Cari Blog Ini

Selasa, Mei 03, 2005

Weekend lepas baru jee habis Jati Diri Dan Kecemerlangan Akademik. Aku kene group 88. Takde sorang pun aku kenal. Brothers dlm group tu 4 org jee termasuk aku-Anas budak econs, Jarir budak Laws, dan sorang lagi Haris kalau tak silap aku, budak Ben. Ada laa terselit 2 org budak engine sisters. Tp tak pernah jumpa pun. Fasilitator sister. Rupa2nya asal sama dgn aku-Bentong. Ada lagi 2 org sister dari Bentong jugak. Uishh.. ramai jugak budak Bentong ni. Aku igt aku sorang jee. Seperti biasa, LDK dijalankan. Topik yg kene bincang pasal PM, Globalisasi. Hasil perbincangan aku boleh agak yg mana anti-kerajaan dan pro-kerajaan. Malam lak ade ceramah. Speaker yang dijemput Boleh tahan jugak. Setiausaha politik PM, Pensyarah berpengalaman, Sidek Baba. Tapi aku respect sorang speaker tu. Lupa laa nama dia. Mula-mula masa dia bagi salam nak berucap tu tak ubah seperti baru bangun tido. Tp bila dah cakap, banyak pengalaman rupanya. Dia tahu banyak hal2 dan sejarah pembentukan malaysia yang ada sebahagiannya takde dalam buku teks sejarah.

Malam kedua jati diri- Bicara Siswa. Ramai org bersemangat malam tu. Bukannya semangat nak tengok tapi nak masuk tv. Cehh.. Tp ni first time aku tengok krew2 tv buat preparation utk siaran live. Diorang dah siap semua setengah jam awal. Aku duduk depan sekali. Dah laaa depan aku diorang pasang spotlight. Berair mata aku.. HuHu. Sebenarnya aku tak pernah tengok pun bicara siswa ni. Secara live mahupun secara tak live. Bila tengok jee.. Aku rasa macam tak nak tengok dah. Topik yg dibincangkan malam tu Peranan Media-Menghancurkan atau Membangun .... lebih kurang camtu. Sori laa aku tak igt. Panel yg dijemput presiden MPP UPM dan USM. Pastu timbalan rektor- Dr. Ismawi.

Woi Jimin. Bukan nak ajak aku pun pergi book fair. Sudah arrr.. Nasib baik aku dah pergi minggu lepas. Dan aku jugak berjaya mencari buku yg dikehendaki. Tu laa Jimin. Pergi dgn aku mesti dapat punyer buku ko tu. Aku beli buku Electric Circuit. Dekat RM70 gak. Aku dengar member aku beli buku sama kat jalan TAR. RM60 jee. Hampeh. Kalau aku tau baik aku beli dgn member aku. Bukan book fair namanye kalau harga lagi mahal. Tertipu aku. Pasal Internet atau dipanggil Hotspot(kalau tak silap aku- malam ni asyik lupa je) dah diumumkan oleh Dr Ismawi masa dia bagi ceramah Jati Diri. So, bukan Mahallah faruq jee. Everywhere, anywhere kat UIA ni akan ada. Siapa2 ada labtop tu. Gunakan dgn baik. Pasni Jimin, jgn laa kedekut dgn labtop ko yek. Hehehe.
KL International Bookfair '05? Tatau la same ade aku kuat mengkritik @ mengutuk (aku tak pnah pegi pun bookfair sebelum ni), tapi pesta buku ni takde banyak mane pun buku-buku die. Serupe macam gi MPH bookstore kat midveli jek. Bengang aku tak jumpe buku yang aku carik. Ingat bleh dapat murah beli buku tu kat sini. Rupenye, buku tu pun aku tak nampak. Bengang gile! Terpakse aku beli buku lain untuk mengelakkan kedatangan aku ke book fair itu sia-sia belaka. Dapat la diskaun RM 2.90 bli novel alaf 21.

Weekend baru ni balik muo. Tatau kenape aku nak balik. Agaknye terdengar cite abang nak balik gak, aku pun terase nak balik la kot. Rindu seh kat fariz! Dah bleh bercakap dah die. "Nak.. Nak.. " bile die nampak aku pegang makanan. Hehe. Kiut! Abang die aus pun jejak 4 taun dah 5 may nih. Beso dah seme... isk2.

Last week banyak gune duet. Beli jaket workshop, dak-dak ni pinjam duet aku nak bli jaket gak, keluar duit siap2 nak bli buku kat book fair (akhirnye buat belanja untuk benda lain plak.. heh), topup lagi kononnye nak tanye senior2 pasal buku (tapi tak bli2 gak buku dari depa). Waah..

Esok ingat nak buat overtime workshop. Aku nye project tak buat ape pun lagi. Hari tu mase workshop just practice2 welding jek. Susah gak welding ni, kene lurus, tangan tak bleh gigil-gigil. Kena selalu practice, baru bleh buat welding yang perfect. OT ni pun aku ingat nak main-main ngan welder tu dulu, kasik bese, baru bleh welding project. Hari tu muke aku ngan tangan dah bergelumang dah dengan abuk2 besi mase buat grinding (kene grind besi tu dulu, kasik tegak, baru bleh welding). Rase cam malas nak gi pun ade gak. Tapi kene pergi gak...isk

Ade dengo rumours pasal mahallah al-faroq nak pasang internet wireless bulan may nih. Ade nampak 2,3 orang, chinese, belek-belek laptop kat cafe faroq ri tu, "Derang tengah test internet tu.." lemek kate. Takde dengo cite lanjut lagi..tatau la ape cite. Kalo betul ade... best seh! Hoho!

Khamis, April 28, 2005

Semalam ahsan blanje makan pizza hut. Hehe. Tak sia-sia die lepak bilik aku dari petang sampai malam tak balik-balik layan dvd siri 'taken' (kol 2.30 am baru die balik, tu pun bukan balik sbenonye, die gi nengok bola. Ehem.. chelsea dan liverpool seri 0-0 kat stamford bridge yeh? Kite tengok kat anfield nanti sape bakal ke final! Hoho), dapat gak aku merasa pizza. Malam tu juan kluo dengan awek die gi wangsa maju, dielah yang belikan. Time kaseh ahsan, time kaseh. Aku dah lame tak makan pizza. Hehe.

Adeh. Workshop nye assignment tak siap lagi tak wat ape pun lagi. Bile ntah nak start. Macam banyak je benda yang nak kene wat dalam assignment tu. Esok kene anta dah. "Aku rase lecturer salah cakap la, bukan anta esok ni, ni mesti kene anta minggu depan..." yakin jek firs cakap. Heh. Abes ko tanak buat ke? Hoho! Buat wo.. Banyak kene buat ni, org. chart, layout, tah pape lagi ntah. Electronics plak lom ade buku teks, rase cam janggal jek, tak bleh nak refer mane-mane sebab tak paham sangat mase lecture. Nak tanye lecturer mase kat kelas segan. Huh.

Rabu, April 27, 2005

Almost Famous

"Nampak kurus.."

"Hehe.. time kaseh"

Itulah kate-kate keramat yang paling aku tunggu-tunggu dari mulut orang yang dah lame aku tak jumpatak jumpe aku. Hehe. Jumpe ajis kat library, dulu aku duduk bilik die mase jadik committee taaruf week kat matric. Bilik die cantik, banyak decoration and pastu aku ciplak dienye decoration letak kat bilik aku mase final sem matric. Hehe.

First days short sem ni terasa macam diri ini begitu terkenal jek. Hehe. Mane-mane pergi mesti ade orang tegur. Nak gi kelas setiap sepuluh langkah mesti aku berenti. Ramai siot jumpe dak matric yang baru masuk. Dah le lame tak jumpe. Terase macam meriah sikit sem ni walopun sem ni orang tak ramai.

Ooo.. ko kate ko bosan farouq dok gombak nih? Huh. Aku dulu mule-mule masuk rase macam nak mati jek. Hoho! Keje banyak gile seh! Keluar bilik dari pagi, balik bilik malam, kelas penuh. Pastu malam bukan boleh tido kol 10 pun, kene wat keje menimbun2. Pening kepale pk nak setel problem lagi. Kol 3 baru bleh lelap. Tapi kan, sem ni memang terase macam tak banyak keje ah. (Tatau la mungkin awal lagi kan..) Best la ko masuk gombak mase short sem, tak terkejut sangat. Tapi tadi aku dah dapat assignment dah. Assignment workshop. Suh buat ape tah aku pun tak sure. Yang aku paham kene wat macam introduction booklet pasal workshop, macam cite pasal org. chart, do's and don't's, siap kene lukes workshop ground floor layout lagi plus dengan jenis-jenis machines yang ade beserta dengan no siri machines tuh.

Pergi pwtc? Aku ingat tadi aku nak gi gak, lepas workshop. Balik-balik bilik nengok din tengah layan game, aku pun layan same kejap, tak sedar hari dah hujan. Tanye ahsan (semalam die ajak aku gi pwtc), die kate 'hujan..'. Huh. Terpakse lah aku tido. Hehe. Bile ntah nak gi, esok kelas petang. Luse kelas pagi kejap, pastu sambung balik ptg. Huh.

Nengok.. femes siot aku. anep budak bilik aku kat matric dulu tepon aku baru jap tadi. "Sombong siot ko!" die kate. Ar blah la ko nep, nak buku teks baru nak carik aku! Haha!

Weh farouq, nak gi pwtc tak? Nak gi ajak ah weh!

Boring siot

Boring siot. tu laaa kata-kata aku hampir setiap hari sejak aku duduk sini. Kelas tiap-tiap hari pukul 11 sampai 1. Petang jee tak tau ape bende nak buat. Td kelas komputer. Lecturer ajar balik apa yg telah blajar kat matrik dulu. Ish... Byk mende dah lupa. Bru sebulan tinggalkan mende tu. Dah tak igt. Kene revise balik. tapi takde bahan. Semua rujukan tinggal kat rumah. Nanti ade masa nak balik rumah ambil semua buku.

Baru jee tadi jumpa kak hanani. Dulu dia treasurer Engenius. Dia bg aku notes and exam questions. Lepas jumpa terus pegi cc. Igt nak masuk balik website engine. Tp tak dapat lg. macam mana nak print notes. Ish.. Next week, lecturer dah sound ada quiz. Cepat betul. Buku tak bukak2 lg.

"Wei, ko kat ner?"

"Aku kat pwtc"

"Wat per?"

"Ade book fair"

Hampeh. Abg aku farid gi pwtc. Bukan nak ajak aku pun. Ni kalau tak ajak aku ni mesti pergi dgn teman dia la tu. Tak lain tak bukan kak izzah.. Hehehehe. Siot ko. nak dating pun takkan kat sana. Takpe2. Nasib baik dia tak bawak kereta sekali. Lepas call dia, aku terus ambil kereta. Pergi pusing satu round uia ni.

Isnin, April 25, 2005

What Did I Do?

Bercuti sebulan. Bercuti di rumah. Bercuti dengan TV. Bercuti makan dan tidur. Bercuti dengan angan-angan. Bercuti dengan handphone. Bercuti dengan Satria. Heh.

Sebulan cuti. Nak balik UIA semula rasa sedih jugak walaupun aku sedar duduk rumah selama sebulan tu cukup membosankan. Sedih. Nak tinggalkan rumah. Nak tinggalkan Ayah. Kenapa yeh bosan? Aku takde astro. Bace blog fizah dengan blog nore semua cerita kisah-kisah cuti mereka bersama astro. Isk..isk. Aku jua takde fixed line phone kat rumah, apatah lagi connection internet. Apa-apa aje lah yang boleh aku buat?

TV. Hari-hari aku nengok. Yang paling aku tak miss, Buletin Utama. Mun pun cakap, 'pas ni balik uia ko boleh masuk editorial board, byk sgt tau brite2'. Heh. Keluar berita pasal student aerospace engineering UIA buat controlled aeroplane. Atau nama glamour, 'unmanned aircraft vehicle' or UAV (or something like that). Abang cakap "Katebang control ni bukan ade jual ke? Dah lama commercialized dah pun..". Aku iakan je walopun di suatu sudut hati berputik kebanggaan melihat student UIA created things sampai keluar tv. Mesti gempaq kalo dah keluar tv. Tapi kenapa buat benda yang orang lain dah buat jauh lebih awal? Kenapa? Kenapa UIA aku nengok takde workshop yang besar-besar, macam dekat UTM, UPM yang ade berbelas-belas workshop besar yang boleh muat satu light aircraft setiap satu, yang telah berjaya mencipta peralatan aerospace jauh lebih canggih dari UAV? Yang aku tau UIA ade 2 je workshop. Kenape yeh? Nengok berita Pak lah pergi sane sini. Pergi NZ. Pergi Aussie. Pergi Indon. Pergi China. Semuanya, dalam mase sebulan aku cuti. Best siot jalan-jalan. Lama aku tak jalan-jalan. Kat KL pun dah lama tak jalan-jalan.

No 2 paling tak pernah miss, Wanita Hari Ini (WHI). Banyak isu yang seronok didengar diutarakan dalam talk show ni. Very useful tips and benefits we can obtain. Dua kali keluar watak UIA dalam WHI sepanjang sebulan aku cuti. Melati, world's best oralist dalam pertandingan moot antarabangsa di Washington baru-baru ini jadi pengacara jemputan WHI. Aku dengar Melati ade jugak bagi talk mase taaruf week intake sem 3 04/05 baru-baru ni. UIA dapat tempat kedua dalam moot tu. Ayah cakap "Hah, ape lagi zi, masuk lah kelab debate UIA. Untung-untung boleh pegi wakil mesia..". Hehe. Nengok la, kalo rajin nak ajak zuhdi ke masuk Debate and Public Speaking Club (DPSC). Die ade ajak aku sem lepas, tapi sebab aku tak nak masuk, die pun tak jadik masuk. Masuk DPSC ni kurang-kurang boleh berlatih speaking fluently, bagus gak.. Watak no 2, Wan ape tah name die. Mase tu topik die, 'anak cemerlang'. Juga seorang ahli DPSC, semangat sungguh cerita macam mana die blaja. Heh. Masing-masing ade cara masing-masing yang sesuai dengan masing-masing.

Yang lain, aku nengok banyak lagi rancangan suri rumah, 'ape-ape aje' - asek bincang topik war between sexes, macam 'siapa lagi materialistik - laki/wanita', 'siapa lagi romantik - laki/wanita'. Lepas tu nengok rancangan decoration rumah, just beli-beli dekat yard sale, then bleh decorate rumah ape tah. Heh. nengok 'Sephia'. Dulu mase cuti short sem sebulan dapat nengok separuh je, dah naik final sem matric dah tak ikot pun cerita. Mujurlah ada ulangan, layan jugak. Nengok senario. Nengok puteri. Wah..puteri. Comel siot. Aku suke gile sitcom ni. Memang Aziz M Osman teliti dalam buat kerja dia. Nengok la hasilnya. Sitcom puteri begitu sinis menyampaikan mesej moral dalam lawak yang bersahaja, lagi-lagi Badul. Haha! Klaka siot. Dah le Nora Danish tu comel, suara pun cute and lembut jek. Cair siot. Tak sabar aku nak tunggu second season dia bila tah nak keluar.

DVD tak dilupa. Berpuluh-puluh (jejak ratusan jugak agaknye) duet aku abes beli DVD. Tak sedar, main beli jek, "Nak ni moi.. Nak tu.. Pastu, nak ni plak.. Aaa.. Yang tu nak gak" semua aku angkut. Banyak sampai tak ternengok mase cuti. Siap terlupe lak tu nak bawak gi UIA nengok kat bilik. Huh.

Kalau dah takde kerja sangat, TV tiada rancangan menarik, malas nak nengok DVD, ape lagi yang aku buat selain berangan? Banyak benda aku berangan sepanjang cuti ni. Nengok Pak Lah pergi merata dunia, aku pun tumpang berangan ikot beliau pergi merata dunia gak. Jeles aku nengok Pak Lah. Huh. Tapi beliau ade sebut name UIA mase beliau dekat Sydney. "Kalau die orang (Australians) nak belajar Islam, die orang boleh pegi International Islamic University, UIA," Bangga gile melampau aku. Hoho! Mun selalu cerita die pegi sana-sini jalan-jalan New Zealand, aku pun tumpang gembira and tumpang berangan gi jalan-jalan kat sana gak. Berangan pergi jalan-jalan nengok tempat orang. Sekali lagi, aku jeles. Heh. Nengok konsert Siti dekat London dekat TV1, aku pun berangan pegi masuk dalam Royal Albert Hall jerit-jerit, sorak-sorak nengok Siti nyanyi. Nengok dekat TV, ramai students datang London dari seluruh UK, tunggu-tunggu dekat depan Royal Albert Hall, nak masuk sebelum konsert start. Nengok dieorang tunggu pun aku jeles. Aku nak tunggu cam tu gak depan dewan London tu! Aaaa... teruknye aku, tu pun nak jeles!

Dah hujung-hujung cuti, berangan pasal result plak. Kepala otak tak abes-abes nak jangka berapa aku akan dapat. Kalau ni A, kalau tu A-, dapat ni. Kalau tu A-, kalau ni B+, dapat tu. Bila result keluar, hari tu jugak aku pergi CC dekat Pesta. Bengang aku, server slow gile, agaknye sebab semua students nak cek hari tu jugak. Mintak tolong ramai orang semakkan result aku. Malam tu mun jugak yang beritahu result aku dulu. Tenkiu banyak-banyak! Dah le bukan budak UIA, malu aku mintak tolong ko pulak. Hehe. Alhamdulillah, puas hati dengan result aku. Lebih kurang macam yang berkira-kira dalam kepala mase cuti ni. Heh. Terima kasih kepada lecturers, tutors, classmates, coursemates, tak lupa pada yang telah memberi sumber, kak eeda and bro razep, thanks for the textbooks and notes! Thanks to sis huda too for all her drawing tools that I had borrowed.

Terima kasih jugak fizah yang beritahu aku memalam buta hari tu yang Kuliyyah of Engineering ade bukak lagi 2 section untuk subjek Workshop Technology. Penting tu. Terus aku sebarkan pada yang ade internet kat rumah. Aku mintak tolong firs buat malam tu jugak. Sebarkan berita firs tolong registerkan Workshop pada semua geng. Semua mintak tolong firs, hehe, tenkiu! Tenkiu! Penting tu Workshop. Semua orang nak register Workshop hari tu, sampai geng-geng aku semua tak dapat tempat lagi. Terima kasih jugak sab yang beritahu pasal Workshop jugak.

First day kat main campus

Lega giler lepas taaruf week. Tapi minggu ni ade program lg. Jati Diri. rasa mcm lagi teruk dari matrik. Kalau kat matrik ade leadtrain je. Tp kat maincamp ni mcm2 ada. Last day taaruf mahallah. Kene jadi baiah leader. Nasib baik among brothers je. Aku igt lepas ni tak nak join dah apa2 program. Jaga pointer dulu. Dulu hampir2 kantoi gak masa first sem kat matrik. Kali ni aku nak tanam azam yg kukuh. hehe poyo giler aa..

Masuk kelas pertama aku pagi td. Mula2 masuk. Bau kambing laa kelas tue. dah le aircond takde. Panas lak tu. Sambil tunggu lecturer masuk, budak2 masuk dulu. Ramai aku knal rupenye. Bebudak bola sepak. Pastu ex-roomate aku Syed. laa... muhaimin ade. Nazir..Zain.. Mcm reunion group 38 lak. pastu sisters. Sorang pon aku tak kenal. Time tu lak dah start blaja. Semua nyer basics. baru pukul 12. Lecturer dah bg balik. Best betul. Petang tu balik bilik terus tidur. Bangun je main futsal. Td pegi santap nasi lemak. Lepas tu jalan2 dgn kereta abg aku. Hantar barang pegi bilik jimin. Laptop baru siot. Napong siap main battle field. Pegi makan lg. Huhuhuh. Gemuk aaa aku. Ini laa kehidupan ari pertama aku. Harap esok lebih baik dari ari ni. :)
::Pengumuman::

Sila ambil perhatian, ketika ini ade seorang lagi penulis selain azamkukuh, nama penanya adalah farouq, seorang bekas sebilik di matrikulasi dan kini sama-sama menuntut di kampus utama, gombak. Please take note that every posting may not has been written by azamkukuh. Sila rujuk note kaki pada posting untuk mengetahui siapa penulis posting tersebut. Terima kasih



Baru balik dari tengok bola kat cafe siddiq. Cam bangang jek nengok MU main =P. Tak nengok sangat pun actually, leka berbual dengan new intakes - dak-dak bilik lame kat matric, dak-dak jiran bilik, dak-dak same course, macam-macam cite! Ngantuk! Nak balik tido! Nanti ah cite.

p/s - farouq, ko bilik mane oii!? Aku bilik faroq C4.3. Datang ah. Yang lelain pun, sile la ye, nak notes ke, nak text books ke, hehe. Drawing tools seme dein dah angkut dah. Hoho!

Selasa, April 19, 2005

Mari ke Rumah Din

Mule-mule berangan nak ajak ramai-ramai gi keje kawin umah din ari ahad ari tu, boleh la buat macam mini reunion ke, lame tak jumpe. Memang ajak ramai-ramai pun, tapi last-last mohsin sorang jek yang bleh ikot. Yang lain masing-masing ade hal. Tapi jumpe ramai jugak la kat sane, dak-dak batu pahat, ade la 7, 8 orang kot yang ade, ustat, daud, ijoy, wak jer, jimik, lokman, zul. Seme dah beso-beso dah, dah masuk u. Hehe. Jumpe ramai cikgu skolah gak kat sane (mak din dulu pengetua smka maahad muar), jumpe cikgu asiah(math form 2), ust naseh(syariah islamiah form 4, 5), cikgu tazzudin(x pnah ajo aku), cikgu mastura(x penah aja gak, tp tutor forum remaja), cikgu rasyidah(cikgu bio form 4, 5). Lame seh tak jumpe dieorang. Malin ngan mak die pun ade gak. lame seh tak jumpe die, last aku jumpe die mase tengah isik minyak kat petronas jalan sulaiman, die keje cashier mase tu. Ade aku cite dalam blog ni, :: Tuesday, April 01, 2003 ::. Tak sempat bebual pun dengan die, dah nak balik. Ade kat MMU agaknye die tu.

Result keluar hari ni. Pukul 4.30 kluar kat internet. Server nak masuk web uia slow, tak bleh masuk langsung dari tadi! Suspen btol nunggu nak nengok result. Hoho! Nak balik uia bile pun tak pasti. Bile bleh start cek in mahallah? Bile? Nak balik ari sabtu, macam awal sangat. kang balik ari ahad, balik pagi ke, sampai tengahari orang dah ramai plak nanti. Firs dah bising2 (bising bunyik tone msg enset aku) tanye bile nak balik. Tepon ar weih! Rumah aku dah takde line internet, dah takde line tepon. Heh.

Hari ni gak, registration day uia gombak intake baru untuk sesion sem 1 05/06. Budak-budak bilik aku kat matric dulu dapat kujumpe kembali di sane nanti! Heh heh heh! Nak beli buku-buku teks ke, drawing tools ke, jangan sesegan, datang le jumpe aku, or simply give me a call. Ahehehehe...

Ahad, April 17, 2005

"Sabun.....ade"

"Berus.....ade"

"Hanger.....ade"

"Kasut.....ade"

fuhhh...letih aaa pegi beli brg td..Ramai betul org. Hari ni ahad. Nak membayar kat counter chasier panjang giler. Lepas beli brg tadi terus pegi KFC seberang jalan makan curry crunch. Nasib baik tak ramai sgt. Sedap gak makan curry crunch. Crunchnyerr melampau2. Dah makan beli burger utk adik bongsuku fadhli. Dia mesti tengah asyik main game Red Alert. Isk3. aku pun dh naik boring dgn game tu. Balik sekolah je terus terkam game. Tu laa punca dia pakai spek mata. Power sampai dua ratus lebih. Ambik ko. Baru darjah 3 dah kene power camtu. Esok sekolah menengah entah2 jadi power rangers pasal power sgt spek dia. Hahaha.(Aku gelak sebelah dia jek...)

Esok kene gi matrik nak amik result. Huhuhu. Malas dah rasanyer nak menjejaki dunia matrik lagi. Takpelaa. Nak check result punyer pasal. Lg pun nak pegi midvalley jap nak ushar2 seluar and tshirt. Kalau ader berkenan boleh beli..Pastue plan nak tengok wayang. Tatau lg citer aper. Esok baru tengok.

Rabu, April 13, 2005

Aaa.. kat cc. Penat aku carik cc kat muo. Lame seh tak gi cc kat muo. Last pegi mase kat wetex, mase tu carik bahan untuk biologi mase form 4. Gelap siot cc nih. Bising lak tu. Da macam kat arked game jek. Bebudak ni main game cs siap dengan woofer skali sorang satu. Pasang volume paling kuat lak tu. Huh. Tensen. Len kali kene datang pagi ni, mase bebudak ni kat skolah. Heh. Server pun tak best skang ni. Nak upload gambo pun payah. Satu gambo pun tak kluo. Dah ler usb port tak bleh detect usb aku. Buat penat aku jek type berjele-jele kononnye nak posting kat cc. Malas aku nak type balik kat sinih. Bising siot! Aaaa! Bengang btol aku.

Ooo.. korang dah nak masuk gombak ye rakan-rakan matric ku? Heheh. Bile? Aku dengo 19 hb ni yeh? Bersedielah untuk ditaarufweekkan. Bersedielah untuk menghadapi satu hidop yang baru. (dalam posting yang aku da type bejele-jele kat umah tadi aku ade cite pasal gombak, rugi ah tak dapat post skang!).

Tunjuk ni sket cukup ah, gamti posting aku yang tak dapat detect tu..
Some honest testimonials about uia.. hehe


*****************: mcm ne uia
*****************: best tak?
azamkukuh: ntah..
azamkukuh: rase macam matric lg best
azamkukuh: hoho
*****************: betul..
*****************: matrik lagi best
azamkukuh: a ah ek
azamkukuh: apsal ar?
*****************: ntah
*****************: maybe lecturer ramai lagi melayu
*****************: tapi makanan kat ukc lagi best!
azamkukuh: wahahaaha


azamkukuh: ko gi kelas pakai bj kurung?
******: yep
******: skrg musim saman2 aaa
******: play safe,pakai baju kurung
azamkukuh: a ah do
azamkukuh: ko tau aku kene saman ari tu?
azamkukuh: bengan btol aku
******: lgpon aku selalu bgn lambat,malas nak iron baju
******: tu yg pki baju kurung
******: haha,aku bace dlm blog ko
******: sbb ko balik lambat kan?
azamkukuh: a ah
azamkukuh: lmbt seminit due jek


azamkukuh: huh
azamkukuh: da a bilik kene pindah randah
azamkukuh: tensen btol aku
******: tu aa psl
******: aku sem 3 malas nk bwk baju bebyk
******: lepas sem 3 ni,kene pindah bilik lg ke aa?
azamkukuh: ntah
azamkukuh: ye kot
azamkukuh: die yg tak pindah sem1 naik sem 2 jek
******: lecehnyeeee
azamkukuh: tu ah


Dah reda sket bising. Budak-budak tu dah ramai balik. Tibe mase untuk aku berkuasa! Pasang volume woofer kuat-kuat, kasik dengo lagu 'best friend' nih bergeme-geme. Wahahaha! Huh. Nak balik. Nanti kalo rajin aku datang lagi cc nih...

Another picture taken mase anto padil ari tu. Saje nak mewarne-warnikan blog aku yang gelap ini.. hehe.


Gambo ni bernilai lime puloh inggit (walopun die kecik. hehe, server lembab, malas aku nak nunggu die jadik beso) sbb balik-balik dari klia jek kiteorang kene saman 50 sorang satu. Tapi ari tu 1 april din yang nak gi uia amek barang-barang die yang banyak tinggal kat sane lagi ajak aku gi uia nak appeal ngan bayo saman tu. Appeal kat 'pondok' pak guard yang cantik tu, dapat kurang, kene bayo spuloh inggit jek, pastu bayo kat finance department. Ustat classmate aku mase form 5 dulu (skang amek medic kat ukm) ikot skali. Pas gi uia gi midveli, ustat belanje nengok wayang cite Hitch. Hehe. Arigatou ustat!

*pic amek dari toyy's fotopage. Bleh ke orang len view fotopage ko toyy? Ah lantak ah.. nak promote gak.. hehe. Tenkiu.
wuahhh...setelah sekian lama x blogging.bagaikan baru dari tido masa nak start tulis nie..mesti jimin marah. hehehe. sorilaaa. pasnie aku akan cuba berjinak2 dlm dunia blog ni.

tinggal lg 6 hari lg nak jadi part of the Gombak campus. result matrik dah keluar. Senang je check sekarang ni. Pakai sms lg. kalo takde kredit online je. Canggihlaa sekarang ni. Kalau dulu kene tunggu bukak matrik. First day kene beratur kat AMF tu. Dahla sesak. Terigt masa first sem dulu meja staff yg bagi slip patah. Sekarang nie barulaa ade kemajuan. Tengok website matrik pon dah baru. Sesapa nak check result intake dgn check result pegilaa website ni- http//:www.iiu.edu.my/matric-

Alhamdulillah. Takde yang sangkut. cuma ade 2 subjects memang x puas hati. igt nak recheck balik. Tengok dululah. Maybe next week turun matrik. Boleh recheck sekali. My brother farid beriya-iya suruh recheck. Tp bayar. Satu subjek tak silap RM30. Uishh.. 2 subjek dah RM60. Kalau takde perubahan burn laa duit tu. Macam rugi jee. Baik top up je. Hehehe.

Borang tak siap isi lagi. Dah 2 minggu dapat. Kene cari penjamin dua orang. Nak masuk universiti pun kene ader penjamin. Macam buat loan je. By Friday ni kene siapkan. Nanti kene kemas barang lg. Huhuhu. Malasnyerr....

Selasa, Mac 22, 2005

Padil oh Padil

Ko tanak bayo ke juan?

Tanak ah.

Tak nak pegi mintak kurang pun?

Tanak. Biarlah die potong dari scholar kite..



Din msg petang mase aku tengah kelas tutor statics kak annisa', pukul 5 mase tu, 'aku nak gi anto padil kol 6. ko nak kirim ape2?'. Aku reply, 'aku nak kirim badan aku boleh? hehe'. Siot, tanak ajak aku skali ke? Aaah.. aku nak ikot gak!

Bangun pagi sminggu lepas nengok ade orang msg aku, nombor tak kenal, cakap nak pegi jepun minggu ni, mintak maap salah silap die, suh doakan die. "Ni mesti salah nombor ni, tak pun tah sape-sape ngigau tibe-tibe msg kat aku" aku cakap. Sape member aku gi jepun? Antu? Dah fly. Balau? Dah fly gak.

Petang dpt msg unknown tu, terserempak dengan najib (najib member skola menengah, classmate mase form 3, form 4 die pindah perak, tgh study dekat Darul Quran, Kuala Kubu Baru, selalu lepak kat blok sebelah blok aku kat uia nih, abang die ade kat situ). Lepas greet seme, die tanye, "Anta pergi hantar padil fly minggu depan?". Aduh! boleh kulupa kepada padil!!

Petang lepas kelas kak annisa', cakap kat juan, "Nak pegi tak?". Petet tak abes-abes pengaruh juan tak yah pegi sebab kalo juan pegi die takde geng main takraw petang tu. Hehe. "Jom.." juan cakap.

'Ko naik kete syahid tau. aku dgn aiman nak pegi matrk dulu' din msg aku kol 5.30. Pergi kat parking lot mahallah, nengok syahid tengah ngelap kete kancil die, dah siap-siap nak jalan. Cheng pun ade jugak? "Hang pi antaq sapa cheng?". "Kawan aku.. skolah aku.. hang?". "Aku hantaq kawan aku jugak. Kawan aku tu kawan syahid jugak.. lower form skola aku, upper form skola syahid". "Ya ka? Uweh.. tak pueh ati btoi. Jom fly sama depa. Aku pun nak fly gak..".

Aku tau cheng, aku paham, aku pun nak gak.. isk.

Jalan jammed. Tensen aku. Cheng dah tak sedap duduk. Lebih kurang pukul 8 lebih baru sampai KLIA. Isk.. 2 jam lebih ek perjalanan. Nak balik pukul brape nanti? Sempat?

Lepas solat pergi terminal C. Dekat situ penuh dengan orang. Nampak some people aged 20-21 pakai kot, ni mesti gi jepun nih.. Nampak ade 5,6 orang jepun. Nampak pakcik makcik atuk nenek cucu cicit seme ade. Nampak toyy. Eh. Toyy...hehe. Lame tak jumpe ko. Hari tu bace blog ko kate ade banyak jerawat muke ko. Bersih licin jek aku nengok muke ko. Aku plak yang ade jerawat. Hehe. Lepas baik demam muke aku mesti tumbuh jerawat...

Ramai member jumpe kat sane. Rase macam reunion plak. Reunion skolah, reunion matric. Fikri ade, toyy ade, yusri ade. Dari matric, dak kisas and the hamidians, ramai, havoc gile, dengan geng-geng derang bawak video cam lagi, interview sorang-sorang dak nak fly. Dari gombak, dak kisas and the hamidians yang ramai itu jugak, pastu ade terjumpe aiman bai'ah, jumpe roy. Havoc, havoc. Tak kurang jugak orang-orang yang mengendeng kawan-kawan anto kawan lain fly (macam aku mengendeng syahid yang nak anto ramai kawan die yang fly, where me just pretending anto gak, gune name padil, hehe, ye ak toyy?), dak intec, dak utp, menjadikan terminal c itu begitu sesak.

Padil? Hehe. Lupe cite padil plak. Padil macam dulu gak. Takde la lame sangat tak jumpe die. Mase aku kat matric dulu pun die ade datang 3,4 kali matric pj tuh. Maintain macam tu gak die. Hehe. Suke die ramai kawan die datang anto die. Semangat waja die cite pasal cemane die kat sane nanti. Siap bukak peta tunjuk mane tempat die seme. Hehe.

Banyak die cite, antaranye, die cite, malam ni yang fly ade dari 2 pusat, satu AAJ, satu lagi dari Millenium Court, kat jalan universiti gak, sebelah KFC baru, sebelah INTAN, dekat-dekat dengan matric uia. Dulu aku igtkan Millenium Court tu kolej orang kaye-kaye, banyak cine, rupenye tu pusat anto org melayu gi jepun.. Dak-dak dari pusat tu, malam ni seme pakai songkok. Isk2. Dieorang punye exam lain dari exam dak AAJ, dieorang lagi susah, in fact, dieorang amek exam dekat jepun, meaning dieorang dah pnah fly gi jepun pun sebelum ni. While padil, die amek aeronautic engine, 4 tahun, tak abes 4 tahun, balik mesia, bayo utang jpa rm 300 k!. None of malaysian stdnt berjaya in that particular major in 4 years, all came back to malaysia feeding up jpa's fund. Well padil, there's nothing i can say, ganbate!!


Puas begambo? Hehe. Toyy dengan dak kolej die, blakang, juan, syahid, tepi, aku, din. Ganbate padil! Ganbate! Hehe

Nangis padil mase peluk-peluk dengan family die mase dah nak masuk (masuk dalam ape tah.. tapi lepas tu tak jumpe lagi da..). Aku ade bersama mereka gak mase tu. Tapi aku tak peluk padil. Aku da peluk die awal-awal tadi kat terminal, takkan nak peluk lagi? Rase macam aku nak fly same jek. Kalo aku fly, aku nangis gak ke? Haha. Aku nak fly gak... Ganbate padil! Lupe nak suh ko buat blog, bleh ko cite ape ko buat kat jepun tu, hehe.

Akhirnye, memang sempat pun balik. Sebab sempat balik tu, singgah makan kat NZ curry houase kat wangsa maju. Balik, sampai kat gate uia pukul 12.16, pak guard tahan, "Malam ni saye kasik can 15 minit, awak lambat dalam lebih kurang 1 minit jek, dah, bak matric card seme,".

The other car, aiman and his friend, arrived about 2,3 minutes before was chilling off. We, in the other car, were all being fined maximum penalty of RM 50.

Ganbate padil.

*Gamba amek dari frenster toyy. Hehe

Isnin, Mac 21, 2005

Tadi ngan semalam eam kat E3-1-1. Class electric circuit. Sejuk seh dalam tu. Aku plak tengah tak sehat sangat, demam sket2. Alhamdulillah, demam tak teruk sangat, boleh la jawab paper calculus petang semalam dengan electric circuit pagi tade dengan tenang.

Teringat dulu aku demam teruk gak mase tengah musim final exam. Mase semester 2 dekat matric. Tak tahan btol aku. Lagi-lagi masa jawab paper chemistry 2. Dah ler kakak yang jage exam kat al-malik faisal hall tu... isk.. pakai kebarung moden warne hijau yang.. astaghfirullah.. dah le aku tgh demam.. kat seat sebelah aku plak kosong, student tu tak datang.. kakak tu bleh duduk2 lak seat sebelah aku tu. Juling mate jantan aku jeling-jeling kat die. Haha! Pastu bile die lalu-lalu sebelah aku... Aaaargh.. mau jadik kebah demam aku! Hoho! Tak bleh concentrate aku pada paper chem tu, sbb demam satu, sbb kakak vigilator tu satu lagi, hehe. Aku dah pasrah dah dengan ape-ape pun result chem yang bakal aku terime. Memang teruk demam mase tu, panas badan aku walopun berada kat dalam hall yang sejuk membeku tu. Selseme lagi. Memang tak selesa jawab paper tu. Kakak tu lagi.. isk. Seme orang rupenye usyar kakak tu, bukan aku sorang, sbb lepas exam abes, seme cite satu benda yang same, bukan pasal paper, tapi pasal kakak tu. Hoho!. In the end, i got C+ for the paper.

Hari ni, bace paper semalam, ade fenomena ekuinoks. Lame dah tak blaja geografi. Ekuinoks pun dah tatau amende. Nak explain pun tatau. Hehe. Tapi yang aku tau, hari ekuinoks ni, kat khatulistiwa akan mengalami cuaca panas. And today, i found that the weather today IS HOT AS USUAL. Hehe. Tatau lah kalo tempat lain kat mesia ni panas dari biase. Tapi kat uia ni mmg panas terik. Hari-hari macam ni. And Allah Maha Menghendaki, petang tadi, instead of theoretically today is suppose to be hot, hujan turun renyai-renyai. Sejuk rasenye, nyaman. Subhanallah.

Khamis, Mac 17, 2005

..Programming And Drawing..

Both are verb with gerund -ing. Both mean you do the specific things, programming - to program, drawing - to draw. Both final exam papers i had already go through. Both papers i answered well (hopefully..). Both papers however were not being finished by me. If ever i were given some more time!

Mase jawab paper programming hari isnin hari tu, nengok soklan die, ngeri gak. Mase buat, step by step, alhamdulillah, boleh execute. Values yang kluar after execution tu aku cek ar gak mula-mula. Tapi bile nengok masa dah nak abes, value yang the rest tu aku tak cek pun. Tawakkal. Yang penting, buat user-defined function! Tu yang mula-mula aku tekankan dulu. Dulu mase midterm walopun aku nampak soklan suh buat user-defined function, aku tak buat pun. Tak pasal-pasal hilang 6 marks. Isk. Harap-harap final yang dah jawab hari tu, ok, takde pape yang salah lagi..

Pagi tadi pulak jawab paper drawing. Nengok soklan die, sekali lagi aku ngeri. Banyak nyenak kene lukis! Laju aku buat, tak de pause pun, macam mase midterm hari tu. Alhamdulillah takde yang silap draw mase tu (kalo tersilap draw, buang mase banyak.. isk..), though lepas exam tu petet cakap aku kene draw care lain nak lukis elipse tu. Takpe lah. Benda dah lepas. Soklan last aku tak sempat nak habiskan. 2 soklan kecik aku tak jawab. 2 soklan kecik lain aku tak sure aku draw perfectly ke tak. Harap-harap boleh score..

Isk. Panas terik hari ni. Semalam pun panas terik. Kalau jemur seluo jeans, tak sampai setengah jam agaknye dah kering abes! Hoho! Rase macam nak demam jek. Dekat adelaide panas jugak. Dekat wellington hari tu ade gempa bumi. Dekat melbourne eby cite unpredictable, kejap sejuk gile, kejap panas gile. Isk2.

Dah. No time to wate. 4 paper lagi perlu dihadapi. Study! There is nothing to lose!

Sabtu, Mac 12, 2005

Tahu? Tahu tak?

"Cameroon ape?"

"Younde!"

"Sierra-Leon"

"Freetown!"

"Kazakhtan?"

"Astana.."

"Uzbekistan?"

"Tushken"

"Burkina-Faso?"

"Ogoudougo!"

Rasa macam quiz geografi jek. Tapi sebenarnye.. inilah persediaan aku menghadapi paper halaqah yang aku jawab pagi tadi. Bukan main lagi menghapal satu-satu capital negara-negara Islam malam semalam kat bilik juan ramai-ramai. Petet la yang paling cemerlang sekali, aku rase semua capital yang ada dalam list dalam buku halaqah tu die tau.

Eventually, ada 1 jek soalan pasal tu keluar,

As a muslim student, it is important for you to know the Islamic countries all over the world. What is the capital of Albania?

Answer : Tirana.

39 soklan lain seme ada dalam buku halaqah tu. Tapi aku tak baca. Aku baca + hapal part yang capital cities tu jek. Dak-dak lain macam tu gak, gasak-gasak hapal sampai lebam, nak jawab 1 soklan jek. Hehe. Sebab tak bace yang lelain : baru beli buku tu semalam, satu hari sebelum exam, sape nak bace essay panjang-panjang yang ada dalam buku tu? Yang bukan dalam bentuk essay, is that list of muslim capital cities. Hehe.

Tadi jawab exam dalam omr form. Lame tak jawab dalam form tu. Seingat aku kat matric jawab gak dalam omr form, tapi kertas bese jek, macam kertas A4. Pagi tadi jawab dalam omr form betul, yang computer check nanti. Teringat zaman sekolah dulu. Teringat gak result SPM 04 baru keluar. Aku tak pasan pun dah kluar. AKU TAK TAHU. Kalo amalina tu tak dapat 17A1 aku tatau pun result SPM kluar. Hoho. Fizah cakap adek die dapat 12A. Wah, hebat. Tapi pelik gak denga, adik die skolah aku dulu, amek 12 subjek? Tak penah aku denga dak skolah aku amek sampai 12 subjek. Pastu amin cakap, skang ni dah ade subjek extra, english for sciences ape tah. Once again, AKU TAK TAHU. Lepas tu kak azwa senior aku kat skolah dulu yang jugak senior kat uia tanye aku, 'tau tak result skolah?'. Aku cakap, TAK TAHU. Die kata result skolah cemerlang, no 5 negeri die cakap. Oo..

Apa nak buat hari ni? Acap balik rumah kat bukit jalil. Semalam die ajak aku. Tapi aku macam tanak ikot, tu yang die terus blah jek lepas exam tadi tak tanye aku pun. Nak nengok muvi? Nak lepak bilik juan main gitar? Heh, bukan mase untuk beronggeng. Nak study? Study ape ye? Mane satu nak study dulu? Ade 6 paper lagi nih. Heh. Aku TAK TAHU nak buat ape! Tolong lah tahu! Tolong lah..

Khamis, Mac 10, 2005

Tadi pagi masa tengah melayan makan roti coklat Hi5 kat depan tangga E3 ngadap jalan besar ngan petet tetiba ada terdengar bunyik macam benda jatuh kat tangga belakang aku. Ternampak sorang sister tu dah terduduk atas tangga, muka tahan sakit dengan file die tak terjatuh kat sebelah die. "Ni kalau mengandung ni dah abes dah.." petet cakap. Memang sakit pun. Dengar bunyik pun aku dah ngeri. Tapi.. ape boleh aku ngan petet buat? Nak gi kat sister tu pastu tolong die bangun? Nak angkat die? Boleh ke? Serba salah aku ngan petet. "Nak tolong cemane ni petet?". Takkan nak sambung layan roti coklat sambil menikmati pemandangan waktu pagi tu? Nasib baik ada brother sorang ni lalu, kenal sister tu pastu tolong sister tu, tolong tengok. Hehe. Ape jek die bleh buat, ye ak? Aku dan petet pun blah gi kelas electric circuit.

Semalam pergi pasar malam secara tak sengaja. Masa nak pergi makan dengan acap kat cafe uthman terserempak ngan acer. Tanye die pegi mane, 'pegi pasa malam' die cakap 'muk ade kosong 1'. Weh! ikot weh! Tinggalkan acap makan sorang-sorang hehe. Dengan pakai seluar trek tu terus bonceng moto. Banyak gerai rupenye. Dulu 1st time pegi tak banyak gerai. Kalo ade moto ni mau tiap-tiap minggu aku pegi.

Zuhdi dah ajak pegi sembahyang. Karang ade kelas Suvad pukul 6.30. Tadi leka baca balik posting lelama. Hehe. Baca pasal gi jalan-jalan, ni yang paling best, banyak experience, isk. Pasal kelas, lecturer kat matric. Pasal matric tu sendiri. Pasal kawan-kawan. Pasal baketobarru, lama dah tak main. Nostalgia. Hoho! Best surfing kat E3 nih, connection internet laju, puas hati, klik jek keluar, klik jek keluar.

Exam start sabtu nih. Bersedialah!

Rabu, Mac 02, 2005

Pada waktu ini ada kat computer lab E3. Internet laju tak ingat. Bese tak lak laju macam ni. Tengah menyambil tolong muk buat power point presentation programming die. Die nak present pukul 3.30 karang. Tengah nak masukkan lagu dari usb. Tatau pun benda-benda sebelum ni. Baru tau mase aku buat power point yang dah aku present ari isnin ari tu. 3 malam tak tido lewat mengerjakan power point. Tah tiba-tiba plak aku ghairah nak buat benda-benda nih. Rase bila nengok hasilnya, puas hati. Malang sekali aku tak dapat nak tunjuk last slide aku yang ade gimmick sket mase present isnin hari tu, mase dah tak cukup.

Final tinggal lagi seminggu je. Tapi belum ada suasana exam lagi kat bilik aku dan sekitarnya. Pergi bilik juan pun, macam hari-hari bese jek, siap smalam tengok cite 'saw' lagi. Best gile, cite pasal bunuh-bunuh, tapi bukan salah pembunuh, mangsa tu yang menyebabkan die terbunuh disebabkan terjebak dalam game pembunuh tu "I want to play a game", pysko gile. Pastu plak dalang game tu orang yang kite tak sangke-sangke. Isk. Dah! Dah! Bilik hisham, macam tu jugak. Bile nak setat study oi? Keje dah banyak takde, drawing dah abes kelas, programming dah settle, statics lab tinggal hari jumaat ni jek, dah takde alasan takde masa nak study!

Ahad, Februari 27, 2005

Tadi pagi bangun pukul 8 am. (Knape yeh aku kini semakin sukar nak bangun solat subuh? Tido nak kate tak cukup, cukup. Rasenye perangai suke tido ni muncul kembali. Lari zimin, lari dari tido!). Rupenye pagi tu aku kene pegi BTN start pukul 8! Aduh.. knape la aku macam gini? Isk.

Sampai kat CAC, venue BTN tu pukul 8.30. Naseb baik ramai lagi yang senaseb ngan aku, bangun lambat agaknye, baru nak sebok-sebok datang register. So, bermulalah sesi dengo ceramah sampai lebam, sampai pukul 5 nanti.

Nothing interesting mul-mula, cam bese la, topik-topik yang dah bese dengo. Aku siap bawak buku, nak bace, esok ade test Islamic Worldview. Tapi rupenye aku salah bawak, maybe aku kelam kabut dah lambat pagi tadi, aku salah capai, aku terbawak notes calculus. Huh.

So break tengahari aku balik kejap, tido, solat, pastu amek the actual notes Islamic Worldview. Start sesi petang, ade due speakers. 1st speakers cite pasal ekonomi, korporat ape tah, die pun asek sebut 'students yang amek economics' jek, aku pun malas nak dengo, bace notes jek.

The last speaker tu, name macam slalu dengo je, sebijik macam name kawan bapak aku, adun kat muar dulu. Tapi macam bukan. Tapi speaker tu cakap die orang johor. Maybe coincedence kot. Die nye talk agak menarik perhatian aku. Bile die started to speak je, aku tutup notes aku. Cam best jek die cakap. Banyak isu yang die cakap menarik perhatian aku, rasenye almost semua yang die cakap were interesting, cite pasal melayu. Malangnya aku tak tulis satu pun aku die cakap. Hehe. Malas ek? Melayu malas? Hehe.

Salah satu benda yang die cakap pasal pepatah melayu, 'biar mati anak, jangan mati adat'. Kita biasa denga melayu sekarang menolak bulat-bulat pepatah ni, sebab dari segi literal mase kini, kita tak boleh terima, ade ke nak biar anak mati semata-mata nak pertahan adat? Tapi speaker ni cerita (die cerite ar..) die dengan member die, prof mane tah, dah kaji dari segi literal zaman dulu. Adat, mase zaman pepatah tu dulu, ade 4 maksud, 1st, the law of science, cth, 'adat api ialah membakar', 'adat air ialah membasah'. 2nd, fesyen and trend. 3rd one is that implied in the pepatah. Maksudnye, hukum-hakam Islam. Contoh pepatah tu adalah pada - 'Jika anak didapati bersalah melakukan sesuatu di mana menurut hukum Islam, dia wajib dibunuh. Biar mati anak, hukum Islam tetap dijalankan'.

Tu lah antaranya. Banyak lagi things he said yang best-best.

Esok nak present presentation programming. Lama dah tak present nih. Hoho! Berusahalah! Teruskan berusaha! Sepatah kata speaker tu, '..kita memang sentiasa berubah, berubah tu fitrah sesuatu benda, 24 hours kita berubah. samade ko suke ke tak suke, memang kita berubah. Tapi progress, maju ke depan, kite memerlukan perah otak, usehe..'

Sabtu, Februari 26, 2005

Pening kepala. Dah lama aku tak berkecimpung dengan internet searching. Carik images related to my programming project, 'shuffling cards'. Payah gak nak jumpe gamba-gamba yang berkenan di mata. Isk. Teringat dulu cari gambar mase nak present 'tourism malaysia' untuk comp 1 kat matric dulu. Banyak jumpa gamba best-best yang berkenan. Lupe sangat dah kat mane aku carik dulu.

Pening lagi. Dah lama gak aku tak bergelumang dengan power point. Last buat power point presentation pun masa wat 'tourism malaysia' untuk comp 1 kat matric dulu. Rasanya tu presentation power point terbaik aku. But unfortunately, aku takde simpan pun copy. Isk. Dah 2 malam dah buat. Tak puas hati lagi, ni tengah menyambil carik gamba, kalo boleh animated nak taruh dalam presentation tu.

Masih pening. Pikir pasal source code programming yang nak kene present isnin, tak 100% complete lagi. Baru jap tadi gi jumpe tutor (ramai plak yang datang jumpe tutor hari ni) tanye die cemane nak setel masalah. Tutor tu pun tak tahu cemane nak setel. Tapi die ada kasik hint cemane nak setel. Isk.

3 hari ni bukak laptop takde buat benda lain, buat programming, buat presentation die, dengan main game hehe.

Khamis, Februari 24, 2005

pernah sekali aku melihatmu(aku tgh buat assign)
bersama dirimu yang sebenar(tgh tido)
bibirmu seperti membisikkan sesuatu padaku
namun gagal aku mengertinya(mengigau kot)
lirik matamu seperti memberitahuku sesuatu padaku
namun sukar aku menterjemahkannya(dah tutup pon mate ko)
wajahmu seperti menyatakan sesuatu padaku
namun sukar aku memahaminya(mimpi ape yerk?)
dan aku ... masih melihatmu
dan ... terus melihatmu
untuk itu
tiada kata yang lebih utama untuk kau terima dariku
melainkan arigato na... jimin san!
syukran jazilan jazakallah....(hmm berharge ke kate ni?)

haitham
bilik aku
1.30 am
21 feb 2005

Heh. Letih malam tu. Dah tak tahan dah, aku tido dulu, membiarkan haitham buat assignment programming die sebelah aku. Pandai-pandai ko la haitham simpan laptop tu. Bangun-bangun esok nye bukak laptop ade sajak ni kat desktop. Hehe.

Petang tu aku ajak haitahm jogging. Dah lame gile dah tak bersenam aku nih. Last badan aku bepeluh sebab sports pun mase main badminton da ujong-ujong final sem kat matric. Adela dalam 4 bulan yang lalu kot? Terase badan ni dah dipam-pam, gemok. Semput jugak nak jogging ari tu. Rupenye ade tasik gak kat uia ni macam tasik kat um, ade trek jogging keliling die. Tengah-tengah tasik ade orang main kayak, keliling jogging trek ade banyak kelompok awek-awek uia tengah bekelah, beli makanan dari pasa malam dekat-dekat situ. Control gile nak jogging kat situ. Hehe.

2 hari berturut-turut lepas tu aku asek tido jek. Tatau la sebab letih sangat dah lame tak jogging ke or memang perangai tido aku ade balik. Selase hari tu aku bangun pukul 10 am. Kelas electric circuit start pukul 10 gak. Isk2. Tak mandi lagi macam hari tu bangun kol 10.10, terus tuka baju, gi kelas. Sampai kelas pukul dekat-dekat pkul 10.30. Better late than never rite? Hehe.

This week tak banyak sangat keje. Happy je aku tiap-tiap malam boleh study sket (sket je.. sebelum ni takde langsung..), keje-keje sume dah setel awal. Tu yang bestnye, keje jangan tangguh, dapat, terus buat. Tapi minggu ni punye keje yang due next week aku tak start pun lagi, hehe. Farah msg aku pagi aku pegi kelas electric lambat tu, cakap nak datang uia, nak dengo forum 'Freedom of Religion'. Aku pnah nampak iklan tu, tapi tak tau bile. Uitm hantar 1 bas gi uia, dengo forum tu.

Crite kat firs pasal forum tu. "Aku tak pnah dengo lagi forum macam tu, boleh jugak pegi malam ni.." die cakap. So malam tu pegi lah. Sampai-sampai forum dah start, terus denga pembentangan article 3 and article 11 of federal constitution. Ni macam untuk dak laws jek ni. Nengok keliling, semue aku tak knal. Denga panelist lain plak, cite pasal laws gak, semue sebut terms law yang kiteorang tak pnah tau. "Aku rase kite bedue jek la dak engine kat dalam audi ni..".

Tapi best gak denga forum tu. Cite pasal isu kebebasan mengamalkan agama kat malaysia, i.e. pakai serban pegi sekolah. Panelist ade lecturer uia, x-lecturer um, dengan sorang human rights activist, a non-muslim chinese. Macam activist tu cakap, dalam forum biasenye ade 3 jenis panel, panel yang btol2 sokong certain issues, panel neutral and panel yang menyelewng. Memang jelas pun, malam tu ade tiga2 panel macam tu. Dah jadik macam debate jugak la sket. Lepas forum jumpe farah kat luar audi. Betul aku agak, forum ni memang untuk student laws. Die kate ramai students dari univ lain cam uitm anto 1 bas student laws dieorang, ukm, um, semue turun uia. Dapat la blaja sket-sket pasal laws. Hehe.

Malam tu aku tak tido, nyusun jadual untuk esoknye. Esoknye nak register course subjects untuk next sem and next two sems. Sampai pagi aku ngan muk nyusun jadual, cantik gile jadual tu, considering all factors, time, course, lecturers, workloads. Siap dengan 2 backup plan kalau 1st plan tak dapat nak register. Sebab benda ni kene berebut esok, seme batch aku nak register course subjects yang same esok. Abes susun pukul 3.30 am. Lepas muk balik, ingat nak study sket, teringat lak malam esok kat halaqah kene tasmi' surah-surah naqib suruh hapal since awal sem lagi. So hapal la sampai subuh.

Esok petangnye, tibae mase untuk berebut nak register. Sampai kat software lab pukul 4.30 (register online start pukul 5 pm), computers seme dah booked, penuh. Cemane nih? Nak register kat lua? Aku tak harapkan sangat azim yang offer nak tolong registerkan dapat registerkan aku on time, before course subjects tu closed. Die register kat luar, kat midveli. Kadak dah ade depan komputer tu, tumpang jek la die karang.

Pukul 5, seme tengah berebut register. Aku, muk, lemek, acer, firs and others yang lain tak dpt computers hanye nengok dan menanti giliran je. 5.02 pm, tiba turn aku, ade komputer kosong, tah knape brother tu tinggalkan. Register untuk subject workshop, the most vital course dalam penyusunan jadual aku malam sebelum tu, tak dapat course tu memang susah la. My worse fear was comfirmed. 'Section is closed' msg appeared on the screen! Tak mungkin! Dalam mase 2 minit jek dah abes? Aduh...

Kelam kabut gak aku mase tu. Berebut-rebut nak satu kelas ngan geng-geng aku tu lagi. Firs dah tak tentu arah dah. "tolong aku.. tolong weh..". Aku pun tatau nak buat ape. Bertukar-tukar computer aku ngan bebudak lain. Pasrah workshop tak dapat. Backup plan pun tak suit. Suit dengan short sem jek. Next two sems aku nye jadual kene rombak habis. Tapi alhamdulillah, next two sems tu lepas jugak la crdt minimum yang kene register. Kalo tambah dengan yang reserve lagi, banyak gak crdt. Tapi reserve tak boleh nak harap sangat. Memang kene register manually la nanti.

Malam tu tido lewat. Dah le semalamnye tak tido. Tido lewat sebab melayan petet, acap, ngan mat main who wants to be a millionare. Main game tu sampai lebam, sampai pukul 3 dari kol 12. Release tensen register petang tu. Anyway, bagus, boleh mengasah pengetahuan am. Hehe.


"Ade kamera eh? Baguslah, teknologi" mat, my rumet kate. Hehe. Lepas tu begamba sakan ngan acap skali. Tak lame lepas begamba tu, petet datang, main 'who wants to be a millionaire' sampai pukul 3. Hoho!

Skarang ni hatham dengan amin ade kat bilik, tengah wat power point untuk present porgramming isnin ni. Aku yang lari gi cc. Hehe. Balik dulu. Nengok ape yang dieorang dah lakukan.

Isnin, Februari 21, 2005

Sekarang ni tengah ade kat computer lab, E3. First time log in kat sini, first time blogging kat sini. Patutnya ade kelas lab programming skarang ni, kensel lak. Aku dah le 2 kali tak datang lab tu, time aku datang minggu ni, kensel. Huh.

Kelmarin mahallah aku ade buat karnival satu hari, dari awal pagi sampai lewat malam. Aku pun tak sedar, aku tak pegi langsung kat venue die kat al-Faroq's Square. Heh. Nengok dari bilik juan jek kat tengkat 4. Pagi-pagi tu takde apa, ade jualan jek, makanan, baju tah ape tah lagi. Tengahari tu mase aku tengah dok wat project programming dalam bilik tetibe ade 3, 4 orang sisters lalu sebelah bilik aku. Ni ape hal ni? Ni bukan kakak cleaner, ni students ni. Dah ler aku tengah jemur baju2 baru basuh, dieorang lalu la celah-celah ampaian tu. Huh.

Rupenye ade event 'battle of the band' kat square. Sisters are invited. Siap ade khidmat bas every hour dari mahallah sisters. Ramai sisters yang datang. Seme nye lebey kuang yang jenis-jenis.. heh.. paham-paham la. Ingatkan nak kutuk-kutuk gak sisters yang datang tu, cam tak malu jek masuk mahallah laki, tapi, pikir-pikir balik, baru satu hari sebelum tu aku gak yang masuk mahallah pempuan, illegally lak tu, hehe.

Tak sempat lak nak cite lebih lanjut ape aku buat weekend ni. Dah kol 11.20, ade kelas tutor electric circuit lak karang kol 11.30. Pastu nak ambek bulletin lagi yang blom amek-amek lagi. Register course untuk sem depan ari khamis ni plak. Nak pegi usyar past year papers kat oscent plak kalo sempat hari ni. Isk.

Jumaat, Februari 18, 2005

Rezeki Jumaat

Pagi tadi bangun-bangun subuh nengok firs ade kat sebelah aku, tengah print assignment. Lepas solat, kejut acap, sambung tido, padahal aku sedar yang pukul 8.30 karang ade kelas, patutnye tak boleh tido. Pukul 8 aku terjage, nengok acap yang sekelas ngan aku pagi tido tido lagi, aku pun sambung tido balik. Pukul 8.10 firs datang kejut, "Bangun wei, kelas, kelas". Aku terus bangun. Aku ajak firs kejut acap. Acap senyum-senyum lak orang kejut die. Aku nengok die kejam mata balik, aku pun berminat untuk sambung tido, mengendahkan godaan-godaan firs supaya aku pegi kelas. Hehe. Pukul 8.20 aku terjage, acap kejut, "Pergi kelas tak?". "Malas ah" aku jawab. Pukul 8.30 aku terjage lagi, aku plak kejut acap, "weh, gi kelas weh, jom, sempat lagi ni". "Tak payah la.. dah kol 8.30 nih.." die lak jawab cam tu, aku pun sambung tido. Pukul 8.40 aku terjage lagi, kali ni, muk miscal, suh datang kelas ah tu. Aku sambung tido balik. Aku terjage pukul 9.20, nengok acap die tido lagi, aku pun sambung tido balik. Terjage lagi sekali pukul 10, nengok acap still sleeping, "Bleh tahan gak tido die ni ek", heh, aku pun sambung tido. Akhirnye terjage pukul 10.40, "Allah! Kelas electric circuit kol 11 takkan aku nak tuang gak?", tanpa buang masa, tanpa mandi, aku terus tuka baju, walking swiftly to the class, arriving on time. Minggu ni aku dah tuang 3 kelas tutor. Kelas lecture? Belum ade. Ntah kenape aku sedap sangat tido pagi tadi, padahal malam tadi bukannye penat sangat buat keje, cume pnat melayan memember ramai yang bertandang buat statics, pspice, computer lab...

Habis kelas pukul 12.30, ajak zuhdi ngan petet gi makan, "lapo siot..". "Tula ko, len kali bangun awal, rase sket breakfast tu, nikmat, tau tak? Nikmatnye breakfast!". Heh. So decided not to ride with petet to mahallah, but to stay at masjid terus solat jumaat. Lalu bangunan E1, amin terberhenti, aku terus jalan, "Lantak ah ko min..". Pastu amin panggil, "Makan free, makan free!". Tak pernah aku nengok ade orang makan-makan kat cafe engineering nih (cafe yang takde gerai, ade seatings and some tables jek). Rupenye ade talk tadi on tsunami relief at Acheh. Students were invited, "Tapi tak ramai pun students datang.." kate kakak incharge tu. "Ni banyak lagi mi nih, habiskan la semue dik, karang dak catering datang dieorang kutip, pastu buang je, kan dah bazir..". "Rezeki Jumaat," Amin cakap.

"You all nak jadik sukarelawan kat acheh?" bia betul kakak ni? Volunteer gi acheh? Bukan ke rector tak kasik student pegi? "Free ke kak?". "Accomodations seme free la, tapi tambang i tak pasti.. Kalo you all nak pegi, boleh la apply kat atas ni (office engin), tak pun cakap jek kat i, nanti pegi acheh mase cuti semester". Waa.. Best ni gi acheh. Tapi nengok dulu ah...

Petang lepas solat, rutin biasa kami, menyelesaikan tugasan workbook statics yang due pukul 5 petang tu. Kali ni buat workbook frames and machines. Payah gak. Rujukan senior nye plak agak hambar, banyak dapat markah sket jek. Tak puas hati, tanye kak ila (sekelas statics ngan aku), call gune henpon amin, heh. Die kate boleh datang depan mahalah die, die fotostetkan die punye, kasik kami menyalin, hehe. So away me and muk rode to mahallah halimah, through the unpost post-guard. Jumpe kak ila, susah-susah jek kene turun block, pergi fotostet, pastu tunggu aku ngan muk. "Takpe lah, meh kite orang antakan sekali, tak payahlah malam karang nak turun kulliyyah anta workbook nih,". "Yelah, boleh jugak. Panas ni, pegi la kat tempat teduh dulu,". Dah orang pelawa, kami pun masuk la dalam lagi, park moto kat shades, sebelah cafe. Muk ngan aku kalo dah nampak cafe, hehe. "Jom muk". Kecik jek cafe mahallah pempuan ni. due kali lagi kecik dari cafe mahallah laki. Usyar lauk, makanan lain-lain, ok. Beli makanan sket untuk dibawa bekalan buat statics nanti, hehe. Lepak kat luar cafe, nengok environment. Cantik mahallah ni. Pokok-pokok bunga pun banyak. Susunan block pun nampak lapang, jarak-jarak. Kalo mahallah laki block rapat-rapat, rase rimas aku kadang-kadang. "Aaa.. mate tu jage ye.." kak ila da sampai ngan workbook die ngan yana. "Fotostet la dulu workbook ni, senang nak buat nanti. Pastu antakan dulu tau?". Mok ajak aku gi fotostet kat kiosk sebelah cafe tuh. "Takkan nak fotostet pun nak berteman..". Aduh, kene tinggal duduk ngan kak ila. Dah le kat kolej pempuan. Sister-sister yang lalu lalang dah jeling-jeling jek. Heh. Lantak ah. Borak-borak ngan kak ila, cite pasal mahallah die.. "Memang cantik, mahallah nih paling cantik kat sini..". Cite pasal mid term.. Lama pulak muk fotostet. Memberi peluang mata aku meninjau-ninjau lagi mahallah. Memang betul cantik.. Hehe.

Balik bangunan E1, meneruskan keje-keje dengan menyalin. Siap jugak akhirnya. Lepas satu beban. Beban lain pulak menunggu, drawing. Dah, nak balik bilik wat drawing.. Heh.

Rabu, Februari 16, 2005

Tengah hari tadi buat experiment electric circuit, experiment 7, RMS ape tah.. hehe. Paling lama wat experiment, tadi ah. Dari pukul 11.40 jejak pukul 1.40. 2 jam. Tu pun tak abes wat.. Patut ade lagi 3 benda kene measure pada circuit tu. Tapi lama-lama pun tadi puas hati gak, sebab sebelum-sebelum ni aku bukannya paham sangat pun apa yang aku wat mase experiment. Macam lembu kene tarik, ikot jek ape yang instructor, bro roihan cakap, Kalau tak reti gak, nengok member sebelah. Tak boleh gak, angkat tangan, "Bang.. how to do this ar..?". Hehe. Tapi tadi tah cemane, walopun experiment cam complicated, kuasa Allah boleh buatkan aku paham. Cume tadi tak cukup masa jek nak buat. Mula-mula tadi firs join gorup aku sebab dak arab due orang group aku tak datang, tapi 30 minit lepas buat, hadi lak tetiba datang ngan samer. Samer join jek group zuhdi.. hadi plak nak gak join group aku (memang die group aku pun sbelum ni), last-last firs mengalah, keluar gi group amin. Tepakse lah aku berinteraksi ngan feysal ngan hadi. Payah gak walopun sebelum-sebelum ni memang group ngan derang. Last week cuti, last 2 weeks join group firs. So memang da lame tak communicate.. hehe. Baru 2 minggu, lidah aku dah tak boleh nak lembut speaking english. Dah le cakap sepatah sepatah, grammar memang jelas beterabur, pastu lak kekadang apa yang aku cakapkan tu tak menyampaikan pun maksud sebena idea aku. Isk2.

"Eh min.. malam ni halaqah cemane?"

"Tatau?"

"Bro, tonite you are going to present for halaqah rite?"

"Yes, yes i am going to present. Don't ask too many question aar? Hehe"

"Okey, i thought it will be my turn to present tonite.. i am not ready yet. So it is your turn rite? So i have time one more week.. hehe"


Hampeh. Tak datang pun mamat yaman tu.

"Cemane ni? Nak kene present ke malam ni? Aku tak sedia ape-ape ni min.. tajuk pun tatau ape. Tajuk kite ape ar?" aku tanye amin.

Amin muke risau jek. Hehe. Aku pun risau gak. Dah le tajuk pun tak sure tajuk apa. Partner mamat yaman tu datang, habib name die,so malam tadi partner die je yang present sorang-sorang, a black guy. Cakap english toksah cite ah. Sebijik macam niger dalam muvi-muvi tuh. Lagipun die dah memang ready dah. Memang best ah die present. Pastu naib naqib kate.. "After him, who will present?". Amin tunjuk aku. "Who is your partner?". Aku tunjuk amin pulak, hehe. "Okey, both of you will presen after this.". "But.. but we are not ready yet, because our turn is suppose to be next week.." aku ngadu ah. "Never mind, just present. Because next week is the last week for halaqah, there are 4 groups will present, we can't delay anymore.."

Ah, sudah. "Nak cakap pasal ape ni min? Tajuk pun dah lupe tajuk ape", nak tanye naib naqib pun segan sebenonye, lagipun, bukan die yang kasik topik yang dilupai tu kat kiteorang, naqib btol yang kasik, die tatau pun. Naqib plak tak datang hari ni.

"Cite pasal ni ah min.. keruntuhan akhlak, boleh tak?"..

"Tanak ah.. tanak ar ari ni present.."

"Tu ah.. aku pun tanak gak. Kalo cakap melayu, boleh je ni.. ni english payah sket ar"

"Keruntuhan akhlak dalam english ape ar?"

"Hehe.. ntah"

"Selambe ah min, cakap pasal social problem.."

"Ko start ah dulu.."

Spontan seh present. Macam tak caye jek. Dah la presentation sendiri dah lame aku tak buat. Nak cakap spontan depan orang ramai pun lagi lama. Lagi-lagi plak english. Hakhak. Teringat dulu masa wakil engineering masuk debate dean's cup (dah takde orang lain nak masuk dah.. aku kene pakse masuk.. heh). Tu la last skali aku cakap depan orang kot. Tu pun debate bahase melayu.

Aku seperti beiase ah, menggelabah gak tadi. Isik dah memang takde langsung. Spontan je teringat petang tadi baru dapat balik paper midterm the islamic worldview ternengok soklan 'the impact of materialism on muslim society'. Goreng jek la aku pasal ape yang aku blajo dalam the islamic wordview. Tapi goreng tak jadik, hangus. Macam tadi mase lab, tak sampai pun 100% ape yang aku nak sampaikan sebenonye, sebab gune english. Susah la nak explain btol-btol dalam english. Tapi bile da lame-lame sket, dah dapat rentak tu, sedap gak cakap, smooth la jugak sket, tapi dah ujong-ujong presentation dah (terase cam lame lak present ngan amin malam tadi.. 20 minit ade kot?.

"Good presentation" habib kate.

"Ko tak ready kan? Boleh la.." hadi komen lak.

Haitham lepas halaqah tadi je yang jujur cakap, "ko banyak sangkut-sangkut tadi..".

Hehe.

Rabu, Februari 09, 2005

'Like Having None Of It'

Wednesday.
In the early morning, there was none.
In the time of breakfast, there was none too.
In the time after breakfast, there were two times, sent to him.
In the afternoon, there was none again.
In the time after lunch, still, there was none.
In the early evening, there was one, wishing me new year.
In the time of dinner, once again there was none.
In the late night, there were twice, reminding me of him and her.
In the time before sleep, there was none.
I smiled.
Why did I think about it?
I was confused.

Thursday.
In the time of waking up, there was still none.
In the time to take bath, there was none again.
In the time of lunch again, there was still none.
In the time after lunch, there was none.
There was none.
But,
In the time of the Asr prayer..
There was it.
I smiled.
That is why I think about it.
I am happy.
Then, there was it again.
I am happy.

Khamis, Februari 03, 2005

Am I ready For Everything?

Dah setengah sem masuk gombak. Rasa macam baru je enrol minggu lepas. Dasat sungguh pantasnya masa berlalu. Baru-baru ni dapat result Electric Circuit. As expected (though i hope for something better), aku kecewa dengan result aku. Walaupun ade yang tak score macam aku, tapi ramai lagi yang score. Yang bestnya dalam kelas aku ada 4 orang dak muar, 2 dapat 90 above, 2 lagi, ampeh. Hehe. Naseb baik lecturer nak buat extention midterm sabtu ni.

Heh. The point is, i should be , by now, ready for anything. For exams, for quizes, for assignments, for everything. Skarang ni rasa macam tak cukup je ape yang dah aku buat. Assignment banyak copy.. Lab report memang tak pnah tau ape content die, semua amek dari orang, quizes especially for EC begitu tak memuaskan. Nak buat revision? Haha. Rasa macam takde je buat revision.

I have to change myself

See how will i change.

Isnin, Januari 31, 2005

"Weh juan, topek kem salam"

"Ko tak cakap kat aku do ko nak gi jumpe die.."

"Laa.. ko tido mase tu, aku da pesan kat din suh cakap kat ko. Din aku ajak tak nak pegi, die kate dah kuar smalam, malas nak kuar lagi"

"Die tak cakap pun. Tapi takpe aku bleh kuar dengan awek aku tadi.. wahahahaha"

Heh. Sampai skarang ni, aku blom rase lapar. Pelikkan aku tak rasa lapar. Aku! Tak lapo! Hoho! Dah 20 jam since last aku makan dengan topek kat Harzt. Gile-gile nye makan ah. Paling banyak aku makan dalam satu mase since makan steamboat kat d'nelayan dengan family enod last year.

Semalam keluar jumpe topek pergi dengan firs. Awal pagi lagi dah gerak. Pegi jalan-jalan pertama dengan sungei wang dulu sebelum jumpe topek kat times square. Ajak muk dengan zuhdi yang dari smalam mengomel 'nak kluar, nak kluar..'. Aku dah lapo gile mase mule-mule jumpe topek, tapi muk macam tau-tau, awal-awal die msg 'weh aku atas moto, nak jumpe kat mane ni? jgn mkn dulu aku smpi jap lg'. Heh.

Topek macam dulu gak, tak ubah-ubah, rase macam dari skolah rendah macam tu. Hoho! Muke pun tak brubah, same je dari dulu, badan pun macam tu jugak, tapi rase nye dah berisik sikit kot.. Heheh. Aku nak tergelak mule-mule topek ajak aku ngan lain-lain tu makan kat harzt, all you can eat, baya rm15.30, makan style buffet, unlimited, for 2 hours, kalo ade lebih atas pinggan tak abes, kene bayo lebih, hehe. Aku nak tergelak sebab ingat lagi dulu mase lower form aku suke kalo dapat duduk sebelah die kat kantin mase rehat. Almost all of the time sitting beside him aku akan dapat makanan die tak abes die kasik kat aku. Hoho! Boleh ke topek makan banyak ni? Cam tak caye je aku.

Tapi sangkaan aku meleset, aku tarik balik kenyataan aku nak tergelak tu, boleh tahan gak banyak die makan, kire berbaloi gak 15 inggit die hehe. Firs pun banyak makan, siap gi keluar gi tandas, pastu masuk balik sambung makan hoho! Aku, muk ngan zuhdi, tak payah nak citer, seperti bese, makan tak ingat banyak. Menu die plak banyak, ayam goreng, ayam panggang, fillet ayam, pedal goreng tepung, nasik puteh, mi, salad, terung, sup ayam, bubur nasik, kentang lenyek, kuih, fruits, ice cream and banyak banyak banyak lagi. Lama duduk dalam kedai tu, ade dekat sejam setengah gak la. Makan slow-slow, borak-borak ngan topek, die citer macam mane die blaja kat GMI tu, cite nak major ape seme-seme tu. Mene seme aku try kot? Ye, semua, maybe ade satu, due menu tak larat nak try dah. Berbaloi rm15.30.

Sebelum tu gi nengok-nengok kosmos. Akhirnye, sampai gak dak-dak bilik matric aku sampai kat situ. Impian sejak setahun lalu. Tak ramai orang pun, bukan tak ramai, sikit je orang, macam tak caye je. "Rugi kalo nak main skarang, nanti tak sempat nak main semue" Betul gak kate topek, banyak benda nak kene main dalam tu. Kalo plan nak main, kene datang pagi-pagi mase baru bukak, pastu main sampai lebamm. "Weh, sempat ni main satu, due, jom weh!". "Kemudian la main, kemudian" aku menepuk-nepuk blakang zuhdi "Nanti kite datang lain kali.. hehe"

Sampai bilik mase maghrib, lewat sebab pas gi times square buang mase tah ape-ape tah kat low yat, hoho! Lepas solat ingat nak nengok muvi, tapi mase tgh nengok ramai pulak orang datang bilik, ilang mood aku nak nengok. Terpakse lah sambung wat drawing. Mase nak start buat, teringat plak pensel seme tinggal kat bilik juan, terpakselah pergi amek. Akan terpakselah aku duduk kejap atas katil juan main gitar. Akan terpakselah aku memakse petet ajar lagu rela kupujuk kalo petet ade lepak bilik juan. Akan terpakselah aku main warcraft kat pc juan kalo muk ngan zuhdi lepak bilik juan gak.

Semenye telah berlaku. Zuhdi, muk, petet, memang aku dah agak, tengah lepak kat bilik juan. Terpakselah...

Sabtu, Januari 29, 2005

Keluar

Topek sms aku hari tu. Topek sms aku? Lame siot tak dengo cite. Ape tah mimpi die sms aku. Die ajak kleuar pegi times square(TS) esok. "Gsc baru bukak kat sane" kate die. Wa.. TS, boleh gak. Tapi nak keluar ngan sape? Aku ngan die je? Takkan die nak kluar ngan aku je? Ingat aku awek die? Hahaha. Ajak firs. Tatau die nak ikot tak nak. Kejap macam nak ikot. Kejap macam tanak.

TS ni memang dari mase short sem kat matric lagi budak bilik aku kat matric plan nak pegi. Ingat lagi, ahsan sanggup tunggu aku abes muet nak pegi TS same-same (ye ke?) hehe. Tetiba lak mase aku tengan nak start exam kol 9 tadi ahsan sms. "Wei tak kluar ke?". Haha. 'Aku nak exam do..'. Nak keluar ke?


Trivia Haji 6

Orang malaysia da start balik dari Mekah dah ni. Da beberapa flight sampai kat klia. Sambung cite, lepas wukuf kat Arafah and bermabit kat Muzdalifah, destinasi seterusnya adalah Mina. Di Mina, pada hari pertama atau pun Aiduladha, jemaah haji akan melakukan lontaran di jumrah Aqabah, jumrah yang paling hujung dari kawasan perkhemahan. Jumrah yang unik, dengan kawasan lontarannya adalah berbentuk semibulatan berbanding jumrah lain yang berbentuk bulatan. Di belakang jumrah ini dahulunya terdapat sebuah bukit. Kini, bukit itu telah ditarah, oleh itu membuat lontaran dari bahagian lurus semibulatan (diameter bulatan) is a false throw.

Selepas selesai menunaikan lontaran itu (jemaah haji malaysia digalakkan melontar pada waktu malam instead of waktu yang disunatkan - waktu dhuha, untuk mengelakkan kesesakan ketika melontar. Pada waktu inilah, sudah bertahun-tahun, ramai jemaah haji telah mati dipijak, atau sesak nafas), mereka bertahlul, maka terlepas lah jemaah dari tanggungan ihram...

3 hari berikutnya, lontaran ketiga-tiga jumrah akan menjadi rutin jemaah. Jemaah malaysia kebanyakannya akan melontar pada waktu malam. Terdapat ramai pegawai tabung haji berada di mana-mana menjulang jalur gemilang bagi memudahkan perjalanan jemaah malaysia. 3 hari ini juga memerlukan stamina kerana perjalanan dari perkhemahan hingga ke jumrah adalah jauh, melalui terowong muassim. Kira-kira 3 hingga 6 km haru dilalui setiap hari, tak lupa juga kesesakan ketika melontar.

Selesai 3 hari tersebut, maka tinggal 2 lagi perkara tinggal sebelum selesai menunaikan haji - tawaf dan saei. Pada jemaah malaysia yang tertakluk dengan jadual penerbangan yang suntuk, mereka perlu segera menunaikan tawaf dan saei. Kepada mereka yang masih meunggun penerbangan pulang yang lame lagi, mereka boleh berehat dahulu sementara menunggu keadaan di sekitar kaabah yang penuh dengan lautan manusia. Kesempatan itu, di ambil sekali lagi untuk berjalan, melihat dan membeli di sekitar kota Makkah...

Rabu, Januari 26, 2005

Seperti Itu


Kenapa...?
Kenapa ..?

Aku tak paham dengan hidup aku sendiri
Kenapa aku seperti ini?
Kenapa aku begitu senang seperti ini
Sedangkan hakikatnya aku tidak inginkan seperti ini?
Kenapa aku begitu gemar seperti ini?
Dari dulu lagi gemar seperti ini?
Bilakah akan habis gemarku terhadap seperti ini?

Perlukah aku teruskan seperti ini?
Apakah natijahnya jika aku teruskan seperti ini?
Natijahnya pada diri aku?
Natijahnya pada hidup aku?
Akan gembirakah aku di akhir nanti?
Akan sedihkah aku di akhir nanti?
Aku sendiri tidak pasti

Kenapa jua aku ingin menjadi seperti mereka?
Apakah aku tidak seperti mereka?
Ya, mereka lain, aku lain
Sedarlah, sesungguhnya mereka adalah sama
Sedarlah, yang membezakan hanyalah cara
Mereka di sana ikut cara di sana
Aku di sini ikut cara di sini

Ah..
Benarlah jua garapannya sebelum ini*
Aku keseorangan sendiri
Aku hakikatnya sepi
Barang bagaimana dapat kulupakan 'seperti ini'?
Sedang tiada yang tampil menolak jauh 'seperti ini'
Atau aku yang tidak sedari?
Mungkin jua aku yang tidak sedari

Ah...
'Seperti ini' itu dapat digugurkan
Seperti gugurnya daun-daun kekeringan
Bersama kisah-kisahnya
Bersama fiil-fiilnya
Terima kasih tidak terhingga kepada seorang teman
Kupasti dengan sentuhannya
Yang tidak jemu-jemu menemani aku

Dapat menjadikan aku Seperti Itu.


ITD, IIUM

*5 Disember 2004

Selasa, Januari 25, 2005

AOM, GTA3 And NFSU

"Weh, study weh"

"Lek lu, online jap. Balik karang main game jap. Lepas tu baru study"

"Hehehe..."

Dasat sungguh penangan game. Acap dah jadik antu Age of Mythology, hari-hari main AOM, dah lekat dah die ngan laptop. Aku pun dah rase macam nak lekat dengan GTA3. NFSU baru donlod, beli mase kluar jumpe eb ari tu. Dasat, dasat, dasat sunggu game-game ni, best gile! Betul-betul memakan masa aku! Hoho!

Esok sambung balik midterm exam, exam comp. Tadi study sket-sket comp. Study 'sket-sket' tu sbb campur aduk ngan main game. Isk. Selalu plan nak study, study tu memang study, tapi sket. Banyak buat benda lain plak. Isk. Berusehelah azimin! 'Baik buat ape yang dirancang'!.

Isnin, Januari 24, 2005

Muk ajak makan kat Uthman. Pergi la sat nengok, walaupun aku dah makan. Karang ternampak makanan terasa nak makan lagi pulak? Hehe. Takpe lah.

Muk dengan zuhdi tengah makan. "Aku nak gi cc lepas ni.." lepas abes berita ni boleh pegi sat cc, lame siot tak online.

Datang pulak lias. "Weh ari tu kluar jumpe eby? Die fly mane? Ala.. ko kire gantikan aku la ari tu, kita kan sekampung.. hehehe". Juan dengan lemek dengan petet pulak muncul kat cafe tu. Lame dah tak makan ramai-ramai. Maybe next time...

Rabu, Januari 19, 2005

A Day of Dialogue And Monologue


9.30 am

Nak pos ke hadiah tu?

Atau nak kasik die nanti?

Bile nak kasik die?

Bila agaknya fizah nak kluar dengan eby? Boleh ikot skali, kasik pada dia...

Ikot? Haha. Sebok jek aku ni...


10.00 am

'(In phone call) Bile ko nak klua dengan eby nih?'

"Hari ni la.. kol 2 karang... jom la ikot"

'Ikot? Isk.. segan a aku nak ikot'

10.40 am

"Aku dekat parit jawa, makan dengan mak ayah aku. Lepas ni aku pergi bando"

'Ko pegi bando tu ngan mak ayah ko, abes aku?'

"Yela, mak ayah aku pegi jalan bando, aku jalan la dengan ko nanti"

'Ye ke? Ar, boleh la'


11.45 am

'Beli tike dulu la, yah'

"Em. Belilah"


12.10 pm

"Pukul brape nak balik ni?"

'Tatau la... lambat kot nak balik'

"Ayah nak balik cepat"

'Em, kalo dah pukul 2 tak call gak, ayah balik la dulu'


12.20 pm

"Nak jalan dengan kawan? Ar, pergilah"

'Pergi dulu ye mak cik..'


12.30 pm

'Ko ingat ni..?'

"(Smilling)"

'Aku nak kasik die nih, nak pergi carik sampul dulu, kotak ke..'

"Ko nak carik kotak? Ni, ko pergi je kedai-kedai hadiah tu, mesti adenye"


12.35 pm

'Amoi ar, ade kotak kasik ini masuk tak moi?'

"Ade, ade, banyak design punye"

"Lu mau kasik amoi ka ati?"

'Amoi ma...'

"Ar, ni punya, lu pilih la, banyak kaler ade"

'Weh, nak pilih mane satu ni firs? Aku bukannye reti nak kasik pempuan cemane?'

"Aku bukannye kenal kawan ko tu cemane. Ha, ko beli je pink nih"

'Weh tak boleh do, pink jambu'

'Kasik biru la moi'

'Cemane biru ni ok ke?'

"Boleh la kot.."

"Mesti boleh punye ma.. nanti ikat dengan reben merah lo.."

'Reben?'

"Reben? Peh ko jimin.. cenggini ko ek.."

Isk amoi ni.. biar betul nak letak reben.. kotak tu pun dah cantek.. cemane nak kasik eb nanti?

"Ni boleh letak dalam punye, kalau ade space, boleh letak kertas lo.."

"(Watching that amoi tying the ribbon, helplessly) Peh, cenggini ko jimin ek, aku pun dah menggalakkan dah"

'(Speechless at first) Tak pe la, sejak aku knal die, aku dah janji dengan die nak kasik macam-macam, tapi satu pun aku tak pnah kasik, sampai skarang. Ni kire last la aku nak kasik die before die fly..'

"Okeyh, sulah siap"

"(Grinning) Peh jimin.. orang ingat ape dalam kotak ni, coklat mahal-mahal ke"

Cantik gile. Takkan nak kasik eb macam ni? Ni dah macam valentine's day present dah ni. Nak kasik eb macam ni ke? Nak kasik depan fizah? Nak kasik depan kawan-kawan die?

'Patut ade kad tak a?'

"(Nodding)"


12.50 pm

"Ko tau ke die takde ni"

'Takde, takde. Aku dah tanye dah die ari tu die cakap die takde ni.'

'Ari tu aku ingat nak pos dari gombak jek. Tak sempat pulak'

'Kesian lak aku nengok ko, tepakse ikot aku, time kasih la eh. Ko kalo tanak balik awal, boleh la jugak temankan aku jumpe die orang'

"(Nodding)"

'Ni nak tulis ape kat kad ni? Aduh, pen pun takde.. isk..'

"(Laughing) Dah, dah, pergi beli pen, pergi"


1.00 pm

"Weh, aku balik dulu ah"

'Ar ye lah, terima kasih la temankan aku kejap tadi'

"(Smilling) Good luck"

'(Smilling)'


1.30 pm

'Weh ko nak datang pukul bape ni?'

"Pukul 2 la"

'Ko datang awal sikit boleh? Aku nak balik. Lagipun aku segan nak jumpe skali ngan kawan-kawan skolah ko. Rasa macam nyebok jek'

"Ala, mane ade, tak ramai la, aku ngan fizah je"

'Ye ke? Fizah kate ramai?'

"Ye ke? Ntah, tatau la kalo die ajak ramai lagi. Kenape ko nak cepat sangat ni?"

'Aku nak balik! (Laughing) Takpe-takpe, nanti ko da sampai nanti ko miscal ah'


2.00 pm

"Kejap.. Kejap.."

'Ko dah sampai ke?'

"Aku on the way, tengah jalan kaki dari basten. Eby dah sampai eh?"

'Belum, die lambat lagi. Kat mcd eh?'

"Haa.."


2.05 pm

"Selamat tengahari, name saya rafidah,"

'Ha? Rafidah? Aaa.. Rafidah, saya nak makan sini.. ape yang terbaru ade kat sini?'

"Prosperity burger.."

'Oo eh? Ni air ape ni skali dengan burger ni?'

"*&(*^*$%^#("

'O eh? Boleh saya nak beli set lain tapi nak air prosperity burger nih?'

"Boleh.. tapi kene tambah duet la"

'Aaa... kasik.. mcdelu.. eh tanak.. kasik ayam goreng mcd ar.. regular'

"Okeyh.. RM 8.96"


2.05 pm

Eh, fizah dah sampai. Pakai baju putih. Sorang je die? Duduk meje jauh sikit ah. Heh heh heh

Cemane nak kasik kat eb ni ek. Die datang lambat plak. Sure kawan-kawan die datang dulu, baru die sampai

Nak kasik mase makan nanti? Ape plak kate kawan-kawan die nanti? Dah la aku akan menjadi bengang. Die pun mungkin jadi malu gak nanti


"Eeii! Ape la kau!"

'(Smilling)'

Em, fizah ade bawak beg.. die bawak hadiah jugak ke?

Ape kate kalo pos je... Nak pos ke?

Pos ke, by hand, pos ke by hand, pos ke by hand..

Datang dah kawan die... Nak duduk dengan dieorang ke ni? Isk..


"(In phone call) Duduk la sini..."

'Tak nak, segan'

"Nak segan ape.."

'Aku bukan budak skola ko pun..'

"Ape die? Tak denga.."

'Budak laki due orang tu tau ke aku sekali dengan ko?'

"Tak denga la"

'Heh.. Segan.. segan..'

Lambat pulak eby nih.. Mampukah aku nak jumpe eby? Aku kasik hadiah kat die? Sape aku nak kasik hadiah kat die? Perempuan kedua yang dapat hadiah dari aku.. Dulu kasik pen kat mak mase mother's day mase sekolah rendah... Mula-mula mak pakai gak pen tu, tapi akhirnya aku yang pakai pen tu.

Dulu, mase janji 1st time nak kasik hadiah kat eby, mase die pergi anugerah semsas, nak kasik keychain uia a kununnye. Dah beli, sampul pun dah cantek. Tak jadik kasik pun. Aku jugak yang pakai keychain tu akhirnya sampai la skarang


"(In phone call, again) Eby datang lambat sikit die kate"

'Haa..'

"Duduk la sini..."

'Tak nak, aku nak cakap ape je nanti ngan kawan-kawan ko? nanti aku dok diam je..'

"Tak denga la... ko dok sini je la!"

'Tak nak..'

"Bencila ko.."

'Heh'

'Yela, yela, nanti kejap lagi eby datang aku pegi kat ko'

"Ko ni.."

'Yela, aku pegi la kat ko ni..'

'(Smilling patheticly) Boleh duduk sini?'

"(Smilling of annoy) ... "

'Mane kawan-kawan ko pergi tadi?'

"Pergi 'cuci mata'"

Lapang rasa dada, ade jugak kawan nak bercakap. Keluar gak cerite-cerite kawan lama. Ni becakap ngan fizah ni kire ganti la telefon rumah dah takde.. heh heh. Aku tak bleh hidup tanpa bercakap. Hoho


2.50 pm

Eby... lame tak nengok die...

'Ko knal die?'

"Sape?"

"Eeih!"

"Sorry la lambat.."

Baju biru ye die pakai. Same plak ngan kotak nih


4.00 pm

Lama siot duduk sini. Tapi rase macam tak lame plak. Macam-macam kite cerita, tanya itu ini. Naseb baik kawan sekolah minah dueorang ni layan jugak la becakap. Eby.. dah agak dah, tak banyak becakap ngan die, cakap lebih kat fizah plak. Ape je aku nak tanye eby? Semue kisah die aku dah tau. Yang baru tau die pakai kontek lens, kasut die nampak baru, pakai stokin katun-katun. Heheh. But then, soklan-soklan aku tadi seme aku penah tanye. Tanye jek la lagi daripada dok diam..


4.10 pm

"Kite orang balik dulu lah"

'Ar, ye, ye, jumpe lagi'

"Kite pasni nak pergi mane?"

"Kau nak balik bile?"

'Korang balik, aku pun balik ah'

Nak naik ape balik ni ha? Bas lian hoe? Tunggu macam nak mampus pun belum tentu ade bas tuh.. Teksi? Cemane nih.. Payah betul takde kete.. Huh

"Kalau ade kete, boleh pergi tanjung ek"

"Ha ah ek, lame tak pergi tanjung"

Alahai... kenape lah kete kelabu tu tak de road tax skarang? Kenape sekarang? Nyesal gile tak mintak road tax kete kat abang sebelum balik ari tu. Ingatkan abang balik. Proton cuti lame ape.. Tak balik lak die. Kenape la skarang ni baru takde road tax? Kalau tak boleh la aku bawakkan... isk

'Ko lepas ni nak pergi mane'

"(Gazing at fizah) Pergi.... window shopping! Chey.."

Rasa macam tak nak balik jek. Dok rumah aku macam patung depan tv. Mulut pun bersuara masa malam, bual-bual dengan ayah, siang ayah selalu dengan pokok-pokok die. Ni merasa beborak lama ni rasa macam tak nak henti je..


4.30 pm

'Kate nak gi shopping?'

"Ar, jom arh"

"Ko? balik ke?"

'Ar, aku balik arh,'

"Jom.."

Laju je budak due orang tu pegi. Mane lak die orang ni? Nak kasik ke? Nak pos? Kasik? Segan siot..

'(In phone call)Weh, ko kat mane? laju je ko pegi. Aku nak kasik ko barang'

"Aku dah naik tingkat due ni. Barang? Ar yelah, jumpe kat bawah.."


'Ni barang aku nak kasik.. ambik lah'

"Ar? Ape ni? Takpe ke?"

Fuh.. seb baik die ambik

'Takpe, ambikla, aku kasik, hadiah'

"Betul ke ni? Takpe ke? Eh, susah-susah je"

'Takpe, bukakla dalam kapal terbang nanti, jage diri baik-baik, jumpe lagi 4 tahun'

"Thanx la ek.."

'Okeyh..'

Macam tu je kasik? Tak cakap ape lagi? Apsal aku tak cakap lagi? Apsal tak cite hadiah untuk ape? Takpe, sepatah kata firs, 'niat ko baikkan? takpela..'. (Sighing deeply inside in the heart..)

Selasa, Januari 18, 2005

...
Lama kutunggu untuk berkasih
Rindu kasih untuk berkasih
...

The first 4 days. Felt empty. Felt null. The life was very dull. There was nothing that i could do that i would feel living in gombak. It is true. Sometimes we do be thankful not. Always, maybe. When time is needed, we really demand for it. And we meant to demand. We have complained that time envy us, time do not wait for us, time is evil. But then, there will be time when we contrarily demand to have no time. There will be time when we complain, 'why is the time so long?'. There will be time when we found ourselves have plenty of time. We then demand for things to do for the time is too long for us to get through...


Late was the hour that i woke up everyday, and that is not i meant to be. What about the plan to tuning the sleeping time? What about the time that i spent in the sleepless night due to too much sleeping? It was wasted.

But then, there were some things that i would like to do. Not a good thing to do, and some will say 'buang mase je, baik dok rumah tolong kemas-kemas rumah ke, ape ke,'. Not a bad thing to do, and some will say ' boleh tengok dunia, jumpa-jumpa orang, boleh beli barang sikit'.

Tapi ayah macam tak kasik je. Isk2. Kereta aku pulak dah takde road tax. Road tax baru pada abang. Abang pulak gaya macam tak balik je raya haji ni. Isk. Kereta ayah? Bagai pungguk rindukan bulan. Rasa macam nak menjerit je. Tadi dah menjerit dah tengahari tadi masa ayah takda kat rumah. Hoho!



Trivia Haji 5

Jemaah haji malaysia telah mula berangkat ke Arafah secara berperingkat-peringkat hari ini. Dulu aku gerak masa lepas maghrib. "Hari ini masjid menjadi milik kita (muahahaha)", aku ingat lagi kata-kata rumet aku kat mekah, lecturer utm. Memang betul. Hari sebok dengan bas dan pickup truck itu sememangnya memberikan peluang untuk sesetengah jemaah haji yang belum bertolak untuk bersenggang di masjid yang sebelum ini penuh sesak.

Selepas solat maghrib memakai pakaian ihram, terus naik bas menuju ke arafah. Arafah tak jauh, sekadar kurang 10 kilometer dari kota Makkah. Tapi dek beratus-ratus bas menuju ke destinasi yang sama, perjalanan dirasakan sejauh 100 km! Dalam keadaan seperti itu, pelbagai perkara boleh berlaku. Yang biasa berlaku adalah tidak dapat mencari maktab(kawasan perkhemahan) masing-masing. Ada yang sampai berjam-jam nak mencari. Yang penting adalah mencari mengikut panduan bendera-bendera negara dan nombor pada sesebuah maktab.

Di Arafah, segalanya persis perkhemahan pengakap. Segalanya terhad, air, tandas, kawasan sendiri di dalam khemah. Di situlah aku mencatatkan suhu tertinggi, 42 degree celcius! Badan sentiasa berpeluh-peluh. Angin dari kipas-kipas di dalam khemah menampar-nampar badan yang sedia panas. Itulah dugaan Allah. Besar pahalanya kalau kita memperbanyakkan zikir dan talbiah sepanjang waktu wukuf di Arafah tu. Masa tidak patut dilepaskan begitu sahaja dengan berborak-borak dengan jemaah lain, atau berjalan sekitar kawasan perkhemahan. Lagipun, adalah langkah kurang bijak untuk keluar jauh dari khemah kediaman kerana lorong-lorong antara khemah adalah mengelirukan, mungkin sukar untuk mencari jalan kembali. Kebanyakan jemaah malaysia telahpun pergi melawat jabal Rahmah ketika mengikuit rombongan sebelum bergerak ke arafah lagi. Ketika waktu kemucak wukuf, keadaan di bukit Rahmah itu putih belaka dengan pakaian ihram jemaah, sunggu ramai yang berpusu ke bukit itu.

Selesai zikir di Arafah, jemaah bergerak ke Mina secara berperingkat bermula selepas maghrib. Jemaah singgah sebentar di Muzdalifah, di pertengahan jalan antara Arafah dan Mina. Di situ, jemaah mengutip ketulan batu-batu kecil untuk dibuat bekalan melontar pada keesokan hari di jumraat di Mina. Ini di panggil 'mabit' ataupun berhenti seketika pada waktu malam. Ada juga jemaah yang tidur di muzdalifah, mengikut sunnah Rasulullah.

Esok hari raya aidiladha. Esok juga hari melontar Jumratul Aqabah. Esok juga hari bertahallul. Esok jua hari melepaskan ihram.

Jumaat, Januari 14, 2005

Nodal analysis. Thevenin's and Norton's equivalent circuit. Maximum power. Semua aku dah cover gile-gile nye petang tadi. Pagi tadi dah jumpe tutor, jafar sadiq, mintak die tunjuk sikit-sikit soklan midterm. I entered the exam hall confidently, expecting to get good result on this paper.

But then, those topics that i covered thoroughly were the questions that i really don't have any idea how to do. I did not give the answers for 3 questions, on Thevenin's and Norton's equivalent circuit and Maximum power and nodal analysis. Just giving some pathetic works, hoping to get the method marks.

Kenape? Kenape? 'Wa makaru wa makarallah, wallahu khairu makirin'.

Esok balik. Road tax kete kat rumah dah mati. Muk ajak jalan-jalan muo ahad ni. Potong btol la road tax! Huh.

Rabu, Januari 12, 2005



Pasar Oh Malam!


Dulu dekat matric, first time pergi pasa malam, mase malam2, lepas maghrib. Lepas-lepas tu, pergi pasa malam petang2, dalam kol 6 ke. Ni kat gombak ni baru malam tadi sempat pergi pasa malam, setelah setengah sem diharungi. 1st time pergi kat sini malam-malam gak. Tu pun sempat pergi sebab halaqah kensel malam ni. So bebudak ni ajak pegi pasa malam. Jalan kaki pergi tadi. Jauh siot. Aku rase lepas ni memang susah ar nak ade muke aku kat pasa tu, melainkan ade orang ajak naik kete ke, moto ke, sebab takde pe sangat yang best. Kalo dekat matric dulu memang tak boleh miss pasa, every week pegi. Dah le dekat, memacam ade plak tu. Orang plak slalu ramai, sampai jammed tak boleh nak jalan kat tengah2 pasa tu. Kat gombak ni, bese-bese jek, kalo setakat nak pegi semata-mata nak beli nasik ayam ke, memang aku tak pergi ar.





Trivia Haji 4



Kaabah. Struktur rumah ibadah yang pertama di dunia. Pertama kali melihatnya aku terpaku. Indah. Melihatnya sahaja pun dapat pahala. Kalau aku solat fardhu di kawasan lapang di tengah-tengah masjid, pasti aku memandang Kaabah. Sungguh damai, menenangkan. Salah satu sebab aku merasa tak mahu meninggalkan kota makkah, untuk melihat Kaabah setiap hari.

Kaabah dari segi fizikal boleh dikatakan besar. Setinggi bangunan 3 tingkat, berbentuk kiub, dan terdapat haruman pada batu binaannya. Orang ade cerita, setiap bulan atau period2 tertentu, akan ade pihak berkuasa makkah hadir untuk 'memandikan' Kaabah dengan haruman-haruman. Kelambu Kaabah kadang-kadang di singkatkan ke atas, mungkin mengelak dari sebahagian jemaah haji yang taksub mengesat-ngesat muke pada kelambu Kaabah itu. Yang paling utama, Hajarul Aswad. Sayang aku tak berkesempatan mengucupnya.

Pada musim haji, terutama apabila tiba kemuncaknya, even pihak tabung haji tidak menggalakkan jemaah malaysia attemp mengucupnya. Jemaah haji berebut-rebut untuk sekurang-kurangnya menyentuh batu suci itu. Ada yang lemas. Pergaulan lelaki dan wanita sudah tidak terkawal. Selain Hajarul aswad, ada juga makam Ibrahim dan hijr Ismail. Dulu mase kecik-kecik aku ingatkan due-due tu memang betul makam dalam bahase kita (thomb), dah pegi nengok sendiri baru tau yang makam Ibrahim tu adalah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim. Yang Hijr Ismail tu.. tak pasti.. Tapi yang pasti, semasa tawaf, jangan sekali-kali masuk celah hijr Ismail sbb hijr Ismail adalah sebahagian daripada Kaabah.

Sebelum tunggu waktu kemuncak di arafah, jemaah haji biasanya takkan melepaskan peluang menunaikan umrah. Ada yang sampai mampu melakukan umrah 2 kali sehari, pagui selepas suboh, kemudian malam selepas maghrib. Secara purata, ibadah umrah boleh selesai ditunaikan selama kira-kira 2 jam. 2 jam setengah kalau termasuk miqat di luar tanah haram. Tempat miqat terdekat terletak 10 minit perjalanan dari tanah haram (5 riyal pergi balik menaiki van sewa seorang). Selepas miqat sebentar di situ, terus pulang ke masjid dan memulakan tawaf. Sejam sudah, saei pulak ditunaikan.

Aktiviti-aktiviti lain dilakukan para jemaah, seperti di madinah, window shopping dan jalan-jalan. Sampai ade yang sesat. Tapi dengan kemudahan tabung haji yang menyediakan pegawai di merata tempat sekitar kota suci ini, juga pengenalan diri jemaah malaysia, insyaAllah, boleh cari jalan pulang. Paling ramai dan mudah dilihat di kota ini adalah jemaah indonesia. Kebanyakannya masih muda remaja. Kebanyakannya newly weds. Juga terdapat indonesians yang memang dah bertapak lame di mekah. Ini dibuktikan dengan ade nya akhbar tabloid berbahasa indonesia di jual di mekah.

Paling utama, dan paling seronok, adalah menunaikan solat berjemaah di masjid. Rugi kalau kita tak pergi solat jemaah kat masjid. 100 000 kali ganda pahalanya solat di Masjidil Haram. So, most jemaah isik la masa yang ada dengan beriktikaf di masjid, sehinggalah tiba waktu kemuncak, di arafah nanti...

Ahad, Januari 09, 2005



Rindu Oh Jelous!



Rindu pada suasana bilik 116 kat matric mase 1st sem dulu. Sungguh bersepah tapi harmoni. Pemandangan masjid yang penuh keinsafan. Huru-hara budak bilik membuat someone pasti ketawa. 2 sem duduk situ rase tak puas. Macam-macam pengalaman dipelajari. Jelous pada orang yang duduk bilik tu skarang.

Rindu pada tugasan-tugasan semase sem 2 kat matric dulu. Treasurer grand dinner yang paling aku tak lupe, penuh rintangan tetapi memberikan pengalaman berharga. Jelous aku pada dein, farouq dan yang lain-lain dekat matric, ada masa nak join event besar-besar.

Rindu aku amat sangat pada miscal subuh. Dari awal sem 3 kat matric sampailah die fly, dayah miscal kejut aku suboh tiap-tiap pagi. Hampir 6 bulan suboh aku terjaga. Jelous? Nak jelous pada sape? Jelous la pada orang yang boleh bangun sendiri solat suboh berjemaah kat musolla. Isk.

Rindu pada public phone kolej mase kat matric dulu waktu-waktu aku telefon die. Mase sem 3 kat matric dulu tiap-tiap minggu call tanpa jemu. Walaupun aku nak tepuk tangan sebelah lagi tak kene-kene tapi aku seronok. Masuk gombak dah tak dapat nak carik masa telefon die. Sampai la die nak fly next month. Tempoh perbualan dengan die terlalu lama, macam-macam yang dikongsi bersama. Pasti aku kene menahan rindu untuk 4 tahun lagi. Jelous? Ye, jelous, amat jeles. Die dapat tempat at the best university in aussie. More important, die dapat fly.

Rindu pada suasana bilik 211 mase final sem kat matric dulu. Siap masuk calon bilik, to be specific (heh heh), compartment terceria hisbah imam muslim. Tidor sedap. Tiap-tiap petang, pukul 6, layan cd burn inteam 04 sambil nengok orang main bola kat padang dari tingkap bilik. Malam-malam speaking english ngan hosni, discuss pasal various issues yang best-best. Jelous aku kat budak yang duduk kat compartment aku skarang. Die ubahsuai keceriaan bilik menjadi lagi ceria. 3 kali pergi matric dah masuk gombak ni, 3 kali jugak aku merasa baring atas katil compartment budak tu.

Rindu aku pada perjalanan di matric. Belajar seronok. Pergi kelas seronok. Buat kerja, assignment seronok, nak dekat exam, discuss dengan member-member kat abc. Hujung minggu boleh keluar suke ati (mase 1st year ar..), foye-foye nengok wayang, sesat-sesat jalan keliling kl, shopping tak ingat dunie. Kadang-kadang pergi um jogging, rindu pula pada suasana pagi kat um mase jogging. Isk.


Rasa macam nak masuk matric balik jek...

"Sometimes you feel like you want to quit, especially when you are in the third year. Feels like you want to leave everything and go back and sleep."

Suvad Salman, tutor calculus.

Sabtu, Januari 08, 2005

Hujan. Rain. Al-Matr. Semuanya sama. Hari ini boleh dikatakan hujan sepanjang hari. Sejuk. Pagi tadi masa kelas EC i went out of da class a couple of time, tak tahan sejuk air-cond dalam kelas. Water cooler kat luar kelas tu dijadikan heater tangan aku yg macam nak beku. Bila kelas dah abes, still hujan lagi. Pergi kelas tadi naik basikal acap, sebab dah lambat dah. Pukul 10.25 baru siap nak pegi kelas kol 10.30. "Redah jek," mok kate, "takkan nak tunggu hujan berenti, sampai bile?". Betul gak. Hujan yang tak lebat macam ni susah nak berenti. Redah...

Basah lencun aku. Teringat masa sekolah agama petang dulu redah hujan balik rumah dari skolah naik basikal. Seluar putih baju putih dah jadik coklat redah lecak. Sampin pun dah rupe macam kain batik. Hehe. Nasib baik tadi takde lecak yang tak boleh dielak. Tapi memang boleh perah setengah baldi gak ar baju dengan seluar aku tu. Sampai bilik terus mandi takut demam. Acap demam dah 3 hari dah. Kesian dia takde mood nak buat keje. Aku pun 'terpakse' ah join tak buat keje. Hakhak!

Sampai petang hujan. Rasa sejuk macam dok kat uk jek. Hoho. Tido pun sedap. Tapi aku tak tido. Taktau kenape. Badan macam dah tune 1 hari tido 6 jam. Walopun tido 6 jam nampak macam sikit, tapi still suboh aku tak terjage. Damn how i miss suboh miscal dayah. Still dalam proses tuka tune tido. Target waktu tido : 12 malam sampai 6.30 pagi.

Exam midsem start isnin ni. Dulu kalau kat matric dah pikir nak balik je dah. Tapi kat sini cam takde mase nak pikir balik. Drawing. Lab reports. Assignment math. Pspice. Nak pikir pasal exam pun macam tak sempat. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menuntut ilmu di taman ilmu dan budi yang serba mencabar ini.