Weekend baru ni balik Muar. Konon nak bebuka kat rumah, tapi tak jugak, berbuka kat rumah Mak Piah (at least bebuka kat rumah jugak name die. Hehe). Ramai anak-anak dengan cucu-cucu dia ada. Da macam kenduri. Seronok. Da la makan sedap. He. Alhamdulillah.
Kak Ani sepupu aku ajak balik KL ikot dia. Selama ni sejak masuk Gombak 3 tahun dulu da banyak kali dia ajak balik dengan dia sebab dekat je kan Setiawangsa dengan UIA. Tapi biasanya aku da siap bli tiket bas balik KL. Kali ni aku tak sempat nak bli lagi dia da ajak. Hehe.
Tapi aku dengan Kak Ani tak serapat mana. Umur pun jauh berbeza, dua kali umur aku (tapi dia nampak muda, perangai pun cam orang muda jugak. Hehe). Aku dari awal pagi Ahad tu memikir-mikirkan apa yang nak diborakkan selama 3 jam dalam kereta nanti. Risau gak nanti senyap je kang Kak Ani ingat aku tak reti cakap plak. Cemane?
Alhamdulillah, rupa-rupanya banyak benda yang aku tanye and banyak benda yang aku belajar dari Kak Ani. Perjalanan yang sepatutnya tak sampai 3 jam aje, jadik 4 jam sebab banyak singgah. Puas la tanye macam-macam. Dari pengalaman dia belajar kat US dulu (dulu mase dia belajar architecture kat situ, Kak Ani kate course archie kat US Malaysia tak iktiraf pun. Dasat ek? Selambe je blajo kat tempat yang tak diiktiraf). 4 tahun diploma dia kat sana. Balik Malaysia sambung degree kat UTM lag 3 tahun. Laaaameeee.. Tapi takpe, skang da ade title 'AR' pada nama dia. Ahli PAM (Persatuan Arkitek Malaysia).
Dia architecture pure. Ada banyak yang lain - landscape arhitecture, interior design, urban planning, quantity survey (kata Kak Ani, QS ni tak banyak designing, derang lebih kepade cost estimating and management.. ooo, macam tu..). Macam-macam lagi la aku pun tak ingat. Dia kata jugak, kat tempat dia kerja ade 2,3 orang student UIA. Kata dia archie kat UIA blom iktiraf lagi. Tapi rasanya baru ni (dalam setahun lepas nih), da diiktiraf da rasanya.
Macam-macam lagi, tanye, kat tempat dia kerja ade engineer ke? Takde. Syarikat dia syarikat archie. Takde langsung engineer. Bese kalau client nak buat bangunan, derang akan hire macam-macam, archie firm, mechanical engineerng firm, structural enginerng firm, electrical firm, contractor. So sume firms and contractor ni kene duduk bincang cemane nak buat bangunan tuh.
'Kadang-kadang, ade projek Kak Ani tu, nak design aje da 2 tahun. Sebab bila arkitek wat design, kasik engineer, engineer cakap tak leh wat, bile kasik contractor, derang cakap material mahal. So, banyak kali meeting. Ade sekali tu projek Kak Ani sampai 8 tahun baru siap!'
Tengah-tengah drive tu pun smalam boleh ade contractor tepon dia. 'I cant remember la Mr Tan, I have to refer to the drawings. I think its around 25mm. But tomorow I'll let you know, ok?'. Huhu.
Lagi, borak pasal bangunan kat UIA. Tahun 1994 dulu, Kak Ani salah sorang arkitek yang buat bangunan kat kampus Gombak tuh. Tapi dia tak ingat dia buat bangunan ape. Boleh plak dia tak ingat ek, da bape banyak bangunan dia da buat agaknye... Ada banyak arkitek yang terlibat dia kata, beratus, termasuk ramai dari Timur Tengah. 'Da tu cemane klo ramai arkitek, bangunan kat dalam UIA tu boleh sepesen je sume?'. Kak Ani cakap ada coordinator yang monitor design oleh sume arkitek tu. Nak aja aku tanye, 'Kenape arkitek2 tu buat UIA ni kecik?'. Hehe. Tapi tak tanye. Kampus Gombak siap dalam tahun 1997.
'Azim nak kerja kat mana nanti? Azim aerospace kan?'
'A ah.. tah la.. kat Airod la kot, tempat-tempat yang macam tu..'
'Ooo.. a ah, Airod. Dulu mase kat Ani belajar kat US, ade 2 orang kawan amek aerospace. Yang sorang tu kerja kat Malaysia kejap, lepas tu kerja kat Australia. Sampai skarang ni dia kat Australia. Sorang lagi, Kamil name dia, balik-balik Malaysia terus kerja kat Airod, sampai la skang nih.'
Uish.. best borak ngan Kak Ani nih. Tak pernah aku cakap banyak macam ni ngan Kak Ani. da dekat 20 tahun tu die kerja. Banyak pengalaman. Dengan Abang pun aku tak banyak cakap pasal topik macam nih. Tanye sepatah, jawab sepatah. 'Da amek thermo?' Abang ade tanye 2 tahun lepas. 'Da', . 'Dynamics?'. 'Da.', Aku jawab senang je. Lepas tu Abang angguk-angguk. Lepas tu senyap, cerite benda lain plak. Huhu. Umur yang jauh beza tu salah satu faktor jugak tak banyak bercakap dengan Abang. Tapi Abang lagi la ade persamaan lebih kurang macam aku - aku dengan dia mechanical engineering. Cuma aku specialize lebih kepada aerospace. Cume ari tu aje aku ade sms dia, 'dulu final year project abang wat ape?'. Yang bestnya, dia jawab 'tak igt la, tp ade relate dengan turbine..'. Ape yang best? Sama lebih kurang dengan tajuk project aku - gas turbine. Banyak yang boleh ditanya pada Abang nih. Agak-agak nya, dia ada lagi ke simpan report project dia?
Hmm.. Tapi sekarang sangat-sangat takde semangat nak belajar. Lepas kelas Aero tadi, nak pergi AC Struct.. ya Allah... rasa malas betul. Isk. Kenapa rasa tak semangat? Em. Sebab sem ni banyak subjek teruk-teruk. Yang tak bagus nya, sume tu buatkan aku malas. Patutnya lagi semangat nak belajar. Tapi tak. Em. Em. Aku lebih semangat dengan benda yang jauh lagi dari sekarang - semangat dengan final year project, semangat dengan sem depan belajar CFD, semangat nak prektikel nanti. Benda yang dekat macam nak final exam lepas raya nih, aku tak de semangat. Rasa macam nak cepat abes je sem nih. 'Cepat la abes, cepat laaa.. tak nak pk lagi pasal sem niiihh!!!' cam tu rasanya. Hmm.. Astaghfirullah..
tahan la sikit. Boleh kan? memang la sakit. dalam masa nak tahan ni la yang tak best. tp cemane pun, kene tahan. tahan dari fikir benda nih. cari alternatif bagi tak fikir benda nih
Isk. Teruknya aku betindak dalam menghadapi ujian Dia.
Ya Allah, kuatkanlah semangatku, kurniakanlah aku pemikiran yang bijak dalam menghadapi ujian Mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan