Keluar
Topek sms aku hari tu. Topek sms aku? Lame siot tak dengo cite. Ape tah mimpi die sms aku. Die ajak kleuar pegi times square(TS) esok. "Gsc baru bukak kat sane" kate die. Wa.. TS, boleh gak. Tapi nak keluar ngan sape? Aku ngan die je? Takkan die nak kluar ngan aku je? Ingat aku awek die? Hahaha. Ajak firs. Tatau die nak ikot tak nak. Kejap macam nak ikot. Kejap macam tanak.
TS ni memang dari mase short sem kat matric lagi budak bilik aku kat matric plan nak pegi. Ingat lagi, ahsan sanggup tunggu aku abes muet nak pegi TS same-same (ye ke?) hehe. Tetiba lak mase aku tengan nak start exam kol 9 tadi ahsan sms. "Wei tak kluar ke?". Haha. 'Aku nak exam do..'. Nak keluar ke?
Trivia Haji 6
Orang malaysia da start balik dari Mekah dah ni. Da beberapa flight sampai kat klia. Sambung cite, lepas wukuf kat Arafah and bermabit kat Muzdalifah, destinasi seterusnya adalah Mina. Di Mina, pada hari pertama atau pun Aiduladha, jemaah haji akan melakukan lontaran di jumrah Aqabah, jumrah yang paling hujung dari kawasan perkhemahan. Jumrah yang unik, dengan kawasan lontarannya adalah berbentuk semibulatan berbanding jumrah lain yang berbentuk bulatan. Di belakang jumrah ini dahulunya terdapat sebuah bukit. Kini, bukit itu telah ditarah, oleh itu membuat lontaran dari bahagian lurus semibulatan (diameter bulatan) is a false throw.
Selepas selesai menunaikan lontaran itu (jemaah haji malaysia digalakkan melontar pada waktu malam instead of waktu yang disunatkan - waktu dhuha, untuk mengelakkan kesesakan ketika melontar. Pada waktu inilah, sudah bertahun-tahun, ramai jemaah haji telah mati dipijak, atau sesak nafas), mereka bertahlul, maka terlepas lah jemaah dari tanggungan ihram...
3 hari berikutnya, lontaran ketiga-tiga jumrah akan menjadi rutin jemaah. Jemaah malaysia kebanyakannya akan melontar pada waktu malam. Terdapat ramai pegawai tabung haji berada di mana-mana menjulang jalur gemilang bagi memudahkan perjalanan jemaah malaysia. 3 hari ini juga memerlukan stamina kerana perjalanan dari perkhemahan hingga ke jumrah adalah jauh, melalui terowong muassim. Kira-kira 3 hingga 6 km haru dilalui setiap hari, tak lupa juga kesesakan ketika melontar.
Selesai 3 hari tersebut, maka tinggal 2 lagi perkara tinggal sebelum selesai menunaikan haji - tawaf dan saei. Pada jemaah malaysia yang tertakluk dengan jadual penerbangan yang suntuk, mereka perlu segera menunaikan tawaf dan saei. Kepada mereka yang masih meunggun penerbangan pulang yang lame lagi, mereka boleh berehat dahulu sementara menunggu keadaan di sekitar kaabah yang penuh dengan lautan manusia. Kesempatan itu, di ambil sekali lagi untuk berjalan, melihat dan membeli di sekitar kota Makkah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan