Cari Blog Ini

Jumaat, Jun 10, 2005

Fuuhhh...Letih2. Registration yg telah berlaku start pukul 9.00 pg td. Aku yg telah pun mengagak komputer akan penuh datang seawal pukul 745 am td bersama Din and Napong. Bila masuk jee GPCL takde orang. Bagus ni. Duduk kat komputer depan terus log on. Aku sedikit cuak coz dlm internet venue utk register kat software lab. Tapi aku datang kat GPCL nie. Sambil menghirup udara segar pagi kat luar lab, tetiba aku nampak Ben datang. "Eh, awal ko farouq". ben menyapa aku. "Tapi kat software lab dah ramai tunggu". Mak aih.. Kalau aku pegi sana td, konfem tak dapat. Aku segera masuk ke dalam lab. Sambil tunggu time register, aku semak dulu jadual. Tak sampai 10 minit lab dah penuh dengan sisters. "Weh kita tiga orang jee brothers". Din gtau aku. Memang betul. Sisters dah penuh. lebih kurang pukul 830, zainal, zu, yazid datang. Pergi ke tempat aku. Aku berasa lega sekali lagi. Kalau tak book awal2 memang aku rasa tak dapat komputer.

Pukul 9.00am. Aku cuba masuk web register. Tak dapat lagi. Relak2. Belum lagi nie. Tetiba jee aku dengar satu lab tu kecoh. "Dah boleh!!. Dah boleh!!". Aku dengar jee terus tekan no matrik dgn pin no. Cuak siot. Aku terus masukkan no course code and section no. Kecoh giler dalam lab. Nak masukkan subjek core kelima-Drawing, tak dapat. "Cannot be allocated". Eh. Apakejadah ini semua. Nak kata section penuh tak jugak. Vacancies byk lg. register subjek lain. Cuba lagi. hampeh tol. Aku bagi laluan pada member aku. Fariz dgn amir masa tu baru sampai.

Pukul 10 pg. Aku still cuba masukkan subjek drawing. Bengang betol. Dah lebih spoloh kali aku cuba. Ada sister sorang tu dia bgtau aku."Core course maksimum 4 je". Laaaa.. Buat lawak betul. Ada ke patut camtue. Dalam buku, subjek first year first sem lebih 4. Apahal tak leh wat lak. Siot. Aku drop electronik. Aku add drawing. "Weh, kita gi wat manual jee laaa add subjek lain. Mana tau boleh", cadang Napong. Aku gi E1 terus masuk opis. Dah ramai rupenyer yg nak add subjek lain. "Sapa yg ada prob dgn add subjek sila tulis nama dgn no matrik". Kakak staff tu jerit kat luar. Aku terus tulis nama dgn subjek yg tak dapat add tue. Lega rasanya. Balik mahallah, makan, pastu balik bilik. Ingat nak stadi EC utk kuiz malam nie. Tapi katil kat sebelah tue memanggil2 aku jee.. Yela2 aku datang. Aku membaringkan badan aku dan terus lelapkan mata. -----------------Letihnyerr register

Tiada ulasan: