Cari Blog Ini

Jumaat, Ogos 31, 2007

Adakah Kita Merdeka?

'Merdeka ni, kita tak boleh nak nafikan, merdeka, tetap merdeka. Cuma sini saya nak kasik satu perumpamaan; Cuba bayangkan kereta yang hak baru nih, kereta ape? Perodua Kelisa? Bukan, Perodua.. Perodua Viva. Bayangkan Perodua Viva. Ada yang hak RM 42 ribu, yang RM 35 ribu, yang ada aksesori, yang tak ada aksesori, yang ada aksesori, tapi sikit je. Lepas tu cuba bayangkan kereta Viva yang dah terbakar, tersadai kat tepi jalan. Macam kereta Viva tadi, walopun yang hak terbakar tepi jalan tu, nama dia tetap Viva kan? Yang hak RM 42 ribu tu, name die Viva jugak. Macam tu lah istilah Merdeka. Kita tak boleh nafikan, ye? Ada setengah orang cakap 'Oo.. kita masih lagi dijajah! Belum merdeka!'. Tak boleh, tak boleh kata macam tu. At least kita terima aje status yang ada. Kalau ada yang perlu diperbaiki, kita perbaiki step by step..'

Ust Wan Sohor Bani Leman
'Adakah Kita Merdeka?'

Lambat pergi Grand Munajat malam tadi. Tak sempat nak join tahlil and bacaan Yassin pun. Sampai-sampai da Azan Isya'. Lepas solat terus denga forum. Lame tak denga Ust Wan Sohor cakap life. Last sekali masa kat Matric kot? Kat TV selalu je die keluar. Tapi lain, dengar life lagi best =).

Lepas forum tu ada makan-makan. Lepas makan ada munajat sampai kol 12. Lpas tu sujud syukur. Tapi aku lepas makan balik, tapi singgah grand stair yang sangat tak jauh dari masjid. Tengah-tengah orang bermunajat, kat grand stair ada benda yang sangat berbeza. Kat tangga tu penuh. Penuuuuuuhhh dengan gadis-gadis duduk, bersorak setiap kali konvoi kereta, motor dan lori lalu kat depan derang. Ntah lah.

Tak tunggu pun sampai detik 12 malam. Pukul 11.50 ajak dak dak ni balik. Sampai lepas lalu Economics, nampak bunga api, sayup dari puncak Genting. Cantik. Layan jap nengok dalam 10 minit. Ada biru.. ada kuning.. ada merah.. hehehehe =p

Da kol 4.11 da nih. Patut nye skang tgh besiap-siap nak balik. Bas kol 6.30. Huu.. Tengah nak edit 'Jom Ingat' lagi nih. Payah tol. Tah cemane tah archive boleh tak appear kat blogspot nih. Mula-mula nak gak pakai macam SpeakOutLout pakai. Ade drop down, nampak cam kemas sikit. Tapi bukak source die, waaaaa... pusing-pusing mata. Tak faham ar. Hehe. Terpakse la gune conventional punye cara. Bukak kawan lama nye blog, Aziah, die pun zaman dulu punye blog gak. (yang 'x' kiri kanan bulan tu, die punye trademark. Sorry ah aziah, tak sempat nak tuka. Nanti-nanti la aku tuka. Ko pun tak bace blog aku lagi kan? ko bukan tau pun. hehe) Tepakse copy macam arhive dia, lepas tu edit satu-satu tuka azamkukuh punye archive. Isk. So, sampai seawal bulan October 2003 je boleh (sebenanye ada sampai bulan Februari 2003) dan se latest bulan May 2007 je. Nanti-nanti la plak sambung. Alhamdulillah, berjaya jugak buat. Da tak faham da html skang, da tak ingat. Boleh je ubah terus skin, tapi skin ni nostalgia, ni la skin sejak Februari 2003. He.

Balik kampung dulu... Jumpa lagi..
Wassalam..

Tiada ulasan: