Semalam hari pendaftaran matrikulasi KPM. Ramai kawan AKU masuk. Tinggal aku dan beberapa sahaja lagi yang nak nunggu UIAM. Waaa.. dah jadik budak kolej ek korang. Huhu! Kejap jek dah masuk kolej. Pastu masuk U. Pastu kerja. Hahah. Dah beso dah masing²...
16.03.03 (Ahad)
Sedang duduk-duduk di atas buaian di taman permainan TG EMAS, MUAR
10.00 pm
Seronok melihat kanak-kanak bermain girang dekat situ. Ada yang terkekek-kekek ketawa. Walaupun boleh dikatakan dah lewat malam, masih ramai lagi famili bersantai di situ. Ada yang baru datang. Tidak kurang juga remaja dan belia yang datang bersama pasangan masing-masing, tak tahu apa tujuan sebenar mereka. Sambil berpegangan tangan, sepasang remaja menghala ke medan selera berhadapan dengan taman ini.
"Eeee... best la kalau kita dah boleh bawak perempuan jalan-jalan macam mamat tu,"
"Apsal ko ni? Dah berangan awal-awal. Hahah! Rilek ler, kita budak lagi,"
"Budak ke? Kita dah abis sekolah... dah 18 dah taun ni. Dah besar apa,"
"Heh. Kenapa ko kata best buat macam mamat tu?"
"Ntah? Kalau boleh, semua benda best yang orang lain buat aku nak buat jugak. Sebab best la aku nak buat, aku nak cuba,"
"Apa lagi benda best yang ko nak cuba?"
"Erm... bawak perempuan jalan-jalan dengan kereta, lepak-lepak dengan member, keluar malam-malam, cuba pesyen-pesyen baju baru. Eeee, best ek? Dah macam orang dewasa,"
"Hahah! Kalau kat KL, biasa jek benda-benda tu,"
"Kenapa aar aku nak sangat buat macam dia orang tuh? Kenapa mesti aku nak tiru?"
"Tu la pasal. Ko kata ko dah besar. Tapi tidak sebenarnya. Sebab budak-budak umur macam kita ni suka tiru macam orang lain, suka nak cuba-cuba, curious. Macam ko, ko nak rasa buat macam mamat tu, best ke tak,"
"Ooo ek? Mungkin gak ek? Remaja kan memang macam gitu. Tapi best la..."
Seorang kanak-kanak terjatuh ketika berlari. Namun dia masih lagi ketawa. Ketawa keriangan bersama rakan-rakannya berebut-rebut buaian. Terpaksa beredar bagi memberi peluang kepada mereka. Puas berbual panjang dengan rakan di atas buaian. Tentang diri, tentang keluarga, tentang remaja, tentang masa depan. Terasa diri ini insaf sejenak pabila berbicara dengan serius sebentar tadi. Perg mendapatkan dua lagi rakan yang sedang duduk berbual juga di tebing sungai berhampiran. Lalu sama-sama duduk, meneruskan perbualan, kali ini, penuh dengan gurauan nakal..
DAIN kini di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
FAZLI dan HEKAL di Kolej Matrikulasi Johor
AKU? Menunggu untuk melanjutkan pelajaran ke UIAM ... insyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan