03.04.03
Bilik Guru SMKA Maahad Muar
11.30 am
"You all nanti kalau dah masuk universiti, tak kira la mana-mana universiti pun, nanti jumpa macam-macam orang. Zaman zaya dulu, dalam bilik kuliah pun, kondom bersepah-sepah. Macam benda biase pulak jumpa kondom. They all bukan tak tahu hukum, dia tahu. Students perempuan memang ada pakai tudung. Tapi masa dia orang buat dia bukak la. Lepas buat pakai balik,"
"Isshh, kena jaga la iman kita nanti,"
"Yes, that's right. Anak murid saya ada sorang tu. Laki-laki. Muka die canntik sangat. Lawa. Ada sekali tu dia cerita kat saya, ada kawan laki dia ketuk-ketuk pintu bilik dia. Rupa-rupanya kawan dia tu baru lepas mandi, berkemban. Kawan dia tu masuk, nak peluk, nak cium anak murid saya nih. Bila dah nak kena cium, apa lagi, dia pun tendangg kawan dia tu. Nengok, macam-macam orang,"
"Saya pulak dulu dekat universiti pernah tau satu bilik dengan seorang kawan saya ni. Dia sekarang dah jadik pakar dah kat KL. Dulu, tiap-tiap kali masuk Subuh, dia kejut saya - 'Ain, bangun Ain, dah masuk Subuh,'. Saya pun bangun la. Saya biasa sembahyang dekat surau kan, lebih selsesa sikit la, tapi dia tak ikut walaupun dia yang kejut saya. Malam-malam pun, selalu dia keluar. Bila saya tanya, nak pegi mana? Dia jawab, keluar dengan kawan. Ada sekali tu saya ajak dia pegi surau, dia tak nak. Dia kata dia segan, tak reti sembahyang. Orang-orang yang kat surau tu pulak, bencikan dia, pulaukan dia. Saya pun tanya la dia apa yang dia selau buat malam-malam. Rupanya, dia keluar pegi pub, disco dengan ada satu Tan Sri tu, mabuk-mabuk. So, lepas tu sikit-sikit saya aja la dia sembahyang tu semua. Lama-lama dia boleh la sikit-sikit buat..."
"Kalau you all pegi oversea lagi la. Tak usah cerita. Kalau dengar cerita ada yang tidur dengan perempuan-perempuan Mat Saleh ni, memang selalu. Lagi pun tau la kan, bila musim-musim panas nih, dia orang bila jogging dia orang bukak baju dia orang. Dia orang letak baju dekat bahu jek. Memang dekat sana, kena pandai jaga diri, jaga Iman. Kalau boleh ikut kawan-kawan yang alim-alim sikit ni macam Hazri ni,"
"Apa-apa pun, you all jangan terkejut sangat dengan cultural shock nih, walaupun study dekat universiti dalam Malaysia. Sebab apa saya kata, sebab you all dah 5 tahun sekolah agama, so, you all ni dibela. Diajar jauhkan diri dari menda-menda yang tak baik ni. Jadi, lepas ni, awak akan jumpa satu dunia baru, dunia yang jauh berbeza dengan awak di SMKA ni. Iman kena kuat, diri kena jaga baik-baik, kawan kena pilih betul-betul, belajar sungguh-sungguh,"
::Sebahagian daripada cerita + nasihat seperti yang diceritakan oleh Guru Fizik Terhebat Maahad Muar kepada AKU, MUDNO dan CACING, di hadapan USTH AISHAH dan USTH ZALEHA::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan