Cari Blog Ini

Khamis, Mac 06, 2003

huh... akhirnya hari ni selesai jugak segala urusan nak apply² gi ipt. Memang dua-tiga hari ni memang pening kepala, berserabut memikirkan nak isi borang OMR tu semua. Tapi takpe, tu semua untuk masa depan jugak kan? erm... urusan hari ni tadi bermula seawal pukul 10 lebih...

10.00 -- Pegi sekolah, nak mintak pengetua sahkan borang pengesahan pendapatan. Tapi dia ada mesyuarat, so mintak Pn Pauziah jek. Kat dalam bilik die jumpe HELMI dengan JUAN pun tengah bergelumag dengan kertas² borang OMR dan fotostet² sijil yang beraneka tah pape tah. Memang kecah betul kat dalam bilik guru kanan tuh. Lepas tu temankan JUAN amek sijil die yang belum amek lagi dekat office. Borak² kejap dengan HELMI.

11.00 -- Pegi rumah DAIN. budget nak sambung isi borang OMR yang belum selesai lagi isi. Sampai jek kat rumah die tengah bukak cite SOALNYA SIAPA. Aduh, tak jadik le keje aku.

12.00 -- Lepas jemput mak DAIN daripada sekolah, pegi makan pastu terus pegi post office. Orang tak berapa ramai. Lega sikit la. Kena lak datang satu geng 4 orang --> AKU, HEKAL, DAIN dengan FAZLI, peh.. buat post office macam tempat sendiri. Hahah! Kat situ sambung sempurnakan ape yang belum disempurnakan lagi. Kecah betul, semua orang nengok. Heheheheh! Apa² pun thanks kat korang semua sama² membantu nengok apa² yang silap pada application yang nak kite orang hantar. Termasuk la ada satu akak eh bukan, awek tu tolong gak semakkan. Heheh. Whoever you are, thank you. Walau bagaimanapun, envelope pos ekspress telah pun habis kat post office tuh. Isk, camane nih?

14.15 -- Huhu! Mak No menyelamatkan keadaan! Nasib baik la aunty AKU tu yang keje kat post office Pesta boleh tolong save kan envelope pos ekspress. Kita orang pun pegi sana, dan selesaikan segalanya kat sane. Alhamdulillah... selesai jugak akhirnya. Then, lepak kat rumah AKU. Adala dalam sejam, pastu die orang sume balik.

*harini jugak aku ade buat salah kat orang
-->dengan selambenye terbawak balik JUAN punye borang JPA. naseb baik die sempat teringat. heheh.
-->dengan kecahnye terputuskan HEKAL punye tali gantung² cellphone tuh. huhu.
-->dengan yakinnye aku mempercayai DAIN sampai die punye kete tercalo. isk.
isk.. i felt guilty, sorry y'all...

Semoga kita semua akan dikurniakan ALLAH rezeki yang murah dengan mendapat offer mana-mana IPT dalam negara mahupun luar negara.
Semoga berjaya!



Tiada ulasan: