Pasar Oh Malam!
Dulu dekat matric, first time pergi pasa malam, mase malam2, lepas maghrib. Lepas-lepas tu, pergi pasa malam petang2, dalam kol 6 ke. Ni kat gombak ni baru malam tadi sempat pergi pasa malam, setelah setengah sem diharungi. 1st time pergi kat sini malam-malam gak. Tu pun sempat pergi sebab halaqah kensel malam ni. So bebudak ni ajak pegi pasa malam. Jalan kaki pergi tadi. Jauh siot. Aku rase lepas ni memang susah ar nak ade muke aku kat pasa tu, melainkan ade orang ajak naik kete ke, moto ke, sebab takde pe sangat yang best. Kalo dekat matric dulu memang tak boleh miss pasa, every week pegi. Dah le dekat, memacam ade plak tu. Orang plak slalu ramai, sampai jammed tak boleh nak jalan kat tengah2 pasa tu. Kat gombak ni, bese-bese jek, kalo setakat nak pegi semata-mata nak beli nasik ayam ke, memang aku tak pergi ar.
Trivia Haji 4
Kaabah. Struktur rumah ibadah yang pertama di dunia. Pertama kali melihatnya aku terpaku. Indah. Melihatnya sahaja pun dapat pahala. Kalau aku solat fardhu di kawasan lapang di tengah-tengah masjid, pasti aku memandang Kaabah. Sungguh damai, menenangkan. Salah satu sebab aku merasa tak mahu meninggalkan kota makkah, untuk melihat Kaabah setiap hari.
Kaabah dari segi fizikal boleh dikatakan besar. Setinggi bangunan 3 tingkat, berbentuk kiub, dan terdapat haruman pada batu binaannya. Orang ade cerita, setiap bulan atau period2 tertentu, akan ade pihak berkuasa makkah hadir untuk 'memandikan' Kaabah dengan haruman-haruman. Kelambu Kaabah kadang-kadang di singkatkan ke atas, mungkin mengelak dari sebahagian jemaah haji yang taksub mengesat-ngesat muke pada kelambu Kaabah itu. Yang paling utama, Hajarul Aswad. Sayang aku tak berkesempatan mengucupnya.
Pada musim haji, terutama apabila tiba kemuncaknya, even pihak tabung haji tidak menggalakkan jemaah malaysia attemp mengucupnya. Jemaah haji berebut-rebut untuk sekurang-kurangnya menyentuh batu suci itu. Ada yang lemas. Pergaulan lelaki dan wanita sudah tidak terkawal. Selain Hajarul aswad, ada juga makam Ibrahim dan hijr Ismail. Dulu mase kecik-kecik aku ingatkan due-due tu memang betul makam dalam bahase kita (thomb), dah pegi nengok sendiri baru tau yang makam Ibrahim tu adalah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim. Yang Hijr Ismail tu.. tak pasti.. Tapi yang pasti, semasa tawaf, jangan sekali-kali masuk celah hijr Ismail sbb hijr Ismail adalah sebahagian daripada Kaabah.
Sebelum tunggu waktu kemuncak di arafah, jemaah haji biasanya takkan melepaskan peluang menunaikan umrah. Ada yang sampai mampu melakukan umrah 2 kali sehari, pagui selepas suboh, kemudian malam selepas maghrib. Secara purata, ibadah umrah boleh selesai ditunaikan selama kira-kira 2 jam. 2 jam setengah kalau termasuk miqat di luar tanah haram. Tempat miqat terdekat terletak 10 minit perjalanan dari tanah haram (5 riyal pergi balik menaiki van sewa seorang). Selepas miqat sebentar di situ, terus pulang ke masjid dan memulakan tawaf. Sejam sudah, saei pulak ditunaikan.
Aktiviti-aktiviti lain dilakukan para jemaah, seperti di madinah, window shopping dan jalan-jalan. Sampai ade yang sesat. Tapi dengan kemudahan tabung haji yang menyediakan pegawai di merata tempat sekitar kota suci ini, juga pengenalan diri jemaah malaysia, insyaAllah, boleh cari jalan pulang. Paling ramai dan mudah dilihat di kota ini adalah jemaah indonesia. Kebanyakannya masih muda remaja. Kebanyakannya newly weds. Juga terdapat indonesians yang memang dah bertapak lame di mekah. Ini dibuktikan dengan ade nya akhbar tabloid berbahasa indonesia di jual di mekah.
Paling utama, dan paling seronok, adalah menunaikan solat berjemaah di masjid. Rugi kalau kita tak pergi solat jemaah kat masjid. 100 000 kali ganda pahalanya solat di Masjidil Haram. So, most jemaah isik la masa yang ada dengan beriktikaf di masjid, sehinggalah tiba waktu kemuncak, di arafah nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan