Cari Blog Ini

Jumaat, Ogos 24, 2007

The Little Tiny Steps

Bismillahir Rahmanir Rahim

Padan la takde orang gune pc nih. Tak leh bukak frenster kat pc ni, kene masukkan password admin. Hehe.

Baru balik dari seminar. Tadi seminar pasal safety and hazard precautions, orang dari SIRIM bagi talk. Sister, first time setelah 3 semester join seminar aku jumpe speaker seminar sister.

Banyak yang berlaku seminggu nih. Yang paling memberi kesan secara fizikal - hujan. Dasat hujan, subhanallah. Aritu siap ade dengan ribut sekali, pokok tumbang, CONVEST wording kat bukit kat Sumayyah pun tumbang; tinggal ONVES je. Hehe. Tiap-tiap pagi sejuk gile. Selalu nengok temperature kat alarm clock ade dalam 25 degree gak. Hari-hari macam tu. Sejuk wooo.. tidur pun pakai sweater. Talhah datang memang tepat pada masanya, sedap peluk time sejuk-sejuk nih. Hehe. Semalam nak demam da, sejuk. Selsema blom elok-elok lagi. Tak mandi pun pagi tadi - hazard precaution. Hehe.

Ape lagi eh?

Assignment GEN Dr Abdi reject. Isk. Tajuk asal aku 'Creating Ethical Environment in Engineering Firms'. Tajuk baru yang dia kasik - 'How Engineering Firms Create Condusive Ethical Environment'. Ya Allah.. ape beze antara due tajuk tuh? Aku nak je tanye 'Do you want me to just change my topic or you want me to do a whole new 5 page essay?' Tapi dia busy time tu melayan student lain yang mostly antara derang kene reject topic nya. Hehe. Dr Abdi.. Dr Abdi.. (or student actually.. student.. hehe). Skang ni nak wat ape? Ubah la sikit-sikit isik dalam tuh.. Hemmm.. Due Tuesday nih.

Salwa sakit. Ketiba-tibaan sume orang (geng-geng Salwa) sms aku mase aku tgh kelas GEN. 'jimin pinjam kete, urgent!!!'. 'Uih.. tak leh ar.. aku nak pakai nak balik bilik wat report aero, pastu kene g engine balik.. apsal nih?'. 'Salwa masuk hospital'. Petang tu kol 5 aku g HKL dengan Acap. Sakit perut luar biasa. Pucat muke Salwa. Sakit sangat kot. Tak pun da puas tahan sakit. Doc blom abes diagnos lagi sakit apa. Katenye kol 11 pagi tadi die buat ultrasound. Ape agaknye result die. Semoge cepat sembuh...

Balik dari HKL anto Acap g opening Convest kat Main Audi. Da kol 9.30 malam mase tu, tak start-start lagi pun aku nengok. Heh. Lepas anto Acap terus g Kaed, denga talk Tawheed Series, Final Episode: Influence of Tawheed in My Life. Speaker yang sangat-sangat aku suke: Bro Shah Kirit. Sampai-sampai je talk baru start (kelam kabut carik main audi Kaed. Mane nih? Mane? Sume tempat ramai orang kat Kaed nih. 'Uish malam-malam pun ramai orang, macam lagi ramai dari siang je'). Tak selesa sangat masa tu - Pagi tu tak mandi (sejuk woo) terus g klas, balik klas kol 1 sambung wa report aero yang blom siap buat sejak sampai kol 3 pagi malam tu, lepas tu g klas aero, present, kene bom dengan Prof Waqar (isk..), petang kol 4 (blom balik bilik lagi nih) g jumpe Madam Martinelli dengan Fana Mai Kak Aishah, nak tanye pasal 'Ape cite dengan Astronomy Club kami? (Madam memberi jaminan, untuk the next Syura bulan depan, Madam akan forwardkan proposal kami.. Alhamdulillah..), jumpe sampai kol 5, amek Acap kat engine, solat jap kat e0, terus g HKL, balik HKL singgah makan kat simpang (tak makan lunch hari tu), balik makan terus g Kaed.

Ngantuk gile. Dah la nota, pen sume tinggal dalam kete. Tak bawak ape pun g talk tuh. Kalo ade leh gak tules-tules. Mate da kecik, gagahkan jugak nak denga. Da la audience sume banyak foreigner (seperti biasa untuk Tawheed series 1 ngan 2 yang aku g pun, terasa macam aku sorang je Melayu lelaki. Isk. Tak nampak Melayu lain pun) takde sape yang boleh buat borak. Duduk sebelah mat salleh ni, bagi salam, senyum, lepas tu diam sampai abes talk. Heh. Shah Kirit buat lawak pun aku gelak sorang-sorang. Hehe.

Sangat suke bile Shah Kirit cakap pasal 'Tiny Steps' tu. Tapi skang tak sempat nak cite lah. Da kol 5, ade briefing EIT kat Main Audi. Lain kali cite, inshaAllah.

Aaa.. malam ni ada talk pasal Sallehudin al-Ayyubi, kol 9 malam, kat experimental hall. Jum g jum! Ajak kak aishah lagi lah. Bro shah kirit smalam ajak, die g. Dak2 laki jangan marah eh? aku selalu ajak korang asek tak nak je.. =p inshaAllah aku cube ajak korang lagi.. heheh

g dulu..
wassalam..

Tiada ulasan: