Cari Blog Ini

Rabu, April 09, 2003

Perang di Iraq sudah masuk hari ke-21 hari ini. Dah 3 minggu. Semakin rancak dengan semalam, pihak penceroboh mendakwa Presiden Saddam Hussein telah terbunuh dalam serangan di istana. Tak tau la kenyataan itu benar atau propaganda semata-mata. Semalam terasa kasihan menonton visual kesengsaraan mangsa-mangsa perang di sebuah hospital di Baghdad yang diseludup keluar tanpa ditapis. Jelas kekejaman dan kerakusan tentera-tentera penceroboh.

Perang mungkin berlanjutan selama 2 bulan. Tapi dari segi politik, sosial dan ekonomi mungkin mengambil masa lebih daripada 2 tahun untuk pulih. Dan kesan-kesan tersebut berlaku bukan sahaja di bumi Iraq, malah di seluruh dunia. Perang menyusahkan pentadbiran Iraq, menyusahkan rakyat Iraq, menyusahkan negara-negara jiran Iraq, menyusahkan tentera penceroboh sendiri, menyusahkan semua orang. Hentikan peperangan!!

Semoga Allah memberikan kemenangan kepada orang-orang mukmin.



Tiada ulasan: