2 Seconds Of Fear!
Balik dari kelas electronics, akram mintak tolong tampal poster SBC 14 tu, die tak dapat datang, demam lagi agaknye, sian die. Heh. Aku plak mintak tolong amin dengan lemek. Tampal kat audi a, o-scent, workshop, pastu gi bangunan E0, nak tampal dekat musolla, drawing lab. Tadi mase tampal poster pada board dekat-dekat musolla tu, satu insiden yang mengerikan berlaku di depan mata kepala aku sendiri..
Board tu ade cover cermin. Masa nak tutup balik cermin board tu lepas tampal poster, entah macam mana tah, cermin yang besar gile tu tercabut dari landasan. Pantas insiden tu berlaku, 2 saat je agaknye, tak sempat untuk aku memberi amaran pada amin untuk mengelak dari terhempap cermin tu. Tapi 2 saat itu cukup untuk memberi fikiran aku peluang berfikir, mengarahkan impuls-impuls saraf untuk bertindak pada otot-otot aku menyelamatkan cermin tu dari terjatuh atas lantai. Pantas tangan kanan aku menahan cermin tu yang dah pun condong 50 darjah ke lantai. Tatkala tu, fikiran positif aku mengatakan 'Ala, takde ape ni, tak pecah pun nanti kalo jatuh'. Tapi fikiran negatif aku membantah, 'Ini kaca! Berat pulak tu, comfirm pecah seribu ni!'. Ape ajelah terjadi pada amin agaknye ni...
Hukum fizik menyebelahi fikiran negatif aku. Ternyata cermin tu besar dan berat, berpeluh jugak kalo nak angkat cermin tu agaknye. Ternyata tangan kanan aku tak mampu nak menahan cermin seberat itu walaupun tangan kiri aku sedikit cuba membantu dalam tempoh mase tak lah seberapa lama itu. Bunyi hentaman cermin ke atas lantai bergema. Bergema mungkin ke seluruh bangunan E0.
Semuanye berlaku dalam tempoh masa 2 saat.
Amin selamat, cume beberape inci je dari tempat cermin tu terhempas. Aku teringat muvi 'final destination 2' yang part budak kena hempap cermin pejal besar. Dengan budak tu sekali pecah berderai. Ngeri siot... Alhamdulillah takde ape-ape kene kat aku dengan amin. Lengan aku jek yang luka tercalar sikit mase nak tahan cermin tu dari jatuh (calar lagi tangan aku, hari tu kat workshop tangan tercalar..)
Tapi selepas itu, semuanya berlaku dalam tempoh yang berkali ganda lebih lama.
Nak kemas serpihan cermin tu? Ke buat bodo jek tinggalkan cermin pecah, berterabur tengah jalan? Semalam baru jek aku patahkan blade milling machine kat workshop. Hari ni aku pecahkan cermin besar. 'Jangan lari, hadapi musibah'. 'Musibah akan menjadi nikmat jika musibah itu mendekatkan diri dengan Allah'.
Setengah jam jugak nak membersihkan cermin tu. Mase tu tengah baru lepas solat asar jemaah kat musolla. Ramai orang lalu lalang kat situ. Ade yang keluar dr musolla, ade yang nak gi musolla. Deputy Dean, dr raihan pun lalu kat situ tadi. Tebalkan aje lah muka nak ngemas that mess...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan