Cari Blog Ini

Selasa, Julai 19, 2005

Kayak Oh Kayak

Kayak? Heh.. heh.. Boleh ke azimin berkayak?

Firs memang dah bersemangat waja dah tadi nak berkayak. Selama ni nak kayak asek tak jadik-jadik jek. Terlupe bawak duet. Orang ramai. Dah lambat.

Kali ni memang dah nekad dah. Nak kayak jugak!! Hehe. Sampai-sampai dekat tasek, takde orang pun ade dekat situ. Dengan kayak-kayak skali pun takde. Sorang brother kat situ tanye kami, "Nak kayak ke? Kayak-kayak ni tengah repair. Dieorang tu gi amek kayak lain kat store room dekat stadium tu.. PErgilah tolong dieorang angkat sekali.."

Waah.. 1st time nak kayak. 1st time jugak pegang kayak. Isk232. Tolong budak-budak lain angkat kayak. 1st time angkat kayak. "Berat jugak ek? Larat ke nak angkat sorang-sorang? Tadi brother tu angkat sorang-sorang rilek jek..". Last-last angkat satu kayak berdue ngan firs.

Sampai kat tasek, kayak semua dah occupied. Firs turun dulu. Aku kena tunggu turn. Heh. "1st time ke? Emm.. Takpe, naik jek kayak ni... Sebenarnye kayak jenis ni untuk yang dah expert, kayak ni ringan, senang terbalik. Kalo tak pernah kayak awak kene pakai kayak yang tengah repiar tu, tapi dah takde kan, takpelah, yang penting, kayuh jangan kuat sangat, kayuh sikit-sikit jek.." brother yang suh aku gi tolong angkat kayak tu cakap. Smart brother ni, nampak macam staff, sementara tunggu turn aku, aku dengo die borak-borak ngan sister club kayak tu, asek cite pasal competition, pingat emas, SUKMA. Dasat.. dasat.. Tapi die cakap kayak ni untuk yang dah expert? Kayak ringan? Senang terbalik? Aaaa.. Ngerinyee.. Nengok bentuk kayak-kayak yang ade tu pun aku nengok lain. Bentuk lebih aerodynamic. Ceh. Tapi betul, nampak lebih tirus dari yang bese. Btol la kot untuk yang dah expert, ringan, tirus for speed. Aaaa.. cemane ni? BOleh ke aku kayaakk??

Sorang sister berhenti kayak, turun kat platform tepi tasek. "Ok borther, boleh kayak skarang.." broter staff tu cakap. Aduh... "Cemane ni brother? Saye 1st time kayak..?". "Masuk dalam kayak dulu... nanti saye tunjuk cemane.."

1st time duduk dalam kayak yang ade kat atas air. Isk.. Rase macam ade kat dunia lain. Rase macam terbang atas air. "Jangan gegar kiri kanan, nanti die terbalik.. control..control.. kasik belen..". Mase kayak tu gegar kiri kanan rase ngeri jugak. Karang terbalik, cemane? Berenang tak reti. Nak benafas dalam air tak reti. Tapi.. Menggelabah reti. Panic pun reti jugak. Isk..

"Pedal tu awak pegang luas sikit, pegang jauh antara tangan awak.."

"Haa.. cam tu.. pastu awak kayuh je pelan-pelan.. 1st timer macam awak ni prektis kayuh je, cube kayuh dulu.."

Selama ni aku ingatkan senang jek kayak ni. Heh. Mule-mule tu aku asek buat bulatan jek. Cemane nak jalan lurus ni? Isk.. Aku nengok firs macam dah seronok jek. Actually mule-mule tu aku blom rase seronok. Rase macam unsecure je dok dalam bekas plastik yang narrow, kat tengah-tengah tasek. Isk. Dah le aku fobia berenang. Plak tu dah le aku asek pusing tailing hujung kayak aku jek. Cemane nak lurus kan? Cemane???

"Tatau la nak cakap cemane nak lurus.. ko try jek kayuh kiri kanan.. nanti ko tau la cemane nak luruskan.." firs sebelum ni dah pernah kayak..

Cemane yeh? Kayuh kanan, kayak ke hadapan, tapi kadang-kadang jugak kayak ke kiri - ikot strength kayuhan and depth of the pedal below the water. Takde kuase aku nak pikir bende tu. Aku nak pikir sonok jek kayak!! Hentam jek kayuh! Kadang-kadang tu boleh la jugak kayak ke depan.. lurus.. Tapi da lepas 3, 4 kayuh, kayak da setat ke kiri, ke kanan. Hehe.

Aku orang paling last naik dari tasek. Seronok tak ingat. Rase macam tanak kluo dari kayak pun ade jugak. Hoho! Firs belanje fee, 50 sen.

"Lepas ni nak jadik ahli boleh? Jadik ahli tak payah bayar 50 sen lagi kan kalo nak main? Just baya fee ahli je kan?"

"Ha ah.. fee die skarang 5 inggit. Nak jadik ahli? BOleh, boleh.. waa.. seronok eh tadi kayak? Hehe.. bagus lah kalo nak jadik ahli.. Nanti bile-bile, esok ke, turun lah lagi.."

Waa.. Semangat gile! Hohoho! Jadik ahli Kelab Kayak!!

Tiada ulasan: