Of 'sejuk mata memandang' and 'waiyyaka'
Malam tadi g FESKUM. Festival Konvokesyen UM. Amin yang ajak. Saje nak compare dengan Convest UIA Amin kate. Heh. Bese la, seperti posting sebelum ni, grass next door will be aaaaaaaaaaaaaalllways greener. Hehe. Happening Feskum nih. Gerai banyak and rapat2. Macam pegi Uptown kat Danau Kota. Gerai makan die yang best, separuh dari gerai makan tu adalah milik student. So banyak la gerai2 anak-anak negeri.. gerai2 persatuan. Makan kat sebelah gerai PMI (persatuan mahasiswa Islam, gerai yang sangat sejuk mata memandang, isk isk, hehe). Hujan time nih. Tapi orang still berpusu-pusu datang tak henti-henti. Ade performance kat ampitheatre derang kat PS tu. Ade tarian Jawa mana tah. Tempat duduk yang banyak pun penuh. Kire boleh kata meriah la, dari Blok 1 PS tu sampai hujung bangunan Baktisiswa. Banyak gerai.
Petang semalam chat dengan sorang member chatting lama (senior, sister). Nak tunang da die esok (Ahad). Alhamdulillah, da sampai jodoh dia nak betunang. He. Kejap je ek. Dulu chat dengan dia, dia baru first year kat US. Pastu balik, keje dengan Petronas. Kerja da dekat setahun. Skang ni da tunang plak.. =) Yang nak cite nye, mase chat dengan dia semalam dia ada sebut jugak 'waiyyaka'. Ada apa dengan waiyyaka? Mula-mula dengar dari sorang kawan dari NZ. 'Waiyyaka?' wonder sendiri dalam hati.. teringat Ust Ahmad (Bapak Uyun. Uyun schoolmate aku yang da jugak bertunang) aja 'perkataan 'iyya' dalam al-Fatihah tu bermaksud 'kepada'.. ' die kata. Waiyyaka? 'Dan kepada kamu'.. Kenapa aku tak pernah dengar frasa ni? Darjah satu sekolah agama, sampai form 5 aku belajar bahasa Arab. Aku tak pernah dengar orang sebut macam tu.
Hanya bila berkawan dengan orang-orang yang study abroad macam ni baru aku di expose. Kenapa? Kawan yang nak bertunang esok ni jugak yang introduce aku pada Rashid Bikha mase die kat US. yang nyanyi lagu Al-Khaliq yang sedap tu. Kawan kat NZ tu yang bagi dengar lagu-lagu nasyid Melayu yang sendiri pun tak pernah dengar. Kawan belajar dekat Indonesia introduce pada aku kumpulan the Outlandish, nasheed rappers dari Denmark. Kawan belajar dekat UK yang introduce pada aku nasheed group 786, Myna. Alhamdulillah.. mereka semua at least are in the right way and know where are they going.
Kenapa pula kawan-kawan aku yang ade dekat Malaysia introduce kan pada aku Naruto? One Piece? Ajak aku nengok thousands kinds of J-Drama and KTV? Share macam-macam siri Jepun yang sangat kreatif buat cerita drama? Lagu-lagu YUI sume tu. Kenape kawan-kawan aku yang dekat Malaysia yang memperkenalkan aku pada My Chemical Romance, pada Sean King, pada lagu tah ape-ape yang takde mesej sume tuh? Do we know which way are we going? Or at least do we have a way to go?
Sebenanye baru balik dari makan kat Kubor. Sambil nengok Anugerah Era sikit kat tempat makan tu. Ada performance ala-ala nasyid dengan iringan percussion dengan suara latar by Mirwana. Akhbar nyanyi. Lagu tajuk 'Manusia Lupa'. Yang bestnye tengah-tengah nyanyi lagu tu, cheer people yang ditugaskan bersorak bila ada performance and ade orang menane (ada dalam 30 - 40 orang diri depan pentas) pun sama-sama terlompat-lompat bebas bercampur brother sister bersorak bersama lagu 'Manusia Lupa'. Hehe. Siapa yang lupa? Ntah lah.
Da ada dua orang tanye aku (panjang plak cite.. hehe) 'Da nengok Evan Almighty?'. Membuatkan aku nak berkata sesuatu. Semua orang mesti nak nengok kan bila kita tau cite tu ade kait dengan Noah and his ark. Ingatkan cite tu kene ban kat Malaysia. Tapi ada je. Da nengok cite tu, copy kat LAN. Tak best pun. Hehe. Biasa je. Tapi thats not the point. The point is, bila lagi kita nak buat cite kite? Kite selalu komplen, kondem orang kafir buat cite yang kadang-kadang ada kaitan dengan kisah dari al-Quran and Islam. Mereka dengan bebas buat cerita dan sebarkan pada dunia kisah-kisah yang hampir sama dengan kita dari view derang yang kadang-kadang obvious sangat menipu. Passion of the Christ. Da Vinci Code. Kingdom of Heaven. Bile lagi kite nak buat filem bermutu yang boleh promote nama baik kita as Muslims? Alhamdulillah ada yang amek initiative. Saladin, kisah Sallehuddin al-Ayyubi, developed by MSC, 3D animation. Pernah nengok trailer dia, boleh tahan la 3D dia, bermutu la jugak.Da keluar da denga cerita. Ada iklan dia dekat Astro Ria. Every Saturday and Sunday, 1.30 petang, Astro Ria. Saladin (patutnya MSC nak buat movie, tapi tak cukup budget, so setakat ni derang buat siri dulu). Banyakkan lah lagi usaha seperti ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan