Cari Blog Ini

Khamis, Mac 09, 2006

Merisik Khabar
Sudirman

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
( ulang korus )

Jumaat, Februari 03, 2006

Emel Untuk Awak


Assalamualaikum

Awak..
Apa khabar awak di sana? Harap awak sihat belaka. Saya sekarang ini keletihan dan kepenatan setelah seminggu tinggal di dalam hutan. Maaf juga kerana seminggu sudah tidak menghantar emel langsung, tidak menghantar khabar berita saya. Mungkinkah awak rindukan saya? =) Saya menyertai program di dua buah kampung orang asli seminggu ini. Banyak yang saya ingin kongsikan bersama awak.

Program yang saya sertai bermula pada 23 haribulan dan tamat pada 29 haribulan lalu. Mula-mula kami - saya dan acap berkumpul di tangga besar di UIAM seawal 9 pagi. Nyata tiada seorang pun yang saya kenali dalam berpuluh-puluh orang yang duduk di atas tangga menunggu bas. Saya terfikir-fikir, yang saya kenal hanyalah acap dan munzir. Bolehkah saya berseronok dalam program yang saya tak kenal dan tak dikenali?

10 pagi kami bertolak dari UIAM, dengan dua buah bas dan sebuah lori Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang mengangkut barang-barang keperluan, singgah di hentian Tapah, sekali lagi di hentian antara Gerik-Jeli, saya hanya bercampur dengan acap dan munzir dan beberapa lelaki yang baru saya kenali. Di hentian Gerik-Jeli, saya tidak mempercayai deria saya. Apa tak nya, matahari sedang memancar terik petang jam 5 itu, tapi, suhu nya sungguh dingin, mungkin sekitar 18 - 20 darjah. Tak sangka sungguh saya. Ditambah pula dengan pemandangan gunung-ganang yang cukup indah. Subhanallah, tak terkata indahnya. Tak sangka sekali lagi saya. Tak sangka saya di Malaysia ada juga pemandangan macam ini. Mungkinlah pemandangan dan suasana ini sama seperti yang awak alami di tempat awak? =)





7 petang kami sampai di pekan Jeli. Berehat sebentar di pejabat JHEOA. 9 malam kami teruskan perjalanan untuk ke kampung orang asli. Jauh ke hulu bas mendaki sedikit bukit, ke Kampung Sg Rual hala tuju kami. 10 malam kami sudah mula memunggah barang turun dari lori. Suasana kampung orang asli itu tidak seperti yang saya jangkakan. Di sini, kemudahan eletrik sudah ada. Sekolah pun ada. Air pun ada. Terdapat juga beberapa rumah batu di sini. Apa pun, malam itu saya belum sempat lagi meninjau sekitar kampung kerana sibuk memunggah barang. 11 malam kami mulakan taaruf. Kami bertaaruf satu persatu seramai kira-kira 70 orang. Ramai di antara kami adalah dari tahun kedua dan ke atas. Ramai di antara kami adalah dari kuliyah ilmu wahyu dan sains kemanusiaan. Ramai di antara kami berasal dari pantai timur. Malam itu juga baru saya tahu apakah sebenarnya kelab yang menganjurkan program ini.

COMRADE. Community Research For Aboriginal Development lah kelab yang menganjurkan program ini. Saya juga baru tahu malam itu, nama program di Jeli ini adalah DRIC - Dakwah and Research Induction Course. Jadi, jelas lah saya, sepanjang 3 hari di Jeli ini, saya akan didedahkan kepada kehidupan masyarakat orang asli, dan juga didedahkan kepada perjuangan COMRADE.

Subuh keeseokannya, saya berpeluang untuk mandi di sungai yang mengalir lembut. Di sungai yang ada banyak batu. Di sungai yang air nya amat jernih. Di sungai yang amat indah. Sejuknya air subuh itu tak perlu diceritakan. Dan hari-hari seterusnya sejak itu, memang sungai lah tempat kami membersihkan badan. Sungguh seronok. Sungguh. Sungguh tak terkata keseronokan menikmati alam semula jadi ciptaan Ilahi itu. Subhanallah.


Sungai yang mengalir indah..Sejuk.Mendamaikan



3 hari kursus itu kami dibahagikan kepada 10 kumpulan. Oleh kerana tidak ramai lelaki yang menyertai program ini, setiap kumpulan hanya terdapat 2, atau mungkin seorang sahaja lelaki. Saya berpeluang berkumpulan dengan p-jan, intan, miela dan kak nas. P-jan, intan dan miela semuanya tahun pertama dalam jurusan teknologi maklumat kecuali p-jan dari jurusan sains kemanusiaan. Dan kak nas pula tahun kedua jurusan undang-undang. Fasilitator kami ialah mok ana, tahun kelima, perundangan syariah. Amat matang tetapi kelakar. Juga merupakan jawatan kuasa modul dalam DRIC.

Kami didedahkan kepada COMRADE pada mulanya. Berumur 14 tahun. Sudah amat dikenali di kalangan pegawai atasan JHEOA. Juga amat dikenali di kalangan orang asli sendiri, sehinggakah apabila ada pelajar dari UTM ziarah kampung mereka, mereka akan katakan 'Hari tu, ada pelajar UIA Johor datang jenguk kami'. Pelajar USM datang, mereka katakan 'Pelajar UIA Pulau Pinang ada datang hari tu'. Perjuangan utama COMRADE adalah menyebarkan dakwah Islamiah kepada masyarakat orang asli dengan perjuangan sampingan untuk memperjuangkan hak pembangunan masyarakat pribumi itu dan beberapa lagi perjuangan lain.

Seterusnya didedahkan pula kehidupan masyarakat orang asli secara am. Cara hidup yang kebanyakannya mencari hasil hutan, agama yang kebanyakannya Islam tetapi dengan pengetahuan yang cetek tentang Islam, isi hati yang selalunya amat sensitif kepada kata-kata, ciri-ciri mengingati sesuatu sampai bila-bila, sifat peribadi yang kebanyakannya pemalu, semuanya dipelajari di DRIC. Melalui pembelajaran ini juga awak, kami didedahkan akan cara untuk berdakwah dengan orang asli. Latihan menziarahi rumah orang asli juga diadakan. Saya sukakan pendekatan yang dilakukan oleh COMRADE untuk berdakwah - menangi hati orang yang ingin didakwahi, mesra kan hubungan, tunjukkan contoh yang baik sebagai seorang Muslim, sambil menyeru ke arah kebaikan. Antara yang dikatakan mesra itu ialah mengadakan acara sukaneka besar-besaran yang melibatkan semua isi kampung. Seperti yang diadakan di Jeli ini, dari kesuraman suasana kampung yang sunyi, sukaneka begitu memeriahkan suasana. Kanak-kanak berlarian menyertai sukaneka, orang muda bertanding sukan, ibu bapa bersorak memberi sokongan. Ukhuwah dapat dijalin di sini. Tak kira ukhuwah pelajar-orang kampung mahupun orang kampung-orang kampung, kedua-duanya dapat dijalin. Kenduri besar juga diadakan. Ramai orang kampung yang hadir. Sekurang-kurangnya, mereka dapat melihat indahnya Islam melalui ukhuwah yang dijalin di sini.






Ukhuwah yang terjalin antara peserta program sendiri menjadi begitu rapat. Antara jawatankuasa dengan peserta juga rapat. Awak nak tahu? Saya belum pernah jumpa program yang mana ukhuwah antara semua jawatankuasa dan peserta begitu rapat seperti dalam TRIP ini. Baru petang tadi semasa saya sedang menikmati santapan petang, munzir datang kepada saya dan mengatakan 'Rindu lah kat korang semua. Rasa macam tak seronok hidup dah dua hari takde korang. Rasa macam nak pegi je balik kampung orang asli dengan korang'. Terharu saya diperdengarkan sedemikian. Bukan senang lelaki nak cakap rindu pada lelaki. Itulah hakikat ukhuwah kami.

Lepas 3 hari berkursus dekat Jeli kan awak, kami teruskan perjalanan kami ke program yang sebenar. Bermula di sini, kami terbahagi kepada 3. Ada yang pulang terus ke rumah. Ada yang pergi ke program TRIP (Training and Induction Program - program dakwah dan latihan Fardhu Ain orang asli) di Kampung Husin, Sg Siput. Ada yang pergi ke program AEC (Aboriginal Educational Clinic - program motivasi kanak-kanak orang asli) di Kampung Kenang, Sg Siput. Saya mengikuti TRIP.

Dalam program TRIP ini, saya ditugaskan sebagai jawatankuasa katering. Tugas utama semestinya menyediakan dan menguruskan makanan kepada para jawatankuasa lain. Bersama saya dalam jawatankuasa ini ialah hazrul selaku ketua saya, tahun pertama kejuruteraan, dan juga salah seorang kembar (kak adlia atau kak adlina) selaku penolong hazrul. Sampai sekarang sebenarnya, saya tak pasti mana satu yang bersama saya dalam katering, kak adlia atau kak adlina, mereka kembar seiras, tiada ciri-ciri yang dapat saya bezakan. Pakaian pun selalu sahaja sama. Yang saya tahu, mereka berdua dari jurusan ilmu wahyu.

Walau apapun, tidak banyak yang dapat saya tolong untuk katering ini. Kerana, sudah ramai yang turun menolong - jawatankuasa lain yang perempuan banyak menolong jawatankuasa katering, mengupas bawang, memotong, menumis, semuanya mereka lakukan bersama. Membasuh pinggan mangkuk saja lah yang boleh saya lakukan. Awak pun tahu memang saya sukakan kerja itu, bukan? =)

Kampung Husin. Terletak di kaki Gunung Korbu. Dikatakan kampung orang asli yang paling digemari oleh COMRADE atas kemesraan dan kerjasama yang diberikan oleh penduduknya sebelum ini. Tidak mempunyai kemudahan elektrik, kecuali mereka yang mempunyai generator di rumah masing-masing. Kemudahan air yang boleh tahan mewah. Suasana yang nyaman dan bersih. Pemandangan gunung-ganang yang begitu menggamit. Tak terkata indahnya.





Kami lelaki, bermalam di balai sewang. Perempuan pula di surau. Oh! Terlupa saya hendak cerita pasal sewang. Awak tahu apa itu bersewang? Sewang adalah hiburan bagi kaum orang asli. Bersewang ialah sebuah tarian yang dialuni irama ketukan buluh disertai nyanyian dalam bahasa masing-masing. Kalau awak nak tahu, ada berpuluh-puluh kaum orang asli, kesemuanya mempunyai bahasa masing-masing. Di Jeli, mereka terdiri dari kaum Jahai, berkulit gelap dan amat pemalu. Di Kampung Husin, mereka terdiri dari kaum Temiar. Menyerupai Melayu dan amat mesra.

Di sini, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil terdiri dari 3 orang. Kalau awak nak tahu, hanya 26 orang yang mengikuti program di Kampung Husin ini. Kali ini, saya berpeluang untuk sama-sama satu kumpulan pula dengan mok ana dan nurul. Saya tak berkesempatan untuk berkenalan sangat dengan nurul. Yang saya tahu, dia sebaya dengan kita. Kumpulan kami diberikan dua buah keluarga angkat.

Kami menziarahi rumah keluarga angkat yang pertama. Tak silap saya, teh binti anjang nama mak kami. Saya tak pasti. Kejamnya saya tak ingat nama mak angkat! Mak seorang nenek. Mungkinlah berumur sekitar 70an. Tinggal bersama rakannya, anaknya, amek mida dan dua orang cucunya. Mungkin patut saya beritahu awak, amek bermaksud makcik dan abe pula pakcik. Rumah mak sama seperti rumah-rumah lain di kampung ini, rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Ada sebuah ruang tamu kecil, sebuah bilik tidur, sebuah dapur dan sebuah beranda. Walaupun tidak bercakap banyak semasa kehadiran kami, saya amat yakin mak begitu gembira dengan kedatangan kami. Air mukanya begitu berseri. Kalau awak nak tahu, kebanyakan orang asli, semesra mana pun mereka, mereka tetap pemalu. Selagi kita tak bercakap, selagi itu mereka diam. Kita yang perlu pandai merancakkan perbualan. Oh! Mak ada padi bukit tak jauh dari rumah mak. Semasa kami datang, kawan mak dengan amek mida sedang menampi beras huma. Kalau awak nak tahu, kebanyakan penduduk kampung sebanyak kalau tak silap saya 25 buah rumah ini, masing-masing ada dusun dan padi huma.

Rumah keluarga angkat yang kedua. Abe md dali dan isterinya mek sitijan bersama 3 orang anak kecil, firdaus, ayu dan.. dan.. tak ingat lah lagi seorang siapa nama. Kejam nya saya tak ingat nama adik angkat! Saya ingat ayu saja =) dia comel. Suka bergurau dengan abang angkat dia yang seorang ini =). Di rumah abe, ade berguni-guni beras huma di ruang tamu. Memang baru lepas musim menuai kata abe. Setahun lagi lah baru dapat tuai lagi selepas ini. Antara selang mase setaun ini, akan ditanam pelbagai tanaman seperti buah-buahan di tanah padi huma yang telah dituai itu. Abe juga selalu masuk ke hutan mencari kayu gaharu dan pelbagai lagi hasil hutan. 'Abe pun tak berapa reti sangat dengan hutan, belum berani lagi nak amek daun-daun ke, pokok-pokok ke, sebab ada yang tak boleh makan..' abe kata.

Sesuai dengan nama program TRIP, diadakan sebanyak 3 kali sesi kelas Fardhu Ain. Dibahagikan kepada 3 kumpulan, untuk abe, untuk amek, dan untuk kanak-kanak. Sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan amek dan kanak-kanak. Tetapi amat hambar dari kalangan abe-abe. Sebenarnya jawatankuasa katering dikecualikan untuk mengajar kelas fardhu ain, tapi oleh sebab dah tak ada kerja sangat di dapur, ada satu sesi saya pun turut membantu menjadi tutor. Rezeki saya hari itu, saya ditugaskan menjadi tutor tok batin Kampung Husin, tok adnan.

Tiga helai kertas soalan yang diberikan kepada saya untuk melatih tok adnan semuanya dijawab dengan cemerlang oleh tok. Dari syahadah, solat, rukun Islam, rukun Iman, sehingga tayamum dan hukum kifarah semuanya tok tau. Soalan tambahan yang saya berikan pun cemerlang dijawab tok. Bagi mengisi masa yang banyak terluang sebab semua soalan tok boleh jawab, tak perlu saya ajar lagi, kami berbual bersama tentang agama Islam dalam Kampung Husin ini.

Dengan gaya percakapan yang sedih, mata yang sayu, jelas menunjukkan kepiluan yang terbuku dalam hati tok. Kecewa dengan sikap sesetengah penduduk yang hanya memeluk Islam hanya pada nama dan enggan untuk solat dan melakukan ibadah lain. Kecewa dengan sikap sesetengah penduduk yang mengatakan tidak perlu menunaikan solat kerana mereka mendakwa tanpa solat mereka juga boleh hidup senang. 'Macam mana lagi kita nak bayar pada Allah, Allah dah kasik kita tanah, kasik kita hasil tanam pokok, macam mana lagi kita nak bayar? Solat lah yang dapat bayar. Tunjuk kita terima kasih'. Bagus tok. Saya amat menghormati tok! Hampir sejam kami duduk berbual. Kalau nak diceritakan dekat awak, memerlukan lagi satu emel =).

Selepas itu, saya berpeluang lagi duduk berbual dengan tok. Awak nak tahu, tok pernah mengIslamkan lebih 120 penduduk di sebuah kampung orang asli. Mungkin kerana itu, tok pernah dianugerahkan tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Perak. Apa yang membuatkan saya rasa kagum terhadap tok, tok tak pandai membaca tulisan jawi, tak pandai membaca tulisan rumi, memang tak pandai membaca. Tetapi tok mampu untuk menghafal beberapa surah lazim, mampu menghafal bacaan dalam solat, mampu menghafal beberapa doa, malah pernah mengimamkan solat di luar kampungnya. Bayangkan betapa sukarnya untuk menghafal jika nak membaca pun tak boleh. Tok cerita, pernah sekali ada ustaz mengajarnya menghafal sebuah doa sebanyak lebih 50 kali, sehingga tok sendiri dah menyerah kalah, tak sanggup lagi menghafal. Tapi, dengan rahmat Allah, selepas lebih 50 kali, tok boleh membaca doa itu dengan baik. Saya dapat kongsikan dengan awak, betapa usaha yang amat penting. Pepatah melayu kata, 'Usaha Tangga Kejayaan', bukan nya 'Pandai Tangga Kejayaan'. Kita sama-sama usaha yeh awak? Em. Saya dengar awak pun dah habis menghafal? Iye? =) Berusaha lah lagi yeh? Berusaha untuk segala-galanya.

Seperti biasa, sukaneka diadakan. Antara acaranya, membaling dart, memakan epal yang digantung, meiup belon, membaling belon dan pelbagai lagi. Saya pun masuk juga. 'Kita mesti provoke orang kampung, baru die orang nak masuk' arep pengurus program cakap. Saja suka-suka masuk, lagi ramai, lagi meriah =).






Kenduri juga diadakan. Tapi bezanya kali ini, lauk-lauk yang kami masak, di bawa ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk dimakan bersama mereka. Mok ana dengan nurul makan dekat rumah mak. Mok ana minta saya makan dengan abe. Mok ana kata kak shariah akan menyertai saya. Dulu kak shariah anak angkat lama abe. Katanya dia memang rapat dengan mek sitijan sampai pernah 2,3 kali kak shariah sewa kereta datang sendiri Kampung Husin nak jumpe mek.

Tapi kak shariah juga ada keluarga angkat baru kali ini. Maka akhirnya, saya yang kena gantikan kak shariah makan dekat rumah keluarga angkat dia, kak shariah pula makan dengan mek sitijan. Di rumah mek suria pertama kali saya makan nasi huma bersama dengan hazrul yang merupakan adik beradik angkat kak shariah dalam program ini. 'Cara masak dia lain sikit, kena letak air banyak' kata mek. Kenyang sungguh saya walaupun makan hanya sepinggan nasi huma. Lazat juga, ditambah pula dengan sayur pucuk ubi yang dimasak bersama sedikit bihun. Memang selepas itu saya tanya rakan yang lain, memang ada lauk sayur itu di rumah keluarga angkat mereka. 'Kalau nak buat dengan meggi pun boleh..' kate mek, ibu kepada normadiah, pelajar yang boleh saya katakan bijak dan berani sama seperti abangnya shazri, darjah 5 =). Selepas menjamu nasi, ubi goreng yang ditanam di belakang rumah mek pula menjadi santapan. Kenyang yang amat.

Oh! Terlupa pula nak cerita pada awak macam mana perjalanan naik ke Kampung Husin ini. Susah ke tak susah? Awak rasa? Alhamdulillah, ada sedikit kemudahan semasa naik ke kampung. Kampung Husin ini terletak di atas Kampung Kenang. 6 petang kami baru selesai menolong memunggah barang di Kampung Kenang,setelah selesai barulah meneruskan perjalanan ke Kampung Husin. 7 petang lori yang kami naiki tersekat di tengah jalan. Lori itu tidak boleh naik lebih lagi kerana jalan yang sempit lagi curam menanti di hadapan. Di tambah pula dengan berat lebih 20 orang dengan beg masing-masing serta keperluan dapur dan makanan. Hari semakin gelap. 2 buah jip JHEOA ditugaskan untuk mengangkut barang-barang dan para pelajar. Memerlukan beberapa trip kerana barang yang banyak, sampai trip yang terakhir, saya, munzir, abang amil, kak nas dan kak shariah berhimpit dengan barang-barang dalam jip bergerak pada jam 8.40 malam. Sampai di Kampung Husin 9 malam. 20 minit mengharungi kepekatan malam mendaki jalan yang begitu curam dan mengerikan. Kancil 660 pasti tak boleh lepas. Alhamdulillah, ada juga kemudahan jip JHEOA. Kalau tiada, memang kena jalan kaki 2 jam. Angkat barang yang bergondong-gondong itu sendiri. Harungi malam gelap gelita itu sendiri. La haula wa la quwwata illah billah. Tak dapat nak bayangkan macam mana. Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah perjalanan kami.


(Picture cannot be displayed. Please visit the blog again one week from this date to view the picture)


Oh! Memandangkan Kampung Husin terletak jauh di atas bukit, maka suasananya dingin di waktu malam dan subuh. Bermula 7 petang, angin sejuk mula menghembus badan-badan kami yang sedang menyediakan makan malam di bangsal belakang surau. Suhu malam yang rendah memerlukan kami memakai berlapis baju dan sweater untuk tidur. Tak lupa stokin. Itu pun belum memadai untuk menahan kesejukan kerana setiap kali bangun tidur, saya akan menggigil kesejukan. Apabila memijak lantai balai sewang yang diperbuat daripada buluh itu, terasa seperti memijak air batu. Paling awal boleh mandi ialah pukul 9 pagi. Lebih awal dari itu, tiada siapa yang mahu mandi. Itu pun sekarang ini adalah musim kemarau. Kata mek suria kalau musim sejuk, kabus akan menebal di sekitar rumah 'Dah jadi macam salji' mek kata.

Di mana kita tadi? Oh. Kenyang yang amat. Selepas itu, makan pula di rumah keluarga angkat kak shariah yang kedua. Tak ingat saya nama mek itu. Yang pasti, satu-satunya keluarga bukan Islam di Kampung Husin. Sekali lagi nasi huma. Nak menolak, saya pula yang segan. Bertambah lah kenyang nya saya. MasyaAllah, tak pernah kenyang macam ini. =)

Dalam keadaan kenyang itu, selepas kenduri, saya diajak arep untuk berlakon sketsa bagi mengisi malam penutup malam itu. Cerita sedih. Arep pernah membawa cerita ini katanya, ketika di Langkawi. Khabarnya ramai yang menonton di Langkawi menangis. Seorang ayah yang mempunyai 3 orang anak, bekas penagih, ketika menjadi penagih, dia mengabaikan keluarganya, juga merupakan penyebab kematian isterinya. Dibebaskan setelah 5 tahun dipenjarakan. Pulang ke rumah anak sulungnya, arep. Arep tidak menerima ayahnya dan mengatakan ayah nya sudah lama meninggal dunia. Walau ditegah isterinya, sal, dan dua orang adik yang tinggal bersamanya, jaie dan jimin, arep menghalau ayahnya keluar. Arep mengungkit kembali siapa yang membesarkan kedua orang adik nya setelah ayahnya membunuh ibunya kerana dadah. Jaie dan jimin tidak melawan kerana mengakui memang abang mereka yang membesarkan mereka. Malam itu sal menegur perbuatan suaminya menghalau bapa mentuanya. Pertengkaran berlaku. Pada masa yang sama, jimin mengajak kakaknya jaie mencari ayah. Ayah ditemui di lorong-lorong sepi. Jimin menyembunyikan ayah di suatu tempat lain sebelum merancang untuk membawa kembali ke rumah arep. Keesokannya tok ketua kampung sebelah datang membawa bersama anaknya, rozaidi. Hajat mereka untuk meminang Jaie. Persoalan wali ditimbulkan. Apakah masih hidup ayah si jaie itu? Arep berdalih dan mengatakan ayahnya telah lama meninggal dunia. Ketika ini, jimin masuk ke rumah membawa ayah bersama. Arep menghina ayahnya dan ingin menghalau lagi. Jimin melawan maka terbongkarlah rahsia di hadapan tok ketua. Tok ketua membatalkan hasrat meminang dan keluar dari rumah. Arep menuduh ayahnya merosakkan rancangan kahwin jaie. Pertengkaran besar berlaku sehingga ayah menampar muka arep sehingga arep terjatuh. Rasa tercabar, arep mencapai akhbar dan menghempaskan pada dada ayah. Ayah jatuh rebah diserang sakit jantung. Jimin meninggi suara kepada abangnya dan mempersoalkan kematian ibu, dan kini kematian ayah pula yang mungkin terjadi. Arep cuba meminta maaf dari ayah, tapi tak sempat kerana ayah terlebih dahulu pergi. Arep menjadi gila. Cerita tamat. Mungkin yang membuatkan air mata berlinang apabila lagu sudirman 'Salam terakhir' dinyanyikan ketika jimin dan jaie meratapi pemergian ayahnya. Sepanjang lakonan, kebanyakan penonton ketawa. Tak tahu apa yang kelakar. Kak adlia (atau kak adlina, tak pasti mana satu) kata dia terharu menonton sketsa itu. Eh? Cerita pasal lakonan pula saya, lupa pula kisah orang asli =)

Sebelum lakonan ada persembahan dari kanak-kanak orang asli. Dua lagu dipersembahkan. Yang saya perasan lagu seroja. Sebuah lagi saya tak perasan kerana sibuk membuat persiapan lakonan. Selepas lakonan giliran abang-kakak UIAM pula menyanyi. Lagu 'keluarga bahagia' didendangkan. Seronok rasa menyanyi di atas pentas ramai-ramai malam itu. Rasa seperti tak mahu turun =).
Tamatlah malam penutup. Jamuan ringan disediakan. Abang-kakak UIAM menjadi pelayan. Seronok malam itu melayan masyarakat kampung.






Tengah malam itu, beberapa jawatankuasa dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama ditugaskan untuk membahagikan 'ration' yang terdiri daripada pakaian yang dibekalkan oleh JHEOA untuk dibahagikan kepada penduduk kampung. Kumpulan kedua dikerah untuk membersihkan dan mengemas keperluan dapur kerana esoknya kami akan berangkat pulang. Kumpulan kedua juga ditugaskan membahagikan ration makanan seperti beras, gula, bihun dan sebagainya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan pantas dan pada 2.30 pagi saya sudah boleh nyenyak tidur.

Keesokannya, selepas bersarapan bihun goreng, kami bersiap sedia untuk ekspidisi masuk ke dalam hutan. 9 pagi kami mulakan ekspidisi yang diketuai oleh tok sendiri yang membawa selaras senapang patah kemas disangkut di bahunya, bersama beberapa anak menantu tok termasuk ade dali. Kami masuk ke dalam hutan dengan satu barisan panjang. Menuruni bukit. Sekali sekala ditemani hilai ketawa gembira kanak-kanak orang asli yang turut serta, mungkin mentertawakan kami kerana mereka semuanya kelihatan bertenaga menuruni bukit manakala kami sudah kelihatan letih.

24 minit menempuh hutan, kami ketemu dengan air terjun yang begitu indah. Begitu jernih airnya. Begitu sejuk. Tidak didedahkan banyak kepada pelancongan, jadi air nya memang sungguh asli. Tidak puas bermandian di atas, kami lelaki, turun ke bawah sedikit di tempat perempuan mandi. Di situ lagi indah. Awak jangan salah faham yeh? Lagi indah itu maksud saya, air terjun dia yang lagi indah. Sungguh. Sungguh indah air terjun. Tinggi dan besar air nya yang jatuh ke bawah di situ.Menambahkan lagi indah apabila kelihatan pelangi yang terbit di celah air terjun yang disinari suria pagi. Subhanallah. Rasa puas bermain dengan air terjun di situ.

Berkelah pantas di situ dengan makan sedikit sandwich yang dibawa katering. Bergambar-gambar sedikit, kemudian bergegas keluar dari hutan. Masa perlu dikejar kerana ingin menepati janji bas yang akan menunggu kami di Kampung Kenang pada 3 petang.


(Picture cannot be displayed. Please visit the blog again one week from this date to view the picture)


Berjalan keluar dari hutan lebih mencabar. Kalau masuk tadi kami menuruni bukit. Kali ini keluar, kami perlu mendaki. MasyaAllah, penat tak terhingga. Lebih memenatkan apabila melihat kanak-kanak orang asli yang berlari-lari memotong satu persatu dari kami mendaki ke atas. Bertenaga sungguh mereka. Mungkinlah mereka dah minum tongkat ali sebelum masuk tadi? Tapi, secara serius, memang letih memanjat bukit itu. Mengeluh juga, memikirkan bagaimanalah kalau saya nak menyertai ekspidisi mendaki gunung? Mampukah saya? 'Entah, akak pun baru terfikir nak join naik gunung korbu. Boleh ke agaknya yeh?' kak adliah (atau kak adlina, tak pasti mana satu) pun setuju dengan saya.

Sampai di Kampung Husin, yang laki kebanyakannya terbongkang di balasi sewang, kepenantan.

Pukul 12 tengahari, kami menziarahi keluarga angkat kami sekali lagi, ziarah wida'. Sambil memberikan ration kepada keluarga angkat, kami saling berpesan supaya menjaga diri. 'Ada rezeki, boleh jumpa lagi, insyaAllah..'. Sedih juga ingin meninggalkan keluarga angkat walau hanya 2 hari bersama. Mak ada memberi kami beras huma seorang satu. Terima kasih Mak! =) abe dali dan mek sitijan pun memberi kami beras dan sebungkus aneka akar kayu dan daun, 'Rebus ini semua, lepas tu minum, kalau ada sakit-sakit badan, sakit pinggang, boleh minum' abe kate. Terima kasih abe, mek! Abe ajak makan tengahari di rumah bapa mentuanya, tok. Di rumah tok, jumpa mek suria. Dia tak lupa saya awak =) Walaupun saya bukan anak angkat dia, cuma menggantikan tempat makan kak syariah, mek beri saya beras huma sebungkus juga =) terima kasih mek! Tok bagi saya isi buku tetamu Kampung Husin. Ramai dah isi buku itu, bukan melayu pun ramai juga. Nama saya dah ada dalam buku tetamu. Kalau awak, adik awak, kakak awak ada nak datang melawat Kampung Husin, carilah nama saya! =)

1.30 tengahari kami sedang memunggah barang-barang masuk ke dalam lori JHEOA untuk dibawa ke Kampung Kenang. 2.45 petang kami bergambar kenangan di Kampung Husin dengan seluruh penduduk kampung. Saya mendukung ayu dalam gambar itu =) Kemudian kami berdoa dan berselawat sambil bersalaman dengan penduduk kampung. Berlinang air mata. Sedih untuk meninggalkan dan ditinggalkan. Ada rezeki, insyaAllah bertemu lagi.


(Picture cannot be displayed. Please visit the blog again one week from this date to view the picture)


3 petang kami tiba di Kampung Kenang. Suasana yang sama seperti setengah jam sebelum itu di Kampung Husin. Suasana sibuk memunggah barang. Suasana kanak-kanak mengerumuni abang-kakak UIAM di Kampung Kenang itu. Suasana bergambar beramai-ramai. Akhirnya 3.30 petang baru kami berangkat pulang ke UIAM dengan seribu satu kenangan dan pengalaman berharga yang tak mungkin akan dilupakan..


(Picture cannot be displayed. Please visit the blog again one week from this date to view the picture)


Wah! Panjang sungguh saya bercerita! Lupa pula sedang menulis emel untuk awak. Berapa besar agaknya sudah emel ini? Mungkin sudah jejak 100kb? =) Apa yeh awak buat sepanjang seminggu lebih kita tidak berhubung ini? Ada aktiviti menarik yang awak lakukan? Balas yeh emel saya? Balas dengan 100k juga. =) Mesti awak banyak juga nak ceritakan pada saya kan? Saya tunggu emel awak =). Da yeh? Awak jaga diri baik-baik. Jumpa lagi dalam emel seterusnya. Wassalam =)
Hikmah Kembara

Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana
LirikNasyid.com


Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas

Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,
iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,
kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan
mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..(dimana arah kita)
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya
iman dan taqwa
bagi hamba yag setia . . .





Kembaraku melihat alam
Kembaraku menikmati keindahan
Subhanallah

Kembara yang telah kulalui. Bakal kugarapi. Dalam sebuah nukilan untuknya.

Sabtu, Januari 14, 2006

Juang Salina Ibrahim
Arjuna Hati Norzailina Nordin
Jibam Ujang
Enrique Mengundang Jauh HM Tuah Iskandar
ADAM Ramlee Awang Murshid

Kedudukan terbaru lima novel Melayu terbaik yang pernah aku baca. Yang terbaru 'Juang' hasil karya Salina Ibrahim. Nak tahu sejak bila aku mula baca novel ini? Semasa di tingkatan 2 di Maahad Muar. Hehe. Percaya? Betul. Tak tipu. Mula kenal dengan novel ini ketika menyelak majalah Dewan Siswa edisi April 1999. Berada dalam slot Novel Bersiri, 'Juang' menampilkan kisah yang menarik dengan mudah dan bersahaja. Plotnya pantas tapi padat, tiada yang tidak perlu di dalam isinya. Masa itu, pertama kali aku berniat hendak baca slot bersiri itu. Sebelum ini memang tak berminat nak baca. Tapi niat aku tak sia-sia. Inilah novel yang ku cari-cari selama ini, detik hati aku. Oleh kerana aku hanya melanggan Dewan Siswa melalui sekolah, maka apabila mula cuti sekolah, November hingga Februari aku terlepas siri novel Juang. Ditambah pula dengan cuti pertengahan semester sekitar Mei dan September. Selepas itu aku sudah tak berminat nak menyambung semula siri-siri seterusnya.

Semasa di matrikulasi UIA, aku teringat kembali novel Juang yang banyak melakar kisah suka duka seorang siswi UM. Aku cuba mencari himpunan Dewan Siswa di perpustakaan, tetapi hasilnya tidak seperti yang kuharapkan. Samada aku yang tak reti cari, ataupun memang tiada dalam simpanan. Kulupakan hasratku untuk membaca semula Juang.

Setelah setahun melanjutkan pelajaran di kampus utama UIA di Gombak, aku terkenang kembali Juang. Pasti ada di sini! Aku begitu yakin. Dan keyakinan aku telah menyokong hakikat betapa himpunan Dewan Siswa sejak edisi 1990an sehingga terbaru 2003 ada tersimpan di perpustakaan di sini. 1999, himpunan edisi pertama yang kugapai. April 1999. Edisi demi edisi kuselak sehingga Februari 2000 di mana tamatnya Juang. Baru semalam aku habiskan membaca Juang.
Juang memaparkan kisah seorang siswi bidang perundangan di UM, Aina. Suasana sekitar menara gading yang ditimbulkan dalam novel ini nyata hidup. Kesibukan sebagai seorang siswi yang aktif dalam bidang ko-ku menjadi latar cerita dengan tema persahabatan dan perasaan menjadi isu utama. Kisah Aina sebagai anak bongsu dari empat adik beradik dalam keluarga tanpa ibu kandung walaupun menjadi kisah selingan, kisahnya tetap menarik. Persahabatan Aina-Aryani yang akrab, perselisihan dan salah faham Aina-Aryani juga Aina-Farid, kisah kekeluargaan Aina yang turun-naik, isu-isu kampus, karenah siswa-siswi sekitar yang lain, semuanya diadun dengan bahasa yang mudah dan bersahaja.

Ada kritikan dalam novel itu yang kena tepat pada batang hidung aku. Ada juga kisah yang seakan sama dengan apa yang aku sendiri hadapi, samada sebagai seorang ahli keluarga mahupun seorang mahasiswa universiti, mahupun sebagai seorang kawan. Mungkin itu yang membuatkan aku begitu sukakan Juang. Maka dengan yakin, aku menolak Arjuna Hati, kisah epik sebuah keturunan Melayu di England, ke tempat kedua. Juang. Aku dapat merasakan, Juang akan memberikan impak dalam hidup aku sebagai seorang anak, seorang kawan dan seorang siswa.

Rabu, Januari 11, 2006



Damai

Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah
Kicauan berburung rimba
Berterbangan bebas di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya sinaran sang mentari hari

( korus )
Oh... di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada
Derita, sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati

Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan tersirat air
Turut sama menghiasi
Keindahan ciptaan Ilahi
Aidul Adha, Di Sini Kubermula


8 pagi.

"Din, takbir raya arab ni tak ada lagu-lagu ek? Tak macam melayu,"

"A ah, tak ada lagu. Tak sayu!"

"Hehe.. Kalau sayu, mau menangis aku agaknya pagi ni..."

Kali pertama beraya di perantauan Sebelum ini pernah juga beraya di perantauan. Lebih khusus, beraya korban. Raya puasa belum pernah lagi sambut di perantauan. Tapi, inilah kali pertama sambut hari raya tanpa keluarga. Kali pertama sambut hari raya dengan kawan-kawan. Pagi-pagi, solat sunat aidiladha di masjid UIA. Terasa seperti bukan di Malaysia.

8.30 pagi.

Takbir raya yang tiada lengguk lagu (macam orang melayu biasa takbir) disambut dengan begitu pantas oleh solat sunat aidiladha. Agak keliru juga pada mulanya, sebab sebelum ini, dekat masjid-masjid melayu, sebelum solat, akan diterangkan dulu kaifiat-kaifiat solat, dan kemudian memberi ruang masa kepada makmum untuk memenuhkan saf-saf di hadapan. Tetapi tidak di masjid UIA. Makmum masih lagi sebok hendak mengisi saf-saf yang kosong di hadapan, imam telahpun 2 kali takbiratul ikhram. Termasuklah aku. Tekejar-kejar juga nak menyamai bilangan takbiratul ikhram imam.

8.40 pagi.

Seperti khutbah-khutbah Jumaat, khutbah aidiladha ini juga disampaikan dalam dua bahasa berturut - bahasa arab dan bahasa inggeris. Ketika bahasa arab ke udara, terleka aku menonton gelagat seorang kanak-kanak melayu (5 @ 6 tahun) yang lengkap berbaju melayu dan sampin di samping ayahnya yang duduk betul-betul di depan aku. Memandang ke kiri dan ke kanan. Bertanyakan sesuatu kepada ayah dan kemudian ayah membuat isyarat senyap. Bermain dengan tangan dan jari. Membongkok. Memusing-musing badan. Ayah membetulkan songkok. Ayah meyisirkan rambut. Duduk di atas riba ayah. Duduk kembali di sisi ayah. Bergeleng-geleng bermain dengan kepala. Wah. Comel sungguh! Entah apa yeh yang difikirkan (diangankan?) olehnya? Aku teringatkan anak buah aku. Apa khabar agaknya dia? Sudah besar kah dia? Sudah pandai buat apa pula dia? Sudah pandai solat kah dia? Sudah boleh ikot ayahnya solat di masjid kah? (Dulu masa raya puasa, kami solat bersama. Salah aku juga, letak cermin mataku di atas sejadah. Masin mulut maknya, 'boleh ke nak bawak die solat? aus ni belum ade disiplin nak solat..', memang die tak tahu apa tentang solat - sekurang-kurangnya duduk diam semase orang solat. Sebok bercakap sorang-sorang itu ini, bergerak ke sana ke mari, akhirnya cermin mataku jua yang dipijaknya.. Dapatlah rezeki aku pakai cermin mata baru. Hehe).

Mungkin sekarang ayahnya dah mengajar dia disiplin mengikut orang solat. Mungkin lah aus sekarang sudah pandai solat? Ah. Rindu aku padanya. Teringat jua pada semua kanak-kanak lingkungan umurnya yang pernah aku jumpa dan kenal. Suka aku melihat gelagat mereka! Seronok. Sungguh comel. Teringat juga pada diri sendiri semasa lingkungan umur itu. Comel kah? Hehe. Sudah berubah kah? Apa yang sudah pandai aku lakukan sekarang berbanding ketika itu? Banyak kah yang aku dapat? Ah! ingin saja aku memeluk kanak-kanak di depan aku itu! 'Semoga kau membesar menjadi orang yang berjaya!' mau saja kukatakan padanya.

9.00 pagi.

Susana begitu warna-warni. Riuh. Jemaah dengan pakaian kebangsaan masing-masing kebanyakannya bersalaman dan berpelukan sesama sendiri. 'Eid mubarak!' kedengaran silih berganti. Sekali lagi terasa seperti bukan di Malaysia. Terasa seperti di negara arab. Susah untuk aku mencari jemaah melayu yang ada selepas solat sunat itu. Ingin juga untuk berada lama dalam suasana itu. Tapi arep menggesa untuk cepat mengikutnya ke Setapak, ada korban (anjuran bersama COMRAD) di rumah anak yatim di situ. Dapat juga aku mencapai beberapa keping poster kalendar 2006 palestin. Sempat juga bergambar dengan mat! Mat? Huhu. Mat roommateku yang kupergi rumahnya raya puasa lalu (tak buat pun liputan raya rumah mat kat terengganu, tak sempat, huhu)! Kini telahpun mula bekerja di Putrajaya sebagai PTD. Huhu. Dasat, dasat. Bertugas di kementerian ape tah, tak ingat. Yang penting, dasat! Rindulah kampung bari kecil, Setiu. Hehe.


Bermain 'Ku, Ci, Pa!' (permainan dari Sabah - anak-anak buah Mat ni duk Sabah) dengan anak-anak buah Mat kat rumah Mat raya hari tu. Huu.. Seronok.. Rindu kat korang!

10.30 pagi.

Setelah melilau-lilau, akhirnya jumpa juga rumah anak yatim itu. Ada dua khemah didirikan. 3 ekor lembu untuk disembelih (Seekor telah pun tumbang semasa kehadiran kami - aku, arep dan husen) dan seekor kambing biri-biri. Lama dah tak tonton penyembelihan qorban. Nak tolong potong-potong tulang? Huhu.. sila, sila. Hehe. Dijamu ketupat dan lemang. Sedap! Sikit-sikit arep kenalkan komponen-komponen COMRAD yang hadir. Lepas ni memang kena kenal pun mereka - insyaAllah aku akan ikot COMRAD ke perkampungan orang asli di Cameron cuti midterm ini.

Kanak-kanak. Lebih ramai di depan mata aku kali ini. Warga-warga Baitur Rahmah itu begitu ceria. Gembira. Mungkin ada di antara mereka pengalaman pertama melihat lembu disembelih. Mungkin juga pengalaman pertama menerima kunjungan begitu ramai orang. Comel sungguh mereka! Semoga membesar menjadi orang yang berjaya, adik-adik!

2.30 petang.

"Nilah mak, budak yang tanye-tanye pasal ikan hari tu.."

Begitu cara arep memperkenalkan aku pada emaknya. Huhu. Raya puasa yang lalu beraya juga di rumah arep. Makan ikan kerapu. Pertama kali makan ikan kerapu. Sedap! Sedap! Sedap! "Ni ikan ape ni makcik? Kerapu yeh? Sedaaaap, makcik!". Paling banyak makan hari tu, aku dengan aiman. Huhu. Dasat, sedap!

"Oooh.. yang ni eh? Ha ah, ingat, ingat. Hari ni takde ikan, ketupat ade.."

Hehe. Rendang, sambal yang amat pedas. Semuanya tak menghalang untuk aku melantak. Tambah lagi dengan nasi bukhari. Kemudian sup daging qorban dan sambal kicap pedas. Huhu. Sekali lagi aku makan paling banyak. Kan acap kan? Hehe.



Ini aku dah berubah. Dulu ketika umur baru 5,6 tahun, aku kurus, tak banyak makan. Sekarang? Malas nak cerita. Inikah yang aku berubah? Ini sahajakah? Apakah kata-kata 'Membesarlah menjadi orang yang berjaya' tidak pernah ditujukan kepada aku ketika kecil? Aku berjayakah sekarang? Jika aku tidak rasa berjaya, di sinilah aku harus mulakan langkah baru yang lebih baik. Di sinilah kubermula. Harus bermula. Dengan berkat aiduladha ini, mudah-mudahan kita boleh terus maju, insyaAllah. Semoga menjadi orang yang berjaya.


Ulangtahun hijrah yang ketiga Jom Ke Depan. Aiduladha kumulakan blog. Aiduladha kumulakan kembali blog yang lama ditinggalkan. Aiduladha kumulakan langkah untuk menjadi orang yang lebih berjaya, insyaAllah =)

Ahad, Disember 18, 2005

Lame eh tak post? Lame eh? Lame? Laaaammeeeee...
Malas.
Keje banyak.
Kusut.
Kalut.
Takde mood.
Laptop rosak.
HD rosak.
Tu antara reasons kenape tak post la.. hehe.. nanti ade rezeki insyaAllah tak lame lagi ade la tuh.. hee..
UIA dah ade wireles.. dah ade.. dah ade.. heee

Sabtu, Oktober 29, 2005

Bergembiralah di Aidilfitri Tanpa Melupakan-Nya




Selamat berhari raya.
Aiman dan rakan-rakan, jangan lupa janji manis mu untuk beraya di Muar minggu kedua raya nanti.
Acap, nak datang muo nanti kontek le aiman dulu, plan betul-betul.
Usen, datang muo oii!! Nak gi raye umah ******* kene gi raye umah aku dulu! Haha!
Geng-geng rombongan, turun muo tak raye nih? Klo turun jemput le datang umah..
Mun, selamat jalan dan selamat sampai.
Selamat solat aidilfitri semua.
Selamat melantak ketupat, control berat badan anda. Haha.
Selamat semua.
InsyaAllah.
=)

Khamis, Oktober 27, 2005

Esok Dah Tak Buka Ngan Korang dah...

Sedih aku dengo arif kate macam tu.
Dah abes exam aku hari ni (arif habis hari sabtu).
Gembira.
Sedih.
Risau.
Penat.
Letih.
Semua rasa ada.
Exam mase bulan puasa.
Seronok juga.
Pergi ke library 'seawal' pagi.
Berkampung di situ sampai waktu buka.
Buka bersama arif, firs, husen, acap, semua bukan budak bilik aku.
Sepanjang final nih, bilik aku kosong.
Semua ada hala tujuan masing-masing.
Lemek, din ke bilik aiman.
Juan dengan nadiah.
Aku pula dah macam budak bilik arif.
Selama ni tak pernah-pernah rapat dengan arif (kenal dia sejak di matrik).
Tapi kesempatan Ramadhan dan final exam nih memberi peluang aku cucuk-cucuk perut dia.
Belajar bermain bongo dari dia.
Hari-hari berbuka dengan dia.
Berbuka dengan budak bilik dia yang lain.
Inilah Ramadhan.
Selepas berbuka berjemaah Maghrib bersama.
Berterawih di Masjid 'bersama'.
Berkampung semula di library selewat orang terakhir yang keluar dari library tatkala library ditutup.
Balik ke kolej tidak terus ke bilik aku.
Tapi berkampung pula di bilik firs.
Berbincang itu dan ini.
Membuat itu dan ini.
Tak kurang juga mengumpat mengata.
Astaghfirullah.
Ada juga kadang-kadang petet datang melawat.
Juga aiman dan laptopnya.
Sama-sama berusaha untuk menjadikan final exam mudah dijawab.
Pukul 2, pukul 3 pagi adalah awal.
Pukul 4 telah mula mengantuk.
Pukul 5 sahur bersama - pengecualian diri aku yang jarang turun sahur.
Pukul 6 mula tertidur.
Pukul 7 kelam kabut membelek nota apa yang patut.
Pukul 8 kelam kabut siapkan diri.
Pukul 8.30 berlari anak sambil nota erat dalam genggaman.
Bincang apa yang terlintas sambil ke exam hall.
Pukul 12 puas dan lega.
Habis satu paper, paper seterusnya.. esok? Lusa?
3 hari paper berturut-turut.
Diselit satu, dua hari gap antara paper.
"Tiada masa untuk bernafas" ungkapan firs.
Betapa setiap saat perlu dipermanfaatkan.
Betapa setiap saat akan datang (sem hadapan) perlu tidak dirugikan.
Betapa janji-sumpah acap untuk seperti ini sem hadapan - study setiap hari - pergi library setiap hari - membuat latihan setiap hari.
Kerana sem hadapan kita bakal meningkat usia.
Kerana sem hadapan kita telah pun masuk 2nd year.
Kerana sem hadapan kita bakal major dalam bidang masing-masing.
Aku aerospace.
Acap biotech.
Firs mechatronics.
Husen biotech.
Sediakanlah diri kalian dengan semangat.
Sediakanlah diri kalian dengan matlamat.
Sediakanlah diri kalian dengan PERLAKSANAAN.
Ramadhan yang bakal berakhir jadikanlah sebagai landasan.
Untuk menjadi lebih baik.
Lebih cemerlang.
Lebih gemilang.
"Belajar rajin-rajin juga"
Balas dayana tadi di comp lab E3 selepas paper dynamics.
"Sem depan 4 flat" kataku.
Usahakanlah!
Bergeraklah ke arah matlamat!
Usah manis bicara semata.
Ramadhan oh Ramadhan!
Aku yakin tahun ini Ramadhan bakal merubah diriku.
Menjadi lebih baik.
InsyaAllah.
Terima kasih Allah kerana menunjukkan jalan.
Terima kasih rakan-rakan.
Terima kasih mun.
Doakanlah kejayaan kita bersama dunia dan akhirat.

Selamat beribadah di hujung Ramadhan ini.
Selamat menyambut hari raya aidilfitri.
Bergembiralah tanpa melupakan-Nya.

Selasa, Oktober 11, 2005

Commitment vs Intention

As I finish my Zuhur prayer at E0 musolla, Dr Waqar Asrar was giving tazkirah. He cited a hadith, the first hadith in Kitab Matan Arba'in. I forgot the matan, but Dr Asrar told us about sincerity. No one knows whether we are fasting or not today, only God knows, he said. But for praying, we can show that we are praying. That is the difference. We have to be extra sincere to ourselves during fasting. He said also in his tazkirah, about intention. He said that the word 'intention' in that first hadith of 40 should not be misunderstood. We all know that intention is what coming from our heart, even a slight glimpse is called an intention. For example, someone is thinking to do something good, but he or she does not do anything to that thing. People said this is called intention. But Dr Asrar reminded us that intention has to come together with commitment. Without commitment, intention should not be called intention. For example, the person thinks about something to do, and the person then give efforts to do the things. There is a difference between "I intended to do this" and "I commited to do this". Moreover he said, when we were thinking some good deeds to do, we must immediately do it. Because if we start thinking about the good deeds we are going to do, then satan will come to block our way, we will stat thinking excuses and other things that stop us to do the good deeds.

The lesson is, to do good deeds, we have to do it immediately.

Khamis, Oktober 06, 2005

Are You Fasting Today?

"If you got bad for your first midterm, bad for your second midterm, bad for your quizes, what do you expect then? You want me to give you A? If you got 49, then I can push to 50. But if 20? How? You see, you are not responsoble students. You did not work hard. Final is just 2 weeks to go. You? You still want to sleep? Playing football? Watching tv? Go around KL? I have done my job. My job is just to show you the way. This is not like school. In school, you were given everything. This is university. Lecturer is just to show you the door. If you want to go, you get in. If you dont want to go, you get out. You have to work more. Work hard. Ok?"


"Lecture is only a departure point for you to go further. If you read only my notes, you'll get C. You have to read other books.. read more.."


'What Did I Do Today?'

Did I smile at my brother?
Was I kind to my sister?
Did I teach another something that I know?
Did I call on You, to guide my way?
Tell me what did I do today

Did I? Did I? Did I?
What did I do?
Its fasting month.
I should know what I should do
Its final in two weeks
I better know what I better do
Should I?
Yes I should
Will I?
Yes I will
Ramadhan, show me the way
I will follow, insyaAllah...

Ahad, September 18, 2005

5 Perkara Sebelum 5 Perkara

3 perkara telah datang kepada diriku. 3 perkara jua telah datang sebelum itu.

Sihat. Aku cukup bertenaga ketika cuti midterm 3 hingga 7 September lalu. Aku mampu memandu jauh setiap hari. Memandu ke Alor Gajah menghantar bob sepupuku yang bertunang. Berulang-alik ke rumah firs untuk beberapa hari. Membawa acap dan firs ke Melaka. Memandu balik ke UIA. Tetapi selepas itu, perkara lain datang kepadaku. Aku jatuh sakit. Aku tidak lagi sihat. Aku selsema. Aku demam. Aku menjadi lemah. Aku tidak lagi boleh melakukan perkara sesuka hati aku. Sehinggakan hendak selesaikan satu soalan Dynamics pun aku tak mampu. Rasa sungguh tidak selesa dengan keadaan aku seperti itu. Apa yang boleh aku lakukan sebagai persediaan menghadapi kertas Dynamics, hanyalah membelek dan membaca sekali lalu soalan-soalan dari buku teks dan penyelesaiannya. Hasilnya? Aku hanya mampu mengeluh dan kesal selepas menjawab kertas Dynamics tersebut - kesemua soalan yang telah keluar adalah soalan yang diceduk bulat-bulat dari buku teks. Aku ingat soalan itu. Tapi aku lupa penyelesaiannya. Kalaulah aku tidak demam... Mungkinkah aku boleh mengingati dan memahami dengan lebih baik?

Waktu senggang. Semasa cuti midterm 3 hingga 7 September lalu, aku tidak tahu hendak melakukan apa lagi kerana masa begitu pemurah untuk memberikan saat-saatnya kepadaku. Puas aku menonton anime berkeping-keping CD 'One Piece' versi 'the movie' yang kubeli di Kotaraya sebelum kupulang ke Muar. Puas sudah aku menonton kembali siri anime 'Naruto' yang telah kutonton berpuluh-puluh kali. Puas juga aku bermain boling di Mahkota Parade bersama firs dan acap. Puas kami berjalan-jalan bersama di Melaka. Puas jua ronggeng bermain 'Play Station 2' di rumah firs. Di manakah projek BM yang belum siap lagi? Masih kemas, tak terusik di dalam beg. Di manakah buku Dynamic untuk diulangkaji? Ada tertinggal ditinggalkan di bilik di UIA. Naik dari cuti, barulah aku sibuk hendak mengulankaji Dynamics. Barulah aku sibuk membaca balik bahan projek BM. Tambah pula dengan tugasan menyiapkan laporan makmal. Tambah pula dengan masa rehat yang aku perlukan kerana demam. Aku tidak mempunyai masa yang cukup. Kini, masa nampaknya begitu mencemburui aku, sedikit saat pun seolah-olah tidak mahu dipinjamkan kepadaku. Kalaulah aku tidak membuang masa berhibur ketika cuti... Mungkinkah aku boleh menjawab kertas Dynamics dengan lebih baik?

Kaya. Kaya dengan air. Memang selama ini, alhamdulillah, walaupun tinggal di bilik di tingkat 4, air di bilik air di sini masih kuat tekanannya, tekanannya seperti tekanan di tingkat 1. Apabila berlaku kemalangan lori dengan loji air di Gombak baru-baru ini, bukan sahaja di tingkat 4, bukan sahaja di tingkat 1, malah, seluruh UIA dan hampir seluruh Gombak ketiadaan air. 4 hari diperlukan oleh pihak JBA untuk membersihkan minyak yang tertumpah di dalam loji itu. 4 hari jua aku menjadi miskin. Miskin tanpa air. Tangki yang sepatutnya dihantar oleh pihak JBA pula lambat sampai ke kolej lelaki. Bagaimana? Tangki-tangki di seluruh UIA aku dengar kesemuanya tinggal tiada apa-apa. Bagaimana? Juan memilih untuk mengajak rakan-rakan ke rumah mak cik nya di Wangsa Maju. Tersipu-sipu aku mahu menumpang mandi di rumah orang. Tapi, aku tetap perlu bersihkan diri. Takkan 4 hari aku perlu ke rumah orang? Firs mendesak aku pulang ke Muar. Aku tidak mahu. Baru pulang ke Muar cuti midterm lalu. Tapi, aku memang lemah apabila didesak, aku cepat terpengaruh. Aku pulang ke Muar bersama firs dan din. Bersama kami, dua orang bukan Muar lemek dan usen bermalam di rumah firs. Jauh bukan aku bergerak untuk mencari air apabila ketiadaannya? 206 km nun ke selatan Gombak, di Muar, aku bersyukur dengan air yang melimpah ruah. Di Muar, siapa sangka aku akan menyiapkan kerja aku yang tertangguh sejak cuti midterm yang lalu? Siapa yang menyangka begitu, diingatkan, sangkaan anda tidak betul. Seperti cuti midterm yang lalu. Aku membuang masa. Kalaulah kejadian langgar itu tidak berlaku, dan bekalan air tidak terputus... Mungkinkah aku mampu menyiapkan kerja-kerjaku yang tertangguh?

Aku memang selalu lupa, atau boleh aku katakan lalai. Lalai dengan apa jua yang ada di depan aku kecuali yang berkaitan dengan akademik. Di depan laptop. Anime, game, semuanya boleh kulayan berjam-jam. Di depan gitar. Lagu yang sama tidak jemu aku mainkan berulang kali. Di depan katil. Lalai bersama bantal dan keempukan tilam berkurun-kurun lamanya pun aku boleh tahan. Di depan buku dynamics? Di depan soalan calculus? Paling lama aku boleh bertahan, setengah jam. Kenapa? Kenapa aku menjadi seperti ini? Kalau umur aku 13 tahun sekarang ini, pasti ayah dah membebel tak henti-henti memarahi aku yang menjadi begitu malas belajar. Kenapa aku begitu pasrah dengan kegagalan lalu? Kenapa aku menjadi lupa dan lalai setelah kegagalan itu? 3 perkara telah pergi (alhamdulillah telah kembali kepadaku) dariku dan telah datang 3 perkara lain ke diriku. Perlukah aku menanti sehingga datangnya lagi 2 perkara, baru aku memperbaiki diri aku?? Perlukah aku membiarkan 2 perkara yang masih aku miliki saat ini pergi meninggalkan aku, baru aku memperbaiki diri aku? Orang lain tidak boleh membantu. Mun cakap 'aku cuma boleh teman'. Benar katanya. Aku sendiri yang perlu bukan sahaja sedar, tapi bergerak dan maju ke hadapan. Bukankah 'Jom Ke Depan'? Aku masih dikurniakan masa oleh-Nya. Aku masih bernafas, selagi itu aku perlu bergerak ke hadapan. Yang lalu, jadikan..? Tauladan. Aku perlu berusaha!

Jumaat, Ogos 26, 2005

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Convest sudah berakhir. Merdekakah? Hehe. Merdeka daripada terkongkong dengan makanan-makanan yang mahal. Merdeka daripada terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh untuk hanya makan malam. Hehe.

Pergi closing ceremony convest hari rabu lepas. Second time attending convest closing ceremony. Sebelum ni mase dekat matric dulu ada datang gak gombak nengok closing ceremony, mase tu ade concert Hijjaz sekali. This year, no celebrity concert (except that waheeda and azhar sulaiman hosting this year's closing ceremony), but there was amazing performance by combined gamelan-caklempong team plus percussion by aswad, aquardion by pak cik (cayalah pak cik! hehe), some guitars, drums of course, keyboard, violins, gile gempaq! Tak pernah aku nengok alat muzik sebegini banyak dimainkan dalam satu-satu performance! Pentas CAC tu penuuhh.. Penuh dengan alat muzik dan pemain-pemainnya sahaja. Hoho. Datang dah lambat dah mase tu, pukul 10 baru kami nak masuk dewan. Balas dendam aku yang sebelum ni pergi closing ceremony tahun lepas, aku datang awal, tapi tak dapat duduk depan, walaupun seat depan banyak giler kosong mase tu. "Tempat depan ni untuk sisters sahaja.. Sila ke atas ye..". Mentang-mentang ade in team, unic, die kumpulkan pempuan jek kat depan. Aku yang datang awal gile pun kene dok belakang. Bengang betul aku. But this year, coming late at 10, still can have front seats.. heh heh. Puas hati nengok performance mantap. Banyak lagu derang nyanyi, lagu seroja mawi pun ade! Hoho! Lagu contemporary ade, lagu zapin ade. Aku dah teruja dah malam tu, rasa macam nak naik pentas menari zapin jek. Hehe. Performance macam malam tu aku rase lagi best dari nengok concert. Tak sia-sia acap ajak aku pergi nengok, meninggalkan assignment dynamics yang satu hapah tak buat lagi. Hehe. Memang best performance malam tuh! Lepas ni nak masuk kelab gamelan arh. Hehe.


Penuh ek satu pentas dengan gamelan & caklempong?

Malam sebelum malam closing, ade talk, "Intelectual Discourse With Dr Azzam Tamimi", buat dekat masjid. Talk on Palestinian issues.


Dr Azzam Tamimi, a Palestine-born, the Director of London-Based Islamic Political Thought Institute. Pernah menganjurkan one-million-people walk, as a Palestinian awareness campaign, to gain support, joined by almost 2 million people at trafalgar square, london.

Walaupun kita jauh dari Palestin, kita masih lagi boleh membantu mereka, memberi sokongan. Sebagai pelajar, antara yang kita boleh lakukan, mencari maklumat yang benar tentang palestin dan al-quds, dan sebarkannya kepada public, "enlighten to the public". Jadikan orang ramai tahu dan faham mengenai ape yang sedang berlaku di palestin. Contoh, awareness campaign, penulisan, komik, pakaian. Antara lain, "boycotting products", products dari company yang menyokong dan memberi sumbangan kepada israel..

Dah beli dah baju terpampang "FREE AL-QUDS" kat bahagian depan, "ISRAEL IS NOT REAL" dekat bahagian belakang. Tersenyum hamam nengok aku pakai baju tuh "Thank you for supporting us" die kate.

U*mmatic W*eek. Kalau pergi booths yang ada dekat riverside sempena UW nih, terasa macam pergi melancong ke seluruh dunia! Hehe. Ada berapa ek booth? Tak kira la plak. Tapi yang aku pergi, booth Australia, Brunei, China, Yemen, Thailand, Djibouti, Palestine, Singapore aaaannnd last but not least, Malaysia. Hehe. Yang lain-lain tu aku tak pegi sebab samada takde orang jaga, ataupun ramai sangat orang. Pergi booth China, die tuliskan nama aku dalam tulisan china.. FOC.




"Sister, can you read my name...?" aku tanye amoi jage booth kat situ.

"Aaaa..xeee...miin?" frowning.. macam susah nak bace je.. hehe.

"=) perfect!" just to make sure that he wrote MY name, not somebodyelse's. Hehe.

Brunei.
"Welcome! Welcome!.. Where are you from?"

"Malaysia.."

"No.. I mean.. which part, be specific.."

"Johor.."

"Ooowwh.. yes.. any enquiries.. questions on Brunei.. feel free to ask.."

Blur sikit. Tatau ape nak tanye pasal Brunei nih. Aku dengan firs mula-mula terdiam jugak, tatau nak tanye ape. Dah ler sisters jek semua yang jaga booth tuh. Lawa-lawa lak tu. Isk. Orang Brunei memang lawa-lawa ek. Stylish, glamour dieorang pakai. Macam mak datin muda. Isk..tak boleh cakap melayu ke?..

Brunei takde apa pun.. kecik jek bandar die. Bangunan pun, tak boleh dibina tinggi melebihi tinggi menara Masjid negeri die. Dekat Brunei kita boleh jumpa banyak adat, lebih daripada melayu Malaysia. Sister tu kasik nengok album kahwin sepupu dia dekat Brunei. Glamour gile. "Ni artis ke yang kahwin?" firs tanye. Sebelum nikah, ada majlis berbadak. Ada majlis.. ape lagi tah aku tak ingat dah. Brunei jugak ade banyak jenis kuih, mostly kuih-kuih manis. Kuih kipang, macam beras, salut dengan gula melaka, then kerutup ubi, jugak manis, banyak lagi kuih sister tu hidang kat kami. Ada permainan traditional, permainan pasang, macam main dam haji kapit. Ada Universiti Brunei, the only universiti in Brunei. Ada.. ape lagi. Haa.. any enquiries? Just ask me.. hehe. Orang Brunei, takde sebut 'e'. COntoh, bedak die sebut 'badak', kering die sebut 'karing' - 'karing leher' maksudnya dahaga. 'Tipu' maksud kat Brunei, kelakar. Heh. Cukup la tu..

Yemen. Member aku, feysal yang jaga booth. Dulu mase first sem die ade mintak tolong aku dengan presentation bahasa Melayu die. Die present pasal negara dia dalam bahasa Melayu. Dah puas dah dengo die explain pasal Yemen hari tuh. Cume dekat booth ni, boleh nengok model-model bangunan jek. Dekat yemen nih, banyak bangunan lame, bangunan buat daripada pasir. Bangunan pasir 13 tingkat yang feysal tunjuk kat aku model die, is used to be the highest building on the earth!

Thailand. Tak boleh cakap melayu, tapi faham bahasa melayu aku. Banyak kraftangan, gula-gula siam, kad ucapan siam jual, tapi aku tak beli. Hehe. Sister tu cakap student Thai yang ade dekat UIA ni mostly dari southern Thai. "Most of them can speak malay, MOST, not all of them" sister tu cakap. Hehe.

Australia. "How many Australians are here in IIUM?". She showed me 'ok' hand-sign. I gave her a wow-there-are-so-many-of-you-in-iium look. "There are only three of us, I just finished studying engineering here, another is in laws, another one studying economics..".

Palestine. Sameer yang jaga booth. Baru aku paham betul-betul pasal palestin. Sameer tunjuk peta negara dia. Seluruh kawasan sebelah barat is now occupied by israelis. Some part of the east too. Sameer duduk dekat Hebron, dekat kawasan east, dalam kawasan tentera israel selalu datang. Tanye die macam mane idup dekat tempat die tu, selamat ke? "My place is considered safe. Just, sometimes the jews will come and do this (pointing to the picture of jews army hitting a woman), but that only near my place, around the mosque". Dapat free satu car sticker "FREE PALESTINE".

Singapore. Melayu banyak duduk dekat mana? "Actually, kerajaan kasik kouta melayu dekat setiap kawasan. So, semua kawasan ada melayu duduk. Datang la Singapore, kita boleh datang Malaysia, you all mesti boleh datang Singapore jugak kan..?=)".

Malaysia. "Kalau foreigner datang booth Malaysia ni, mesti dieorang ingat orang Malaysia ni ganas-ganas" firs cakap. Takde benda yang derang display dekat booth Malaysia, kecuali keris. Keris, keris, and keris, and terselit satu, dua bilah parang silat. Heh. Letak le nasik lemak ke, roti canai ke, yong tau fu ke. Hoho!

Malam tadi pulak, buat kali terakhir pergi ke convest hill, makan malam. Huha-huha sikit. Beronggeng sikit. Rasa macam dah baes exam jek. Padahal ade 2 paper sebelum cuti nih. Isk. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Isnin, Ogos 22, 2005

Why Aerospace?
an email from a friend, forwarded by firs. She is now studying aerospace engineering at Sheffield, UK.
*koi = aku (kate ganti diri orang pahang..)



Antara faktor2 yg mempengaruhi : sponsor, pilihan career masa depan, galakan bapak, course structure, oeluang kerja ...

Sponsor
Memandangkan rezeki koi dpt scholarship MARA, ie MARA beri kebebasan utk pilih apa2 bidang engineering pon (except Civil), + koi x terikat utk bekerja dgn MARA/mana2 badan lepas grad nanti, jd awal2 lagi koi x restrict option kepada certain2 bidang yg mungkin 'rasa cam best' time tu.
Sbg cth yg lain, kalaula ditakdirkan sponsor koi bukannye MARA, mungkin boleh amek contoh Petronas ke, koi mungkin awal2 lagi dah restrict kan pilihan koi kepada bidang2 tertentu sebabnye kalau kena kerja dgn Petronas, mestila kena amek couse yg relevan ngan diorg, eg mechanical, chemical. Kalau amek yg lain lak nanti Petronas nak sumbat keje kat ne lak huhuhuhu.
Akceli, i didnt kept my options that wide, cuma koi x begitu consider bidang2 yg mmg sudah tentu menjadi pilihan student yg sponsor mereka Petronas/Telekom/Yayasan Tenaga Nasional/Proton/etc etc....Sebabnya, bidang2 mcm tu, diorg mmg dah kena amek, jadi yg bidang2 lain tu plak siapa lak nak blajo?



Pilihan Career Masa Depan
Akceli koi mmg rasa bidang engineering ni, x kira la engineering apa pon, mcm x sesoi r ngan pompuan... Tapi nak wat cemana, kalau nak wat medic lak koi mmg x mampu lagi x gheti. Yg course2 lain plak koi mcm x nampak jalannya mcm mana.
Skrg ni, kalau ikutkan gerak hati nanti koi nak jadik cekgu, insyaAllah, amin! Akceli ni berkait gak dgn faktor yg atas tadi tu yg mana koi x terikat utk bekerja dgn siapa2 bila dah habis belajar nanti, ie koi boleh apply kerja kat mana2 yg koi suka... dan buat masa ni koi fikirkan koi tamo prektis as an engineer, nak jadi cekgu instead... Dari segi lain, disebabkan koi x terikat dgn siapa2, jadi lagi cerahlah peluang utk sambung blajar lagi lepas habis degree.
Ok, skrg ni, koi dah dapat bayangkan yg koi kununnya nanti nak jadik cekgu, persoalannya, koi nak ajar dlm bidang apa nanti?
Apa yg koi fikir time dulu ialah, oleh sebb koi takde la ada giler2 enthusiasm/obsession ke arah mana2 bidang...Disebabkan yg koi x kesah, jd koi rasakan koi patut find out apa bidang yg kiranya masih blom establish lagi kat mesia ni...Nak find out utk jangka masa 10-20 thn ni demand dr segi keperluan tenaga cekgu kat dlm bidang apa... Kalau ikut logik, bidang tu mestilah bidang yg baru je nak berkembang kat Mesia ni... Kat situ koi dah mula me'narrow'kan pilihan2 koi... lepas dah discuss ngan mak bapak, cekgu2 dll, antara bidang2 nya ialah biomedical/aerospace/tissue engineering
Biomedical ngan tissue tu, bunyinya mcm ada kaitan ngan bio, so awal2 koi dah kensel!
So tinggallah aerospace...


Galakan mak bapak
Mak bapak mmg sgt2 menggalakkan koi amek bidang yg masih belum ramai org mesia amek. Kalau pd sesetgh pendapat mungkin langkah ni mcm kureng bijak sbb susah nak mendapat/mencari peluang kerja nanti. Tapi kalau difikir dr sudut lain plak, atas sebab 'kurang peluang' tu la, kena ada usaha ke arah meng'create'/menambah peluang tu...kalau x, sampai bebila pon peluang tu takkan wujud.
Bapak koi pon stuju sgt kalau koi amek bidang aerospace...Ni berkait ngan keadaan semasa baru2 ni yg Iraq kena serang ngan US, disbbkan keadaan 'negara2 Islam' kat belah asia timur sana smakin kurang kukuh dr segi pertahanan, so dia kata mmg sudah nampak yg Mesia as pengerusi OIC cuba nak kuatkan negara dr segi pertahanan kat sebelah sini plak. sbg cth, 2/3 thn dulu Mesia mula beli kapal selam sbg usaha meningkatkan pertahanan laut. Jd x mustahil dlm masa akan dtg ni kita cuba tingkat dan tingkatkan lagi kekuatan dr segi pertahanan udara lak...
(huhuhu, bunyik mcm semang semacam je kan...huhuhu)


Course Structure
Aerospace Engine ni, kalau kat uk ni akceli ialah perselisihan antara 5 department yg berlainan, yg disesuaikan menjurus ke arah hal2 berkaitan dgn aircraft (x kesah la sama ada commercial/military).
5 department yg bertuah itu adalah : Mechanical Engin, Electrical n Electronic Engin, Material Engin, Control Systems Engine, Computer Science
Pertama kali dgr, mmg rasa mcm "eh, bio beno? 5 department skaligus? umum sgt laa ape yg blajo nanti?"
Kebetulan dulu ada pernah jumpa sorg lecturer masa pergi British Edu Fair kat PWTC... so tanya la dia pasal ni, dia kata kalau nak kata apa yg belajar nanti terlalu general tak jugak, sbb kiranya skrg ni, bila dah masuk bidang ni, kita mmg dah konfem yg 'subject' yg kita akan deal with nanti mmg tidak boleh tidak ialah aircraft. Jadi dr sinilah kita boleh pecahkan kita nak kaji aircraft tu dr sudut apa, dr segi material ke, dr segi communication systems dia ke, dr segi bentuk dia ke etc etc. Utk degree, kita mmg perlu utk tahu ape cerita di sebalik aircraft tu dr suma segi... Dia kata lagi, bila nak sambung masters/phd nanti baru la boleh specialize dlm bahagian mana yg betul2 kita minat.
Kesimpulannya, bolehla dikatakan bidang ni mcm 'object oriented' course, ie 'aircraft-oriented course'....heh, ala2 mcm Java Programming la plak


Peluang Kerja
Walaupun kununnya nak jadik cekgu, tapi manalah tahu kan, kut2 dgn keadaan+corak pemikiran yg berubah2, tiba2 koi nak plak jadik engineer...kalau kat luar negara tu mmg la bnyk, eg BOEING, NASA, Rolls Royce etc etc... tp tu utk dlm mimpi boley la... realitinye nak keje kat mesia kan...
kat mesia mmg x bnyk, tp takdelah sampai takde... ada tu ada, cthnye ngan
Astronautic Technology Sdn Bhd http://www.atsb-malaysia.com.my/
BAKSA (Space Science Study DIvision) http://www.baksa.gov.my
TUDM
Sykt2 Commercial Airline cthnye MAS, Air Asia, Pelangi Air etc etc
MACRES(Mesia Centre for Remote Sensing) http://www.macres.gov.my/

akceli, bidang aerospace engine ni x terhad kepada aircraft saje... menurut lecturer koi, kalau tiba2 dah busan ngan aircraft, masih ada alternatif lain... sbb knowledge ni sebenarnya boleh extend lagi dan diaplikasikan kat objek2 lain yg bergerak dlm fluid gak, cthnye kapal yg gerak dlm air, keter yg jugak bergerak dlm udara...
Mmg bnyk aerospace engineer yg kerja mengkeghobek keter2 formula 1

dr segi uni kat mesia lak, stakat yg koi tau uni yg ada kat course ni kat sini UPM, UIA, USM, UKM baru nak mula... yglain2 koi x pasti.





" ........I only want to put things right as far as I can. My success is with Allah alone. I have put my trust in Him and I turn to Him." (Surah Hud: 88)
Kata2 seorang khulafa ar-rasyidin:"Tidak akan berasa gelisah seseorang itu jika dia tahu apa yang dicari"

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,pahahal ia amat baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu semua tidak mengetahui"(al-Baqarah:216)

- Ukhwah itu indah, jika bertemu dan berpisah kerana Allah

Sabtu, Ogos 20, 2005

What is al-Quds Day?

Al-Quds Day is a day for Muslims to remember our third holy Masjid, Masjidil-aqsa. This month is chosen because during the month of August, there were many violents done on the Masjid. The worse was when a Christian entered the Masjid and burnt down part of the Holy Masjid as for him to allege that the Masjid is on the location he wanted to build 'Heykal' - a place where Christians believe that Messiah will descend. The latest violation was in August 2000 when Sharon delibrately entered the Masjid with all his soldiers with their shoes on.

For us Muslims, especially those who live far from Palestine, we, at least, can help our brothers there from violation, by supporting them. Many ways can be done, for an instance, awareness campaign on Palestine and al-Quds. Those who are near IIUM and all IIUMees are invited to join R*emembrance O*f al-Q*uds. The activities organized are as the above poster.

Jumaat, Ogos 19, 2005

Menggelabah aku kat audi A. Lecturer yang nak briefing on majoring ni baru sorang jek datang, Madam Suriza. Lagi 3 yang patutnye datang untuk 1st session ni mane? Aduh. My greatest fear was almost confirmed - lecturer tak datang. Mampus aku. Kalo betul lecturer tak datang, mane aku nak carik speaker lain? Back up memang takde. Kelam kabut aku pergi oscent call bilik lecturer. Tak dapat. Ah... sudah. Cemane nih? Cemane nih? Betul ke laila dah confirm dengan derang? Dah pukul 9.15 nih. Madam Suriza sorang jek baru datang.

Mujur ade. Dieorang datang lambat. Risau giler aku. Kok nye betul-betul die orang tak datang, cemane? Ape aku nak buat? Program briefing mesti berjalan, audience dah menanti untuk dibrief pasal major. Hoho. Daripada semalam dah aku risau pikir benda tu. Alhamdulillah, lecturer yang patutnye datang, semua ade hari ni. Dr Raihan jek takde pasal die involve dengan rehearsel konvo, tapi takpe, dr raihan nak brief pasal minoring aje, so kalo ade ape-ape masalah nak minor, pergi lah sendiri consult dengan dr raihan yeh.. Heh.

Dekat luat audi ade buat booth. Semua majoring ade buat booth. Dah puas duduk dalam audi kene brief (student dah ade yang tuka fikiran dah nak major ape lepas briefing) pergi booth pulak. Kat booth plak semua jenis soklan keluar. "Susah tak mechatronics kak?", "Aerospace takde belajar pasal angkase ke bang? Blaja pasal aeronautik jek ke?", "Ramai tak yang amek material?", "Kalo amek automotif boleh keje kat mane kak?", "Bagus ke kalo saye amek manufacturing bang?", "Communication ni blaja ape?". Semua soklan ade. Aku keluar awal, tak dengar pun 2 brief terakhir, on communcation dengan biotech. Tak berminat pun. Hehe. Aku pulun abes tanye soklan dekat booth automotive, aerospace dengan mechatronics.

Ntahla. Mechatronics ade belajar circuit, electronics, programming, semua, tak suke ar. Isk. Kalo takde bende tu semua memang aku dah amek mechatronics arh. It will be my third choice. First and second choice? Uuuu.. Ape lagi. Majors dari mechanical department ah - aerospace and automotive. Dengar breifing pasal automotive tadi macam best jek. "The only automotive engineering major in malaysia that concentrates on both car engine mechanism and car design." dekat universiti lain takde belajar pasal design kereta ni lecturer tu kate. Briefing pasal aerospace die tunjuk sedutan buletin utama yang ade keluar pasal aerospace uia hari tu, projek buat katebang control nde tah. Ingat lagi abang aku kutuk, "Ape la.. bende ni pun nak keluar tv ke?". Ntah. Aku pun setuju. Katebang control ni boleh dapat kat kedai mainan, RM1000 - RM3000. Dah le projek tu gune enjin dari taiwan, bukan malaysia punya ke, uia punye ke. Bukan nak pertikaikan kebolehan, memang bagus ah die buat benda ni, one of the first steps to get forward in aerospace, tapi tak yah la keluar tv. Student dengan lecturer kat USM buat satelit, takde keluar tv pun? Tapi kan, tulah, kat uia ni, die punye aerospace mostly belajar pasal aeronautic jek - buat kapal terbang. Takde belajar pasal outerspace, takde belajar pasal satelit ke, bulan bintang ke, buat roket ke, space shuttle ke, semua pasal innerspace (ade ke innerspace? hehe). Kurang best lah. Kurang semangat aku nak amek aerospace. Sekarang ni tengah berbelah bahagi. Dah dengar briefing automotive cam best. Dengar kakak yang jage booth tu pun best, semangat gile die promote automotive, macam debator yang mantap mempertahankan isik die. Hehe. Aerospace pun die promote jugak. BOleh dikatekan 2, 3 semester yang pertama lepas majoring, student automotive dengan student aerospace belajar benda yang same. LEpas tu jek baru belajar ikot major, macam automotive - design kete, etc, aerospace - flight theories..

"Kite sebagai engineering students, sebenarnye kene tau pasal semuuaaa engineering field. Tak kesah, pasal automotive ke, electrical ke, material ke, semua kite kene tau. That's why kite kene selalu membace. Then bile kite dah kerje nanti, misalnye awak nanti grad dari automotive, belum tentu lagi awak akan kerja dalam bidang awak. Ntah-ntah awak kerja kat dalam bidang elctrical. MAcam adik dr faris, amek aerospace, tapi kerja dekat motorola. Memang kita ni, engineers boleh kerja kat semua bidang engineering. Kita kene mantap la.. " panjang lebar lagi kakak tu cerita. Kalo aku boleh tulis atas kertas, mau 2,3 helai kot. Banyak benda aku belajar dari kakak tu. Mostly pasal aerospace and automotive ar. Idop Kakak! Hehe.

Ape-ape pun, kalo nak amek mechanical-based majoring, fluid mechanics kene mantapp!!



Malam. Exam calculus II.

"Its very easy.. I just don't have enough time. The questions were very easy!" heni geleng-geleng kepale sambil nengok aku.

"It was very hard.. really. Don't have enough time and the questions are very hard..really" tersengih-sengih sambil geleng kepale sameer cakap kat aku.

Two different impressions. But in the end, both of them will get high marks. Tau dah. Tak yah nak kencing aku la sameer. Macam mase 1st sem ari tu.. ko cakap "My life is going to end.. i did very bad in calculus exam..". Eventually, bile result calculus I keluar, nengok-nengok highest mark - sameer, 99%. HUh. Lagi satu, heni - 90%.

MElayu mane? Harapkan firs sorang jek. Aku mane? AKu? Hehe. HAri tu sebelum exam calculus, mase management aku berangan.. diaa' yang duduk kat sebelah aku tegur aku, "What are you doing? Concentrate on the lecture! Or are you thinking about calculus?". "Oh.. yes..yes.. I will..". Diaa' pun power jugak. Aduh.. bangun azimin, bangun!

Tapikan.. exam tadi memang susah. Huh. Dah arh. Takmo citer ah!

Khamis, Ogos 18, 2005

Larilah, Lari, Lari

Sejuk. Seronok tidur pagi tadi. Bangun-bangun rasa sejuk segar. Nengok kat luar tingkap, nampak belum terang sangat lagi. "Baru pukul 8 ni agaknye..". Nengok jam kat handphone. "Astaghfirullah...". Dah pukul 10! Tepat pukul 10 pagi! TIlawah pukul 9? Burn. The very 1st class to be tuang this semester! Hoho! Padan la sedap je tidor, bukak-bukak tingkap tengah hujan, tak lebat, tak renyai. Sejuuukk..

Case study management baru je siap malam tadi. Tu pun aku lari balik bilik awal pukul 1.30 pagi tatkala firs tengah menjawab lagi sikit soklan die. Balik awal beri alasan kat firs ngan faried, nak buat dynamic lab report. Buat discussion bukan main lame. Dasat. Esok dah nak hantar. Sape suh buat malam tadi? Huh. Sampai pukul 3 pagi buat. Tu pun tak siap lagi. Tangguh pagi ni kononnya nak sambung buat.

Tapi bangun pukul 10, teringat ada kerja assignment dynamic due hari ni jugak! Aduh! Buat sampai pukul 11.15. 11.20 pergi bilik faried nengok ape cite case management, faried mintak tolong print. 11.30 pergi kelas management. 11.45, bro yusuf dah sampai kelas, firs perasan cover page case study kami tak ikot format yang bro yusuf bagi. Hoho! Cabut kejap..

Larian yang pertama.

Dalam hujan renyai-renyai tu aku dengan firs berlari-lari menuju ITD dengan harapan ade pc kosong dan boleh lah aku bukak Words and betulkan format cover page tuh. Selain dari cuba mengelak titik-titik hujan renyai itu, kami juga cuba mengelak orang-orang yang begitu ramai dan sesak. Sampai ITD, semua pc occupied. Mujur ade husen dekat dalam ITD tu. Pakse husen ketepi seketika. Heh Dah siap, teruskan larian kedua kembali ke kelas.

Larian yang kedua.

Laila SBC sms, nak jumpa dekat oscent nak cakap pasal speakers untuk majoring briefing esok. Farouq> pun nak jumpe, pasal MC breigine esok. Aduh. Nak jumpa pukul 1. Kelas habis pukul 1. Kelas pulak kat ENMS. Nak pegi oscent dekat ENGIN pulak? Ah. Jauhnye! Lari lagi. Kali ni lagi ramai yang perlu aku elak. Baru je minggu lepas aku gelak-gelak nengok fizah lari-lari dah lambat gi kelas, comel jek. Hehe. Tapi hari ni aku lak lari. Due kali lak tu. Jauh lak tu. Huh. Sampai oscent 1.07 (laju aku lari...). Amek nafas sebelum dapat cakap dengan laila dengan farouq dah 2 minit. Hoho!

Farouq tak sehat. Die tolak nak jadik MC esok. Back up MC takde. SUdah.. Sape aku nak suh jadik nih...

Laila bawak berita baik. Lecturers yang scheduled to deliver their briefing semua dah confirm kan, kecuali due orang. Bagus. Baru je aku mintak tolong tengahari semalam, dah setel 6 orang lecturer dah. Tu pun lagi due orang die tak dapat contact, takde kat bilik, tapi dah tinggal notes suh lecturer tu call aku.

Pukul 3.00

Tengah buat lab dynamic. Lemek datang lambat gile. Hampeh. Sambung buat lab report yang aku buat malam tadi. Tula. Sape suh buat lambat! Azimin.. azimin.. Huh. Tapi lemek hanye buat cover page jek. Calculation yang aku mintak tolong buat sikit die tak buat, die pegi buat dynamic assignment die belum siap. Lemek..lemek. Isk. Result lab pun die tak bawak. Bro tutor lab dah warning "Kali ni je saye kasik can.. lain kali takde lambat-lambat hantar laGI..".

Tengah-tengah buat experiment jugak tadi ade call. Nombor tak kenal. "Hello.. Bro zimin?". Foreigner mane pulak la tepon aku nih. Feysal ke nak mintak tolong aku buat Pspice? Suare dah macam suare feysal dah. Aku dah nak gurau-gurau dah dengan caller tuh, sebab aku ingatkan feysal. Mujur die kenalkan diri die. "I am Dr Maizirwan, from biotech deparment...". Aduh. Kelam kabut. Aku yang tengah pengang calculator nak mengire time dalam experiment tu kalut carik kertas yang laila kasik kat aku tengahri tadi pasal lecturer yang nak bagi briefing esok. Hilang. Mane tah aku letak. Layan jek ah. Hentam jek ah bitau bile die boleh bagi briefing. Biotech punye briefing dr maizirwan mintak lambat sikit, die ade hal. "Is 11.30 ok for you, sir?". Setel. Lagi satu lecturer belum confirm.

Masuk kelas dynamic lecture. Aku dah blur. Sape aku nak suh jadik MC esok ni? Pakse acap yang duduk sebelah aku dalam kelas. Mule-mule nak gurau dengan aku, kononnye die memang nak jadik, tapi tanak jadik sebenonye. Tapi akhirnye kene jadik jugak sebab kene pujuk dengan aku. Heh heh. Takpe cap.. experience..

Dah setel lagi satu bende. Tinggal lagi 1 jek. Briefing pasal majoring Manufacturing. Dekat kelas dynamic tu takde line. Dapat msg dari maxis, ade 5 miss call dari 0320564000. Aduh. Lecturer manu ke yang tepon? Nak call balik gune public.. (crdt dah abes!!! Aaaa..) dah tak dapat. Isk. Blur. Dekat dalam kelas dynamic tadi pun blur. Tak boleh concentrate. Pikir pasal lab report yang tak complete tadi. Pikir pasal speakers esok yang tak confirm lagi sorang. Pikir pasal MC. Koknye acap betul-betul gurau dengan aku, tak jadik nak jadik MC ke. Hoho! Pikir pasal aku pulak yang nak jadik MC untuk KOE open day sabtu ni. Malam ni ade rehearsel. BIle masenye aku nak study calculus? Esok malam dah nak exam. Esok pagi dah de briefing majoring sampai tengahari. Petang esok jek la ade mase. Dengan malam ni. Heh. Dah le tadi rehearsel KOE tunggu kat audi A kan main lame sampai pukul 10 akhirnye cancel. Huh. Study oii!!!!!
naruto
Which Naruto Character Are You?
Test by naruto - kun.com




Heh.. heh.. midterm exam dah dekat.. tapi busy keje banyak.. cemane ni azimin? boleh jadik macam rock lee ke? Yoshhh.. nice!!! (gaye gai-sensei, cekgu rock lee, buat thumbs up dengan tersengih with shinning teeth..) Heh.. heh..

Isnin, Ogos 15, 2005

Tohira Oh Tohira

This conversation between ajim and din took place in ajim's room, today.

"Din, semalam aku pergi main bowling dengan budak-budak STAFF, naik lrt. Aku jumpe jimin doh.. dengan awek die naik lrt.."

"Haa? Awek die? Sape awek die??"

"Ntah.. tinggi.. pakai spek.. puteh-puteh.."

"Huh.. tinggi? spek? puteh? Sape ar..? ... oowh.. Heh. Tu bukan awek die do. Tu dak sekolah aku.. Maryam! Derang baru balik dari KLIA anto member aku agaknye.."



Huh. Malu aku. Masuk-masuk dalam lrt tu jek tengok seat belah kiri, 'Eh..budak UIA..'. Nengok seat belah kanan, 'Eh, ajim pun ade..'. Budak-budak STAFF (kelab fasilitator) tengah nak gi main bowling same-same. Aduh.. aziah pun ade. Die siap tanye, "Sape nih?" pointing to yam, "awek eh? Baju pun same.. sepasang..". I was wearing red. Yam was wearing pink. "Eh, eh, bukan, bukan. Dak sekolah aku die ni, jangan salah paham ye semue.. kami dari KLIA, hantar member sekolah fly.. yeh? Bukan awek yeh?".

Emm.. actually we were from KLIA riding juan's car. But then juan and ahsan got some things to do at LOw Yat, so he dropped me and yam at Ampang Putra Stesen. Tu yang masuk-masuk lrt bersame dengan yam nak balik UIA. Heh.

KLIA? Hoho! My second time being there this year only! Last time sending padil. This time sending toyy! The day before that, I don't even think to send her at KLIA. Yela, nak naik ape? Car? Juan nak pegi ke? Mahal wo lagi pun minyak ngan tol. Commuter? Pukul berape aku nak bangun? Pukul 6 pagi? Hehe. Bertuah ar. And so.. the day before I can just read and reply toyy's sms telling her 'selamat jalan!'. The day before too, I kept telling my rummies 'toyy fly esok doh! toyy fly esok! Hoho!'. On that day, in the 'early' morning, after waken up by fizah's sms telling me that she and salmi were on their way to KLIA riding commuter, I kept telling my rummies, 'toyy fly hari ni oii! toyy fly tengahari nii!!'. Maybe (maybe) inspired by my yell, juan confidently said "Jom ar doh kite pergi anto. Selambe. Sempat lagi ni..". Are you kidding me? It was already 10 am and we were just open our eyes! Toyy's flight will be at 1.30 pm. Do we have enough time? I asked juan concerning juan's promise to bring ahsan's CPU to Low Yat to get repaired. "Sempat.. sempat.. kite bawak jek ahsan gi klia same, pastu baru kite pegi Low Yat. Boleh ak ahsan?". As usual, ahsan gave no response (no wonder sometimes people call him lembu.. haha!).

So there it went. What it? Haha! It is IT! That damn kancil to KLIA! "Ko ade duet tak jimin? AKu takde duet nih, ade sepuluh inggit jek nih..". "Ade.. ade.." confidently I answered him though I know that in my wallet there was a ten ringgit note together with a couple of one ringgit notes. And then I checked my pocket, fuuh.. ade lagi selai 5 inggit! My RM7 is for the toll fee. RM 10 is for the fuel. There goes all my money. Going to KLIA with zero ringgit. Who can ever imagine?? We could just cling on ahsan who does not have any relation to this journey to KLIA.

It was 11.30 am. Juan confidently did not take the exit to KLIA. "Ade lagi satu kat depan ni..takpe, exit gi KLIA ade banyak" he said. I agree because before this I saw many KLIA exits too. 20 minutes later, there was no exit to KLIA found, not even any exit. What we saw soon after that was a signboard telling us that Seremban is just 5 km ahead!

Another RM 7 was just being wasted for the toll fee. Ahsan!!! Duet!!

We were wasting 40 minutes on that stupid thought of there-are-many-exits-to-KLIA. It was already 12.10 pm. Aku dah pasrah. Tak dapat jumpe toyy ni.. Kalo flight pukol 1.30, mesti die kene cek in kol 12.30 ke, 12 ke. But then, Salmi smsed "Baru jumpe toy, die cek in pukul 1". Yey! Sempat lagi!! Sempat lagi!! Mou sukoshi! Sikit lagi!

We arrived at 12.30 pm. "Tingkat atas sekali kaunter c20 dkt dpn kedai choc mnm" salmi smsed. Haha! This is the best part! We have 30 minutes left, but then we were lost in the parking lot. "Cemane nak pegi terminal ni? Cemane nak lintas pegi seberang??". There is actually one bridge on each parking block that connects to the terminal and it only located on level 2 on each block. 12.40 pm. Just got inside the terminal. "Korang kat mane?" again salmi smsed, risau agaknye, kang tak dapat jumpe kang. Hehe. "Dah nak masuk dah ke toyy nih?" hoho.. 12.50 pm. In front of toyy. There were hairazi, jali, eda, yam, ecot, ezah, suzana, fizah and salmi.


1.20 pm

"Sori ye tak dapat layan sangat korang.. yeh? Belajar rajin-rajin.. Doakan aku selamat dekat sane.." toyy's last word to us guys right before she went down the escalator towards the imagration. Rilek eh ko toyy.. maintain jek. Yam lak yang nangis. Aku lak yang terkebil-kebil (kebil-kebil jeles..) Hehe. Dok borak dengan ayah ko jek. Hehe. Pak cik Karim kate flight ko delay. Ooo.. Padan la ko masuk lambat. Sempat la aku ngan juan yang sampai sesat-sesat ni nengok ko. Heh. Ganbate toji-chan! Usah kau membawak balik pacar-pacar jowo! Bawak lah balik apa yang patut ko bawak balik. Hehe. Jadik lah ko doktor 5 tahun lagi eh? Dr. Tahirah Abd Karim. Peh.. gempaq gile!

Cucuk duit kat ATM. Heh. Pokai! Pokai!

3.00 pm
Me and yam, who was with us riding kancil were dropped at Ampang Lrt Stesen. Hujan lebat. Alhamdulillah.. lame dah tak hujan. Jalan-jalan raya dekat Ampang ada yang air naik. Kereta tak boleh jalan. Boleh tahan lebat hujan. Rain that confirmed there will be no more haze! Alhamdulillah. Sebelum ni memang dah clear sikit. Lepas hujan ni memang clear habis!

4.45 pm
Alone. Yam pergi PJ jumpe adik die. Teman die tadi naik sampai KL Sentral. Arrived at the mahallah. By rapid kl bus I was riding. Lame tak naik rapid kl. Dekat KL Sentral tadi nengok kat Kaunter Putra ramai giler. Malas aku nak tunggu, nak berhimpit-himpit, nak nunggu shuttle kat terminal lagi. Aaah! Naik bas ah! Sejuukk naik bas tadi! Hujan dah teduh sikit, renyai-renyai. Segar betul kene hujan! Cuaca pun ok, nyaman. Sedap jek tarek nafas dalam-dalam. Sampai UIA dah boleh nampak kabus sejuk kat bukit! Yey! Nyaman nyeeee...

Selasa, Ogos 09, 2005

Mawi Dan Jerebu

Seminggu dua ni aku nengok front page paper (i usually do that, don't have time to read those pieces of papers, its enough for me to read front, and back pages of them) banyak muka mawi yang terpapar. Gile dasat mamat ni. Pengaruh kuat betul. Nyanyi.. (mulelah nak komen nih..) takde la sedap sangat. Muke.. boleh tahan lah. Tapi popular. Ade pernah aku bace statement prof universiti mane tah die kate, mawi ni bakat menggugat kepopularan siti nurhaliza. Heh. Kenape ar? Aku punye external HD tu baru 3 ari, dah penuh dengan video-video af3 dah. Hampir semua kot konsert ade dalam tu. Muk dengan zuhdi pinjam HD aku tu, nak transfer data dr laptop zuhdi nak format, tapi akhirnye penuh dengan af3 jek derang donlod kat cc bilal. Nengok dah semua konsert dalam HD tu. Gile dasat mawi nye pengaruh. Every week bukan setakat maintain nombor 1, tapi maintain over than 30% votes. Sebab die budak sekolah agama? Sebab die dulu jadik qari? Nash dengan razak ahmad pun qari jugak. Ade glamour macam nih? Mungkin dieorang lahir bukan pade zaman sms macam mawi rasai sekarang ni. So sms yang naikkan mawi? Or sebab muke die cool? Mate redup? Tomok Newboyz dulu pun remaje-remaje gile-gilekan sampai ade yang pengsan. Orang kate mata die yang redup tu lah yang memukau semua. Tapi tomok takde la macam ni. Agaknye kalo tomok masuk af3 boleh dapat undi sampai 30%? Dengan ade nye felix.. dengan adenye mawi? Mungkin tomok tak dilahirkan pada era sms ni. So? Pasal sms? Sms yang naikkan? Wah. Dasat sms. RM 12.9 juta untuk mawi - tajuk muke depan Metro Ahad. RM 12.9 juta nilai sms abes untuk undi mawi sepanjang 9 minggu die ade dalam af tu. Banyak tak?

Tapikan, mawi, untuk seminggu due ni, dah menguasai muka depan akhbar-akhbar. Kalau orang macam aku ni (yang bace muke depan jek selalu, tak bukak pun paper tuh, bace kat kiosk) memang tatau lah pasal cerita lain. Cerita yang dasat sekarang ni, jerebu (aku tau pun sebab aku sendiri yang experience). Aku perasan jerebu mase pergi pc fair hari sabtu hari tu. Lepas beli belah, pukul 4.30 duduk atas rumput kat taman klcc menunggu juan keluar dari KLConC, terperasan yang bangunan belakang KLCC termasuk KLCC sendiri aku tak clear. Even matahari pun aku boleh pandang direct mase tu, tak silau pun kene lindung jerebu. Isk. Jerebu ke Malaysia sekarang? Balik uia, semakin obvious jerebu menjelma. Bangun subuh selalu bukak tingkap (tingkap menghadap bukit) hirup dalam-dalam udara segar pagi sambil nengok hijau bukit depan bilik. Tapi sekarang da saket hidung nak hirup udara, saket mata nak pandang bukit. Bukit pun dah blur-blur. Baru hari ini, berita utama dekat tv adalah pasal jerebu. Baru hari ini muka depan paper cerita pasal jerebu. Sebelum ni berita jerebu kat belakang-belakang jek. "Aku nak carik berita pasal jerebu takde, yang aku jumpe semua pasal mawi dengan tunang die" acap ngomel kat aku petang tadi kat bridge between E0 dengan E1 tuh. Dari situ biasanya memang nampak jelas bukit depan bilik aku tu, tapi hari ni, bayang-bayang pun payah nak nampak.

"Selambe ah, esok aku pegi kelas aku pakai mask yang dapat mase buat patern making kat workshop last sem. Tapi korang pakai ah sekali, karang aku pakai sorang-sorang, orang kate ape plak.."

Ahad, Ogos 07, 2005

Semalam pergi P*C* F*air. Kali ni PIKOM buat dekat KL Con*vention C*entre, ade dekat sebelah taman KLCC. Pergi pagi, dengan kereta juan. Firs, petet ikot sekali. Besar KLConC ni. Die punye exhibit hall pun besar, jauh lagi besar dari pwtc punye. Pagi tu orang tak berapa ramai. Target nak beli :

  1. External hard disc, 40GB ~ RM 280
  2. Laptop cooler fan ~ RM 60
  3. PCMCIA ~ RM 150

Dasat banyak nak beli. Pagi tu nengok-nengok dulu. Nengok harga. Ceh. Tapi orang dah mula ramai. Semakin bertambah. Dalam kepala dah berangan-angan apa yang nak dibeli. Tengahari. Kami pergi makan dulu kat food court KLCC. Lepas solat di masjid as-syakirin, balik semula ke KLConC. Kali ni, pergi tak nengok-nengok lagi dah. Terus beli apa yang berangan nak beli tadi. Apa yang dibeli:




  1. External HD, Samsung, 40G + HD Casing = RM 270.00
  2. Rechargable MP3 Player + Voice recorder + FM radio = RM 187.50

Cukup RM 457.50, lagi RM2.50 jejak RM 460 - jumlah yang zuhdi pulang kat aku cash 3 ari sebelum tu. (sebelum ni die pinjam RM460 duet aku nak beli henset baru). MP3 player tu memang takde dalam list, terpengaruh ngan petet, die belikan untuk orang, aku tumpang sekali, tu yang ade 50 sen, beli due = RM 375.00. Petang ni juan nak pegi lagi, mungkin nak kirim die beli laptop cooler. Cukuplah. Banyak dah keluar duit..

Jumaat, Ogos 05, 2005

'Kredibiliti Bahasa Melayu Dalam Bidang Kejuruteraan'

Sampai dekat stesen lrt putra pukul 12.30. Amin, zuhdi, ghapur, aku semua dah haus, singgah minum dekat warong kerinchi. Teringat dulu mase dekat matric ada pernah buka puase sekali dekat warong ni, mase baru balik dari midveli. Isk. Lepas minum terus pergi masjid ar-rahman. Sampai-sampai jek hujan lebat turun. Solat Jumaat dekat situ, di masjid yang 40 tahun dulu, ayah solat jumaat tiap-tiap minggu selame due tahun sepanjang ayah belajar dekat maktab lembah pantai. Antik masjid ni. Tapi masjid ni ade di luar pagar um. Tatau lah, mungkin macam masjid di uia-pj, bukan masjid milik universiti..

Lepas solat perut dah berbunyik-bunyik. Terus jalan kaki pergi menghala ke kampus. Lama da tak masuk kampus um ni. Dulu masa dekat matrik selalu joging dengan nazri dalam kampus um ni. Cantik. Indah. Aku suka suasana kampus macam ni. Tatau lah nak describe macam mane suasana tu, tapi.. aku suke. Makan di P*erdana S*iswa. Terima kasih syue yang mencadangkan makan dekat situ. Lepas makan, pukul 3 terus pegi library.




Tunjuk surat approval yang ade sign librarian library uia (mintak pagi tadi sebelum pergi um). Masuk dalam library, tanye dekat kaunter pertanyaan "What topic are you searching for? Maybe you are looking books that are not from this main library. There are 17 branches of the library. If you are searching for engineering, may be you better go to the library at the f*aculty o*f e*ngineering..". Dasat um. Banyak gile library die ade. Tapi kami rase tak perlu ke foe, sebab topik kame adalah macam tajuk posting nih. Mungkin ape yang kami carik ni ade dalam main library nih. Nekad. Carik jek la ape yang ada kat sini...

Orang kat kaunter tadi ajar, macam mane nak carik buku kat semua branch library um. Kalo di uia, kami ade OPAC, sistem carik buku internal. Tapi di um, die ade sistem online internet yang boleh bantu kite carik buku yang boleh terdapat di mana-mana branch library um. Kita boleh search di Pendeta WebPac. Location, available ke tak, semua maklumat pasal buku yang berkaitan akan tertera.. (ceh! promote plak!).

Dalam library um ni nampak sempit. Library uia lagi besar rasenye. Tapi buku-buku kat library uia jarang-jarang, luas, lapang. Kat um ni sempit. Buku die banyaaakk. Sesak. Nak carik buku dekat rak tu pun aku dah pening nengok buku banyak sangat. Ape yang aku pernah nampak kat cite-cite klasik pasal library dekat movies aku nampak secare real depan mate aku ari ni. Banyak gile buku. Orang pun ramai, macam ramainye orang dekat library uia mase nak exam. Tapi buku die memang banyak. Lemas aku dok celah-celah rak buku tu. Aku menjadi jakun. Kaget. Aaargh! Tak boleh terima! Bilangan buku yang paling banyak pernah aku lihat seumo hidup aku. Kami cari di bahagian Bahasa dan Linguistik. Memang tak sia-sia kami datang dari jauh. Banyak maklumat yang kami dapat berkaitan dengan topik kami. Dah memang bidang linguistik pun ade di um. Banyak rujukan ade.

2 jam lebih bergelumang dengan buku-buku. Puas. Yang penting tapi banyak, kami fotokopi. Yang penting tapi sikit kami salin atas kertas. RM 5.45 digune untuk fotokopi (5 sen selai.. banyak ak? hoho!). Kakak yang fotostet tu pun nampak macam bengang je, die nak tutup pukul 5.30, tapi sbb fotostet bahan kami, pukul 5.45 baru selesai sejak pukul 5.15. Sister yang tunggu turn lepas kami nak fotostet hanya dapat perkataan "Tutup.. Tuuutup.." dari kakak fotostet tu. Hehe. Pukul 6 solat di PS. Teruskan perjalan ke stesen universiti. Pukul 8 sampai terminal putra gombak. Orang ramai tak ingat tunggu bas, teksi. Penat! Letih!

Tapi puas. Alhamdulillah, banyak bahan yang dapat dari library um tu. Rasa macam nak pindah um je.. best. Library best. PS (kalo kat uia macam di Central) besar, banyak facilities ade, ade kedai banyak, ade pusat snuker, ade pusat kebudayaan, ade open stage, ade banyak gile arh! Suasana pun aku suke! Tenang, hijau, banyak pokok, luas, lapang, meriah.. Aaaaargh! Bersyukur di mane kite berada azimin! Bersyukur!!