Cari Blog Ini

Isnin, April 21, 2003

Nengok The Core tadi. Best gak. Tapi seperti yang dijangkakan, jalan cerita dia lebih kurang sama macam Red Planet - seorang demi seorang mati, pastu tinggal hero dengan heroin dalam misi menyelamatkan dunia. Cuma bezanya, kena masuk dalam teras bumi instead of ke luar angkasa. Cerita ni juga ada fakta-fakta sains yang logik dan AKU rasa memang fakta betul tentang geofizik, bukan main-main punya fakta.

Johnny English lak AKU nengok kelmarin. Pun best jugak la. Tapi kalau mengharapkan filem yang sebiji macam James Bond, memang tak best. Tapi apa yang patut dijadikan contoh adalah betapa semangat patriotik Johnny English terus utuh bagi menyelamatkan England walaupun melakukan pelbagai kesilapan.

Heh. Jadi pengulas filem lak AKU hari ni.

Tiada ulasan: