Cari Blog Ini

Selasa, Januari 18, 2005

...
Lama kutunggu untuk berkasih
Rindu kasih untuk berkasih
...

The first 4 days. Felt empty. Felt null. The life was very dull. There was nothing that i could do that i would feel living in gombak. It is true. Sometimes we do be thankful not. Always, maybe. When time is needed, we really demand for it. And we meant to demand. We have complained that time envy us, time do not wait for us, time is evil. But then, there will be time when we contrarily demand to have no time. There will be time when we complain, 'why is the time so long?'. There will be time when we found ourselves have plenty of time. We then demand for things to do for the time is too long for us to get through...


Late was the hour that i woke up everyday, and that is not i meant to be. What about the plan to tuning the sleeping time? What about the time that i spent in the sleepless night due to too much sleeping? It was wasted.

But then, there were some things that i would like to do. Not a good thing to do, and some will say 'buang mase je, baik dok rumah tolong kemas-kemas rumah ke, ape ke,'. Not a bad thing to do, and some will say ' boleh tengok dunia, jumpa-jumpa orang, boleh beli barang sikit'.

Tapi ayah macam tak kasik je. Isk2. Kereta aku pulak dah takde road tax. Road tax baru pada abang. Abang pulak gaya macam tak balik je raya haji ni. Isk. Kereta ayah? Bagai pungguk rindukan bulan. Rasa macam nak menjerit je. Tadi dah menjerit dah tengahari tadi masa ayah takda kat rumah. Hoho!



Trivia Haji 5

Jemaah haji malaysia telah mula berangkat ke Arafah secara berperingkat-peringkat hari ini. Dulu aku gerak masa lepas maghrib. "Hari ini masjid menjadi milik kita (muahahaha)", aku ingat lagi kata-kata rumet aku kat mekah, lecturer utm. Memang betul. Hari sebok dengan bas dan pickup truck itu sememangnya memberikan peluang untuk sesetengah jemaah haji yang belum bertolak untuk bersenggang di masjid yang sebelum ini penuh sesak.

Selepas solat maghrib memakai pakaian ihram, terus naik bas menuju ke arafah. Arafah tak jauh, sekadar kurang 10 kilometer dari kota Makkah. Tapi dek beratus-ratus bas menuju ke destinasi yang sama, perjalanan dirasakan sejauh 100 km! Dalam keadaan seperti itu, pelbagai perkara boleh berlaku. Yang biasa berlaku adalah tidak dapat mencari maktab(kawasan perkhemahan) masing-masing. Ada yang sampai berjam-jam nak mencari. Yang penting adalah mencari mengikut panduan bendera-bendera negara dan nombor pada sesebuah maktab.

Di Arafah, segalanya persis perkhemahan pengakap. Segalanya terhad, air, tandas, kawasan sendiri di dalam khemah. Di situlah aku mencatatkan suhu tertinggi, 42 degree celcius! Badan sentiasa berpeluh-peluh. Angin dari kipas-kipas di dalam khemah menampar-nampar badan yang sedia panas. Itulah dugaan Allah. Besar pahalanya kalau kita memperbanyakkan zikir dan talbiah sepanjang waktu wukuf di Arafah tu. Masa tidak patut dilepaskan begitu sahaja dengan berborak-borak dengan jemaah lain, atau berjalan sekitar kawasan perkhemahan. Lagipun, adalah langkah kurang bijak untuk keluar jauh dari khemah kediaman kerana lorong-lorong antara khemah adalah mengelirukan, mungkin sukar untuk mencari jalan kembali. Kebanyakan jemaah malaysia telahpun pergi melawat jabal Rahmah ketika mengikuit rombongan sebelum bergerak ke arafah lagi. Ketika waktu kemucak wukuf, keadaan di bukit Rahmah itu putih belaka dengan pakaian ihram jemaah, sunggu ramai yang berpusu ke bukit itu.

Selesai zikir di Arafah, jemaah bergerak ke Mina secara berperingkat bermula selepas maghrib. Jemaah singgah sebentar di Muzdalifah, di pertengahan jalan antara Arafah dan Mina. Di situ, jemaah mengutip ketulan batu-batu kecil untuk dibuat bekalan melontar pada keesokan hari di jumraat di Mina. Ini di panggil 'mabit' ataupun berhenti seketika pada waktu malam. Ada juga jemaah yang tidur di muzdalifah, mengikut sunnah Rasulullah.

Esok hari raya aidiladha. Esok juga hari melontar Jumratul Aqabah. Esok juga hari bertahallul. Esok jua hari melepaskan ihram.

Tiada ulasan: