Cari Blog Ini

Sabtu, Mac 15, 2003



Ahaks,,,,, Kita makan untuk hidup. Betul tak ?.
---

Aku dengo citer keputusan kemasukan ke matrikulasi dah keluar, betul ker?Ntah ler dengo citer jer, Aku try gak cari laman web bahagian kemasukanm matrikulasi tapi tak jumpa-jumpa.Member satu sekolah rendah aku sibuk tanya aku laman web matrik, aku cakap aku tak tau. pastu dia sibuk suruh aku cari kat buku matrik. Ntah hilang kemana buku tu, kulitnye pun aku tak nampak. Last-last aku tak layan member aku tu, dia pun paham aar terus tak message aku. (kuikuikuikui)

Lepas sembahyang jumaat tadi tenghari aku begitu mengantuk . Lantas aku meletakkan buku didepan mata sebagai rukun untuk tidor dengan lebih lena.Buku yang diletakkan tu mestilah buku yang membosankan, barulah lena tidur aku.Bangun tido dah pukul 4.00 pm. Ini dah masa untuk amik adik aku dari sekolah agama. Aiseyman,,,,, Hujan pulak tu. (Its raining heavily) Apo Nak diKato,,,, pandu je keta tu. Bukannya kena hujan pun kat dalam keta. (Sreeeet..... Vrooommm,,,,,,,)Hujan sedikit reda , dan aku pun lega sebab boleh pecut kereta .Ouuhh sampai simpang (signal kiri) kemudian sambung pecut lagi.Tengah-tengah pecut kereta ade budak naik basikal satu hala ngan aku. Budak ni nampak macam nak kekanan.(eiii nak masuk lorong aku ker , takde lah,,,, kate hati kecil aku) 3 meter dekat dengan budak tu (Waaaaahhh) (Tinnnnnn) Hon aku berbunyi . Keadaan tak baik sebab budak tu tak sempat berhenti,, walau hon berbunyi, aku putarkan stering kekanan 180 darjah. (fuyoooooo) (Kena ni...) Roda basikal budak tu hampir mengenai bumper depan kereta aku. Memang nyaris . Masa nak terlanggar aku terpikirkan memang akan berlaga. Tapi nasib baik aku sempat mengelak. Budak tu pun tergamam melihat reaksi aku macam stuntman.Aku tak tau laa ape nak buat kalau aku terlanggar budak tu. Bukannya aku kenal pun budak tu. Terlanggar kang aku jugak dipersalahkan sebab memandu tak berhati-hati. Tapi aku psti budak tu masuk lorong aku tanpa menoleh kebelakang.Walaupun salah budak tu, mak bapak psti menuding jari kearah aku ,(pasti punya) . Tak masal -masal repot balai polis pastu masuk kes mahkamah. Pastu aku bingung mikirkan nak menang kat dalam court bukannya bingung memikirkan kemana tempat aku nak sambung pelajaran. Huh.


Esok hari sabtu . Ade pameran pendidikan dan peluang biasiswa kat Jubli Intan Batu Pahat.Aku tak pasti lagi pergi ke tak. Tapi Cacing ngan Daud kate diorang pergi. Waahh ade geng best skit . Tak le kehulu hilir sorang-sorang. Jimin kate dia pun tak tau nak pergi ke tidak sebab dia kena hadiri kenduri. Pameran tu sekadar pameran je. Bapak aku cakap peluang biasiswa tu cuma untuk kemahiran jer.(Ntah le btul ke tak yang pasti esok aku nak pergi).

[[..Moltress..]]


Tiada ulasan: