Waaah dah maju jimin eh
Sudah berapa lama aku tidak membuka laman ini, sorry ah jimin. AKu terpaksa ponteng kejap sebab BZ psal matriks dan UTM.
Ahaks
Rajin betul ko nulis blog ko nih. Macam nak award jek. Hahaha. Apepun bagus arr ko teruskan perjuangan ko. (ape ngarut nih)Dah lama aku tak naip komputer so memang problem skit aar.
Baru tadi aku baca pasal anuar hasyim yang kena culik kat jurnal ni. Terkezut gak aku rupanya bapak kepada member jimin yang kena culik. Sape sangka mende tu nak terjadi pada kenalan terdekat kiter.
Aku budak Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)
Pada 5/4/2003 yang lepas aku telah mendaftar di Kolej Matrilkulasi Johor. Aku datang seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan waktu pendaftaran kerana almaklum pelajar yang akan mendaftar di kolej matrikulasi johor adalah seramai 2370 pelajar(estimate jer)
Kat sana aku jiumpa bebudak SMKA Maahad Muar ( Hairazi , Azali , Aizuddin,Raja, Izwanuddin,Helmi, Fazli, Syafaat,Salehuddin , Hirzahida Shuhaidah, dan rakan perempuan yang lain. Selain daripada mereka aku jumpa gak member cosmopint aku seperti Norhayu dan Akhmar. Ahaks
Orientasi kat sana orait gak. Biasa aar tekanan mental turut dikenakan oleh Ayah aji ( panggilan untuk warden disana) dan lain-lain warden. Disebabkan terlalu ramai maka aku tak beberapa mengenali bebudak lain yang ade kat sana . Satu blok je dah ade dalam 500 pelajar . hahaha. Kat sana biasa aar sama gak macam kat asrama lama aku . Ape yang membezakan nya hanya keadaan facilities yang serba lengkap dan terancang dan kebebasan menjalankan aktiviti. Setelah orientasi selesai mulalah waktu pembelajaran kat sana. Pensyarah kimia yang mengajar aku kat sana bernama En Sha'ri Azyze. Aku kenal nama dia sebelum aku masuk matriks kerana dia ayah kepada Nurul Nadiah Sha'ri Azyze yang belajar di SMKA MAAHAD MUAR (skang dia form 4) Pastu aku masuk kuliah fizik dan matematik. Entah camna ditakdirkan aku sekuliah ngan Aizuddin Muhsin . Dia sama cam aku aar dapat sains hayat pastu minta tuko sains fizikal. Pengalaman pertama kali masuk dewan kuliah memang mengkagumkan aku. Dengan keadaaan yang serba luas,sistem mikrofon yang berfungsi dengan baik dan air-cond yang menyejukkan kedaan didalm dewan kuliah. Pasal kuliah ni aku tak nak citer memanjang sebab aku cuma datang kuliah 2 hari jer kerana uruskan borang kemasukan ke UTM.
Aku sebagai pelajar UTM
Tanggal 19/4/2003 aku mendaftar sebagai pelajar UTM. Kat sini aku amik kejuruteraan elektrik dan elektronik. Selama 4 hari Minggu Haluan Siswa aku diperkenalkan dengan kampus UTM serta kehidupan sebagai Mahasiswa. Aku tak dapat mengikuti penutupan minggu haluan siswa kerana aku pergi temuduga JPA. hahhaha.
Masa kat temuduga JPA aku tak ready ape -ape . Ade sorang girl tu fluent cakap english . FUyooo. Aku terkelu buat 5 minit pertama. (padan muka md nur) . Ade le sesikit aku cakap pasal tourism in malaysia. Yang pasti idea aku memang skit giller.
Aku skang ni sedang dalam menyesuaikan diri di UTM . Sebab skang ni sume kena wat sendri bukan macam kat asrama boleh panggil junior atau boleh kena sebat ngan warden kalu wat salah. Lagipun kat sini tade sape nak pedulikan hal kitre samada nak pergi kuliah atau tak. Itu sume pada pendapat aku amat mencabar jiwa kelelakian aku yang inginkan kebebasan. Aku risau aku terleka hanyut dibawa arus kehidupan sehingga menyebabkan aku gagal. ( Ya Allah jauhkan aku dari kegagalan ) kalau gagal apelagi kalu tak kena kick. Aiseh wat malu muka jer. Kat sini memang lengkap sume ade maklumlah Universiti. hanya bergantung pada diri kiter jer samada nak gunakan kelengkapan itu sebagai pendorong kejayaan atau tak. bolehlah diugkapkan dengan pepatah "kalau nak, ambil tak nak, balik"
Kat sini aku bersama juga Aizuddin Muhsin , Jali, Fazli, Fatahiya,juga beberapa kenalan dari Kolej Matrikulasi Johor.
Ok laah skang nih dah masuk asar. Nak pergi solat jap. kat komputer ni tade mirc aar kalau ade tiap malam aku datang.
moltress
Tiada ulasan:
Catat Ulasan