Cari Blog Ini

Rabu, Jun 29, 2005



Aku dan lemek di kala malam. Depan Research Centre Building, ngadap sungai UIA. Last day duduk uia sebelum esoknye aku balik muo sampai la sekarang nih.. heh.



Gambar orang tu tgh ramming the sand during foundry kat workshop. Heh. Die tak puas hati gambo tak bleh keluar kat blog die. Tatau lah kenape tak boleh ye. Kadang2 boleh, kadang2 tak boleh. Isk.

Baru lepas isik borang scholar JPA. Siap da seme, alhamdulillah.. Tunggu result je yang tatau bile keluar.

Ahad, Jun 19, 2005

Bengang nye aku..

Rabu, Jun 15, 2005

Seorang Welder dan Sekeping Workpiece?

Once upon a time, there lived a welder far, far away in the woods of gombak. Everyday he wakes up in the morning and all he will do is nothing til the end of the day. Though he IS a welder, but he never touches his workpiece. Though he IS a welder, he himself doesn't sure wether he is ready enough to weld his workpiece. He likes to weld workpieces actually, but he doesn't like to grind whenever he do wrong on his welding. Its cliche. Welder is to weld. Not to grind. Why must a welder has to grind? He just has to weld and weld and weld. A welder too has to grind? Ain't that right? It ain't right! So, thats why he never touches his workpiece UNTIL that day comes. When that day has come, he became a hardworker that he worked from am to pm. His whole life of the day was at the workshop. His meal was steels. His drinks was molten weld. His entertainment was grinding. His music was grinding, too...


Takde rupe welder lansung. Ape tah yang aku buat... Malu aku! Ahaha..


Heh.

Abes dah kisah welding. Dah hantar semalam. Takde lagi dah kisah a welder and his workpiece. Exam workshop pun dah lepas. Workshop pun dah tutup hari ni. Tutup! Tutup!!!

Bukak pula kesah, 'an engineer with his transistors'. Tapi dah tutup jugak since lab test hari ni canceled! Takde lab test! Yey! Pastu bukak pulak kesah 'a student with his notes' since exam electronics ari sabtu ni.

Once upon a time, there live a student in the blocks of colleges, far, far away in gombak. Everyday he wakes up in the morning and all he will do is.. is.. is..

Isk.

Lapar. Nak gi makan. Jom makan!

Selasa, Jun 14, 2005

Bile firs, ain, nak miscal nih? Takkan tak bro adanan blom ade lagi? Pergi mane la plak bro adanan ni. Isk.. Dah tatau nak buat ape lagi kat comp lab dah ni. Macam nak memakse aku je gi balik workshop, duduk diam-diam kat situ, tunggu bro adanan baik-baik. Aargh!

Sab baru je datang jenguk aku kat comp lab. Padan ar tadi call aku tanye aku kat mane. Die kasik aku surat utk aku dari dean's office. Ade invitation retreat amende tah kat melake. Invitation, tapi ade fees, 30 inggit. Heh. Tapi kuliyah ade sponsor 55 inggit. 2 hari 1 malam, 30th and 31st july ni. Ni mesti tido resort uia kat melake ni, mestinye ah. Tapi, of all of the above, die bleh letak name aku 'Nur Azimin Elias' pade invitation letter tu. "Aku terperasan name ayah ko, pastu nengok name nur azimin, aku pun amek kan ah, hehe," sab sengih-sengih jek. Aaargh! Tak pernah seh aku diperlakukan sebegini... Kenape Nur? Kenape??

Dahla, malas nak tunggu lagi. Balik je la workshop. Duduk diam-diam, tunggu sampai bro adanan balik. Isk.
Welding Oh Welding!

Semalam satu hari suntuk buat welding. Dari pukul 10 pagi sampai pukul 10.30 malam buat welding (actually, yang lame tu buat grinding). Rase macam nak mati pun ade jugak. Penat giler. Welding asek tak jadik, tu yang kene grind balik welding tu, pastu buat baru. Welding tak penat. In fact, welding ni menyeronokkan. Macam best jek main-main welding tu. Tapi bile weld pada workpiece, tapi tak jadik, time tu yang rase macam malas gile nak grind! Dah ler ramai orang (semua dah berebut nak welding, grinding, nak antar workpiece before due 15 hb nih). Nak tunggu turn pun aku malas.

Tapi akhirnye siap jugak malam tadi! Yey! Nyesal gak tak ikot cakap budak-budak tu. Senang je rupenye yeh buat welding butt-joint? Isk232... tak sampai seminit pun aku buat dah siap. Sekali je grind. Tak cantek lagi welding aku buat tu sebenonye, ade lubang sikit. Tapi dah malas nak grind balik, malas nak welding balik. Malas nak pikir lagi dah! Ni pegi workshop pun semate-mate nak anto workpiece welding dengan report foundry baru siap pagi tadi (patutnye kene anto rabu last week.. hoho!). Technician welding, bro adanan takde pulak aku nak anto workpiece ni. Isk.

Cukup la 1 hari badan aku bau besi. Isk.

Electronics nye paper hari sabtu ni. Tak study ape pun lagi. Esok ade lab test electronics. Lab manual tak usek ape-ape pun lagi. Dah la, petang ni rilek-rilek layan soundtrack naruto (rilek???? ... penat wo workshop semalam.. hehe), malam study ah lab manual. Esok lepas lab test study electronics plak. Ade lagi 3 hari esok! Kalau pulun electronics hari-hari, waaah... tinggi nye cite-cite dan impian. Takpe, takpe, yakin boleh pulun electronics! Ganbate desu ne!! Pulun!!!! Study!!!

Jumaat, Jun 10, 2005

In front of the library, on the way to the mosque this afternoon, juan tak masal tanye aku.

"Jimin, kenape dah lame tak datang perpustakaan?"

Aku terkaget, tapi lepas tu aku paham. So aku pun jawab.

"Tak boleh belajar la..."

"Haha!.. sebijik siot! muke ko ade macam model tu la, hidung die same macam hidung ko.."

"Haha, ko nak cakap yang muke aku ni standard model la ni eh? Hahaha"

"Ha ah, kalo ko pakai tudung mesti rupe ko sebijik cam die... *laugh out loud*"

Haha! Kalo sesape tak nengok iklan Sunsilk yang baru tu lagi.. yang 1st two line tu la quote dalam iklan tu.. (tp 'jimin' tu takde la.. hehe). Iklan tu buat kat uia, dekat library uia. Cerita pasal sorang student pempuan studying at the library and suddenly she realised that there's a boy student studying not far in front of her. Everyday she study in the library, that cute boy will be there at the same place. And then, she reads some book telling about pati limau purut, pastu die balik die pakai syampoo tu. PAstu on the next day she came, mamat tu dah takde kat tempat bese die study. Esok nye pun takde lagi, esok nye lagi pun takde. Last-last, rindu. Pastu satu hari mase nak keluar dari library die ternampak mamat tu, pastu buku terjatuh, pastu mamat tu tolong angkat, pastu jalan same-same. Pastu tu la yang quote yang kat atas ni, "Kenape dah lame tak datang perpustakaan?" awek tu tanye. "Tak boleh belajar la..." mamat tu jawab showing that he also all this time was watching her, not studying in the library. Haha! Background music die lagu 'istimewa'. Best gak la iklan sunsilk kali ni.

ISTIMEWA


Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindah mu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita
Kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa
Teristimewa


Awek model tu lawa, lawa gile, comel nampak die pakai tudung. "Ni mesti dak uia ni.. tapi kenape tak penah jumpe eh muke die kat uia ni?". Balik-balik aku yang jumpe amar. erk.. bape kali dah terjumpe amar bulan nih. Heh. Apparently she's an outsider, not from uia. Mule-mule memang nak jadikkan student uia yang jadi model. Aku kenal pun budak tu, ade dalam friendlist kat friendster. Student laws, batch aku... kot? Tapi mase nak shooting tu, sister sorang ni pegi tunaikan umrah, so derang pun amek orang luar... macam yang juan citer... hehe.

Hehe. Pagi tadi dah jawab 1 paper final dah! Yey! Tinggal lagi 1 paper jerp! Yey! Soklan workshop tadi ade 30 jek, 24 soklan objektif, 6 soklan subjektif. Keluar soklan banyak pasal 1 topik yang aku tak cover, grinding. Apparently bukan aku sorang tak bace grinding, dak-dak ni pun cakap tak bace. Takpe.. takpe.. "Aku tak suke la bincang pasal soklan exam lepas jawab paper. Dah lepas tu lepas la" petet power siot cakap. Heh. Ye la tu petet. 7 hari lagi nak jawab paper electronics plak. Ganbate!! Ganbate datte bayo semue!! Hehe..

p/s - bagus eh skang ni iklan syampoo pun da banyak amek model bertudung. Sunsilk dah due kali. Pantene sekali..
Fuuhhh...Letih2. Registration yg telah berlaku start pukul 9.00 pg td. Aku yg telah pun mengagak komputer akan penuh datang seawal pukul 745 am td bersama Din and Napong. Bila masuk jee GPCL takde orang. Bagus ni. Duduk kat komputer depan terus log on. Aku sedikit cuak coz dlm internet venue utk register kat software lab. Tapi aku datang kat GPCL nie. Sambil menghirup udara segar pagi kat luar lab, tetiba aku nampak Ben datang. "Eh, awal ko farouq". ben menyapa aku. "Tapi kat software lab dah ramai tunggu". Mak aih.. Kalau aku pegi sana td, konfem tak dapat. Aku segera masuk ke dalam lab. Sambil tunggu time register, aku semak dulu jadual. Tak sampai 10 minit lab dah penuh dengan sisters. "Weh kita tiga orang jee brothers". Din gtau aku. Memang betul. Sisters dah penuh. lebih kurang pukul 830, zainal, zu, yazid datang. Pergi ke tempat aku. Aku berasa lega sekali lagi. Kalau tak book awal2 memang aku rasa tak dapat komputer.

Pukul 9.00am. Aku cuba masuk web register. Tak dapat lagi. Relak2. Belum lagi nie. Tetiba jee aku dengar satu lab tu kecoh. "Dah boleh!!. Dah boleh!!". Aku dengar jee terus tekan no matrik dgn pin no. Cuak siot. Aku terus masukkan no course code and section no. Kecoh giler dalam lab. Nak masukkan subjek core kelima-Drawing, tak dapat. "Cannot be allocated". Eh. Apakejadah ini semua. Nak kata section penuh tak jugak. Vacancies byk lg. register subjek lain. Cuba lagi. hampeh tol. Aku bagi laluan pada member aku. Fariz dgn amir masa tu baru sampai.

Pukul 10 pg. Aku still cuba masukkan subjek drawing. Bengang betol. Dah lebih spoloh kali aku cuba. Ada sister sorang tu dia bgtau aku."Core course maksimum 4 je". Laaaa.. Buat lawak betul. Ada ke patut camtue. Dalam buku, subjek first year first sem lebih 4. Apahal tak leh wat lak. Siot. Aku drop electronik. Aku add drawing. "Weh, kita gi wat manual jee laaa add subjek lain. Mana tau boleh", cadang Napong. Aku gi E1 terus masuk opis. Dah ramai rupenyer yg nak add subjek lain. "Sapa yg ada prob dgn add subjek sila tulis nama dgn no matrik". Kakak staff tu jerit kat luar. Aku terus tulis nama dgn subjek yg tak dapat add tue. Lega rasanya. Balik mahallah, makan, pastu balik bilik. Ingat nak stadi EC utk kuiz malam nie. Tapi katil kat sebelah tue memanggil2 aku jee.. Yela2 aku datang. Aku membaringkan badan aku dan terus lelapkan mata. -----------------Letihnyerr register

Khamis, Jun 09, 2005

Atas permintaan ramai (heh heh.. poyo ak?) terpakse lah aku blogging gak sebelum exam nih (exam esok! paper workshop, bacer blog fizah kate die soklan objektif, ade 40. Heh. Baru je tadi borak-borak ngan tun kat workshop, "kalo soklan objektif, best giler ah, kasik 60 soklan dlm mase sejam nak jawab pun bleh!". Haha. Hampeh, tak study ape pun lagi. Bile tah nak study. Tak sentuh langsung pun nota workshop yang aku curik dari usen hari tu. Hehe. Aku tak bayo pun lagi duet notes wokrshop kat ko ek usen, nanti ingatkan aku ah!

Ekceli, once again, aku tgh cabut dari buat workshop ni. Hehe. Still buat milling lagi. Ingatkan tak nak pegi workshop hari ni, tapi pagi tadi juan cam semangat jek nak pegi, aku pun ikot ah die (earlier this morning at 7.30 din dah kejut aku ajak pegi workshop, tapi aku rase cam malas nak pegi, hehe). Sampai-sampai workshop, dah de sorang tgh tunggu turn nak gune milling machine yang nak aku pakai. Aiseh, jadik macam orang takde tujuan aku dalam workshop tu, kejap nengok orang buuat welding, kjap nengok metal forming (ramai plak wat welding hari ni, kalo tak tadi ingat nak buat gak, bile tah aku nak setat weld atas workpiece aku, dah la aku group yang first skali buat welding sem ni, tapi tak siap-siap lagi pun!). Last-last bosan, nunggu, aku suh lutfi miscall kalo die da siap gune machine tuh.

Dah setengah jam dah aku duduk sini.. tak miscal2 pun? Bile aku nak buat? And kalo dah buat, bile aku nak siap? Aduh, sikit jek lagi, semalam aku nak abeskan buat, brother demo tu suh stop "dah pukul 6.20" kate die. Ngaaa.. sikit bebeno jek lagi.

Tak sedap hati ah dok sini lame-lame, karang ade orang potong turn aku plak karang, aku gak yang merane tunggu lame. Nak study electronics lagi, petang ni ade quiz. Isk...

Isnin, Mei 30, 2005

Mari Menonton Wayang

Supposedly yesterday we all togehter have went to times square and watched that star wars movie, 6 all together. But then, 1 person suddenly didnt want to go, so as usual, all decided not to go too. Hampeh. But however, lemek who always wanted to buy those cd kosong (nak burn naturo!) ajak jugak aku keluar, for at least, beli cd kosong die tu kalo tak dapat nengok wayang pun. Ahsan follow.

2 pm, we arrived at gsc T*imes S*quare. There were less people than we thought. While quieing up, me and lemek discussed to watch senario xx which will be on at 2.30. Ahsan insisted not to, but to watch star wars (2.45) and the ticket was surprisingly RM16 per person! I've been watching movies at the gsc all these years and i had never found this price at any outlets! I have even watched that more-than-three-hours-movie LOTR, ROTK at TGV for the price of only RM9! Damn it! That was making me wanted to watch senario xx rather than star wars. And then the tickets availabled were only for 7 seats more!

But ahsan still didnt want to give up persuading us to watch star wars. Seemed like he really wants to watch that he wants to cry, lemek cakap. Haha! Aku gelak-gelak jek when ahsan betul-betul pujuk kiteorang. He even offered his RM12, RM6 each for me and lemek to at least lighten our 'burden'. Haha. Gile ko ahsan, ko memang betul-betul nak nengok ek.And eventually, we ended up sitting in quite not bad seats in the theater watching damn best giler star wars (with apparently RM10 ticket each.. hehe).

Puas hati ar nengok star wars episode iii ni. Though we all knew what happened after this in the episode 4 to 6, we still experienced the thrill and the suspens in that movie. The episode is the best star wars movie out of 6 episodes. And indeed, for me, its obviously the movie of the year. I bet Kingdom of Heaven is not that good compared to star wars (though i have never watched it yet.. hehe).

After approximately three hours (bape kali aku nengok orang ulang alik lalu depan screen, pegi toilet, lame wo. I wondered how will those pirates cd will look like. Haha!), went to plaza low yat to buy those cd kosong. Balik, naik lrt, duduk depan Senior Assistant Commisioner II Abu Bakar Mustafa. Know him? Hehe. He always be in tv, especially in 999, buletin utama, warta jam 9, nightline, settling big crime cases. Meeting him completed my two-week of meeting celebrites. Hehe. Last 2 weeks, we met Nazrey Raihan, solat dengan die at TS. Then, met amar (kalo tak knal.. die lah penyanyi 'nurul iman'), twice, first while eating at Gallery Cafe (juan siap msg kakak die cakap tgh makan dekat ngan amar, haha! - kakak die minat gile kat amar), 2nd was at the Kids of The World's cultural show. "Ko lalu la sebelah die, pastu nyanyi.. nurul iman.. pe reaksi die?". Haha! And then last week, again in the lrt, met steve tonton (tak sure eje cemane arh!). Kalo tak knal, die ni la pemain percussion bertaraf antarabangsa. Pernah main percussion untuk mariah carey, kenny g, and now live in malaysia playing various kind of percussion for nasyid groups (raihan, saujana, hijjaz), for AIM, anugerah bintang popular. A black guy, kawin dengan melayu malaysia. Dalam lrt ari tu aku masuk-masuk jek, i found myself surrounded with dark-coloured children. "Ape, ade rombongan dari africa ke ni?" Hehe. Rupenye, tu seme anak-anak steve. Ramai, ade dalam 5,6 orang kot. "Daddy! Daddy! Can we go to petrosains, please?" cakap ngan ayah speaking english. Cakap ngan mak speaking malay. Hehe.


Emm..layan gile siot listening to this song. Padahal dekat bilik bleh jek pasang lagu ni everyday. Tapi xmo, nak dengo kat blog gak! Haha! Abes duet bagi kat cc. Bile tah nak beli pcmcia pasang wireless kat bilik?.. Hmmpp..

Sabtu, Mei 28, 2005

Baru balik nengok Cultural Night Kids of The World, Voice of Our Little Sunshine (panjang seh) dekat kulliyyah of laws tadi. Tempat untuk meraikan abesnye the one and only paper midterm siang tadi, hehe. Seronok la jugak nengok budak-budak kecik comel dari sekolah-sekolah area selayang and gombak menari-nari atas pentas tu, nari zapin ade, joget pahang ade, pop ye ye ade! Terhibur lah hati ini yang kekusutan sehari due ni. Tapi kusut lagi ah. Macam takde mood. Nak balik baring gilek-golek atas katil..

Jumaat, Mei 27, 2005

"Cemane ko bleh terjebak dalam bola ni jimin?"

Juan macam tak percaye aku turun nengok final C*hampions L*eague pagi-pagi bute semalam. In fact, aku sendiri pun tak sangka aku boleh sanggup bangun pagi-pagi bute tu nak nengok bola yang bukannya aku minat sangat.

Malam tu tidor awal, pukul 10 dah terlelap dah, penat buat workshop petang tu. Pagi tu terjaga pukul 3. Nengok bola best gak ni.. Aku pun turun cafe uthman, ramai ade kat situ. separuh melayu, separuh lagi rakan-rakan sebangse ngan cisse. Hehe. 1st half nengok liverpool main macam bangang jek. Aku dah merasakan aku bangun pagi buta tu sia-sia jek. 3-0 kene tinggal macam ayam. Seb baik gol milan mase ujong-ujong 1st half kene batal sebab offside. Kalo da 4-0 tu memang aku balik tidor arh. Tore cakap kat aku lepas 1st half tu, "Dah, dah, kompem kalah ar, baik ko balik bilik tidor". Hehe. Setakat 3-0, ade chance lagi wo. I believe liverpool can do it. Sebelum-sebelum ni pun bape banyak match liverpool bangkit menang though kene tinggal 2-0, 3-0.

Tak sia-sia aku tunggu lagi. Dalam mase 10 minit masuk 2nd half, liverpool score 3 gol. Gile melampau nye best ah nengok. Puas hati ah nengok match ade 6 gol. Lagi-lagi bila liverpool menang. Lagi la best nengok! Haha. Lemek sampai malam tadi bengang nengok milan kalah, kalah di tangan liverpool plak tu. Hehe. Tu la kelebihan EPL nye team, walopun main bola takde skill sangat kalo nak dibandingkan dengan serie a tapi coaching mantap, dah kene tinggal 3-0 pun bleh menang, strategy coach mesti mantap. Hehe.

Coaching mantap.. Study dah mantap? Hehe. Esok ade midterm electronics. Macam tak percaye jek. Seb baik aku ingat gak esok ade midterm. 2 minggu ni macam-macam aku lupe. Lupe kelas tutor (due kali lupe), lupe nak buat report milling, lupe nak anto lab report, lupe basuh baju. Dasat betul. Ape tah yang aku ingat. Juan dah bawak anime lagi, cite one piece plak. Seb baik lagi aku tak berminat nak nengok. Tak best sangat ah. Naruto gak yang best! Hehe. Emm.. Electronics best ak? Hehe. Yela-yela, nak gi study ah pasni. Gi bilik aiman, fotostet notes (baru nak fotostet?), bace sampai lebam. Malam tadi ingatkan nak study sampai suboh. Rupenye balik bilik jek ade banyak giler bugs. Bugs yang gile-gilekan lampu. Aduh. Terpakse tutup lampu, bukak pintu, kasik bugs tu keluar. Dah tutup lampu tu, ape lagi yang bleh buat? Hehe. Tido sampai pagi instead of study sampai pagi.

So? Hutang wang perlu dibayar. Hutang study? Hehehe. Got to go.. study! Go azimin, go! Ganbate datte-bayo!

Selasa, Mei 24, 2005

'..Sian ko, sure bbuih mulut pujuk org last minit..'


Balik muar ari tu. Perkara yang bangang telah berlaku sebelum balik. Bas pukul 10 pagi. Pukul 9.10 pagi, juan ade rapat ngan telinga aku, "Bas kite pukul bape?". Aku dalam mamai lagi tu selamba jawab 'pukul 10'. "Sekarang dah pukul 9.10 doh!" juan cakap.

Masing-masing buat macam takde ape je. Rilek-rilek. Juan pun sempat gi toilet kol 9.20 tu tunai hajat kejap. Pukul 9.30 naik plusliner. 9.40 naik lrt turun dekat pasar seni. Sesak lrt pagi ni, semue menuju ke pudu agaknye. 10.00 tepat sampai dekat stesen pasar seni. Pukul 10.10 sampai dekat depan petaling street. "Kalo bas maharani lalu ko nak tahan tak juan?". "Tahan ar.." die jawab.

Bas maharani sedang beratur menunggu lampu merah bertukar hijau di depan petaling street. Juan angkat tangan pada driver. Tinggi tangan die julang. Aku angkat tiket tunjuk driver dari luar. Aku teringat dulu aku nampak sorang minah indon tahan bas express kat tempat yang same, depan petaling street tu. Tapi driver tak bukak pintu, takde tiket agaknye. Tapi kali ni pintu dibukak. "Ni yang due orang tu eh? Masuk, masuk. Kenape? Lambat sampai eh?". Hehe.

Terus duduk kat belakang sekali, 4 seatings. Ada sorang mak cik ngan anak dara die. Aku duduk sebelah mak cik. Juan duduk sebelah aku. Selama due tahun lebih aku naik bas ulang alik muar-kl, kl-muar, aku begitu mengharapkan ade perempuan yang akan tegor aku, ataupun aku yang tegur. Boleh la nak dibawa borak sampai lah bas tiba kat muar, Takde la bosan journey aku tu. Saban kali aku beli mentos, who knows, boleh di offer kepada sesiapa yang ada kat sebelah aku dalam bas nanti. Tapi biasenye mentos aku tu ends up kat dalam tong sampah, tak abes.

Hari tu, harapan aku menjadi kenyataan. Mak cik sebelah aku tu tegur aku.

"Dah keje? Ke blaja lagi ni?"

"Blaja lagi, mak cik.."

"Ooo.. blaja kat mane?"

"Uia.."

"Alhamdulillah uia... bagus lah. Anak mak cik yang sebelah mak cik ni dulu keje kat uia, tapi sekarang dah keje tempat lain dah. Anak mak cik yang bongsu pun dulu mak cik suh mohon uia, tapi die tak nak, die takut sebab kat sane blaja dalam base inggeris die kate.."

"Iye mak cik? Hehe.. Abes sekarang kat mane anak mak cik yang bongsu tu?"

"Die tengah tunggu result nak masuk u, baru lepas matrik kat kedah. Die nak cube masuk kuittho, ari tu dah pegi interbiu dah ngan kuittho. Anak dulu ni skolah mane? Anak mak cik tu dulu skolah ni.. skolah maahad muar.."

"(Senyum pade juan, senyum pada mak cik tu balik) Hehe.. sekolah saye la tu mak cik!"

Anak bongsu die tu junior aku, mohd helmi name die. Aku tak knal pun. Hehe. Rancak bebual ngan mak cik tu. Siap die amek mentos dari anak dara die tu kasik kat aku ngan juan. "Amek, amek.. mak cik teringat anak mak cik, semua duduk asrama. Due orang kat itm masuk yang sebelah mak cik ni ha, sorang kat ukm amek ilmu syariah, dah tengah tunggu nak masuk kpli je ni. Sorang lagi nak tunggu masuk u. Bagus, bagus. Blaja ye nak..".

Terharunye aku! Selama ni aku yang nak offer mentos kat orang sebelah aku dalam bas, tak offer-offer lagi sampai sekarang. Sekarang ni, aku dioffer. Hehe. Rancak bebual ngan mak cik tu. Satu bas tu takde bunyik lain kecuali suare aku ngan mak cik tu.

Dah sampai muar, mase nak keluar dari bas, baru ade chance nak cakap dengan anak mak cik tu, die tanye "Duduk mahallah mane?". "Haa? Oo.. al-farouq". Laa.. Kerja kat mahallah ke dulu kakak ni? Kalo borak ngan kakak ni sekali, lagi riuh agaknye. Isk2. Best naik bas kali ni.

Balik kl semula pulak, aku duduk sebelah lelaki. Besar badan die. Diam jek. Tangan aku yang bergerak. Sms. Hehe. Tergerak pulak hati aku nak sms salmi tanye pasal mc untuk malam sbc election tu. Maka tercetus la ingatan aku bahawa aku, amin, ngan mc kite, aiman ade kelas tutor malam tu. Aduh! Macam mane boleh terlupe mase discuss date nak buat sbc night tu? Nak postpone susah, poster dah tampal, orang semue dah tau bile majlis tu.

Setel segalanye baru je jap tadi. 'Sian ko, sure bbuih mulut pujuk org last minit' salmi msg aku tadi. Heh. Ever since aku realize yang aku ade kelas mase msg ngan salmi kat dalam bas tadi, tangan aku tak henti-henti picit butang-butang kat telefon. RM 14.00 kredit abes dari pukul 11.30 pagi sampai pukul 12.30 tengah malam tadi untuk sms sahaje. Dasat ek? Hoho!

Esok (petang ni) quiz electronics, buku, note electronics tak usek sikit pun! Sabtu ni midterm electronics. Buku, note electronics tak usek langsung! Game jugak yang aku usek. Cd-cd muvi jugak yang aku usek. Naruto jugak yang aku usek. Ade orang tu dah tertanye-tanye apakah cd-cd nya telah diculik? Ko punye ke? Tatau lak aku. Aku main nengok jek. Hehe.

Dah. Balik! Tido! Esok bangun AWAL, study! Takde dalih-daluh lagi! Ganbate azimin-chan! Ganbate datte-bayo!!

Jumaat, Mei 20, 2005

Aaa.. Aku balik muar esok pagi dengan juan pukul 10. Ape barang cuti sampai ari isnin dok bilik jek farouq oii! Hehe. Gi beronggeng la oi! Nengok Star Wars! Aku pun tak nengok gak siri sbelom ni. Yang dulu-dulu nye siri, 4,5,6 tu aku nengok, yang 1 ngan 2 jek tak nengok. Takpe, dekat ntv7 sabtu ni ade keluar Star Wars episode 2.

Dengo cite Akademi Fantasia 3 dah keluo astro..?
dah abis exam. macam abis final exam. Td midterm computer. satu jam. Huhuhu. Nak kata sempat macam ada benda tak buat lagi. Nak kata tak sempat rasa dah jawab semua soalan. Walaupun Lecturer tu bagi 5 minutes extra, namun aku rasa tak cukup lg. Lepas ni tak boleh lalai dah.

Minggu ni rasa macam nak balik. Abg aku farid ada exam esok petang. So, nak balik dgn kereta pun tak boleh. Nak balik naik bas malas pulak. Kalau tak balik nak buat apa kat bilik? Teman napong laa kat bilik. Tengok movie macam best jeee. Kawan2 lain ramai nak tengok wayang Star Wars. Aku dah leee tak tengok siri sebelum tu. Kalau tengok siri ni konfem tak paham. Mesti boring laa hujung minggu ni. Woi Jimin, ko balik ke tak? Mesti ko balik punyer. Siot aaaa...

First time online kat lab engine nie. Tak ramai org. Server laju. Air cond. Kalau boleh aku nak lepak sini sepanjang hari. Tp layan tido cam lagi best jee..hehehe. Neway, I think thats all for today. Nak surf mende laik pulak. Ok.. Chow

Khamis, Mei 19, 2005

2 Seconds Of Fear!

Balik dari kelas electronics, akram mintak tolong tampal poster SBC 14 tu, die tak dapat datang, demam lagi agaknye, sian die. Heh. Aku plak mintak tolong amin dengan lemek. Tampal kat audi a, o-scent, workshop, pastu gi bangunan E0, nak tampal dekat musolla, drawing lab. Tadi mase tampal poster pada board dekat-dekat musolla tu, satu insiden yang mengerikan berlaku di depan mata kepala aku sendiri..

Board tu ade cover cermin. Masa nak tutup balik cermin board tu lepas tampal poster, entah macam mana tah, cermin yang besar gile tu tercabut dari landasan. Pantas insiden tu berlaku, 2 saat je agaknye, tak sempat untuk aku memberi amaran pada amin untuk mengelak dari terhempap cermin tu. Tapi 2 saat itu cukup untuk memberi fikiran aku peluang berfikir, mengarahkan impuls-impuls saraf untuk bertindak pada otot-otot aku menyelamatkan cermin tu dari terjatuh atas lantai. Pantas tangan kanan aku menahan cermin tu yang dah pun condong 50 darjah ke lantai. Tatkala tu, fikiran positif aku mengatakan 'Ala, takde ape ni, tak pecah pun nanti kalo jatuh'. Tapi fikiran negatif aku membantah, 'Ini kaca! Berat pulak tu, comfirm pecah seribu ni!'. Ape ajelah terjadi pada amin agaknye ni...

Hukum fizik menyebelahi fikiran negatif aku. Ternyata cermin tu besar dan berat, berpeluh jugak kalo nak angkat cermin tu agaknye. Ternyata tangan kanan aku tak mampu nak menahan cermin seberat itu walaupun tangan kiri aku sedikit cuba membantu dalam tempoh mase tak lah seberapa lama itu. Bunyi hentaman cermin ke atas lantai bergema. Bergema mungkin ke seluruh bangunan E0.

Semuanye berlaku dalam tempoh masa 2 saat.

Amin selamat, cume beberape inci je dari tempat cermin tu terhempas. Aku teringat muvi 'final destination 2' yang part budak kena hempap cermin pejal besar. Dengan budak tu sekali pecah berderai. Ngeri siot... Alhamdulillah takde ape-ape kene kat aku dengan amin. Lengan aku jek yang luka tercalar sikit mase nak tahan cermin tu dari jatuh (calar lagi tangan aku, hari tu kat workshop tangan tercalar..)

Tapi selepas itu, semuanya berlaku dalam tempoh yang berkali ganda lebih lama.

Nak kemas serpihan cermin tu? Ke buat bodo jek tinggalkan cermin pecah, berterabur tengah jalan? Semalam baru jek aku patahkan blade milling machine kat workshop. Hari ni aku pecahkan cermin besar. 'Jangan lari, hadapi musibah'. 'Musibah akan menjadi nikmat jika musibah itu mendekatkan diri dengan Allah'.

Setengah jam jugak nak membersihkan cermin tu. Mase tu tengah baru lepas solat asar jemaah kat musolla. Ramai orang lalu lalang kat situ. Ade yang keluar dr musolla, ade yang nak gi musolla. Deputy Dean, dr raihan pun lalu kat situ tadi. Tebalkan aje lah muka nak ngemas that mess...
Lapa siot. Huh. Kat lab lagi, tak keluar dari tadi. Nampak firs, aiman, din masuk dalam lab, pakai baju workshop. Kenape la aku terlupe yang ari ni boleh wat keje kat workshop? Kan boleh terus gi workshop tadi lepas jumpe akram pasal sbc tu? Alahai.. Terlupe sebab penat sangat ke? Semalam workshop kol 3.30 sampai 6.30 terus sambung overtime kol 8 malam sampai kol 10.15. Lutut aku dah lenguh dah berdiri gune mesin milling tu. Balik bilik terus baring nengok muvi. Lepas tu baru nak print poster SBC election night juan buatkan. Ade problem plak. Aduh. Aku dah tak reti buat dah poster ni. Hentam je la. Gune adobe photoshop nak edit katun nak letak dalam poster (buat benda tu yang lame sebenonye..hehe), husen ajo aku gune photoshop ari tu. Dah reti dah sket-sket. Nanti datang bilik aku lagi, ajo aku tau! Hehe.
"Ano-san! Ano-san!"

Hehehe. Sekarang ni aku obses nak cakap jepun jek. Naruto nye pasal ar nih. Bile ek nak sambung nengok naruto lagi? Baru sampai siri 102 jek nengok ari tu.

"Lei kao tim mei ar?"

Satu lagi ayat kantonis yang berjaya aku bina. Thanks to you farouq yang ajo aku basic sket-sket pasal susunan ayat, skarang ni vocab je tak banyak. Betul ayat kat atas tu, aku dah tanye dak group aku dalam workshop, boon. Die ketawe mase aku cakap ayat tu (kelakar ke cara aku sebut ayat tu oi?), tapi lepas tu die cakap "betul ma..". Ayat atas ni maksud die, 'awak sudah siap ke belum?'.

Aku tanye soklan tu kat boon semalam mase buat milling kat workshop. Milling ape ar? Aku pun tatau. Tapi semalam mase milling ni potong aluminium mm by mm, sket-sket potong gune mesin die. Lame.. lame tunggu turn. Mesin ade 4 jek bleh gune, orang ade 10. Heh. Mintak nak buat overtime malam tu, dapat plak (selalu memang tak dapat pun kalo mintak dah petang-petang macam tu, dah penuh). Tak penah pun buat overtime malam sebelum ni. Serupa jugak, orang ramai, tapi tak seramai mase office hour.

Dalam mase buat overtime malam tadi sempat plak cakap-cakap dengan akram ngan salmi cerita pasal sbc 14. Hehe. SBC 14? Ape yeh? Student Batch Council 14, aku termasuk dalam golongan student engineering batch 14 (student 042, 043, 051), council ni lah yang menjadi suare aku dan suare batch-batch aku yang lain dalam Engineering Society, enginius. Malam 24 may ni ade election nigth nak lantik wakil-wakil batch dalam SBC, termasuklah presiden tu semua-semua. So, sesape yang nombor matricnye 042, 043, datangla beramai-ramai ek? Korang gak yang nak jadik wakil kite. Kan? Kan? Ehe..

Rabu, Mei 18, 2005

Huhuhuhu..Baru jee lepas exam Electric Circuit. Susah sioot. Bukan sebab soklan susah, tapi aku yg tak membaca. Tp aku dah cuba baca. Tak paham2 jugak. Bimbang jugak aku. Dah lee kat exam hall td panas. Aku buat soalan je dah berpeluh. Aku stop jap kipas badan aku dgn kertas soalan. Jawab balik. Peluh balik. Kipas balik. Adalaa 10 kali aku ulang mengipas jee..Soalan last aku buat theorem sendiri. Tak dapat jugak jawapan. Lepas ni aku nak stadi balik betul2. Jumaat ni exam komputer lak...assgment tak siap lg.tension seh...

Sabtu, Mei 14, 2005

INTERNET TANPA WAYAR DI UIAM, PERCUMA?

AKU SEDANG BLOGGING DI BILIK AKU. BILIK AKU SUDAH ADA INTERNET. BILIK AKU DEKAT UIAM, MAHALLAH AL-FAROQ, ROOM C4.3 SUDAH ADA CONNECTION INTERNET!!!!!

AKU TAK PERCAYE!! AKU TAK PERCAYE!! TAPI PERCAYALAH AZIMIN!! KAU SEDANG MEMBUKA INTERNET DI BILIK KAU WAHAI AZIMIN! MAHALLAH AL-FAROQ SUDAH ADE INTERNET!!!

AAAAAAAA!!!! INTERNET DI BILIK!!!

Sekarang ni tengah bukak internet gune laptop kecik zuhdi. Name server kat sini, al-faroq_trial. Still dalam percubaan. Speed 1mbps oi! Laju siot! Macam kat cy Yela-yela.. juan suh sebut name die, 'tengah bukak internet atas katil juan'. Aaa.. dah maghrib. Solat dulu! Solat dulu! Pasni sambung balik main internet!

Aaaaa! Aku masih lagi tak percaya!! Aaaa!

Khamis, Mei 12, 2005

Hari Jururawat

Tengahari tadi layan kl.fm. Lame dah tak layan stesen tu. Dulu mase final sem kat matric, selalu gak layan. Dalam bas metrobus 12 pun slalu pasang stesen tu. Tadi dj die bukak cerite pasal hari jururawat, hari ni, 12 may. Ramai jururawat baru dan lama tepon, cerita pengalaman masing-masing. Most of them, cerita pasal peel pesakit yang pelbagai, ikot background masing-masing.. ikot penyakit gak.. Seronok gak dengo. Macam-macam cerita ade. Teringat pepatah jepun, correct me if i'm wrong, 'jinsei iro iro, hito sore zore', 'dunia pelbagai rupe, manusia pelbagai ragam'.

Teringat arwah mak dulu mase dok dalam wad 10, hospital universiti (PPUM). Mak suke dengan nurse-nurse kat wad tu. Layanan yang cukup baik. Senyum memang tak pernah tinggal. Mesra. Even kalo nak kene amek darah pun, mak prefer nurse yang buatkan rather than doktor pelatih yang memang kene buat. 4 tahun ulang alik wad tu. Dah jadik macam keluarga. Satu kerja yang murni. Teruskan tugas yang murni dengan ikhlas! Selamat Hari Jururawat.


Yey! dah siap benchwork! Yey! dapat workpiece baru! Yey! aku asek silap buat jek workpiece baru ni! Pattern-making. Bengang betul aku! 3 jam ari tu abes nak repair workpiece jek. GUne sander nak kikis kayu lembut. Tangan aku dah la menggigil. Asek terlajak measurement. Susah pakai mesin sander. Rasenye pasni nak pakai file jek. Buat manually. Baru puas hati.

Puas hati nengok naruto. Dalam kepala dah terbayang-bayang naruto selalu. Sekarang dah sampai siri 76. Best gile seh! Balik dulu ah, nak sambung nengok naruto. Ehe. Study bile? Takpe.. malam karang. Bleh ke? Karang dah ngantuk? Takpe..esok pagi plak study? Ehehehe..