Hari Jururawat
Tengahari tadi layan kl.fm. Lame dah tak layan stesen tu. Dulu mase final sem kat matric, selalu gak layan. Dalam bas metrobus 12 pun slalu pasang stesen tu. Tadi dj die bukak cerite pasal hari jururawat, hari ni, 12 may. Ramai jururawat baru dan lama tepon, cerita pengalaman masing-masing. Most of them, cerita pasal peel pesakit yang pelbagai, ikot background masing-masing.. ikot penyakit gak.. Seronok gak dengo. Macam-macam cerita ade. Teringat pepatah jepun, correct me if i'm wrong, 'jinsei iro iro, hito sore zore', 'dunia pelbagai rupe, manusia pelbagai ragam'.
Teringat arwah mak dulu mase dok dalam wad 10, hospital universiti (PPUM). Mak suke dengan nurse-nurse kat wad tu. Layanan yang cukup baik. Senyum memang tak pernah tinggal. Mesra. Even kalo nak kene amek darah pun, mak prefer nurse yang buatkan rather than doktor pelatih yang memang kene buat. 4 tahun ulang alik wad tu. Dah jadik macam keluarga. Satu kerja yang murni. Teruskan tugas yang murni dengan ikhlas! Selamat Hari Jururawat.
Yey! dah siap benchwork! Yey! dapat workpiece baru! Yey! aku asek silap buat jek workpiece baru ni! Pattern-making. Bengang betul aku! 3 jam ari tu abes nak repair workpiece jek. GUne sander nak kikis kayu lembut. Tangan aku dah la menggigil. Asek terlajak measurement. Susah pakai mesin sander. Rasenye pasni nak pakai file jek. Buat manually. Baru puas hati.
Puas hati nengok naruto. Dalam kepala dah terbayang-bayang naruto selalu. Sekarang dah sampai siri 76. Best gile seh! Balik dulu ah, nak sambung nengok naruto. Ehe. Study bile? Takpe.. malam karang. Bleh ke? Karang dah ngantuk? Takpe..esok pagi plak study? Ehehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan