Cari Blog Ini

Jumaat, Januari 14, 2005

Nodal analysis. Thevenin's and Norton's equivalent circuit. Maximum power. Semua aku dah cover gile-gile nye petang tadi. Pagi tadi dah jumpe tutor, jafar sadiq, mintak die tunjuk sikit-sikit soklan midterm. I entered the exam hall confidently, expecting to get good result on this paper.

But then, those topics that i covered thoroughly were the questions that i really don't have any idea how to do. I did not give the answers for 3 questions, on Thevenin's and Norton's equivalent circuit and Maximum power and nodal analysis. Just giving some pathetic works, hoping to get the method marks.

Kenape? Kenape? 'Wa makaru wa makarallah, wallahu khairu makirin'.

Esok balik. Road tax kete kat rumah dah mati. Muk ajak jalan-jalan muo ahad ni. Potong btol la road tax! Huh.

Rabu, Januari 12, 2005



Pasar Oh Malam!


Dulu dekat matric, first time pergi pasa malam, mase malam2, lepas maghrib. Lepas-lepas tu, pergi pasa malam petang2, dalam kol 6 ke. Ni kat gombak ni baru malam tadi sempat pergi pasa malam, setelah setengah sem diharungi. 1st time pergi kat sini malam-malam gak. Tu pun sempat pergi sebab halaqah kensel malam ni. So bebudak ni ajak pegi pasa malam. Jalan kaki pergi tadi. Jauh siot. Aku rase lepas ni memang susah ar nak ade muke aku kat pasa tu, melainkan ade orang ajak naik kete ke, moto ke, sebab takde pe sangat yang best. Kalo dekat matric dulu memang tak boleh miss pasa, every week pegi. Dah le dekat, memacam ade plak tu. Orang plak slalu ramai, sampai jammed tak boleh nak jalan kat tengah2 pasa tu. Kat gombak ni, bese-bese jek, kalo setakat nak pegi semata-mata nak beli nasik ayam ke, memang aku tak pergi ar.





Trivia Haji 4



Kaabah. Struktur rumah ibadah yang pertama di dunia. Pertama kali melihatnya aku terpaku. Indah. Melihatnya sahaja pun dapat pahala. Kalau aku solat fardhu di kawasan lapang di tengah-tengah masjid, pasti aku memandang Kaabah. Sungguh damai, menenangkan. Salah satu sebab aku merasa tak mahu meninggalkan kota makkah, untuk melihat Kaabah setiap hari.

Kaabah dari segi fizikal boleh dikatakan besar. Setinggi bangunan 3 tingkat, berbentuk kiub, dan terdapat haruman pada batu binaannya. Orang ade cerita, setiap bulan atau period2 tertentu, akan ade pihak berkuasa makkah hadir untuk 'memandikan' Kaabah dengan haruman-haruman. Kelambu Kaabah kadang-kadang di singkatkan ke atas, mungkin mengelak dari sebahagian jemaah haji yang taksub mengesat-ngesat muke pada kelambu Kaabah itu. Yang paling utama, Hajarul Aswad. Sayang aku tak berkesempatan mengucupnya.

Pada musim haji, terutama apabila tiba kemuncaknya, even pihak tabung haji tidak menggalakkan jemaah malaysia attemp mengucupnya. Jemaah haji berebut-rebut untuk sekurang-kurangnya menyentuh batu suci itu. Ada yang lemas. Pergaulan lelaki dan wanita sudah tidak terkawal. Selain Hajarul aswad, ada juga makam Ibrahim dan hijr Ismail. Dulu mase kecik-kecik aku ingatkan due-due tu memang betul makam dalam bahase kita (thomb), dah pegi nengok sendiri baru tau yang makam Ibrahim tu adalah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim. Yang Hijr Ismail tu.. tak pasti.. Tapi yang pasti, semasa tawaf, jangan sekali-kali masuk celah hijr Ismail sbb hijr Ismail adalah sebahagian daripada Kaabah.

Sebelum tunggu waktu kemuncak di arafah, jemaah haji biasanya takkan melepaskan peluang menunaikan umrah. Ada yang sampai mampu melakukan umrah 2 kali sehari, pagui selepas suboh, kemudian malam selepas maghrib. Secara purata, ibadah umrah boleh selesai ditunaikan selama kira-kira 2 jam. 2 jam setengah kalau termasuk miqat di luar tanah haram. Tempat miqat terdekat terletak 10 minit perjalanan dari tanah haram (5 riyal pergi balik menaiki van sewa seorang). Selepas miqat sebentar di situ, terus pulang ke masjid dan memulakan tawaf. Sejam sudah, saei pulak ditunaikan.

Aktiviti-aktiviti lain dilakukan para jemaah, seperti di madinah, window shopping dan jalan-jalan. Sampai ade yang sesat. Tapi dengan kemudahan tabung haji yang menyediakan pegawai di merata tempat sekitar kota suci ini, juga pengenalan diri jemaah malaysia, insyaAllah, boleh cari jalan pulang. Paling ramai dan mudah dilihat di kota ini adalah jemaah indonesia. Kebanyakannya masih muda remaja. Kebanyakannya newly weds. Juga terdapat indonesians yang memang dah bertapak lame di mekah. Ini dibuktikan dengan ade nya akhbar tabloid berbahasa indonesia di jual di mekah.

Paling utama, dan paling seronok, adalah menunaikan solat berjemaah di masjid. Rugi kalau kita tak pergi solat jemaah kat masjid. 100 000 kali ganda pahalanya solat di Masjidil Haram. So, most jemaah isik la masa yang ada dengan beriktikaf di masjid, sehinggalah tiba waktu kemuncak, di arafah nanti...

Ahad, Januari 09, 2005



Rindu Oh Jelous!



Rindu pada suasana bilik 116 kat matric mase 1st sem dulu. Sungguh bersepah tapi harmoni. Pemandangan masjid yang penuh keinsafan. Huru-hara budak bilik membuat someone pasti ketawa. 2 sem duduk situ rase tak puas. Macam-macam pengalaman dipelajari. Jelous pada orang yang duduk bilik tu skarang.

Rindu pada tugasan-tugasan semase sem 2 kat matric dulu. Treasurer grand dinner yang paling aku tak lupe, penuh rintangan tetapi memberikan pengalaman berharga. Jelous aku pada dein, farouq dan yang lain-lain dekat matric, ada masa nak join event besar-besar.

Rindu aku amat sangat pada miscal subuh. Dari awal sem 3 kat matric sampailah die fly, dayah miscal kejut aku suboh tiap-tiap pagi. Hampir 6 bulan suboh aku terjaga. Jelous? Nak jelous pada sape? Jelous la pada orang yang boleh bangun sendiri solat suboh berjemaah kat musolla. Isk.

Rindu pada public phone kolej mase kat matric dulu waktu-waktu aku telefon die. Mase sem 3 kat matric dulu tiap-tiap minggu call tanpa jemu. Walaupun aku nak tepuk tangan sebelah lagi tak kene-kene tapi aku seronok. Masuk gombak dah tak dapat nak carik masa telefon die. Sampai la die nak fly next month. Tempoh perbualan dengan die terlalu lama, macam-macam yang dikongsi bersama. Pasti aku kene menahan rindu untuk 4 tahun lagi. Jelous? Ye, jelous, amat jeles. Die dapat tempat at the best university in aussie. More important, die dapat fly.

Rindu pada suasana bilik 211 mase final sem kat matric dulu. Siap masuk calon bilik, to be specific (heh heh), compartment terceria hisbah imam muslim. Tidor sedap. Tiap-tiap petang, pukul 6, layan cd burn inteam 04 sambil nengok orang main bola kat padang dari tingkap bilik. Malam-malam speaking english ngan hosni, discuss pasal various issues yang best-best. Jelous aku kat budak yang duduk kat compartment aku skarang. Die ubahsuai keceriaan bilik menjadi lagi ceria. 3 kali pergi matric dah masuk gombak ni, 3 kali jugak aku merasa baring atas katil compartment budak tu.

Rindu aku pada perjalanan di matric. Belajar seronok. Pergi kelas seronok. Buat kerja, assignment seronok, nak dekat exam, discuss dengan member-member kat abc. Hujung minggu boleh keluar suke ati (mase 1st year ar..), foye-foye nengok wayang, sesat-sesat jalan keliling kl, shopping tak ingat dunie. Kadang-kadang pergi um jogging, rindu pula pada suasana pagi kat um mase jogging. Isk.


Rasa macam nak masuk matric balik jek...

"Sometimes you feel like you want to quit, especially when you are in the third year. Feels like you want to leave everything and go back and sleep."

Suvad Salman, tutor calculus.

Sabtu, Januari 08, 2005

Hujan. Rain. Al-Matr. Semuanya sama. Hari ini boleh dikatakan hujan sepanjang hari. Sejuk. Pagi tadi masa kelas EC i went out of da class a couple of time, tak tahan sejuk air-cond dalam kelas. Water cooler kat luar kelas tu dijadikan heater tangan aku yg macam nak beku. Bila kelas dah abes, still hujan lagi. Pergi kelas tadi naik basikal acap, sebab dah lambat dah. Pukul 10.25 baru siap nak pegi kelas kol 10.30. "Redah jek," mok kate, "takkan nak tunggu hujan berenti, sampai bile?". Betul gak. Hujan yang tak lebat macam ni susah nak berenti. Redah...

Basah lencun aku. Teringat masa sekolah agama petang dulu redah hujan balik rumah dari skolah naik basikal. Seluar putih baju putih dah jadik coklat redah lecak. Sampin pun dah rupe macam kain batik. Hehe. Nasib baik tadi takde lecak yang tak boleh dielak. Tapi memang boleh perah setengah baldi gak ar baju dengan seluar aku tu. Sampai bilik terus mandi takut demam. Acap demam dah 3 hari dah. Kesian dia takde mood nak buat keje. Aku pun 'terpakse' ah join tak buat keje. Hakhak!

Sampai petang hujan. Rasa sejuk macam dok kat uk jek. Hoho. Tido pun sedap. Tapi aku tak tido. Taktau kenape. Badan macam dah tune 1 hari tido 6 jam. Walopun tido 6 jam nampak macam sikit, tapi still suboh aku tak terjage. Damn how i miss suboh miscal dayah. Still dalam proses tuka tune tido. Target waktu tido : 12 malam sampai 6.30 pagi.

Exam midsem start isnin ni. Dulu kalau kat matric dah pikir nak balik je dah. Tapi kat sini cam takde mase nak pikir balik. Drawing. Lab reports. Assignment math. Pspice. Nak pikir pasal exam pun macam tak sempat. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menuntut ilmu di taman ilmu dan budi yang serba mencabar ini.

Ahad, Januari 02, 2005

'Jogging Hustle'


Bertuah betullah kalau aku pegi jogging pagi tadi...

Semalam bangun-bangun tido, blur. Apa nak buat hari ni? nak wat keje malas, hari ni cuti. Rasa macam nak kuar jek, lepas tensen keje banyak. Tapi nak kuar ngan sapa? Bebudak ni ramai balik. Nak kuar pegi mana sensorang ni? Acap rumet aku cakap dia nak pegi matric. Malas aku gi matric, kalau aku gi matric kompem aku tido sane. So msg amin tanya nak kuar tak. Forward msg tu kat nazri, member bilik kat matric yg still kat pj. Amin taknak kluar. Then nazri call aku ajak nengok kungfu hustle kat midveli. Layan!

Jumpe acap tengah makan kat cafe. Ajak die skali nengok wayang kat midveli sebelum gi matric. Dapat nengok wayang kol 3. Dapat seat depan skali belah tepi. "Mau sakit tengkuk dok sini. Pindah ah weh". 1st time nengok wayang dok tempat org. Terase macam jahat lak. Mase tengah sedap dok seat tengah-tengah tu ade sekumpulan orang tercarik-carik seat die. Depa nengok kami. 2 orang dok sebelah kami. Yang lain pergi carik seat lain. Isk. Buat bodo. Buat bodo.

Naseb baik kungfu huslte ni best. Mengabaikan aku sepanjang sejam setengah dari mengingati naseb pemilik seat yg aku duduk tu. Klako giler. Action pun banyak, nampak real. Best, best.

Lepas nengok wayang, jalan-jalan kjap kat midveli yang dah lame aku tak pegi tu. Masa dah nak balik dah pukul 7.30 pm. Nak balik gombak ke? Nazri dah cucuk cucuk aku suh tido matric pj. Aduh. Keje banyak ni. Aaaargh!



Nazri cadang kan gi jogging kat um pagi ni lepas suboh. Sume bersemangat, ahsan pun nak join. Aku pun semangat gak, lame dah tak jogging kat um, rindu dengan suasana redup, nyaman sambil usyar-usyar amoi yang jogging gak, hehe. So, sume plan tidor awal. Tapi plan je, kol 1 sume terbeliak lagi mate. Nazri bace novel yang aku beli kat midveli petang tu, Arjuna Hati. Napong bace kreko. Aku pun membace gak. Tak ngantuk lak kol 1 pagi tu. Masih lagi dalam proses tuka tune tido. Sebelum ni asek tido kol 4 je. Tengah nak tuka tido kol 12 lak.

Suboh, 6.30 pagi. Semua tengah baring atas katil. Aku pun malas sebenarnye nak gi jogging. Memikirkan malam ni mesti aku stay up lagi siapkan assignment yang bertimbun. Mana larat kalau nak jogging gi um (pergi balik kurang-kurang 45 minit, jauh wo..), kompem aku tido awal malam ni. Nazri yang nampak aku terjengah-jengah katil die dalam gelap tanya aku 'nak jogging ke tak?'. Jujur aku jawab, 'tak payah la'.


Dah. I'm back here in gombak. No time to loose. Tak boleh malas-malas. Kita selalu tak bersyukur dengan keadaan kita. Masa cuti kita kata bosan, tak tau nak buat apa dengan masa yang banyak terluang. Masa blaja kita kata sebok, penat, tak cukup dengan masa yang ada. Mun kata, kita gunakan jer lah masa yang ada. Ye, gunakan masa yang ada sebaik mungkin - tak boleh malas, tak boleh tangguh. Sekian.

Jumaat, Disember 31, 2004

Hari ini setahun yang lalu ramai budak bilik abc 116 kat matric dulu balik kampung. Bilik kosong petang tu. Yang ade aku, zuhdi, dein, nazri ngan batak. Waktu ini setahun yang lalu aku ngan budak bilik aku tu telah penat mengharungi ribuan manusia yang menuju ke satu destinasi. Saat ini setahun yang lalu kami sedang berada di tengah-tengah puluh ribuan manusia yang dah kepanasan di waktu malam yang dingin itu. Saat ini setahun yang lalu sesungguhnya aku tak tau apa yang aku buat dan tak tau apa nak buat.

KLCC Park, 31 december 2004, 11.30 pm.

Kuala lumpur. Ibu kota sebuah negara islam. Ibu kota negeri melayu. Melayu yang membanjiri klcc park malam ini. Melayu juga yang berfoya-foya malam ini di sini. Melayu lah yang berlagak seperti bukan melayu malam ini di sini. Di situ lah aku ngan bebudak ni duduk. Di atas lereng di tengah-tengah park, menghadap petronas towers, di bawah pohon rimbun, di tengah-tengah begitu banyak pucuk-pucuk yang dicita ulam mendatang. Heh. Ini lah yang aku nak nengok. Fireworks aku tak heran, kat muar dulu mase kecik-kecik sampai demam aku nengok. Sebelum ni aku hanya mendengar. Aku ingin melihat dengan mata kepala aku sendiri betapa hebatnya melayu. Ada orang kata, kalau kita benci kita harus tak nengok. Tapi aku nak nengok to comfirm kebencian aku. Jelas sudah. Tak mungkin aku kembali sekali lagi pada malam ini, di tahun-tahun hadapan, di sini.


Topek marah betul kat aku malam tu. Kata 'buat ape ko pegi klcc tu. ramai org aku cakap. baik join aku nengok inteam kat uia. tu la ko, aku datang tempat ko, ko lari plak'. Hehe. Sampai skang aku tak pnah jumpe die lagi. Lame tak jumpe die. Rindu gak. Raye pun tak pegi rumah. Da setahun dah.


Malam tu dein mendapat gelaran sebagai usikan budak-budak bilik yang kekal sehingga ke hari ini. Nak cakap ke gelaran tu? Hehe. Da setahun dah.


Tu sume malam tahun lepas pada tarikh hari ni. Tahun ni semua celebration new year dibatalkan sebagai menghormati mangsa kejadian tsunami. Baca blog fizah tadi, cerita pasal banyak kejadian gempa dan ribut yang berlaku pada tarikh 26 december di selruh dunia sejak awal abad ke 20. Note that that date is a day after Christmas. The day that the christians told as the day jesus is born. Everything is stated in the Quran, in surah Maryam, verse 88 to 91. Kalau rajin bukak la tafsir nengok. Sumber : azraai, matriculation centre, pj.



Trivia Haji 3


Perjalan ke makkah dari madinah yang mengambil masa 8 jam (macam dari muar pegi penang) terasa begitu lama. Cuaca yang terik. Perangai drever bas yang tak menentu. Pemandangan yang luas, sayup mata memandang merentasi padang pasir. Berhenti sekali dekat perhentian di tengah-tengah perjalanan. Makanan seperti dijangka dijual dengan begitu mahal. Sebab highway tu memang tak banyak kenderaan yang lalu. So yang singgah hanyalah jemaah haji, setahun sekali.

Sampai di kota makkah, terus di bawa ke depan hotel dengan bas yang aku naik dari madinah tu. Rezeki aku, hotel yang aku duduk betul-betul berdepan dengan Masjidil Haram. Seperti ketika melihat Masjid Nabawi, sekali lagi aku terpegun. Tak sangka boleh sampai ke sini. Tak sangka depan mata aku adalah rumah ibadah yang pertama di dunia! Tak sabar rasenya nak nengok Kaabah! Lepas check in, masuk bilik, tingkat 14. Satu tingkat lagi, jelas kelihatan Kaabah di depan mata. Tapi dari bilik aku hanya kelihatan bumbung Kaabah. Solat asar dibilik pada hari itu kerana busy dengan urusan beg dan check in. Hanya ketika hendak menunaikan solat maghrib dan tawaf selamat datang aku masuk buat pertama kali ke dalam masjid itu.

Orang tak ramai lagi pada masa awal musim haji ni. Lebih-lebih lagi dengan saiz masjid yang begitu besar, nampak macam takde orang, padahal kalo sola fardhu rasenye lebih 50000 orang. Hoho! Dari hotel, aku biasanya masuk melalui pintu nombor 80, diberi gelaran pintu al-fahd sempena dengan king fahd yang memerintah ketika pembinaan sebahagian masjid ketika 1989. Kawasan dewan solat masjid yang dibina di bawah pemerintahan king fahd is fully air-conditioned. Dibina pada harga 6800 juta riyal, reka bentuknya sama seperti bangunan masjid sebelum ini yang dibina sekitar pertengahan abad ke 20, cuma bezanya, fully air-conditioned. Sejuk wo. Hoho! 4 tingkat, bawah tanah, ground floor, tingkat 1 dan tingkat atas (open air). Dalam masjid ni terdapat 56 big escalators yang boleh mengangkut manusia seramai 15000 dalam satu-satu masa. Many doors, of course. Up to more than 100 doors, not including doors inside the mosque.

As in Masjid Nabawi, there are sooo many tong air zam zam. And so many Qurans copies. Kat dalam masjid ni, terutama ketika kemuncak musim haji, berdekatan dengan kawasan tangga turun ke telaga air zam-zam, beribu-ribu jemaah berpakaian serba hitan berada dekat-dekat situ. Mereka adalah jemaah haji iran. Memang kene pakai baju hitam kot? Tak tau lah. Tapi kalau lihat gambar Masjidil Haram yang ada jual kat kedai-kedai, pasti akan terlihat kumpulan besar jemaah yang pakai baju hitam berkumpul. Ramai giler. Tapi bile kat lua masjid, mereka tak kumpul, berterabur. Serupa dengan jemaah dari turkey. Mereka memakai uniform berwarna kelabu. Suka berjalan berkumpulan, selalu pergi kedai-kedai shopping. Tutur kata yang amat baik kalo ajak borak dengan dia walaupun susah nak paham. Kebanyakan jemaah mereka terdiri dari usia-usia emas.
Kesimpulannya, kat dalam ramai-ramai orang tu, memang banyak ragam kita dapat lihat. Inilah yang dikatakan waktu pertemuan umat islam sedunia membawa pelbagai budaya tapi dengansatu agama.

'Jinsei hiro hiro, ito sore zore'

Dunia pelbagai, manusia berbagai-bagai ragam.


Selamat tahun baru 2005.

Isnin, Disember 27, 2004

Huaargh! Akhirnya! Setelah Berpuluh kali mencuba tak kudapat-dapat. Susah betul nak masuk poting blogspot ni, tak tau kenape. Aku dah naik fed up dah nak blog. Dah ar ade orang komplen hasil tulisan aku tak best. Please, i would like to remind my kind readers,

THIS IS A PRIVATE JOURNAL SITE, EVERYTHING WRITTEN INSIDE IS WHATEVER THE WRITER FEELS LIKE TO WRITE, SHOULD THERE IS/ARE NOT SATISFYING OR SHOULD HARM YOU, EVERYTHING IS AT YOU RISK!

Dulu masa mula-mula blogging ada gak orang komen on my writting. Komen tak elok ar. Tapi ada kakak tu backing aku dia tulis dekat guestbook cakap 'jangan pedulikan orang yang komen tu, suke hati kita la nak tulis cemane pun' (ingat nak paste guestbook posting tu kat sini, server lembab lak, tak boleh bukak, tapi kalau nak carik gak, try ah bukak guestbook around march 2003, oleh cik nana. Dulu masa mula-mula blogging pernah mintak tunjuk ajar dari cik nana ni. Dalam blog dia pun pernah ada dinyatakan list kenapa everything is on reader's risk when reading someone's blog. Ingat nak paste gak, tapi blog dia macam dah takde, dah tak aktif lagi agaknya.)




Tsunami yang dahsyat berlaku semalam dekat pantai asia selatan. Dahsyat wo. Teringat cerita siam, taloompuk. Teringat cerita deep impact, ada ombak besar. Kalau aku ada kat tempat kejadian tu, tak tahulah cemane rasenye. Rase kagum nengok ombak besar, ade. Rase excited nak nengok dekat-dekat lagi ombak tu pun ade. Rase gerun takut tak sempat nak lari pun ade. Isk232. La hau la wala quwwata illa billah...





*Please once again notice that this is a private journal site. Please refer to the marque above, that states everything is in the readers' risk. Thank you!

Jumaat, Disember 17, 2004


Trivia Haji 2



Rutin harian, solat jemaah di masjid nabawi, yang mempunyai fadhilat 10000 kali ganda. Pergi masjid sejam awal daripada waktu. Contoh zohor pukul 12.30, pegi kol 11.20 ke, 11.30 ke. Ni semua untuk mengelak kesesakan samada semasa nak pegi masjid, mahupun semasa di dalam masjid. Dekat masjid, satu perkara yang tak boleh dilepaskan, minum air zam-zam. Di dalam masjid nabawi, ade banyak tong air zam-zam, hampir setiap tiang masjid ade tong. Dalam masjid jugak, selalu ada kereta pick-up kecik ke hulu ke hilir mengangkut tong-tong air zam-zam. Menggunakan cawan pakai buang, kita dapat minum seberapa banyak air zam-zam sejuk yang kita suka!

Madinah al-Munawarah, kota penuh cahaya. Bersesuaian dengan namanya, kota ini begitu indah dilimpahi lampu-lampu di waktu malam. Masjid Nabawi begitu gak disimbahi lampu. Di waktu siang, sebok dengan aktiviti-aktiviti jemaah beribadah, bermuamalah, melawat tempat-tempat penting sekitar madinah. Di hadapan masjid terdapat sebuah perkuburan lama, Perkuburan baqe'. Keluasan perkuburan ini amat besar. Kalau dekat muar perkuburan yang paling besar dekat bakri batu 6, perkuburan baqe' ni berkali ganda lagi besar. Mengambil masa setengah jam untuk menyusur separuh dari pada kawasannya. Dihadapan perkuburan ini terdapat sebuah perpustakaan, gerai-gerai, dan yang paling popular, pasar kurma. Terdapat beratus-ratus jenis kurma dijual di kedai ni. Harganya dikatakan yang termurah mengikut jenis. Dari 2 riyal sekilo, sehinggalah hampir 100 riyal sekilo.

Keadaan sekitar kota ini begitu bersih. Cuaca begitu nyaman, walaupun panas, tetapi kita tidak berpeluh. Tiada bau-bau yang tidak menyenangkan timbul. Ketika tahun 1998, terdapat berpuluh-puluh kedai menjual variasi barang di sekeliling masjid. Kawasan ini begitu sibuk dengan jemaah membeli belah. Kini Kedai-kedai tersebut telah diruntuhkan bagi memberi ruang pembinaan dataran sekitar masjid.

Ketika musim haji, para jemaah dapat menikmati pelbagai pakej melawat sekitar madinah yang dijalankan penduduk setempat. Bagi jemaah malaysia, mereka lebih istimewa kerana tabung haji juga menyediakan pakej melawat. Terdapat juga pelajar-pelajar kita di sana yang menganjurkan lawatan. Antara tempat yang dilawati termasuklah masjid qiblatain, masjid quba', pergunungan uhud dan sebagainya.

Bagi jemaah malaysia, biasanya mereka berada di madinah selama 8 atau 9 hari, bagi melengkapkan 40 solat fardhu berjemaah di masjid nabawi. Destinasi seterusnya, adalah kota Makkah al-Mukarramah di selatan.
Bangun-bangun pagi tadi, hidung tersumbat. Adui.. selseme a nih. Badan pun terase panas. Demam a nih. Ape je bleh aku wat tatkala aku demam? Pergi basuh baju kat siddiq tadi jumpe hadi. "When are we going to do the report?". Report? Lupe lak ari tu plan nak buat report hari ni dengan die. Huh. Pspice tak buat lagi. "Err.. i think we have to do it with the other group, zuhdi and sameer, you know we don't have complete result..".

Uuuh. Tak tau nak tulis ape lagi. Minggu ni ade Raudhah Festival kat matrik pj. Bunyik macam gempaq je. Nak pegi ke?


Rabu, Disember 15, 2004

:: Membaca al-Quran sungguh menenangkan hati. Bacaan isi kandungannya melegakan hati yang kusut. Sungguh damai...::


"What is this?"

"What happened?"

"Rosak?"

"I have no idea..."

Huh. Pasrah aku wat Electric circuit lab. Payah tak gak, tapi tah ape yang tak kene, mase 3rd part of the experiment, satu value pun multimeter aku tak bleh bace. Dah bekali-kali tukaq multimeter, wayar, seme2 tukaq pun takde value kluaq. Huh. Pasrah seperti pasrahnya aku bila nengok list interview proton pagi tadi, name aku takde. Ada 14 org je interview hari ni. Masa tunggu zuhdi interview, borak-borak ngan officer proton, die kate currently ade 7 jek student tajaan proton kat uia, 1 kat matrik pj. Peh! Kalo ade 7 je skang ni, interview kali ni mesti die nak paling banyak pun 4! Student yang hantar resume ade 50 org die kate. Other students yang hantar resume tapi tak dapat interview hari ni, die kate will be notified in the nearest future...

Satu group plak ngan hadi masa lab tadi, brother palestine, speaking english pun bleh tahan. Terkumat kamit gak aku nak jawab balik bile die speaking ngan aku. Hoho! Sameer kawan die block mate aku. Due-due tu berminat nak cakap melayu. Selalu tanye aku "What do the malays say '.......' ".

Keje banyak! Tapi singgah ITD yang canggih ni rasa macam tanak balik je. Hoho!

Selasa, Disember 14, 2004

:: Drawing. Ada apa dengan drawing? Drawing ada 'lines and circles'. Dalam drawing juga ada tekanan-tekanan hati dan perasaan ketika tersilap ukur dan sebagainya. Drawing juga mengambil sebahagian besar masa aku. Akan tetapi, drawing juga dapat memberikan kepuasan tatkala melihat hasil kita sebijik macam soklan suruh buat. Walau apapun, drawing memang memakan masa.::

Angah call semalam. Discuss pasal laptop yang aku nak beli. Tokey kedai siap datang umah angah mase aku call, bleh runding-runding ape spec yang aku nak. Kalo takde ape-ape hal, insyaAllah by this thursday, da bleh dapat. Weekend ni kene ah turun shah alam amek laptop tuh. Wan plak ajak aku kluar gi ape name tah kat-kat gombak nih, gi bli 'barang-barang hiasan bilik'. Heheh. Bagus gak, bleh die bawak round-round gombak ni.

Semalam dah start 1st flight jemaah haji malaysia ke tanah suci. Awal pagi tadi 2nd flight, KT2 fly. Flight yang awal-awal macam ni terus landing kat madinah. Dulu aku naik flight 13, KT13, turun madinah gak.



Trivia Haji 1



Terdapat kira-kira 100 penerbangan jemaah haji malaysia ke tanah suci, dengan kira-kira 400 penumpang setiap penerbangan yang biasanya membawa 280-300 penumpang dalam penerbangan komersil. Menaiki kapal terbang dari dua buah syarikat, MAS dan Saudi Arabian Airlines (SAA) yang biasanya menyewa kapal dari syarikat penerbangan lain bagi menampung jumlah penerbangan yang banyak. (Aku dulu mase pergi naik kapal terbang ada trademark SAA, tapi pramugari sume orang puteh. Kapal tu rupenye kapal terbang iceland, the atlanta air. Sama mase aku balik malaysia, naik SAA tapi kapal terbang qatar arilines). Hanya kapal terbang SAA dibenarkan mendarat di madinah. Tapi tahun ini, beberapa penerbangan MAS melakukan percubaan mendarat di lapangan terbang antarabangsa haji madinah tu.

Dulu mendarat di madinah, aku disambut dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang' oleh pegawai airport. Blur-blur lagi mase tu. Kenyang pun ye gak, due kali makan, ade nasik puteh lauk ayam ngan sayur kacang panjang dalam kapal terbang mat salleh tu. (Pramugari pakai tudong seh!) Sampai mase isya' waktu tempatan. Imegresen setel kejap je, very smooth. Di bawa pergi hotel. Dekat je ngan masjid nabawi, just around 200 meters. Siap segalanya pukul 3 pagi. Dah nak subuh mase tu, terus pegi masjid. Aku demam. Demam terperanjat kot macam tak caye bleh sampai kat tanah suci tu. On the way pegi masjid subuh tu, nengok masjid nabawi begitu gah dan indah, tak terkata. Terkesima. Cari bab as-Salam masjid tu. Fuh! Besar sungguh masjid tu.

Masjid Nabawi boleh aku katakan masjid canggih. Masjid ni ada 12 payung gergasi merentangi kawasan seluas 1 court badminton setiap satu yang boleh bukak tutup, mengikut cuaca dan keadaan - akan dibuka selepas waktu dhuha dan ditutup sebelum waktu maghrib. Terdapat juga lebih 10 kubah yang juga boleh dibuka-tutup. Of course, fully air-conditioned, carpet lembut (or macam akmal kate dulu, carpet terbenam), tandas and big ablution area bawah tanah yang canggih. Berpuluh-puluh, maybe hundreds tong air zam-zam terdapat di hampir setiap tiang masjid. And best of all, the Raudhah. Ruangan kecil antara mihrab Rasulullah dan mimbar Baginda. Hanya sebesar court badminton, tapi siapa yang ingin melepaskan peluang berada di salah satu taman syurga? Raudhah terletak di dewan sembahyang lelaki, oleh itu, setiap hari, selepas waktu zuhur, akan diadakan sesi untuk jemaah wanita di Raudhah. Kawasan itu akan ditutup dengan tirai untuk jemaah wanita beribadah.

Cerita sekitar masjid. Suhu terendah yang aku catat mase tu (mar 1998) adalah 18 degrees, sama macam suhu puncak cameron highlands. Jemaah yang pergi tahun ni pasti akan mengalami suhu yang lebih rendah, mungkin sekitar 5 - 10 degrees. Keadaan amat sesak ketika nak keluar masjid. Begitu juga jalan-jalan raya sekitar masjid, mmg penuh dengan manusia. Kedai-kedai sekitar masjid tak lepaskan peluang musim haji. Contohnya kedai emas, semuanya dibuka seawal 5 pagi - ketika jemaah pulang dr menunaikan solat suboh. Tak kurang hebat kedai makan yang menghidangkan juadah yang biasa di kedai mamak di negara kita. Kedai-kedai pakaian, kedai-kedai jam, gerai-gerai alat mainan, kedai 2 riyal. Kawasan kedai ini saling tak tumpah seperti kawasan jalan masjid india.

Tak dilupakan peniaga-peniaga jalanan. When talk about jalanan, its really jalanan. Mereka berniaga dengan hanya memikul barang jualan di dalam sehelai kain besar dan membentangkannya di atas jalan raya. Bukan seorang, tapi berpuluh yang menjual di atas jalan raya. Mata mereka melingas bukan mencari pelanggan, tetapi mencari jika ada pihak penguasa. Biasanya, mereka menjual songkok, tudong, alat permainan dan sebagainya dengan harga yang cukup murah. Cuma yang menjadi masalah adalah masalah bahasa, ketika hendak tawar menawar. Ada jugak peniaga yang berlenggang, seperti peniaga jam tangan yang tiba-tiba akan approach kita and offer kite jam tangan berjenama. Jangan tertipu, harga yang mereka tawarkan cukup tinggi. Kadang-kadang, harga 500 riyal boleh turun sehingga 50 riyal kalau kita pandai menawar.

Suasana ini semua kalau kat uia ni boleh la nengok dekat nes cafe sebelah library and cafe as-Siddiq.

Isk. Terbawak-bawak lak cite. Banyak lagi nak kongsi cerita. In the next posting...

Ahad, Disember 12, 2004

..Di bawah sekaki payung. Melihat dan mendengar rintik-rintik hujan di luar kawasan di bawah sekaki payung. Terasa sungguh selamat..


Huh! Semalam pegi PC fair kat PWTC. Balik daripada muar tengahari smalam, sampai pudu terus gi PWTC. Ramai giler siot orang. Jumpe zuhdi, mok, amin, acer ngan lemek kat sane. Jalan, nengok2, usyar2 barang ngan dieorang. Laptop, printer, woofer, seme murah-murah, seme ade pakej-pakej belian yang menggiurkan. Kalo aku bawak duet ribu-ribu hari tu, peh, memang aku borong abes ah. Tak tahan siot dok situ lame-lame. Rase macam nak jek pegi atm kuar duet. Hoho!

Pukol 7 baru sampai uia. Penat. Letih. Lepas isya' baring-baring jap. Kol 10.30 start wat drawing. Pukol 1.00, lemek datang bilik aku, nengok drawing aku. "Ni salah ni, soklan suh macam gini..". Datang-datang bilik aku cakap drawing aku salah. Siot ko lemek. Tapi memang betul salah pun. Huh. Dah kene buat balik. Lemek balik je malam tu aku terus tido. Ingat nak buat pagi ni. Letih jalan-jalan smalam tak abes lagi, bangun tido pun kol 11. Gi makan kat siddiq ngan muk. Pastu gi cc bilal ngan zuhdi nak wat resume. Pasni by hook or by crook kene gak abes kan drawing buat balik drawing. Notes tak buat lagi. Quizes next week ade 3, 4.

Minggu lepas aku balik lewat dari kelas. Sampai-sampai bilik wan dak final year law tu tanye aku, "Ko gi mane ar? Hari-hari balik lewat?". Ko nak tau aku gi mane? Heh. "Aku hari ni kelas sampai kol 6.30. Pastu aku gi makan. Pastu terus gi masjid sembahyang. Pastu baru ni la aku balik bilik un tuk hari ni..". "Oo ye ke? Padan la aku nengok kawan-kawan aku yang engine seme sebok je. memang btol eh sebok?"

Ahad, Disember 05, 2004

Baca blog noorulazila tadi. Baca posting "Lama Menghilang" , 21 November 2004, berkenaan rumah terbuka. Atau lebih spesifik diceritakan dalam posting tu, muamalah laki dan perempuan dalam sesebuah majlis rumah terbuka.

Baru semalam bebudak ni ajak pegi rumah terbuka ghapur kat rumah die. Dengar cerita, ramai sepupu ghapur yang cantik-cantik tu datang gak. Hehe. "Rugi wo ko tak pegi..".

Bacalah posting tu.. Pretty interesting. You can give comments on that particular posting, many have done it. Hehe.


Minggu study akan bermula semula esok dan aku tak pasti hala tuju aku ke mana. Yang pasti bilik aku masih belum lagi dikemas seperti sebuah bilik permanent. Buku-buku ada beberapa lagi aku belum ade. Drawing tools pun aku tak yakin dengan diri sendiri, nak beli atau tak. Notes yang aku salin cincai-cincai mase lectures last week, belum lagi aku salin comel-comel dalam buku. I don't know what am i doing!

Isk. Refresh! Refresh! And start this week knowing what you are doing!
Aku sering berjalan sendirian
Bertemankan angin malam
Senyum bersama rembulan dan bintang
Menari bersama dedaunan yang beralun
Ditiup bayu malam

Malam ini tidak seperti selalu
Aku tidak sendirian
Aku bertemankan senyum tawa
Yang sering kali aku idamkan
Yang aku tidak pasti
Adakah ia berkekalan?

Teman
Buat sekelian kalinya
Aku hadiahkan kuntuman
Penghargaan dan terima kasih
Atas senyum tawamu
Yang sering aku cari-cari
Dan tidak pasti
Adakah nikmat ini akan kembali?


_to_be_continued_(dont_even_know_when?)_



Jumaat, Disember 03, 2004

Dah lame tak turun matric. 2 minggu duduk main campus gombak, rase rindu plak kat matric pj. Dulu masa kat matric pj rase tak sabar-sabar lak nak gi main campus. Bese la, benda dah takde dengan kite, mestilah rindu. Hoho!

Lepas amek result petang tadi dengan mok, zuhdi seme pakat nak jumpe seme lecturer yang aja kite org mase matric dulu. Ramai lecturer takde dalam rooms dieorang and dengan malasnye kite orang assume lecturer-lecturer tu ade kelas sampai petang, so tak yah jumpe, hehe.

Dapat jumpe mdm mazlinah, lecturer yang menggantikan mdm noraniah yang pregnant mase tu yang sepatutnye aja aku. Mdm mazlinah cakap mdm noraniah lepas ni nak berenti jadik lecturer, nak ikot suami die, an engineer kerja dengan petronas kat kerteh. Mdm mazlinah sendiri plak tengah wat master kat IIUM gombak, using her own money, costing her about RM 500 per credit hour taken. Hoho!

Borak lame gak tadi dengan mdm mazlinah. Die banyak pesan suh score mase 1st sem kat main campus, kalo bleh biar 3 pointer. Sebab nanti bile dah naik sem-sem seterusnya, kalo jatuh gpa pun, cgpa jatuh sket-sket je, susah nak jatuh, so klo dapat 3 pointer mase 1st sem, maybe boleh maintain sampai final sem.

Mdm mazlinah pun ade cite student-student die macam farid alias (huh.. takde orang lain? slalu mmg die ah contoh student yang disebut-sebut lecturer kat matric, dr dulu), die cite mase farid mule-mule blaja comp ngan die kat matric, 1st 2 quizes die teruk. But then, die slalu consult dengan mdm, 'macam mane ni madam, computer saye teruk?' (aku rase teruk-teruk quiz die pun takde a sampai separuh.. mesti ntah-ntah 14/20, sumthing like that, macam adik die, farouq (batch aku) slalu ngadu markah sket, tp banyak sebenonye..). The point here is, ape-ape pun problem mmg kene settle awal-awal sem. Kalo bleh settle awal, lagi bagus. Consult dengan lecturer, kurang-kurang kite bleh tau ape kelemahan kite. Lecturer-lecturer kat main campus pun banyak pesan suh settle problem awal-awal kalo ade.

Bincang gak ngan mdm mazlinah, study life kat main campus mmg totally different. Tak sama macam matric. Kat sane yang penting kite sedar kite kene wat seme bende sendiri. Dulu mase kat matric tunggu suap dr lecturer je. Dah ar aku jenis malas-malas blajo.. Isk232...

Lepas tu pegi bilik sebelah bilik mdm mazlinah, jumpe mdm sharifah fazlon, lecturer physics 1 mase sem 1 dulu. Lame dah. Tak sangake die knal lagi aku. Siap cite die simpan lagi no tepon aku (aku pun tak simpan lagi no die.. isk2), hehe. Die cite die slalu pegi IIUM gombak, makan kat mane tah ngan suami die, sedap die kate. Hehe.

Esok nak kluar plak gi kl dengan memember lame kat matric. Jalan-jalan carik barang, shopping ape yang patut. Lame siot tak gi kl jenjalan!

Isnin, November 29, 2004

"Brother, you're going to re-taaruf next semester, you too, and you," sayyid was pointing at me and a couple of guys around me speaking in his sudanese english.

"Re-taaruf?"

"Yes, re-taaruf. You were sleeping during the talk so you're going to re-taaruf next semester,"

"Its simple, we're going to take your name and give it to the senate and you're going to re-taaruf next semester,"

My heart was thrumbling. Malas siot nak ngulang taaruf week lagi. Betol ke ni kene?

"We're going to re-taaruf just because we slept during the talk?!"

"Yes, because you were sleeping like this (mocking the way student used to sleep during talks - tersenggut-senggut)" laughter broke around the area...

Huh. Bleh die main-main time aku tengah ngantuk giler mase tuh. Dah ler tercipta sejarah 1st time aku tido mase tgh talk. Memang tak pernah tido sebelum ni dalam talks ke lectures ke, sejak skolah rendah lagi. Tapi hari tu memang aku tak tahan sungguh. Bleh kantoi lak ngan bro sayyid.

Everything seemed to be bored, dull in the taaruf week. Bese la, talks, sape suke? Talks da mmg kene dengo, tambah plak kene dok kat masjid, buat macam rumah sendiri, tak bleh balik bilik 2 hari. Tak mandi 2 hari. Tahan bau badan sendiri mahupun yang lain 2 hari. Tido 2 hari 5 jam jek. Kaki dah rase macam nak tercabut jalan banyak ulang alik gi venues. Beselah.. No matter how worse you face, u'll remember it, even remember it as sweet memories.

Some talks yang sronok didengar, MC comel-comel, comite-coimte discipline n ibadah from sudan yang sempoi (sronok borak ngan die org.. sampai leaps taaruf pun kalo jumpe tengah jalan borak gak sket-sket), sape bleh lupe quote 'two lines, two lines', 'please brother', 'brother! brohter!', 'please dont do like this, brother'? Hahah! Integration yang aku tak pernah jumpe sebelum ni, integration between malays, chinese, indians, africans dalam cultural night, syabas bebudak engine wat comedy best combining all races! Tak lupe aku ketawe giler-giler nye nengok show bebudak course lain, sampai menangis-nangis ketawe malam tu. Isk232.

Yang kurang bestnye, kolej. Aku dapat mahalah faroq. Mahalah yang kurang facilities. Aku pun tatau knape. Laundry takde, water cooler kurang, apetah lagi landscape mmg takde. Worse, cafe pun takde. Naseb baik mahalah ni sebelah mahalah siddiq yang cam best, ade landscape cantek, cafe ade byk gerai, ade washing machine, nak gi kuliyah pun lagi dekat.

Bilik yang aku dapat plak, tak dapat nak aku citekan cemane kotornye. Isk232. Siap ade komponen-komponen motorsikal bawah katil. Spare part besepah dalam compartment. Habuk, sawang, toksah citer. Saket gak arh nak mengemas balik bilik tuh. Mujur roomates ok, sebilik ngan acap brunei, wan welfare taaruf week, final year, ngan zaki dak 2rd year.

Classes? Baru pegi 2 kelas hari ni, the Islamic world view ngan programming. Frankly memang aku rase lain blaja kat sini kalo nak dibandingkan dengan kat matric, sini semenye sendiri. Kadang-kadang pikir, takut gak nak blajo, ngeri aku nengok name-name subjek, bleh ke aku bawak? Lebih mengerikan, stakat ni aku nampak kat sini lebih mementingkan course work, bukan final sem. Macam programming, final 20% je, yang lelain course work. Hohoho!

But as the dean of my kuliyah, dr ahmad fariz said, "Here, you have to CHALLENGE the professors, ask them questions and problems until they cried!". For me, what's behind the words is that we have to be advance, to understand things 1st before the lecturers even teach it. Macam pesan ustaz mazli, "Sebelum lecturer ajar, kite kene bace dulu apa yang lecturer nak ajar. Kalo semester depan dah tau nak amek subjek math, hujung semester ni dah mintak course outline dari senior, mase cuti sem kite study, semester baru kite dah ready. Bile kite dah sedie, mase lecturer ajar, kite dah paham, kite boleh tanye terus lecturer ape-ape kite tak paham. Lecturer sayangkan kita. Bila lecturer sayangkan kita, insyaAllah ilmu yang tuntut diberkati".
Baru aku tau UIAM ni beso. Selame ni aku pandang rendah, 'uia kecik je..'. Saket gak kaki tadi mencarik kelas-kelas semester nih. Jauh siot. Dah le dudok mahalah paling jauh. Kuliyyah pun yang paling jauh. Esok kelas kol 830 pagi. Selamba je aku dok cc kol 1 nih. Sebenonye gi cc saje nak cube-cube kalo-kalo dapat add course untuk sem ni lagi. Alhamdulillah, rezeki aku, dapat gak add subjek UNGS, tapi pagi, kol 830. Sebelum ni dah memang teliti, dengan kajian penuh berhati-hati untuk carik jadual yang paling free. Hari isnin ngan jumaat free, plan bleh balik muo ari kamis sampai ari isnin, hoho. Tapi takpe ar, nak dapat 15 crdt above nye pasal, amek ah gak UNGS tu. Pagi pun, pagi ah!

Ta'aruf week? Heh. Bese ah. As usual. As expected. As whatever. Nak cite gak. Tapi dah malam bute ni, esok klas kol 8. Next time...

Isnin, November 22, 2004

Fariz? Regis?

Tengah blogging dari cc kat seksyen 11 shah alam. Hari tu jumaat kelam kabut baru sebok nak kemas baju, dokumen seme. Aku kate kat ayah dah siap dah seme, kang kate blom.. hoho.

Semalam puas raye area-area klang valley, raye shah alam, klang, bkt damansara, setiawangsa, dari pagi sampai ke malam. Due malam ni tido umah angah. Dah puas dah melayan alea since malam raye ari tu. Tak reti dok diam budak tu! Melentik-lentik badan die. Kene jage die btol-btol, kalo tak..Ayah aku cakap macam Elastigirl dalam cite The Incredibles. Hahahaha! Lepak umah abang plak, tak jemu main ngan fariz. Waa.. i'm going to miss him. Lepas ni jumpe lg 2,3 bulan die dah beso, da tak same cam skang, kiut umo 6 @ 7 bulan lain drpd kiut umo setahun. Hehe. Bile die kene henjut-henjut mase dukong macam gambo bawah ni, die suke buat suare ikot rentak henjut. Hahah. Kiut giler!



Pagi raya dengan fariz and abang die yang degil, kedekut, ngengade, tapi best, aus.


Tadi nore sms aku die cakap, "i'm officially a uia student,hahaha". Hakhak. Waa.. terase seh bahang. Rase cam nak masuk ari ni gak jek. Rase cuak pun ade gak. Firs pun sms aku td kate cuak gak hoho. Ape la yang bakal berlaku nanti? Best ke? Seronok ke? Ape yang best? Ape yang seronok? Hahah.. baju-baju yang aku tinggalkan kat umah angah sejak cuti final sem ari tu pun ade dalam kotak lagi, blom kemas. Petang ni kemas-kemas ape yang patut, especialy kemas beg, dokumen pun tak susun abes lagi.

Okeh. Jumpe lagi (ntah bile). Nak balik umah angah, bekemas.

*Picture edited by nore.

Jumaat, November 19, 2004

Raye! Raye! Raye!

"Slamat aghi ghaye ashu!"

Comelnye anak buah aku yang sulong wish aku pagi raya, baru balik sembahyang raya. Dia ngan adik die ngan sepupu die dah cantek-cantek dah pakai baju raye. Comel-comel seme.

Ni la raye aku tahun ni. Aku expect hanya raya yang tipikal untuk aku. Expect takde lagi beraye + melantak ketupat kat umah tok sedare yang dekat ngan umah aku ni. Expect takde lg sronok-sronok ambek gambo ramai-ramai. Memang btol expectation aku, tapi tahun ni benda lain lak yang ganti.

Tahun ni beraya ngan 3 orang anak buah. Tahun lepas due org, tu pun sorang tu kecik lg, kene dukung. Tahun ni dah 2 yang dah beso sket, sorang lg baby 7 bulan cute gile, geram btol aku. Die orang arh yang menghangatkan suasana.

Kalo dulu mase aku kecik-kecik, arwah atok sebelah arwah mak ade lagi, aku ingat lagi, pagi raya lepas balik solat sunat terus pegi umah atok, bermaaf-maafan, main mercun ngan berpuluh-puluh sepupu (adik beradik arwah mak ade 12). Lepas tu ambik gambo ramai-ramai depan serambi umah atok. Ramai giler, macam gambo satu kuliah. Ingat lagi spupu-spupu aku yang baye aku berebut-rebut pot baiknye dalam gambo tuh, sampai yang bergaudh, merajuk pun ade, hahah. Lepas tu ramai-ramai tu serbu umah tok sedare aku yang dekat ngan umah aku tu. Havoc giler. Makan ketupat, yang paling best kari ngan serunding die arh. Memang tetiap tahun (sejak bile aku tatau) tok sedare aku tu akan buat ketupat byk giler, spesel untuk famili atok aku. Lepas tu pegi beraye umah-umah tok sedare yang lain plak. Hari tu je duit raye lebih rm50, excluding duit raye mak ayah. Pastu 2nd, 3rd raye, adik beradik mak gilir-gilir wat open house. Ikot tradisi umah aku rayer kedua malam. Best giler.

Tapi seme tu takde tahun ni. Ramai pakcik makcik tak balik. Atok dah lame takde. Mak pun dah takde.

Things changed. Tahun ni raye pun tak kurang sronok walopun tak macam dulu. Ade aus, alea ngan fariz. Ada digital camera. Hehe. Macam selebriti ambik gambo. Sakan sungguh. Dengan nakal aus, betapa tak reti duduk diam alea, comel fariz seme membuatkan aku rase sronok raye tahun ni.

Makan pun bleh tahan banyak jugak tahun ni though tahun ni tak serbu lagi umah tok sedare aku tu. 1st day raye je da naik sekilo setgh (tapi maintain sampai ari ni.. heh2). Banyak gak aku gi beraye umah sesedare tahun ni. Yang tak pnah pegi raye sebelum ni pun gi gak. Walopun tak dapat duit raye.. (hehe), rase sronok macam kecik-kecik dlu gak. Orang yang datang beraye umah aku tahun ni tak ramai macam dulu-dulu. Tapi ari tu raye kedua abang buat soto banyak gile. Sebuah, sebuah famili datang raye, sampai x cukup soto, tepakse tambah menu meehun sup plak.


Dah puas raye. Dah puas makan - series raye tahun ni banyak giler makan, bukan stakat banyak makan, jenis makan pun banyak, ketupat ngan lauk da mesti, masik minyak, sup lidah (best siot), soto, mee sup, sate, lakse, spagethhi, tom yam dan macam-macam lagi. Dah puas seme tibalah masenye memikirkan belajo balik. Hoho. Borang-borang document seme baru sekejap tadi siapkan. Lagi 4 hari nak regis. Rase tak sabo plak nak gi gombak. Cuak pun ade gak, tak dapat nak bayangkan hows life going to be there. Hoho. We'll see...

Rabu, November 03, 2004

:: dari cyber cafe kedai komputer, wetex parade, muar, dipersembahkan, azamkukuh.blogspot.com! ::

"Bang..!" ade budak plak angkat tangan kat aku kat cc ni.

"Cuti ke bang?"

Aku angkat tangan balik. "Ha ah, cuti dah.."

Aduh.. dak maahad muar rupenye. Dak pmr. Dah cuti dah die kate. Dak pmr cuti awal.

Hari tu gi skolah amek sijil spm yang da jadik jeruk kat skolah dah. Gi ngan fazli. Terpakse a ajak member. Bengang aku nak berhadapan dengan warga-warga maahad sorang-sorang. Lepak borak-borak ngan ustzh pauziah ngan umi, cikgu sharifah paan, guru kelas aku mase form 5. Waa.. rindu siot kat skolah. Makin buruk skolah aku nengok! Tapi bilik guru gak yang maintain.. siap dapat no 4 bilik guru cemerlang daerah lagi.. Hahah!

Lagi 10 ari nak raye. Surau pun tgh sebok nak buat majlis khatam. Seperti bese gak aku mule la sebok membersihkan rumah. Membersihkan in terms of everything, kusi meje, lantai, ruang tamu, dapur, tingkap, pintu. Naseb baik bilik dah setel. Sape lagi nak kmas ye ak? Dah masuk minggu busy dah. Jumpe lg blog!

Ingat nak usyar sket iium nye course registration. Lupe plak matric ngan pin no. Huh. Takde wat ape sangat gak aku online kat cc nih. Tah bape inggit kene nih. Hoho!Isk. Ramai plak kat cc nih. Dah a sempit! Ala.. kuang-kuang sini ade internet,laju jek, dr umah, ye ak? Kesempatan ni a nak cek-cek email. Heh. Nak gi bli kad raye ah.

Perbanyakkanlah ibadah di 10 ramadhan terakhir ini! Jumpe lg lepas raya! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!