Cari Blog Ini

Sabtu, Mac 08, 2003

Manusia merancang, Allah menentukan.

Bermula dengan ajakan ayam DAIN untuk pergi lepak² kat rumah FAZLI, disertai dengan HEKAL. Tiba di rumah FAZLI, perut pulak terasa lapar. DAIN membebel "asek makan dekat BANDAR MUAR jek, makan tempat lain la pulak. Tepi² jalan ke.. on the way pegi BUKIT GAMBIR.. PAGOH.." Yla DAIN, suka hati la.. So, the journey began, dengan FAZLI tanpa kebenaran orang tuanya untuk keluar rumah, KAMI menyusuri jalan dalam dekat rumah FAZLI meninjau jika ada warong² tepi jalan yang boleh KAMI singgah. Heheh.. last² sampai SG RAMBAI. Tak jumpa jugak warong yang dihajati. Persis krew rakaman JALAN-JALAN CARI MAKAN, KAMI pun meneruskan perjalanan hingga ke BANDAR HILIR.

"Alang² dah sampai sini, jom aah kite gi MP" cadang FAZLI beria² yang dah 3 tahun tak pnah jejak MELAKA. Huhu! akhirnya KAMI lepak di food court kat MP, pekene nasik kandaq. Sedap jugak la, recommended. Boleh datang makan lagi kat situ di mase² hadapan. Sebelom tu jenguk² dekat ruang pameran MP, ade education fair dekat situh. Disertai oleh IPTS. IPTA satu pun tadak. Semasa di gerai pameran UNISEL, AKU dengan yakinnya telah memandang rendah terhadap reputasi universiti industri itu setelah ditanya akan pendapatKU tentang UNISEL oleh akak yang jage kat situh yang bersunggoh² ingin tahu kenape AKU tidak mahu melanjutkan pelajaran di situ. Mungkin kerana keceluparan mulutKU, akak itu dengan tenang menyatakan kepada FAZLI, "Katakan pada kawan awak tuh(AKU), jangan sombong sangat," Walau siapepun akak itu, AKU ingin memohon maaf secare terbuke..

Dalam pada itu, AKU teringatkan kat FANA yang dok kat² MP. AKU msg die dan beritahu aku berada di MP. Kebetulan die juga berada di MP. Dan setelah beberapa rundingan dijalankan melalui handset masing², pertemuan pun diadakan di hadapan KAMDAR. Yang bestnye ialah apabila melihat FANA tertinjau² mencari AKU semase masih lagi berhubung dengan AKU melalui handset. Heheh.. sorry main²kan ko FANA. Apepun FANA adalah chatterz aku yang kedua aku jumpa secara life.

Beginilah hukum dunia, MANUSIA hanya mampu merancang (DAIN bercadang untuk makan di BUKIT GAMBIR) dan hanya ALLAH yang menentukan (akhirnya KAMI makan di food court MP dan di KENNY ROGERS | AKU pulak berkesempatan jumpa FANA in the unexpected journey ke MELAKA)


Tiada ulasan: