Cari Blog Ini

Jumaat, Mei 27, 2005

"Cemane ko bleh terjebak dalam bola ni jimin?"

Juan macam tak percaye aku turun nengok final C*hampions L*eague pagi-pagi bute semalam. In fact, aku sendiri pun tak sangka aku boleh sanggup bangun pagi-pagi bute tu nak nengok bola yang bukannya aku minat sangat.

Malam tu tidor awal, pukul 10 dah terlelap dah, penat buat workshop petang tu. Pagi tu terjaga pukul 3. Nengok bola best gak ni.. Aku pun turun cafe uthman, ramai ade kat situ. separuh melayu, separuh lagi rakan-rakan sebangse ngan cisse. Hehe. 1st half nengok liverpool main macam bangang jek. Aku dah merasakan aku bangun pagi buta tu sia-sia jek. 3-0 kene tinggal macam ayam. Seb baik gol milan mase ujong-ujong 1st half kene batal sebab offside. Kalo da 4-0 tu memang aku balik tidor arh. Tore cakap kat aku lepas 1st half tu, "Dah, dah, kompem kalah ar, baik ko balik bilik tidor". Hehe. Setakat 3-0, ade chance lagi wo. I believe liverpool can do it. Sebelum-sebelum ni pun bape banyak match liverpool bangkit menang though kene tinggal 2-0, 3-0.

Tak sia-sia aku tunggu lagi. Dalam mase 10 minit masuk 2nd half, liverpool score 3 gol. Gile melampau nye best ah nengok. Puas hati ah nengok match ade 6 gol. Lagi-lagi bila liverpool menang. Lagi la best nengok! Haha. Lemek sampai malam tadi bengang nengok milan kalah, kalah di tangan liverpool plak tu. Hehe. Tu la kelebihan EPL nye team, walopun main bola takde skill sangat kalo nak dibandingkan dengan serie a tapi coaching mantap, dah kene tinggal 3-0 pun bleh menang, strategy coach mesti mantap. Hehe.

Coaching mantap.. Study dah mantap? Hehe. Esok ade midterm electronics. Macam tak percaye jek. Seb baik aku ingat gak esok ade midterm. 2 minggu ni macam-macam aku lupe. Lupe kelas tutor (due kali lupe), lupe nak buat report milling, lupe nak anto lab report, lupe basuh baju. Dasat betul. Ape tah yang aku ingat. Juan dah bawak anime lagi, cite one piece plak. Seb baik lagi aku tak berminat nak nengok. Tak best sangat ah. Naruto gak yang best! Hehe. Emm.. Electronics best ak? Hehe. Yela-yela, nak gi study ah pasni. Gi bilik aiman, fotostet notes (baru nak fotostet?), bace sampai lebam. Malam tadi ingatkan nak study sampai suboh. Rupenye balik bilik jek ade banyak giler bugs. Bugs yang gile-gilekan lampu. Aduh. Terpakse tutup lampu, bukak pintu, kasik bugs tu keluar. Dah tutup lampu tu, ape lagi yang bleh buat? Hehe. Tido sampai pagi instead of study sampai pagi.

So? Hutang wang perlu dibayar. Hutang study? Hehehe. Got to go.. study! Go azimin, go! Ganbate datte-bayo!

Tiada ulasan: