Mukaku dibasahkan dengan suatu cecair menggunakan span. Kemudian mukaku diurut lembut. Di dahi, di sekeliling mata, pipiku, digentel-gentel. Seterusnya, entah apa-apa lagi cecair dan krim disapu ke mukaku yang agak berjeragat. Hampir semua kaedah terapi muka yang pernah kutonton dalam rancangan Nona diperlakukan ke atas mukaku. Termasuklah proses mengewap mukaku. Aduh, terasa panas. Tetapi, demi kulit licin bak kulit bayi, kutahan jua.
Hahah! Semalam buat pertama kali seumur hidup aku dah dekat 18 tahun, AKU buat terapi muka kat Ratu Ayu Solo, Bkt Gambir (maju gak tempat tu). Apa? Ingat tu semua untuk perempuan jek ke? Laki pun boleh gak... Lepas buat terapi tu sekali, kakak yang buat muka AKU kasik tah macam² mende untuk sapu², gosok², pada muka. Licin la jugak kulit muka AKU lepas tu. Parut ada lagi la sket².. tu yang kene sapu lagi tah apa² losyen kakak tu kasik.
Tengahari tadi pulak pegi survey KUTKM dekat Ayer Keroh, venue interview JPA hari Khamis nanti. Jauh gak. Lebih kurang sejam 15 minit daripada rumah. Lepas gi survey gi Tesco, shopping, beli towel dengan stokin. Boleh tahan aar murah, macam Tesco² lain. Kat Tesco FANA call, cakap dia dah lulus test kete. Hahah! Suke ko eh.
::Demikianlah sebahagian aktiviti yang dapat AKU lakukan setelah member² AKU semua masuk matrik... AKU tatau ape lagi aar nak buat?::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan