Ni pasal siri Everybody Loves Raymond, ntv7.
Malam tadi siri dia lain sikit. Dalam siri tu, Raymond yang dalam percutian dengan famili dia tak habis² menunjukkan ketidakselesaan dia bercuti kat Itali. Bini dia marah betul. Sekali tu masa nak mengelak bertekak dengan bini dia, dia ajak mak dia gi jenjalan ,"Have a long walk and talk," Masa jenjalan tu, berbual panjang dengan mak dia, sesuatu yang jarang sekali dapat dilakukan. Berbual tentang masalah diri, famili. Pastu tu Raymond main tendang² bola sat dengan budak² jalanan. Pastu dia rasa pizza Italy kat warong. Then baru agaknya dia terfikir akan keseronokan dan kedamaian berada di Itali. Semua selepas have a long walk, have a long talk, with his Mom. Lepas tu dia rasa gembira, macam tanak tinggalkan tempat tu.
Kita jangan besar kepala dalam menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan. Kita tak boleh, terus serasi dengan sesuatu. Kita mesti laluinya dalam keadaan ansur. Kita perlu laluinya tanpa keserabutan yang merunsingkan kepala otak. Tanpa bebanan yang perlu difikirkan. Buat seketika. Barulah kita boleh menyesuaikan diri dengan sempurna, dengan gembira, dengan best.
Heh. Tu cuma tafsiran Aku jek pasal siri Raymond nih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan