelah itu janggut Raja Najasyi dibasahi dengan air mata, dan menangis bukan kerana terharu dengan kesengsaraan umat Islam yang diseksa di Makkah, tetapi menangisi akan kebenaran dan keindahan ajaran yang dibawa Rasulullah, ISLAM..."
Petikan daripada syarahan Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu bersempena dengan sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Muar di Masjid Sultan Ibrahim, Muar, 8.00 pm, 03.03.03.
Tahniah kepada Ustaz Ahmad Bin Tunggal, guru pakar subjek Agama Islam di SMKA Maahad Muar yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Darah Muar dan juga peringkat Negeri Johor.
Selamat Menyambut Tahun Baru 1424 Hijrah
Bersama Menghayati Keindahan Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan