Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri
‘Johor Visit’
3 – 4 September 2007
Trip dak junior buat. Participant majoriti junior. Senior pun ramai. Yang satu batch Juan sorang je laki selain aku. Tu pun nasib baik die nak ikot ganti
Sampai UTM subuh, solat dekat Masjid UTM. Lama tak jejak kaki kat UTM, sangat lama. Dulu masa Abang belajar dekat situ, every month famili aku turun UTM nengok Abang (maklumlah, anak yang first sekali masuk U, hehe), selama 3 tahun. Kira aja lah berape puluh kali aku pergi. Sekarang lepas 12 tahun, aku datang lagi…
Lepas subuh tu, terus bersiap. Pergi breakfast kat Taman U. Lepas tu ke
MMHE
Lepas tu menghala ke Pasir Gudang, lunch. Then ke MMHE (Malaysian Marine and Heavy Engineering). Besar tempat nih. MMHE ni buat tongkang; terima kontrak dari syarikat luar. Boleh gak repair tongkang. Boleh jugak buat pelantar minyak (pun terima kontrak dari syarikat macam Shell). Perimeter tempat die je da 5 km, termasuk tebing laut sepanjang 1.5 km. Segala-gala dalam tempat ni besar. Tongkang besar (besar 3
‘Besarnya tongkang2 derang ni buat… ni baru manusia buat, ciptaan manusia. Tu pun da rasa keciiikk sangat diri nih. Bayang aje lah kite kat bumi ni yang ada pada sistem suria; yang ada dalam galaksi; bersama-sama galaksi lain yang infiniti bilangan dia; lagi lagi lah sangat kecik rasanya. Subhanallah, agongnya ciptaan Dia…’.
Da puas nengok tongkang beso-beso, balik UTM semula, cek in bilik. Sampai UTM dalam pukul 7 malam cam tu. Cek in kat kolej kat hujung dunia dalam UTM nih; Kolej Tun Ghafar Baba (KTGB). Jauh gile. ‘Ni kalau takde transport sendiri ni, tak leh idop student yang kene duduk sini nih..’. Mau 40 minit agaknye nak jalan kaki nak ke kelas dari KTGB. Bilik dia selese (kolej baru la katekan..), macam bilik yang aku duduk mase kat USM dulu, Cuma USM besar sikit lagi.
Malam tu makan malam dekat umah Hazah, salah sorang committee trip ni. Rumah dia kat mane tah, tak ingat, tapi dalam 25 minit dari UTM. Da macam kenduri da (memang kenduri pun, 40 orang sume datang umah dia), makan macam-macam;
The Mini Re-union
Lepas tu sampai balik ke UTM pukul 11, sementara tu dari petang tadi aku da sebok sms kawan-kawan skola yang belajar dekat UTM ni. Mohsin Din (dulu kat skola je panggil Muhsin. He) dengan Matnor je yang reply. ‘Boleh ke lepak dengan ko da tengah malam ni? Klo tak leh, jumpe esok aje la, nanti aku cabut program derang..’ aku tanye Din kol 11 malam tu. ‘
Pukul 11.30 malam Din dengan Matnor sampai kat KTGB naik motor derang. ‘Jauh siot tempat ko duduk.. aku pun tak pernah sampai sini’. Hehe.
Borak-borak kejap sambil betenggek kat tepi jalan, lepas tu derang ajak aku dengan Juan g K9 (sebut kay nine), tempat makan happening kat UTM nih. ‘Jooommm..’ aku memang nak nengok pun tempat derang nih.
Tapi sebelum tu, pergi serbu bilik Hekal dengan Jali kat KP (Kolej Perdana). Nak surprise derang kononnya. Tapi derang takde kat bilik. Hekal sebok dengan PSM (projek sarjana muda). Jali pun. ‘Waa.. power siot korang.. sebok blajo sume ek..’. So lepak kejap kat bilik Matnor, atas bilik Hekal je. Bilik single, duk sensorang. Besar. Dua kali ganda lagi besar dari bilik aku. Ada LAN jugak macam kat mahallah UIA. Cuma derang da memang ready-made ade LAN, sambung dengan blok sisters sekali (hanya ada dekat KP). Suka la Matnor dapat chat ngan dak pempuan je =p haha!
Tengah lepak-lepak bilik tu gelak-gelak, Jali masuk. Aku lak yang kene surprise. Hehe. Derang ajak ke P19 plak, minum-minum. ‘Da pukul 1 pagi nih, bukak lagi ke café derang? Bukannye café kolej, P19 nih, tapi café fakulti.. dasat bukak sampai pagi..’ aku wonder dalam hati.
Happening giler kat P19 nih. Macam pergi kubur je (kubur – gelaran yang student UIA bg pada tempat makan kat blakang UIA. Selalu tiap-tiap malam penuh). Meja sume penuh. Besar plak tu tempat dia.
‘Waa.. campur-campur laki pempuan da nih.. cemane nih?’.
‘Oooh.. tu bese la kat sini.. ni baru P19.. klo aku bawak ko pegi K9 tadi lagi dasat..’.
‘Uuuu.. tak leh do.. ni pun aku da culture shock da.. huhuu..’.
Makan roti canai. Sedap. Sambil borak-borak berlima. Kawan-kawan lama. Seronok. Da tak pikir keliling da. Seronok sangat bercerita, compare-compare UIA dengan UTM, belajar cemane, environment cemane. Cite pasal kawan-kawan lain. Sampai kol 2 pagi lepak kat situ.
Cuma ada ralat sikit tak dapat jumpe Hekal. Sebok sangat die. ‘Nnt jap aku nak pegi bilik kawan aku..jgn pegi dulu, tgu aku!’ die sms bile aku ajak g P19. ‘Nnt la dulu, lepak bilik aku jap, nnt kite borak2, jap lg aku balik..’ die sms bile aku cakap aku nak balik bilik da. Sorry la Hekal, da kol 2 pagi la time tu. Esoknye program start kol 7. Penat lagi pun. Takpe, next time bleh jumpe lagi, inshaAllah.
Tour de UTM
Tidur nyenyak malam tu. Subuh tu, terus siap-siap bekumpul kat bustop KTGB. Bas UIA taknak pergi bawak pusing UTM. Alasan: Penat. Takpe lah.. nasib baik organizer trip dari UTM ni ade jalan penyelesaian – naik shuttle. Kalau tak, kene menapak ler. Jauh giler. Cume shuttle nih, time-bounded. Kene punctual. Alhamdulillah, sume on time pagi tu kol 7.30.
Mula-mula ke CEPP (Chemical Engineering Pilot Plant). Banyak research derang buat. Ada
Then jalan kaki ke IVAT.
On the way tu, terjumpe accident. Depan mata je. Ya Allah.. Kereta yang tengah sangat laju, sondol motosikal. Aku nampak terpelanting orang kat moto tuh. ‘Astaghfirullah.. ape jadik nih?!’. Terperanjat aku nengok accident. Tercampak jauh sister tuh. Sume orang berlari pergi kat accident tu. Aku ingat sister yang tecampak tu teruk. Tapi ade sister lg satu da terbaring atas jalan. Menangis die. ‘Angkat die.. tolong angkat die..’ driver kete tu suh angkat. Muka die nampak rasa bersalah gile. Panggil sisters UIA yang mase tu tgh belari-lari lagi nak nengok. Suh derang angkat. Nampak macam takde ape je, cume takut ada internal injury pada sister tu.. harapnye takde.. Kesian.. Mase tu pukul 9.50 pagi.. sume orang berebut nak ke kelas agaknye… Sister yang tercampak tu ok je, takde ape kot. Memang takkan aku lupe lah nampak orang tercampak jauh sebab accident. Isk. Lesson: Jangan sekali-kali bawak kete laju dalam campus, or kat mana-mana pun tempat yang ade bonggol. bonggol tu dibuat ade reason: suh orang slow along the road, bukan time nak naik bonggol tu je slow then laju balik. Entahlah.. semoga cepat sembuh sister tu…
Sampai ke IVAT (Institut Voltan Arus Tinggi). Segala-gala bende yang deal dengan voltage lebih dari 1,000V, IVAT boleh handle. IVAT handle dasat-dasat punye volt.. sampai 100,000V pun boleh.. Current pun sampai 100A boleh (note that current of 0.4A sahaja da cukup untuk menghentikan denyutan jantung manusia). Lecturer yang bagi explaination kat situ siap ade buat demo. Waaa… bleh nengok kilat sabung menyabung ni macam Tesla Coil! Tapi rupenye kilat sekali je. Takde ape pun. Hehe. Padan la Din cakap ‘Takde ape pun.. nengok kilat je la yang best kat situ.. len takde ape..’. Tapi memang hebat sebenanye, SIRIM pun akan refer kat IVAT kalau ade ape-ape bekaitan dengan high voltage.
Lepas tu jalan ke AeroLab. Dekat luar da ade due model fighter. Tak tau dari jenis ape. Scale 1:1. Tak tau derang wat sendiri ke ape. Tapi ok la, at least ade kapal terbang boleh di refer. Macam Dr.
Lepas tu kat bahagian atas sikit ade model Hercules (military air transportation) 1:1 jugak. Besar. Tapi tak g nengok pun, sbb tujuan utama nak pegi nengok wind tunnel dia.
Wind Tunnel. Alhamdulillah, UIA da ade wind tunnel sendiri (walaupun up to this date, calibration masih lagi dijalankan since awl tahun ni). Nengok UTM punya, nampak macam sama besar dengan UIA punya. Tapi kalau letak sebelah menyebelah, UTM lagi besar kot. Test section pun kalau refer dimensions die, rasenye same besar dengan UIA. Size dia lebih kurang boleh muat model Proton Savvy skala 1:4. Tapi for sure, maximum speed UTM is 80 m/s (288 km/j). UIA 50 m/s je (180 km/j). Subsonic je pun due-due. Sonic speed is when it reaches approximately 300 m/s (1080 km/j) where it is also called Mach No. 1. Yang lagi dasat, banyak company da pernah datang (dalam dan luar negara) UTM tumpang wat testing kat tunnel UTM. Antaranya Proton, yang pernah test Waja, Savvy dan terbaru Persona. KL Monorail pun pernah test suspension bridge die kat sini.
Kenapa banyak syarikat besar-besar test kat sini? Sebab wind tuneel UTM ni is registered under international based association, SATA (Subsonic Aerodynamic Testing Assoc.). Abang tu cakap (panggil abang je.. tah-tah die lecturer.. huhu) kalau da masuk SATA ni, kira da establish, company memang percaya. Bila agaknya UIA punya nak join SATA? UTM punya pun da lama.. since 2001. Da 6 tahun. Uuuu.. Initiator cum current Director pun Melayu. Dr. ape tah name die.
This is the ultimate wind tunnel in
Lepas tu jalan kaki ke Dewan Senat yang jauhnya lebih kurang 10 minit jalan kaki dari AeroLab tu. Merasa jugak la menapak kat celah-celah bangunan kampus UTM ni. Time ni tengahari, student baru abes kelas, so ramai orang ke hulur ke hilir. Kat Dewan Senat ade dialog dengan wakil IEM UTM (organizer trip dekat UTM which is takde sorang pun Melayu.. Melayu mane Melayu?!). Lepas tu lunch kat Dewan Jamuan. Lepas tu balik bilik, naik shuttle. Tunggu kat bustop macam student UTM yang lain. Hehe.
Sampai bilik kol 2.45, lepak-lepak, lelap kejap, solat, kol 3.30 kumpul kat bas. Kol 4.00 singgah klinik UTM jap, Hamam sakit perut, kat kol 5 baru gerak pulang ke UIA…
Alhamdulillah dapat nengok tempat kawan-kawan aku belajar. Best UTM nih.. Tempat besar, luas. Lab pun lengkap. Banyak research yang menang international award – mendedahkan student pada pengetahuan yang lebih luas. Café pun best-best. Banyak giler café, merata-rata ada jumpe café. Lepas tu yang best nye café mcm café betul plak tu, ade orang datang mintak order, lepas tu hantar ape kite order. Café UIA lebih kepada canteen-oriented. Lagi-lagi kat mahallah, malas nak cakap lah. Kena buat complaint nih, At least kite kene fit
Lepas tu kemudahan lain pun meluas, banyak benda ada; tasik yang luas, hutan rekreasi, ada zoo siap. Hehe. Memang luas lah. Nampak lah UTM ni banyak research yang derang buat dengan kemudahan, space yang ade. Research pun hebat-hebat plak tuh. Isk isk.
Nampak sume bende UTM lebih. UIA?
Betul la pepatah kata, the grass next door is always greener. Hujan batu di negeri sendiri jugak yang lebih baik. Hehe.
UTM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan