Hujan. Rain. Al-Matr. Semuanya sama. Hari ini boleh dikatakan hujan sepanjang hari. Sejuk. Pagi tadi masa kelas EC i went out of da class a couple of time, tak tahan sejuk air-cond dalam kelas. Water cooler kat luar kelas tu dijadikan heater tangan aku yg macam nak beku. Bila kelas dah abes, still hujan lagi. Pergi kelas tadi naik basikal acap, sebab dah lambat dah. Pukul 10.25 baru siap nak pegi kelas kol 10.30. "Redah jek," mok kate, "takkan nak tunggu hujan berenti, sampai bile?". Betul gak. Hujan yang tak lebat macam ni susah nak berenti. Redah...
Basah lencun aku. Teringat masa sekolah agama petang dulu redah hujan balik rumah dari skolah naik basikal. Seluar putih baju putih dah jadik coklat redah lecak. Sampin pun dah rupe macam kain batik. Hehe. Nasib baik tadi takde lecak yang tak boleh dielak. Tapi memang boleh perah setengah baldi gak ar baju dengan seluar aku tu. Sampai bilik terus mandi takut demam. Acap demam dah 3 hari dah. Kesian dia takde mood nak buat keje. Aku pun 'terpakse' ah join tak buat keje. Hakhak!
Sampai petang hujan. Rasa sejuk macam dok kat uk jek. Hoho. Tido pun sedap. Tapi aku tak tido. Taktau kenape. Badan macam dah tune 1 hari tido 6 jam. Walopun tido 6 jam nampak macam sikit, tapi still suboh aku tak terjage. Damn how i miss suboh miscal dayah. Still dalam proses tuka tune tido. Target waktu tido : 12 malam sampai 6.30 pagi.
Exam midsem start isnin ni. Dulu kalau kat matric dah pikir nak balik je dah. Tapi kat sini cam takde mase nak pikir balik. Drawing. Lab reports. Assignment math. Pspice. Nak pikir pasal exam pun macam tak sempat. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menuntut ilmu di taman ilmu dan budi yang serba mencabar ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan